Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi...

19

Transcript of Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi...

Page 1: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,
Page 2: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

Mass Rapid Transit Corporation Sdn BhdVisi, Misi dan Nilai-nilai Teras Kata Aluan PengerusiKata Aluan Ketua Pegawai EksekutifLembaga PengarahBarisan PengurusanProjek MRT Lembah Klang

Tentang ProjekJajaran MRT Sungai Buloh-Kajang Struktur Projek Tadbir Urus Projek

Laporan KemajuanPembinaan PerolehanHal Ehwal Tanah Kuarters Pekerja MRT CorpHal Ehwal Pihak BerkepentinganPerhubungan AwamAgenda Bumiputera

Penyata KewanganSorotan Penting

568

111214

16182021

242628293031323334

Fakta tentang jajaranMRT Sungai Buloh-Kajang

PANJANG

51km

JAJARAN BERTINGKAT

41.5km

BAWAH TANAH

9.5km

Memberi perkhidmatan kepada

1.2 jutaorang

30 minit

Anggaran bilangan penumpang sehari 400,000

STESEN

31Anggaran masa perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Bintang

GAMBAR MUKA DEPAN: Pandangan dari atas Portal Semantan di manadua buah mesin pengorek terowong akanmemulakan kerja mengorek terowong MRT

kandungan

Page 3: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 54 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) adalah syarikat milikpenuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan dengan tujuanmemajukan dan memiliki aset projek MRT.

MRT Corp ditubuhkan pada September 2011 dan telah mengambil alih pemilikan projekdaripada Syarikat Prasarana Negara Bhd pada Oktober 2011.

Tanggungjawab MRT Corp termasuk memantau pembinaan kesemua struktur bertingkat,stesen dan depoh projek. Syarikat ini juga memantau kerja bawah tanah yang melibatkan kerja pembinaan terowong dan stesen bawah tanah.

MRT Corp bertanggungjawab ke atas kontrak-kontrak yang terbabit, proses perolehan danpenyelesaian pertikaian selain memastikan kualiti daripada segi kos, penjadualan, kesihatan,keselamatan dan keperluan persekitaran.

Syarikat ini juga bekerjasama dengan pihak lain dalam pembangunan projek MRT, iaitu MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner)dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia.

MRT CORP

TRANSFORMASI • Pandangan dari atas tapak pembinaan antara Kelab Golf Perkhidmatan Awam dan Lebuhraya Sprint.

Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd

Page 4: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 76 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

visiUntuk diiktiraf sebagai penyedia pentingbersama perkhidmatan pengangkutan

rel bandar

misiUntuk menghasilkan satu sistem MRT yang

berkesan, efisien dan bersepadu, dengan selamatdan tepat pada masa, serta menepati kos

nilai-nilaiteras

KETERBUKAAN

Kami menghormati sesama sendiri, menghargai perbezaan dan memanfaatkan

perubahan di bawah satu kepimpinan

KEBERSATUAN

Kami bekerja dengan berkesan sebagai satu pasukanke arah mencapai matlamat bersama

KEJUJURAN

Kami sentiasa mendukung kejujuran dan integriti

KECEMERLANGAN

Kami sentiasa melakukan yang betuldengan cara yang betul

TANGGUNGJAWAB

Kami sentiasa bertindak secara sensitifdan bertanggungjawab ke atas segala

tindakan dan hasil kerja

MODENLakaran artis stesen bertingkat projek MRT

Page 5: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

8 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012 laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 9

Kata aluanPengerusi

SEBAGAI projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia, MRT Lembah Klang telahmenarik perhatian orang ramai. Hasrat untuk menghubungkan pelbagai sistem tren yang sudah dibangunkan sebelum ini di bandaraya Kuala Lumpur akan menjadikenyataan tidak lama lagi. Penduduk LembahKlang, tidak kira di mana mereka berada,tidak lagi perlu khuatir samada mereka akan dapat sampai ke tempat temu janjipada masa yang tepat, biar apapun cuacayang melanda..

Sebagai sebuah syarikat sendirian berhadmilik penuh Kementerian Kewangan, MRT Corp tidak diwajibkan daripada segi undang-undang untuk menerbitkan laporantahunan. Namun, sebagai projek besar yang akan memberi impak kepada berjutapenduduk secara langsung ataupuntidak langsung, kami percaya ketelusan dan keterbukaan adalah sangat penting.Berdasarkan atas prinsip-prinsip ini, kamiberhasrat untuk menerbitkan laporan statusterkini projek MRTsetiap tahun.

Tahun kewangan pertama 2011/2012 adalahsatu tempoh yang sangat signifikan bagiMRT Corp daripada segi kemajuan projek.Dalam masa setahun sejak pelancaran jajaranMRT Sungai Buloh-Kajang oleh PerdanaMenteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd NajibTun Abdul Razak pada bulan Julai 2011, MRTCorp telah memberikan hampir kesemuapakej kerja sivil dan sistem utama.Pembiayaan untuk projek ini juga telahdiperolehi melalui DanaInfra Nasional Bhd,yang ditubuhkan khas oleh kerajaan untukmembiaya projek-projek infrastruktur sepertiMRT.

Seperti projek besar yang lain, projek MRTpasti akan menghadapi pelbagai cabaran.Warga kerja MRT Corp sedar akankebimbangan yang dihadapi sesetengahpihak, termasuk daripada mereka yangtinggal berdekatan jajaran. Kami memberijaminan MRT Corp akan mencari apajua jalan penyelesaian untuk mengatasi isu-isu ini dan memastikan sebarang kesan negatif yang mungkin dihadapidiminimakan.

MRT akan membawa banyak manfaatkepada orang ramai. Pada asasnya, MRTboleh membawa penumpang ke destinasidengan lebih efisien dan lebih lancar. Tetapiterdapat banyak faedah lain. Projek MRT akan memberikan kesan pengganda kepada ekonomi dalam sektor pembinaan,penjanaan peluang pekerjaan, penguranganpencemaran udara dan peningkatan aktivitiekonomi terutamanya di sepanjang jajaran.Orang ramai akan dapat menikmatikemudahan ini sambil kualiti hidup merekabertambah baik. Pada masa yang sama,bandaraya Kuala Lumpur akanmeningkatkan daya saingannya.

Saya ingin mengucapkan terima kasihkepada pihak pengurusan dan warga kerjaMRT Corp atas dedikasi dan semangatmereka yang akan menjadikan projek MRTsatu kenyataan. Ganjaran untuk semua usahaini adalah senyuman yang akan terukir padawajah orang ramai apabila mereka dapatsampai ke bandar raya dengan lebih lancarmulai tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Sidek HassanPengerusi

Page 6: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 1110 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

Kata aluanketua

pegawaieksekutif

SELAMAT datang ke Laporan Kemajuan MRTCorp yang pertama.

Tahun kewangan MRT Corp pertama yangbermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 30September 2012 merupakan tahun yangsangat penting daripada segi kemajuanprojek MRT Lembah Klang. Syarikat ini telahditubuhkan oleh Kerajaan untuk menjadipemilik dan pemaju projek MRT yangpertama di Malaysia dan telah mengambilalih projek tersebut daripada SyarikatPrasarana Negara Bhd pada Oktober 2011.

