FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min....

25

Transcript of FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min....

Page 1: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat
Page 2: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat
Page 3: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHASA

INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DAERAH KINTA, IPOH, PERAK.

KON CHON MIN

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat
Page 5: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

iii

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek

sarjana muda, En. Kandar Bin Selamat di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat

dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna

dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pegawai JPN Perak, semua

Pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.

Penghargaan turut diberikan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak membantu menjayakan cadangan projek penyelidikan ini.

Page 6: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

iv

ABSTRAK

Mata Pelajaran Reka Cipta merupakan mata pelajaran pilihan Teknik dan

Vokasional kumpulan II bagi tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah

Akademik yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka

Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal yang akan diajar dalam bahasa

Inggeris pada tahun 2006. Kajian ini dilakukan untuk.mengenal pasti faktor-faktor

yang mempengaruhi para pelajar Tingkatan Empat untuk menggunakan bahasa Inggeris

dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan ke

atas 33 orang pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Kinta, Ipoh, Perak. Maklumat

dari soal selidik telah diproses menggunakan SPSS 11.0 for windows, bertujuan untuk

mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai

min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan bahasa

Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta adalah pada tahap sederhana, iaitu 2.97.

Faktor-faktor kajian meliputi minat dan sikap pelajar, peranan guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran, peranan rakan sebaya, peranan ibu bapa dan peranan

persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris

dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Page 7: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

v

ABSTRACT

Reka Cipta subject is one of the alternative subjects in the group two of

technical and vocational for form 4 and 5 in the upper academic schools. Reka Cipta

subject was based on technology and emphasis on student creativity. Reka Cipta is one

of the technical subjects that are going to be taught in English language in year 2006.

This survey is carried out to identify various factors that influence the form 4 students

in using English language in process of teaching and learning of Reka Cipta subject.

Descriptive research is carried out in the form of survey among 33 students from three

schools in the district of Kinta, Ipoh, Perak. Information from questionnaire are process

using SPSS 11 for windows, to get the frequency, percentage and mean. The results of

the study shows that the mean value for factors that influence students interest in using

English language in Reka Cipta subject is moderate that is 2.97. These factors are

interest and attitude of students, the role of teachers in teaching and learning process,

the role of peers, the role of parents and environment to motivate students using

English language in Reka Cipta subject.

Page 8: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 9: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

vii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8 Definisi Opersional 9

1.8.1 Minat

1.8.2 Pelajar

1.8.3 Bahasa Inggeris

1.9 Kesimpulan 10

BAHAGIAN DUA

II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 11

2.2 Minat Dan Sikap Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa

Inggeris Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 12

2.3 Peranan Guru Dalam Menimbulkan Minat Pelajar

Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Semasa

Proses Pengajaran dan Pembelajaran 16

2.4 Peranan Rakan Sebaya Dalam menimbulkan Minat

Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 20

2.5 Peranan Keluarga Dalam Menimbulkan Minat

Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris

Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 23

2.6 Peranan Persekitaran Mempengaruhi Minat Pelajar

Page 10: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

viii

Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam

BAB PERKARA MUKA SURAT

Mata Pelajaran Reka Cipta 26

2.7 Kesimpulan 30

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Analisis Data 39

3.9 Kesimpulan 40

Page 11: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 42

4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 47

4.4.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 48

4.4.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 52

4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 55

4.4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 57

4.4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 58

4.5 Kesimpulan 60

BAHAGIAN LIMA

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 63

Page 12: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

x

5.3 Perbincangan 64

5.4 Cadangan 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 74

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN Lampiran A – C 79

Page 13: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Sekolah Menengah Daerah

Kinta Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Reka Cipta Dan Bilangan Pelajar Tahun 2003 33

3.2 Jumlah Item Mengikut Unsur-Unsur

Kajian Berkaitan 34

3.3 Taburan Skala Likert 35

3.4 Perubahan Skala Likert ` 36

3.5 Markat Skala 3 Mata 36

3.6 Perubahan Markat dan Skala 37

3.7 Nilai Alpha Bagi Setiap Persoalan Kajian

Yang Melibatkan 10 Orang Responden 39

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Sekolah 42

Page 14: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xii

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Umur 42

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa 43

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Bilangan Adik-Beradik 43

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 43

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus

Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman 44

4.7 Taburan Bilangan Dan Peratus

Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 44

4.8 Taburan Bilangan Dan Peratus

Responden Mengikut Bahasa Utama

Yang Digunakan Untuk Bertutur Dengan

Ahli Keluarga 45

4.9 Taburan Bilangan Dan Peratus

Responden Mengikut Kelayakan

Akademik Tertinggi Ibu Bapa 45

4.10 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden

Mengikut Penguasaan Bahasa Inggeris

Di Kalangan Ahli Keluarga 46

4.11 Taburan Bilangan Dan Peratus

Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris

Dalam PMR 46

4.12 Taburan Bilangan, Peratusan Dan min

Page 15: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xiii

Bagi Faktor Minat Dan Sikap Pelajar 48

4.13 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min

Bagi Peranan Guru Dalam menimbulkan

Minat Pelajar 52

4.14 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min

Bagi Peranan Rakan Sebaya Dalam

Menimbulkan Minat Pelajar 55

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.15 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min

