Explore Race Permainan

15
FIND THE BOOK Langkah: 1. Peserta akan mencabut undi untuk mengenal pasti soalan mereka. 2. Peserta perlu mengikut arahan soalan tersebut dan melaksanakan kehendak soalan tersebut. Contoh Soalan: 3. Peserta mestilah menunjukkan buku yang berkaitan dengan soalan tersebut kepada urus setia stesen ini. Peraturan: 1. Peserta tidak dibenarkan bertanya kepada perpustakawan. 2. Peserta tidak dibenarkan untuk mendapatkan jawapan melalui melayari internet. 3. Peserta harus mengikuti setiap arahan yang dikemukakan oleh pihak urus setia. Sekiranya mengingkar arahan pihak urus setia, urus setia berhak menangguhkan masa kumpulan tersebut. (2 minit penalti) 4. Jawapan yang diberikan oleh pihak urus setia adalah muktamad. 5. Sebarang kemuskilan sila rujuk urus setia. Soalan: 1.Sila dapatkan buku teks Kajian Tempatan(SK) KBSR Tahun 6 dan mengira jumlah bilangan peta Malaysia yang terdapat dalam buku teks tersebut. Jawapan: 7

description

good

Transcript of Explore Race Permainan

Page 1: Explore Race Permainan

FIND THE BOOK

Langkah:

1. Peserta akan mencabut undi untuk mengenal pasti soalan mereka.2. Peserta perlu mengikut arahan soalan tersebut dan melaksanakan

kehendak soalan tersebut. Contoh Soalan:

3. Peserta mestilah menunjukkan buku yang berkaitan dengan soalan tersebut kepada urus setia stesen ini.

Peraturan:

1. Peserta tidak dibenarkan bertanya kepada perpustakawan.2. Peserta tidak dibenarkan untuk mendapatkan jawapan melalui melayari

internet.3. Peserta harus mengikuti setiap arahan yang dikemukakan oleh pihak

urus setia. Sekiranya mengingkar arahan pihak urus setia, urus setia berhak menangguhkan masa kumpulan tersebut. (2 minit penalti)

4. Jawapan yang diberikan oleh pihak urus setia adalah muktamad. 5. Sebarang kemuskilan sila rujuk urus setia.

Soalan:

1. Sila dapatkan buku teks Kajian Tempatan(SK) KBSR Tahun 6 dan mengira jumlah bilangan peta Malaysia yang terdapat dalam buku teks tersebut.Jawapan: 7

2. Berikan tarikh Maktab Kent dibuka dengan rasminya dan tokoh yang merasmikan Maktab Kent. (Sila rujuk buku “Maktab Perguruan Kent 1952-2012” karya Lisa Yip Shukye)Jawapan: 18 Oktober 1952 & Her Royal Highness Princess Marina, iaitu The Duchess of Kent, sepupu kepada Ratu Elizabeth II dari England

3. Siapa telah meletakkan jawatannya atas sebab peristiwa rusuhan kaum 13 Mei? Jawapan merupakan tajuk sebuah buku yang terdapat di perpustakaan. Carikan buku itu dan buktikan. (tips 419)

Page 2: Explore Race Permainan

Jawapan: Tunku Abdul Rahman (Salin nama pengarang, tajuk dan tempat penerbitan, nama penerbit dan muka surat)

4. Sabah juga dikenali dengan nama? Jawapan merupakan tajuk sebuah buku yang terdapat di perpustakaan. Cari dan tunjukkan buku itu.Jawapan: Land Below the Wind

5. Kenal pasti 13 jenis etnik Kadazandusun di Sabah. Anda perlu mencari buku bertajuk The Kadazandusun yang ditulis oleh Herman J. Luping.Jawapan: Bonggi, Liwan Tangaah Kadazandusun, Rungus, Lotud, Tindal/Idaan, Kimaragang, Bisaya, Orang Sungai, Tatana, Kwijau, Tidong dan Kedayan.

6. (Gambar). Beliau merupakan salah satu Perdana Menteri negara kita. Sila cari sebuah buku yang bernama “Beliau” di mana buku tersebut juga mempunyai gambar ini.Jawapan: YAB Dato Sri Mohd Najib.