Jajaran MRT pertama yang dilaksanakanadalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang,yang telah diluluskan oleh Kerajaan padaDisember 2010 manakala kerja pembinaanjajaran tersebut telah dilancarkan secararasmi pada Julai 2011. Memandangkanprojek MRT telah berjalan apabila MRT Corpditubuhkan, syarikat ini tiada pilihan selainmempercepatkan rentak kerja apabilamengambil alih projek ini. Ini telah memaksakami menggandakan dan meningkatkanusaha apabila kami menjadi pemilik projek ini.

Keadaannya lebih mencabar untuk syarikatyang baru ditubuhkan. Struktur-strukturpenting yang diperlukan untuk menjalankansuatu projek, seperti bahagian projek,perolehan dan kewangan, perlu dibentukdaripada asasnya.

Memandangkan sejarah ini, saya dengansukacitanya melaporkan bahawa pada akhirtahun pertama penubuhan MRT Corp,syarikat ini telah berjaya mengatasi pelbagaicabaran sambil menunjukkan prestasi yangbaik. Izinkan saya menerangkan denganlebih lanjut tentang kemajuan yang dicapaisepanjang tempoh ini.

Perolehan: Dengan jumlah 85 pakej kerjauntuk jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang,tugas untuk menganugerahkan kontrakboleh dianggap sama rumit dengan aspekkejuruteraan dan pembinaan projek ini. Duapakej kerja utama yang pertama, denganjumlah nilai RM1.7 bilion, telahdianugerahkan pada akhir bulan Januari2012. Sembilan bulan kemudiannya padaSeptember 2012, kesemua sembilan pakejkerja jajaran bertingkat dan pakej kerjabawah tanah telah berjaya dianugerahkan.Beberapa pakej sistem utama juga telahdianugerahkan. Pada akhir tempoh laporanini, 45 daripada 85 pakej kerja telahdianugerahkan.

Pembinaan: Setelah kesemua pakej kerjasivil, termasuk kerja bawah tanah, selesaidianugerahkan, pembinaan projek dapatbermula dengan sepenuhnya. Kerjapembinaan telah bermula di beberapa lokasidi sepanjang jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang. Bagi pakej bawah tanah pula, kerjapembinaan telah bermula di tempat-tempatdi mana stesen bakal dibina. Sesetengahdaripada lokasi-lokasi ini akan jugadigunakan sebagai syaf di mana 10 mesinpengorek terowong atau tunnel boringmachines (TBMs), akan dilancarkan. Kerja-kerja pengorekan dijangka bermula padaMei 2013.

Sistem: Seperti yang telah saya sebutkan,beberapa pakej sistem utama telahpundianugerahkan pada akhir tempoh laporanini. Ini termasuk pakej tren elektrik, semboyandan kawalan tren, peralatan depoh dankenderaan penyelenggaraan, dan bekalandan pengagihan tenaga.

Pembinaan projek secara besar-besaranseperti MRT bukan sahaja memerlukanperhatian daripada segi pembinaan dankejuruteraan. Kesan yang akan dialami oleh masyarakat secara amnya jugamerupakan perkara penting yang perluditangani dengan baik. Pertemuan danperbincangan antara pihak syarikat danorang ramai bukan sahaja dapat membantumasyarakat mendalami bagaimana MRTakan memanfaatkan mereka, tetapi bolehmemberi peluang kepada mereka untukbersuara.

Sesi-sesi dialog bersama golongan yang berkepentingan amat diperlukan, lebih-lebih lagi apabila projek memasuki fasa pembinaan. Atas sebab inilah MRT Corpmenubuhkan jabatan khas dalam syarikatuntuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yangberkaitan.

Apa yang disebutkan di sini hanyalahimbasan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukanpada tahun pertama syarikat beroperasi. Isi kandungan laporan ini akan menceritakandengan lebih terperinci kemajuan yang telahdicapai.

Dengan ini, saya bentangkan LaporanKemajuan MRT Corp yang pertama kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Azhar Abdul HamidKetua Pegawai Eksekutif

Page 7: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

Lembagapengarah

12 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012 laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 13

Tan Sri Sidek Hassan, 61, merupakan bekas KetuaSetiausaha Negara, iaitu jawatan yangdisandangnya dari 2006 ke 2012.

Sebelum menyandang jawatan tertinggi dalamPerkhidmatan Awam Malaysia ini, beliau telahmelalui kerjaya yang luas semasa berada diKementerian Perdagangan Antarabangsa danIndustri, selama hampir tiga dekad. Di situ, beliaumemegang beberapa jawatan termasuk KetuaSetiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha(Perdagangan) dan Pengarah BahagianPerhubungan Pelbagai Hala. Beliau juga pernahberkhidmat sebagai Menteri Penasihat Hal EhwalEkonomi di Pejabat Pesuruhjaya PerdaganganMalaysia di Washington DC dan Sydney, selainmenjadi Penolong Pesuruhjaya Perdagangan di Kedutaan Malaysia di Tokyo. Tan Sri Sidek jugamempunyai pengalaman sebagai TimbalanPengarah di Unit Penyelarasan dan Perlaksanaandi Jabatan Perdana Menteri selama empat tahun.Secara keseluruhannya, beliau berkhidmat dalamPerkhidmatan Tadbir dan Diplomatik selama 38 tahun.

Tan Sri Sidek mempunyai Ijazah Sarjana dalamPentadbiran Perniagaan (MBA) daripada NewHampshire College, Amerika Syarikat dan IjazahSarjana Muda Ekonomi dalam Pentadbiran Awam(Kepujian) daripada Universiti Malaya. Beliau jugamempunyai Ijazah Kehormat dalam PentadbiranAwam daripada Universiti Tun Abdul Razak dandua Ijazah Kehormat dalam Pengurusan daripadaUniversiti Putra Malaysia dan Universiti TeknikalMalaysia Melaka. Beliau merupakan PengerusiPetronas dan Presiden Universiti IslamAntarabangsa Malaysia.

Dato’ Azhar Abdul Hamid, 51, adalah KetuaPegawai Eksekutif MRT Corp.

Sebelum menyandang jawatan ini, beliau adalahPengarah Urusan Sime Darby Plantation Sdn Bhddari 2006 sehingga 2010. Pada masa yang sama,beliau merupakan Pengarah Bahagian untukPerladangan dan Makanan di Sime Darby Bhd.Dato’ Azhar pernah berkhidmat sebagai PengarahUrusan di Tractors Malaysia Holdings Bhd dandilantik sebagai Ketua Pegawai EksekutifKumpulan di Pernas International Holdings Bhdpada 2001.

Dato’ Azhar pernah menjadi Pengerusi PersatuanMinyak Sawit Malaysia, dan ahli Lembaga MinyakSawit Malaysia dan Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Beliau adalah Akauntan Bertauliah danmerupakan Felo Persatuan Akauntan BertauliahUnited Kingdom, selain menjadi ahli InstitutAkauntan Malaysia.

Beliau adalah pengasas dan pemegang sahamChelsea Capital Sdn Bhd, sebuah syarikatpegangan pelaburan dan penasihat korporatyang menumpu kepada sektor minyak sawit,hartanah dan makanan.

Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, 55,merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan.

Sebelum perlantikannya, beliau memegangbeberapa jawatan di Kementerian Kewangantermasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)untuk Bahagian Ekonomi dan Antarabangsadari 2003 sehingga 2008, Setiausaha Bahagian,Ketua Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala, Ketua di Seksyen Ekonometrik, dan TimbalanSetiausaha Prinsipal. Di Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dari 1987 sehingga1999, Dato’ Sri Dr Mohd Irwan berkhidmat sebagaiTimbalan Pengarah Kanan di Unit Penswastaandan Timbalan Pengarah Kanan di Unit Tenaga.

Beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafahdalam bidang Ekonomi dari Universiti IslamAntarabangsa Malaysia; Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Tenaga, Pengurusan dan Dasar dari University of Pennsylvania; dan Ijazah SarjanaMuda dalam Pengajian Kependudukan dariUniversiti Malaya.

Dato’ Sri Dr Mohd Irwan adalah ahli lembagaSyabas, Govco Holding Bhd, Cyberview, Felda,Felda Global Ventures Holdings Bhd, MalaysiaAirlines Bhd, Petronas, Malaysia DevelopmentHoldings Sdn Bhd, Bank Negara Malaysia,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PerbadananInsurans Deposit Malaysia (PIDM), LembagaTabung Haji, Universiti Islam AntarabangsaMalaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Koperasi, dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff, 55, adalah KetuaPengarah di Unit Perancang Ekonomi, JabatanPerdana Menteri.

Beliau telah berkhidmat dalam Kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai Timbalan SetiausahaBahagian Cukai dan kemudiannya sebagaiTimbalan Setiausaha Bahagian Kontrak danBekalan, kedua-duanya di Kementerian Kewangan.Datuk Dr Rahamat juga telah berkhidmat sebagaiPegawai Projek di Institut Tadbiran Awam Negara(Intan); Penolong Pengarah dan kemudiannyaTimbalan Pengarah di Seksyen Makroekonomi di Unit Perancang Ekonomi Jabatan PerdanaMenteri dan Pengarah Bahagian PembangunanIndustri di Suruhanjaya Tenaga.

Datuk Dr Rahamat Bivi memegang kelulusanIjazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripadaUniversity of Western Michigan dan DoktorFalsafah dalam bidang Ekonomi daripadaAustralian National University, Ijazah Sarjana Mudadalam bidang Sains Sosial (Ekonomi) (Kepujian)daripada Universiti Sains Malaysia, dan Diplomadalam Pentadbiran Awam daripada InstitutTadbiran Awam Negara (Intan).

Beliau merupakan ahli lembaga beberapa agensikerajaan termasuk Felda, Johor Corporation danPihak Berkuasa Bersama Malaysia Thailand.

Dato’ Shahril Mokhtar, 40, adalah Pengarah UrusanKumpulan, Syarikat Prasarana Negara Bhd.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau pernahmenjadi Ketua Pegawai Operasi SuruhanjayaPengangkutan Awam Darat (SPAD) dan PengurusBesar Perancangan Korporat Rapid KL. Beliau jugapernah dipinjamkan sebagai Penasihat di UnitPerancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri,di mana beliau terlibat dalam penggubalan AktaSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Dato’ Shahril juga terlibat di dalam makmal untukpenambahbaikan pengangkutan awam dibawahProgram Transformasi Kerajaan.

Dato’ Shahril pernah menyandang pelbagaijawatan semasa berada di Penerbangan MalaysiaBhd, PricewaterhouseCoopers Malaysia, BritishAmerican Tobacco (M) Bhd dan Maybank Bhd. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalamPengurusan (Kepujian) daripada Universiti Malayadan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidangPsikologi Organisasi dan Industri daripadaUniversity of Missouri, St Louis.

Beliau merupakan Pengerusi Rapid Penang SdnBhd dan Prasarana Integrated Development SdnBhd (Pride); ahli Lembaga Syarikat PrasaranaNegara Bhd, Prasarana Integrated Management &Engineering Services Sdn Bhd (Prime), Rapid RailSdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd. Beliau jugaadalah Pengerusi Jawatankuasa Audit MRT Corp.

Datuk Che Mokhtar Che Ali, 58, adalah pengasasdan rakan kongsi Tetuan Che Mokhtar & Ling,sebuah firma undang-undang di Kuala Lumpur.

Dengan hampir 30 tahun pengalaman sebagaipengamal undang-undang, Datuk Che Mokhtartelah berkhidmat sebagai ahli Panel JawatankuasaTatatertib dalam Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam dan pernah menjadi Pengerusijawatankuasa tersebut. Beliau pernah dilantiksebagai Notari Awam oleh Peguam Negara.Sebagai seorang peguam, beliau pernahmengendalikan kes-kes bagi pelbagai syarikatawam dan swasta, institusi perbankan, pemaju-pemaju, dan badan-badan berkanun sepertiDatuk Bandar Kuala Lumpur.

Beliau memegang kelulusan Ijazah Sarjana MudaSastera (Sains Politik dan Pentadbiran Awam) danIjazah Sarjana Muda Undang-Undang dari VictoriaUniversity di Wellington, New Zealand. Datuk CheMokhtar diterima sebagai Peguam Cara danPeguam buat Mahkamah Agung New Zealandpada 1980 dan tiga tahun kemudian sebagaiPeguambela dan Peguamcara buat MahkamahTinggi Malaya.

Beliau merupakan Pengarah, PengerusiJawatankuasa Audit dan ahli Lembaga Tender danJawatankuasa Imbuhan bagi Focal Aims HoldingsBhd. Datuk Che Mokhtar juga adalah ahli lembagabuat beberapa syarikat, termasuk KYS College SdnBhd yang merupakan pengendali Kolej YayasanSaad Melaka. Beliau pernah menjadi pengarahIdris Hydraulic (M) Bhd dan Idaman Unggul Bhd.

Tan Sri Sidek HassanPengerusi

Dato’ Azhar Abdul HamidAhli

Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar AbdullahAhli

Datuk Dr. Rahamat Bivi YusoffAhli

Dato’ Shahril MokhtarAhli

Datuk Che Mokhtar Che AliAhli

Page 8: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 1514 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

Barisanpengurusan

David Loo Kean BengSetiausaha Syarikat

Syed Mahdhar Syed HussainPengarah

Jaminan Kualiti dan Kawalan Kualiti

Haris Fadzilah HassanPengarah

Hal Ehwal Pihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah

Zainudin IsmailPengarah

Sumber Manusia Strategik

Amir Mahmood RazakPengarah

Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam

Zaharudin Sa’atPengurus Besar

Pembangunan Hartanah

Mohd Hairul Abdul HamidKetua Pegawai Kewangan

Marcus Levon KarakashianPengarah

Projek

Dato’ Azhar Abdul HamidKetua Pegawai Eksekutif

Page 9: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

16 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012 2012 progress report • MRT Corp | 17

PROJEK MRT Lembah Klang melibatkan pembinaan jaringan pengangkutanawam yang berasaskan rel, yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transitaliran ringan atau light rail transit (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres danKLIA Transit. Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakangperkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/LembahKlang.

