Etika Profesional

20
ZALINA BT. ATAN 700821- 01-5240 PENGENALAN Etika bermaksud prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Etika individu juga bermaksud sama ada perbuataan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk semua orang. Selain itu, Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral. J.L. Mackie mendefinisikan moral dan etika sebagai "disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang." A.R. Licey dan W.L. Reese menyamakan istilah moral dengan etika. Mengikut mereka, moral dan etika merujuk kepada "kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti." Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah. Etika Profesional pula digunakan untuk menilai prinsip moral sesuatu kumpulan tertentu yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan tugas atau penggunaan sumber sedia ada. Kumpulan ini akan berpegang teguh kepada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan di atas bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika yang ditentukan. Terdapat lima (5) faktor yang membentuk etika individu. Pertama adalah faktor keluarga. Seseorang itu selalunya akan mencontohi dan mengikuti etika kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa yang mempunyai etika yang baik akan menjadikan anak- anak mereka mempunyai etika yang baik. Begitu juga sebaliknya sekiranya ibu bapa memberikan contoh yang tidak baik, maka anak-anak mereka juga akan menunjukkan etika yang tidak baik. 1

Transcript of Etika Profesional

Page 1: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 PENGENALAN

Etika bermaksud prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Etika

individu juga bermaksud sama ada perbuataan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa

untuk semua orang. Selain itu, Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai

sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang

dengan mematuhi nilai-nilai moral.

J.L. Mackie mendefinisikan moral dan etika sebagai "disiplin yang dapat menerangkan nilai

baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan

keburukan seseorang."

 

A.R. Licey dan W.L. Reese menyamakan istilah moral dengan etika. Mengikut mereka,

moral dan etika merujuk kepada "kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan

cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan

sesuatu aktiviti."

 

Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada

nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral

atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk

kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada

betul atau salah.

Etika Profesional pula digunakan untuk menilai prinsip moral sesuatu kumpulan tertentu

yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan tugas atau penggunaan

sumber sedia ada. Kumpulan ini akan berpegang teguh kepada aturan profesional dan nilai

semasa membuat keputusan di atas bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika

yang ditentukan.

Terdapat lima (5) faktor yang membentuk etika individu. Pertama adalah faktor keluarga.

Seseorang itu selalunya akan mencontohi dan mengikuti etika kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa

yang mempunyai etika yang baik akan menjadikan anak-anak mereka mempunyai etika yang baik.

Begitu juga sebaliknya sekiranya ibu bapa memberikan contoh yang tidak baik, maka anak-anak

mereka juga akan menunjukkan etika yang tidak baik.

1

Page 2: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240

Kedua pula adalah faktor rakan. Pengaruh rakan amat kuat sekali mempengaruhi etika

seseorang. Sekiranya kita berkawan dengan golongan ulama, maka lazimnya kita akan

mempunyai etika dan moral yang baik. Tetapi sekiranya kita berkawan dengan kaki lepak, mat

rempit maka tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terjebak dengan perkara yang sama.

Faktor ketiga pula adalah faktor pengalaman hidup seseorang. Sekiranya semasa kecil

segala perbuatan negatif kita tidak diberi teguran seperti malas belajar atau suka bercakap kasar,

maka seseorang akan menganggap perbuatan tersebut adalah betul. Tetapi sekiranya perbuatan

negatif tersebut diberi teguran, maka seseorang itu akan tahu bahawa perbuatan tersebut adalah

salah.

Seterusnya adalah faktor nilai peribadi dan prinsip moral seseorang. Sekiranya seseorang itu

lebih mementingkan pangkat dan harta, maka orang tersebut akan bertindak berdasarkan

keuntungan tanpa mengira kesannya kepada orang lain. Seseorang yang lebih mementingkan

keluarga akan mempunyai etika yang berlainan.

Faktor terakhir adalah faktor keadaan. Walaupun sesuatu tindakan itu diketahui tidak

beretika tetapi faktor keadaan boleh menyebabkan seseorang itu melanggar etika tersebut.

Contohnya, seseorang penjawat awam menerima rasuah untuk mengatasi masalah kewangan

yang dihadapi.

PANDANGAN TENTANG ETIKA

2

Page 3: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 Terdapat empat (4) pandangan tentang etika.

Pertama, Golden Rule (Aturan Emas). Etika ini adalah berdasarkan acara agama yang

mengatakan ‘do to others as you would have them do to you’.

