FACULTY OF INFORMATION & MULTIMEDIA COMMUNCATION …
Transcript of FACULTY OF INFORMATION & MULTIMEDIA COMMUNCATION …
FACULTY OF INFORMATION & MULTIMEDIA COMMUNCATION
SEMESTER 2 / 2012
OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
MATRICULATION NO : 900325137421001
IDENTITY CARD NO. : 900325137421
TELEPHONE NO. : 0194992635
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : SARAWAK LEARNING CENTRE
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
Isi Kandungan
Bil Kandungan Muka
Surat
1 Latar Belakang syarikat 1
1.1 Latar Belakang Syarikat Telekom Malaysia Berhad
1.2 Latar Belakang Jabatan Pembangunan Rangkaian (ND)
2 1.3 Objektif Pembangunan rangkaian
1.4 Alamat Pejabat Ibu Pejabat
2 Masalah Etika 3
3 Penyalahgunaan Kenderaan Syarikat 4
4 Punca Penyalagunaan Kenderaan Syarikat
5 Bagaimana Masalah Penyalahgunaan Kenderaan Boleh
Terjadi 6
6 Kesan penyalahgunaan kenderaan syarikat 9
7 Cara mengatasi penyalahgunaan kenderaan syarikat
10
7.1 Mengetatkan peraturan syarikat
7.2 Membuat buku log pergerakan kenderaan
7.3 Membuat buku log penggunaan minyak
8 Kesimpulan 11
9 Rujukan 12
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
1
1. Latar Belakang syarikat
1.1 Latar Belakang Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM)
Telekom Malaysia Berhad (TM), jalur lebar juara Malaysia dan membawa maklumat dan
komunikasi bersepadu, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi dalam jalur
lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM sentiasa bergerak dengan
mewujudkan nilai pemegang saham dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan sentiasa
memberikan tumpuan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui
penambahbaikan berterusan kualiti perkhidmatan pelanggan dan inovasi, walaupun memberi
tumpuan kepada meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti.
Memanfaatkan rangkaian globalnya, infrastruktur rangkaian dan kepakaran kolektif, TM
kedudukan yang baik untuk mendorong Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang
digital bagi Asia Tenggara. TM masih berpegang teguh dalam transformasi kepada pembekal
komunikasi generasi baru untuk menyampaikan satu gaya hidup digital yang dipertingkatkan
dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, dan membuka kemungkinan melalui
sambungan, komunikasi dan kerjasama ke arah wawasan bersama kita memartabatkan negara
ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Sebagai warga model korporat yang komited untuk tadbir urus yang baik dan ketelusan, TM
terus janjinya untuk memastikan integriti proses, orang dan reputasi serta kemampanan
operasi kami. Tanggungjawab Korporat (CR) etos memperkukuhkan sikap bertanggungjawab
dalam empat domain utama pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan
tumpuan pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, masyarakat /
negara dan alam sekitar, melalui kami Mendekati program.
TM juga pemenang anugerah pelbagai korporat, yang diiktiraf secara konsisten untuk
piawaian yang tinggi dalam Tadbir Urus Korporat serta Anugerah CSR Perdana Menteri
untuk Amalan Tempat Kerja Terbaik dua tahun berturut-turut, pada tahun 2009 dan 2010.
TM yang baru-baru ini menerima 5 Anugerah Kebangsaan Laporan Korporat Kebangsaan
(NACRA) 2010, terutamanya Anugerah Platinum untuk CSR dan 4 Frost dan Sullivan
Anugerah Kecemerlangan Malaysia 2011, termasuk Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar
Terbaik Tahun.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
2
1.2 Latar Belakang Jabatan Pembangunan Rangkaian (ND)
Di TM, kami mempunyai jabatan yang banyak, kerana saya bekerja di Pembangunan
Rangkaian (ND). Dasar kita adalah untuk membangunkan dan menyampaikan komunikasi
rangkaian yang berkualiti tinggi dengan nilai luar biasa dan untuk terus meningkatkan
rangkaian untuk memenuhi keperluan pelanggan kami, polisi TM, pihak berkuasa Berkanun
dan Kawal Selia. Ini akan menyokong wawasan TM untuk menjadi Syarikat Komunikasi
pilihan.