Projek ini diluluskan oleh Kerajaan pada Disember 2010. Jajaran pertama yangakan dilaksanakan adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 olehPerdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Projek MRT ini dicadangkan oleh satu konsortium sektor swasta pada awal2010. Cadangan tersebut adalah untuk pembinaan sistem MRT dengan tigajajaran.

Kerajaan telah membuat kajian atas cadangan tersebut dan meluluskanperlaksanaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sebagai jajaran pertama sistemMRT Lembah Klang. Kerajaan juga memutuskan dua jajaran yang lain akandilaksanakan setelah kajian dijalankan melalui Pelan Induk PengangkutanAwam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang dirangka olehSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi ProgramTransformasi Ekonomi (ETP). Program ini dilaksanakan oleh Unit PengurusanPrestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Projek MRT Lembah Klang

LUASSebahagian daripada tanah Institut Penyelidikan Getahdi Sungai Buloh yang bakal menjadi depoh utama MRT.

Page 10: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang

18 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012 laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 19

JAJARAN pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh yang terletak di kawasan barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang,sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawahtanah. Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini,di mana tujuh adalah stesen bawah tanah.

Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajangdari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan,akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua daristesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasipada Julai 2017 dan ini akan membolehkan trenberoperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengankapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlahpenumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap3.5 minit apabila dilancarkan.

LOKASI TRANSFORMASIPemandangan dari atas Portal Semantan di mana jajaran MRT akan bertukar daripadajajaran bertingkat menjadi jajaran bawah tanah.

LUBANG DALAMSyaf untuk pelancaran mesin pengorekterowong sedang disiapkan di Cochrane. Lokasi ini akan menempatkan empat mesinpengorek terowong yang bakal dilancarkan.

KEMAJUANUjian bebanan Kentledge (depan) danpembinaan tiang di Taman Midah, Cheras.

Page 11: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

20 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

PENGERUSI • PERDANA MENTERI

JAWATANKUASA PEMANDU

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 21

Tadbir urusprojek

Strukturprojek

PENGERUSI • KETUA SETIAUSAHANEGARA

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENGERUSI • SURUHANJAYAPENGANGKUTAN AWAM DARAT

PIHAK PELAKSANA

JAWATANKUASA TEKNIKAL

• Dasar dan arahtuju keseluruhan projek• Penyelesaian isu-isu strategik• Keputusan-keputusan utama• Laporan kemajuan• Kekerapan bermesyuarat: Setiap suku tahun

• Penyelesaian isu-isu antara agensi • Keputusan yang memberi kesan sederhana-tinggi• Laporan kemajuan• Kekerapan bermesyuarat: Setiap dua minggu

• Pemantauan kemajuan• Keputusan operasi dan teknikal• Penyelesaian isu-isu projek• Kekerapan bermesyuarat: setiap minggu

atau dua minggu

• Menasihat, mengurus danmendapatkan pembiayaanbagi projek infra

Syarikat P embiaya

Ketua Audit Negara

Jurutera Perunding Bebas

• Pematuhan rekabentuk• Menapis pembayaran

JURURUNDING REKABENTUK(SIVIL/SISTEM)

• Rekabentuk kerja sivil

SYARIKAT PROJEK

(Kontraktor Pakej Kerja)

KERJA BAWAH TANAH

MMC-GAMUDA TUNNEL JVSISTEMJAJARAN

BERTINGKAT/DEPOH

(Kontraktor Pakej Kerja)

• Pemilik projek dan aset• Penyerahan semua dokumen projek

(skim keretapi, pelan pengambilan balik tanah, laporan kesan impak alam sekitar)

• Melantik Rakan Pelaksana Projek (PDP)• Mengesahkan kos sasaran PDP dan sasaran masa• Platform bagi pembayaran• Pengurus bersama proses perolehan• Menjalankan pembangunan hartanah

RAKAN PELAKSANA PROJEK (PDP)

• Pengurus bersama proses perolehan (kecuali kerja bawah tanah)

• Kualiti, prestasi dan penyeliaan Kontraktor Pakej Kerja

• Menerima kelulusan pihak berkuasa tempatan

AGENSI PENYELIA

• Pihak berkuasa atas koridor dan jajaran• Membangunkan pelan induk bersepadu• Meluluskan skim keretapi• Bekerjasama dengan agensi-agensi lain

Page 12: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan

LALUAN MASA DEPANPandangan dari atas kerja pembinaan stesen MRT Pasar Rakyat

di tengah-tengah Tun Razak Exchange yang bakal dibangunkan.

Page 13: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 2524 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

JAJARAN BERTINGKATAktiviti pembinaan untuk Pakej Kerja V5 danV6 sedang dijalankan di mana tiang-tianguntuk struktur jajaran bertingkat sudah mulakelihatan. Setakat ini, lima tiang sudah siapdibina. Bagi kontrak-kontrak yang lain, kerjapembinaan merangkumi penyiasatan tanah,pemetaan utiliti, pengalihan utiliti dan pemasangan cerucuk.

Sebelum penganugerahan pakej kerjajajaran bertingkat dan pakej kerja bawahtanah, 23 pakej kerja awalan telahdianugerahkan dengan jumlah nilai RM173.5 juta. Pada akhir bulan September2012, 18 pakej kerja telah disiapkanmanakala tiga yang lain akan siap padabulan Januari 2013.

Sepanjang tempoh laporan ini, dua kontrakdianugerahkan untuk pembuatan unitsegmental box girder. Kontrak yang pertamaadalah untuk jajaran bertingkat bahagianutara yang merangkumi Pakej Kerja V1hingga V4, dan kontrak yang kedua adalahuntuk Pakej Kerja V5 hingga V8 di bahagianselatan jajaran. Pada akhir tempoh laporanini, SPC Industries Sdn Bhd telah menyiapkan92 segmen manakala Eastern Pretech (M)Sdn Bhd telah menyiapkan 148 segmen.

BAWAH TANAHPakej kerja bawah tanah telahdianugerahkan kepada MMC-Gamuda JV (T) pada 30 Mac 2012 dengan jumlah nilai RM8.28 bilion.

Aktiviti pembinaan sedang berjalan di kesemua tujuh tapak pembinaan stesenbawah tanah. Pada akhir tempoh laporan inipengorekan di stesen Cochrane hampir 50%siap dan pembinaan dinding diafragma distesen Merdeka sudah siap melebihi 60%.

PAKEJ SISTEMSepanjang tempoh laporan ini, empat pakejkerja sistem telah dianugerahkan iaitu untuktren elektrik, semboyan dan kawalan tren,peralatan depoh dan kenderaan

Kesemua 10 Mesin Pengorek Terowong atauTunnel Boring Machine (TBM) telah dipesan.Empat TBM Keseimbangan Tekanan Bumiatau Earth Pressure Balance TBM sedangdibuat di China manakala dua TBMPembolehubah Ketumpatan atau VariableDensity TBM sedang dibuat di Jerman. Empat lagi TBM Pembolehubah Ketumpatansedang dibuat di China. TBM yang pertamadijangka tiba di Malaysia pada bulan Januari2013.

penyelenggaraan, dan bekalan sertapengagihan tenaga. Sila lihat Carta 3untuk senarai pakej kerja dan kontraktormasing-masing.

