Experiment Benang

8
Tajuk : Kekuatan benang Hasil pembelajaran : Mengenalpasti jenis benang yang tahan lasak. Mengenalpasti masalah : Benang jenis manakah dapat tahan dengan baik apabila ditarik? Hipotesis : Benang kapas merupakan benang yang kuat. Pengenalan / Rasional : Dalam hidupan seharian kita, kita selalu memakai pakaian untuk melindungi kulit kita daripada tercedera atau menjadi rosak. Kita selalu akan menjaga keterampilan kita. Untuk itu, kita akan membeli pakaian yang akan menampakkan kita cantik. Selain cantik, pakaian itu juga perlu selesa untuk dipakai oleh seseorang. Keselesaan bergantung kepada mereka yang memakainya. Kita juga perlu mengambil kira kualiti pakaian yang kita beli. Kita perlu membeli pakaian yang tahan lama. Ini kerana kita tidak akan inginkan pakaian kita senang koyak atau rosak. Contohnya, kita akan berasa tidak puas hati jika seluar atau baju yang kita pakai koyak apabila sedang melakukan sesuatu kerja. Ini akan menyebabkan kita berasa malu. Oleh itu, kita perlu berhati-hati untuk memilih jenis baju yang kita ingin beli. Untuk itu, kita perlu tahu tentang jenis kain yang ada dan ketahananya. Dengan ini, saya ingin mengetahui benang jenis manakah yang tahan lasak. Iini kerana dengan mengetahui jenis yang tahan lasak, kita dapat membuat keputusan yang baik untuk membeli pakaian. Saya akan membuat eksperimen ini dengan menggantungkan pemberat kepada benang yang berlainan jenis. Berat akan ditambah sedikit demi sedikit untuk mengetahui kekuatan benang tersebut. Alat-alat dan bahan : Benang berbagai jenis(benang kapas, benang poliester, benang rayon dan benang metalik), pemberat. Pembolehubah : Dimanipulasi: Jenis benang Gerakbalas: Berat yang boleh ditanggung oleh benang

description

contoh eksperimen

Transcript of Experiment Benang

Tajuk: Kekuatan benangHasil pembelajaran: Mengenalpasti jenis benang yang tahan lasak.Mengenalpasti masalah: Benang jenis manakah dapat tahan dengan baik apabila ditarik?Hipotesis: Benang kapas merupakan benang yang kuat.Pengenalan/ Rasional:Dalam hidupan seharian kita, kita selalu memakai pakaian untuk melindungi kulit kita daripada tercedera atau menjadi rosak. Kita selalu akan menjaga keterampilan kita. Untuk itu, kita akan membeli pakaian yang akan menampakkan kita cantik. Selain cantik, pakaian itu juga perlu selesa untuk dipakai oleh seseorang. Keselesaan bergantung kepada mereka yang memakainya. Kita juga perlu mengambil kira kualiti pakaian yang kita beli. Kita perlu membeli pakaian yang tahan lama. Ini kerana kita tidak akan inginkan pakaian kita senang koyak atau rosak. Contohnya, kita akan berasa tidak puas hati jika seluar atau baju yang kita pakai koyak apabila sedang melakukan sesuatu kerja. Ini akan menyebabkan kita berasa malu. Oleh itu, kita perlu berhati-hati untuk memilih jenis baju yang kita ingin beli. Untuk itu, kita perlu tahu tentang jenis kain yang ada dan ketahananya. Dengan ini, saya ingin mengetahui benang jenis manakah yang tahan lasak. Iini kerana dengan mengetahui jenis yang tahan lasak, kita dapat membuat keputusan yang baik untuk membeli pakaian. Saya akan membuat eksperimen ini dengan menggantungkan pemberat kepada benang yang berlainan jenis. Berat akan ditambah sedikit demi sedikit untuk mengetahui kekuatan benang tersebut.Alat-alat dan bahan:Benang berbagai jenis(benang kapas, benang poliester, benang rayon dan benang metalik), pemberat.Pembolehubah: Dimanipulasi: Jenis benang Gerakbalas: Berat yang boleh ditanggung oleh benang Dimalarkan: Panjang benangProsedur:1. Bahan dan alatan seperti di atas disediakan.2. Benang kapas dipotong dengan panjang 30cm.3. Pemberat 50g digantung pada satu hujung benang.4. Berat ditambah sampai benang terputus.5. Berat untuk memutuskan benang direkodkan.6. Prosedur 1-4 diulangi dengan benang poliester, benang rayon dan benang matalik.7. Keputusan direkodkan dalam jadual dan diplotkan dalam graf.Keputusan:Jenis benangBerat yang boleh ditanggung (g)