Bagi Peranan Keluarga Dalam

Menimbulkan Minat Pelajar 57

4.16 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min

Bagi Peranan Persekitaran Dalam

Mempengaruhi Minat Pelajar 58

4.17 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima

Persoalan Kajian mengikut Min 60

Page 16: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xiv

SENARAI SINGKATAN

F - Frekuensi

% - Peratus

CAD - Computer - Aided Design

SPSS - Statictis Package for Social Science

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 17: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A. Surat Kebenaran dari Kementerian 79

Pendidikan Malaysia

B. Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 81

C. Borang Soal Selidik 82

Page 18: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah

atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka

cipta digubal dengan hasrat membentuk minda murid yang kreatif, inovatif dan

inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan

dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alaf baru.

Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu

minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan

pencetusan idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan

dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke

dalam bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka

cipta juga penting dalam memantapkan dan memberi nilai tambah kepada produk

sedia ada .

Page 19: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

2

Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan, Strategi

Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian. Reka Cipta adalah penghasilan

sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada untuk

menyelesaikan masalah dan menenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan

datang. Produk yang bersifat inovatif dan bernilai komersil ini harus diilhamkan

dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Dalam proses reka

cipta ini, pengalaman sedia ada daripada pelbagai disiplin ditambah dengan aplikasi

teknologi pembuatan dan reka bentuk yang diperolehi dalam kelas dan dipupuk

dengan sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing akan memberi potensi

yang baik kepada murid dalam pembentukan diri sebagai seorang pereka cipta.

Pengetahuan tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran

membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil.

Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang

berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan

perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah

menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Di antara objektif bagi

mencapai matlmat ini adalah untuk memblehkan pelajar :-

1. memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan

bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta

yang inovatif dan bernilai komersil;

2. Memahami sistem elektrik, elektronik, mekanikal mudah dan

kawalan dalam bidang mekatronik;

3. Menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD)

dalam penghasilan lukisan dua (2D) dan tiga (3D) dimensi;

4. Memahami strategi utuk memasarkan produk;

5. Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka

cipta;

Page 20: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

3

6. Berkomunikasi dengan berkesan dalam pendokumentasi dan

persembahan hasil ciptaan;

7. Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu,

perkembangan dan hala tuju teknologi.

8. Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing,

bekerjsama dan menyedari keagungan Tuhan.

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 )

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan kepada sukatan pelajaran mata pelajaran Reka Cipta (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002 ) memang wujud kepentingan penggunaan bahasa

Inggeris dalam Reka Cipta terutamanya dalam memahami sistem elektrik,

elektronik, mekanikal mudah dan kawalan dalam bidang mekatronik yang

kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris.Selain daripada itu, pelajar

dikehendaki menggunakan Reka Bentuk Komputer (CAD) dalam perekaan produk.

Pelajar menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer dalam arahan

bahasa Inggeris untuk menghasilkan lukisan dua (2 D ) dan tiga (3 D ) dimensi.

Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah pencapaian bahasa Inggeris di

kalangan pelajar dalam PMR adalah kurang memuaskan pada keseluruhannya.

Peratusan kelulusan bahasa Inggeris dalam PMR merosot daripada 69.9% pada

tahun 2002 kepada 68.1% pada tahun 2003. Bahasa Inggeris merupakan pencapaian

subjek-subjek teras PMR yang paling rendah (Laporan Peperiksaan PMR Lembaga

Peperiksaan Malaysia, KPM, 2003). Peratus pelajar yang mendapat gred E dalam

mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR tahun 2003 ialah 31.9%..

Page 21: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

4

Ini menunjukkan tahap kecekapan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia

adalah kurang memuaskan.

Pencapaian keputusan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan dalam PMR di

kalangan pelajar merupakan satu masalah kepada pelaksanaan penggunaan bahasa

Inggeris dalam semua mata pelajaran teknikal pada tahun 2006 nanti.

Menurut Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan

Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan, Mokhlis Jaafar bahawa semua

mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar dalam bahasa

Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006 ( Berita Harian, 11 Julai 2003 ). Oleh

itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta memang penting. Ini kerana

Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal di Sekolah-Sekolah

Menengah Kebangsaan.

Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam bidang teknikal. Menurut

Yeoh Cheng Choo (2000), keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa

Inggeris dengan baik merupakan satu sumbangan yang besar dalam bidang

vokasional kepada seseorang pelajar. Kebanyakan buku teknikal adalah dalam

bahasa Inggeris. Oleh itu, seseorang pelajar teknikal perlu mempunyai penguasaan

bahasa Inggeris yang baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang teknikal termasuklah bidang reka cipta.

Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting di Malaysia dan

banyak usaha untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris di sekolah tetapi didapati

kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa

Inggeris untuk berkomunikasi ( Fasold, 1984 :136-37 dalam Zulkifley Hamid,

1994).

Page 22: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

5

Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (2001)

menegaskan bahawa

“ If we do not want to left out and become victim of Information Technology,

we must seriously strive to acquire this new knowledge. One condition for us

to master this knowledge is by mastering the English language”

Bahasa Inggeris menjadi alat yang membolehkan sesebuah negara ikut

terlibat dalam perkembangan budaya dunia seperti dalam bidang sains dan

teknologi, perdagangan antarabangsa dan bidang diplomatik ( Fasold, 1984:248 ).

Pendapat Fasold adalah menepati salah satu daripada objektif mata pelajaran Reka

Cipta iaitu untuk membolehkan pelajar mengamalkan sikap positif serta peka

terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi.

Robiah Sidin (1998 ) bahawa penguasaan bahasa Inggeris pelajar perlu

dipertingkatkan. Kita tidak dapat menyangkal kepentingan bahasa Inggeris dalam

konteks pengajian akademik dan peningkatan ilmu. Oleh itu, pendedahan awal

kepada bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan

asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang yang berkaitan

dengan Reka Cipta. Dalam dokumen pentaksiran projek Reka Cipta (3763/2) SPM

2004, Elemen 1 : Proses Mereka Cipta ( Lembaga Peperiksaan, KPM ). Pelajar

dikehendaki mengumpul data atau maklumat reka ciptaan yang sedia ada (inovasi)

atau mengumpul data atau maklumat mengenai reka ciptaan yang baru ( penemuan

baru ) untuk mendapatkan gred A. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pelajar

biasanya akan melayari laman web atau buku rujukan yang berkaitan dengan reka

cipta atau inovasi baru dalam bahasa Inggeris.

Perdana Menteri mengatakan bahawa “ …Ninety-nine percent of

information we need comes from foreigners in English. Similary, hardware and

software technology are developed and distributed in English. It is quite

impossible for this information to translated into Malay for us to use although there

Page 23: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

6

are sophisticated translation equipment…” Oleh itu, adakah pelajar berminat

untuk menggunakan bahasa kedua ini dalam mata pelajaran Reka Cipta?

1.3 Pernyataan Masalah

Semua mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar

dalam bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006 . Reka Cipta merupakan

salah satu mata pelajaran teknikal di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) yang

akan diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006. Matlamat ini tidak akan

tercapai sekiranya pelajar tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap

penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kejayaan dalam

pelaksanaannya harus mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi minat

pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut. Oleh

itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan

bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta di kalangan pelajar Tingkatan

Empat Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kinta, Ipoh, Perak.

Page 24: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan :

1. Mengenal pasti minat dan sikap pelajar untuk menggunakan bahasa

Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.

2. Mengenal pasti peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk

menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenal pasti peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat

pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.

4. Mengenal pasti peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar

menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.

5. Mengenal pasti peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar

untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji minat pelajar menggunakan

bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Antara persoalan kajian ini ialah

;

1. Apakah tahap minat dan sikap pelajar untuk menggunakkan bahasa

Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?

Page 25: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN … · mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat

8

2. Apakah tahap peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk

menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka cipta semasa

proses pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah tahap peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat pelajar

untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?

4. Apakah tahap peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar

untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?

5. Apakah tahap peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar

untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta?

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah menjadi hasrat pengkajian ini untuk membantu para guru untuk

menilai kekurangan atau kepincangan yang berlaku ketika menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran, terutamanya meningkatkan minat pelajar

menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini akan

memberi maklumat kepada guru untuk terus bersedia dalam segala keperluan yang

diperlukan bagi melahirkan para pelajar yang berminat untuk menggunakan Bahasa

Inggeris dalam Reka Cipta.

Kajian ini juga akan dijadikan rujukan pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk menyusun strategi pengajaran & pembelajaran yang lebih berkesan

untuk menghasilkan pelajar yang mampu dan berminat untuk menggunakan

Bahasa Inggeris dalam Reka Cipta.