PAKEJ KERJA SISTEM KONTRAKTOR

Semboyan dan Kawalan Tren Bombardier (M) Sdn Bhd(Fasa 1 & 2)

Tren Elektrik Siemens Malaysia Sdn Bhd

Peralatan Depoh dan Kenderaan Siemens Malaysia Sdn Bhd

Sistem Bekalan dan Pengagihan Tenaga Meidensha Corporation

Carta 3 • Pakej Sistem yang dianugerahkan

BAHAGIAN jajaran bertingkat untuk MRT Sungai Buloh-Kajang dibahagi kepadalapan pakej kerja jajaran bertingkat manakala kerja bawah tanah dirangkumkandi bawah satu pakej kerja.

Dengan penganugerahan semua kontrak jajaran bertingkat dan depoh, serta pakej kerja bawah tanah, pembinaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajangtelah bermula. Sila lihat Carta 1 untuk maklumat pakej kontrak utama dan Carta 2 untuk senarai kontraktor untuk pakej kerja masing-masing.

Pembinaan

PAKEJ KONTRAK UTAMA

Carta 1 • Pakej Kontrak Utama

SEKSYEN V1(5.03km, 3 stn)

Syarikat Muhibah & Perniagaan& Pembinaan Sdn Bhd

SEKSYEN V3(6.26km, 3 Stn)

Mudajaya Corporation Berhad

SEKSYEN V4(6.32km, 3 Stn)

Sunway Construction Berhad

SEKSYEN V5(4.59 km, 4 Stn)

IJM Construction Sdn Bhd

SEKSYEN V6(5.42km, 3 Stn)Ahmad Zaki Sdn Bhd

SEKSYEN V7(4.03 km, 2 Stn)

MTD Construction Sdn Bhd

SEKSYEN V8(4.40km, 3 Stn)

UEM Construction Sdn Bhd

SEKSYENBAWAH TANAH

(9.5km, 7 U/G Stn)

MMC GamudaKVMRT(T) Sdn Bhd

DEPOH

Trans ResourcesCorporation Sdn Bhd

DEPOH

TSR Bina Sdn Bhd

SEKSYEN V2(5.40km, 3 Stn)

Gadang Engneering (M) Sdn Bhd

DEPOH

DEPOH

PENGANUGERAHAN PAKEJ KERJA SISTEM

PENGANUGERAHAN PAKEJ KERJA JAJARAN BERTINGKAT / STESEN / DEPOH

Carta 2 • Pakej-pakej kerja jajaran bertingkat/stesen/depoh yang dianugerahkan

PAKEJ KERJA KONTRAKTOR NILAI KONTRAK PAKEJ KERJA KONTRAKTOR NILAI KONTRAK(RM JUTA) (RM JUTA)

V1 Syarikat Muhibah Perniagaan 1,092.33 S1 Trans Resources Corporation 283.67& Pembinaan Sdn Bhd Sdn Bhd

V2 Gadang Engineering (M) Sdn Bhd 863.39 S2 Naim Engineering Sdn Bhd 204.67

V3 Mudajaya Corporation Berhad 816.24 S3 UEM Construction Sdn Bhd 275.78

V4 Sunway Construction Sdn Bhd 1,172.75 S4 Naim Engineering Sdn Bhd 208.15

V5 IJM Construction Sdn Bhd 974.78 S5 IJM Construction Sdn Bhd 228.91

V6 Ahmad Zaki Sdn Bhd 764.91 S6 Ahmad Zaki Sdn Bhd 174.64

V7 MTD Construction Sdn Bhd 499.98 S7 Apex Communication Sdn Bhd 104.75

V8 UEM Construction Sdn Bhd 951.09 S8 Apex Communication Sdn Bhd 251.74

DPT 1 Trans Resources Corporation 458.98 SBG-N SPC Industries Sdn Bhd 223.18Sdn Bhd

DPT 2 TSR Bina Sdn Bhd 212.81 SNG-S Eastern Pretech (M) Sdn Bhd 185.91

Page 14: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

26 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

SEPANJANG tempoh laporan ini, lapan pakejkerja jajaran bertingkat, dua pakej kerjadepoh, pakej kerja bawah tanah, lapan pakejkerja stesen dan empat pakej kerja sistemtelah dianugerahkan. Penganugerahankontrak-kontrak ini telah melalui prosesperolehan yang ketat.

Proses ini bermula dengan tender yangdiiklankan dalam akhbar harian BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris. Syarikat yang berpotensi diminta untuk menghadiritaklimat tender. Dokumen tender dijual danpenyerahan tender diwajibkan menepatitarikh dan waktu yang ditetapkan.

Penilaian tender daripada aspek teknikal dan kewangan dilakukan dalam keadaanyang terkawal dan ketat.

Pasukan penilai akan memberi syor kepadaJawatankuasa Kerja yang dipengerusi MRTCorp bersama Rakan Pelaksana Projek atauProject Delivery Partner (PDP) yang akanmemantau dan mengesahkan syor-syortersebut.

Jawatankuasa Kerja kemudiannyamengesyorkan Syarikat yang berjaya kepadaJawatankuasa Teknikal Sehenti ataupun OneStop Technical Committee (OSTC) yangdipengerusi Ketua Pegawai Eksekutif MRTCorp. OSTC akan mengesahkan danmemberi syor terakhir kepada JawatankuasaPerolehan Sehenti ataupun One StopProcurement Committee (OSPC).

Terdapat tiga kategori dalam OSPC. Carta 1menunjukkan ketiga-tiga peringkat ini.

Setakat tempoh laporan ini, 41 mesyuaratJawatankuasa Kerja, 32 mesyuaratJawatankuasa Teknikal Sehenti dan 12mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Sehentitelah diadakan.

Sebanyak 48 kontrak telah dianugerahkandengan jumlah nilai RM19.8 bilion setakattempoh laporan. Pada akhir tempoh ini,terdapat 10 pakej yang dibuka untuk tenderdan 27 pakej yang belum dibuka untuktender. Sila lihat Carta 2.

Perolehan

Peringkat Skop Pengerusi

OSPC 1 Nilai tender melebihi RM300 juta Menteri Kewangan

OSPC 2 Nilai tender antara RM50 juta Menteri Kewangan IIsehingga RM300 juta

OSPC 3 Nilai tender mencecah RM50 juta Ketua SetiausahaPerbendaharaan

PERINGKAT-PERINGKAT JAWATANKUASA PEROLEHAN SEHENTI

Carta 1 • Peringkat-peringkat Jawatankuasa Perolehan Sehenti

2012 progress report • MRT Corp | 27

LENCONGANLencongan Jalan Bukit Bintang di hadapan Plaza BukitBintang dan Yayasan Selangor yang memberi laluan kepadakerja pembinaan stesen MRT bawah tanah Bukit Bintang.

