EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH -...

19
TERHAD 1 TERHAD Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat atau data yang terdapat dalam dokumen ini. (Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan Rujuk : BSPP/J2 2/ 1311/1 Tarikh : 10 Apr 18 EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH @ ISLAMIC STATE IN IRAQ AND SYRIA (ISIS) DAN PERSPEKTIF ANCAMAN PENGENALAN 1. Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk penciptaan Internet pada era 1960 an. Walau bagaimanapun, penggunaan Internet hanya dikomersilkan sekitar tahun 80an dan ia terus berkembang sehingga ke hari ini bagi pelbagai kegunaan khasnya untuk informasi atau maklumat serta dunia perniagaan. Evolusi Internet juga memperlihatkan kelahiran media sosial yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap pengguna media elektronik. Media sosial merupakan rangkaian komunikasi berkumpulan secara dalam talian dan lebih tertumpu kepada komuniti-komuniti tertentu untuk perkongsian maklumat. Aplikasi-aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan pengguna adalah seperti berikut: a. Facebook. b. Twitter. c. Google+. d. YouTube. e. WhatsApp. f. Telegram. * Jumlah dalam bilion Statistik pengguna telefon pintar global mulai 2014 hingga 2020

Transcript of EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH -...

Page 1: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

1

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

(Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan

Rujuk : BSPP/J2 2/ 1311/1

Tarikh : 10 Apr 18

EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH @ ISLAMIC STATE IN IRAQ AND SYRIA

(ISIS) DAN PERSPEKTIF ANCAMAN

PENGENALAN

1. Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

penciptaan Internet pada era 1960 an. Walau bagaimanapun, penggunaan Internet hanya

dikomersilkan sekitar tahun 80an dan ia terus berkembang sehingga ke hari ini bagi pelbagai

kegunaan khasnya untuk informasi atau maklumat serta dunia perniagaan. Evolusi Internet

juga memperlihatkan kelahiran media sosial yang kini menjadi sebahagian daripada

kehidupan setiap pengguna media elektronik. Media sosial merupakan rangkaian komunikasi

berkumpulan secara dalam talian dan lebih tertumpu kepada komuniti-komuniti tertentu

untuk perkongsian maklumat. Aplikasi-aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan

pengguna adalah seperti berikut:

a. Facebook.

b. Twitter.

c. Google+.

d. YouTube.

e. WhatsApp.

f. Telegram.

* Jumlah dalam bilion

Statistik pengguna telefon pintar global mulai 2014 hingga 2020

Page 2: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

2

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

2. Penggunaan media sosial dilihat akan menjadi lebih meluas pada masa akan datang

atas faktor peningkatan jumlah penggunaan telefon pintar yang boleh menggerakkan aplikasi-

aplikasi media sosial ini dengan lebih portable dan aktif. Statistik global melibatkan

pengguna telefon pintar pada tahun 2014 adalah seramai 1.57 bilion dan angka ini dijangka

akan terus meningkat yang mana pada tahun 2020, jumlah pengguna telefon pintar dijangka

seramai 2.87 bilion. Walaupun penggunaan media sosial dilihat memudahkan perkongsian

maklumat dan komunikasi dalam kalangan pengguna, ia juga boleh dieksplotasi dan

disalahguna untuk kepentingan individu dan organisasi tertentu termasuk dalam kalangan

organisasi kumpulan pengganas dan rangkaiannya.

MEDIA SOSIAL DAN ORGANISASI PENGGANAS

3. Pada asalnya, strategi menggunakan medium media sosial dalam penyebaran ideologi,

propaganda, aktiviti merekrut keanggotaan baru, penjanaan sumber dana dan sebagainya

telah dimulakan oleh Al Qaeda semasa kepimpinan Osama bin Laden. Pada bulan Jun 2010,

Al Qaeda juga menjadi kumpulan pengganas pertama menghasilkan majalah dalam talian

iaitu Inspire yang mendedahkan kaedah penghasilan bom dan taktik untuk melancarkan

serangan. Selain Al Qaeada, pada tahun 2013, Al Shabaab dengan menggunakan Twitter

telah membuat liputan secara langsung serangan mereka ke atas Westgate Nairobi, Kenya.

