FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU...

35
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH SATU KAJIAN KES DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA NURAIN BINTI HJ. SARIPAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH

SATU KAJIAN KES DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

NURAIN BINTI HJ. SARIPAN

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…………

Bingkisan Ilmu ini dititipkan untuk…………………

Suami tersayang………

Yahya bin Atan. Jasa dan pengorbanan Abang tidak mungkin terbalas walau dengan segunung

intan. Doa dan restu Abang, itu yang Ain harapkan…

Dan hari ini, kejayaan Ain, untuk Abang, untuk kita dan anak-anak, Aiman, Aidil, Adil, Farahin, Nabila dan Hidayah…..

Terima kasih sayang..dan terima kasih dari Umi.

Buat Bonda juga Ayahanda tercinta…. Hjh. Maleha binti Othman dan Hj. Saripan bin Kasiran,

Kasih sayang yang kalian curahkan seawal ku mengenal erti kehidupan, tak mampu kubalas, namun untuk melupakan jauh sekali. Pengorbanan kalian terlalu

berharga dan tidak ternilai…. Terima kasih, mak….ayah…..

Buat rakan-rakan dan teman yang dikasihi….

Kak Salmi, Hj. Atan, Fareed, Tanti….. yang telah banyak membantu, memberi nasihat dan dorongan kepadaku….

tidak akan kulupa buat selama-lamanya. Kalian semua mengajarku erti sebuah PERSAHABATAN, dan KASIH SAYANG… Sesungguhnya kalian menjadi

pembimbing selaku teman yang setia dalam perjuanganku…Semoga kejayaan akan menjadi milik kita…

KENANGAN SEMALAM SENTIASA MEKAR DI INGATAN DAN TERINDAH UNTUK SELAMANYA…

JUTAAN TERIMA KASIH KUUCAPKAN BUAT SEMUA…..

Page 3: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur Ke-

Hadrat ALLAH SWT atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan

Projek Sarjana ini dalam masa yang ditetapkan.

Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.

Mohamed Sharif bin Mustaffa, selaku penyelia kursus ini yang telah banyak

membimbing dan memberi tunjuk ajar, komentar serta dorongan kepada saya di dalam

menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Ribuan terima kasih kepada Pengetua-pengetua Sekolah yang terlibat iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Haji

Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Sekolah Menengah

Kebangsaan Pulau Sebang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba yang telah

memberi kebenaran pelajar-pelajar mereka sebagai responden dalam kajian ini. Terima

kasih di atas kerjasama yang pihak tuan berikan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kaunselor sekolah yang berkenaan, Pn. Salmi, Pn.

Maizan, Cik Maizatul, Cik Rosnah dan Cik Hjh. Aziah yang telah memberi kerjasama

yang baik juga sudi meluangkan masa untuk memastikan kajian ini berjaya. Terima kasih

dengan kerjasama anda dan semoga anda berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Sekian terima kasih. -Nurain binti Hj. Saripan-

Page 4: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

i

SINOPSIS

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar lelaki di negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan di lima buah sekolah menengah di daerah Alor Gajah, Melaka. Subjek kajian adalah seramai 120 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Soal selidik yang digunakan mengandungi enam bahagian iaitu maklumat diri subjek, jenis-jenis tingkah laku vandalisme, faktor keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri. Data analisis menggunakan Kaedah Statistical Package for the Social Science – Extra (SPSS – X). Keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme dengan tingkat pendapatan ibu bapa. Bagaimanapun, kajian menunjukkan perbezaan dalam tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan bagi faktor rakan sebaya, faktor keluarga, sekolah dan konsep kendiri dengan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar sekolah.

Page 5: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

ii

SYNOPSIS

This research was done to look into the factors influencing vandalisme among the male students in Malacca. This research is an open research done in the Alor Gajah district in Malacca. The research subjects consist of 120 students from among Form 4 and Form 5 students. Questionnaires used included subject’s personal details, types of vandalisme, family, school peers factor and also self-concept. Data analysis used statistical package Method for the Social Science-Extra (SPSS-X). Result gained showed no effect of parents’ income scale with vandalisme. Instead research showed differences in parents’ education level has on effect on vandalisme occurring among students. The result of the research also showed that there was no relation to peer, family, school and self-concept factors for vandalisme occurring among school students.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

