FAKTA TENTANG HUTAN

29
HUTAN DAN KEGUNAAN TING SENG KONG JENIS-JENIS HUTAN Malaysia sebagai sebuah negara yang terletak di kawasan iklim khatulistiwa diliputi oleh lapisan hutan yang tebal. Kebanyakan daripada tanah yang ditumbuhi hutan telah digazet sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara dan Taman-Taman Negeri. Kawasan- kawasan Hutan Perlindungan bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai jenis pokok dan herba yang terdapat supaya kajian yang lebih lanjut dapat dijalankan oleh generasi masa kini dan akan datang. Secara umumnya hutan di Malaysia merupakan hasil proses sesaran hutan dari kawasan pantai, hutan bakau sehingga ke kawasan Hutan Dipterokap tanah Pamah, Hutan Dipterokap Tanah Tinggi dan Hutan Pergunungan. Hutan Pantai Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat. Spesies yang mendominasi hutan ini ialah Casuarina equisetifolia. Hutan Bakau Hutan ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan pantai timur negeri Sabah. Rhizophora sp. dan Bruguiera sp. merupakan spesies yang banyak terdapat di kawasan ini. Spesies-spesies tersebut mula dieskport ke luar negeri sejak 1986. Kayu bakau mempunyai kegunaan akhir yang berguna seperti sebagai kayu api, tiang-tiang rumah dan bahan bakar. Kawasan Hutan Bakau penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang. Hutan Nipah Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan bakau. Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah

Transcript of FAKTA TENTANG HUTAN

Page 1: FAKTA TENTANG HUTAN

HUTAN DAN KEGUNAAN

TING SENG KONG

 

JENIS-JENIS HUTAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang terletak di kawasan iklim khatulistiwa diliputi oleh lapisan hutan yang tebal. Kebanyakan daripada tanah yang ditumbuhi hutan telah digazet sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara dan Taman-Taman Negeri. Kawasan-kawasan Hutan Perlindungan bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai jenis pokok dan herba yang terdapat supaya kajian yang lebih lanjut dapat dijalankan oleh generasi masa kini dan akan datang. Secara umumnya hutan di Malaysia merupakan hasil proses sesaran hutan dari kawasan pantai, hutan bakau sehingga ke kawasan Hutan Dipterokap tanah Pamah, Hutan Dipterokap Tanah Tinggi dan Hutan Pergunungan.

Hutan Pantai

Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat. Spesies yang mendominasi hutan ini ialah Casuarina equisetifolia.

Hutan Bakau

Hutan ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan pantai timur negeri Sabah. Rhizophora sp. dan Bruguiera sp. merupakan spesies yang banyak terdapat di kawasan ini. Spesies-spesies tersebut mula dieskport ke luar negeri sejak 1986. Kayu bakau mempunyai kegunaan akhir yang berguna seperti sebagai kayu api, tiang-tiang rumah dan bahan bakar. Kawasan Hutan Bakau penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang.

Hutan Nipah

Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan bakau. Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah digunakan untuk membuat atap rumah manakala luahan digunakan sebagai minyak.

Hutan Transitional

Hutan ini didapati di antara Hutan Bakau, Hutan Nipah atau Hutan Paya dan dikenali sebagai Hutan Tanah Kering. Spesies yang mendominasikan kawasan hutan ini adalah seperti Nibong (Oncosperma sp.), palma, rotan dan merbau (Intsia palembanica).

Page 2: FAKTA TENTANG HUTAN

Hutan Paya

Hutan ini terbentuk di antara Paya Gambut dan paya Air Tawar. Paya Air Tawar menerima sumber air dari kawasan jeram dan sungai, manakala Paya Gambut menerima kelembapan dari air hujan.

Hutan Dipterokap

Terminologi Dipterokap telah diambil sempena sifat fizikal buah yang mempunyai dua helai sayap. Jenis hutan ini mendominasikan hutan di negeri Sabah. Hutan ini merupakan jenis Hutan Hujan Tropika yang terkenal dengan pokok yang mempunyai ketinggian paling tinggi berbanding dengan pokok dari hutan-hutan lain di dunia. Spesies Dipterokap mempunyai banir besar dan pengeluaran bunga dan buah pada dahan. Hutan ini boleh didapati pada ketinggian 900m atas paras laut dan dibahagikan kepada 8 genera utama.

Hutan Riverine

Hutan ini banyak didapati di sepanjang sungai dengan kandungan spesies yang pelbagai. Spesies untuk kayu balak adalah kurang didapati tetapi hutan ini penting sebagai penghalang banjir, pelindung tebing sungai dan mengurangkan hakisan tanah di kawasan tanah curam.