Malah, bagi menarik perhatian generasi muda, Al Shabaab juga telah memuat naik video

berkenaan ke dalam YouTube dan Facebook.

Akaun Twitter Al Shabaab

4. Kemunculan militan Daesh pada bulan Jun 2014 telah menunjukkan revolusi

pemodenan kumpulan atau organisasi pengganas dalam mengeksploitasi Internet. Militan

Daesh telah menggunakan media sosial untuk penyebaran ideologi, rekrut dan pengumpulan

sumber dana dari pelbagai sumber di ambang kebangkitannya pada sekitar tahun 2014 hingga

2016. Digital age atau era digital ini telah menyebelahi Daesh dari pelbagai sudut sehingga

Page 3: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

3

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

kumpulan militan ini telah berjaya menarik tumpuan hampir 30,000 pejuang asing atau lebih

dikenali sebagai Foreign Terrorist Fighters (FTF) dari pelbagai pelusuk dunia ke Syria dan

Iraq dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Khilafah Islamiyah.

Pecahan Foreign Terrorist Fighters (FTF) mengikut negara

MEDIA DAESH SELEPAS ERA KEGEMILANGAN

5. Era kegemilangan Daesh dilihat progresif dalam tahun 2014 hingga 2016 yang mana

peluang ini telah mendorong Daesh untuk memperkasakan rangkaian medianya dalam usaha

memenangi hati dan minda (hearts and mind) masyarakat Islam di seluruh dunia. Internet dan

media sosial secara tidak langsung telah membantu Daesh mengekalkan momentumnya

dalam usaha membentuk sebuah “Khilafah Islamiyah” di Syria dan Iraq selain memberi

kesedaran kepada masyarakat dunia akan kewujudannya.

6. Sepanjang tempoh operasi pada tahun 2014 dan 2015, Daesh mempunyai keupayaan

ketenteraan dan kewangan yang sangat kukuh. Ia telah membangunkan rangkaian media yang

efisyen, berkualiti tinggi dan dioperasikan oleh Central Media Department of Islamic State

(diwan al-I’lam al-markazi). Bahagian ini bertanggungjawab dalam penghasilan kenyataan

media dan bahan-bahan terbitan untuk disebarkan dalam pelbagai bentuk platform media.

Bagi tujuan penghasilan produk yang berkualiti tinggi, bahagian ini juga dilengkapkan

dengan peruntukkan kewangan yang banyak untuk merekrut individu professional yang

berkemahiran dalam penghasilan video, fotografi, penulisan dan terbitan di Syria, Iraq

termasuk lain-lain negara.

Page 4: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

4

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Struktur organisasi Daesh sebelum kejatuhan di Syria dan Iraq

Sedutan video yang memaparkan juruterbang Jordan dibakar hidup-hidup telah

disunting ala Hollywood

7. Militan Daesh telah berjaya mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat samada

beragama Islam mahupun lain-lain agama dengan naratif-naratif Salafi Jihadi. Walaupun

fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, namun kemampuan dalam menyebarkan

propaganda dan kebolehan militan ini dalam mempengaruhi pengikut dan penyokongya dari

hampir 100 negara menjadikan Daesh sebagai sebuah organisasi keganasan yang kreatif dan

inovatif dalam menggerakkan platform siber.

Page 5: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

5

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Majalah online Dabiq

8. Walau bagaimanapun, era kegemilangan Daesh tidak kekal lama disebabkan kempen

serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang dilancarkan pada bulan Ogos

2014. Kegagalan militan Daesh dalam mengekalkan kubu kuat di Syria dan Iraq disaksikan

dengan kejatuhan Mosul, Iraq pada Julai 2017 dan Raqqa, Syria pada October 2017.

Seterusnya, situasi kekalahan ini telah melemahkan operasi media Daesh secara drastik.

