Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

8
Wujud Wujud adalah sifat wajib bagi Allah Ta‟ala yang pertama. Wujud bagi Allah Ta‟ala ialah wujud zati, iaitu ada Nya Allah kerana zatNya. WujudNya Allah Ta‟ala tidaklah dengan perantaraan sesuatu pun di luar zatNya. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah SWT bukan saja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 25: ن ئ ل م و ت ل أ س ن ت ا م الش ن ل ق ل ى ل ال..... ( ةن، اري لقما س) Ertinya: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu meraka akan menjawab: „Allah‟……” Wujud itu ada. Adanya sesuatu yang wujud atau ada sesuatu, rasionalnya adalah sesuatu yang dapat di sentuh, di lihat, di bentuk dan usulnya. Namun wujud dalam sifat Allah tidak dapat didefinasikan seperti itu. Dengan mantiq, kita melatih akal kita bahawa wujud Allah adalah sesuatu yang tidak dapat kita lihat tetapi wujud Allah adalah sesuatu yang dapat kita lihat tetapi wujud Allah dapat kita ketahui dengan wujud Alam. Dan kita manusia ini tidak akan dapat mencipta alam. Maka Allah lah yang mewujudkan alam. Adanya alam ini yang berubah setiap masa dan waktu seperti matahari, bulan, bintang, kematian adanya binatang manusia, gunung-ganang, siang dan malam dan kejadian-kejadiannya yang sempurna, membuktikan dengan nyata adanya pencipta iaitu Allah Ta‟ala . Dengan bukti kejadian itu akal menerima dan berkata: Mesti adanya yang menjadikan dan mengadakan seluruh alam itu, tidak lain hanya pencipta yang sempurna dan berkuasa iaitu Allah Ta‟ala. Apabila kita pandang kepada kejadian manusia dan seluruh alam ini, maka kita mendapati bahawa tiap-tiap satunya telah dijadikan cukup lengkap, elok, teratur dan sempurna. Ternyatalah sesungguhnya yang menjadikan semua ini tentulah pencipta yang mempunyai kuasa yang sempurna dengan sifat kesempurnaan yang Maha Suci dan tidak serupa dengan makhluk.

Transcript of Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Page 1: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Wujud

Wujud adalah sifat wajib bagi Allah Ta‟ala yang pertama. Wujud bagi Allah

Ta‟ala ialah wujud zati, iaitu ada Nya Allah kerana zatNya. WujudNya Allah Ta‟ala tidaklah

dengan perantaraan sesuatu pun di luar zatNya. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah SWT

bukan saja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku

menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 25:

ت من سألتوم لئن .....اللى لقلن الشما

(سري لقمان، اة )

Ertinya: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang

musyrik) itu: “siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu meraka akan

menjawab: „Allah‟……”

Wujud itu ada. Adanya sesuatu yang wujud atau ada sesuatu, rasionalnya adalah

sesuatu yang dapat di sentuh, di lihat, di bentuk dan usulnya.

Namun wujud dalam sifat Allah tidak dapat didefinasikan seperti itu. Dengan mantiq,

kita melatih akal kita bahawa wujud Allah adalah sesuatu yang tidak dapat kita lihat tetapi wujud

Allah adalah sesuatu yang dapat kita lihat tetapi wujud Allah dapat kita ketahui dengan wujud

Alam. Dan kita manusia ini tidak akan dapat mencipta alam. Maka Allah lah yang mewujudkan

alam. Adanya alam ini yang berubah setiap masa dan waktu seperti matahari, bulan, bintang,

kematian adanya binatang manusia, gunung-ganang, siang dan malam dan kejadian-kejadiannya

yang sempurna, membuktikan dengan nyata adanya pencipta iaitu Allah Ta‟ala. Dengan bukti

kejadian itu akal menerima dan berkata: Mesti adanya yang menjadikan dan mengadakan seluruh

alam itu, tidak lain hanya pencipta yang sempurna dan berkuasa iaitu Allah Ta‟ala.

Apabila kita pandang kepada kejadian manusia dan seluruh alam ini, maka kita mendapati

bahawa tiap-tiap satunya telah dijadikan cukup lengkap, elok, teratur dan sempurna. Ternyatalah

sesungguhnya yang menjadikan semua ini tentulah pencipta yang mempunyai kuasa yang

sempurna dengan sifat kesempurnaan yang Maha Suci dan tidak serupa dengan makhluk.