Hutan Kerangas

Hutan ini ditumbuhi pokok-pokok yang berdiameter kecil, daun berkulit dan tanah hutan yang nipis dan berasid. Tanah nipis tersebut biasanya dilapisi batu kapur. Spesies kayu balak dan hidupan liar kurang didapati di kawasan hutan ini.

Hutan Ultrabasic

Struktur hutan adalah berbeza dengan hutan lain. Pokok mempunyai silira dan daun yang kecil. Jenis hutan ini banyak didapati di kawasan berbukit, daerah Telupid.

Hutan Pergunungan

Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 900m atas paras laut. Jenis hutan ini boleh didapati di sepanjang Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu. Pokok Oaks dan Chestnuts banyak didapati kerana tahan dengan tiupan angin kencang dan keadaan cuaca yang ekstrim.

Hutan Cloud

Page 3: FAKTA TENTANG HUTAN

Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 2200m atas paras laut dan tumbuh pada lapisan tanah yang nipis. Spesies ini boleh didapati di kawasan Gunung Kinabalu pada ketinggian melebihi 3300m atas paras laut. Spesies lumut dan tumbuhan Red Rhododendrons didapati tumbuh pada pokok rhu dan Dacrydium beccarri.

PENGKELASAN HUTAN

Secara umumnya hutan di Malaysia telah dibahagikan kepada 7 kelas hutan untuk tujuan pengurusan dan pengawalan hutan.

Kelas I - Hutan Perlindungan

Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan untuk kepentingan alam sekitar. Kawasan hutan ini tidak boleh dibalak dan jumlah luas melebihi 99980 ha. di negeri Sabah.

Kelas II - Hutan Komersil

Hutan ini boleh dibalak untuk membekalkan pelbagai jenis kayu keras yang berharga seperti Acacia mangium, Paraserianthes falcataria, Gmelina arborea dan Eucalyptus deglupta bagi kepentingan ekonomi negara. Pembalakan dijalankan selaras dengan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan seperti yang digariskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 ( Pindaan 1992).

Kelas III - Hutan Domestik

Hasil hutan dari kawasan ini adalah untuk kegunaan tempatan sahaja. Pengeluaran hasil hutan untuk tujuan komersil adalah tidak digalakkan.

Kelas IV - Hutan Ameniti

Hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan rekreasi. Spesies exotic kadangkala ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti kawasan hutan.

Kelas V - Hutan Bakau

Hutan ini berfungsi untuk membekalkan kayu bakau terutamanya Rhizophora sp. Kayu bakau mempunyai kegunaan luas seperti sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan bahan samak.

Kelas VI - Hutan Simpan Dara

Page 4: FAKTA TENTANG HUTAN

Hutan ini ditanam unutk tujuan penyelidikan perhutanan. Aktiviti pembalakan adalah dilarang dijalankan di kawasan hutan ini. Hutan Simpan Dara Sepilok merupakan antara salah satu contoh hutan jenis ini.

Kelas VII - Hutan Simpan Hidupan Liar

Hutan ini berfungsi untuk perlindungan dan penyelidikan hidupan liar. Rhinoceros sumatrana merupakan salah satu haiwan terlindung dalam hutan tersebut.

HUTAN DAN KEGUNAAN

1. Hutan Malaysia menghasilkan pelbagai makanan dan buah-buahan seperti petai, jering, sagu, durian dan manggis . Di dalam hutan juga terdapat binatang buruan seperti rusa, kijang, burung punai dan ayam hutan. Flora dan fauna yang mempunyai "biodiversiti" yang tinggi telah menjadi makanan utama penduduk asli yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.

2. Kayu bakau juga digunakan sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan bahan samak. Daun pokok nipah digunakan sebagai atap rumah. Kayu pokok ru digunakan untuk membina perahu. Getah poko jelutung digunakan untuk membuat gam kunyah.

3. Hutan juga berupaya menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi. Misalnya pokok pain dan akasia yang cepat tumbuh ditanam di kawasan pembalakan untuk menghasilkan pokok lembut bagi perusahaan membuat kertas. Kertas yang dihasilkan kebanyakan dieksport ke negara-negara Eropah yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadapnya disebabkan oleh kepesatan pembangunan industri percetakan.

4. Hutan juga menyediakan beberapa jenis tumbuhan ubat tradisional. Menurut kenyataan Pusat Pengesanan Pemuliharaan Dunia (World Conservation Monitoring Centre), sumber genetik tumbuhan ubat-ubatan di Malaysia baru mula dibuat penilaian. Antara spesies yang diminati oleh penjual herba dan pengamal ubat tradisional ialah dari famili Apocynaceae, Annonaceae, Rutaceae, Dioscoreaece, Leguminosae, Lauroceae dan Zingiberaceae.