Faktor-faktor yang menjadi punca kepada kemerosotan operasi media Daesh khususnya

dalam dunia siber adalah seperti berikut:

a. Kehilangan punca kewangan khususnya pemerdagangan petroleum

disebabkan kejatuhan kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil petroleum.

b. Tindakan counter measures yang diambil oleh pihak Twitter, Facebook dan

YouTube serta agensi-agensi penguatkuasaan siber telah menyekat dan melumpuhkan

penyebaran proganda Daesh.

c. Kehilangan kawasan takluk di Syria dan Iraq telah mengakibatkan limitasi

terhadap kepenggunaan Internet berkelajuan tinggi. Media Daesh kini dilaporkan

mengharapkan perkhidmatan Wifi di lokasi-lokasi tertentu untuk memuatnaik video

dan imej berkualiti tinggi.

d. Kualiti penulisan dan penghasilan grafik serta imej telahpun menurun secara

drastik disebabkan Daesh tidak lagi mampu menampung kos yang dibayar kepada

agensi professional.

e. Kematian individu-individu yang berpengaruh dalam kalangan militan Daesh

juga menjadi punca kepada kemerosotan untuk menggerakkan operasi media secara

efisyen. Individu-individu tersebut adalah:

Page 6: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

6

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

(1) Taha Subhi Falaha @ Abu Muhammad Al-Adnani Al-Shami.

Jurucakap Daesh dan perancang serangan di luar kawasan konflik. Beliau juga

dilaporkan sebagai individu yang paling rapat dengan Abu Bakr al- Baghdadi.

Beliau telah terbunuh pada 30 Ogos 16 di Aleppo, Syria.

Abu Muhammad Al-Adnani Al-Shami

(2) Ahmed Abu Samra @ Abu Suleiman Al-Shami. Beliau merupakan

anggota Al Qaeda yang telah berbaiah kepada Abu Bakr al-Baghdadi pada 18

Okt 14. Abu Samra bertanggungjawab dalam unit penggambaran dan

penghasilan video ala Hollywood dan mengemaskini aktiviti Daesh di dalam

media sosial. Beliau telah terbunuh pada bulan Januari 2017 di Syria. Sebagai

tanda penghormatan, majalah Rumiyah edisi ke 8 telah meletakkan imej Abu

Samra pada muka depan majalah.

Ahmed Abu Samra di muka hadapan Rumiyah Siri Ke 8

9. Kejayaan Daesh menggunakan media sosial dalam mencapai era kebangkitannya pada

tahun 2014 hingga 2016 dilihat menjadi motivasi dan dorongan kepada militan tersebut untuk

memperluaskan rangkaiannya di luar negara. Namun begitu, setelah berhadapan dengan

kekalahan di Syria dan Iraq pada tahun 2017, Daesh kini dilihat cuba menggerakkan kembali

operasi medianya.

Page 7: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

7

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

10. Terdapat enam jenis platform media yang diekploitasi Daesh seperti berikut:

a. Agensi Berita.

(1) A’maq Agency. Ia merupakan platform media utama bagi Daesh yang

mana berfungsi melaporkan pengakuan Daesh dalam mendalangi mana-mana

serangan di dalam mahupun luar kawasan konflik. Ia mula beroperasi pada

tahun 2014 dan sehingga kini kerap melaporkan pelbagai isu dan aktiviti Daesh

di seluruh dunia. Bahasa utama yang digunapakai adalah Bahasa Arab. Bahasa

asing lain turut digunakan termasuk bahasa negara sasaran ketika melaporkan

sebarang insiden serangan. Kekerapan penggunaannya dalam membuat liputan

keganasan dan pengumuman dilihat semakin aktif sejak tahun 2017 sehingga

kini.

Aplikasi Android Amaq News Agency untuk pengguna telefon pintar

Contoh pengakuan Daesh menggunakan Amaq News Agency

Page 8: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

8

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

(2) Mu’tah News Agency. Agensi berita ini mula beroperasi pada tahun

2016 dan sentiasa memaklumkan serta mengemaskini para pelayar laman web

dengan maklumat-maklumat terkini mengenai Daesh. Agensi berita ini masih

aktif.

