F3novel Summary

download F3novel Summary

of 8

description

novel

Transcript of F3novel Summary

TEMANovel Hikmah ( Ting. 1 )KaryaMohd. Faris IkmalNovel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)Karya Zaihanim AbidinNovel 6.20 ( Ting. 3)Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim

Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.Kasih sayangseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya.

Perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.

Contoh HuraianTema Novel Hikmah karyaMohd. Faris Ikmal ialah kepincangan dalam keluarga Amri.Amri merupakan seorang anak yang baik danbertanggungjawab terhadap ibunya.Namun, sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan kejamterhadap ibunya menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak.Bapa Amri sering merampas wang, meragut rantai pusaka nenek yang dipakai ibunya, serta mencedera ibunya untuk berjudi dan membeli dadah.Akibatnya, Amrimembuli dan memeras ugut pelajar junior untukmelepaskan tekanan akibat sikap ayahnya tersebut. Wang hasil peras ugut pelajar berkenaan digunakannya untuk membeli ubat untuk ibunya kerana terdesak dan tambahan pula wang tersebut telah bercampur dengan wang tabungannya.TemaNovel Erti Sebuah Pengorbanankarya Zaihanim Abidin ialah kasih sayangseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya yang telah bercerai.Hal ini terbukti apabila Iman Zulaikha sebagai seorang anak amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.Setelah ibu bapanya bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukannya agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula. Akhirnya, berkat kesabaran dan doa Iman, akhirnya usaha untuk menyatukan semula kedua-dua ibu bapanya berjaya.Tema Novel 6.20 karya Siti Jasmina bt. Ibrahim ialah perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.Perjuangan inidiwakili oleh Sukma, Rafiq dan Tejayang berusaha gigih untukmenyelamatkan golongan pelajar sekolah menengah dan universiti daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiranbarat yang menuntut kebebasanhidup seperti menganggotai kumpulanblack metalyang telah dilakukan oleh Jerry sahabatnya.Sukma berusaha menyiasat kegiatan kumpulan tersebut yang bergiat di Kelab WX2. Dalam siasatannya Sukma mengesyaki ibunya menjadi dalang kumpulan berkenaan. Sukma akhirnya berjaya memujuk Jerry untuk memberikan maklumat kegiatan berkenaan kepada pihak berkuasa sehingga ahli kumpulan tersebut diberkas. Sukma menyesal dan berasa bersalah kerana selama ini mengesyaki ibunya menjadi dalang tetapi ibunya ialah seorang perisik kerajaan.

PERSOALAN

Novel Hikmah ( Ting. 1 )KaryaMohd. Faris IkmalNovel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)Karya Zaihanim AbidinNovel 6.20 ( Ting. 3)Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim

Dalam Novel Hikmah karyaMohd. Faris Ikmal terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.Pertama persoalankasih sayang seorangibuterhadap anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat sayang akan anaknya. Ibu Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan dia sendiri dalam keadaan lemah.Selain itu,persoalantanggungjawabseorang anak terhadap ibu bapanya. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Amri yang sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km ke pekan untuk membeli ubat ibunya di farmasi.Bahkan juga, pengarang juga menyelitkan persoalanprihatin dan simpati terhadap insan yang dalam kesusahan. Hal ini dapatdibuktikanapabila diadan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi. Sapura juga membantu menghantar Amri ke hospital setelah pengsan dipukul oleh dua orang pemuda setelah membeli ubat di farmasi.Contoh HuraianPersoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan karyaZaihanim Abidin terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.Pertama persoalanpengorbanan. Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin keranaanak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.Ayah Iman akurdengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.Selain itu, penulis menyelitkan persoalan tentangketabahan. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.Selain itu, pengarang memasukkan persoalanhubungan persahabatan antara sahabat berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Bahkan juga, pengarang menyelitkan juga persoalankegigihan.Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato di peringkat sekolah dan daerah walaupun dia menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Linda dan masalah perceraian ibu bapanya. Namun, kegigihannya berakhir dengan kejayaan menjadi johan dalam setiap pertandingan berkenaan.Pengarang juga menyelitkan persoalantaat kepada perintah agama. Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang dihajatinya tercapai. Akhirnya masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan atas rahmat Tuhan.Contoh HuraianPersoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalamterdapat beberapa persoalan yang diutarakan.Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel, antaranya persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.Selain itu, pengarangmenyelitkan persoalan konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma.Ibu Sukma berpendapat Sukma mengalami tekanan perasaandan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.Selain itu, pengarang juga membicarakan persoalantanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam atas tindakannya tersebut.Berani menegakkan kebenarandipaparkan oleh pengarang dalam novelnya. Contoh: Sukma, Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2.Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.Bahkan juga, pengarang menyelitkan persoalanketaatan terhadap perintah Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.Prihatin terhadap masalah orang lain juga diselitkan oleh penulis dalam karyanya. Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.Akhir sekali persoalanremaja yang mudah terpengaruh. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