5. Hutan Malaysia menghasilkan kayu keras tropika, rotan dan buluh. Hasil-hasil ini dibuat kayu bergergaji, papan lapis, venir, dan perkakas. Contohnya meja dan kerusi yang dihasilkan di Malaysia telah mendapat sambutan yang tinggi di luar negeri.

6. Keunikan pelbagai jenis fauna dan flora yang terdapat menyediakan suatu kawasan rekreasi kepada mereka yang berminat dalam pengembaraan. Apabila ramai pelancong asing melawat ke negara ini, maka secara tidak langsung ini akan menggalakkan pengaliran masuk wang ke negara kita.

Page 5: FAKTA TENTANG HUTAN

7. Hutan juga boleh menghasilkan jenis pokok non-kayu yang mempunyai nilai dan potensi ekonomi yang cukup tinggi. Beberapa jenis hasil hutan non-kayu yang dimanfaatkan pada masa kini ialah madu, gula kawung, bambu, agar laut, kapulaga, koneng gede, laja dan pelbagai jenis tumbuhan obat.

8. Salah satu jenis kayu keras yang berharga ialah kayu jati atau nama saintifiknya Tectona grandis telah dipindahkan dari Myanmar, Laos dan negara Thai untuk ditanam di Malaysia. Kayu jati telah mendapat sambutan yang menggalakkan di luar negara.

Walau bagaimanapun pembalakan hutan yang meluas telah mendatangkan pelbagai kesan kepada negara ini. Misalnya hakisan tanah, banjir dan pencemaran air serta merosakkan tumbuhan dan habitat semulajadi haiwan. Gangguan keseimbangan semula jadi dan saling kaitan di antara tumbuhan dengan haiwan telah memaksa binatang liar mencari makanan di kawasan pertanian dan mengakibatkan kerosakan tanaman. Pembukaan hutan tanpa pengawasan dan kawalan boleh menyebabkan tumbuhan dan haiwan yang berguna terpupus. Justeru itu, Hutan Simpan dan taman negara telah diisytiharkan untuk melindungi tumbuhan dan haiwan . Taman Negara terdapat di Semenanjung Malaysia, Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu.

SINOPSIS

Objektif Dasar Perhutanan, 1978 adalah untuk memelihara dan mengurus hutan melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan serta mengekalkan peranan pentingnya dalan ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar.

Secara ringkasnya, Dasar Perhutanan Negara adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

Pengwartaan Hutan Simpan Kekal

Untuk memperuntukkan kawasan tanah yang mencukupi bagi Hutan Perlindungan, Hutan Berhasil, Hutan Lipur dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan sebagai Hutan Simpan Kekal.

Perundangan Hutan

Untuk memastikan sumber hutan dikekal dan diuruskan secara berkekalan melalui penguatkuasaan undang-undang hutan yang cekap.

Pengurusan Hutan Secara Berkekalan

Page 6: FAKTA TENTANG HUTAN

Untuk mengurus hutan melalui amalan prinsip pengurusan hasil secara berkekalan bagi mencapai faedah sosial, ekonomi dana alam sekitar yang maksimum.

Pemeliharaan dan Pemulihan Hutan

Untuk meningkatkan program pembangunan hutan melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai bagi mencapai produktiviti yang maksimum.

Pengusahasilan Hutan

Untuk menggalakkan cara-cara pengusahasilan hutan yang cekap melalui rancangan pengurusan dan pengusahasilan hutan yang ditetapkan bagi penghasilan keluaran hutan secara berkekalan.

Keluaran dan Industri Hutan

Untuk mencapai keseimbangan yang rasional antara kapasiti keupayaan industri pemprosesan dengan bekalan sumber hutan.

Ladang Hutan

Untuk menubuh dan menguruskan ladang hutan bagi menampung bekalan kayu balak dari kawasan hutan asli serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang aktif dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.

Pengeluaran Hutan Bukan Kayu

Untuk meningkatkan keluaran hutan bukan kayu bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri pemprosesan yang berkaitan.

Penyelidikan Perhutanan

Untuk menggalakkan sektor awam dan swasta dalam perlaksanaan semua aspek penyelidikan perhutanan.

Pembangunan Tenaga Manusia dan Latihan

Untuk menambah bilangan tenaga manusia yang terlatih bagi menampung keperluan perhutanan dan industri berasaskan kayu.

Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat

untuk melaksanakan program-program yang sesuai bagi mengekalkan kepelbagaian hayat dan memelihara jenis-jenis flora dan fauna yang unik.

Page 7: FAKTA TENTANG HUTAN

Nilai Khusus Saintifik

Untuk mewujudkan kawasan yang sesuai bagi tujuan pendidikan dan keperluan sains. Koleksi tumbuhan yang terdapat amat berguna dalam program pemeliharaan, penyelidikan dan demontrasi pemeliharaan.

