Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

2

Click here to load reader

Transcript of Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

Page 1: Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini adalah lebih baik sekiranya kita dapat kongsi

bersama amalan-amalan yang bleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan seterusnya

memberi manafaat kepada kita bukan sahaja di dunia yang sementara malahan di negeri Akhirat

yang kekal abadi. Sesungguhnya dunia ini ibarat ladang tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya

nanti akan dituai dan dinikmati di akhirat nanti.

Dan menurut kitab kecil „Majmuk‟, salah satu daripada amalan yang baik dilakukan oleh para

Muslimin dan besar fadhilatnya adalah Doa Haikal. Doa Haikal merupakan bacaan 7 aya:

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam

masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah

Ta‟ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan

pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa

membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada

api neraka.

Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin

dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat

tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.

Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang

ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan

mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya

azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur‟an dan 70,000 mati

syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan

seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan

mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur‟an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang

perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang

Page 2: Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail,

Israfil, „IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada

segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia

berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.”

Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri

Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan

hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka.

Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar.

Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan

yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu,

“Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada

boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila

didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta

dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut

seberapa banyak harta dan melepaskannya.

Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa

haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah

syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i‟tikad

Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari

beberapa surah seperti berikut:

1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);

2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra‟: 77 – 80;

3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;

4. Haikal 4: Al-Isra‟: 81 – 85;

5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;

6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan

7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Untuk rujukan anda boleh download doa tersebut yang telah di simpan dalam format PDF

melalui butang download di bawah ini. Semoga mendapat faedah dan pengajaran kepada kita

semua. Insya Allah