Infografik yang dikeluarkan oleh Mu’tah News Agency

(3) The Wilayat News Network (WNN). Agensi berita ini mula beroperasi

bermula bulan Oktober 2017 dan melaporkan setiap pengakuan terbuka Daesh

dalam Bahasa Inggeris. WNN hanya disebarkan melalui grup-grup aplikasi

Telegram dan seterusnya dimuat naik ke dalam media sosial seperti Facebook

dan Twitter.

Kenyataan Media yang dikeluarkan di WNN

Page 9: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

9

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

(4) Al-Qarar. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 2017 dan dikaitkan

dengan penyokong Daesh di Kashmir, India. Al-Qarar memuatnaik

pengumuman-pengumuman penting dari Daesh dan video-video berkaitan

serangan di Kashmir. Pada bulan Disember 2017, ia telah mengajak para

penyokong Daesh untuk berjuang bersama mereka di Kashmir dan

menggelarkan kawasan mereka sebagai Wilayah Kahsmir Daesh. Agensi ini

masih aktif.

Logo Al-Qarar

b. Platform Untuk Penghasilan dan Penyebaran Produk Media.

(1) Al-Furqan Foundation. Agensi ini telah mula beroperasi pada tahun

2006 ketika era Islamic State in Iraq. Ia terlibat dalam penghasilan video-

video Daesh dan penyebarannya dalam media atau laman webnya sendiri.

Pengisytiharan Abu Bakr Al-Baghdadi sebagai Khalifah di Mosul pada 29

June 14 telah dihebahkan melalui Al-Furqan. Selain itu, pada 28 Sep 17, ia

juga bertanggungjawab dalam menyebarkan rakaman suara Abu Bakr Al-

Baghdadi yang menyeru penyokong Daesh dalam memperhangatkan serangan

di mana-mana sahaja. Al-Furqan dilaporkan masih aktif walaupun ia tidak

mengemaskini laman webnya sejak bulan Oktober 2017.

Page 10: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

10

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Logo Al-Furqan Foundation

Video Abu Bakr al-Baghdadi mengisytihar dirinya sebagai Khalifah pada bulan Jun 2014

di Mosul, Iraq telah disebar melalui Al-Furqan

(2) Al-Hayat Foundation. Tujuan penubuhan adalah untuk menarik dan

merekrut lebih ramai penyokong Barat. Kebanyakan artikel, video dan poster

yang dihasilkan adalah dalam Bahasa Inggeris. Laman web Al-Hayat masih

lagi aktif dan di antara penyebarannya adalah majalah Dabiq dan Rumiyah.

Manakala video pula adalah klip video Abu Uqayl (Singapura) yang menggesa

umat Islam berjuang bersamanya di Syria dan Iraq serta video “Flames of War

2- Until Judgement Day” yang mengutuk AS dan pemerintahan Donald

Trump.

Page 11: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

11

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Logo Al-Hayat Media Center

Video Flames of War 2 Yang dihasilkan oleh Al-Hayat

(3) Ajnad Media Foundation. Ia mula beroperasi sejak bulan Ogos 2013

bertujuan untuk penyebaran propaganda dan ayat-ayat Al Quran bagi

menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan Umat Islam. Ia masih aktif

sehingga kini.

Logo Ajnad Media Foundation

Page 12: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

12

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

c. Laman Web.

(1) Akhbar Al-Muslimin (News of the Muslims). Laman web ini mula

beroperasi sejak tahun 2016. Seperti media-media lain, laman web ini juga

melaporkan aktiviti-aktiviti dan pengakuan Daesh dalam mana-mana

serangan. Walau bagaimanapun, bermula bulan November 2017, laman web

ini mula mengumpul dana menggunakan platform Bitcoin bagi membantu

menampung operasi Daesh.

