Faktor-faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Keberkesanan Instruksional Peringkat Tertier

download Faktor-faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Keberkesanan Instruksional Peringkat Tertier

of 15

description

INSTRUKSIONAL

Transcript of Faktor-faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Keberkesanan Instruksional Peringkat Tertier

FAKTOR DALAMAN YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN INSTRUKSIONAL PERINGKAT TERTIER

FAKTOR DALAMAN YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN INSTRUKSIONAL PERINGKAT TERTIER Azniah Ismail, Khairul Anuar Samsudin, Yuhanis [email protected], [email protected] dan TeknologiFAKTOR-FAKTOR DALAMAN YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN INSTRUKSIONAL PERINGKAT TERTIER Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang keberkesanan instruksional peringkat tertier. Ia memberi fokus utama kepada faktor dalaman yang mampu mempengaruhi keberkesanan tersebut. Bagi mengenal pasti faktor dalaman yang mampu mempengaruhi keberkesanan sesebuah instruksional, satu kajian telah menggunakan sebuah model abstrak yang dicadangkan oleh Trkman dan Baloh (2003). Model berkenaan menggariskan empat submatlamat yang harus dicapai bagi menjamin keberkesanan sesebuah instruksional; iaitu memaksimumkan jumlah pengetahuan akhir pelajar, memaksimumkan perkongsian pengetahuan akhir yang berguna, memaksimumkan perbezaan antara usaha memperolehi pengetahuan (pendidikan seumur hidup) tanpa atau melalui instruksional berkenaan, dan meminimumkan usaha pelajar dalam proses pendidikan tersebut. Submatlamat berkenaan dijadikan garis panduan untuk merangka soal selidik yang diedarkan kepada 296 responden yang terdiri daripada pelajar kursus Reka Bentuk Berkomputer. Selain daripada soal selidik, dokumen lain seperti laporan akhir kursus dan borang penilaian kursus turut dianalisis bagi memenuhi objektif kajian ini. Hasil perbincangan merangkumi faktor dalaman utama seperti faktor reka bentuk kandungan dan teknik pengajaran instruksional itu sendiri, instruktor, faktor masa serta atribut berkaitan pelajar; seperti faktor persepsi, jantina, sikap, minat dan latar belakang. Hasil dapatan ini boleh digunakan untuk dijadikan panduan perancangan semula instruksional yang terlibat.

Prinsip dan Proses Instruksional

Bagi setiap proses instruksional, pengajar atau instruktor selalu berharap agar proses berkenaan dapat memaksimumkan jumlah pengetahuan yang diperolehi oleh para pelajar. Trkman and Baloh (2003) mengatakan bahawa para instruktor ini sering terlupa untuk mempersoalkan pendekatan pengajaran yang sedang mereka gunakan. Kebanyakan mereka hanya bersandar kepada pencapaian yang diukur menggunakan beberapa ujian relatif seperti peperiksaan semata-mata bagi menilai keberkesanan pengajaran mereka itu. Seharusnya, para pengajar mengambil inisiatif untuk melihat semula pendekatan yang mereka gunakan.

Terdapat pelbagai kajian dalam bidang instruksional yang dapat digunakan untuk tujuan tersebut. Collin (1998) meringkaskan beberapa prinsip utama bagi instruksional peringkat tertier; iaitu universiti.

1.

Pembelajaran berkembang daripada penyertaan aktif pelajar. Secara kognitifnya, peranan aktif dari kedua-dua pihak pengajar dan pelajar adalah perlu.

2.

Komunikasi berasaskan pedagogi dialihkan ke arah pelajar; penilaian ke atas kebolehan pelajar bergantung kepada bagaimana pelajar mendengar, mengkaji dan bertindak balas.

3.

Pembelajaran yang baik bukan berorientasi kepada pengajar tetapi berasaskan proses atau pelajar sendiri.

4.

Persekitaran instruksional yang baik memerlukan persediaan pengajar, tetapi ditujukan kepada tanggungjawab pelajar sendiri.

5.

We must do more with less; pelajar perlu belajar manakala pengajar perlu mengajar mengikut belanjawan yang ditentukan.