Kedua, Menyedarkan Kepentingan Diri. Pandangan ini merujuk kepada kepentingan diri

dapat menjadi suatu kuasa positif. Ketika individu memburu kepentingan diri mereka, mereka

secara muktamad memperbaiki kesejahteraan semua anggota masyarakat.

Ketiga, Kemudahan. Pandangan ini merujuk kepada suatu keputusan atau tindakan untuk

kepentingan masyarakat majoriti. Dalam konsep ini, keputusan atau tindakan tersebut sama ada

betul, patut atau baik apabila masyarakat majoriti mendapat manfaatnya dengan hanya segelintir

sahaja masyarakat mendapat kesan buruknya.

Pandangan keempat pula ialah Kantian atau Hak. Pandangan yang diasaskan oleh

Immanuel Kant ini berpandapat bahawa setiap individu mempunyai hak untuk dilayan sekiranya

mereka bersetuju dan bersedia untuk dilayan. Selain itu, setiap individu jua mempunyai hak

membuat apa yang mereka tahu di dalam kehidupan peribadi mereka. Mereka jua ada hak untuk

mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti peribadi mereka. Seterusnya, menurut pandangan

ini setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip

moral yang mereka pegang. Seseorang itu juga berhak secara berhemat mengkritik sesuatu etika

organisasi, selagi kritikan tersebut tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi. Akhirnya,

menurut pandangan ini seseorang yang percaya hak mereka dicabuli, maka mereka ada hak

kepada sesuatu perbicaraan yang adil dan saksama.

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN ETIKA DI SEKOLAH DAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI

3

Page 4: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 Etika amat penting diterapkan di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Ini kerana individu ketika ini

akan menghadapi satu cabaran yang cukup besar dalam menentukan hala tuju peribadi mereka.

Bagi murid sekolah rendah, etika diterapkan melalui kewujudan peraturan-peraturan di sekolah.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid adalah berpakaian kemas, mematuhi masa,

menjaga adab dan tingkahlaku sewaktu di sekolah, berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni

seperti bekerjasama, tolong-menolong, ikhlas, rajin dan jujur.

Penerapan etika di sekolah dilakukan dengan mengadakan satu mata pelajaran yang

menjurus ke arah itu. Bagi sekolah rendah, mata pelajaran tersebut adalah Pendidikan Islam,

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral. Melalui mata pelajaran tersebut,

murid-murid diajar untuk mengenali sesuatu nilai yang baik dan buruk serta mampu membuat

keputusan sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu situasi yang mencabar nilai dan etika

mereka.

Sekiranya di sekolah murid tidak diterapkan dengan etika atau nilai yang baik ini, maka

sekolah akan menjadi gelanggang pertarungan, tempat melepak dan jauh menyimpang dari fungsi

sebenar sebagai pusat ilmu. Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah menetapkan setiap sekolah

mempunyai peraturannya sendiri. Ini bertujuan untuk membentuk dan melatih individu mempunyai

jati diri dan nilai diri yang ampuh.

Etika di sekolah juga mampu membendung anasir-anasir negatif yang begitu galak

mempengaruhi anak-anak muda kita seperti budaya kuning, perlakuan meminum minuman keras,

berpeleseran, lepak dan banyak lagi. Tentunya tanpa suatu etika yang ampuh yang ada di

sekolah, manakan mungkin gejala negatif tersebut mampu dihalang daripada mempengaruhi

minda dan pemikiran anak-anak muda ini.

Sementara itu, etika juga diterapkan di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada pusat

pengajian tinggi awam atau swasta. Individu yang menghuni institusi tersebut lebih terdedah

dengan pertembungan nilai timur dan barat. Sekiranya seseorang individu tersebut tidak

mempunyai kekuatan dalaman yang kuat, maka akan mudahlah individu tersebut terpengaruh dan

mengikut nilai yang tidak beretika itu.

Tujuan pembelajaran etika dijalankan di pusat pengajian tinggi adalah untuk menyediakan

satu landasan yang kukuh kepada pasaran kerja agar mempunyai pekerja yang tinggi nilai

4

Page 5: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 etikanya. Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia mengadakan mata pelajaran Etika

Profesional sebagai mata pelajaran wajib yang mesti diambil oleh penuntutnya. Dengan

mempelajari mata pelajaran tersebut diharap tenaga kerja yang akan dihasilkan akan mempunyai

nilai etika yang tinggi. Ini penting agar dapat menghalang berlakunya masalah pecah amanah,

penyelewangan wang syarikat, menipu dan gejala rasuah apabila pelajar tadi berada di lapangan

kerjaya masing-masing.