KERJAAWALAN

0

5

10

15

20

22

12

8 8

11

7

98

24

19

32

1

4

25

30

KERJABAWAH TANAH

DEPOH JAJARANBERTINGKAT

STESENBERTINGKAT

SISTEM PARKIRBERTINGKAT

LAIN-LAINKERJA

JUMLAH DIANUGERAHKAN DIBUKA DAN DALAM PROSES TENDER

BELUM DIBUKA UNTUK TENDER

Carta 2 • Status penganugerahan tender pada 30 September 2012

STATUS PENGANUGERAHAN TENDER

Page 15: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 2928 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

PENGAMBILAN BALIK TANAH

PROSES pengambilan balik tanah danbangunan bagi projek MRT bermula padatahun 2011. Proses ini dibahagikan kepadalima fasa, di mana tiga fasa membabitkanaset yang terletak di Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan dua lagi fasa adalah untukaset di Selangor.

Selaras dengan Seksyen 4 Akta PengambilanTanah 1960, sejumlah 516 lot telah dikenal-pasti sebagai tanah yang berkemungkinandiambil balik untuk projek MRT. Setelahjajaran MRT Sungai Buloh-Kajangdimuktamadkan, sebanyak 406 lot telahdiwartakan untuk diambil balik di bawahSeksyen 8 akta yang sama. Daripada jumlahyang diwartakan, 258 lot terletak di Selangormanakala 151 lot terletak di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, setelah konsepperwujudan bersama melalui perjanjianbersama antara MRT Corp dan pemilik tanahpersendirian diperkenalkan, pengwartaansesetengah lot tanah akan ditarik balik.

Pampasan bagi pengambilan balik dibayaroleh Kerajaan Malaysia melalui KementerianWilayah Persekutuan dan KesejahteraanBandar, dan Suruhanjaya PengangkutanAwam Darat (SPAD). Pada akhir tempohsemakan, sejumlah RM1,235,748,070.82 telah dibayar sebagai pampasan kepadapemilik-pemilik tanah yang diambil balik.

PERJANJIAN BERSAMA

Projek MRT telah menghadapi bantahandaripada beberapa pemilik tanah di manatanah mereka telah diwartakan untukpengambilan balik oleh Kerajaan.

Selepas perbincangan terperinci bersamabeberapa agensi Kerajaan, satu pendekatandi mana jajaran MRT dapat wujud bersamaatau co-exist dengan tanah milik persendirianmelalui perjanjian bersama antara MRT Corpdan pemilik tanah persendirian tersebuttelah diperkenalkan.

Dalam erti kata yang mudah, perwujudanbersama bermaksud terowong MRT digali di bawah tanah tanpa memberi apa-apakesan kepada bangunan-bangunan sediaada di permukaan bumi. Bagaimanapun,pemilik perlu menyerah balik hakmiliksebahagian stratum bawah tanah merekapada kedalaman yang ditetapkan. Inimembolehkan, terowong MRT dibina ditanah yang dimiliki atau dikawal Kerajaan.

Satu lagi konsep perwujudan bersama pulamelibatkan pemilik tanah membina, memilikidan mengoperasi kemudahan letak keretayang bersebelahan dengan stesen MRT. Iniadalah bagi memenuhi keperluan yangdinyatakan dalam skim keretapi.

Terdapat juga perjanjian bersama yangmewajibkan MRT Corp membayar pampasankepada pemilik tanah. Satu JawatankuasaPampasan Khas yang dipengerusi oleh wakildaripada Kementerian Kewangan telahdibentuk bagi meluluskan bayaran-bayaranyang dibuat. Bayaran akan dilakukan selepasmendapat pengesahan daripadaKementerian Kewangan.

Setakat 30 September 2012, perjanjianbersama telah ditandatangani dengan tigapemilik tanah yang memiliki 16 lot tanah di kawasan Jalan Inai di antara stesen BukitBintang Sentral dan stesen Pasar Rakyat.Rundingan sedang dijalankan bagi lokasi-lokasi yang lain.

Hal ehwaltanah

MRT Corp telah memperkenalkan konsep kuarterspekerja atau Centralized Labour Quarters (CLQ) bagiprojek MRT yang menjadi piawaian baru bagisistem perumahan buruh asing dalam industripembinaan di Malaysia.

Melalui konsep ini, pekerja asing akan ditempatkandi empat buah CLQ yang dirancang sepertiperbandaran kecil dan yang mempunyaikemudahan dan keselesaan yang diperlukan. CLQ di Sungai Buloh, Cheras dan Kajang akanberoperasi pada akhir bulan Januari 2013manakala kuarters yang berada di Cochrane akan beroperasi pada bulan Mac 2013.

Setiap pergerakan buruh asing akan dipantausecara menyeluruh. Pekerja akan dibawa ke tempatkerja masing-masing setiap hari dan dihantar balikke kuarters setelah waktu kerja tamat. Pemeriksaanberkala ke atas permit mereka akan dilaksanakan,sementara keselamatan, kebajikan dan keperluanasas untuk kerja mereka dapat disediakan dengancara sistematik di CLQ ini.

Kira-kira 12,000 pekerja asing dijangka diperlukanbagi pembinaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang.

Kuarterspekerja

MRT Corp

Fasa 1

89

64

10

4

11

-

82,265,555.17

Fasa 2

169

159

5

-

5

2

374,934,141.53

Fasa 1

2

1

-

-

1

5,038,905.40

Fasa 2

94

43

1

43

7

-

582,450,318.88

Fasa 3

55

27

1

5

22

-

191,059,150.00

PERKARA

Bilangan lot yang diwarta

Lot-lot Persendirian

Tanah Kerajaan/Rizab

Perjanjian Bersama

Warta Dibatalkan

Pengambilan balik tanah yang lain

Jumlah Pampasan (RM)(pada September 2012)

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

SELANGOR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1,235,748,070.82

STATUS PENGAMBILAN BALIK TANAH

SELESA • Kerja pembinaan berjalan lancar di Kuarters Pekerja MRT Corp Kompleks Cheras.

Page 16: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 3130 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

1 KHUSYUK Pelajar SJK(C) Jalan Davidsonmendengar taklimat yangdisampaikan Pengarah KomunikasiStrategik dan Perhubungan AwamMRT Corp, Encik Amir MahmoodRazak.

2 SENYUMANPelajar SMK Victoria gembiramenerima beg cenderahati di luar Trak Informasi MRT.

3 DITERIMAEncik Mohd Hezri Othman (kanan)menerima bayaran ex-gratia bagipihak ibunya, Puan Fatimah WanOthman yang merupakan pemilikrumah di Taman Sri Raya, daripadaPengurus Bahagian Hal Ehwal PihakBerkepentingan dan PengurusanTanah, Encik Azhar Abdul Aziz.

4 SUMBANGAN IKHLAS Setiausaha Bahagian PerancanganDasar, Kementerian WilayahPersekutuan dan KesejahteraanBandar, Tuan Haji Azizi Ahmad Termizi(kiri) menyerahkan cek sumbangankepada Puan Lee Yoke Moy, bekaspenduduk Kampung Landasan.

5 TERKINI Dato’ Azhar Abdul Hamid (kanan)dengan Dato’ Azmi Mat Nor, PengarahMMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhdbersama media di majlis pelancaranTrak Informasi MRT.

6 PERSIARANPelajar UiTM Perak melawatPusat Informasi MRT.

21

4 6

3

5

MRT Corp telah menyediakan beberapasaluran bagi mempromosi projek MRT.Saluran-saluran ini juga memberi peluangkepada MRT Corp untuk mengumpul segala maklum balas daripada orang ramai.

