Fakta Sains.docx

20
Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia. Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun. Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh anda. Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM). Tidur REM merupakan kira- kira 25% daripada jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas. Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda. Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit. Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat. Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.

Transcript of Fakta Sains.docx

Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia. Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun. Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh anda. Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas. Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda. Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit. Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat. Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.

Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi. Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran. Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang berlainan. Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air. Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh sampai ke darat dan membahayakan manusia. Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum. Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika! Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut. Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras. Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam. Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter (1000 inci) di Cherrapunji, India. Ketulan hujan batu paling berat pernah direkodkan ialah 1.0kg (2.25 lb) dan jatuh di Daerah Gopalganj, Bangladesh pada 14 April 1986. Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza; ia termasuklah cumulus, stratus, cirrus dan nimbus. Bumi mengalami berjuta-juta ribut kilat setiap tahun. Ia adalah pengeluaran eletrik yang luar biasa daripada udara yang boleh mencecah suhu hingga 54,000 darjah Farenheit(30,000 darjah Selsius) dan pada kelajuan 60,000 m/s (130,000 bpj).

Dinosaur pertama yang diberi nama secara rasmi ialah Megalosaurus, pada tahun 1824.

(Megalosaurus) Orang yang mengkaji dinosaur dipanggil ahli paleontologi. Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya adalah herbivore (pemakan tumbuhan), bukannya karnivor (pemakan daging). Brachiosaurus Apatosaurus Dinosaur paling kecil yang diketahui ialah Compsognathus. Ianya tinggal di Eropah pada zaman Jurassic dan bersaiz seekor ayam. Compsognathus dipercayai memakan serangga, cicak dan haiwan kecil yang lain.

Perkataan "dinosaur" dicantum dan direka oleh Sir Richard Owen, yang juga merupakan pengasas Muzium Sejarah Semulajadi di London, England. "Dinosaur" bermaksud cicak yang teruk dan ini berdasarkan perkataan Greek "deinos" (yang teruk) dan "sauros" (cicak).

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat. Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan. Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda. Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau. Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati. Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya! Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas harimau). Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam sehari. Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari. Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur. Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam. Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang. Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 1.8 meter, ia mengandungi bilangan vertebra yang sama seperti leher manusia. Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang ia menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.

Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak jauh. Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun, ini bukannya senyuman asli kerana longgokan lemak di kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air. Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 16 kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu malam. Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta saudara mara. Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer. Kuda dan lembu tidur sambil berdiri. Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang. Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang sama berat. Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh terbang ke belakang. Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang. Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak mereka dengan pantas. Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain. Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia. Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya. Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam makanan yang dimakan. Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam. Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu. Nyamuk merupakan serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina menggigit manusia. Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak. Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan. Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang. Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka! Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.

Dengan memakan saderi, anda sebenarnya membakar lebih kalori dengan mengunyah saderi Badan manusiamemerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging, ikan, kacang kuda, tauhu, kacang dan lentil.

Helium lebih ringan daripada udara di keliling kita, itu sebabnya ia amat sempurna bagi belon yang terdapat di parti harijadi Tindak balas kimia berlaku pada setiap masa, termasuk aktiviti harian seperti memasak. Cuba masukkan asid seperti cuka dengan soda penaik dan lihat apa akan berlaku! Manusia bernafas mengeluarkan karbon dioksida (CO2).Dengan menggunakan cahaya matahari,tumbuh-tumbuhan menukarkan karbon dioksida kepada makanan semasa proses yang dipanggil fotosintesis. Logam biasanya padat, pengalir eletrik dan habayang baik, bersinar bila ia bersih, kukuh dan boleh dilentur dan dibentuk. Emas bersinar dan tidak terhakis. Ini bermakna ia suatu logam yang baik untuk membuat barang kemas. Raksa adalah logam berbentuk cecair pada suhu bilik. Raksa adalah cecair yang digunakan dalam termometer di klinik. Tembaga merupakan pengalir elektrik yang baik dan selalunya digunakan untuk membuat wayar. Aluminium merupakan pengalir haba yang baikdan selalunya digunakan untuk membuat periuk masak.

Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia.Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia. Contoh makanan dan masakan yang terkenal di sesetengah kawasan di dunia termasuklah humus di Timur Tengah, pai epal di Amerika Syarikat, ikan mentah di Jepun, keju di Perancis, daging panggang dan sayur di England, kari di India dan totila di Mexico. Memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda. India merupakan pengeluar pisang terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira 22 juta tan pada tahun 2007. Contoh sayur-sayuran yang terkenal termasuklah selada, lobak merah, asparagus, kubis bunga, brokoli, bayam, kentang dan bawang. Contoh buah-buahan yang terkenal termasuklah epal, limau, pir, strawberi, pic, apricot dan anggur.