Page 2: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Dan Firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-A‟raaf ayat 54:-

إن ربكم

Ertinya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi”

Dengan itu alam dan setiap ahagiannya wajib berkehendak kepada Allah. Tiap-tiap yang wajib

berkehendak alam kepadaNya wajiblah wujudNya, jadi Allah itu wajib wujudnya.

Selain itu dalam dalil atau alasan adanya Allah ialah, adanya semua makhluk ini (sebab tidak ada

makhluk, kalau tidak ada yang menciptakannya, Allahlah yang menciptakannya)1

Manusia ini tidak akan timbul atau hidup di alam dunia ini secara tiba-tiba, sebab kadang-kadang

kita ini merasa banyak kekurangan. Orang bodoh merasa ingin pintar dan orang pendek ingin

menjadi tinggi, orang yang cacat badannya pasti ingin lengkap segalanya seperti orang biasa,

orang sakit ingin sihat dan seumpamanya.

Sebab itulah semua kejadian tersebut kita terima dengan keadaan yang sudah begini, sebab

keadaan hidup dan bentuk atau rupa badan kita ada yang menentukan dan Allah Ta‟ala yang

Maha Kuasa, pusat segala kejadian. Kita berasal dari Allah dan sesuatu hari nanti kita kembali

kepadaNya. Jadi tidak ada yang sempurna, yang sempurna hanya Allah Maha Pencipta.

Firman Allah Ta‟ala:

للى

Terjemahannya: “Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara

keduanya…..”

(as-Sajdah: 4)

1 Sifat 20 suntingan dari kitab tijaanud daraarii, Noraine Abu, Al-Hidayah, M.S 18

Page 3: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Qidam

Wajib bagi umat Islam mempercayai dan menyakini bahawa Allah bersifat Qidam

ertinya sedia ada (tiada permulaan bagiNya dan tiada akhir bagiNya) Ini adalah sifat wajib Allah

Ta‟ala yang kedua. Jelas lah disini bahawa Allah sudah ada sebelum adanya segala makhluk atau

sesuatu kejadian di dalam dunia dan alam lain Seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-Hadid

ayat 3:

ل الأ الباطن ه الظاهر ء علم بكل ش ه

سري اجلدد، اة )

Ertinya: Dialah Allah Yang Pertama, Yang Akhir, Yang Terang (kelihatan tanda-tanda

kebesaranNya dan Yang Tersembunyi kerana tidak dapat dilihat oleh mata kepala manusia) dan

Dialah Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Qidam itu sedia ada. Dalam kehidupan seharian, kita bertemu dengan benda-benda yang sedia

ada, tetapi sedianya itu kerana ada yang menyediakan.

Sedia pada zat Allah SWT tidak sama dengan gambaran seperti makhluk. Ia tidak boleh kita

samakan dengan sifat sedia yang berlaku pada makhluk.2 Sekiranya Allah itu bersifar baharu

nescaya Allah berhajat kepada yang membaharukanNya. Dan yang membaharukanNya pula

berhajat kepada yang lain membaharukannya, Kalau begitu mustahil bagi Allah sebab, sudah

tentu kalau Allah ada yang membuat, tentu pembuatnya Allah lagi. Allah kedua, memerlukan

pembuatnya lagi dan seterusnya. Kalau kejadian ini berlaku, setentunya Allah itu miripnya

seperti manusia saja dan tidak ada hujung pangkalnya, sebab tentu Allah pun turun- temurun.

Itulah yang tidak dapat di terima dengan akal fikiran manusia yang bijak ini.

Keseluruhannya, Zat Allah adalah satu-satunya Zat Pembuat dan Pencipta seluruh alam semesta,

lain tidak.

2 Sifat 20 dan pengenalannya, Abd Rahman Abd Majeed, Darul Numan, M.S 17

Page 4: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Firman Allah Ta‟ala:

الباطنه الظور الأجر ل .....لأ

Ertinya: “Allah itu Zat yang terdahulu tidak ada permulaannya, yang terakhir tidak ada

hujungnya, yang zahir tanda-tandanya dan yang ghaib Zatnya…”

(al-Hadid: 3)

Walaupun zat Allah ini ghaib, tidak dapat dilihat dan tidak dapat diraba oleh pacaindera kita,

tetapi, Ia Maha Ada. Sebab, Dia pembuat segala makhluk. Kita boleh ada, dan boleh tidak ada,

bergantung pada Allah.