TRAK INFORMASI MRTTrak Informasi MRT atau MRT InformationTruck (MIT) telah dilancarkan oleh MRT Corpuntuk memberi maklumat projek kepadamasyarakat. Dengan MIT, orang ramai tidakperlu datang ke pejabat MRT Corp untukmendapatkan maklumat. Sebaliknyamaklumat itu akan disalurkan secara teruskepada mereka.

Beroperasi sejak 19 Jun 2012, trak iniditempatkan di pusat membeli-belah,pejabat, masjid, sekolah dan kolej, dan jugapasar. Pada akhir tempoh laporan, trak MITtelah menerima seramai 8,000 pelawat.

PUSAT INFORMASI MRTLima Pusat Informasi MRT telah ditubuhkanpada Disember 2011 untuk dijadikansumber maklumat tentang projek untukorang ramai. Pusat-pusat ini terletak di KotaDamansara, Taman Tun Dr Ismail, Bandar TunHussein Onn, KL Sentral dan Kajang.

Selain maklumat yang dipaparkan danrisalah yang diedarkan, Pusat Informasi MRTjuga dibekalkan dengan aplikasi interaktif“Hawkeye” yang memaparkan pandangandari atas 360 darjah jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang yang panjangnya 51km.

Pusat-pusat informasi ini juga digunakansebagai tempat untuk lawatan kumpulan,aktiviti kemasyarakatan dan sesi dialogbersama penduduk yang tinggal di sepanjang jajaran MRT.

Setakat ini, lebih daripada 4,000 orang telahmelawat kelima-lima Pusat Informasi MRT.

KIOS INFORMASI MRTTerdapat dua Kios Informasi MRT yangditempatkan di pusat membeli belah, pasarraya besar, hub pengangkutan dan pusataktiviti yang lain secara bulanan. Kios-kios inidibekalkan dengan risalah, peta jajaran MRTSungai Buloh-Kajang dan skrin sesentuh“Hawkeye” yang memberi pandangan dariatas 360 darjah jajaran. Kios Informasi MRTadalah sangat popular dan telah dikunjungikira-kira 30,000 orang pelawat sejakmemulakan operasi pada Disember 2011.

HOTLINEMRT Corp mempunyai perkhidmatan talianhotline 24 jam dengan nombor 1-800-82-6868. Selain menerima aduan, orang ramaiboleh menggunakan talian ini untukpertanyaan am dan untuk memberi maklumbalas. Sejak permulaannya pada Disember2011, talian ini telah menerima sebanyak 387 panggilan.

SEMASA tempoh semakan, Mass RapidTransit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)telah mengadakan beberapa kempen danprogram untuk memperkenalkan projekMRT. Objektif aktiviti-aktiviti tersebut adalahuntuk mendidik masyarakat tentangkeperluan MRT dan untuk memberimaklumat terkini tentang kerja pembinaandi sepanjang jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang. Aktiviti-aktiviti ini juga mampumemberi perspektif yang seimbang tentangprojek MRT, di samping menyangkaltanggapan yang kurang tepat tentangprojek ini.

TAKLIMAT DAN PAMERANMRT Corp sering memberi taklimat kepadapelajar universiti dan kolej, serta golonganlain yang berminat untuk belajar tentangprojek MRT. MRT Corp sering dipelawa untukmemberi talkimat di pelancaran projekperumahan dan hartanah, terutamanya bagi yang terletak berdekatan denganstesen MRT.

Selain itu, MRT Corp juga menyertaibeberapa pameran sepanjang tempohlaporan, seperti Minggu PembinaanAntarabangsa, dan beberapa pameranhartanah dan kerjaya yang lain.

KEMPEN ‘I NEED MRT BECAUSE...’Kempen ‘I Need MRT because…’menggunakan konsep crowd-vertising, satu pendekatan yang baru untuk memberipeluang kepada orang ramai untukmelibatkan diri dengan projek MRT. Kempenini telah diwujudkan untuk memberiinspirasi kepada golongan majoriti yangtidak bersuara agar mereka melibatkan diridengan projek MRT dengan lebihmendalam. Kempen ini diharapkan menjadibukti bahawa MRT Corp sentiasa sediamendengar pandangan dan maklumbalasmasyarakat, selain menjadi platform untukmereka memberi sokongan terhadap projek.

Kempen ini yang berjalan dari September2012 sehingga Disember 2012 memerlukanpeserta menghantar gambar besertakapsyen yang menerangkan mengapa MRT diperlukan oleh orang ramai. Setiappenyertaan dipaparkan di laman sesawangmikro www.mrtmyride.com.my untuk diundi oleh orang ramai. Penyertaan yang mendapat undian tertinggi akandiisytiharkan sebagai pemenang.

Hadiah wang tunai berjumlah RM5,000diberikan secara bulanan manakala hadiahutama merupakan wang tunai RM10,000untuk pemenang yang diumumkan padaakhir tempoh kempen.

PROGRAM MRT KE SEKOLAHMRT Corp telah memulakan satu programyang melibatkan warga Jabatan KomunikasiStrategik dan Perhubungan Awamnyamembuat lawatan ke sekolah-sekolah untukmeningkatkan kesedaran dan pemahamanpelajar tentang MRT. Langkah ini pentingkerana kanak-kanak dan pelajar sekolah hariini akan menjadi pengguna MRT pada masadepan.

Sasaran utama program ini adalah sekolah-sekolah yang terletak di sepanjang jajaranMRT Sungai Buloh-Kajang. Memandangkankerja pembinaan sudahpun bermuladengan sepenuhnya, lawatan-lawatan inimemberi peluang kepada MRT Corp untukmengumpul maklum balas daripada orangramai dengan lebih terperinci, selainmemaklumkan kepada pelajar tentangkepentingan untuk menjaga keselamatanketika berada berdekatan dengan tapakpembinaan.

Selain melawat sekolah-sekolah, MRT Corpjuga menerima lawatan pelajar di PusatInformasi MRT.

Perhubunganawam

KOMUNIKASI merupakan komponen yangkritikal dalam projek pembangunan besardan projek MRT Lembah Klang tidakterkecuali. Dengan manfaat yang bakaldirasai hampir kesemua penduduk diLembah Klang, proses mendidik merekatentang projek ini adalah sangat penting.Pembinaan yang dijalankan sepanjangjajaran MRT Sungai Buloh-Kajang akanmemberi kesan langsung kepadasesetengah penduduk. Oleh itu, interaksidengan pihak berkepentingan, terutamanyamereka yang tinggal ataupun yangmenjalankan perniagaan berhampiranjajaran MRT, adalah amat penting.

Sejak projek MRT bermula, sesi-sesi dialogbersama pihak berpentingan telah diadakan.Sepanjang tempoh laporan, MRT Corp telahmengadakan sebanyak 66 sesi dialog.Objektif utama bagi sesi-sesi ini adalahuntuk memaklumkan kepada golonganyang berkenaan tentang projek MRT danuntuk menyampaikan maklumat tentangkerja pembinaan yang bakal berlakuberdekatan tempat tinggal mereka. Sesi-sesiseperti ini juga menjadi forum untuk merekameluahkan kebimbangan dan memberimaklum balas.