Akhbar Al-Muslimin

(2) Al-Sawarim Media Agency – Isdarat. Ia merupakan laman web Daesh

yang masih aktif. Al-Sawarim juga berfungsi sebagai agensi yang

bertanggungjawab untuk memaklumkan perkembangan terkini dan aktiviti

Daesh kepada pengikutnya.

Laman Web Al-Sawarin

Page 13: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

13

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

d. Majalah Online.

(1) Al-Naba Weekly. Majalah ini merupakan majalah rasmi Daesh yang

dikeluarkan setiap minggu. Ia bertujuan untuk menyemarakkan perasaan benci

terhadap Barat dan mengajar kaedah untuk melancarkan serangan keganasan.

Walaupun majalah ini masih aktif di alam siber, namun pengisian dan

penulisannya telah berkurangan semenjak kekalahan Daesh di Syria dan Iraq.

Contoh bahan yang diterbitkan oleh Al-Naba Weekly. Infogragik di atas berkaitan serangan

di Barcelona, Sepanyol pada 17 Ogos 17

(2) Al-Anfal. Ia merupakan sebuah majalah dalam talian yang dihasilkan

oleh Al-Dara’ Al-Sunni. Pengeluaran majalah adalah dalam sepuluh siri setiap

bulan dan disebarkan melalui Internet serta media sosial khususnya Telegram.

Kandungan majalah meliputi aktiviti terkini, infografik, temubual dalam

kalangan pemimpin terkanan Daesh dan kaedah-kaedah untuk membuat

serangan keganasan.

Page 14: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

14

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Salah satu daripada siri majalah Al-Anfal

e. Stesen Radio Online.

(1) Radio Al-Bayan. Stesen radio ini telah beroperasi sejak bulan Ogos

2014 di Mosul, Iraq. Ia bertujuan untuk menyampaikan informasi-informasi

terkini kepada penduduk tempatan di dalam “Khilafah” Daesh. Pengoperasian

stesen radio ini yang dilakukan secara fizikal telah bertukar kepada konsep

online radio menggunakan laman web Haqq dan Al-Sawarim setelah Daesh

tumpas di Syria dan Iraq.

Stesen Radio Al-Bayan

Page 15: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

15

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

ANALISA TERHADAP STRATEGI MEDIA DAESH @ ISIS

10. Antara penilaian yang berkaitan dengan situasi semasa berhubung ancaman siber

Daesh adalah seperti berikut:

a. Kemampuan dan keupayaan teknologi Daesh bukanlah perkara baru.

Kepakaran siber yang dimiliki oleh Daesh inilah yang membawa kepada kekuatan dan

kejayaan Daesh dalam mengatur strategi memperluaskan pengaruh, ideologi dan

agenda di seluruh pelusuk dunia secara tidak langsung. Keupayaan siber ini lebih

mudah dilakukan tanpa perlu melibatkan kehadiran anggota secara fizikal khususnya

untuk menjalankan aktiviti merekrut, menyalurkan sumber dana dan mempromosikan

ideologi dan propaganda.

b. Kekalahan Daesh dalam mempertahankan kubu kuat di Syria dan Iraq dilihat

tidak menjejaskan sepenuhnya aktiviti kekejaman Daesh yang mempunyai sokongan

daripada rangkaiannya di luar kawasan konflik. Naratif Daesh akan terus disebarkan

oleh pengikut dan rangkaiannya yang kini beralih secara virtual ataupun dalam talian.

Kemampuan ini tidak disangkal memandangkan mereka masih mempunyai pengikut

pelapis yang pakar dalam bidang siber khususnya dalam kalangan generasi muda.

c. Keinginan militan Daesh untuk terus aktif di dunia siber dilihat lebih menjurus

kepada psychological warfare yang mana Daesh cuba memenangi hati dan sentimen

penganut Islam khususnya masyarakat Sunni. Militan ini masih mampu untuk

beroperasi di dunia siber kerana masih terdapat individu dan organisasi tertentu yang

bersimpati terhadap perjuangan militan Daesh tanpa menghiraukan kehancuran dan

kekejaman yang dibawa oleh militan tersebut di Syria dan Iraq serta serangan-

serangan lone wolf yang dilancarkan oleh pengikutnya di Barat yang telah

mengorbankan banyak nyawa.

