FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari...

27
FAKTOR- FAKTOR PELAJAR BERMINAT MEMPELAJARI MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR. AHMAD NADZRI RODZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari...

Page 1: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

FAKTOR- FAKTOR PELAJAR BERMINAT MEMPELAJARI

MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR.

AHMAD NADZRI RODZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri
Page 3: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri
Page 4: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR BERMINAT MEMPELAJARI

MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR.

AHMAD NADZRI BIN RODZALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penulis : AHMAD NADZRI BIN RODZALI

Tarikh : ……………………………………..

Page 6: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu, Haji Rodzali Haji Omar dan

Hajjah Gayah Binti Ali yang dikasihi yang telah banyak berkorban

memberikan nasihat dan tunjuk ajar

doa ibu bapa memberikan harapan dan semangat

Untuk kakak-kakak dan abang-abang serta adik-adik

inspirasi kalian yang telah berjaya membakar semangat

untuk berjaya

Kepada saudara Salam, rakan-rakan seperjuangan

Tunjuk ajar, keperhatinan dan sokongan anda dikenang sepanjang hayat

Buat yang tersayang

Beban yang dipikul terubat dengan bantuan yang diberikan

Dan buat penyelia Projek Sarjana Muda

Puan Khadijah Daud

Terima kasih atas dorongan, panduan mahupun nasihat

Puan dalam menyiapkan penyelidikan ini

Terima kasih kepada semua.

Page 7: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

iv

PENGHARGAAN

Allhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi keranadengan limpah kurnia-Nya,

saya dapat juga menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih saya

ucapkan kepada semua yang terlibat dalam tmenyiapkan penyelidikan ini. Di sini

saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

i) Puan Khadijah Binti Daud, Penyelia Projek Sarjana Muda Saya yang

bertungkus lumus memberikan panduan dan tunjuk ajar. Tidak lupa

juga nasihat dan dorongan yang diberikan beliau sepanjang

penyelidikan ini.

ii) Kepada kedua-dua ibu bapa saya, Haji Rodzali Haji Omar, Hajjah Gayah

Binti Ali yang jauh dimata, namun doa dan dorongan daripada ayah dan mak

amatlah dihargai.Tidak lupa juga kepada Kak Bah, Kak Na, Kak Sina, Kak

Surah, Abang Wa, Abang A dan adik Aslah dan adik Aflah yang sentiasa

peka dengan permasalahan saya.

iv) Buat yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa membantu tiap masa dan

ketika. Terima kasih sekali lagi.

iv) Kepada rakan Projek Sarjana Muda, Saudara Salam Selamat, terima kasih

atas bantuan saudara. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang sentiasa

membantu saya.Pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains

Muar, Johor yang sudi menjadi responden saya dan memberikan kerjasama

kepada saya.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam

membantu sayasepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) saya ini

baik secara langsung atau tidak langsung.

Page 8: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

v

ABSTRAK

Faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan akan

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Pelajar yang

berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan menunjukkan sikap yang

positif untuk mempelajarinya. Oleh itu, kajian secara deskriktif ini bertujuan

mengetahui faktor yang paling utama diantara empat faktor yang menyebabkan

pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan. Seramai 100

orang responden dari empat buah kelas telah terlibat sebagai sampel. Borang soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item-item dalam soal selidik berkaitan

dengan faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan yang

dinilai dari aspek guru (penyampaian), rakan sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta

diri pelajar itu sendiri. Nilai kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen

kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.769. Data dianalisis menggunakan

perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS Versi 15.0) untuk mencari

min, peratus dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan faktor diri pelajar itu sendiri

merupakan faktor yang paling utama yang menyebabkan pelajar mempelajari mata

pelajaran Matematik Tambahan.

Page 9: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

vi

ABSTRACT

Factors of student enthusiasm towards learning Additional Mathematics will

influence their achievement. Students who are interested toward learning this subject

will have positive. The purpose of this study descriptive research is to investigate the

main factors that contributed to enhance student’s interest and abilities in learning

Additional Mathematics. A total of 100 form four students from four classes in

Sekolah Menengah Sains Muar, Johor have been chosen as respondents for this

study. The instrument used in this study is the questionnaire that contains 40 items

in the form of objective questions. Researcher stated four factors to be study, which

are teacher’s method, peers and parents’ factor, environment factor and student

factor. Reliability value for this study was 0.789. Data was analyzed using the

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 15.0) to obtain means, percentages,

and frequencies. Findings showed students factors are the main factors influenced

towards learning Additional Mathematics.