Baqa

Yang ketiga ialah sifat Allah yang wajib iaitu Baqa ertinya kekal selama-lamanya

dan tiada kesudahan bagiNya. Pada hakikatnya ialah jika Allah tidak kekal, tentulah ia akan

binasa dan jika ia binasa nescaya dia baharu dan jika dia baharu nescaya dia sangat memerlukan

pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukan. Jelas lah di sini bahawa Allah sahaja lah

yang kekal. Buktinya sudah termaktub didalam al-quran dan Firman Allah Taala:

الإكرامبقى( )كل من علوا فان جى ربك ذ الجلال ( )

(-سري الرمحن، اة )

Ertinya: “Setiap yang ada di atas muka bumi ini akan binasa dan yang kekal hanya zat Tuhan mu

yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”

(surah Ar-Rahman, ayat 26-27)

Baqa itu kekal. Dalam pertaliannya dengan mantiq, jika Allah itu tidak kekal, tentulah ia akan

binasa dan jika ia binasa nescaya dia baharu dan jika dia baharu nescaya dia sangat memerlukan

pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukan. Allah tidak seperti itu, Allah sentiasa ada,

tiada akhir dan menafikan ada kesudahan bagi wujudnya Allah Taala. Sesungguhnya Allah tidak

Page 5: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

ada hujungnya, seperti kematian. Jadi, Allah kekal selama-lamanya, tidak diakhiri dengan mati

atau lenyap, tidak mengalami perubahan, tidak muda, setengah umur, lalu tua dan mati, seperti

manusia. Berbeza dengan wujud makhluk, semua akan mengalami kehancuran, perubahan dan

kematian. Sebab Allah adalah pembuat makhluk.

Tuhan sentiasa kekal, tidak binasa sekali-kali. Tuhan tetap ada, sedia dan kekal abadi selama-

lamanya. Allah menyebutkan bahawa Dia yang mula menjadikan alam dan seluruh isinya.

Kemudian Dia mengulanginya, setelah itu kepadaNya manusia akan kembali.

Firman Allah Ta‟ala:

جى ربك ذ إلكراملجلل بقى

Ertinya: “Kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai sifat keagungan dan kemuliaan”

(ar-Rahman: 27)

Qiyamuhu Ta‟ala bi nafisi

Sifat Wajib bagi Allah Ta‟ala yang ke lima ialah Qiyamuhu Ta‟ala bi nafsihi yang

bermaksud Allah berdiri dengan sendiriNya. Wajib bagi kita umat Islam bahawa Allah tidak

berhajat kepada apa-apa pertolongan daripada makhlukNya. Allah sendiri sahaja yang sempurna

sifatNya. Allah SWT menjadikan sesuatu (segala makhluk) adalah karena kelebihan dan belas

kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah SWT adalah Maha Terkaya daripada

mengambil apa-apa manfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi

mudarat kepada Allah Ta‟ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa

yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan

manfaatnya kepada hamba-hambaNya jua.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

عن العالمني ..... ( )إن اللى لغن

Page 6: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

سري العنكبت، اة ) Ertinya: Sesungguhnya Allah terkaya dari sekalian alam.

(Surah Al-Ankabut, ayat 6)

Qiyamuhu Ta‟alla Bi Nafsihi itu adalah Allah berdiri dengan sendirinya. Andaikata lah Allah itu

ada di langit dan di bumi itu ada Tuhan yang lain selain Allah Ta‟ala nescaya akan tidak tentu

dan tidak teratur susunan segala-galanya di dunia. Jika ada dua Tuhan nescaya akan tidak sama

menjalankanm satu-satu pendirian. Akhirnya bertentanganlah selalu, kerana antara satu Tuhan

dengan Tuhan yang lain tidak bersependapat dan masing-masing ingin mengatur sendiri, ingin

berkuasa sendiri. Akhirnya akan menjadi kehancuran dan kebinasaan susunan alam ini yang

teratur rapi dan indah.

Dan Allah berfirman dalam surah Al-Israa, ayat 42-43:

كان معى قل ل

Ertinya: Katakanlah: Sekiranya ada di samping Tuhan itu ada lagi Tuhan-Tuhan yang lain

sebagai mana mereka katakana, tentulah mereka dapat mencari jalan kepada Allah yang

memiliki singgahsana Arash. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka

katakana itu dengan amat tinggi.