d. Ancaman terkini adalah penggunaan aplikasi Telegram oleh Daesh. Aplikasi

ini dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan sukar untuk dibolosi

melainkan penggunanya sendiri. Disebabkan fungsi inilah yang mendorong rangkaian

militan Daesh menggunakan Telegram bagi tujuan menyalurkan maklumat dan arahan

dalam merancang serangan keganasan untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak

berkuasa.

e. Propaganda yang telah dan yang akan dimainkan oleh Daesh dilihat akan

melahirkan lebih banyak rangkaian-rangkaian kecil Daesh khususnya di negara-

negara dunia ketiga serta negara-negara yang mempunyai kelemahan dalam aspek

undang-undang untuk membendung perkembangan elemen-elemen keganasan. Selain

rangkaian kecil, propaganda radikal esktremis dan sentimen keagamaan yang

Page 16: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

16

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

dimainkan dilihat akan menyebabkan lebih banyak serangan lone wolf yang

mensasarkan soft target untuk perhatian pihak media antarabangsa. Siri kedua majalah

Rumiyah telah memperkenalkan segmen Just Terror Tactics yang memaparkan

kepada pembaca tentang taktik dan teknik serangan keganasan yang mudah dan

murah. Majalah tersebut telah mengajar teknik membuat serangan menggunakan pisau

atau parang. Segmen ini mengajar dengan terperinci mengenai sasaran yang sesuai,

pemilihan pisau atau parang yang sesuai dan seterusnya, mencadangkan ciri lokasi

serangan yang boleh membawa kepada impak tinggi dan kematian. Siri ini mendapat

sambutan untuk serangan lone wolf yang pernah dilancarkan di Jerman, Perancis dan

United Kingdom (UK). Manakala di rantau Asia Tenggara, insiden yang paling

signifikan adalah dua serangan ke atas anggota polis Indonesia pada tahun 2017 serta

serangan di Gereja Katholik di Yogyakarta, Indonesia pada 12 Feb 18.

Artikel Rumiyah Siri Ke-2 mengenai taktik serangan pengganas

f. Teknik dan taktik serangan yang telah dikeluarkan di dalam majalah Rumiyah

siri ketiga pula telah mengajar teknik menggunakan lori atau trak dalam melakukan

serangan ke atas orang awam. Segmen ini telah mendedahkan jenis kenderaan yang

paling ideal dan suasana yang sesuai untuk melancarkan serangan selain menyentuh

tentang peringkat persiapan dan perancangan. Seruan Daesh untuk melancarkan

serangan menggunakan kenderaan ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa orang

awam di AS, Perancis, United Kingdom, Sepanyol dan Jerman. Serangan yang dilihat

signifikan adalah di Nice, Perancis pada 14 Jul 16 ketika sambutan Bastille Day yang

menyebabkan 86 kematian. Propaganda yang dimainkan oleh Daesh dilihat mampu

mempengaruhi individu-individu yang terdedah kepada media sosial Daesh untuk

melancarkan serangan tanpa memikirkan justifikasi tindakan mereka.

Page 17: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

17

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Artikel Rumiyah Siri Ke-3 mengenai taktik serangan pengganas

g. Pada 21 Jun 16, sebuah klip video telah dimuatnaik di Internet dan ditular di

laman web serta media sosial Daesh yang memaparkan tiga individu memberi ugutan

dan ancaman terhadap agensi penguatkuasaan Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pihak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan salah seorang daripada mereka adalah

Mohd Rafi Udin yang juga bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM)

dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Klip video yang berdurasi

dua minit 42 saat tersebut telah menggesa umat Islam untuk menyokong “Wilayah” di

Selatan Filipina yang diketuai oleh Abdallah al-Filipini atau Isnilon Hapilon dari