Page 10: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Guru 8

1.6.2 Ibu Bapa 8

1.6.3 Pentadbir Sekolah 8

Page 11: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

viii

1.6.4 Masyarakat 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi / Takrifan Istilah 10

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Minat 11

1.8.3 Matematik Tambahan 11

1.8.4 Guru 11

1.8.5 Rakan Sebaya 12

1.8.6 Persekitaran 13

1.8.7 Ibu Bapa 13

1.8.8 Pelajar 13

1.8.9 Mata Pelajaran 14

1.9 Kerangka Kajian 15

2 SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sorotan Kajian-Kajian Lepas 16

2.3 Minat Terhadap Matematik Tambahan 17

2.4 Faktor Guru 18

2.5 Faktor Rakan Sebaya 21

2.6 Faktor Ibu Bapa 23

2.7 Faktor Persekitaran 24

2.8 Faktor Pelajar 25

2.9 Kaedah Untuk Merangsang Minat 27

Terhadap Matematik Tambahan

2.10 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Kawasan Kajian 29

3.4 Sampel Kajian 29

Page 12: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

ix

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 32

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Kaedah Analisis Data 36

3.9 Penutup 37

4 DAPATAN KAJIAN 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Pengelolaan Data 39

4.3 Dapatan Kajian Bahagian A 40

4.3.1 Latar Belakang Responden 40

4.3.1.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan 40

Responden Mengikut Jantina

4.3.1.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan 41

Responden Mengikut Bangsa

4.3.1.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan 42

Responden Mengikut Aliran Sains

4.3.1.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan 43

Responden Mengikut Bilangan

Adik-beradik

4.3.1.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan 44

Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa atau Penjaga

4.3.1.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan 45

Responden Mengikut Pendapatan

Bapa atau Penjaga

4.3.1.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan 46

Responden Mengikut Pekerjaan Ibu

atau Penjaga Perempuan

4.3.1.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan 47

Responden Mengikut Pendapatan Ibu

Page 13: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

x

atau Penjaga Perempuan

4.3.1.9 Taburan Frekuensi dan Peratusan 48

Responden Mengikut Keputusan

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

4.3.1.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan 48

Responden Mengikut Minat

Terhadap Matematik Tambahan

4.4 Dapatan Kajian Bahagian B 49

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 50

Faktor Guru (Penyampaian)

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 55

4.4.2 (A) Faktor Ibu Bapa 55

4.4.2 (B) Faktor Rakan Sebaya 58

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 62

Faktor Persekitaran

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 67

Faktor Diri Pelajar Itu Sendiri

4.5 Peratusan Keseluruhan Faktor Persoalan Kajian 72

4.6 Penutup 73

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Responden Kajian 75

5.3 Perbincangan Kajian 75

5.3.1 Faktor-Faktor Pelakar Berminat Mempelajari 76

Mata Pelajaran Matematik Tambahan

5.3.1.1 Faktor Guru (Penyampaian) 77

5.3.1.2 Faktor Rakan Sebaya dan Ibu Bapa 78

5.3.1.3 Faktor Persekitaran 81

5.3.1.4 Faktor Pelajar 83

5.3.1.5 Faktor Paling Utama Menyebabkan 85

Pelajar Berminat Mempelajari

Mata Pelajaran Matematik Tambahan

Page 14: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xi

5.4 Rumusan Bagi Keseluruhan Kajian 86

5.5 Implikasi Kajian 87

5.5.1 Implikasi Kepada Guru 87

5.5.2 Implikasi Kepada Ibu Bapa 88

5.5.3 Implikasi Kepada Rakan Sebaya 88

5.5.4 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 88

Dan Masyarakat

5.5.5 Implikasi Kepada Pelajar 89

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.7 Penutup 91

RUJUKAN 92

Lampiran A 97

Lampiran B 99

Lampiran C 102

Lampiran D 110

Page 15: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Pelajar Tingkatan Empat Aliran 30

Sains Tulen Di Sekolah Menengah Sains Muar

3.2 Pemilihan Sampel Bagi Pelajar Aliran Sains Tulen 30

Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

3.3 Peringkat Perskalaan Dalam Skala Likert Lima Mata 32

3.4 Kedudukan Persoalan Kajian Mengikut Nombor Soalan 33

3.5 Senarai Item Soal Selidik Mengikut Item Positif 34

Dan Item Negatif

3.6 Pertimbangan Skor Min Yang Digunakan Pengkaji 37

Untuk menjawab Persoalan Kajian Yang Berkaitan

4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 41

Mengikut Jantina

4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 41

Mengikut Bangsa

4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 42

Mengikut Aliran Sains

4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 43

Mengikut Bilangan Adik-beradik

4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 44

Mengikut Pekerjaan Bapa atau Penjaga

4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 45

Mengikut Pendapatan Bapa atan Penjaga

Page 16: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xiii

4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 46

Mengikut Pekerjaan Ibu atau Penjaga Perempuan

4.8 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 47

Mengikut Pendapatan Ibu atau Penjaga Perempuan

4.9 Taburan Frekuansi Dan Peratusan Responden 48

Mengikut Keputusan Matematik Penilaian

Menengah Rendah (PMR)