Instruksional adalah satu tugas yang penting. Setiap proses instruksional memerlukan perancangan dan penilaian secara berterusan. Melaluinya, pengajar bukan sahaja berpeluang untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza dan menyokong pendekatan yang mereka gunakan, mereka juga akan didedahkan dengan konsep pembelajaran yang baru. Trkman and Baloh (2003) menyedari bahawa terdapat satu hala tuju yang utama di sebalik prinsip yang dinyatakan di atas. Menurut mereka, sistem pendidikan masa kini perlu menyediakan satu orientasi pengetahuan dan kemahiran yang strategik kepada para pelajar. Namun, bukan dengan memaksa pelajar menerima pengetahuan, tetapi dengan menyediakan pelajar untuk menarik pengetahuan dengan kemahiran yang bersesuaian (pembelajaran seumur hidup). Oleh itu, menjadi tugas penting pengajar untuk menunjukkan cara mencari pengetahuan. Sekurang-kurangnya, konsep pembelajaran masa kini perlu dicuba; seperti melayari internet dan belajar atas talian (e-pembelajaran). Para pelajar akan menjadi lebih berdikari di samping berpengetahuan untuk satu jangka masa yang lebih lama. Wujud satu keperluan untuk merancang instruksional sebegitu.

Perancangan instruksional juga perlu menentukan bila, di mana, kenapa dan bagaimana sesebuah pengajaran dilakukan. Ketika perancangan semula dilakukan, sebarang kesilapan yang lalu perlu dielakkan dan faktor penting yang boleh mempengaruhi keberkesanan instruksional berkenaan tidak boleh diabaikan. Oleh itu, perancangan yang baik perlu dilakukan berdasarkan pengalaman. Bukan sahaja ia mampu memberi arah dan keyakinan, tetapi perancangan seperti itu turut dapat memberi keselamatan dan kejayaan.

Model Perancangan dan Penilaian Instruksional

Perancangan instruksional adalah satu jujukan matlamat dan tindakan instruksional yang menyumbang kekonsistenan, koherens dan kesinambungan dalam proses instruksional berkenaan. Wasson (1990) menyatakan bahawa perancangan instruksional atau membuat keputusan pedagogi adalah berkaitan kandungan kursus (fokus matlamat) dan cara penyampaian (bagaimana mencapai matlamat berkenaan) kandungan tersebut.

Menurut beliau, perancangan kandungan terdiri daripada proses menghasil, menyusun dan memilih matlamat kandungan kursus yang harus menjadi fokus kepada interaksi sesebuah instruksional mengikut tahap pelajar, dan seterusnya memantau pelaksanaan perancangan kandungan itu supaya dapat mengenal pasti bila perlu merancang semula atau menghasilkan perancangan baru. Perancangan penyampaian atau pengajaran pula berkaitan memilih aktiviti dan interaksi instruksional sebenar yang dapat membantu pelajar mencapai matlamatnya. Ia juga dikenali sebagai strategi pengajaran.

Instruksional yang berkesan adalah instruksional yang mempunyai kandungan dan strategi yang efektif melalui perancangan yang baik. Oleh itu, bagaimana untuk memantau sesebuah instruksional dan memastikan perancangan yang dibuat berjalan lebih baik daripada sebelumnya? Perkara paling utama adalah dengan mengenal pasti faktor kritikal yang telah menghalang atau membantu pencapaian kursus berkenaan. Faktor ini harus diambilkira sewaktu perancangan semula dilaksanakan. Untuk tujuan ini, model Trkman dan Baloh akan digunakan.

Dalam tahun 2003, Trkman dan Baloh telah memperkenalkan satu model abstrak bagi perancangan dan penilaian pendidikan Teknologi Maklumat. Tujuannya adalah untuk menawarkan satu kerangka kerja yang komprehensif bagi menilai setiap aktiviti pendidikan. Konsep utama model ini adalah berasaskan pemahaman terhadap proses pendidikan yang lebih luas; bukan sahaja mengambilkira pendidikan dan pengetahuan yang diperolehi darinya sahaja, tetapi juga impak terhadap pembelajaran seumur hidup melalui pengetahuan yang berguna. Oleh itu, Trkman dan Baloh (2003) menggariskan empat komponen utama model berkenaan, iaitu tahap kebergunaan pengetahuan yang diperolehi, jumlah pengetahuan berkenaan, pengurangan usaha ketika pembelajaran seumur hidup dilaksanakan, dan usaha yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar.