7. Mendapatkan buku ‘Memoir Kent 1953-2012’. Kemudian, cari dan hafal visi dan misi IPG Kampus Kent.Jawapan:Visi – IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan GuruMisi – Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik kea rah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

8. Rusuhan 13 Mei telah membuktikan kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Sila nyatakan dua usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan supaya peristiwa hitam ini tidak diulangi. (sila rujuk buku Peristiwa 13 Mei, 1969 karya Syed Mahadzir) (mengambil gambar buku itu)Jawapan: DEB, rukun Negara

Page 3: Explore Race Permainan

9. Sila senaraikan tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia. (Sila rujuk buku teks KBSR Kajian Tempatan (SK) tahun enam) (mengambil gambar buku itu)Jawapan: Tunku Abdul Rahman, Tun Datu Mustapha bin Daru Harun, Tun Fuad Stephens, Lee Kuan Yew, Temenggong Jugah anak Barieng

10.Apakah peristiwa yang menyebabkan Rukun Negara diperkenalkan? Jawapan merupakan tajuk sebuah buku yang terdapat di perpustakaan. Carikan buku itu.Jawapan: 13 May

ASK ANG GO

Langkah:

1. Peserta akan mencabut undi untuk mengenal pasti soalan mereka.2. Peserta perlu menyebut 5 jenis bahasa yang diminta oleh pihak

penganjur bagi soalan yang mereka dapati.3. Peserta boleh mendapatkan jawapan dengan menanya warga IPGK

Kent(mendapatkan nama penuh dan no.ic).

Peraturan:

1. Peserta tidak dibenarkan untuk mencari jawapan dengan menggunakan ALAT ELEKTRONIK.

2. Sekiranya peserta tidak dapat mencari jawapan, penalti selama 2 minit akan diberikan.

Soalan:

1. Aku cinta tanah airku.2. Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.3. Negara kita tanggungjawab kita.4. Perpaduan teras kejayaan.

Page 4: Explore Race Permainan

STESEN COLLECTION

Langkah-langkah :

1. Peserta akan mencabut undi untuk mengenal pasti soalan yang mereka dapat.

2. Peserta akan melaksanakan tugasan mereka berdasarkan soalan mereka.

3. Peserta dihendaki menunjukkan gambar kepada urus setia.

Peraturan:

1. Para peserta dikehendaki membawa kamera / hp sendiri untuk mengambil gambar.

2. Berdasarkan soalan yang dicabut, peserta-peserta dikehendaki untuk melaksanakan tugasan tersebut.

3. Ahli kumpulan wajib untuk melaksanakan tugasan tersebut secara berkumpulan.(bersama-sama)

4. Perserta-peserta tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kumpulan yang lain.

5. Sebarang penipuan akan dibatalkan penyertaannya.6. Gambar yang diambil tidak perlu dalam format bercetak.

Soalan:

1. Berdasarkan 3 kaum yang berbeza, sila ambil gambar bersama dengan 3 staf / pensayarah yang berlainan kaum.

2. Mengambil gambar dengan pokok hujan-hujan, pokok tembusu, pokok asam jawa.

3. Anda dihendaki untuk mengambil gambar di tiga lokasi yang tercatat nama IPG Kent/Maktab Kent.

4. Setiap kumpulan dihendaki untuk mengambil gambar peserta berjabat tangan dengan tiga orang guru pelatih yang berlainan kaum..

Page 5: Explore Race Permainan

IKAT KAKI

Langkah-langkah:

1. 2 peserta daripada satu kumpulan dikehendaki mengikat kaki dan menutup mata dengan menggunakan kain dan tali yang disediakan.

2. 1 peserta yang lain dikehendaki mencabut 2 soalan dan mencari jawapan dengan berbincang dengan ahli kumpulannya.

3. Selepas mengenalpasti jawapan, 2 peserta yang diikat kaki dan ditutup mata akan bertolak untuk mencari jawapan yang disorok berpandukan arahan yang diberikan oleh ahli kumpulannya yang lain.

4. Selepas mendapat kad jawapan yang disorokkan, mereka perlu meletakkan kad jawpan itu ke tempat yang ditetapkan.

Peraturan:

1. Peserta bebas menggunakan bahasa pengantar untuk memberi arahan supaya menyempurnakan tugasan.

2. Peserta yang memberi arahan dilarang bergerak melampaui batas yang ditetapkan.

3. 2 peserta yang diikat kaki dan ditutup mata tidak boleh menanggalkan kain dan tali yang diikat pada bahagian mata dan bahagian kaki.

4. Sekiranya terdapat ahli kumpulan yang menanggalkan kain dan tali di atas badan secara sengaja, kumpulan tersebut dikehendaki menjawab 2 soalan yang baru.