1.3 Objektif Pembangunan rangkaian
Zon Pembangunan Rangkaian (NDZ) objektif kualiti yang ditunjukkan oleh KPI yang
berikut:
1. Perbelanjaan Modal (CAPEX) prestasi
2. Projek siap dalam masa sasaran.
3. Assetization projek-projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4. Prestasi fizikal (EAL, ELC, LPT)
5. Perbelanjaan mengurus (OPEX) prestasi
1.4 Alamat Pejabat Ibu Pejabat
1.4.1 Ibu Pejabat Telekom Malaysia
Ibu Pejabat berdaftar Telekom Malaysia terletak di Level 51, North Wing, Menara TM, Jalan
Pantai Baharu, 50672, Kuala Lumpur, Malaysia.
1.4.2 Ibu Pejabat Network Development Sarawak
Ibu Pejabat Network Development Sarawak pula terletak di Bangunan TM 300, Telekom
Malaysia Berhad, Jln Simpang Tiga, 93672 Kuching, Sarawak
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
3
2. Masalah Etika
Masalah etika adalah masalah terhadap sikap seseorang yang sering menimbulkan masalah
dan menyusahkan orang lain. Sikap yang menjurus kepada keburukan orang lain yang
membolehkan orang lain yang menerima akibat daripada perbuatan mereka. Tidak hairan
kenapa masalah etika ini wujud di kalangan kita kerana sikap yang berbeza-beza.
3. Penyalahgunaan Kenderaan Syarikat
Masalah etika yang wujud di TM adalah penyalahgunaan kenderaan syarikat.
Penyalahgunaan kenderaan syarikat sering kita dengar dan lihat di sekeliling kita. Mungkin
juga terdapat di suasana syarikat kita. Di TM, masalah peyalahgunaan kenderaan syarikat
wujud kerana situasi itu sangat ketara. Melalui tinjauan ketika waktu pejabat, terdapat banyak
kenderaan syarikat yang digunakan untuk mengambil anak-anak pekerja ini di sekolah dan
ada juga yang pergi ke pusat membeli-belah. Tidak mustahil pekerja-pekerja syarikat ini
membawa ahli-ahli keluarga mereka untuk pergi bersiar-siar.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
4
4. Punca Penyalagunaan Kenderaan Syarikat
Pekerja-pekerja syarikat ini kebiasaannya selalu menghabiskan waktu kerjanya di luar seperti
di tapak-tapak kerja. Mereka selalu tidak balik ke pejabat untuk mengambil kenderaan sendiri
untuk digunakan ke tempat-tempat tertentu atas urusan mereka sendiri seperti mengambil
anak ke sekolah.
Bagi mereka, jika mereka mengambil kenderaan sendiri dari pejabat ianya akan memakan
masa kerana perlu balik ke pejabat dan mengambil kenderaan syarikat yang ditinggalkan di
pejabat. Pekerja-pekerja syarikat yang menggunakan kenderaan syarikat untuk mengambil
anak mereka terlalu malas untuk menukar kenderaan syarikat kepada kenderaan persendirian
untuk mengambil anak mereka.
Disebabkan sikap mereka yang itu, mereka sanggup menggunakan kenderaan syarikat untuk
pergi mengambil anak disekolah walaupun mereka tahu bahawa mereka telah
menyalaggunakan kenderaan syarikat dan risikonya adalag tinggi.
Ada juga pekerja-pekerja syarikat yang menggunakan kenderaan syarikat kerana ianya
menjimatkan kos minyak kenderaan mereka sendiri. Mereka mengambil kesempatan atas
kenderaan syarikat kerana dibekalkan kad minyak. Jika mereka menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk pergi mengambil anak mereka ke sekolah, mereka perlu menggunakan
minyak mereka sendiri dan kos untuk minyak kenderaan mereka sangat tinggi.
Oleh yang demikian, pekerja-pekerja syarikat menggunakan kenderaan syarikat kerana lebih
menjimatkan penggunaan minyak pada kenderaan peribadi mereka. Sikap mereka yang
terlalu tamak dan kedekut untuk mengeluarkan duit untuk membeli minyak di kenderaan
mereka sendiri menjadi salah satu punca kenapa mereka menyalahgunakan kenderaan
syarikat. kerana jika mereka hendak mengambil anak mereka di sekolah atau pergi ke pusat
membeli-belah, mereka tidak menggunakan minyak kenderaan mereka sendiri tetapi
menggunakan minyak kenderaan syarikat yang ditanggung oleh syarikat.