RUJUKAN

KANDUNGAN

PENGENALAN

o Definisi hutan o Definisi hutan hujan o Definisi hutan hujan tropika o Lokasi hutan hujan tropika o Struktur hutan tropika pamah di Malaysia o Pengelasan hutan hujan tropika di Malaysia

Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika di Malaysia :

o Habitat semulajadi kepada flora dan fauna o Tempat perlindungan semulajadi kepada orang asli o Kawasan tadahan air o Penutup bumi semulajadi o Sebagai bunga karang dan penapis air o Penstabil cuaca bumi o Agen pembersih udara o Sumber bahan mentah o Mempunyai nilai-nilai perubatan o Mempunyai nilai-nilai dagangan o Sumber kayu-kayan o Sebagai sumber pendapatan negara o Sumber keluaran hasil hutan bukan kayu o Rotan o Nipah o Rumbia/sagu o Bertam o Buluh o Tumbuhan berwarna

Page 8: FAKTA TENTANG HUTAN

o Damar o Sumber getah o Sumber makanan fauna dan manusia o Sumber buruan o Sumber tumbuhan beracun o Sumber minyak sayuran dan minyak bauan asli o Kegunaan hiasan dan senitaman o Sumber tanah o Memudahkan kajian-kajian flora dan fauna o Sebagai tempat hutan simpanan

KESIMPULAN

 

PENGENALAN

Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.

Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit.

Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika.

Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan.

Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong,

Page 9: FAKTA TENTANG HUTAN

silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah ( Lampiran 1 ).

Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya.

Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek dan herba ( Lampiran 2 ).

Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutan-campuran ( mixed forest ) dan hutan dominan tunggal ( single-dominant forest ). Hutan campuran seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah terdiri daripada berbagai famili tumbuhan manakala hutan dominan tunggal dapat dilihat pada jenis hutan dominan tunggal spesies kapur ( Dryobalanops aromatica ) seperti yang terdapat di Kanching, Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan ia berubah mengikut habitat. Pengelasan jenis-jenis kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di habitat-habitat tertentu ( Lampiran 3 ). Selain itu, jenis-jenis hutan di Malaysia boleh dikelaskan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti pengaruh iklim, tanah dan biotik.

Dengan berdasarkan kepada ketinggian kawasan di atas aras laut, hutan ini juga boleh dikelaskan kepada hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan oak-gunung dan hutan ericaceous gunung. Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok berdamar famili Dipterokarpa yang terdapat di lapisan sudur hutan dan di bahagian silara utama hutan. Hutan dipterokarpa pamah meliputi semua hutan atau rimba di kawasan tanah dan di kaki-kaki bukit sehingga ketinggian 30m. Hutan dipterokarpa bukit pula adalah hutan di bukit-bukit antara ketinggian 30 hingga 762m manakala hutan antara ketinggian 762 hingga 1200m adalah hutan dipterokarpa atas. Hutan oak-gunung adalah hutan antara paras ketinggian 1200 hingga 1500m. Hutan yang melebihi 1500m adalah hutan ericaceous gunung.

Jenis-jenis hutan ini terjadi akibat daripada perbezaan komposisi tumbuh-tumbuhan flora dan struktur umum yang terkandung dalam hutan itu. Hutan dipterokarpa pamah dan hutan dipterokarpa bukit adalah jenis hutan tanah

Page 10: FAKTA TENTANG HUTAN

pamah tropika yang terbesar di dunia. Hutan dipterokarpa atas dan hutan oak-gunung pula merupakan pembentukan jenis hutan pergunungan rendah manakala hutan ericaceous ialah jenis hutan tropika pergunungan tinggi ( Lampiran 4 ).

Hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kegunaannya tidak lagi dinafikan oleh kita. Untuk melindungi hutan, kita harus sedar akan kepentingannya sebelum kita dapat menghayati dan menjaganya untuk generasi yang akan datang.

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA

Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk.

Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman

Page 11: FAKTA TENTANG HUTAN

Negara, masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. ( Lampiran 8 ).

Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat.

Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan ( Lampiran 5 ). Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.

Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama ( Lampiran 6 ). Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi.

Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan

Page 12: FAKTA TENTANG HUTAN

bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau.

Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara. Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi. Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah.

Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah ( Lampiran 9 ). Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis ( Garcinia mangostana ) dan rambutan ( Hephelium lappaceum ). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya ( Lampiran 7 ).

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya, satu perempat daripada prekripsi dadah adalah bersumber daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar ( smallpox ) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria ( Lampiran 7 ). Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah ( Labisia sp. ), mempisang ( Goniothalamus sp.) dan medang ( Cinnamomum sp.). Bunga pakma ( Rafflesia hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran ( Lampiran 7 ).