iii

KANDUNGAN

Halaman

SINOPSIS i

SYNOPSIS ii

KANDUNGAN iii

SENARAI RUJUKAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI CARTA x

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Permasalahan Kajian 8

1.3 Tujuan Kajian 15

1.4 Limitasi Kajian 17

1.5 Kesignifikanan Kajian 19

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 22

Page 7: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

iv

2.2 Kajian Tempatan 22

2.3 Kajian Luar Negara 25

2.4 Definisi Konsep 31

2.4.1 Vandalisme 31

2.4.2 Sosioekonomi Keluarga 33

2.4.3 Keluarga 34

2.4.4 Sekolah 35

2.4.5 Rakan Sebaya 36

2.4.6 Konsep Kendiri 38

2.5 Model Kajian 39

2.5 Hipotesis 40

2.6 Rumusan 42

BAB 3 : METOD KAJIAN

3.1 Pendahuluan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 43

3.3 Tempat Kajian 44

3.4 Subjek Kajian 44

3.5 Alat Kajian 45

3.6 Tatacara Kajian 49

3.7 Kaedah Pemarkatan 50

3.8 Analisis Data 54

3.9 Kebolehpercayaan Alat Kajian 55

Page 8: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

v

BAB 4 : ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 57

4.2 Keputusan Kajian 57

4.3 Rumusan 65

BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Pengaruh Faktor Status Sosioekonomi Keluarga Terhadap 67

Tingkah Laku Vandalisme

5.3 Faktor Keluarga dengan Tingkah Laku Vandalisme 69

di Kalangan Pelajar

5.4 Faktor Sekolah dengan Tingkah laku Vandalisme 71

di Kalangan Pelajar

5.5 Faktor Rakan Sebaya dengan Tingkah Laku 72

di Kalangan Pelajar

5.6 Faktor Konsep Kendiri dengan Tingkah Laku 74

di Kalangan Pelajar

5.7 Rumusan Keputusan Kajian 78

5.8 Implikasi Kajian 81

5.9 Limitasi Kajian 82

Page 9: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

vi

BAB 6 : SARANAN KAJIAN

6.1 Pendahuluan 84

6.2 Rumusan 85

Page 10: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

vii

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

A Data Mentah

B Syntax

C Analisis Realibility

D Keputusan Analisis

- Diskriptif

- T test

- Ujian Korelasi

E Soal selidik faktor-faktor yang mempengaruhi vandalisme di kalangan

pelajar.

Page 11: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

viii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL HALAMAN

3.4 Taburan Pelajar-Pelajar Mengikut Sekolah 45

3.7.1 Markat Alat Ukuran Tingkah laku Vandalisme 51

3.7.2 Pemarkatan Tingkat Pendidikan Ibu Bapa Terhadap 52

Tingkah Laku Vandalisme

3.7.3 Pemarkatan Tahap Pendapatan Ibu Bapa Terhadap 53

Tingkah Laku Vandalisme

3.7.5 Markat Alat Ukuran Faktor Pendorong Tingkah Laku 54

Vandalisme

3.9.1 Analisi Realibiti Faktor-Faktor Salah Laku Vandalisme 55

4.1 Ujian t ke atas Tingkah Laku Vandalisme dan 61

Pendapatan Ibu Bapa

4.2 Ujian t ke atas Tingkah Laku Vandalisme dan 62

Pendidikan Ibu Bapa

4.3 Keputusan Ujian Korelasi Di Antara Tingkah Laku 63

Vandalisme Dengan Faktor Yang Mempengaruhi

Page 12: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

ix

SENARAI RAJAH

NO RAJAH HALAMAN

2.5 Model Kajian Tentang Penyebab Tingkah Laku Vandalisme 39

Page 13: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

x

SENARAI CARTA

NO CARTA HALAMAN

4.1 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Bangsa 58

4.2 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pendapatan 58

Ibu Bapa

4.3 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Tahap Pendidikan 59

Ibu Bapa

4.4 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pencapaian 60

Akademik Pelajar

Page 14: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

xi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

r Nilai Pekali Korelasi

k Aras Keyakinan

> Lebih Daripada

< Kurang Daripada

dk Darjah Kebebasan

JDK Jumlah Dalam Kumpulan

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SMPS Sekolah Menengah Pulau Sebang

SMSP Sekolah Menengah Seri Pengkalan

SDHTK Sekolah Datok Haji Talib Karim

SDDS Sekolah Dato’ Dol Said

SMKGB Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba

Page 15: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Vandalisme bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat diperbincangkan oleh

media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan vandalisme sebagai

“willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai ‘person who willfully

destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,

etc’. Di mana-mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan

dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah mudah

sahaja dijumpai pada tembok-tembok, batu batan di tepi pantai, tandas-tandas awam,

pondok telefon dan di bangunan sekolah termasuk kerusi dan meja pelajar.

