Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

5
Faedah dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Puasa. Apa manfaat yang ada, apa yang kita akan dapat daripada puasa ni? Setiap tahun pada bulan Ramadhan kita akan berpuasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Apa manfaat yang kita dapat daripada puasa ni? Di bawah ini saya senaraikan beberapa faedah dan manfaat berpuasa. Saya bahagikan faedah dan manfaat puasa ini kepada dua kategori. Pertama dari segi sains. Dan kedua ialah dari segi rohani kita. Jom kita tengok manfaat-manfaat puasa yang akan kita dapat. Manfaat Puasa Dari Segi Sains Apa yang sains kata mengenai puasa ni? Membuang toksin yang ada di dalam badan kita Kita tahu puasa itu menahan diri kita daripada makan, minum dan perkara-perkara lain. Semasa puasa itulah kita membuang toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan kita. 1 | FAEDAH BERPUASAYANG SELALU TERLEPAS PANDANG

Transcript of Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Page 1: Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Faedah dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

 

Puasa. Apa manfaat yang ada, apa yang kita akan dapat daripada

puasa ni?

Setiap tahun pada bulan Ramadhan kita akan berpuasa daripada

terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Apa manfaat yang kita dapat daripada puasa ni?

Di bawah ini saya senaraikan beberapa faedah dan manfaat

berpuasa. Saya bahagikan faedah dan manfaat puasa ini kepada

dua kategori. Pertama dari segi sains. Dan kedua ialah dari segi

rohani kita.

Jom kita tengok manfaat-manfaat puasa yang akan kita dapat.

Manfaat Puasa Dari Segi Sains

Apa yang sains kata mengenai puasa ni?

Membuang toksin yang ada di dalam badan kita

Kita tahu puasa itu menahan diri kita daripada makan, minum

dan perkara-perkara lain. Semasa puasa itulah kita membuang

toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan kita.

Cuba fikir berapa banyak penyakit yang datang daripada cara

pemakanan kita? Kita mendapat terlalu banyak kolestrol…

terlalu banyak gula… terlalu banyak garam semuanya kerana

1 | F A E D A H B E R P U A S A Y A N G S E L A L U T E R L E P A S P A N D A N G

Page 2: Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

makan berlebihan. Bila kita puasa kita akan mengurangkan diri

kita daripada makan secara berlebihan.

Dan jika anda makan berlebihan, itu maknanya anda terlalu

ikutkan nafsu makan anda. Jangan buas sangat ya makan semasa

buka puasa tu 

Para penyelidik telah membuktikan bahawa puasa dapat

membuang toksin/racun dari badan dan secara tidak langsung

dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan

penyakit.

Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa

adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit

yang membabitkan perut.”

Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan

mengesyorkan kepada mereka agar berpuasa sebagai alternatif

kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat

menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga

menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses

pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-

kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan

sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk

berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada

otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan

2 | F A E D A H B E R P U A S A Y A N G S E L A L U T E R L E P A S P A N D A N G

Page 3: Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-

aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat

melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan

bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.

Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa

dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa.

Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin

berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi

dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu

kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan”

telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.

Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan

lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu

mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan

pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.

Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 kebaikan

berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan

kandungan gula di dalam darah, tekanan darah, lipid darah dan

berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai

punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan

antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini

menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan

sindrom metabolik.

3 | F A E D A H B E R P U A S A Y A N G S E L A L U T E R L E P A S P A N D A N G

Page 4: Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2)

Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat

badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia

kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan

bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah

penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits menyatakan:

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka

memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam

perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah

memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah

menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan

pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh,

kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga

perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika

berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran

semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak

tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa

henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya bisa

berjalan lancar dan tanpa gangguan.Begitu jua dengan tubuh

manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu

diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,malah

lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan

berpuasa.Wallah Huaalam.

4 | F A E D A H B E R P U A S A Y A N G S E L A L U T E R L E P A S P A N D A N G

Page 5: Faedah Dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

5 | F A E D A H B E R P U A S A Y A N G S E L A L U T E R L E P A S P A N D A N G