4.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 49

Mengikut Minat Terhadap Matematik Tambahan

4.11 Jadual Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada 50

Skala Tiga Mata

4.12 Min Dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi 50

Item-item Faktor Penyampaian Guru Menyebabkan

Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran

Matematik Tambahan

4.13 Faktor Penyampaian Guru Menyebabkan Pelajar 54

Berminat Mempelajari Mata Pelajaran

Matematik Tambahan.

4.14 Min Dan Bilangan (Perastus) Responden Bagi 55

Item-item Faktor Ibu Bapa menyebabkan Pelajar

Berminat Mempelajari Mata Pelajaran

Matematik Tambahan

4.15 Faktor Ibu Bapa Menyebabkan Pelajar Berminat 58

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.16 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 59

Faktor Rakan Sebaya Menyebabkan Pelajar Berminat

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.17 Faktor Rakan Sebaya Menyebabkan Pelajar Berminat 61

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.18 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 62

Faktor Persekitaran Menyebabkan Pelajar Berminat

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.19 Faktor Persekitaran Menyebabkan Pelajar Berminat 66

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

Page 17: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xiv

4.20 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 67

Faktor Pelajar Itu Sendiri menyebabkan Pelajar Berminat

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.21 Faktor Pelajar Itu Sendiri Menyebabkan Pelajar Berminat 71

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan

4.22 Dapatan Peratusan Mengikut Persoalan Kajian 72

Page 18: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Kajian Pengkaji 15

Page 19: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 20: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Pengesahan Status Pelajar 97

B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 99

C Borang Soal Selidik 102

D Jadual Penentu Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 110

Populasi Krejcie dan Morgan

Page 21: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat utama pendidikan di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan

tenaga kerja dan melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Kewujudan perpaduan yang kukuh melalui

system pendidikan kebangsaan telah memberi jaminan kestabilan politik, pendidikan

dan keamanan negara sejak merdeka.

Justeru, bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut adalah sewajarnya

reformasi terhadap pendidikan perlu direalisasikan. Reformasi terhadap pendidikan

Matematik khasnya amat perlu bagi melahirkan generasi yang serasi dengan

peredaran masa. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksaaan Dasar

Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah

mula diperkenalkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1989.

KBSM berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas daripada

rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), kesepaduan unsur-unsur

intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup.

Pendidikan Matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan

Page 22: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

2

Kebangsaan, menegaskan kepada penguasaan bahasa Matematik, kefahaman konsep,

penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan Matematik dalam penyelesaian

masalah (Mak Soon Sang, 1996).

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang

berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta

membuat keputusan. Secara tabiinya, matematik bersifat menggalakkan

pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak dapat dinafikan lagi

bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan

pembangunan Negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains dan

teknologi yang dicapai oleh kebanyakkan negara-negara maju seperti Jepun,

Amerika Syarikat dan lain-lain. Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak

dapat dicapai tanpa kesedaran tentang pentingnya matematik dalam kehidupan

seharian kita.

Matematik sememangnya menjadi penggerak kepada pembangunan dan

perkembangan bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaa ilmu Matematik

perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi melahirkan tenaga kerja yang

sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Namun, kebanyakkan daripada para pelajar, sama ada pelajar

sekolah rendah atau menengah tidak meminati mata pelajaran Matematik Tambahan.

Matematik Tambahan seringkali dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang tidak

menarik, susah dan berasa takut semasa mempelajari matematik serta persepsi

negatif yang lain (Azizi et al. 2005).

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan

pelajar kurang berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan. Adalah

menjadi tanggungjawab kepada pendidik dan pengkaji untuk mengkaji faktor-faktor

pelajar berminat mempelajari matematik.