Segala golongan yang dikaitkan dengan perbuatan yang tidak berakhlak ini

adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya

melepak di kompleks membeli belah, pengacau orang lalu lalang dan menjadi kutu

malam. Golongan ini kerap menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka

terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena

vandalisme dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena

Page 16: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

2

vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Budaya Barat yang

menular ke negara ini melalui media massa telah mempengaruhi pola tingkah laku

pelajar dan remaja kita.

Dalam tahun-tahun 50-an, kajian terpenting mengenai sikap buruk pelajar-pelajar

adalah seperti mencuri dan bersikap kasar. Sikap buruk ini merupakan masalah utama

yang dihadapi oleh pihak sekolah (Lander, 1954). Pada tahun 1952, Gluek, Eleanor dan

Sheldon (1968) menyenaraikan sikap buruk pelajar adalah seperti melanggar peraturan

kerana kurang diberi perhatian, kecuaian dan merokok. Namun begitu, trendnya kini

sudah berubah. Kebanyakan sekolah di merata-rata tempat, perbuatan vandalisme

menjadi isu utama yang hangat di perbincangkan oleh media massa.

Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan

sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang

membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung

sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta

sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).

Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi

fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab

ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar

tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-

Page 17: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

3

wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa

bersalah langsung.

Persoalannya sekarang, mengapakah pelajar begitu mudah terpengaruh dengan

aktiviti yang tidak sihat?. Bukankah perbuatan menconteng merupakan suatu kerja yang

sia-sia?. Tidakkah pelajar sedar yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang

faedah? Seperti mana yang dikatakan, dunia pelajar penuh dengan pergolakan untuk

mencari identiti diri. Pada peringkat ini pelajar mengalami krisis psikologi dan konflik

batin yang hebat.

Menurut (Ann Wan Seng, 1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori

pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka. Tidak

terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat

yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa yang terlintas dalam

fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan. Motif

perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.

Kedua, golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat. Pelajar yang

hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang dihadapi

menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik

perhatian orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai

alasan untuk melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk

mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan

fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala. Setiap

Page 18: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

4

perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar menggambarkan kekacauan jiwa

remaja tersebut.

Golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati

dengan keadaan diri dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng

dengan gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat

demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan yang

keempat pula terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan ini

bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Antara hasil ukiran ialah

lambing love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih

terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan vandalisme tanpa

kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri mereka

daripada akal fikiran.

Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda

merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka

tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul

dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan

tersebut.

Sekiranya gejala vandalisme ini tidak dikurangkan secara berkesan, ia akan

mendatangkan masalah yang rumit kepada negara. Tidak ada faedahnya negara pesat

membangun dan menggunakan teknologi yang baru, seperti peralatan canggih,

sedangkan para pelajar yang bakal menjadi jentera penggerak adalah generasi yang tidak

Page 19: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

5

bermoral dan tidak bertanggungjawab dalam memelihara harta benda negara.

Keuntungan negara terpaksa diagihkan untuk memperbaiki dan mengganti semula harta

benda yang telah dirosakkan.

Menurut Datuk Lee Lam Thye, lagi masalah salah laku di kalangan pelajar

memerlukan tindakan bersepadu yang serentak dan menyeluruh dari setiap lapisan

masyarakat. Ini termasuklah guru, ibu bapa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan

lain-lain (dlm. Norainon Othman, 1997)

Laporan Salah laku Murid Sekolah Malaysia (1996) mengkelaskan dua bentuk

serangan terhadap sekolah: pertama, serangan dituju kepada harta benda seperti pecah

masuk, merosak dan mencuri harta benda sekolah; kedua, serang dituju untuk

menganggu rutin sekolah seperti kebakaran, ugutan bom dan bunyi loceng amaran palsu.

Menurut kajian Taip Abu (1989) pula, jenis-jenis tingkah laku merosak

Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu amat kerap, kerap dan

tidak kerap. Kajian ini menunjukkan menconteng dinding, memecah pintu,

membengkok kipas, memecah pasu bunga, merosak meja dan memecah papan

kenyataan antara yang amat kerap dilakukan. Kerosakan yang hanya kerap dilakukan

adalah seperti mengalihkan pemadam api, memecahkan kotak hosereel dan

memecahkan glass point bomba, merosakkan sinki dan mengoyak poster. Manakala,

kesalahan yang tidak kerap dilakukan adalah menanggalkan tompok lampu dan

merosakkan televisyen. Kebanyakan jenis-jenis vandalisme ini dilakukan dalam keadaan

yang spontan dan tidak di rancang terlebih dahulu.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

6

Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan

vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta tidak memperolehi

apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya menunjukkan

bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga,

masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan

memperkenalkan dirinya secara negatif.

Tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor.

Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor sosioekonomi, tingkat

pendapatan ibu bapa dan taraf pendidikan, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan

sebaya dan faktor diri sendiri. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu

diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana

golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan

pembangunan negara pada masa depan.

Pelajar-pelajar sekolah melakukan vandalisme berdasarkan tujuannya yang

berbeza-beza. Cohen (1968) dan Bowles (1982), misalnya telah membahagikan

perbuatan vandalisme kepada enam kategori berikut:

I. Vandalisme berbentuk keinginan – Vandalisme atau kerosakan dilakukan

adalah bertujuan untuk mendapatkan atau memperolehi sesuatu.

Vandalisme ini amat sering berlaku di sekolah. Misalnya, memecahkan

vending machine, memecahkan peti duit telefon atau memecahkan

penutup alat pemadam api.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

7

II. Vandalisme yang dirancang – Vandalisme jenis ini biasanya dilakukan

untuk mencapai satu-satu keinginan. Ia juga merupakan sesuatu

perbuatan yang disedari yang mempunyai matlamat yang telah difikirkan.

Antara contoh vandalisme bersifat taktikal ini ialah merosakkan loceng

atau membunyikan loceng keselamatan dan dengan ini matlamat akhir

yang diingini ialah loceng kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan

menganggu pelajar-pelajar lain.

III. Vandalisme ideological – Vandalisme jenis ini mempunyai matlamat

ideologi besar yang telah dirancang. Cohen menjelaskan vandalisme jenis

ini adalah seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal. Mengecat atau

menyembur cat di dinding-dinding bangunan sekolah atau tandas dengan

menulis slogan-slogan politik tertentu.

IV. Vandalisme bersifat balas dendam – Vandalisme jenis ini adalah sangat-

sangat ditakuti oleh pihak sekolah. Ia berpunca dari hasrat untuk

membalas dendam ke atas satu tindakan yang dilakukan oleh pihak

sekolah. Tindakan membalas dendam yang dilakukan seperti

memecahkan cermin tingkap, membakar pintu dinding bangunan adalah

beberapa contoh yang sering dilakukan.

V. Vandalisme bersifat suka-suka – Vandalisme jenis ini dilakukan untuk

tujuan suka-suka. Ia juga dilakukan kadangkala untuk tujuan permainan

dan merupakan kegiatan merosak yang paling kerap berlaku di sekolah.

Misalnya, satu pertandingan diadakan di kalangan pelajar bagi tujuan

siapa yang boleh memecahkan kotak hosereel atau memecahkan glass

point system pencegah kebakaran tanpa diketahui oleh pihak sekolah.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

8

VI. Vandalisme bersifat merosak – Vandalisme jenis ini merupakan satu

perbuatan merosak yang paling ganas. Cohen menyifatkan vandalisme

jenis ini sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa

kekecewaan terhadap sesuatu.

1.2 Permasalahan Kajian

Tingkah laku vandalisme sekolah di Malaysia meliputi merosakkan harta benda sekolah,

merosakkan harta benda murid, merosakkan harta benda guru dan merosakkan harta

benda kantin di sekolah membabitkan para pelajar telah mendapat tumpuan ramai. Ini

telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pihak berkuasa, pihak Kementerian

Pendidikan, ibu bapa dan masyarakat secara umum.

Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar meningkat dari setahun

ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalsime. Pada

tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat

kepada 2,736 pelajar.

Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme di kalangan 1.2 juta pelajar

menengah jumlahnya mungkin kecil, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan

memerlukan tindakan serius dari pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme di kalangan pelajar di negara kita.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

9

Ternyata perlakuan vandalisme pelajar sekolah sering membawa kepada jenayah

remaja. Berbagai tindakan dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang bertingkah laku

vandalisme. Menurut Laporan Disiplin Pelajar (1991), seramai 1,893 pelajar di seluruh

negara yang melakukan vandalisme. Daripada jumlah itu seramai 534 pelajar (33.43

peratus) diberi amaran, 18.20 peratus diberi nasuhat, 16.59 peratus dirotan dua kali dan

2.38 peratus dirotan tiga kali. Bagi tindakan vandalsime berat seramai 2.16 peratus

dibuang sekolah, 0.45 peratus dan 4.07 peratus dilaporkan kepada polis.

Menurut Dr. Wan Zahid Nordin (1997), pada tahun 1993 seramai 63,353 orang

(36.70%) pelajar dikenakan tindakan amaran, 27,018 pelajar (15.66%) diberi nasihat,

29,012 pelajar (16.80%) dirotan sekali, 14,114 pelajar (8.18%) dirotan sebanyak dua kali

dan 3,919 pelajar (2.27%) dirotan sebanyak tiga kali. Mengenai tindakan hukuman yang

agak berat pula, gantung persekolahan melibatkan 5,020 pelajar (2.90%), 1,562 pelajar

(0.90%) dirotan lebih tiga kali dan 882 orang (0.51%) dibuang sekolah.

