Faedah E Government

download Faedah E Government

of 4

description

e government

Transcript of Faedah E Government

Faedah Penggunaan E-GovernmentMasyarakat kini mendambakan satu perkhidmatan yang bukan saja efisyen dan efektif tetapi juga mudah, cepat dan pintar. Misalnya, segala urusan harian seperti memperbaharui lesen, pendaf taran hak milik, pembayaran cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya dapat diselesaikan melalui hujung jari dengan hanya melibatkan sebuah komputer tanpa melakukan sebarang pembaziran masa dan tenaga. Dengan kata lain, masyarakat hari ini menghendaki agar kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik melalui penggunaan sumber, masa, dan tenaga yang minimum. Semua ini boleh direalisasikan melalui satu mekanisme yang semakin popular sekarang iaitu, kerajaan elektronik. Mungkin orang ramai masih tertanya-tanya apa itu e-government atau kerajaan elektronik? E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penekanan kepada aspek penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan telah menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 2003 apabila Perdana Menteri pada ketika itu,Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan strategi baru ke arah merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada 21 Mei 2003 di Putrajaya. Salah satu strategi yang dirancangkan ialah strategi yang ke IV iaitu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dasar kerajaan. Dalam hal ini, sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Justeru itu, kertas kerja ini akan melihat secara mendalam mengenai peranan dan juga kepentingan kerajaan elektronik dalam memperbaiki mutu perkhidmatan awam. Secara ringkasnya, penyampaian perkhidmatan awam melalui kerajaan elektronik melibatkan proses permintaan (demand) dan penawaran (supply). Proses penawaran dalam melaksanakan Kerajaan Elektronik menghendaki agar agensi kerajaan pelaksanaan menyediakan beberapa aplikasi sebagai elemen penting dalam memberikan perkhidmatan yang bersifat lebih mudah, cepat dan boleh dipercayai (reliable). Sehubungan itu, beberapa agensi kerajaan di negara-negara maju telah memperkenalkan portal kerajaan yang bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pengenalan website, pembayaran cukai melalui mesin kiosk, pertanyaan saman melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan seterusnya menerima sebarang komen serta maklumbalas dari masyarakat melalui e-mel. Penyediaan aplikasi- aplikasi ini hendaklah bersifat mesra pengguna (user friendly), di mana semua pihak boleh menggunakannya tanpa mengira status dan latarbelakang pendidikan. Namun begitu, wujud halangan-halangan di pihak kerajaan sendiri dalam memanfaat sepenuhnya faedah yang terdapat dalam kerajaan elektronik.Apa yang pasti, melalui e-government, satu pencapaian penting ialah pelaksanaan Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovernment. Melalui myGovernment ini ia dapat memberi maklumat terkini perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan. Sebagai contoh, sehingga akhir 2005, Portal Perkhidmatan Awam ini telah menyediakan akses kepada 900 laman web pelbagai agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.Selain itu, melalui e-government, kerajaan dapat mengubah sistem perkhidmatann sektor awam yang dianggap tradisional kepada yang lebih moden, iaitu daripada sistem manual kepada sistem elektronik. Pada masa yang sama, langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah yang baik ke arah dunia tanpa sempadan.Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2005, Malaysia diletakkan di tangga 43 dalam perlaksanaan e-government. Sementara itu, dalam rantau Asia Tenggara juga, Malaysia masih lagi terkebelakang berbanding Negara Singapura, Jepun dan Korea. (Laporan akhbar New Straits Times). Hakikat yang perlu kita akui, ialah melalui e-government ini, segala pembayaran bil, semakan saman, hutang, dan sebagainya, dapat diketahui dengan mudah. Malah orang ramai dapat berurusan secara lebih berkesan bila-bila masa sahaja, selama 24 jam atau 7 hari dalam seminggu, begitu mudah sekali dan cepat. Tanpa perlu beratur atau berbaris di kaunter-kaunter bayaran, semakan dan sebagainya.Dalam hal ini secara tidak langsung, ia dapat merungkai masalah yang berlaku dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Ini kerana kita tidak perlu lagi beratur atau berbaris panjang di kaunter-kaunter untuk menjelaskan bil dan sebagainya. Di samping itu, langkah yang dijalankan ini juga dapat mengurangkan permasalahan