Rajah 2: Skema model Trkman and Baloh (2003) Hasil aplikasi model mereka ini telah ditunjukkan melalui satu kajian kes mengenai instruksional peringkat tertier khusus bagi pengajaran amali Teknologi Maklumat untuk pelajar Sarjana Muda Perniagaan di Fakulti Ekonomi, Universiti Ljubljana. Sewaktu kajian kes berkenaan, langkah pertama yang diambil oleh Trkman dan Baloh (2003) adalah mengenal pasti objektif asas pendidikan Teknologi Maklumat. Kemudian, mereka cuba menunjukkan bagaimana empat submatlamat (komponen utama model) dapat dipengaruhi bagi mengutilitikan proses pendidikan kepada pelajar. Hasil kajian Trkman dan Baloh (2003) telah mengemukakan beberapa faktor yang dijangka boleh memberi pengaruh terhadap keberkesanan sesebuah instruksional itu.

Kesemua faktor yang mampu memberi kesan atau pengaruh terhadap instruksional yang telah dikenal pasti perlu dikendalikan atau ditangani bagi memastikan keempat-empat submatlamat dalam model berkenaan dicapai dengan baik sebelum sesebuah instruksional dikatakan berjaya. Trkman dan Baloh (2003) turut menerangkan bagaimana model berkenaan dapat diintegrasikan dalam semua peringkat pendidikan dalam penyelidikan mereka.

Apakah Faktor-faktor yang Mempengaruhi Instruksional?

Berdasarkan hasil kajian dan model Trkman dan Baloh (2003) berkenaan, soal selidik telah direka bentuk agar dapat menguji faktor yang dikatakan mampu mempengaruhi keberkesanan sesebuah instruksional itu. Tumpuan telah diberikan kepada atribut instruksional seperti masa dan kursus (seperti kandungan kursus, teknik instruksional dan instruktor), serta atribut pelajar seperti jantina, latar belakang atau tahap pengetahuan, sikap, minat dan persepsi. Faktor yang dikenal pasti ini kemudiannya boleh dijadikan sebagai satu panduan semasa perancangan semula instruksional.

Data diperolehi daripada 296 pelajar kursus Reka Bentuk Berkomputer pada Semester 1 sesi 2004/2005. Selain daripada itu, laporan akhir kursus serta penilaian kursus dan pengajaran turut dibincangkan. Data yang diperolehi telah disusun dan ditafsir menggunakan kaedah yang dianggap bersesuaian; seperti graf, carta pai, jadual silang, frekuensi, Independent Sample t-test dan ANOVA.

Faktor Instruktor dan Instruksional

Dalam Semester 1 sesi 2004/ 2005, terdapat hanya seorang pensyarah yang mengendalikan empat kelas kuliah dengan anggaran 75 pelajar per kelas. Bagi makmal pula, terdapat 12 buah kelas makmal. Walau bagaimanapun, pensyarah dibantu oleh tiga orang jurutunjuk; seorang pensyarah IT, penganalisis sistem dan seorang arkitek.

Jadual 2 menunjukkan ringkasan bagi penilaian instruksional yang didapati daripada borang penilaian kursus yang diedarkan kepada para pelajar. Penilaian dilakukan secara keseluruhan merangkumi kedua-dua jenis instruksional; kuliah dan makmal. Di antara item yang dinilai adalah perancangan kursus, kemudahan, perkhidmatan perpustakaan, kandungan dan penyampaian kursus. Keseluruhan prestasi pula dinilai daripada kandungan dan susunannya, penyampaian teori dan kandungan, alatan pengajaran, interaksi pengajar ketika kuliah dan makmal, tugasan dan pemarkahan kerja kursus yang bersesuaian dan juga maklum balas pengajar terhadap tugasan pelajar.