Kebanyakan kenderaan syarikat adalah kenderaan yang mahal jadi ada pekerja-pekerja
syarikat yang mengambil kesempatan menggunakan kenderaan syarikat untuk bermegah dan
bermewah-mewahan. Mereka menggunakan kenderaan syarikat untuk membawa perempuan-
perempuan yang mereka baru kenali ke tempat membeli-belah. Mereka menggangap, jika
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
5
menggunakan kenderaan syarikat, mereka akan dapat perhatian daripada perempuan-
perempuan yang mereka baru kenali itu.
Sifat yang bermegah-megah dan bermewah-mewah menggunakan kenderaan syarikat
menjadi salah satu faktor kenapa mereka menyalahgunakan kenderaan syarikat. mereka juga
sering menggunakan kenderaan syarikat ke tempat-tempat yang esklusif kerana kenderaan
syarikat mempunyai logo syarikat. jika mereka menggunakan kenderaan syarikat ke tempat-
tempat eksklusif tersebut mereka akan dilayan dengan baik kerana mereka dianngap sebagai
pekerja syarikat terbabit.
Kenderaan syarikat merupakan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang-barang
yang digunakan untu kerja. Jadi, kenderaan ini mempunyai ruang barang yang cukup besar di
belakang. Kemudahan ini sering disalah guna oleh pekerja-pekerja syarikat untuk mereka
mengangkut barang-barang milik persendirian. Sebagai contoh, jika terdapat perabot yang
hendak di angkat dari rumah, mereka akan menggunakan kenderaan syarikat untuk
mengangkut perabot yang besar tersebut ke lokasi yang ditentukan.
Mereka sendiri tidak mempunyai kenderaan yang bersesuain untuk mengangkut barang-
barang yang seperti perabot atau mengangkut barang yang banyak. Jadi mereka
menggunakan kenderaan syarikat di luar waktu pejabat untuk mengangkut barang peribadi
mereka. Ketiadaan kenderaan yang sesuai digunakan untuk urusan peribadi menjadi salah
satu punca mereka menyalahgunakan kenderaan syarikat.
Pegawai-pegawai yang tidak produktif juga menjadi punca kenderaan-kenderaan syarikat
digunakan untuk pekerja bawahan mereka pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Pegawai-
pegawai ini memberi kebenaran untuk menggunakan kenderaan tersebut. Mereka tidak mahu
mengambil tahu ke mana pekerja bawahannya pergi menggunakan kenderaan tersebut.
Sebagai contoh, Jeff, pekerja syarikat meminta kebenaran untuk menggunakan kenderaan
syarikat daripada pegawai atasannya. Dengan tidak bertanya ke mana Jeff hendak pergi,
pegawai tersebut terus membenarkan Jeff menggunakan kenderaan tersebut. Jadi penggunaan
kenderaan syarikat yang tidak terkawal ini juga menjadi salah satu punca pekerja-pekerja
syarikat tidak takut untuk menggunakan kenderaan syarikat kerana bagi mereka, pegawai
mereka telah memberi kebenaran dan jika apa-apa terjadi, pegawai atasan mereka yang
bertanggungjawab.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
6
5. Bagaimana Masalah Penyalahgunaan Kenderaan Boleh Terjadi
Pekerja-pekerja yang menyalahgunakan kenderaan selalunya menggunakan kenderaan pada
waktu pejabat di mana mereka mengambil kesempatan itu untuk menghantar atau mengambil
anak-anak mereka di sekolah. Jadi mereka menggunakan kenderaan dengan sesuka hati
tanpa menghiraukan kenderaan yang mereka gunakan itu adalah untuk urusan syarikat sahaja.
Jika kita lihat, pekerja-pekerja yang menggunakan kenderaan syarikat untuk mengambil atau
menghantar anak-anak mereka ke sekolah tidak memberi kemudahan itu kepada pekerja lain
yang lebih memerlukan. Jika pekerja yang menyalahgunakan kenderaan tersebut pergi
menukar kenderaan mereka kepada kenderaan sendiri, sudah tentu kenderaan syarikat
tersebut boleh digunakan oleh pekerja lain untuk membuat kerja mereka.