Kapas500

Poliester500

Rayon350

metalik200

Berat yang ditanggung oleh benang (g)

Perbincangan :1. Dalam eksperimen ini, kita dapat lihat yang benang kapas dan benang poliester dapat tahan dengan baik.2. Benang rayon hanya tahan 350g dan benang matelik tahan 200g.3. Ini membuktikan bahawa benang kapas dan benang poliester merupakan bahan yang kuat. Kedua-dua jenis benang ini banyak digunakan dalam industri pakaian pada masa kini.4. Benang kapas banyak digunakan kerana ketahananya dan sifatnya. Benang kapas mempunyai sifat yang boleh menyerap peluh ataupun apa-apa cecair. Oleh itu, pakaian kebanyakannya diperbuat daripada kapas. Ini akan menyebabkan peluh kering dengan cepat dan pemakai akan berasa lebih selesa.5. Untuk benang poliester ataupun lebih dikenali sebagai benang jahit, daya ketahananya tinggi. Ini kerana benang poliester kenyal. Apabila beban digantung, benang tersebut memanjang sedikit. Ini menyebabkannya dapat menahan berat tersebut. Apabila kita memakai baju daripada poliester, baju tersebut akan kenyal dan susah untuk koyak.6. Seterusnya ialah benang rayon. Benang rayon tidak begitu kuat dan ianya juga kenyal. Apabila tidak kuat, benang tersebut memanjang dan terus putus. Rayon merupakan bahan yang mempunyai ciri berkilat. Oleh itu, ia banyak digunakan sebagai riben ataupun untuk mencantikkan benda lain.7. Benang metalik merupakan benang yang tidak tahan kepada berat. Ini kerana benang terbesut tidak kuat. Benang metalik dibuat khas untuk membuat embroid atau untuk membuat corak atas kain . Oleh itu, benang tersebut tidak perlukan ketahanan yang tinggi kerana tujuan utamanya adalah untuk mancantikkan. Kesimpulan:Benang kapas dan benang poliester merupakan benang yang kuat dan tahan lasak.

Kemahiran proses sains yang digunakan

MemerhatiDalam eksperimen ini, saya membuat pemerhatian secara kuantitatif, kualitatif dan perubahan. Pemerhatian kuantitatif mempunyai angka yang direkodkan dengan melihat sesuatu situasi atau benda. Dalam eksperimen ini, saya telah membuat pemerhatian kuantitatif dengan merekodkan berat yang boleh ditanggung oleh setiap jenis benang. Pemerhatian secara kualitatif pula memerhati sesuatu perubahan yang tidak boleh direkod menggunakan angka. Ini dibuat dengan melihat apa yang berlaku kepada benang apabila berat ditambah dan akhirnya sampai ia putus. Pemerhatian perubahan ialah memerhati perubahan yang berlaku kepada benang iaitu dari satu benang yang panjang kepada benang yang terputus.MengelasUntuk mengelas, kita perlu mengesan persamaan dan perbezaan. Dengan menggunakan perbezaan antara dua atau lebih bahan, kita dapat mengelaskannya. Pengelasan yang saya buat dalam eksperimen ini ialah pengelasan benang. Persamaan antara benang yang saya gunakan ialah mempunyai diameter yang hampir sama. Ciri yang berbeza ialah ia terdiri daripada bahan yang berbeza. Oleh itu, saya telah membezakannya dengan menggunakan jenis benang.Mengukur dan menggunakan nomborKalau memperoleh kemahiran ini, saya dapat mengira dan membandingkan bilangan item dalam kumpulan yang berlainan. Saya dapat menggunakan nombor untuk merekod fenomena dan mengira dengan mudah. Saya menggunakan kemahiran ini semasa saya mengukur berat yang maksimum untuk memutuskan benang yang digunakan. Selain itu, saya juga dapat membuat perbandingan antara benang dengan menggunakan data yang saya dapat.