Jadual 2: Ringkasan penilaian kursus bagi Semester 1 sesi 2004/ 2005SEMESTER 1 SESI 2004/ 2005 Kursus: Reka Bentuk Berkomputer Kod Kursus: MTG1013 Bilangan Respons: 134/296

ProfilItem%

Persediaan KelasTugasanKomunikasiMaklum balasAvailabilityPemarkahanPenyampaian (Overall)Kandungan (Overall)

Item 1, 2 and 12Item 7Item 3 and 5Item 9Item 11Item 8Item 16Item 15

6467.868.268.665.864.867.165.4

Petunjuk:75% ke atas - Amat Memuaskan60% hingga 74% - Memuaskan59% dan ke bawah - Tidak MemuaskanSecara purata, instruksional ini dinilai hanya sebagai memuaskan sahaja (65.4%). Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mengenal pasti jenis instruksional atau pengajar yang mungkin bermasalah.

Faktor Kandungan Kursus

Keseluruhan kandungan juga dinilai sebagai memuaskan (65.4%). Soal selidik pula menunjukkan bahawa terdapat beberapa topik yang dikatakan amat sukar. Antara topik tersebut adalah Ortografik, Isometrik dan Permodelan. Semuanya melibatkan proses visualisasi dan matematik.

Faktor Tahap Pengetahuan (Latar Belakang)

Latar belakang IT dengan Bukan-IT

Pelajar program major Pendidikan Teknologi Maklumat merupakan kumpulan terbesar kursus ini (75.7%) bagi Semester 1 sesi 2004/ 2005. Pelajar minor pula terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman; iaitu Pendidikan Matematik, Pendidikan Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Pengurusan Perniagaan dan TESL. Kesemua kumpulan pelajar minor ini akan dilabelkan secara sementara sebagai bukan-IT. Keputusan semester itu mengikut kumpulan dan kategori masing-masing ditunjukkan di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Jadual silang bagi pencapaian dalam CAD * kategori pelajar

IT (AT20)

Bukan-IT Jumlah Matematik (AT14)

Sas. Melayu (AT01)

Bhs. Melayu (AT05)

P.Perniagaan (AT21)

TESL (AT06)

Amat Memuaskan 4.0% (9)

9.6% (5)

0.0% (0)

0.0% (0)

0.0% (0)

0.0% (0)

(14)

Memuaskan 33.0% (74)

32.7% (17)

0.0% (0)

0.0% (0)

0.0% (0)

7.1% (1)

(92)

Tidak Memuaskan 48.7% (109)

50% (26)

67% (2)

50% (1)

0.0% (0)

42.9% (6)

(144)

Amat Tidak Memuaskan 14.3% (32)

7.7% (4)

33% (1)

50% (1)

100% (1)

50% (7)

(46)

JUMLAH 100% (224)

100% (52)

100% (3)

100% (2)

100% (1)

100% (14)

(296)

Bagi penilaian yang lebih adil, peratusan setiap kumpulan (menegak) akan diambilkira, dan bukan peratusan keseluruhan. Walau bagaimanapun, Jadual 3 menunjukkan kedua-dua jenis peratusan. Menggunakan kaedah yang sama dan julat Jadual 1, keputusan menunjukkan:

1.

Keseluruhan pelajar bukan-IT telah mendapat keputusan tidak memuaskan (hampir 100%) kecuali bagi pelajar Pendidikan Matematik.

2.

Pelajar Pendidikan Matematik (42.3%) memperolehi keputusan lebih baik berbanding pelajar Pendidikan Teknologi Maklumat (37%). Walau bagaimanapun, perbezaannya agak kecil.

3

Keputusan keseluruhan pelajar Pendidikan Teknologi Maklumat adalah tidak memuaskan.4.

Keputusan keseluruhan kursus Reka Bentuk Berkomputer tidak memuaskan.