Secara umumnya, peniaga yang beroperasidan penduduk yang tinggal di sepanjangjajaran menyokong projek MRT. Merekamenjangka projek ini dapat membantumenyelesaikan masalah pengangkutanbukan sahaja pada waktu yang terdekattetapi untuk masa hadapan juga.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapalokasi di mana masyarakat setempatmembantah projek MRT disebabkanpengambilan balik tanah atau lokasipembinaan yang berdekatan dengan rumahmereka. Ini termasuk Taman Tun Dr Ismail,Jalan Semantan, Jalan Sultan, Jalan BukitBintang, Kampung Sungai Raya dan TamanSungai Raya.

MRT Corp akan meneruskan sesi bersamapenduduk dan pihak berkepentingan yanglain sambil mengekalkan fokus utamajangka masa panjang dalam menyiapkanprojek infrastruktur awam ini yang akanmemberi manfaat kepada orang ramai.

KEMPEN DAN PROGRAM

PUBLISITI

Hal ehwal pihakberkepentingan

Page 17: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 3332 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

KERAJAAN Malaysia telahmenetapkan sasaran 43 peratusdaripada jumlah nilai kontrakprojek MRT dianugerahkankepada syarikat Bumiputera dibawah Agenda Bumiputeranya.Sasaran ini juga merangkumipenyertaan kontraktorBumiputera daripada Kelas D, E dan F.

Pada akhir tempoh laporan, 45 peratus daripada jumlah nilai pakej-pakej kerja telahdianugerahkan kepada syarikatBumiputera, dengan jumlah nilai kontrak sebanyak RM8.8247bilion. Ini menjangkaui sasaran43 peratus bagi Pakej KerjaUtama.

Sebanyak 19 pakej kerja utamadiperuntukkan untuk syarikatBumiputera. Bagaimanapun,setakat ini, 22 pakej telahdianugerahkan kepada syarikatBumiputera kerana terdapatsyarikat yang berjaya mendapattender walaupun dalamkategori terbuka.

Selain daripada kontrak pakejkerja utama, terdapat juga 260lagi kontrak dengan jumlah nilaiRM200 juta untuk kontraktorBumiputera Kelas D, E dan F.

Seperti tender untuk pakej kerjaterbuka, kesemua syarikat yangterlibat dalam tender pakej kerjaBumiputera perlu membidasecara kompetitif. Kesemuapembida diberi maklumatprojek yang sama dan dinilaiatas dasar yang sama. Syarikatyang berjaya perlu memenuhikriteria penilaian yang ketat.Sistem penapisan ini adalahuntuk memastikan hanya pihakyang mempunyai pengalamanluas dan pengetahuan teknikalakan dipilih.

Agendabumiputera

Tahun Kewangan berakhir 30 September 2012Sorotan Penting Kewangan

Jumlah dalam RM’000

PENYATA UNTUNG ATAU RUGI Bagi tahun Bagi tahun2012 2011 +/-

Diaudit Diaudit

Pendapatan lain 3,316 110 3,206

Pendapatan kewangan 124 - 124

Perbelanjaan pentadbiran (10,430) (2,383) (8,047)

Kos kewangan (212) (63) (149)

Kerugian sebelum cukai (7,202) (2,336) (4,866)

Perbelanjaan cukai (31) - (31)

Kerugian bersih bagi tahun (7,233) (2,336) (4,897)

Tahun Kewangan berakhir 30 September 2012Sorotan Penting Kewangan

Jumlah dalam RM’000

PENYATA KEDUDUKAN Bagi tahun Bagi tahunKEWANGAN 2012 2011 +/-

Diaudit Diaudit

Hartanah, loji dan peralatan 1,360,953 14,067 1,346,886

Aset semasa 7,255 - 7,255

Jumlah aset 1,368,208 14,067 1,354,141

Ekuiti 430 (2,336) 2,766

Sumbangan daripada Kerajaan 1,361,615 - 1,361,615

Liabiliti semasa 6,163 16,403 (10,240)

Jumlah ekuiti dan liabiliti 1,368,208 14,067 1,354,141

Penyatakewangan

BEKERJA KERAS • Pekerja membina tiang di Pakej V6. Pakej ini telah diberi kepada Ahmad Zaki Sdn bhd, sebuah syarikat pembinaan Bumiputera yang besar.

Page 18: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,

laporan kemajuan 2012 • MRT Corp | 3534 | MRT Corp • laporan kemajuan 2012

Sorotanpenting

16DISEMBER

2010

13FEBRUARI2011

Hari Terbuka MRT Lembah Klang di Pusat Konvensyen Mid Valley,Kuala Lumpur

13FEBRUARI2011

Skim Keretapi MRT Sungai Buloh-Kajang dibuka untuk pemeriksaan awam selama tiga bulan manakalaDraf Penilaian Impak Alam SekitarTerperinci dibuka untuk pemeriksaanawam selama sebulan

8JULAI2011

Perdana Menteri merasmikanpembinaan Jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang

18OGOS2011

Pembentukan Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp) diumumkan oleh Kerajaan

1OKTOBER2011

Pemilikan projek MRT diambil aliholeh MRT Corp daripada SyarikatPrasarana Negara Bhd

16FEBRUARI2012

Tender untuk dua pakej kerja utama,bagi Pakej Jajaran Bertingkat V5 danV6 dianugerahkan

30MAC2012

Kontrak untuk kerja bawah tanah,iaitu pakej kerja tunggal terbesaruntuk projek dianugerahkan

18MEI2012

Kontrak bagi Pakej Kerja V1, V4, V7dan Depoh Sungai Buloh dianugerahkan

3JULAI2012

Majlis menandatangani pembiayaanuntuk projek MRT antara DanaInfra Nasional Bhd dan bank-bank

10JULAI2012

Kontrak untuk Pakej Kerja V2 dan V3dianugerahkan

24JULAI2012

Kontrak untuk Pakej Kerja DepohKajang dianugerahkan

26SEPTEMBER

2012

Kontrak untuk Pakej Kerja V8dianugerahkan

28SEPTEMBER

2012

Kontrak-kontrak untuk tren elektrik;kawalan tren dan semboyan; peralatan depoh dan kenderaanpenyelenggaraan; dan bekalan danpengagihan tenaga dianugerahkan

BERSEJARAH Perasmian pembinaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

KERJA MENGGALI Syaf pelancaran mesin pengorek terowong Cochrane sedang dibina.

MAKLUMAT Taklimat kepada media mengenai aktiviti pembinaan untuk Pakej Kerja V2.

KEMAJUAN Aktiviti pembinaan untuk Pakej Kerja V5 di Taman Midah, Kuala Lumpur.

DIMETERAI DanaInfra Nasional Bhd menandatangani perjanjian dengan bank untuk penerbitan sukuk untuk membiayai pembinaan projek MRT.

Kerajaan meluluskan projek MRTLembah Klang dan perlaksanaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang

Page 19: Fakta - govdocs.sinarproject.org · dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi penyelia. ... sampai ke bandar raya dengan lebih lancar mulai tahun 2017. Sekian,