ISU RASUAH

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk

mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-

prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya

rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk

kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

 

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran,

rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti

merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “

memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah

rasuah.

 

                Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi

kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.

Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,

sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam,

keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam

sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud:

 

                Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang

yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-

menghukum”.

5

Page 6: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240                  Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang

terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan

mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

 

                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya

kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat

kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                 

(al-Baqarah : 188)

 

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi

mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah

diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur

dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang

bermaksud :

                “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan

dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang

yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan

itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat

melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a)       Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah

dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan

6

Page 7: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240

peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes

dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa

yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan

sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah

keperibadiannya.

b)       Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah

menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan

terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c)       Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi

hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari

perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi

kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta,

disogok atau diumpan tanpa disedari.

d)       Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan

bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan

yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender.

Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat

keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,

mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat

menyiapkan projek dan sebagainya.

e)       Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada

masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa,

memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan

sebagainya.

 

7

Page 8: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada

sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk

masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang

ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai

negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah

kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika

cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang

cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran

sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti

kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga

boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di

Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan

disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

 

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1. Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk

membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa,

8

Page 9: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan

jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka

luas di hadapan mata.

 

2. Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak

zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu

yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi

akan datang yang bebas daripada rasuah.

 

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat

sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk

keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba

melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

 

4. Memudahkan urusan menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan

dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga

dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para

peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah

kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

9

Page 10: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 CONTOH-CONTOH KES RASUAH

1. Kes Rasuah Tan Sri Eric Chia

Tan Sri Eric Chia dikaitkan dengan skandal rasuah berjumlah RM76.4 juta sewaktu beliau

memegang jawatan Pengarah di Perwaja Steel Sdn. Bhd. Kes rasuah ini telah menjadi satu isu

besar dalam negara kerana ia melibatkan satu nilai skandal yang cukup besar dan melibatkan

orang yang berpengaruh pada masa tersebut.

Sekalipun Tan Sri Eric Chia telah dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan rasuah

tersebut, malangnya atas kelemahan pihak pendakwaan di dalam menjalankan tugas mereka

menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah. Kegagalan pihak pendakwaan

memanggil dua (2) saksi penting dari Jepun telah mencacatkan pendakwaan mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah pembebasan Tan Sri Eric Chia ini tidak mampu

membersihkan nama beliau dengan skandal yang dihadapinya. Terlalu banyak kecacatan

sepanjang perbicaraan dijalankan. Pengheretan beliau ke mahkamah kelihatan adalah hanya

semata-mata untuk menutup cakap-cakap rakyat tentang skandal yang berlaku di Perwaja Steel

ini. Terlalu banyak keraguan yang tidak mampu diungkaikan sepanjang prosiding/perbicaraan

dijalankan.

Kini, kes tersebut telah hanya menjadi sejarah besar kepada negara kerana Tan Sri Eric

Chia telah meninggal dunia dan menakan mungkin kes tersebut boleh dibawa kembali ke

mahkamah kerana yang tertuduh telah tiada.

2. Kes Rasuah Pegawai Polis berpangkat Assisten Superitenden Polis (ASP)

Menurut fakta kes, pegawai polis ini telah didakwa menerima rasuah wang tunai berjumlah

Dua Belas Ribu Ringgit (RM12,000) dari Chong Yee Wei sebagai dorongan untuk membebaskan

Chong Yee Wei, Tan Poh koon dan 4 orang pekerjanya daripada tahanan pihak polis. Pegawai

polis ini juga dituduh menerima suapan sebanyak Tiga Ribu Ringgit (RM3,000) daripada Chong

Yee Wei atas balasan melepaskan 2 orang pekerjanya yang lain daripada tahanan pihak polis.

10

Page 11: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240

Pegawai polis ini telah dihadapkan ke mahkamah dan mahkamah melepas dan

membebaskan tertuduh daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Pengguguran kes

tersebut adalah disebabkan berlakunya percanggahan fakta kes.