Tindakan atau hukuman tidak memberi kesan positif mengurangkan perlakuan

vandalisme di kalangan pelajar. Ini kerana jumlah kes vandalisme terus meningkat

kepada 8.41 peratus pada tahun 1996 melibatkan seramai 3902 orang pelajar berbanding

2736 pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme pada tahun 1995.

Dari 159 kes pelaku vandalisme yang direkodkan dalam tahun 1996, didapati 23

pelajar ulangi bukan sekali, malah berulang kali tingkah laku vandalisme. Tingkah laku

yang sering diulangi ialah mengguris dan mencalarkan perabot seperti meja dan kerusi

Page 24: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

10

dengan perbagai perkataan dan symbol, menconteng dinding dengan kata-kata lucah

terutamanya di tandas-tandas dan memecahkan cermin tingkap.

Ternyata tindakan dan hukuman yang diambil oleh pihak sekolah kurang

berkesan dalam membendung perlakuan pelajar-pelajar yang pernah dikenakan tindakan,

yakni pelajar-pelajar yang pernah dirotan. Dan memandangkan kepada statistik yang

diperolehi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, adalah tidak mustahil sekiranya

vandalisme ini meningkat di masa akan datang.

Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang

pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah

Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap

kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Akhbar

Metro 19 Jun 1996 melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi bertindak menconteng

nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air sekolah berkenaan

dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah pelajar terbabit bertindak

keterlaluan menconteng kata-kata memalukan iaitu guru itu mempunyai hubungan sulit

dan merogol seorang guru wanita.

Gejala vandalisme di negara ini didapati semakin hari semakin meningkat.

Utusan Malaysia (30 Mei 2000) melaporkan bahawa lima orang pelajar ditahan reman

bersama seorang penganggur kerana cuba membakar rumah guru sekolah di Kota

Tinggi. Pelajar-pelajar berkenaan difahamkan cuba membalas dendam terhadap guru

wanita yang sering melaporkan tingkah laku mereka kepada guru disiplin. Tindakan

Page 25: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

11

guru itu telah menimbulkan kemarahan, di mana mereka telah mengambil tindakan

membakar rumah guru itu untuk meluahkan rasa marah. Keadaan ini menggambarkan

betapa seriusnya perlakuan vandalisme, dan sekiranya tidak dikawal maka akan

membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih berat di kalangan pelajar sekolah.

Kumpulan pelajar-pelajar yang terlibat ini, seolah-olah telah hilang pertimbangan

diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak semakin ganas dan perbuatan mereka

terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Pada fikiran orang yang waras sudah tentu kita

tidak sanggup memusnahkan bangunan institusi di mana tempat kita mendapatkan ilmu

untuk membentuk kita supaya menjadi seorang manusia. Sebaliknya mereka turut

mengiringi marak api yang menjilat bilik guru dengan kata-kata caci maki dan sumpah

seranah yang ditulis pada bangunan sekolah sebagai protes dan melepaskan geram.

Masyarakat sepatutnya turut merasa betapa hancurnya hati guru-guru sekolah itu

apabila melihat sebuah bangunan yang selama ini dianggap mulia, tempat mereka

mencari rezeki halal, mencurah ilmu mendidik anggota masyarakat, menjadi mangsa

segelintir pelajar yang suka melakukan tingkahlaku vandalisme yang masih terbelenggu

dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagai pepatah “madu diberi, tuba yang

dibalas”, maka sikap pelajar-pelajar yang terbabit seolah-olah mereka “buta hati dan

buta perut”. Amat pelik sekali mereka sedikitpun tidak merasa sayang kepada bangunan

sekolah tempat mereka mendapat pendidikan.

Kes terbaru yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (19 Jun 2000), sebuah bilik

darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai

Page 26: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

12

akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus

buku rujukan, buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah

musnah. Pihak polis telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan

penemuan puntung-puntung mancis di kawasan berkenaan. Pihak polis tidak menolak

kemungkinan besar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala

vandalisme dan salah laku pelajar semakin hari semakin meruncing sehingga membawa

kepada perlakuan jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan

ganas tanpa rasa perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu

diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku

negatif pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Prof. Diraja Ungku Aziz (Utusan Malaysia, Mei 1999) Perkhidmatan