Page 13: FAKTA TENTANG HUTAN

Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Di antara contohnya ialah bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong ( Dyera costulata ) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah ( chewing gum ). Minyak pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatam.

Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih meluas.

Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Selain itu, ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan.

Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain.

Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. Manau ( Calamus manan ) adalah rotan yang paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi.

Page 14: FAKTA TENTANG HUTAN

Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Bagaimanapun penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia, nipah dan bertam sahaja.

Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka ( anak daun ) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira ( palm-wine ).

Rumbia atau sagu ( Metroxylon sagu ) dan ( M.rumphii ) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam dan itik.

Bertam ( Eugeissona tristis ) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bertam juga boleh dijadikan atap. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput ( Gramineae ). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan, seragam, tegar dan mudah diperolehi. Dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Misalnya, Kedah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan buluh semantan ( Gigantochloa scortechinii ). Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betung ( Dendrocalamus asper ) dan beting ( Gigantochloa levis ) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat.

Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies sepang ( Caesalpinia sappan ) yang digunakan untuk mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu ( Morinda sp. ), merbau ( Intsia sp. ), sena ( Pterocarpus indicus ) dan akar kunyit ( Fibraurea chloroleuca ). Di samping kulit bakau, kulit pokok punggai ( Coelostegia griffithii ), bayur ( Pterospermum sp. ), ketapang ( Terminalia sp. ), rhu ( Casuarina sp. ) dan rengas juga boleh digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna.

Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat andang, pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot. Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies merawan ( Hopea sp. ) dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies cengal (

Page 15: FAKTA TENTANG HUTAN

Neobalanocarpus heimii ) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan kertas. Agathis borrensis pula adalah pokok damar minyak yang digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional, lampu penyuluh, pemetik api, penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit haiwan.

Hutan juga adalah sumber getah yang penting. Misalnya, getah gutta-perca yang didapati daripada pokok nyatoh taban merah ( Palaqquim gutta ) mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik apabila dipanaskan pada suhu 820C ( 1800F ) dengan mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas. Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan, bola-bola golf, bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong kegunaan di makmal-makmal kimia.

Sebelum tanaman pokok-pokok getah ( Hevea brasiliensis ) diperkenalkan di Semenanjung Malaysia, sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokok-pokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit daripada famili Apocynacease. Di antara genera-genera pepanjat daripada famili ini yang menghasilkan getah ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus dan Melodinus .

Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah macang ( Mangifera foetida ), jambu ( Eugenia sp. ), durian ( Durio sp. ), sentul ( Sandoricum koetjape ), rambutan ( Nephelium sp. ), langsat ( Lansium domesticum ) dan manggis ( Garcinia mangostana ). Daun-daun asam gelugor ( Garcinia atroviridis ) dan cemperai ( Champereia manillana ) pula boleh dijadikan sayur-sayuran sementara biji-biji buah hutan seperti petai ( Parkia speciosa ) dan jering ( Pithecelobium jiringa ) pula boleh digulai atau dijadikan ulam. Enau yang dikenali sebagai kabong ( Arenga pinnata ), sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan kelapa dan gula Melaka. Kini sumber pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan.

Berbagai bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin

Page 16: FAKTA TENTANG HUTAN

lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan.

Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. Walaupun demikian, terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk menangkap ikan, racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan anai-anai. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba termasuklah Derris elliptica ( tuba ), Anamirta cocuculus ( kris ), Diospyros wallichi ( tuba buah ) dan Barringtonia scortechinni ( putat tuba ).Racun ipoh yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh ( Antiaris toxicaria ) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli.

Minyak-minyak daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh dimakan. Contohnya minyak daripada pokok sengkawang dan ketapang. Terdapat sumber-sumber minyak daripada tumbuhan. Contohnya penaga yang boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan seperti sabun, cat dan lilin.

Minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuh-tumbuhan. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum. Di antara jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan dasar di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah kenangan, bunga tanjung dan keruing gondol. Penaga dan pulasari pula adalah di antara jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam pembuatan bahan perisa dan haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan.

Kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok, palma, pokok renek, herba dan paku-pakis yang berpotensi untuk didomestikasikan, dipilih dan dipopularkan sebagai spesies tumbuhan yang sesuai bagi kegunaan hiasan dan senitaman. Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. Pokok-pokok tempatan seperti medang ( Cinnamomum sp. ), penaga ( Mesua sp. ), palma-palma palas ( Licuala sp. ), pinang hutan ( Pinanga sp. ), pokok-pokok renek delek ( Anisophyllea sp. ), herba-herba setawar ( Costus sp. ), lumbah ( Curculigo sp. ) dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di negara kita.