Matahari adalah 300000 kali lebih besar daripada bumi. Planet Zuhrah (Venus) adalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih daripada 450 darjah selsius. Disebabkan tarikan graviti yang rendah, seseorang yang berat badannya 100kg di Bumi akan menjadi hanya 38kg di permukaan Marikh. Disebabkan graviti Matahari & Bulan maka Bumi kita mempunyai keadaan laut yang pasang & surut. Utarid mempunyai graviti permukaan yang amat rendah. Oleh kerana ia sangat berhampiran dengan Matahari, suhu siang hari boleh mencecah lebih 400 Darjah Selsius. Udara di planet Zuhrah sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida. Saiznya kecil sedikit daripada Bumi. Ia juga mempunyai ciri-ciri graviti sama dengan Bumi. Permukaan planet Zuhrah selalunya digambarkan sebagai gurun ribut, penuh dengan lubang ledakan dan gunung berapi yang sangat aktif. Marikh digelar sebagai planet merah kerana ia diliputi habuk seperti warna karat. Udaranya pun berwarna merah jambu, diwarnakan oleh butiran habuk kecil yang dilontar ke atas dari permukaan. Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Ia terlalu besar hingga lebih daripada 1300 Bumi boleh dimuatkan di dalamnya. Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria kita dan ia terdiri daripada gas hidrogen. Ia dikelilingi oleh sistem lingkaran yang mengunjur keluar ke angkasa lepas beribu-ribu kilometer. Lingkaran itu terdiri daripada berjuta-juta hablur air batu, ada yang sebesar sebuah rumah dan ada yang sekecil sebintik habuk. Uranus sukakan sedikit perbezaan. Ia menunjukkan jerebu biru/hijau yang indah disebabkan oleh tahap tinggi gas metana dan berguling seperti sebuah tong. Oleh sebab Uranus mengambil masa 84 tahun untuk mengelilingi matahari, ini bermakna setiap kutubnya berada selama 42 tahun siang dan 42 tahun malam berikutnya. Neptun adalah planet yang besar, hampir empat kali saiz Bumi. Neptun adalah planet air yang besar dengan udara hidrogen-metana biru serta lingakaran yang kabur.

Benjamin Franklin telah menjalankan kajian eletrik terperinci pada abad ke 18. Dia mencipta sebatang objek untuk mengalirkan kilat yang merupakan salah satu penemuannya. Batang objek ini melindungi bangunan jika berlaku kilat dengan melakukan penyambaran kilat melalui wayar di dalam tanah. Kilat ialah pengeluaran eletrik di udara. Panahan petir boleh bergerak kira-kira 210,000 kpj (130,000 bsj), sambil mencapai suhu hampir 30,000 darjah Selsius(54,000 darjah Farenheit). Arus eletrik diukur dalam ampere (amps). Kuasa potensi eletrik diukur dalam volt. Masyarakat moden amat bergantung kepada kemudahan eletrik yang serba boleh. Ia memberi kuasa kepada ketuhar gelombang mikro anda, menerangkan rumah, membenarkan anda menonton TV dan banyak lagi. Bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim). Bunyi datang daripada getaran. Getaran ini mewujudkan gelombang bunyi yang bergerak melalui media seperti udara dan air sebelum sampai ke telinga kita. Air daripada laut atau laut dalam dipanggil air laut. Purata setiap kilogram (2.2 paun) air laut mengandungi 35 gram (1.2 auns) larutan garam. Air boleh bergerak ke atas melalui tiub sempit menentang kuasa gravity. Pergerakan ini dipanggil tindakan kapilari. Putaran air melibatkan air mengewap (tukar kepada gas), naik ke langit, sejuk dan memekat menjadi titisan air hujan atau hablur air batu yang kita lihat sebagai awan, jatuh ke Bumi sebagai hujan, salji atau hujan batu sebelum mengewap semula dan meneruskan putaran. Air mempunyai tiga tahap yang berbeza, cecair, pepejal dan gas. Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil, ia menjangkau 6650 kilimeter (4132 batu). Air terdiri daripada dua elemen, hidrogen dan oksigen. Fomula kimianya ialah H2O. Undang-undang graviti Newton menerangkan tarikan antara jasad dengan jisim, bumi dan bulan contohnya.

Sebuah kereta menggunakan separuh daripada minyaknya untuk mengatasi rintangan angin sekiranya ia bergerak pada 80 kilometer sejam.

Kanta pembesar menggunakan sifat-sifat lensa berbentuk mungkum untuk memperbesarkan gambar, membuatkan ia lebih senang untuk dilihat.

Walaupun jam analog telah rosak, sekurang-kurangnya ia menunjukkan masa yang betul dua kali sehari.

Susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an.