Nasional atau National Service perlu dikuatkuasakan di Negara sebagai salah satu cara

mendisiplinkan remaja dan mencegah gejala vandalisme. Penguatkuasaan undang-

undang dengan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pelaku vandalisme akan

menjadi pengajaran dan tauladan serta menjauhkan individu tersebut daripada perbuatan

vandalisme. Datuk Lee Lam Thye (Dewan Siswa, Mac 1998, m.s 13), Pengerusi

Jawatankuasa Anti Vandalisme DBKL bersetuju mengenakan tindakan lebih tegas ke

atas pesalah vandalisme. Manakala Prof. Khoo Kay Kim (Utusan Malaysia, 5 Februari

1998) pula menggesa semua pihak mengamalkan sikap tegur menegur dan sayangkan

harta benda adalah penawar yang paling mujarab untuk mengubat penyakit vandalisme

daripada menular.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

13

Secara umumnya, faktor yang menyumbangkan ke arah salah laku vandalisme

pelajar ialah faktor sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri.

Laporan Salah Laku Pelajar (1996) menunjukkan punca utama salah laku pelajar ialah

faktor diri sendiri 152,806 kes. Punca kedua ialah faktor keluarga melibatkan 25,657

kes. Faktor persekitaran yang terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan masyarakat

adalah 1,326 kes. Bagi kajian faktor-faktor tersebut dijangkakan mempengaruhi tingkah

laku vandalisme di kalangan pelajar.

Taraf sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan

salah laku pelajar (Abdul Hanid Halit, 1998). Dapatan kajian Abdul Raof Dahaman

(1986) ke atas pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah terhadap tingkah laku devian

mendapati pelajar-pelajar terbabit berasal dari status sosioekonomi yang rendah. Ini

mungkin disebabkan ibu bapa mereka keluar bekerja untuk menambah pendapatan

keluarga. Ibu bapa yang kurang pendidikan juga kurang memberi perhatian kepada

pelajaran anak-anak mereka. Ini bertepatan dengan kajian Alim Muntu (1988) yang

mengkaji tingkah laku devian di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah mendapati

kebanyakanya berlatar belakangkan keluarga berpendidikan sekolah rendah dan ada

keluarganya yang tidak pernah langsung bersekolah.

Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah

keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan

anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs (1991)

yang menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam

tingkah laku bermasalah.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

14

Hubungan ibu bapa dan pelajar adalah penting dalam sesebuah keluarga.

Perhubungan yang negatif dalam sesebuah keluarga menyebabkan pelajar bertindak di

luar dugaan seperti terlibat dengan tingkah laku devian atau anti-sosial. Hal ini dapat

dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Othman Bin Bakar (1983) yang mendapati

kenakalan berpunca dari ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap kegiatan

seharian anak-anak. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku di kalangan pelajar

terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.

Di samping itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu faktor penyumbang

kepada salah laku pelajar. Persekitaran sekolah mungkin mengandungi unsur-unsur

seperti struktur bilik darjah, interaksi di antara guru-pelajar, pelajar-pelajar dan pelajar-

persekitaran. Menurut Smith (1969), masalah akan timbul jika kemerosotan berlaku

dalam perhubungan di antara guru dan murid. Ini dibuktikan dengan kajian oleh Cohen

(1972), di mana faktor sekolah berpunca dari persepsi negatif pelajar terhadap gurunya,

sikap dan personaliti dan kokurikulum yang tidak fleksibel.

Kebanyakan kejadian salah laku yang dilaporkan di akhbar-akhbar membabitkan

beberapa kumpulan pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan rakan sebaya

merupakan pengaruh kuat kepada pelajar dalam membuat sesuatu tindakan. Berdasarkan

Differential Association Theory seorang remaja tidak berminat atau tidak berhasrat

untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelumdia menggabungkan diri dengan mereka yang

terlibat dengan aktiviti tersebut (Hirchi & Selvin, 1973). Hal ini disokong oleh Othman

Page 29: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

15

bin Bakar (1983) yang menyatakan bahawa pelajar lebih cenderung untuk berkelakuan

devian apabila bersama rakan-rakan.

Tidak dapat dinafikan faktor konsep kendiri turut mempengaruhi salah laku

pelajar. Secara umumnya, pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif adalah

kurang atau tidak langsung terlibat dalam salah laku, manakala pelajar yang mempunyai

konsep kendiri negatif adalah golongan yang paling tinggi potensinya untuk terlibat

dalam tingkah laku ini. Hal ini bertepatan dengan kajian Anidah Ithnin (1991) yang

mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar

tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Heng Keng Chian (1989) dalam

kajiannya menyatakan pelajar yang rendah konsep kendiri tidak suka pada sekolah

mereka, merasa sunyi dan merasakan diri tidak popular.

