Factsheet karnival jom gerak

1
Sebuah Program Kemasyarakatan Penggerak Karnival Jom Gerak! ( Dari Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Karnival Masyarakat Secara Santai, Informatif, Aktif, Interaktif 6 Segmen : Jom Santai, Jom Sembang, Jom Bisnes, Jom Sihat, Jom Nikah dan Jom Beramal 3 Hari 2 Malam – Jumaat hingga Ahad melibatkan minima 10,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat Dana Diperlukan : RM 500,000.00 + Sumbangan Dana digunakan untuk membiayai sewaan tempat, LATAR BELAKANG Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang unik dengan kepelbagaian agama, kaum, etnik dan bahasa yang disatukan oleh Perlembagaan Malaysia dan Prinsip Rukunegara. Pelbagai masalah dilihat mampu memecah belah serta menggugat kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat sekiranya tiada diatasi bersama. Sudah sampai masanya, satu usaha promosi yang bersungguh-sungguh berkenaan prinsip KONSEP KARNIVAL JOM GERAK Sebuah karnival masyarakat yang bertujuan mempromosikan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang bersatupadu, sejahtera dan maju dengan kehidupan yang lebih mudah, tenang, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat berlandaskan jatidiri masyarakat yang berpegang teguh dengan prinsip rukunegara IMPAK SOSIAL Program ini akan menghasilkan impak sosial seperti berikut : Impak Kesedaran : Kesedaran tentang kepentingan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang beragama, ancaman untuk memecah belahkan kesatuan kita, kaedah dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Impak Kesukarelawanan : Impak ini boleh dikira melalui bilangan pendaftaran sebagai pendokong dan sukarelawan Penggerak Malaysia serta projek yang ingin dijalankan oleh mereka selepas karnival. Impak Ekonomi : Menampung kos dengan pendapatan dari sewaan 50 buah booth pameran/jualan, 8 buah booth penajaan, geran program oleh kementerian berkaitan, sumbangan kerajaan negeri serta sumbangan kepada Tabung Transformasi Diuruskan Oleh : Muslim Event Planner Sdn.

Transcript of Factsheet karnival jom gerak

Page 1: Factsheet karnival jom gerak

Sebuah Program Kemasyarakatan Penggerak Malaysia

Karnival Jom Gerak! ( Dari Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Rakyat )

Karnival Masyarakat Secara Santai, Informatif, Aktif, Interaktif 6 Segmen : Jom Santai, Jom Sembang, Jom Bisnes, Jom Sihat, Jom

Nikah dan Jom Beramal 3 Hari 2 Malam – Jumaat hingga Ahad melibatkan minima 10,000

orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat

Dana Diperlukan : RM 500,000.00 + Sumbangan Dana digunakan untuk membiayai sewaan tempat, booth, bayaran artis, penceramah, makanan & minuman, penginapan, bahan-bahan bercetak dan promosi, kos pengurusan dan lain-lain kos berkaitan program

LATAR BELAKANG

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang unik dengan kepelbagaian agama, kaum, etnik dan bahasa yang disatukan oleh Perlembagaan Malaysia dan Prinsip Rukunegara.

Pelbagai masalah dilihat mampu memecah belah serta menggugat kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat sekiranya tiada diatasi bersama. Sudah sampai masanya, satu usaha promosi yang bersungguh-sungguh berkenaan prinsip Rukunegara, penghayatan hidup bersama sebagai sebuah bangsa Malaysia yang beragama dengan mengekalkan segala keunikannya, kesatuan dan kebersamaan anggota masyarakat dalam pembinaan Negara Bangsa serta kesedaran terhadap ancaman luar yang mengganggu gugat kedaulatan Negara kita digerakkan.

KONSEP KARNIVAL JOM GERAK

Sebuah karnival masyarakat yang bertujuan mempromosikan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang bersatupadu, sejahtera dan maju dengan kehidupan yang lebih mudah, tenang, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat berlandaskan jatidiri masyarakat yang berpegang teguh dengan prinsip rukunegara dan perlembagaan Malaysia.

IMPAK SOSIAL

Program ini akan menghasilkan impak sosial seperti berikut :

Impak Kesedaran : Kesedaran tentang kepentingan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang beragama, ancaman untuk memecah belahkan kesatuan kita, kaedah dan tindakan yang perlu dilaksanakan.

Impak Kesukarelawanan : Impak ini boleh dikira melalui bilangan pendaftaran sebagai pendokong dan sukarelawan Penggerak Malaysia serta projek yang ingin dijalankan oleh mereka selepas karnival.

Impak Ekonomi : Menampung kos dengan pendapatan dari sewaan 50 buah booth pameran/jualan, 8 buah booth penajaan, geran program oleh kementerian berkaitan, sumbangan kerajaan negeri serta sumbangan kepada Tabung Transformasi Masyarakat Sejahtera oleh para pengunjung, pihak korporat, swasta, glc dan lain-lain.

Impak Kesatuan : Borang Akujanji Perjuangan sebagai tanda kesatuan dan persetujuan untuk hidup dan berjuang bersama-sama sebagai sebuah keluarga besar masyarakat Malaysia.

Diuruskan Oleh : Muslim Event Planner Sdn. Bhd.