FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan...

23

Transcript of FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion
Page 2: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion
Page 3: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI

PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN 1SPI

NOR ELIANA BINTI HARON

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 4: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

Istimewa untuk;

Ayahanda dan Bonda yang tersayang,

Hj Haron b Che Rawi dan Hajjah Latifah bt Dollah;

Suami yang dicintai;

Mohd Shaharidam b Mohamed Isa

Adinda dan Kanda yang dirindu;

Kanda Ekram dan adinda Ehsan dan Ezzatul

Ustaz dan Ustazah yang tidak jemu mencurahkan ilmu

Dan rakan-rakan seperjuangan

Kejayaan ini bukti pengorbanan, pengertian

Dan sokongan kalian……Terima Kasih!

Page 5: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan

mulia Nabi Muhammad s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurniaNya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan

dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia PSM yang dikasihi iaitu Ustaz Wan

Hassan bin Wan Embong di atas segala nasihat, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini.

Seterusnya sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan

sahabat-sahabat seperjuangan sekelian yang telah memberikan kerjasama dan sokongan

dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak, terima

kasih diucapkan. Semoga dengan berkat kerjasama ini, Allah akan melipatgandakan

pahala amalan kalian seterusnya meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar-pelajar tahun satu

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ). Tinjauan dijalankan kepada 30

orang responden menggunakan kaedah soal-selidik. Data-data yang diperoleh diproses

dengan menggunakan perisian SPSS“Statistical Package for Social Science ”. Dapatan

daripada kajian ini menunjukkan faktor utama yang mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan ialah faktor kerja itu sendiri iaitu dapat berbakti kepada masyarakat, dapat

mendidik anak bangsa dan menganggap profesion perguruan itu satu profesion yang

mulia. Di samping itu, faktor pengaruh dan faktor keistimewaan kerja itu sendiri adalah

memainkan peranan penting kepada seseorang individu dalam memilih pekerjaan.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the external factors that encourage to

choose teaching profession between who are pursuing first year a degree course in

science with education (Islamic Studies) in UTM. The method used on the 30 subjects is

the questionnaire method. Data collected was analyzed using the SPSS “Statistical

Package for Social Science ”. The results showed the main factor that influence in

choosing profession of education is the job itself that can make someone to be devout to

the society, can educate people of their nation and presume that the profession of

education is a respectable profession. Beside that, the influence factor and the occupation

factor are doing an important role to someone in choosing an occupation or a job.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Penutup 13

Page 9: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pendidikan 14

2.2.1 Fungsi Utama Pendidikan 16

2.2.2 Profesion perguruan : “Lilin Membakar Diri” 17

2.2.3 Anjakan Paradigma Terhadap Profesion Perguruan 18

2.3 Faktor-faktor Luaran 22

2.3.1 Faktor Pengaruh 23

2.3.2 Faktor Kerja 24

2.4 Kajian-kajian Lepas 27

2.5 Penutup 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka bentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 34

3.9 Penutup 36

Page 10: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

ix

BAB 4 ANALISA DATA 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisa Soal Selidik 38

4.2.1 Analisa Bahagian A 38

4.2.1.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

mengikut Jantina 38

4.2.1.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

mengikut Umur 39

4.2.1.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

mengikut Pekerjaan Bapa 41

4.2.1.4 Taburan Kekarapan dan Peratus Responden

mengikut Pekerjaan Ibu 42

4.2.1.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

mengikut Kawasan Tempat Tinggal 43

4.2.1.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

mengikut Sekolah Terakhir 44

4.2.2 Analisa Bahagian B 45

4.2.3 Analisa Bahagian C 47

Page 11: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 50

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Maklumat Demografi Responden 51

5.2.2 Faktor Luaran Utama yang Mempengaruhi 53

Pemilihan Profesion Perguruan.