Latar Belakang Lukisan Teknik dengan Tanpa Lukisan Teknik

Pelajar yang mengambil Pendidikan Teknologi Maklumat datang dari pelbagai latar belakang ketika sekolah menengah. Di sekolah teknik, Lukisan Teknik atau Lukisan Kejuruteraan merupakan satu subjek wajib. Pelajar yang merupakan bekas pelajar sekolah teknik telah diperkenalkan kepada teori dan telah belajar melukis pelan dan lukisan. Walau bagaimanapun, kumpulan mereka agak kecil secara relatif berbanding yang lain; iaitu 44 daripada 296 pelajar (14.9%).

Mereka dengan latar belakang seperti itu seharusnya tidak menghadapi sebarang masalah dengan asas Reka Bentuk Berkomputer memandangkan Lukisan Teknik merupakan salah satu topik utama kursus ini. Untuk melihat hubungannya, Jadual 4 menunjukkan keputusan pelajar mengikut latar belakang; Lukisan Teknik dan tanpa Lukisan Teknik.

Jadual 4: Jadual silang latar belakang * pencapaian dalam CAD

Pencapaian dalam CAD Jumlah

Amat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Amat Tidak Memuaskan

Lukisan Teknik ya

Bilangan

6

19

19

0

44

% mengikut latarbelakang

13.6%

43.2%

43.2%

0.0%

100.0%

tidak

Bilangan

8

73

125

46

252

% mengikut latarbelakang

3.2%

28.9%

49.6%

18.3%

100.0%

Jumlah Bilangan

14

92

144

46

296

Menggunakan kaedah yang sama, Jadual 4 menunjukkan:

1.

Keseluruhan pelajar dengan latar belakang Lukisan Teknik (56.8%) memperolehi keputusan lebih baik berbanding yang tanpa Lukisan Teknik (32.1%).

2.

Hampir separuh pelajar dengan latar belakang Lukisan Teknik telah mendapat keputusan tidak memuaskan (43.2%).

3.

Pelajar tanpa Lukisan Teknik juga boleh memperolehi keputusan yang baik (3.2%).

Hasil dapatan berkaitan latar belakang ini boleh digunakan untuk menyokong teori lampau yang mengatakan bahawa latar belakang tertentu mempunyai pengaruh tertentu terhadap kebolehan seseorang pelajar. Kursus ini mempunyai kaitan dengan kebolehruangan (spatial). Matematik dan lukisan teknik merupakan antara bidang yang menyumbang kepada pengalaman berkaitan kebolehruangan. Pengalaman ini berfokus kepada hubungan geometri; seperti arah, orientasi dan perspektif objek dalam ruang, bentuk dan saiz relatif objek, serta perkadaran antara perubahan bentuk dengan perubahan saiz. Pelajar dengan latar belakang Lukisan Teknik seharusnya telah memperolehi pengalaman secukupnya. Walau bagaimanapun, jangkaan terhadap pencapaian mereka telah meleset. Hampir separuh memperolehi keputusan tidak memuaskan walaupun tiada yang memperolehi keputusan amat tidak memuaskan.

Para pengkaji terdahulu telah menemui hubungan di antara kemahiran kebolehruangan dan pencapaian matematik (Casey et al., 2004). Khairul dan Azniah (2004) telah menyenaraikan beberapa kajian berkaitan. Menurut mereka, para pengkaji bukan sahaja menggunakan kebolehan itu untuk mengukur prestasi matematik (Gallagher, 1989), dan lukisan teknik serta grafik (Baartmans & Shery, 1996; Ferguson, 1977), tetapi juga bagi pendidikan sains (Pribyl & Bodner, 1987; Lord & Rupert, 1995), pendidikan jasmani (Meeker, 1991) dan terapi pendidikan (Crano & Johnson, 1991). Pencapaian pelajar Pendidikan Matematik dalam kajian ini adalah seperti yang dijangkakan. Dan bagi para pelajar tanpa latar belakang lukisan teknik tetapi mampu memperolehi keputusan amat memuaskan, mereka mungkin telah memperolehi pengalaman kebolehruangan ketika instruksional berlangsung. Maka, pemilihan instruksional yang baik merupakan satu cara membantu pelajar yang lain memperolehi pengalaman yang sama.