Sebagai contoh, Abu hendak pergi mengambil anaknya di sekolah dengan menggunakan
kenderaan syarikat. Akan tetapi, rakan sekerja beliau di pejabat tengah menunggu kenderaan
syarikat untuk pergi ke tapak kerja. Jadi, jika Abu menggunakan kenderaan syarikat untuk
mengambil anaknya, maka rakan sekerja beliau tiada kenderaan untuk pergi ke tapak.
Seharusnya, Abu pergi menghantar kenderaan syarikat tersebut balik ke pejabat dan
menggunakan kenderaan sendiri untuk mengambil anaknya supaya rakan sekerja beliau boleh
menggunakan kenderaan syarikat tersebut untuk ke tapak kerja.
Penyalahgunaan kenderaan ini mewujudkan masalah etika di mana, Abu tidak mempedulikan
orang yang hendak menggunakan kenderaan syarikat tersebut.
Terdapat juga pekerja-pekerja syarikat yang sengaja menggunakan kenderaan syarikat untuk
pergi ke mana-mana sahaja tidak kira waktu pejabat atau luar waktu pejabat. Pekerja-pekerja
yang menyalahgunakan kenderaan ini tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri kerana
mereka tidak mahu berbelanja untuk mengisi minyak untuk kenderaan mereka sendiri.
Jika menggunakan kenderaan syarikat, mereka tidak perlu berbelanja untuk mengisi minyak
kerana peruntukan minyak untuk kenderaan syarikat telah ditanggung syarikat. Justeru itu,
pekerja-pekerja yang menyalahgunakan kenderaan syarikat tidak pernah menggunakan
kenderaan sendiri untuk urusan peribadi mereka.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
7
Sebagai contoh, Izzat, pekerja yang yang menggunakan kenderaan syarikat untuk ke pusat
membeli-belah bersama isterinya pada waktu tengah hari. Izzat mengambil kesempat dalam
menggunakan kenderaan syarikat itu membawa isterinya ke pusat membeli-belah supaya
beliau tidak menggunakan kenderaan beliau sendiri untuk ke tempat tersebut. Beliau tidak
memikirkan tentang minyak kenderaan beliau sendiri kerana beliau jarang menggunakan
kenderaan sendiri ke pusat membeli-belah kerana menggunakan kenderaan syarikat.
Sikap Izzat yang suka menggunakan kenderaan syarikat untuk ke tempat-tempat pusat
membeli-belah membawa ahli keluargnya mewujudkan masalah etika kerana perbuatan
beliau boleh merugikan syarikat. Jika belaiau asyik menggunakan kenderaan syarikat, maka
penggunaan minyak akan bertambah. Penggunaan minyak yang berlebihan bermaksud
banyak belanja diperlukan. Ianya dibayar oleh syarikat tetapi penggunaannya bukan atas
urusan kerja.
Bagi pekerja syarikat yang mementingkan gaya,fesyen dan personaliti, mereka sering
menggunakan kenderaan syarikat ke tempat-tempat yang mereka inginkan kerana kenderaan
syarikat bukanlah kenderaan yang murah. Mereka membawa kenderaan syarikat untuk
bermegah-megah dan bermewah-mewah.
Pekerja-pekerja yang menggunakan kenderaan ini selalunya menggunakan kenderaan
syarikat di luar waktu pejabat. Mereka menggunakan kenderaan syarikat untuk mengambil
hati gadis-gadis. Menggunakan kenderaan syarikat ke tempat-tempat eksklusif kerana mereka
akan di layan dengan bagus atas nama syarikat.Tidak terkecuali, mereka menggunakan
kenderaan syarikat untuk pergi ke tempat yang tidak senonoh.
Sebagai contoh, Asri, pekerja syarikat yang sering pergi ke tempat-tempat lain, seperti Sibu,
Bintulu atau Miri. Beliau menggunakan kenderaan untuk ke tapak-tapak tersebut. Asri
seorang berpewatakan yang kaya. Setelah waktu pejabat, beliau akan menggunakan
kenderaan syarikat untuk ke tempat-tempat yang tidak senonoh untuk mencari gadis-gadis.