5.2.3 Faktor Pengaruh dalam Mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan 54

5.2.4 Faktor Kerja dalam Mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan 58

5.3 Rumusan 62

5.3.1 Faktor Luaran Utama yang Mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan 62

5.3.2 Faktor Pengaruh dalam Mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan 62

5.3.3 Faktor Kerja dalam Mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan 63

5.4 Cadangan 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

SENARAI RUJUKAN 68

LAMPIRAN 73

Page 12: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Tiga Mata 35

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Umur 40

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 41

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 42

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Tempat Tinggal 43

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Sekolah Terakhir 44

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden terhadap Faktor Pengaruh dalam

mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan 46

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden terhadap Faktor Kerja dalam

mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan 48

Page 13: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Peratus Responden Mengikut Umur 40

4.3 Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 41

4.4 Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 42

4.5 Peratus Responden Mengikut Tempat Tinggal 43

4.6 Peratus Responden Mengikut Sekolah Terakhir 44

Page 14: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

xiii

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

Page 15: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

SAW Sallahualaihiwasalam

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SWT Subhanahu Wa Taala

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t.

Diciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Allah telah menciptakan bersama

manusia akal fikiran agar dapat mentadbir bumi dengan baik. Dengan akal, manusia

dapat membuat pilihan untuk melakukan pelbagai pekerjaan sama ada baik atau buruk.

Allah sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan dengan sempurna, baik dan

teliti. Manusia diseru supaya melakukan amalan yang terbaik dan sempurna. Ini dapat

dilihat dalam surah Az-Zumar ayat 17-18.

Maksudnya : “ Dan orang-orang yang menjauhi thagut ( iaitu ) tidak menyembahnya

dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira : sebab itu sampaikanlah berita-

berita itu kepada hamba-hambaKu. Yang mendengar perkataan lalu mengikuti apa yang

paling baik di antaranya. Mereka itulah orang yang diberi Allah petunjuk dan mereka

itulah orang-orang yang mempunyai akal ”

Page 17: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

Dalam ayat di atas dinyatakan bahawa bagi orang-orang yang beriman ialah

mereka yang mengikuti apa yang terbaik dengan menggunakan akal dalam membuat

pilihan. Mereka akan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan agar

mendapat keputusan yang terbaik dalam apa jua bidang sekalipun. Melakukan pekerjaan

dengan teliti dan sempurna serta memilih yang terbaik merupakan kemestian kepada

semua manusia. Ianya tidak boleh diabaikan dan dianggap remeh. Ini adalah

bersandarkan kepada hadis riwayat Muslim ( Mustafa Abdul Rahman, 2001:220)

إن : عن أبي يعلى شداد بن أوس رضي اهللا عنه عن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قال

, حة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذب, فإذا قتلتم فأحسنوا القتله , اهللا آتب اإلحسان على آل شيء

رواه مسلم–وليحد أحدآم شفرته وليرح ذبيحته

“Dari Abu Ya’la Shaddad ibn Aus Radiyallahu’anh dari Rasulullah s.a.w

katanya: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-Ihsan ( kesempurnaan ) dalam

segala sesuatu. Apabila kamu melaksanakan hukuman bunuh, maka lakukanlah dengan

sempurna dan teliti. Jika kamu menyembelih haiwan, lakukanlah dengan sempurna.

Tajamkan mata pisaumu supaya sembelihan kamu tidak akan merasa sakit ”

Berdasarkan kepada ayat Quran dan hadis di atas, dapatlah difahami bahawa kita

disuruh melakukan sesuatu perkara dengan teliti dan sempurna. Walau dalam apa jua

perkara yang hendak kita lakukan, daripada sekecil-kecil perkara seperti ketika makan

kepada sebesar-besar perkara seperti solat, perlaksanaan hukuman, pemerintahan negara,

aspek ketelitian dan kesempurnaan haruslah dititikberatkan. Begitu juga dalam memilih

pekerjaan. Ini kerana kerjaya merupakan keseluruhan bidang kerja yang dialami oleh

seseorang individu itu sepanjang hidupnya ( Muhd Mansor Abdullah, 1986: 35 ).

Page 18: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

Pemilihan kerja dengan teliti dan sempurna sangat dituntut kerana ianya akan

mempengaruhi sepanjang kehidupan seseorang individu itu. ketelitian dan kesempurnaan

dalam konteks ini adalah memilih pekerjaan yang halal dan menepati seseorang individu.

Ini kerana dengan mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai dengan diri individu

tersebut, ia akan menimbulkan minat dan akan bersungguh-sungguh dalam melakukan

pekerjaan tadi.