Walaupun pegawai polis tersebut memenangi kesnya, nama baik diri dan keluarganya telah

tercalar akibat pertuduhan tersebut. Seluruh keluarga terpalit dengan dakwaan tersebut. Tentunya

pegawai dan ahli keluarganya mengalami satu trauma yang amat sangat dalam menghadapi

situasi sebegini.

Sebagai seorang penjawat awam yang mempunyai kedudukan, ASP ini terdedah dengan

segala macam bentuk cabaran, ancaman dan penyalahgunaan kuasa sekiranya beliau tidak

mempunyai nilai etika yang tinggi dalam dirinya. Anasir-anasir jahat akan sentiasa cuba untuk

mempengaruhi beliau bertindak di luar norma batasan kepertanggungjawaban sebagai orang

yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan kepentingan awam.

Dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan awam, pegawai polis ini

perlu mempunyai etika kerja yang mantap supaya tidak mudah terpengaruh dengan sogokan

wang ringgit, harta benda dan kedudukan dalam pasukan. Tentunya dalam mengharungi

kehidupan di zaman yang serba mencabar ini, begitu banyak keinginan dan kemahuan kebendaan

yang perlu dipenuhi. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai etika kerja yang jitu maka amat

mudah untuk melakukan penyelewangan dalam menjalankan tugas semata-mata untuk cepat

mendapatkan apa yang dihajati.

3. Kes Rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pada 14 April, 1999, Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar atas empat perlakuan rasuah di

bawah Seksyen 2(1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 dan menghukum penjara enam

tahun bagi setiap tuduhan, yang berjalan serentak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dituduh melakukan rasuah semasa beliau

memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam satu krisis kepimpinan negara

11

Page 12: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 pada tahun 1998 yang lalu. Tindakan diambil setelah pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya

gagal dimenangi oleh pihak pendakwaan.

Krisis kepimpinan tersebut telah mencetuskan satu gerakan reformasi oleh rakyat yang

melihat ketidak adilan telah dilakukan oleh kerajaan kepada pemimpin kedua tertinggi negara ini.

Rakyat percaya bahawa tindakan yang diambil adalah semata-mata bermotifkan politik iaitu untuk

membunuh terus kerjaya DSAI dalam bidang politik. Ini kerana pihak-pihak tertentu bimbang

dengan kebangkitan populariti DSAI di mata rakyat Malaysia. Golongan ini khuatir yang DSAI akan

menjatuhkannya dan seterusnya menerajui kepimpinan negara.

Melalui kes ini dapat dilihat satu corak pemikiran di kalangan orang-orang politik yang akan

bertindak tanpa teragak-agak untuk ‘menanam’ sesiapa sahaja yang didapati cuba menganggu

gugat kedudukan seseorang itu. Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh DSAI selama ini

telah dinyahkan dan cuba dihilangkan dari lipatan sejarah negara. Beliau digambarkan dengan

seburuk-buruk gambaran agar rakyat membenci dan seterusnya melupai segala jasa bakti yang

telah diberikan selama ini.

Jelas sekali pelanggaran etika telah berlaku di dalam kes ini. Tiada lagi nilai-nilai murni

yang dapat dilihat sepanjang kes ini berjalan. Seluruh keluarga, rakan dan kenalan beliau diaibkan

tanpa ada belas ikhsan walaupun jasa beliau bukan sedikit kepada rakyat dan negara ini. Tetapi

hari ini, beliau bangkit dari zaman hitamnya dan menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat

setelah memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

4. Kes Rasuah Pemain Bola Sepak

Kemunculan semula gejala rasuah dalam arena bola sepak negara mengejutkan banyak

pihak terutama para peminat sukan itu yang ingin melihat negara kembali mengecapi era

kegemilangan pada awal 1980-an.

Rata-rata mereka mengharapkan sukan bola sepak bebas daripada rasuah untuk selama-

lamanya selepas berlalu peristiwa "hitam" dalam lembaran sejarah bola sepak negara antara

12

Page 13: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 tahun 1994 dan 1995, yang menyaksikan hampir 100 orang ditangkap dan ada antaranya

dihukum buang negeri selepas didapati terlibat dengan rasuah.

Rakyat menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan FAM untuk menubuhkan

Jawatankuasa khas bagi menyiasat gejala rasuah dalam sukan bola sepak negara, dan

menurutnya jawatankuasa itu akan dapat memastikan masalah rasuah dapat dibanteras

sepenuhnya, sekaligus mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap liga profesional negara.