Berdasarkan kelima-lima faktor yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu faktor

sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan diri sendiri, pengkaji ingin melihat

sama ada faktor tersebut mempunyai hubungan dengan salah laku vandalisme. Di

samping itu, kajian ini dapat membantu para pendidik, kaunselor dan guru untuk

menangani masalah vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan lebih berkesan.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan melihat faktor-faktor penyebab yang mendorong pelajar bertingkah

laku vandalisme atau merosak harta benda di sekolah dari sudut sosioekonomi, keluarga,

sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri. Secara ringkasnya tujuan kajian ini ialah:

Page 30: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

16

Pertama ialah untuk melihat sama ada terdapatnya perbezaan status

sosioekonomi keluarga di kalangan pelajar yang bertingkah laku vandalisme. Selalunya

ibu bapa dari status sosioekonomi yang tinggi lebih mengambil berat terhadap pelajaran

anak-anak. Status sosioekonomi juga dilihat pada tahap pendidikan dan tingkat

pendapatan ibu bapa yang berbeza turut memberi perbezaan pada cara dan gaya didikan

terhadap anak-anak.

Kedua, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada faktor keluarga mempunyai

hubungan dalam mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Faktor

keluarga yang akan dikaji ialah dengan melihat sejauh manakah hubungan ibu bapa

terhadap anak-anak. Ini kerana hubungan ibu bapa dan anak-anak dalam sesebuah

keluarga dapat mempengaruhi pembentukan dan perubahan tingkah laku anak-anak.

Menurut Hurlock (1967), keluarga yang mengamalkan komunikasi yang mempunyai

kesepaduan, adaptasi dan dapat menghindarkan anak-anak daripada bertingkah laku

vandalisme.

Ketiga, kajian ini juga melihat sama ada faktor sekolah mempunyai hubungan

dalam pembentukan sesuatu tingkah laku pelajar. Faktor sekolah yang terlibat dalam

kajian ialah faktor persekitaran, bilik darjah, sikap guru-guru dan pembelajaran yang

dijalankan. Kajian ini ingin melihat pengaruhnya terhadap pembentukan tingkah laku

pelajar.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

17

Keempat, kajian ini juga bertujuan melihat sejauh mana faktor rakan sebaya

sebagai pendorong seseorang bertingkah laku vandalisme. Dalam zaman persekolahan

pelajar lebih mudah mendekati rakan sebaya dan cuba mencari identiti melalui pengaruh

rakan sebaya. Ini disokong oleh Zuzly bin Ibrahim (1989) yang menyatakan pengalaman

ketika waktu persekolahan berkesan terutamanya dalam hubungan dengan rakan sebaya.

1.4 Limitasi Kajian

Dalam kajian ini tingkah laku vandalisme ini hanya dikaji bagi daerah Alor Gajah. Lima

buah sekolah sahaja dipilih untuk diedarkan soal selidik kepada para pelajar iaitu

Sekolah Menengah Pulau Sebang, Sekolah Menengah Datuk Hj. Talib Karim, Sekolah

Menengah Dato’ Dol Said, Sekolah Menengah Seri Pengkalan dan Sekolah Menengah

Ghafar Baba. Sekolah-sekolah tersebut dipilih kerana terletak di luar bandar dan

dipercayai kadar vandalisme adalah tinggi. Di samping itu, sekolah-sekolah ini dipilih

berdasarkan Laporan Disiplin Unit HEM, Jabatan Pendidikan Melaka yang

menunjukkan kadar salah laku vandalisme yang tinggi di kalangan sekolah luar bandar.

Subjek kajian pula dipilih di kalangan pelajar yang berumur antara 16 hingga 18

tahun iaitu pelajar-pelajar dari tingkatan empat dan lima. Ini kerana dalam usia tersebut

tingkah laku vandalisme yang dilakukan oleh pelajar adalah nyata dan mereka berada di

alam pertengahan remaja yang akan menghadapi masalah dalam penyelesaian

perkembangan diri.

Page 32: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

18

Semua subjek yang dipilih adalah lelaki. Ini disebabkan dalam kajian lepas

didapati pelajar lelaki lebih dominan dalam bertingkah laku merosakkan harta benda

sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kelangsangan di mana kanak-kanak lelaki

terbukti lebih langsang dari kanak-kanak perempuan.

Pengkaji juga terhad dalam memilih pelajar yang dikategorikan sebagai pelaku

tingkah laku vandalisme. Ini disebabkan perbuatan ini dilakukan secara bersembunyi

dan sukar dikesan oleh pihak sekolah. Dalam kebanyakan kes, pelajar-pelajar ini tidak

dapat ditangkap sewaktu melakukan perbuatan tersebut. Mereka ditangkap berdasarkan

maklumat dari saksi seperti pelajar-pelajar lain, pengawas dan guru-guru yang melihat

kejadian tersebut. Oleh itu, selain dari melihat rekod disiplin pelajar daripada Guru Hal

Ehwal Murid, pengkaji turut dibantu oleh guru disiplin dan kaunselor untuk memilih

subjek yang paling tepat.