Soalan:

a) Nama Khas1. Siapakah bapa perpaduan?2. Portugis + orang tempatan = ?3. Di manakah tempat pengisytirahan kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu?b) Peta Minda (isi tempat kosong)

1. Proses integrasi kaum2. Faktor-faktor menghalang perpaduan3. Langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk

perpaduan.

Page 6: Explore Race Permainan

c) Foto/gambar 1. Pencantuman bahagian bendera negeri

Negeri yang terkenal dengan jelapang padi. Negeri yang termasyhur dengan gunung tertinggi di rantau

Asia. Negeri yang tersohor dengan bangunan bersejarah di

Malaysia.

Pekak/Bisu/Buta

Peraturan:

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.

2. Orang pertama berperanan sebagai orang bisu, orang kedua sebagai orang

pekak manakala orang ketiga sebagai orang buta.

3. Orang bisu akan diberi topeng mulut, orang pekak akan mendengar muzik

manakala orang buta akan ditutup mata.

4. Orang bisu akan mencabut solan yang telah disediakan.

5. Orang bisu dikehendaki melakonkan soalan untuk diteka oleh orang pekak.

6. Orang pekak akan meneka dan menulis jawapan pada transparent paper.

7. Apabila jawapan yang ditulis oleh orang pekak betul, orang pekak akan

menjelaskan soalan tersebut kepada orang buta.

8. Orang buta akan meneka jawapan sehingga betul.

9. Selepas orang buta menjawab soalan dengan betul, kumpulan akan menuju

ke stesen yang seterusnya.

Soalan:

1. CHEONGSAM

Page 7: Explore Race Permainan

2. SARI

3. ROTI CANAI

4. TARIAN KIPAS

5. GASING

6. KOMPANG

7. NASI LEMAK

TAYANGAN VIDEO

Peraturan:

1. Dilarang menggunakan alat elektronik untuk mencari jawapan.2. Peserta tidak dibenarkan untuk mencatat sebarang matlumat yang

terdapat dalam video.3. Peserta tidak dibenarkan mengganggu kumpulan yang lain semasa video

sedang ditayang.4. Segala pelanggaran peraturan akan dikenakan penalti selama 3 minit.5. Segala keputusan adalah muktamad.

Langkah-langkah:

1. Peserta dijemput untuk menyaksikan satu video yang telah disediakan.2. Video ditayangkan.3. Soalan dikemukakan selepas tayangan video.4. Peserta diberikan 1 minit untuk berbincang dan menjawab soalan.5. Sekiranya peserta tidak dapat menjawab soalan, klu pertama akan

diberikan.6. Peserta akan mendapat klu kedua sekiranya tidak dapat menjawab

soalan lagi.7. Sekiranya peserta tidak dapat menjawab soalan selepas kedua-dua klu

tersebut diberi, maka akan ditahan untuk menyaksikan video yang kedua.

Page 8: Explore Race Permainan

Soalan

1. Siapakah orang pertama yang singgah ke Sabah pada 1521 semasa pelayaran mengelilingi dunia Ferdinand Magellan? (Pelayar Portusis & Sepanyol)

2. Manakah tempat yang dijadikan pengkalan membanteras lanun & perlombongan arang batu ? (Labuan)

3. Bilakah Borneo Utara ditadbir oleh Pentadbiran Kementerian British? (Selepas Perang Dunia Kedua)

4. Nyatakan tempat yang dicadangkan masuk ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1961. (Brunei, Borneo Utara [Sabah], Tanah Melayu [Malaya], Sarawak, Singapura)

5. Apa yang dihasilkan selepas rundingan bersama wakil dari Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu? ( Suruhanjaya Cobbold)

6. Siapakah Ketua Menteri Sabah pertama? (Tun Fuad Stephen)

TEKA LAGU

Soalan Langkah-Langkah Peraturan

1. Teka nama lagu patriotik

1.Pihak penganjur akan

memainkan lagu.

2. Seterusnya, peserta akan

meneka nama lagu dalam masa 2

minit.

1. Tips akan diberi oleh pihak

penganjur sekiranya peserta tidak

dapat meneka nama lagu dalam

masa 2 minit. (kalau tidak mau

jawab, macam mana)

2. Hukuman akan diberi sekiranya

peserta gagal meneka nama lagu

setelah diberi tips.