Sementara itu bekas jurulatih pasukan Sabah, Kelly Tam berkata pada awal 80an, skuad

Malaysia sering menewaskan pasukan Jepun dan Korea Selatan dalam perlawanan peringkat

antarabangsa "tetapi sekarang pasukan bola sepak Jepun dan Korea sudah lima kali ganda lebih

baik daripada skuad negara dan mereka juga pernah beraksi dalam pentas piala dunia".

Apa yang dapat kita saksikan sekarang, negara-negara lain di Asia yang setara dengan

pasukan Malaysia suatu ketika dulu kini jauh meninggalkan kita dalam sukan bola sepak. Pemain

kita tidak profesional meskipun bermain dalam arena bola sepak profesional.

Bagaimanapun kesalahan tidak seharusnya ditunding kepada pemain seratus peratus,

kerana mereka yang bertindak sebagai orang tengah atau "bookie" juga patut diambil tindakan

tegas dan dibawa ke muka pengadilan, kerana "kalau bookie tidak ada, mungkin gejala rasuah

tidak berlaku lagi".

5. Kes Rasuah Politik

Dunia politik sering dikatakan kotor pada hal asal politik tidaklah begitu. Dunia politik

menjadi kotor kerana persaingan kuasa. Ia menjadi kotor kerana jiwa pemainnya kotor dan

bermasalah. Ia bukan saja berlaku di peringkat politik tempatan, malah politik antarabangsa.

Pada hakikatnya persaingan kekuasaan dan konflik politik sering didorong oleh 'nafsu besar'

ahli politik untuk mencapai agenda peribadi. Seperti juga dalam perniagaan, 'peniaga politik' yang

13

Page 14: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 bernafsu besar ini hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup mengetepikan

nilai dan etika berpolitik. Sifat dan tabiat buruk ini akhirnya menjadikan dunia politik penuh dengan

kejelekan.

Demikianlah politik yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan bangsa, agama dan tanah

air akan bertukar menjadi agenda dan kepentingan peribadi apabila aktor politiknya bersifat 'gila

kuasa'. Penyakit gila kuasa juga menjadi penyebab saluran demokrasi menjadi 'tersumbat'

sehingga demokrasi tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya hancur.

Demikianlah politik gila kuasa mendorong sesetengah aktor politik menjadikan 'matlamat

menghalalkan cara.' Oleh itu, tidak hairanlah politik wang menjadi penyakit yang bukan saja

mengancam masa depan sesebuah parti politik, malah turut mengancam bangsa dan negara.

'Politik wang' adalah amalan menabur wang yang dilakukan seseorang calon yang bertanding

sama ada dalam pemilihan parti atau sesuatu pilihan raya bagi meraih sokongan dan undi untuk

jawatan yang ditandinginya.

Sebenarnya 'rasuah politik' ini bukan saja menjadikan wang sebagai unsur meraih

kemenangan, malah ia mungkin diberi dalam bentuk lain seperti janji mendapatkan kontrak, tender

atau habuan memegang jawatan tertentu.

Namun, penggunaan wang adalah kaedah paling popular sementara habuan berbentuk

jawatan adalah terhad kepada penyokong yang berpengaruh saja yang biasanya adalah 'broker'

utama bagi seseorang calon perasuah mendapatkan sokongan akar umbi.

Masalahnya, ramai yang tahu keburukannya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Hati dan

fikiran mereka ditutup daripada kebenaran mengenai kesan buruk politik wang. Apa yang penting

ialah keuntungan besar menjadi hasrat mereka yang bernafsu besar ini.

Justeru, tidak hairanlah dunia politik kita hari ini semakin dipenuhi penipuan dan pelbagai

skandal yang mengaibkan. Mereka seolah-olah lupa firman Allah SWT yang bermaksud: 'Wahai

sekalian manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan

baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh

kamu yang nyata." (Surah Al-Baqarah:168).

14

Page 15: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 Hari ini ramai ahli politik dan pendukung parti yang sanggup menjadi hipokrit kerana budaya

politik wang. Penulis sendiri sering mendengar kata-kata daripada akar umbi bahawa 'kekuasaan

ditentukan wang dan tipu daya politik', 'untuk apa memegang jawatan kalau tidak memberikan

apa-apa pulangan', dan 'siapa yang berduit dialah yang berkuasa'.