Faktor Persepsi

Reka Bentuk Berkomputer adalah satu subjek yang sukar? Setiap semester, perkara pertama yang ditanya oleh instruktor Reka Bentuk Berkomputer kepada pelajar adalah tentang persepsi pertama mereka terhadap kursus Reka Bentuk Berkomputer. Jawapan yang biasa diterima adalah Reka Bentuk Berkomputer adalah kursus yang sukar. Carta persepsi (rujuk Rajah 4) menggambarkan jawapan tersebut. Hampir 90 peratus (lebih 250 daripada 296 pelajar) bersetuju dengan pernyataan tersebut. Adakah persepsi mempunyai kesan dalaman terhadap pencapaian pelajar?

Rajah 4: Carta persepsiAnalysis of Variance (ANOVA) digunakan untuk melihat hubungan di antara persepsi dan pencapaian. Hipotesis adalah seperti berikut:

Tahap signifikan bagi nilai 2-tailed adalah 0.05. Hasil ujian ANOVA menunjukkan kebarangkalian adalah 0.000, Maka, Ha diterima dalam kes ini. Oleh itu, terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian dan perbezaan persepsi.

Jadual 5: Jadual deskriptif bagi Persepsi * Pencapaian dalam Reka Bentuk Berkomputer

N Purata Pencapaian

Amat Tidak Setuju

6

3.00

Tidak Setuju

31

2.23

Setuju

238

2.66

Amat Setuju

21

3.33

Jumlah

296

2.67

Jadual 5 menunjukkan data deskriptif untuk ujian berkenaan. Adakah tanggapan atau persepsi yang buruk menghasilkan pencapaian yang buruk? Ianya agak ketara kecuali bagi amat tidak bersetuju. Walau bagaimanapun, kumpulan itu terlalu kecil. Oleh itu, persepsi turut mempengaruhi pencapaian pelajar kursus Reka Bentuk Berkomputer.

Faktor Jantina

Independent-Samples t-Test telah digunakan untuk membandingkan purata pencapaian bagi kedua-dua kumpulan jantina responden. Hipotesis yang dibina:

Purata pencapaian kumpulan lelaki adalah memuaskan (2.44) manakala purata kumpulan perempuan adalah tidak memuaskan (2.76). Independent-Samples t-Test digunakan untuk melihat sejauhmana pengaruh hubungan jantina dengan pencapaian mereka. Hasil ujian mendapati nilai signifikan yang diperolehi adalah kecil (0.01), maka Ha telah diterima. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian dalam kursus Reka Bentuk Berkomputer antara kumpulan lelaki dan perempuan. Pencapaian lelaki lebih baik berbanding perempuan di dalam bidang Reka Bentuk Berkomputer. Dapatan ini menyokong kajian terdahulu.

Walau bagaimanapun, Khairul and Azniah (2004) telah bersetuju bahawa kemahiran kebolehruangan boleh diperolehi melalui instruksional dan latihan yang baik, walaupun magnitud atau tahap penerimaannya berbeza antara kedua-dua jantina. Oleh itu, fokus tetap harus diberi kepada instruksional yang digunakan seperti yang dinyatakan di bawah:

To what extent spatial ability can be trained is an important point of discussion........... Empirical evidence shows females through practice improved at a significantly higher rate because according to Baenniger & Newcombe (1989) men might be operating closer to their maximum potential. On the other hand, Sorbys (1998) study suggests that there is significant room for improvement of spatial skill for both men and women depending on the difficulty of the task. Khairul and Azniah (2004, p. )

Faktor Sikap dan Minat

Faktor ini dibahagikan kepada aspek kehadiran, sikap ambil lewa dan minat pelajar:

1.

Kehadiran

Pelajar wajib hadir setiap kuliah, kelas, tutorial, makmal, studio dan sebagainya. Kehadiran yang kurang daripada 80% akan menyebabkan pelajar dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir. Ketidakhadiran hendaklah mempunyai sebab atau alasan yang diterima Dekan.