WATAK PERWATAKAN

Novel Hikmah ( Ting. 1 )KaryaMohd. Faris IkmalNovel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)Karya Zaihanim AbidinNovel 6.20 ( Ting. 3)Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim

Watak Utama ( Amri )Berdasarkan Novel Hikmah, Amri digambarkan seorang pelajar yangtaat kepadaperintah ibunya. Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu Amri sering menasihati Amri supaya bersabar dengan tindakan bapanya yang sering merampas wang dan menderanya. Amri menuruti nasihat dan perintah ibunya.Selain itu, Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibunya. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Amri yang sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km ke pekan untuk membeli ubat ibunya di farmasi.Namun, Amriinsaf dan menyedari kesalahannyayang selama ini memeras ugut dan membuli pelajar junior di sekolahnya. Hal ini berlaku apabila dia dipukul hingga pengsan oleh dua orang pemuda yang cuba memeras ugutnya setelah membeli ubat di farmasi. Amri kemudiannya cuba.Watak Sampingan ( Sapura )Perwatakan pertama Sapura ialahberani. Sapura sebagai seorang pengawas berani mengadu perbuatan Amri yang membuli dan memeras ugut pelajar junior kepada guru walaupun pelajar lain tidak sanggup berbuat demikian. Sapura juga seorang pelajar yangbaik hati. Hal ini dapat dibuktikanapabila diadan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi. Di samping itu, Sapura seorang yangpemaaf. Dia memaafkan kesalahan Amri yang pernah mengenakannya suatu ketika dulu. Buktinya, walaupun Amri pernah menyebabkan dia terjatuh ke dalam bendang sehingga badan dan pakaiannya habis kotor tetapi dia tidak mendedami perbuatan Amri tersebutWatak Sampingan ( Ibu Amri)Ibu Amri digambarkan sebagai seorang ibu yangpenyayang. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat sayang akan anaknya. Ibu Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan dia sendiri dalam keadaan lemah.Selain itu, ibu Amri juga seorang yang penyabar.Hal ini dapat dibutikan apabila dia sering didera oleh suaminya seperti wangnya dirampas tanpa kerelaan, gelang pusaka yang dipakainya diambil, dan dirinya sendiri sering didera. Namun dia tetap bersabar dengan tindakan suamnya tersebut.Ibu Amri juga seorang yangpemaaf. Walaupun suaminya sering menyeksa, merampas wang dan mengambil gelang pusaka yang dipakainya untuk membeli dadah dan berjudi tetapi dia memaafkan tindakan suaminya tersebut. Akhirnya, suaminya insaf dengan kesalahannya tersebut.Contoh HuraianWatak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.Watak Utama ( Iman Zulaikha)Watak utama dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan Karya Zaihanim Abidin Iman Zulaikha.Dari segilatar belakang diri dan keluarga, Iman Zulaikha ialah seorang pelajar tingkatan satu Dinamik dan berumur 13 tahun. Beliau anak pasangan Pn Ruhaida dan En. Yusri yang telah bercerai semasa umurnya 12 tahun.Iman Zulaikha seorang yangpenyayang. Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula. Akhirnya usaha dan doa Iman tercapai dan ayah dan ibunya bersetuju untuk bersama semula.Selain itu, Iman seorang pelajar yanggigih.Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan dalam kedua-dua pertandingan tersebut walaupun dia menghadapi masalah keluarga dan masalah dengan sahabatnya Linda serta Adif Danial.Iman juga seorang yangpemaaf.Sifat pemaafnya terbukti apabila dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.Bahkan juga, Iman seorang pelajar yangberani.Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya. Keberanian Iman berakhir dengan kejayaannya menewaskan Linda dan menjadi wakil ke pertandingan peringkat daerah.Selain itu, Iman juga seorang pelajar yangbijak. Dia cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Buktinya, dia sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan dan berjaya menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah.Watak Sampingan ( Cikgu Julia)Cikgu Julia merupakan guru kelas Iman Zulaikha iaitu kelas Tingkatan Satu Dinamik.Dia juga seorang guru yang bertanggungjawab terhadap semua muridnya. Dia berasa puas hati dengan prestasi murid-murud kelas Tingkatan Satu Dinamik dalam peperiksaan pertengahan tahun yang diumumkan.Selain itu, dia banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di pertandingkan di peringkat sekolahnya dan di peringkat daerah. Dengan nasihat dan bimbingannya, Iman berjaya menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah.Latihan:- Cuba tulis jawapan yang lengkap dengan menghuraikan isi-isi di bawah dengan selengkap-lengkapnya. Tambah isi dengan mematikan setia jawapan anda mempunyai tiga isi sekurang-kurangnya.Pei WenMerupakan sahabat baik Iman.Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha.Tinggal dengan emak tirinya.Adif Danial.Merupakan sahabat baik Zulkarnain.Rakan sekelas Iman Zulaikha.Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.LindaMerupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

Contoh HuraianWatak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.Watak Utama ( Nur Sukma)Nur Sukma ialah watak utama dalam Novel 6.20 hasil karyaSiti Jasmina bt. Ibrahim. Dia merupakan anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.Nur Sukma merupakan seorang penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).Watak Sampingan (Puan Delia)Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).Seorang yang menghormati tetamu(Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).JerrySahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya).Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi).Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis).Terlibat dengan kumpulan WX2.