Renungkanlah dalam hati kita, bahawa Allah itu tidak memerlukan yang membuatnya. Allah itu

berdiri sendiri, Ia berpusat dari segala kejadian makhluk-makhlukNya.

Firman Allah Ta‟ala:

إنا إلى راجعن.... إنا للى

Ertinya: “……sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.”

(al-Baqarah: 156)

Dan FirmanNya lagi:

Page 7: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

م سنةلقم التألحى للى ال إلى إاله الن ....

Ertinya: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup, Yang berdiri sendiri, tidak terkena oleh

mengantuk, dan tidak oleh tidur.

(al-Baqarah: 255)

Wahdaniah

Wahdaniah adalah yang ke enam pada sifat Allah yang wajib bererti Maha Esa,

sama ada pada zat-Nya, sifat-Nya dan af‟al-Nya (perbuatan-Nya). Keterangan yang pertama

pada Maha Esa Allah pada zat-Nya ialah zat Allah tidak tersusun dari darah daging urat tulang

seperti manusia. Tiada zat yang lain yang menyamai zat Allah Ta‟ala. Kita umat islam perlu

percaya dan yakin bahawa zat-Nya Allah tidak tersusun daripada sesuatu anasir bahkan zat Allah

bukan pada benda itu kecil atau besar.

Firman Allah Ta‟ala dalam surah Az-Zumar ayat 4:

اللىسبحانى احد القوار ه (٤ )ال

(٤سري الزمر، اة )

Ertinya: “Maha Suci Allah, Dialah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

Kedua ialah Maha Esa Allah pada sifat-Nya iaitu sifat Allah tiada berbilang-

bilang seperti ada dua sifat Qudrat bagi Allah dan menafikan dan menolak bilangan yang

bercerai pada sifat Allah iaitu tidak ada seorang yang sama sifatnya dengan sifat Allah. Allah

Ta‟ala hanya sendiri yang mempunyai sifat keutamaan dan sempurnaan.

Firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-Anbiyaa‟ ayat 22:

كان آلوة إلا اللى ل

Page 8: Faedah mempelajari ilmu mantiq dalam akidah

Ertinya: Sekiranya di langit dan di bumi itu ada Tuhan lagi selain Allah nescaya binasalah

keduanya.

Dan yang ketiga ialah Maha Esa Allah pada af‟alnya iaitu pada perbuatan-Nya:

Semua yang dicipta oleh Allah baik dan jahat yang menjadi dan mengadakan hanya Allah

Ta‟ala. Tidak ada sesuatu yang berlaku tanpa perbuatan Allah. Tidak ada perbuatan manusia

menyamai perbuatan Allah Ta‟ala. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar apa-apa

kejadian semuanya dari Allah Ta‟ala.

Apa yang diketahui di sini wahdiah itu zat, sifat dan perbuatanNya esa, tunggal, satu. Bahawa

sesungguhnya, seandainya Allah itu berbilang (banyak atau leih satu) tentu tidak akan terwujud

semua alam atau makhluk ini,

Sekiranya Allah itu berbilang-bilang seperti ada dua Tuhan jika keduanya sepakat

nescaya keduanya akan lemah daripada mengadakan sesuatu bersendiri.Tidak akan ada sesuatu

pekerjaan yang dikerjakan oleh dua pekerja apalagi lebih dari dua yang mengerkannya. Sebagai

contoh: Kalau ada beberapa orang akan menjahit baju dengan satu mesin jahit bersama-sama

membuat lengannya dan sebagainya pada saat atau detik yang sama, pasti tidak akan menjadi

baju tersebut. Ataupun kalau ada beberapa orang yang bersama-sama akan membuat satu titik

dalam satu detik, tentu tidak akan terwujud satu titik itu, melainkan beberapa titik sesuai dengan

banyaknya yang menulisnya.3 Samalah juga seumpamanya jika ada dua Tuhan pasti keduanya

berselisih, nescaya meraka akan bertelingkah, akhirnya alam ini akan hancur dan binasa.

Firman Allah Ta‟ala:

.....للى من عند قل كل....

Ertinya: “……katakanlah! Semuanya (datang) dari sisi Allah….”

(an-Nisa: 78)

3 Sifat 20 suntingan dari kitab Tijaanud Daraarii, Noraine Abu, Wahdaniah M.S 33