Page 17: FAKTA TENTANG HUTAN

Selain itu, hutan adalah suatu sumber tanah yang penting. Memandangkan kawasan hutan adalah luas, maka dengan pembukaan hutan yang terancang, kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak, tapak penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan.

Dengan adanya hutan, ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai, namun masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan membolehlkan penerokaan ilmu secara berkekalan ( Lampiran 8 ).

Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Dengan kepupusan sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan.

Kesimpulan :

Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi, menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.

Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika.

Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025.

Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang.

Page 18: FAKTA TENTANG HUTAN

MANUSIA DAN HUTAN HUJAN TROPIKAWAHIYAH BINTI MAHMUDDIN ( A 71906 )

FAKULTI SAINS KEMASYARAKATAN DAN KEMANUSIAAN

KANDUNGAN1.Pendahuluan2. Kegunaan hutan kepada manusia 2.1. Makanan dan minuman .2.2. Pembalakan dan pendapatan negara 2.3. Perubatan 2.4. Kestabilan cuaca 2.5. Bahan api 2.6. Pertukangan 2.7. Perabot dan kraftangan 2.8. Lain-lain kegunaan3. Kesimpulan4. Bibliografi5. Lampiran

PENDAHULUAN.Hutan Hujan Tropika atau di kenali sebagai Hutan Malar Hijau Merupakan sejenis hutan yang terdapat di Malaysia. Dengan keadaan suhu yang tinggi iaitu kira-kira 27 darjah celsius seragam sepanjang tahun dan hujan yang lebat di antara 1000 – 2000 mm setahun telah menggalakkan pertumbuhan pokok. Pokok tersebut tumbuh secara berlapis-lapis, rapat dan bertaburan. Keluasan hutan di Malaysia meliputi 47 % Di Semenanjung, 60% di Sabah dan 78% di Sarawak dengan purata 61% keluasan permukaan.

Hutan Hujan Tropika mempunyai beberapa jenis pokok kayu keras kumpulan mahagoni yang bernilai tanggi seperti cenggal, meranti, seraya, balau, ramin, merbau dan kapur. Di sampingitu, terdapat juga tumbuhan lain seperti pokok kecil, herba, palma, dan paku-pakis.

Kekayaan dan khazanah yang terkandung di dalam hutan tersebut telah memberi seribu satu rahmat khususnya dalam kehipan manusia. Melaluinya manusia dapat meneruskan kehidupan.

KEGUNAAN HUTAN KEPADA MANUSIA

MAKANAN DAN MINUMAN

Page 19: FAKTA TENTANG HUTAN

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Hujan Tropika memberikan sumber makanan terutamanya kepada orang asli dan masyarakat tempatan. Bahagian-bahagian tumbuhan yang digunakan sebagai makanan termasuklah daun, ubi, buah dan bijirin. Keladi liar (Dioscorea sp) misalnya salah satu sumber karbohidrat yang utama bagi masyarakat asli. Manakala buah-buahan hutan seperti durian (Durio zebethinus) merupakan sunber karbohidrat yang kedua bagi kaum Semang selain dari buah tampoi (Baccaurea Griffithii) yang juga dapat dijadikan minuman keras.

Biji-bijian tumbuhan dari jenis kekacang famili Leguminosae khususnya petai (Parkia spesia), kerdas (Pitnecellobium bubalinum) dan perah (Elateriospermum tapos) turut menjadi makanan kepada kebanyakkan masyarakat tempatan lain., malahan turut diperdagangkan. Di samping itu, terdapat juga pepanjat atau akar dan liana yang menjadi sumber air minuman di hutan seperti akar setawan (Poikilospermum suareeolens), akar kait (Uncaria sp.), rotan dan buluh.

PEMBALAKAN DAN PENDAPATAN NEGARA. Sektor perhutanan di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara sama ada dari segi pendapatan, pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Hal ini berlaku kerana Malaysia mempunyai sumber kayu keras yang bernilai seperti cengal, meranti, seraya dan merbau. Pengeluaran balak di Semenanjung Malaysia telah meningkat kepada 12. 1 juta meter padu pada tahun 1989 berbanding hanya 11.1juta meter padu pada tahun 1988.

Penggunaan kayu keras tropika dari spesis yang kurang terkenal turut giat digunakan seperti dari spesis pauh kijang ( Irvingia malayana ), tempinis ( Streblus elongatus), merbatu ( Meranthes corymbosa) dan derum ( Cratoxylum sp. ) serta yang berdiameter kecil seperti kayu getah bagi menampung penggunaan kayu keras tropika di Semenanjung Malaysia.