Pelajar Reka Bentuk Berkomputer juga terikat dengan peraturan akademik. Notis ketidakhadiran akan dihantar kepada pelajar yang gagal hadir ke kelas dua kali berturut-turut. Jika seseorang pelajar itu telah menerima notis sebanyak dua kali, pelajar berkenaan akan dihalang daripada menduduki peperiksaan. Ketika kajian kes ini dijalankan, seorang pelajar telah dihalang atas alasan di atas. Pelajar berkenaan telah diberi gred F mengikut Garis Panduan dan Peraturan Akademik di bawah.

Catatan: Gred F juga diberikan kepada pelajar yang dihalang menduduki peperiksaan, tidak hadir peperiksaan atau melakukan kecurangan Akademik.2.

Sikap Sambil Lewa

Setiap pelajar Semester I sesi 2004/ 2005 telah bersetuju bahawa mereka melakukan latihan tambahan (100%) dan berusaha menjelajah perisian CAD sendiri (100%), tetapi mereka juga mengakui bahawa mereka terlalu bergantung kepada nota pensyarah (100%) dan tidak pernah mengambil inisiatif sendiri untuk mencari nota-nota atau bacaan tambahan (93%). Keadaan ini berlaku bukan disebabkan oleh buta internet (internet illiterate), kerana mereka mendakwa internet banyak membantu (100%), tetapi ia merupakan satu contoh sikap yang negatif. Dapatan ini (rujuk Rajah 5) diperolehi daripada soalselidik yang diedarkan.

Rajah 5: Graf palang menunjukkan item-item berkaitan sikap pelajar3.

Minat

Minat merupakan satu faktor yang kerap diambilkira sebagai dalam sesuatu pencapaian. Berapa ramaikah pelajar yang berminat dengan kursus ini? Rajah 6 mengilustrasikan dapatan tersebut.

Rajah 6: Carta pai menunjukkan minat terhadap Reka Bentuk Berkomputer

Rajah 6 menunjukkan bahawa 75 peratus (220 pelajar) meminati kursus Rekabentuk Berkomputer. Adakah ia mempengaruhi pencapaian pelajar? Ujian ANOVA digunakan bagi melihat sama ada minat boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Hipotesis yang dibina adalah seperti di bawah:

Tahap signifikan yang digunakan untuk nilai 2-tailed adalah 0.05. Hasil ujian menunjukkan kebarangkalian berlaku kesilapan ketika menolak Ho adalah kecil (0.000), maka Ha telah diterima. Oleh itu, terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian mengikut tahap minat masing-masing.

Jadual 6: Jadual deskriptif bagi Minat * Pencapaian dalam Reka Bentuk Berkomputer

N Purata Pencapaian

Tidak Minat

19

2.11

Kurang Minat

57

2.79

Minat

208

2.74

Amat Minat

12

1.67

Total

296

2.67

Jadual 6 menunjukkan corak hubungan deskriptif bagi sampel berkenaan. Ianya agak ketara kecuali bagi tidak minat. Purata pencapaian bagi amat minat menghampiri keputusan amat memuaskan (1.67). Pelajar yang mempunyai minat akhirnya memperolehi keputusan yang baik. Oleh itu, minat merupakan satu faktor pencapaian yang penting.

Faktor Kekangan Masa

Kursus Reka Bentuk Berkomputer diadakan bagi membangunkan kemahiran yang berbeza di antara satu sama lain; reka bentuk, lukisan teknik dan reka bentuk berkomputer. Sukar bagi pengajar dan pelajar untuk membangunkan pengetahuan asas dan kemahiran yang baik dalam lukisan teknik melalui empat jam kuliah dan empat jam makmal sahaja. Maka, kekangan masa merupakan satu faktor major yang perlu diambilkira ketika perancangan semula kandungan dan teknik pengajaran.

Kesimpulan

Faktor yang mampu mempengaruhi keberkesanan sesebuah instruksional adalah instruktor, kandungan kursus, teknik instruksional, masa, dan atribut-atribut berkaitan pelajar seperti jantina, latar belakang, sikap, minat dan persepsi.