Permainan video boleh dimainkan pada beberapa persada yang berlainan. Ini termasuk konsol permainan, sistem bimbit, komputer, telefon bimbit, dan lain-lain. Permainan video pertama yang menggunakan duit syling telah diperkenalkan pada tahun 1970an dengan tajuk seperti Computer Space dan Pong yang menjadi masyhur itu.

Robot merupakan suatu kemajuan teknologi. Kebanyakan robot merujuk kepada makhluk hidup, samada haiwan atau manusia. Kebanyakan robot yang dicipta adalah untuk membantu manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Sehingga kini, terdapat beberapa robot yang terkenal di serata dunia. Antaranya ialah AIBO, PaPeRo, ASIMO, QRIO, PARO.

Robot AIBO:

Dibuat oleh: Sony (Japan) Tinggi: 27cmAIBO ialah: Artificial Intelligent RobotAIBO mempunyai pelbagai ciri deria: Sentuhan Rasa hubungan manusia melalui deria di kepala, belakang, dagu dan tapak kaki. Pendengaran Mengesan bunyian melalui sepasang mikrofon stereo, pengenalan suara. Penglihatan kamera berwarna, deria jauh dan pengenalan rupa. Keseimbangan Menyeimbangkan melalui deria pemecutan.

Ciri-ciri lain: AIBO mempunyai 5 naluri asasi: Sayang, Pencarian, Pergerakan, Caj semula & Tidur. Setiap AIBO memulakan kehidupan sebagai anak anjing yang baru lahir, dan dari masa ke semasa ia membina perwatakan uniknya sendiri berdasarkan bagaimana ia dibesarkan. AIBO suka menari & bermain dengan permainannya AIBOne dan bola merah jambu, dia juga suka bermain helah dengannya. Apabila tenaga kuasanya menjadi rendah ia akan mencari stesen kuasanya dengan sendiri untuk menjana kuasa. AIBO boleh mengambil gambar jika diperintah atau bila-bila masa ia memilihnya, ini boleh dihantar melalui emel atau disimpan dalam kad ingatannya. AIBO boleh menjaga rumah anda apabila anda tiada di rumah, dia boleh mengesan pergerakan dan bunyian, mengambil gambar dan memberitahu anda melalui emel.

Robot QRIO

Dibuat oleh: SonyTinggi: 61cmDisebut curio iaitu nama pendek bagi quest for curiosity dalam bahasa Jepun.Tujuan: Untuk hidup dengan anda, buatkan hidup ini seronok dan buatkan anda gembira.Apa yang ia boleh buat? Berjalan, bercakap,berlari, menari, mengenali suara dan rupa,bermain permainan bola dan melayari laman sesawang.Ciri-ciri: Deria kaki supaya ia boleh bermain bola sepak. Buku lali dengan sendi bebola supaya ia boleh berjalan di atas permukaan tidak rata. Bangun selepas jatuh dan memeriksa dirinya jika ada kerosakan. Bergerak dengan pergerakan yang pantas dan lancar.

Robot ASIMO

Dibuat: oleh HondaTinggi: 1.2mASIMO ialah: Advanced Step in Innovative Mobility, ia juga mengambil namanya daripada robot jelas penglihatan Isaac Asimov.Tujuan: Bermula pada tahun 1986 sebagai suatu kajian tentang pergerakan manusia dan sejak itu telah berkembang menjadi robot yang mampu menjalankan pelbagai tugas.Apa yang ia boleh buat? Ia boleh berjalan, berlari, membelok di selekoh, mengenali pergerakan tangan, membawa barang, menari dan menaik turun tangga.Ciri-ciri: Mungkin ia adalah robot meyerupai manusia yang paling maju di dunia. Boleh menjalankan tugas mudah seperti menghidupkan suis lampu.

Robot PARO

Dibuat oleh: The Institute of Advanced Industrial Science and Technology (Japan)Panjang: 45cmBerat: 2.7kgParo ialah sebuah permainan terapeutik yang direka untuk keselesaan bagi mereka yang memerlukannya seperti orang tua dan orang sakit.Ciri-ciri: Bertindak balas pada belaian/pelukan melalui deria sentuhan khas di bawah bulu dan misainya. Menyerupai anak anjing laut. Mempunyai pengenalan suara dan bunyian anjing laut yang tulen.

Robot PaPeRo

Dibuat oleh: NECTinggi: 38cmPaPeRo ialah: Partner-type Personal Robot

Tujuan: Untuk menghibur dan membantu di rumah.. Apa yang ia boleh buat? Mengenali percakapan, bercakap, bergerak, bertindak balas kepada pengguna, mengawal peralatan rumah.Ciri-ciri: Mengenali 650 frasa dan 3000 perkataan. Boleh mengawal TV anda dan melayari internet tanpa wayar. Direka untuk kelihatan comel supaya manusia berasa dilindungi daripada ditakuti.