Hasil-hasil eksport sektor perhutanan termasuklah kayu gergaji, papan lapis, kayu kumir, venir dan perabot. Kayu balak dieksport terutamanya ke negara Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Nilai eksport balak dan barangan kayu telah mencatatkan sebanyak RM 21 billion atau 40 % daripada jumlah

Page 20: FAKTA TENTANG HUTAN

pendapatan negara di antara bulan Januari hingga September 1990.

Pengembangan sektor ini bukan sahaja mengembangkan sektor pembalakan, malah meluaskan sektor perindustrian seperti pembinaan kilang papan dan perabot seperti di kebanyakkan kawasan di Kuching, Sibu danSandakan. Hal ini juga turut menambah peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

PERUBATAN.Hutan Hujan Tropika turut membekalkan bahan-bahan asas perubatan, terutamanya perubatan tradisional. Di antara tumbuh-tumbuhan yang dapat digunakan sebagai perubatan tradisional termasuklah :

POKOK TONGKAT ALI.Tongkat Ali atau dikenali sebagai Eurycoma longfolia dalam nama sainsnya ialah sejenis herba tradisional yang terkenal di kalangan kaum Melayu dan Bumiputra di Malaysia. Tongkat Ali berupaya melengkapkan nutrien harian, meningkatkan kekuatan batin kaum lelaki , menyihatkan tubuh badan, menguatkan pinggang dan buah pinggang, merendahkan tekanan darah tinggi, melegakan reumatisme,keletihan, membaiki masalah mati pucuk dan lain-lain lagi. Tegasnya, Tongkat Ali mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

Penggunaan Tongkat ali dalam perubatan telah dipelbagaikan cara penggunaannya bagi memudahkan orang ramai mengambilnya. Syarikat CNI misalnya, telah memperkenalkan kapsul Tongkat Ali dan kopi ginseng Tongkat Ali yang diperbuat daripada bahagian akar Tongkat Ali. Kedua-dua produk ini dihasilkan dengan teknik kering beku dan teknik nyah kuman melalui sinaran gamma. Dikalangan masyarakat melayu lazimnya Tongkat Ali dimakan dengan cara meminum air rebusannya.

POKOK KACIP FATIMAH. Pokok Kacip Fatiamah atau nama sainsnya Labisia Pumila turut dijadakan sumber perubatan untuk mengubati sakit puan, cirit birit dan kembung perut.

PETAI

Page 21: FAKTA TENTANG HUTAN

Petai atau Parkia speciosa merupakan tumbuhan liar di hutan Hujan Tropika dengan ketinggian mencapai 50 metar tingginya. Petai dikatakan dapat mengatasi masalah kencing manis dengan cara memakannyan sama ada secara mentah atau dibuat jeruk.

MENGKUDU.Pokok Mengkudu juga merupakan salah satu tumbuhan yang terdapat di Hutan Hujan Tropika. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu iaitu, Morinda citrifolia, Morinda elliptica dan Morinda umbellata. Morinda citrifolia yang buahnya boleh dimakan amat sesuai bagi membersihkan darah dan mengawal penyakit kencing manis serta menurunkan tekanan darah tinggi. Manakala daunnya pula dikatakan dapat mengubati penyakit demam dan sakit perut dengan cara melayurkannya dan didemah pada dada dan perut.

Morinda elliptica pula didapati dapat menyembuhkan sakit buasir. Manakala pokok mengkudu jenis Morinda umbellata dapat digunakan untuk mengubati penyakit kulit. Peyakit kulit dapat diubati dengan cara menyapu air rebusan akar pokok pada kulit.

KESTABILAN CUACA.Pengaruh Hutan Hujan Tropika memberi kesan yang besar terhadap kestabilan cuaca di Malaysia. Semasa proses fotosintesis berlaku, tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Pengulangan proses tersebut akan menolong melembabkan dan menyamankan udara melalui wap-wap air yang terhasil. Pokok-pokok tersebut juga berfungsi sebagai agen pembersih udara yang seterusnya akan membawa kepada kestabilan cuaca. Kestabilan cuaca ini amat penting kepada manusia kerana ia melibatkan keselesaan hidup. Pokok-pokok juga ditanam sama ada di bandar-bandar atau di sepanjang jalan raya bagi tujuan tersebut, di samping bertindak sebagai zon penyerap bunyi dan menambah keindahan persekitaran. Penghasilan oksigen oleh tumbuhan juga penting kepada manusia untuk pernafasan.

BAHANAPIPenggunaan kayu-kayan sebagai bahanapi atau bahan bakar merupakan cara yang sudah lama digunakan untuk keperluan harian seperti memasak dan digunakan di kilang-kilang.