birokrasi iaitu dengan mempermudahkan dan memperkemaskan lagi sistem dan aliran kerja, serta dapat memantapkan pentadbiran sektor awam.Hakikat yang boleh kita terima sekarang, apabila perlaksanaan e-government, melalui portalnya, orang ramai dapat melayari internet dengan mudah. Jika dibandingkan satu ketika dahulu, sebagai contoh, para penganggur atau pencari kerja akan turun naik pejabat, iaitu di Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) untuk melihat kekosongan jawatan, atau membelek-belek pelbagai surat khabar untuk mencari peluang pekerjaan dan berbaris panjang hanya untuk mendapatkan sekeping borang. Namun dengan adanya sistem e-government, maka dengan mudah mereka dapat melayari internet untuk mengakses borang permohonan. Semua jawatan kosong dalam agensi kerajaan terkini tertera dalam laman sesawang ini. Selain itu, sistem e-government dijangkakan akan meningkatkan operasi dalaman kerajaan. Ianya bermatlamatkan memberi keselesaan, ketelusan dalam segala hal. Ini sekaligus, membaikpulih taraf aliran maklumat di dalam kerajaan bagi membangunkan dasar, menyelaras dan menguatkuasakannya secara lebih pantas dan berkualiti.Di sebalik perlaksanaan e-government, apa yang cuba diperkenalkan ialah dari segi penjimatan kertas. Apabila pelanggan terus melayari internet ini, maka penggunaan kertas agak terhad sekaligus menjimatkan penggunaan kertas melalui borang-borang yang dijual. Buat masa kini, kegunaan utama Kerajaan Elektronik antaranya adalah proses memperbaharui lesen memandu secara elektronik dan ujian teori memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sistem e-failing oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semakan daftar pemilih oleh Jabatan Pendaftaran Negara, jawatan kosong oleh agensi kerajaan dan sebagainya. Dengan adanya tetingkap perkhidmatan secara 'one-stop' yang disediakan oleh Kerajaan Elektronik kita dapat lihat dalam RMK- 9, dinyatakan sebayak 2.16 juta calon telah menduduki ujian memandu ini melalui projek e-khidmat ini.Walau bagaimanapun, perlaksaananan e-government ini turut menuntut supaya penjawat awam hari ini mempunyai kemahiran dalam ICT sebagai nilai tambahan untuk melancarkan lagi operasi ini. Tanpa kemahiran ICT, maka perlaksanaan secara menyeluruh di setiap agensi kerajaan mungkin mengalami kegagalan. Dalam menyahut saranan kerajaan ke arah penubuhan Kerajaan Elektronik, sekarang Kementerian Sumber Manusia dalam pelaksanaan Projek Electronics Labour Exchange (ELX iaitu merupakan aplikasi perdana Kerajaan Elektronik ke 6. Dalam Projek ELX didapati aplikasi Office Productivity Support System (OPSS) akan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan Internet serta penggunaan e-mel bagi meningkatkan otomasi pejabat. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang meluas di kalangan kakitangan Kementerian serta Jabatan diharapkan dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Kementerian sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan ICT. Penggunaan Internet dan E-mel di Jabatan yang tiada batasnya akan memungkinkan berlakunya penyalahgunaan Internet dan E-mel di kalangan kakitangan. Demi menjamin keselamatan ICT dan memantau penyalahgunaan Internet dan E-mel maka, satu peraturan atau garis panduan tertentu perlu diwujudkan.Dalam masa yang sama, usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan dalam perkhidmatan awam, perlulah dijadikan agenda berterusan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan kita. Secara keseluruhannya, penggunaan sistem ICT ini juga baik dan mampu meningkatkan ketelusan, di samping mengurangkan berlakunya penyelewengan serta dapat mempercepatkan sesuatu proses dan permohonan berbanding perkhidmatan secara manual. Justeru itu, dalam melahirkan perkhidmatan awam bertaraf dunia, yang sentiasa peka kepada arus perubahan, kerjasama semua pihak perlu di dalam melaksanakan konsep e-government secara menyeluruh ini. Namun begitu, latihan yang cukup perlulah diberikan kepada penjawat awam untuk memudahkan segala urusan apabila mengendalikan sistem ini nanti.Apa yang lebih penting di sini, dalam memantapkan sistem penyampaian sektor awam, melalui e-government, usaha ini perlulah seiring dengan kesedaran masyarakat hari ini melalui kepentingan ICT. Hal ini penting untuk menjadikan sistem penyampaian perkhidamatan awam hari ini bertaraf antarabangsa akan tercapai. Apapun usaha yang dilaksanakan membabitkan ICT ini, semuanya terletak di hujung jari. Rakyat Malaysia juga merupakan penentu kelancaran sistem ini supaya hasilnya lebih berkesan.