Dengan menggunakn kenderaan syarikat, dengan senang Asri mendapat dua tiga orang gadis.
Beliau juga menggunakan kenderaan syarikat ke tempat-tempat yang eksklusif seperti di
kelab-kelab malam. Di situ, beliau akan layanan bak raja kerana menggunaka nama syarikat.
Beliau mengambil kesempatan menggunakan kenderaan syarikat untuk bermewah dan
bermegah di luar kawasan Kuching.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
8
Tindakan Asri menggunakan kenderaan syarikat untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak
senonoh itu mengakibatkan masalah etika kerana perbuatan beliau boleh mencemarkan nama
baik syarikat. Orang awam yang melihat kegiatan Asri akan terus berfikiran negatif dengan
syarikat. Perbuatannya yang tidak mempedulikan nama syarikat adalah tidak beretika.
Penyalahgunaaan kenderaan syarikat adalah masalah etika. Jika kita menyalahgunakan
kenderaan syarikat ianya akan mengakibatkan menyusahkan orang lain yang ingin
menggunakan kenderaan syarikat tersebut. Banyak lagi pekerja lain yang menunggu untuk
menggunakan kenderaan syarikat tersebut.
Menggunakan kenderaan syarikat untuk menjimatkan penggunaan minyak di kenderaan
sendiri merupakan masalah etika. Penggunaan minyak pada kenderaan syarikat yang
berlebihan boleh menyebabkan kerugian pada syarikat.
Sebagai contoh, jika sehari penggunaan minyak adalah RM100, kalau sebulan boleh
mencecah RM3000. Minyak tersebut digunakan bukan atas urusan rasmi, tetapi atas
kegunaan sendiri. Pekerja itu sendiri harus lebih beretika dalam menggunakan kenderaan
syarikat.
Pekerja syarikat yang menggunakan kenderaan sendiri ke tempat-tempat yang tidak senonoh
adalah tidak beretika. Tujuan penggunaan kenderaan syarikat adalah untuk ke tapak-tapak
kerja. Bukan untuk ke tempat-tempat seumpama itu.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
9
6. Kesan penyalahgunaan kenderaan syarikat
Penggunaan kenderaan syarikat adalah untuk semua pekerja-pekerja syarikat bukan untuk
seorang sahaja. Jika pekerja yang menggunakan kenderaan syarikat itu tidak memberi
peluang orang lain untuk menggunakan kenderaan syarikat tersebut maka produktiviti pekerja
akan berkurang. Pertumbuhan tahap pekerjaan pekerja yang tidak dapat menggunakan
kenderaan syarikat yang turun.
Ianya akan memberi kesan kepada yang menyeluruh kepada semua kakitangan. Jika
produktiviti pekerja yang tiada berpeluang untuk menggunakan kenderaan syarikat menurun
maka peluang untuk kenaikan pangkat atau menerima bonus juga tipis. Pekerja-pekerja
tersebut boleh mengalami sakit mental.
Bagi pekerja yang menggunakan kenderaan untuk mengambil anak-anak mereka di sekolah,
mereka juga akan mengalami penurunan dalam produktiviti kerja kerana mereka tidak
membuat kerja dengan betul.
Pengunaan kenderaan untuk untuk tujuan yang bukan atas bukan dasar syarikat seperti pegi
ke tempat membeli-belah boleh mendorong kepada kerugian kepada syarikat. Penggunaan
minyak yang berlebihan untuk pergi ke tempat-tempat sebegitu boleh merugikan syarikat.
Bayangkan jika mereka pergi ke tempat yang jauh dari tempat mereka sepatutnya bekerja,
minyak yang digunakan adalah berlebihan dari yang sepatutnya. Siapa yang membayar
minyak yang berlebihan ini, tentulah pihak syarikat.