Page 22: FAKTA TENTANG HUTAN

Sehingga kini, penggunaan kayu-kayan sebagai bahanapi masih lagi digunakan terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun bahan tersebut telah berkurangan kerana terdapat sumber atau bahan lain yang lebih baik seperti penggunaan batu arang, pertroleum, gas asli dan kuasa elektrik.

PERTUKANGAN.Pertambahan penduduk yang pesat telah mengakibatkan meningkatnya permintaan terhadap kayu-kayan sebagai bahan binaan. Penggunaan bahan binaan berunsur kayu terus mendapat sambutan walaupun penggunaan batang besi dan simen semakin bertambah. Kayu-kayan dijadikan papan lapis dan kayu gergaji bagi tujuan pembinaan bangunan dan rumah. Penggunaan daun nipah turut digunakan bagi tujuan membina tempat tinggal khususnya di kawasan pedalaman dan masyarakat orang asli. Buluh juga turut digunakan sebagai bahan binaan yang murah seperti untuk membuat titi dan tangga.

Perkembangan sektor perikanan dan perkapalan turut memaksimumkan lagi penggunaan kayu. Kayu-kayan telah di jadikan bahan asas membina sebuah perahu, bot dan kapal. Jenis kayu yang digunakan termasuklah kayu cenggal, kayu meranti dan kayu balau.

PERABOT DAN KRAFTANGAN.Di samping digunakan sebagai sumber bahan binaan seperti rumah dan ka.pal, hutan Hujan Tropika turut menyediakan bahan binaan membuat perabot seperti almari, meja, kerusi dan katil. Kayu-kayan yang bermutu seperti cenggal dan meranti bukan sahaja menghasilkan perabot yang bermutu tinggi, malahan lebih murah berbanding peraabot yang diimport dari luar negara.

Terdapat juga perabot yang dihasilkan dari rotan yang turut mendapat sambutan dari masyarakat. Rotan juga turut dijadikan pelbagai barangan kraftangan seperti bakul dan dulang oleh masyarakat asli untuk dijual kepada penduduk kampung dan pekan. Di samping itu, buluh juga telah digunakan untuk membuat perabot, bakul, kayu sepit dan pencungkil gigi.

LAIN-LAIN KEGUNAAN

Page 23: FAKTA TENTANG HUTAN

Di antara kegunaan lain Hutan Hujan Tropika termasuklah menghasilkan gentian tiruan seperti rayon dan accetate. Gentian-gentian ini di hasilkan menerusi pemprosesan selulos tumbuh-tumbuhan.

Bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong (Dyera costulata) juga telah digunakan dalam pengeluaran gula-gula getah pengunyah (chewing gum). Penghasilan kapur telah diperolehi daripada pokok kapur , manakala resin, bahan pencelup (dragon’s blood) telah diperolehi daripada pokok palma dan pokok rotan. Melalui penyelidikan terbaru yang dijalankan, didapati bahan asas bagi memproses minyak wangi tempatan telah ditemui iaitu dari minyak pokok Keruing Gondol (Dipterocarpus kerrii).

Di samping itu, Tumbuhan hutan juga diperlukan dalam penghasilan gam dan turpentin. Buluh Betong (Dendrocalamus asper) misalnya turut digunakan untuk menghasilkan alat muzik seperti angklung.

Kayu-kayan turut digunakan sebagai bahan membuat pulpa dan kertas. Lebih kurang ¼ daripada kayu-kayan telah digunakan bagi tujuan tersebut. Hal ini berlaku akibat perkembangan perusahaan mencetak dan kegunaan yang berkaitan.

KESIMPULAN.Hutan Hujan Tropika merupakan salah satu khazanah alam yang tidak terhingga nilainya. Nilainya kepada manusia amatlah besar. Faedah dan kepentingan hutan kepada manusia bukan sekadar menghasilkan balak dan keluaran hutan lain seperti rotan, buluh dan nipah tetapi sebagai bahan makanan manusia dan digunakan sebagai Punca pendapatan. Oleh yang demikian, menjadi tugas manusia untuk mengurus dan memelihara khazanah tersebut dengan baik dan teratur agar ia akan terus berkekalan

Bibliografi.Ahmad Ismail. 1999. Etnobotani: tumbuhan, manusia dan kehidupan.Bangi : UKM.A. A.    Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala

lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.CNI. 1999. CNI Tongkat Ali. Shah Alam : CNI Enterprise (m) Snd, Bhd.

Page 24: FAKTA TENTANG HUTAN

Goh Cheng Leong. 1987. Geografi Fizikal dan Manusia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Snd. Bhd.

Katimah Rostam Tengku Dalam.1989. Geografi manusia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Keng Su Seng. 1998. Geografi Alam Sekitar dan Manusia STPM. Shah Alam : Fajar Bakti.