3. Hukuman: Peserta akan

melakukan aksi-aksi tertentu

seperti yang diminta oleh pihak

Page 9: Explore Race Permainan

penganjur untuk meneruskan

halangan seterusnya.

2. Menyambung lirik lagu

1. Penganjur akan memainkan

lagu dan menghentikannya pada

bahagian-bahagian tertentu.

2. Peserta perlu menyanyi untuk

menyambung lirik lagu yang

“hilang” dalam masa 2 minit.

1. Pihak penganjur akan

memainkan lagu yang berbeza

daripada lagu yang dimainkan pada

halangan pertama.

2. Masa yang diberi adalah 2 minit.

3. Sekiranya peserta tidak dapat

menyambung lirik lagu tersebut

dalam masa 2 minit, peserta akan

diberi hukuman.

4. Hukuman yang diberi ialah

mengucapkan terima kasih kepada

5 orang dan mendapatkan

tandatangan mereka.

5. Peserta tidak boleh mencari

sasaran pihak penganjur dan para

peserta.

3. Mengubahsuai lirik lagu dengan perkataan yang diberi

1. Peserta akan memilih sebuah

lagu di antara 5 lagu yang

diberikan oleh pihak penganjur.

2. Peserta akan diberi masa 2

minit untuk mengubahsuai lirik

lagu dengan berdasarkan kad

perkataan yang diberi oleh pihak

penganjur.

3. Peserta akan diminta

1.Masa yang diberi adalah 2 minit.

2. Peserta perlu menggunakan

semua kad perkataan yang

diberikan oleh pihak penganjur.

3. Hukuman akan diberikan

sekiranya peserta tidak dapat

mengubahsuai lirik lagu serta

menyanyikan lagu yang telah

diubahsuai selepas tiba masa 2

Page 10: Explore Race Permainan

menyanyikan lirik lagu yang telah

diubahsuai berdasarkan melodi

lagu asalnya.

minit.

4. Hukuman : Peserta akan diminta

untuk berada di tapak Dewan Tun

selama 1 minit sebelum mereka

dapat menuju ke destinasi yang

seterusnya.

* Lagu yang akan dimainkan dalam ketiga-tiga stesen adalah seperti yang berikut :

Lagu Patriotik :

1. 1 Malaysia For Youth2. Sejahtera Malaysia3. Tanggal 314. Warisan5. Dirgahayu Tanah Airku

Lagu Tempatan :

1. Sayang Kinabalu2. Tanak Kampung3. Jambatan Tamparuli4. Main tapuk-tapuk5. Gadis Sabah

KENALI IPG KENT

Langkah-langkah:

1. Peserta akan diberikan satu puzzle.

2. Puzzle tersebut adalah berkaitan dengan pelan IPG Kent.

Page 11: Explore Race Permainan

3. Peserta dikehendaki menyusun semula puzzle tersebut.

4. Terdapat 4 kepingan puzzle akan disembunyikan.

5. Peserta dikehendaki mengenali lokasi dalam kepingan puzzle yang

hilang. (kepingan puzzle yang hilang akan disembunyikan di tempat

tersebut)

6. Seterusnya, peserta dikehendaki mencari kepingan puzzle dan selepas

berjaya mencari kepingan puzzle, peserta dikehendaki menjawab

soalan yang terdapat pada belakang kepingan puzzle sebelum

menyempurnkan puzzle.

7. Selepas puzzle disempurnakan, peserta dikira menempuh cabaran.

Peraturan:

1. Peserta diberikan masa 5 minit untuk menyempurnakan puzzle(bagi puzzle yang tidak sempurna).

2. Sekiranya peserta gagal menyempurnakan puzzle, peserta dikehendaki menyusun semula puzzle tersebut dari permulaan.

3. Peserta akan diberi klu sebelum mula mencari puzzle yang disembunyikan.

Soalan:

1. Nyatakan 2 kesan pendudukan Jepun.2. Berikan salah satu nama Perdana Menteri3. Nyatakan 2 dasar yang telah dilaksanakan di Malaysia untuk memupuk

perpaduan.4. Berikan salah satu nama tokoh perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.5. Berikan 2 nama tokoh yang menentang penjajahan British sebelum

tahun 1940.6. Nyatakan 2 hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam kontrak social.7. Berikan 3 keistimewaan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan

Malaysia.8. Nyatakan 3 wilayah Persekutuan di Malaysia.

Page 12: Explore Race Permainan