NILAI

Novel Hikmah ( Ting. 1 )KaryaMohd. Faris IkmalNovel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)Karya Zaihanim AbidinNovel 6.20 ( Ting. 3)Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karya Mohd Faris Ikmal memaparkan beberapa nilai murni. Antara nilai murniyang dilukis pengarang ialahnilai bertanggungjawab. Nilai ini digambarkan oleh pengarang melalui perwatakan Amri seorang pelajar penyayang, contohnya Amri amat menyayangi ibunya hingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometerke pekan untuk membeli ubat ibunya.Bahkan juga, nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak juga dipaparkan dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat sayang akan anaknya. Ibu Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan dia sendiri dalam keadaan lemah.Nilaiprihatin, simpati, belas kasihan, danikhlaspula dipaparkan oleh pengarang memalui perwatakan Sapura dan ayahnya. Hal ini dapat dibuktikanapabila Sapuradan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi.

Nilai merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam sesebuah karya sastera.Nilai kasih sayangIman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.Nilai ketabahanIman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerahNilai kerajinanIman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Nilai merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam sesebuah karya sastera.Nilai kasih sayangContoh:Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.Nilai prihatinContoh:Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.Nilai setiakawanSukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.Nilai tanggungjawabContoh:Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.Nilai saling menghormatiContoh;Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.Nilai kejujuranContoh;Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.Nilai pengorbananContoh:Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.Nilai patriotikContoh:Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.Nilai keimananContoh:Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipansolat sebagai umat Islam.Nilai kecintaanContoh:Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja.Nilai kerjasamaContoh:Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.Nilai rasionalContoh:Sukmaberfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.

PENGAJARAN

Novel Hikmah ( Ting. 1 )KaryaMohd. Faris IkmalNovel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)Karya Zaihanim AbidinNovel 6.20 ( Ting. 3)Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karya Mohd Faris Ikmalmemaparkan beberapa pengajaran. Pertama ialahkita hendaklahprihatinataubelas kasihan terhadap insan yang sedang dalam kesusahan. Contohnya: Sapura dan bapanya prihatin dan belas keasihan terhadap Amri dan ibunya yang ditimpa kesusahan. Sapura sanggup melupakan perbuatan Amri terhadapnya dan ikhlas membantu Amri sekeluarga.Pengajaran yang kedua ialahPengajaran yang ketiga ialahsebagaiibu bapa mereka haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan memberi kasih sayang, menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak mereka. Contohnya: ibu Amri sangat sayang akan Amri dan sanggup berkorban demi kesejahteraan anaknya itu walaupun dia dalam keadaan lemah. Pengajaran yang ketiga ialahkita harus sedar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kejahatan juga. Contohnya: Amri sedar akan ketakutan dan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa peras ugutnya selepas kejadian dia disamun oleh dua orang lelaki. Dia tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah kerana sedar akan akibatnya.Pengajaran yang kelima ialahkita haruslah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baik mungkin. Contohnya: Sapura melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengawas sekolah dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Dia tidak takut dengan sebarang kesan dan akibat tindakan yang dilakukannya apabila mengadukan perbuatan Amri yang melakukan peras ugut dan membuli pelajar junior kepada Cikgu Salman.Pengajaran yang keenam ialahkita haruslah bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya:Sapura bersedia memaafkan kesilapan Amri meskipun Amri pernah mengenakannya. Ibu Amri jugamemaafkan kesalahan bapa Amri dan bersedia menerimanya semula setelahinsaf atas kesalahan lalunya apabila ditangkap polis dan dipenjarakan.Pengajaran yang ketujuh ialahkita mesti berusaha untuk mencari wang dengan cara yang betuldan janganlah mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Contohnya, sikap memeras ugut bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah hasilnya haram di sisi agama.Selain itu,kita perlu mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang ditegah oleh undang-undang negara. Contohnya, bapa Amri yang terlibat dalam kegiatan pejudian dan penagihan dadah kerana akhirnya kita akan ditangkap dan dipenjarakan.

Pengajaranmerupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Pengajaranmerupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kitaContoh:Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luarContoh:Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.Contoh:Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan merekaContoh:Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawanContoh:Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakanbaik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi denganpemikiran barat.Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiriContoh:Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun diadibesarkan di luar negara.Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanahContoh;Tuan Haji Syaqirbertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat IslamContoh:Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikantanggungjawab merekasebagai umat Islam.Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaranContoh:Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negaraContoh:Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.