Kita bimbang jika penyakit politik wang ini tidak dibendung, maka tujuan sebenar kuasa itu

sudah tidak tercapai. Penaburan wang untuk membeli kuasa dan kemenangan ditentukan jumlah

wang yang ditaburkan hanya akan melahirkan ahli politik yang menipu diri sendiri dan menipu

rakyat.

Politik wang menyebabkan pemilihan pemimpin bukan lagi dibuat atas siapa yang sanggup

memperjuangkan kehendak rakyat dan kepentingan negara, sebaliknya siapa yang banyak

menabur wang dan menjanjikan habuan kepada pengikutnya jika menang.

Hakikat politik wang ialah kita sebenarnya mengajar pengikut menjadi tidak bertanggungjawab

dan kita mendidik mereka untuk menipu. Kuasa bukan lagi untuk kepentingan masa depan,

sebaliknya kuasa menjadi jambatan kekayaan. Kesannya, politik kita semakin jauh daripada

perjuangan politik kebangsaan.

Politik kekuasaan hanya akan melahirkan golongan ahli politik kaya raya yang menggunakan

kuasa dan kekayaan untuk 'menjajah' pemikiran rakyat. Apabila politik wang sudah membarah

serta tidak dapat diubati lagi, maka ia membantutkan penyertaan politik yang bermoral dan

beretika.

Jangan marahkan rakyat, khususnya bangsa Melayu sekiranya mereka terus meminta minta

dan mengharapkan tongkat kerana puncanya adalah didikan ahli politik yang gilakan kuasa

menabur wang untuk menang dalam persaingan kuasa.

Rakyat yang dididik dengan suapan politik wang akan memiliki pemikiran politik yang tertutup

dan kesannya akan lahir masyarakat yang tidak lagi mampu menggunakan hak politik mereka

untuk mengangkat ahli-ahli politik yang dapat membina pemerintahan yang sihat.

Aliran politik wang menjadikan ahli politik yang tidak berduit seolah-olah tidak layak untuk

berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kerana gagal menabur wang, ahli-ahli politik yang beretika

dan bermaruah sudah tidak mempunyai tempat dalam dunia politik.

15

Page 16: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 Mereka dilihat sebagai pemimpin kerdil yang tidak diperlukan dalam parti dan politik tanah air.

Keadaan ini perlu diperbetulkan. Justeru, kita berharap Umno yang setakat ini masih kekal

sebagai parti terbesar dan parti teras dalam politik nasional mengorak langkah membina semula

penyertaan politik di kalangan ahlinya secara sihat, berakhlak dan beretika.

KESIMPULAN

Berdasarkan kes-kes yang telah dinyatakan tadi, jelaslah bahawa pelanggaran etika tidak hanya

tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja daripada

golongan marhain hinggalah kepada kepimpinan tertinggi negara.

Pelanggaran etika berlaku kerana pelakunya kurang nilai etika dalam diri atau ada di

antaranya terjebak dengan permainan politik kumpulan tertentu. Masalah desakan kehidupan

yang inginkan kemewahan juga mampu mengaburi mata seseorang untuk melakukan sesuatu

yang di luar norma keberadaban bangsa. Pelaku sanggup melacurkan harga diri dan keluarga

semata-mata hanya kerana ingin menikmati kemewahan yang tidak kekal lama itu.

Bagi pemain bola sepak pula, kepercayaan yang diberikan oleh peminat dan pasukan yang

diwakili telah dihancurkan dengan menjual perlawanan yang mereka tandingi. Mereka sanggup

menggadai maruah pasukan semata-mata untuk memenuhi kehendak bookie yang sanggup

memenuhkan poket pemain dengan ringgit mereka.

Akibat tindakan mereka itu, pasukan kebangsaan yang dulunya amat digeruni oleh

pasukan-pasukan di rantau Asia ini seperti Jepun, Korea Selatan dan Thailand telah jatuh

merudum prestasinya di persada antarabangsa. Pasukan bola sepak negara sekarang tidak lebih

daripada seekor harimau yang telah patah gigi taringnya dan tempang kakinya. Pasukan negara

menjadi bahan guruan dan mainan pasukan Asia yang lain. Kita jauh ketinggalan dengan pasukan

Jepun dan Korea Selatan yang telah menjejakkan kaki ke separuh akhir Piala Dunia, sedangkan

kita untuk menumbangkan pasukan kerdil seperti Vietnam, Laos dan Singapura pun agak sukar.