Kumpulan Abu Sayyaf (KAS). Video tersebut dilihat menjadi pemangkin kepada

faktor sokongan rangkaian militan Daesh Filipina untuk melancarkan keganasan di

Marawi, Filipina pada 23 Mei 17. Hasrat untuk menawan Marawi adalah bertujuan

untuk menubuhkan Khilafah Islamiyah di Asia Tenggara. Klip video seumpama ini

tidak boleh dipandang ringan kerana provokasinya mampu mengancam keselamatan

sesebuah negara malah dalam isu ini Daesh dilihat berupaya menyatukan kumpulan-

kumpulan pengganas di rantau ini untuk mencapai matlamat politik Daesh. Selain itu,

walaupun Filipina berkeupayaan menawan kembali Bandar Marawi dari rangkaian

kumpulan Maute dan KAS, ternyata kesan pertempuran telah memberi implikasi

negatif kepada aspek ekonomi dan sosial serta keselamatan penduduk setempat.

Page 18: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

18

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

Klip video yang memaparkan Mohd Rafi Udin (kanan) menggesa umat Islam

menyokong “Wilayah” Daesh di Selatan Filipina

h. PDRM telah berjaya menahan sejumlah tujuh individu dalam tempoh 27

Februari hingga 15 Mac 2018. Mereka disyaki terbabit dengan rangkaian Daesh dan

merancang untuk melancarkan serangan di negara ini khususnya ke atas rumah ibadat

bukan Islam. Naratif songsang dan propaganda Daesh telah mempengaruhi individu-

individu tersebut untuk bertindak sedemikian tanpa menyedari tindakan mereka boleh

menyebabkan isu perkauman dan agama. Keadaan ini dilihat boleh berlaku apabila

individu-individu ini mendapat akses kepada bahan-bahan atau propaganda Daesh

yang sememangnya tersebar secara meluas melalui aplikasi media sosial seperti

WhatsApp dan Telegram. Sehubungan itu, tangkapan membabitkan tujuh individu itu

jelas membuktikan penyebaran propaganda Daesh melalui Internet dan media sosial

mampu mengancam keharmonian dan perpaduan sesebuah negara. Selain itu, ia juga

akan mencemar identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat

majmuk jika perkara seumpama ini tidak diambil serius.

PENUTUP

11. Sehingga kini, Daesh dilihat terus menggunakan operasi media yang mana walaupun

berhadapan dengan kekalahan di Syria dan Iraq, media Daesh tetap beroperasi untuk

penyaluran dan penyebaran maklumat serta propaganda agendanya. Penutupan ataupun

sekatan ke atas laman web Daesh dilihat tidak berhasil menyekat penularan propaganda

Daesh disebabkan pengikutnya kelak akan mencipta program baru untuk menggantikan link

yang telah dihapuskan. Setakat ini, dianggarkan lebih 80,000 laman web Daesh dikesan

masih beroperasi untuk menjalankan proses merekrut anggota baru di samping memuatnaik

video dan propaganda radikal ekstremis sepertimana sebelum ini.

Page 19: EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH - airforce.mil.myairforce.mil.my/images/dokumen/ISIS/Evolusi/EVOLUSI.pdf · Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk

TERHAD

19

TERHAD

Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian

termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan

penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat

atau data yang terdapat dalam dokumen ini.

12. Justeru, usaha menyekat dan membendung penularan propaganda militan Daesh wajar

dipertingkatkan lagi memandangkan rangkaian militan ini mempunyai pakar siber yang licik

dan berkebolehan. Di peringkat Malaysia, usaha ini telah diperketatkan lagi melalui

kerjasama agensi-agensi kerajaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Sehingga kini, lebih

daripada 50 laman web tajaan rangkaian Daesh berjaya disekat untuk mengelak daripada

diakses oleh orang awam. Langkah berwaspada ini amat penting dalam usaha mengekang

perkembangan dan penularan ideologi Salafi Jihadi Daesh serta radikal ekstremis pengikut

militan Daesh yang boleh mengancam keharmonian dan keselamatan negara.

Disediakan oleh: Mej Subhadra Nadarajah, BSPP - PS 2 Cawangan Anti Keganasan.