Kesemua faktor yang telah dikenal pasti ini boleh dijadikan garis panduan ketika perancangan semula instruksional dilakukan. Setiap instruktor harus sentiasa memikirkan pendekatan terbaik di samping bersikap proaktif terhadap faktor dalaman yang dinyatakan dalam kajian ini bagi menjamin keberkesanan instruksional. Sebagai contoh, instruktor boleh cuba menerapkan teknologi pembelajaran yang menarik mengikut perkembangan semasa. Diharap artikel ini dapat memberi jalan ke arah perancangan instruksional yang lebih berkesan.

Rujukan

Batchelor, M.R., & Wiebe, E.N. (1995).Teaching Three-Dimensional Computer Modeling: Past History and Future Plans. Mid-Year Meeting of the Engineering Design Graphics Division of the American Society for Engineering Education at Iowa State University on October, 1995. [Available Online: http://www4.ncsu.edu/~wiebe/articles/3dteach-1995.pdf ].

Beyer, B.K. (1992). Practical Strategies for the Teaching of Thinking. London: Allyn and Bacon, Inc.Candy, P. (2000). Knowledge navigators and lifelong learners: Producing graduates for the information society. Higher Education Research & Development, 19(3), 261-277.

Casey, B., Pezaris, B., Anderson, K., Bassi, J. (2004). Gender differences in spatial skills: Implications for the mathematics education of young children. C. Greenes, & J. Tsankova (Eds.) Challenging young children mathematically (pp. 28-39). Golden, Co.: NCSM

Collis, B. (1998). New didactics for university instruction: Why and How? Computers & Educations, 31, 373-393.

Khairul Anuar Samsudin & Azniah Ismail (2004). The Improvement of Mental Rotation through Computer Based Multimedia Tutor. Malaysian Online Journal of Instructional Technology, 1(2).

Kruse, K. (2004). Introduction to Instructional Design and the ADDIE Model. Article in e-learningGuru.com. [Available Online: http://www.e-learningguru.com/articles/art2_1.htm ].

Baenniger, M. & Newcombe, N. (1989). The role of experience in spatial test performance: A meta analysis. Sex Roles, 20, pp. 327-345.

Earls, M. & Silverman, I. (1994). The hunter-gatherer theory of spatial sex differences: Factors mediating the female advantage in location memory. Ethology and Sociobiology, 15, 95-105.

Gur, R., Alsop, D., Glan, D., Petty, R., Swanson, C., Maldjian, J., Turetsky, B., Detre, J. & Gee, Gur, R.(2000). An Fmri study of sex differences in regional activation to a verbal and spatial task. Brain and Language, 74, pp. 157-170.

Masters, M.S. & Sanders, B. (1993). Is the gender difference in mental rotation disappearing? Behavior Genetics, 23, pp. 337-341.

Miller, C.L. (1996). A historical review of applied and theoretical spatial visualization publications in engineering graphics. The Engineering Design Graphics Journal, 60(3), 12-33.

Schank R.C. (2002). Every curriculum tells a story. Article in e-learningGuru.com [Available Online: http://www.e-learningguru.com/wpapers/scc.pdf ].

Trkman, P., & Baloh, P. (2003). Use of a Model for Information Technology Education. Journal of Information Technology Education, 2, 379-392.

Turos, J. & Ervin, A. (2000). Training and gender differences on a Web-based mental rotation task. The Penn State Behrend Psychology Journal, 4(2), 3 -12. [Available Online: http://viz.bd.psu.edu/viz/conferences/Training-and-Gender.pdf ]

Vassileva, J., & Wasson, B. (1996).Instructional Planning Approaches: From Tutoring towards Free Learning. Proceedings of Euro-AIED 96, Lisbon, on 30 September 1996 2 October 1996, pp. 1-8. [Available Online: http://julita.usask.ca/Texte/euroaied.pdf ].

Wasson, B. (1990). Determining the Focus of instruction: Content Planning for Intelligent. Tutoring Systems, Doctoral Thesis, Department of Computational Science, University of Saskatchewan.

[ E-Forum ]

[ Ke atas ]

Model Perancangan dan Penilaian InstruksionalApakah faktor-faktor yang Mempengaruhi Instruksional?Faktor Instruktor dan Instruksional

Faktor Kandungan Kursustentang kami | panduan pemakalah | sidang editor | makalah | arkib | ulasan buku | penerbit upsi | halaman utama