Kajian ini juga hanya menumpukan kepada sekolah menengah sahaja. Pengkaji

merasakan adalah wajar dikaji pelajar sekolah menengah sahaja kerana mereka lebih

cenderung melakukan salah laku vandalisme. Pelajar-pelajar ini lebih berani melakukan

tingkah laku ini kerana menganggap diri mereka adalah senior di sekolah. Mereka mahu

menunjukkan “kehebatan” mereka dengan merosakkan harta benda di sekolah untuk

mencari pengaruh di kalangan rakan sebaya.

Page 33: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

19

1.5 Kesignifikanan Kajian

Salah laku di kalangan pelajar remaja umunya semakin menular dan serius di sekolah-

sekolah dengan terdapatnya kes-kes pelajar yang berani memecahkan syiling, memecah

masuk dewan makan, memecahkan pasu bunga, memancitkan kereta guru dan

merosakkan pintu peti sejuk untuk mencuri makanan dan lain-lain lagi.

Pelajar hari ini merupakan pelapis yang bertanggungjawab merealisasikan

wawasan negara dan mempunyai tugas untuk dilaksanakan dengan sempurna. Bagi

menjayakan matlamat ini, langkah-langkah perlu diatur untuk mengurangkan gejala

vandalisme dari terus diamalkan oleh pelajar-pelajar. Isu vandalisme tidak boleh

dianggap remeh kerana tanpa adanya sikap bertanggungjawab terhadap harta benda

sekolah dan moral yang tinggi, negara akan mempunyai pelapis negara yang rapuh.

Akibatnya negara akan lumpuh.

Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Bagi sesetengah orang mereka tidak

peduli terhadap perbuatan menconteng ini kerana mereka menganggapnya hanyalah

fenomena sementara. Apabila remaja meningkat dewasa, perbuatan ini akan terhenti

dengan sendiri. Benarkah begitu?. Vandalisme dilakukan berterusan dari generasi ke

generasi seolah-olah menjadi warisan yang mempunyai waris-warisnya. Kalau perbuatan

ini didiamkan begitu sahaja tentu ia menggalakkan lagi perbuatan vandalisme. Oleh itu

penyelesaian perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja

meluahkan isi hati dan melakar sesuka hati. Biarkan remaja melakukan sepuas-puasnya

sehingga jemu. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa langkah ini akan berjaya.

Page 34: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

20

Pengalaman di negara Barat telah menunjukkan kegagalan kerana para remaja tidak

gemar pergi ke tempat yang disediakan untuk melakukan vandalisme. Tempat-tempat

awam mudah menjadi tumpuan mereka. Bagaimanapun budaya dan proses pembelajaran

yang berbeza di Barat memungkinkan cadangan ini diadakan dengan berdasarkan

persekitaran tempatan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan dengan harapan supaya dapat

memberi gambaran sebenar tentang faktor-faktor penyebab tingkah laku vandalisme.

Diharap faktor sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri yang

dikaji dapat menolong semua pihak mengatasi masalah ini dan terus menular. Kajian ini

juga diharap dapat menentukan faktor yang paling signifikan terhadap salah laku

vandalisme.

Hasil kajian ini secara praktisnya dapat menjadi panduan untuk mengurangkan

kadar vandalisme di kalangan pelajar. Pihak sekolah, terutamanya kaunselor diharap

memberi perhatian yang khusus kepada pelajar-pelajar yang bermasalah berdasarkan

punca-punca yang menyebabkan pelajar tersebut melakukan vandalisme. Masyarakat

seperti jiran tetangga, NGOs’ dan golongan cendekiawan perlu menghulurkan bantuan

tenaga, buah fikiran dan kewangan bagi mengurangkan salah laku vandalisme. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama kerajaan perlu menyediakan

program-program bagi membendung masalah ini setelah mengetahui punca-punca

sebenar perlakuan ini.

Page 35: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU …eprints.utm.my/id/eprint/6465/1/NurainSaripanMFP2007.pdf · Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

21

Pengkaji berharap dengan adanya kajian ini, sedikit sebanyak boleh membantu

para pendidik dan kaunselor yang terdapat di sekolah untuk mengetahui dan memahami

punca-punca berlakunya vandalisme di kalangan pelajar sekolah. Dengan terbanterasnya

masalah ini, negara dapat melahirkan generasi muda yang berwibawa dan dihormati.