FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM · PDF filematematik. 1.4 Objektif Kajian Objektif...
Embed Size (px)
Transcript of FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM · PDF filematematik. 1.4 Objektif Kajian Objektif...
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
HABIBAH BINTI SUID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
HABIBAH BINTI SUID
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
OKTOBER 2004
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
ii
Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
iii
DEDIKASI
Khas buat emak dan abah yang di kasihi
Siti Esah bt Din,
Suid bin Ahmad,
Pengorbanan dan doamu sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.
Buat adindaku
Nurul huda,Nurul Syuhada, Mohd Zul Fahmi dan Mohd Hanif Amirul..
Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah
Untuk memajukan diri di alam persekolahan
Semoga kejayaan menanti kalian dan pastikan kalian memilikinya
Teristimewa buatmu Noorhafizan
Terima kasih atas sokongan dan semangat yang kau berikan.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda ini
dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Profesor Dr. Sulaiman bin Yamin yang membimbing dan membantu saya dalam
menjalankan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Guru besar yang terlibat
kerana telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan penyelidikan di sekolah-
sekolah mereka. Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama ,
jutaan terima kasih diucapkan.
Akhir sekali, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenalpasti hubungkait antara empat
faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.
Seramai 190 orang sampel telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar-pelajar
tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kedawang, Sekolah Kebangsaan Bayas dan Sekolah
Kebangsaan Nyior Chabang di daerah Pulau Langkawi. Instumen yang digunakan dalam
kajian ini merupakan set soal selidik yang mengemukakan item-item berkaitan dengan
faktor- faktor dalaman iaitu motivasi diri serta kesedaran pelajar terhadap kepentingan
mempelajari mata pelajaran matematik. Seterusnya dikemukakan juga item-item yang
berkaitan faktor luaran yang dianggap mempengaruhi pencapaian matematik pelajar, iaitu
faktor sikap ibu bapa/penjaga dan pendekatan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
empat faktor tersebut merupakan faktor- faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
matematik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to study the relationship among the four factors
that caused students weakness in mathematics at primary level. A sample of 190
standard six students of Sekolah Kebangsaan Kedawang, Sekolah Kebangsaan Bayas
and Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang in the District of Langkawi Island were selected
randomly. The instrument used in this study was a set of questionnaires based on the
items related with the internal factors such as the students self-motivation and awareness
of the importance of mathematics. The external factors that influence the students
achievement are the parents attitude and the teachers approach. The finding show that
the four factors were the factors identified which caused the students weakness in
mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
viii
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Sikap 8
1.8.2 Minat Pelajar 9
1.8.3 Penguasaan Matematik Asas 10
1.8.4 Motivasi Pelajar 10
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.0 Pengenalan 10
2.1 Sikap Dan Minat Pelajar 11
2.2 Motivasi Pelajar 13
2.2.1 Motivasi I ntrinsik 13
2.2.2 Motivasi Ekstrinsik 14
2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Matematik 17
2.4 Sikap Ibu Bapa/Penjaga 18
2.5 Persepsi Pelajar Terhadap Guru 20
2.6 Kaedah Pengajaran Guru 22
BAB III METODOLOGI KAJIAN 25
3.0 Pengenalan 25
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Sampel Kajian 26
ix
3.3 Instrumen Kajian 26
3.4 Kajian rintis 27
3.5 Prosedur Kajian 27
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.7 Analisis Data 28
BAB IV ANALISIS DATA 30
4.0 Pengenalan 30
4.1 Analisis Maklumat Soal Selidik
(Bahagian A) 31
4.1.1 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina. 32
4.1.2 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Pencapaian
Matematik. 33
4.1.3 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga. 34
4.2 Analisis Maklumat Soal Selidik (Bahagian B) 35
4.2.1 Tahap Kesedaran Pelajar Tentang
Kepentingan Mata Pelajaran
Matematik 36
4.2.2 Faktor Sikap Ibu Bapa/Penjaga
Terhadap Mata Pelajaran Matematik 38
4.2.3 Faktor Sikap dan Motivasi Diri Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Matematik 42
x
4.2.4 Faktor Guru yang Mengajar Mata
Pelajaran Matematik 44
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 47
5.0 Pengenalan 47
5.1 Ringkasan Kajian 48
5.2 Rumusan kajian 50
5.3 Perbincangan Bahagian A 51
5.4 Perbincangan Bahagian B : Mengenai
Aspek-aspek Kajian 52
5.4.1 Kesedaran Pelajar Tentang
Kepentingan Mata Pelajaran
Mate matik 53
5.4.2 Faktor Sikap Ibu bapa 54
5.4.3 Faktor Sikap dan Motivasi Diri
Pelajar 57
5.4.4 Faktor Guru yang Mengajar
Mata Pelajaran Matematik 59
5.5 Cada ngan kajian 60
5.5.1 Pelajar 60
5.5.2 Ibu Bapa 61
5.5.3 Guru 63
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 64
xi
RUJUKAN 65 LAMPIRAN 67
LAMPIRAN A-C 68-77
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 32
4.1.2 Taburan Bilangan dan Peratusan responden
Mengikut Pencapaian Matematik 33
4.1.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga. 34
4.2.1 Tahap Kesedaran Pelajar Tentang Kepentingan
Mata pelajaran Matematik 36
4.2.2 Faktor Sikap Ibu Bapa/Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Matematik. 38
4.2.3 Faktor Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Matematik 42
4.2.4 Faktor Guru yang Menga jar Mata Pelajaran Matematik 44
xiii
SENARAI SINGKATAN
JERI - Jasmani, Emosi,Rohani,Intelek
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pend idikan Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A - Set soal selidik
LAMPIRAN B - Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN C - Surat permohonan menjalankan kajian di sekolah-
sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
seimbang dalam segenap bidang. Untuk membimbing murid-murid menghayati
matlamat pendidikan matematik KBSR dan KBSM, para guru harus mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang sifat asas matematik. Mereka mesti berkeupayaan
membekalkan jawapan yang jelas dan tepat kepada persoalan, Apakah yang dikatakan
matematik?. Pemerihalan yang lengkap akan membabitkan aspek metafizik (teori
kejadian), epistemologi (teori pengetahuan), aksiologi (teori nilai), dan logik (teori
taakulan). Dalam konteks ini, pandangan dan nilai hidup para guru akan mewarnai
konsepsi mereka tentang sifat asas matematik