Sebaliknya jika seseorang individu tersebut memilih pekerjaan yang tidak sesuai

dengan dirinya, maka individu tersebut akan malas bekerja dan melakukan pekerjaan

dengan sambil lewa. Mereka juga tidak akan besungguh-sungguh melakukannya.

Malah, akan timbullah pelbagai masalah disebabkan tekanan kerja mahupun perasaan

seperti cepat marah, lambat siapkan kerja dan sebagainya. Apa yang hendak ditekankan

di sini ialah hendaklah membuat pemilihan kerja yang baik dan sesuai kerana kita tahu

alam pekerjaan sangat mencabar dan memerlukan sepenuh perhatian dan ketekunan

dalam melakukannya.

Menurut Ginzberg ( 1951 ), pemilihan kerja didasari oleh beberapa faktor. Yang

pertama ialah faktor nilai diri. Di antaranya ialah kebolehan, minat dan nilai peribadi

berhubung pekerjaan yang dipilih. Faktor kedua ialah perkara-perkara yang berkaitan

dengan pekerjaan itu sendiri. Di antaranya ialah kewangan, iaitu gaji yang akan diterima,

faedah sampingan yang akan diperolehi dan jangka masa bekerja sama ada bekerja

separuh atau sepenuh hari. Faktor yang ketiga ialah orang penting (significant

individual) dalam kehidupan individu berkenaan. Di antara orang yang memainkan

peranan penting tersebut ialah ibu bapa, rakan karib atau tokoh terkenal. Mereka juga

akan memberikan pengaruh dalam pemilihan kerjaya.

Profesion perguruan juga merupakan satu pekerjaan yang menuntut kepada

kesempurnaan, ketelitian dan juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Sejak

Page 19: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

dahulu hingga sekarang, profesion perguruan adalah merupakan satu pekerjaan yang

dipandang mulia, tidak kira bangsa, etnik dan agama.

Islam memandang profesion perguruan sebagai satu pekerjaan yang

berkedudukan tinggi kerana sifat menyampaikan ilmu kepada orang lain ( Sufean Hussin

1996:77 ). Pendidik daripada kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib,

alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran kepada diri

sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan dengan Allah. Maka tidak

hairanlah jika guru dianggap sebagai salah satu faktor penting yang membawa kepada

keberkesanan pendidikan sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerjaya perguruan merupakan salah satu profesion yang tertua di atas muka bumi

ini. Sejak bermulanya proses kehidupan, maka bermula proses perguruan dan

pengajaran. Pada permulaan, proses ini berlaku secara tidak formal. Peradaban manusia

telah mengalami revolusi, profesion perguruan telah berubah menjadi formal dan

bersistematik. Di negara kita, kerjaya perguruan adalah kerjaya yang dipandang mulia

dan disanjung oleh masyarakat kita. Guru adalah insan yang dihormati dan disanjungi.

Namun, sejak kebelakangan ini telah timbul beberapa masalah iaitu :

Page 20: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

1. Profesion perguruan kian tercemar

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, imej atau martabat profesion guru telah

diserang dengan hebatnya oleh media massa. Menurut Chot Cha Chan ( 1985:69 ),

masyarakat kini melihat citra dan penampilan guru kian menurun. Kedudukan profesion

ini sudah banyak tergugat dengan gambaran-gambaran buruk tentang tingkah laku

segelintir kaum guru yang tidak berdisiplin ( Omar Mohd Hashim, 1993:44 ). Menurut

Tun Dr Mahathir Mohamad, imej guru akan tercemar sekiranya guru mempunyai agenda

lain dan tidak menumpukan perhatian kepada mendidik anak Negara.( Utusan Malaysia,

18 Mei 2001).

Fenomena ini jelas membayangkan bahawa guru tidak lagi membawa imej yang

baik. Jika kita renung imej atau martabat guru pada zaman dahulu adalah sangat berbeza.

Martabat seorang guru adalah sangat mulia sehinggakan mereka tidak sanggup melukai

hati seorang guru.