Jika syarikat mengalami kerugian, pekerja-pekerja lain di dalam syarikat akan turut terjejas
kerana kemungkinan mereka tidak mendapat bonus atau gaji mereka akan dikurangkan oleh
kerana kerugian syarikat. Oleh itu, penyalahgunaan kenderaan boleh mendorong kepada
kerugian syarikat secara umumnya.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
10
7. Cara mengatasi penyalahgunaan kenderaan syarikat
7.1 Mengetatkan peraturan syarikat
Pihak syarikat haruslah mengetatkan peraturan syarikat dengan mengenakan denda yang
tinggi kepada sesiapa yang menyalahgunakan kenderaan syarikat. Hukuman yang sewajarnya
haruslah dilaksanakan oleh syarikat. Dan hukuman ini mesti dijatuhkan sekiranya terdapat
pekerja yang menyalahgunakan kenderaan syarikat tersebut. Hukuman yang boleh dibuat
adalah seperti digantung kerja dan jika didapati kesalahan mereka sangat serius, seperti
menggunakan kenderaan syarikat untuk mencuri atau membunuh maka mereka boleh
dibuang kerja serta-merta.
7.2 Membuat buku log pergerakan kenderaan
Setiap jabatan yang mempunyai kenderaan syarikat haruslah mempunyai satu buku log
pergerakan kenderaan untuk setiap kenderaan syarikat yang mereka meiliki. Setiap pengguna
kenderaan syarikat haruslah merekodkan pergerak mereka seperti nama pemandu, jumlah
jarak perjalan dan tempat yang dituju di dalam buku log tersebut. Buku log tersebut
hendaklah di periksa setiap bulan memastikan tiada pecanggahan atau sesuatu yang musykil
timbul di dalam pergerakan kenderaan syarikat. Sebarang keraguan mestilah disiasat supaya
pengguna kenderaan syarikat tidak terlepas dari kesalahan.
7.3 Membuat buku log penggunaan minyak
Setiap pembelian minyak hendaklah direkodkan di dalam buku log tersebut. Berbeza
daripada buku log pergerakan kenderaan, di dalam buku log penggunaan minyak harus
dicatitkan bacaan odometer yang terkahir ketika minyak diisi, jumlah kandungan minyak
yang diisi dan jumlah pembayaranyang dibuat. Resit minyak haruslah disertakan ketika
merekodkan pembelian minyak tersebut sebagai bukti. Sama seperti buku log pergerakan
kenderaan syarikat, buku log penggunaan minyak juga mesti diperiksa setiap bulan
memastikan tiada keraguan dalam penggunaan minyak kenderaan syarikat.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
11
8. Kesimpulan
Masalah etika adalah sikap seseorang yang menyusahkan orang lain. Tidak mempedulikan
orang lain dalam melakukan suatu hal. Oleh yang demikian, aktiviti penyalahgunaan
kenderaan syarikat sekarang semakin menjadi-jadi yang boleh mengakibatkan produktiviti
kerja seseorang menurun. Pihak syarikat akan mengalami kerugian oleh kerana sikap pekerja-
pekerja yang tidak mempedulikan syarikat. Tidak memikirkan tentang orang lain dan
syarikat. Jika sikap tidak mengambil tahu tentang orang lain tidak dibendung, syarikat yang
mempunyai pekerja berkenaan sangat merugikan. Sikap pekerja syarikat yang tidak
mengendahkan nama syarikat, menggunakan kenderaan syarikat untuk bermegah, boleh
mencalarkan nama syarikat.
Sikap-sikap pekerja yang selalu menyusahkan orang lain tidak kira rakan di pejabat, pekerja-
pekerja lain dan pihak syarikat adalah tidak beretika. Pekerja-pekerja haruslah menjauhi sikap
yang beretika ini untuk menjaga diri sendiri, rakan-rakan dan pihak syarikat. Boleh
disimpulkan bahawa masalah etika boleh membawa kepada kemudaratan kepada sesiapa
sahaja dan syarikat. Penyalahgunaan kenderaan tidak beretika memberi kesan yang
mendalam kepada sesiapa yang terasa dengan perbuatan tersebut.
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
12
9. Rujukan
9.1 http://www.tm.com.my/ap/profile/corp_info/Pages/aboutus.aspx
9.2 http://aaipoel.wordpress.com/2007/12/16/masalah-etika-dalam-organisasi/
9.3 http://etikaprof.blogspot.com/
2,519 Patah Perkataan
900325137421001 OUMM3203 SEMESTER 2 2012
13