Membuat inferensUntuk membuat inferens, saya perlu menggunakan pemerhatian saya untuk membuat satu kesimpulan awal yang munasabah. Dalam eksperimen ini, apabila saya mendapat keputusan, saya dapat membuat inferens benang yang manakah kuat. Selain itu, saya juga dapat membuat inferens tentang kenapa benang lain tidak begitu kuat. MeramalUntuk meramal, kita perlu menggunakan bukti yang lepas atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin berlaku. Dalam eksperimen ini, saya telah membuat ramalan yang benang rayon dan benang metalik akan putus. Ini kerana, apabila saya sedang memegang benang tersebut, ia kelihatan elastik dan mudah untuk ditarik. Oleh itu saya meramal yang kedua-dua benang tersebut akan putus.BerkomunikasiUntuk berkomunikasi, kita boleh menggunakan beberapa cara untuk menyampaikan maklumat. Apabilan seseorang melihat laporan kita, mereka akan faham apakah maksud yang ingin disampaikan oleh eksperimen itu. Dalam eksperimen ini, saya telah menggunakan graf. Ini membantu saya untuk menyampaikan maklumat yang saya dapati dengan senang kepada orang lain.Mentafsir maklumatUntuk mentafsir maklumat, kita perlu memberi penerangan rang rasional tentang pola daripada data yang diperolehi. Ini akan menyatakan perhubungan antara maklumat. Untuk itu, saya telah membuat graf. Graf membantu saya untuk mengetahui pola dalam keputusan saya dengan lebih jelas.Mendefinisi secara operasi Kemahiran ini ialah untuk memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Ini membantu mentakrif istilah dalam konteks pengalaman sendiri. Ini dapat dilihat dalam eksperimen di mana kita boleh mengatakan baju jenis mana adalah terbaik untuk dipilih.Membuat hipotesisHipotesis merupakan mencadangkan penerangan selaras dengan bukti. Dalam eksperimen ini saya menyatakan hipotesis bahawa benang kapas merupakan benang yang kuat. Ini kerana banyak pakaian yang digunakan dan yang tahan lama ialah diperbuat daripada kapas. Oleh itu, saya mencadangkan benang kapas dengan menggunakan bukti bahawa baju kapas tahan lama.Mangawal pembolehubahUntuk mendapatkan kemahiran ini, kita perlu mengenl ketiga-tiga pembolehubah dahulu. Kita perlu tahu apakah faktor yang perlu ditukar, yang perlu dimalarkan. Selain itu, kita juga perlu tahu aspek manakah yang akan bertindakbalas untuk pembolehubah yang dimanipulasikan untuk situasi tersebut. dalam eksperimen, saya telah menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan jelas.MengeksperimenUntuk mengeksperimen, kita perlu menentukan pembolehubah dan menjalankan kajian dengan mengubah pembolehubah. Kita juga perlu menggunakan alatan yang sesuai dan membuat kesimpulan data yang terkumpul. Semua ini ada dalam eksperimen saya di mana saya mengenalpasti pembolehubah. Saya juga menggunakan pemberat yang sesuai. Saya dikhendaki untuk menambahkan berat sedikit demi sedikit. Oleh itu saya mengambil pemberat yang sesuai. Saya juga membuat kesimpulan yang benang manakah kuat berdasarkan data.

Kemahiran manipulatif

Mengguna dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betul.Saya telah menggunakan pemberat dengan betul. Pemberat itu digantungkan pada benang dan benang diangkat. Untuk menambahkan berat, saya telah meletakkan pemberat atas meja dan menambahkan berat. Dengan ini, penambahan berat yang tiba-tiba tidak akan menjejaskan ketegangan benang.

Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat.Selepas menggunakan pemberat, saya telah menyimpannya dalam beg. Ini kerana kalau pemberat itu jatuh atas kaki atau ke lantai, ia akan menyebabkan kaki sakit atau lantai tercalar.

Sikap saintifik dan amalan murni

Terdapat banyak sikap dan nilai amalan murni. Antara contoh yang saya ambil ialah :1) Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2) Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan 3) Berfikiran kritikal dan analitis

Saya telah melakukan eksperimen ini kerana saya berminat untuk mengetahui tentangnya. Saya memang tahu terdapat banyak baju yang diperbuat daripada kapas. Sampai sekarang saya ingat yang kapas dapat menyerap cecair dan ini menyebabkannya popular. Saya berasa berminat untuk mengetahui jenis benang yang ada. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan

Saya telah berfikiran kritikal untuk membuat eksperimen ini. saya berfikir kritikal untuk mencari pembolehubah yang betul dan membuat eksperimen dengan baik. Saya juga analitikal dengan mentafsirkan data saya Berfikiran kritikal dan analitikal.Saya telah merekodkan keputusan yang saya dapat dengan tepat. Saya telah berkelakuan jujur dengan tidak mengubah data saya untuk mendapatkan data yang baik.