Mengapakah ini semua terjadi? Adakah kerana ianya berpunca daripada tidak

minat bekerja? Atau adakah faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

2. Minat terhadap profesion ini menurun.

Kajian rintis yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ),

Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menunjukkan kekurangan guru siswazah

sebanyak 12,714 orang pada tahun 1993 dan purata kekurangan pada kadar 2000 orang

Page 21: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

setahun akan berlaku. Angka ini dijangka akan meningkat sehingga 22,447 orang pada

tahun 2000 nanti. ( Berita Harian, 28 Disember 1992 ). Manakala menurut akhbar News

Straits Times, Kementerian Pendidikan Malaysia mengalami kekurangan guru di antara

8500 hingga 10,000 orang guru setiap tahun. ( News Strait Times, 21 Oktober 1994 ).

Jelaslah bahawa kerjaya profesion perguruan semakin hari semakin kurang diminati. Ada

di kalangan guru yang terpaksa memilih profesion tanpa ada minat terhadap profesion ini.

Kerjaya perguruan ini makin hari semakin kurang penyertaannya. Menurut Sufean

Hussin ( 1996:45 ), perkembangan sistem pendidikan memerlukan kepada pertambahan

guru yang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Malah, tidak dinafikan juga ada yang memilih

kerjaya ini semata-mata kerana tidak mendapat pekerjaan di dalam bidang lain.

Fenomena inilah sebenarnya yang menyebabkan profesion ini tercemar dan akibatnya

generasi muda tidak lagi timbul minat untuk menjadi guru.

3. Perguruan kerjaya mencabar

Kajian oleh Nor Azizah ( 1991 ) terhadap profesion perguruan memberikan

gambaran yang jelas kenapa profesion perguruan kian dipinggir. Walaupun guru-guru

dalam kajian tersebut menyatakan bahawa mereka gembira dengan tanggungjawab

mengajar, tetapi mereka tidak berpuas hati dengan aspek-aspek persekitaran kerja seperti

kelas terlalu besar, beban tugas terlalu banyak dan karenah pelajar yang sukar dibentuk.

Dengan gambaran yang diberikan ini membuatkan ramai di kalangan orang yang mencari

kerja tidak berminat untuk menceburi profesion ini. Mereka tidak sanggup dibebani

dengan pelbagai beban di samping cabaran yang besar dalam mendidik anak bangsa.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

1.3 Pernyataan Masalah

Peranan guru adalah sangat penting dalam usaha menyediakan generasi yang

seimbang perkembangan sama ada dalam sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Oleh yang demikian guru haruslah bersikap positif dan peka terhadap pembangunan di

sekitar mereka. Sikap yang baik dan optimis terhadap profesion ini perlulah wujud.

Profesion perguruan tidak seharusnya dijadikan sebagai kerjaya terakhir oleh orang yang

mencari kerja. Sekiranya keadaan ini berterusan, bidang pendidikan akan dihuni oleh

mereka yang tidak berminat dan akibatnya akan menjejaskan mutu pendidikan negara.

( Atan Long, 1984 :114)

Menurut Daisy Ee dan Obura, ramai yang memilih profesion perguruan setelah

gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan terakhir mereka. Akibatnya

ramai di kalangan guru yang meninggalkan profesion perguruan ini sama ada dengan

bersara awal ataupun di sebabkan kecewa dengan profesion ini. Mereka akan berhenti

daripada menjadi guru dan bekerja di sektor lain. ( Utusan Malaysia, 16 November 1993 )

Memandangkan kepada seriusnya masalah ini, maka wajarlah satu kajian

diadakan bagi mengupas punca masalah ini berlaku kepada profesion yang mulia ini.

Ianya perlu diselidiki kenapa profesion ini yang menjadi pilihan kerjaya mereka agar

pihak yang sepatutnya dapat membuat tindakan membendung masalah ini.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · 2013-11-19 · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pemilihan profesion

1.4 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan kepada beberapa

persoalan penting. Persoalan tersebut ialah :

1. Apakah faktor luaran utama yang mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan?

2. Apakah pelajar tahun 1 SPI memilih profesion perguruan kerana faktor

pengaruh?

3. Apakah pelajar tahun 1 SPI memilih profesion perguruan kerana faktor kerja?