Bagi dunia politik pula, gejala rasuah yang dikenali politik wang telah menjadi parah dan

barah kepada parti politik tersebut. Kerana kerakusan untuk menjadi pemimpin, golongan ini

16

Page 17: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 sanggup menabur wang ringgit dan janji-janji manis kepada ahli-ahli parti agar mereka terpilih

menerajui kepimpinan tertinggi parti tidak kira di peringkat bahagian, negeri atau pun pusat.

Hal ini terjadi kerana golongan ini menjadikan politik sebagai tempat mendapatkan

kekayaan dan kemewahan. Bukan satu rahsia lagi walaupun ianya amat sukar dibuktikan bahawa

mereka yang menduduki jawatan tertinggi parti akan mendapat habuan kontrak kerajaan yang

bernilai jutaan ringgit. Oleh itu mereka yang berkepentingan sanggup bermati-matian untuk

mendapatkan jawatan dalam parti.

Ironinya, hanya mereka yang tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi pusat sahaja

yang diambil tindakan oleh parti. Mereka ini dikenakan hukuman menggantung jawatan dan

keahlian dalam parti, diberi amaran keras atau dipecat terus daripada parti. Tindakan tersebut

jelas menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam parti.

Untuk mereka yang memegang tampuk pemerintahan di peringkat jabatan di syarikat-

syarikat milik kerajaan juga tidak terlepas daripada melakukan perlanggaran etika ini. Semakin

besar nilai syarikat, maka semakin besarlah nilai penyelewangan yang dilakukan.

Namun begitu, perkara sama juga berlaku di mana hanya pengarah-pengarah syarikat

tertentu sahaja yang diambil tindakan dengan mengheret mereka ke mahkamah walaupun banyak

lagi laporan rasuah diberikan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sesetengah kes hanya

‘panas’ seketika dengan kenyataan bahawa pesalah akan dikemukakan ke pengadilan. Tetapi

selepas jangka waktu tertentu ianya menjadi ‘senyap’ dan terlepaslah mereka yang terdakwa tadi

daripada pendakwaan pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah menubuhkan satu Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang telah wujud

sejak 41 tahun yang lalu. Adalah dipercayai bahawa SPRM ini diwujudkan akibat daripada kurang

keberkesanan BPR yang sedia ada. SPRM akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 ini setelah

ianya diluluskan dan dibahaskan selama dua (2) hari di Parlimen.

Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah kewujudan SPRM ini mampu menangani masalah

gejala rasuah yang semakin parah di negara ini. SPRM ini adalah satu komitmen yang berterusan

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dalam memerangi rasuah di negara

ini. Rakyat mengharapkan suruhanjaya ini mampu mengembalikan intergriti kerajaan yang sedikit

17

Page 18: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240 tercalar daripada kes-kes berprofail tinggi yang penyelesaiannya agak diragui ketelusan dan

kebenarannya.

Namun begitu, perkara yang sedikit membimbangkan adalah keanggotaan suruhanjaya ini

terutamanya jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini mestilah telah mendapat perkenan oleh

Perdana Menteri. Keadaan ini menyebabkan timbulnya keraguan di atas ketelusan dan intergriti

suruhanjaya ini. Apa yang rakyat mahukan adalah satu suruhanjaya yang benar-benar bebas

daripada tekanan mana-mana pihak terutamanya kerajaan yang memerintah. SPRM seharusnya

mampu berdiri gagah dan bukannya akan hanya menjadi pekakas pemerintah untuk menindas

kumpulan yang mereka tidak gemari.

Akhirnya, segala macam masalah rasuah ini mampu dibendung sekiranya setiap orang

mengambil peranan dalam menerapkan etika yang baik kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat

dan rakyat negara ini. Sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka dengan berkesan

maka akan tinggilah harga diri dan nilai etika dalam diri rakyat Malaysia. Kita tidak mahu negara ini

hancur kerana kerakusan golongan tertentu dalam mengaut keuntungan, kemewahan dan

tengkolok masing-masing.

RUJUKAN

http:/www.komputer.com.my

http:/www.agc.gov.my/agc/oth/cases/ViewCases.php?id=2035

Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J.

Dr. Mohamad Diah Jurini, Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur. Modul Professional Ethics

18

Page 19: Etika Profesional

ZALINA BT. ATAN 700821-01-5240

19