Page 23: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila

unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi

kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Kurikulum Matematik Moden yang

dipraktikkan sejak tahun 1970an telah disemak dan dikemaskini. Penyemakan ini

dilakukan bagi memastikan kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan

negara yang berkehendakkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan berfikrah

(Sharifah Maimunah, 2000). Oleh itu, pada tahun 1989 satu kurikulum baru telah

diperkenalkan yang diberi nama Kurikulum Bersepadu. Kurikulum ini melibatkan

kedua-dua peringkat persekolahan dan diberi nama Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Dalam

kurikulum ini, pelajar dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika

tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

secara berkesan.

Berdasarkan kurikulum ini juga, penegasan diberikan kepada faktor minat

yang merupakan perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

Seseorang guru itu hendaklah berusaha menjadikan pembelajaran pelajar itu menarik

serta menyeronokkan. Apabila pelajar meminati sesuatu pembelajaran, mereka

cenderung memberikan perhatian yang penuh serta sedia menyertai aktiviti-

aktivitinya (Dr. Shahizan et al. 2003).

Zurida et al. (2006) mendapati tujuan pelajar-pelajar bekerja bersama rakan

sebaya atau secara berkumpulan adalah meningkatkan keyakinan, menambahkan

minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Melalui kerja bersama rakan sebaya

atau kumpulan, kebanyakan pelajar tidak berasa malu bertanya soalan, lebih bersedia

menjelaskan kefahaman mereka pada satu konsep dengan ahli kumpulan yang lain

ataupun lebih bersedia memberi cadangan berkenaaan pendekatan yang sesuai

diambil bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu.

Page 24: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

4

Sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pekerjaan serta darjah

galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan

dan pencapaian anak-anak. Dorongan, minat serta bimbingan dan sikap ibu bapa

yang positif terhadap pendidikan serta galakan yang diberikan terhadap pelajaran

anak-anak akan meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan seterusnya

meningkatkan prestasi pelajar berkenaan (Sherri et al. 2004).

Abu Zahari (1998) (dalam Burhanuddin, 2002) menyatakan dalam kajiannya,

faktor persekitaran iaitu bilik darjah berkait rapat dengan gaya pembelajaran

seseorang. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang baik, peralatan yang

mencukupi akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta minat pelajar.

Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan telah

merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam hidup pelajar, minat merupakan satu aspek yang amat penting sebelum

memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Pelajar yang berminat untuk belajar akan

mendapati bahawa proses pembelajaran begitu menarik dan mudah walaupun mereka

sedang mempelajari bahagian yang paling sukar dalam pelajaran itu. Minat

memberikan satu kesungguhan untuk memahami perkara yang sedang diterangkan

oleh guru dalam subjek tertentu itu (Noor Azman, 2008).

Berdasarkan kepada pembolehubah yang telah dibincangkan di atas, maka

adalah wajar untuk pengkaji melihat secara terperinci faktor-faktor pelajar berminat

mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.

Page 25: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

5

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan perbincangan di atas, menunjukkan minat pelajar mempelajari

mata pelajaran Matematik Tambahan adalah di tahap sederhana. Kajian yang

dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993) (dalam Norsuriani, 2008), mendapati bahawa

kebanyakkan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran

Matematik Tambahan adalah di kalangan mereka yang menggangap mata pelajaran

matematik tambahan adalah suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk

mempelajari Matematik Tambahan dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka

dalam mata pelajaran tersebut adalah rendah.

Oleh yang demikian, pengkaji merasakan perlu untuk mengkaji faktor-faktor

yang menyebabkan pelajar beminat mempelajari mata pelajaran Matematik

Tambahan. Ini kerana minat akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran ini. Faktor-faktor yang menggalakkan pelajar berminat mempelajari mata

pelajaran Matematik Tambahan ini ditinjau dari segi guru (penyampaian), rakan

sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta ibu bapa. Keempat-empat faktor ini diambil

kira sebagai aspek utama pelajar-pelajar berminat mempelajari mata pelajaran

Matematik Tambahan.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih empat faktor yang

berkait rapat dengan minat pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan

kerana faktor-faktor tersebut merupakan pembolehubah yang lebih menjurus kepada

minat pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.

Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah minat

pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan bagi pelajar-pelajar

tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Page 26: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

6

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor

yang menyebabkan pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Matematik

Tambahan bagi pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Muar,

Muar, Johor. Faktor-faktor tersebut adalah:

i. Faktor penyampaian guru.

ii. Faktor rakan sebaya dan ibu bapa.

iii. Faktor persekitaran.

iv. Faktor diri pelajar itu sendiri.

v. Faktor utama dari empat faktor di atas yang menyebabkan pelajar berminat

mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang berkaitan dengan masalah di dalam kajian ini adalah

seperti berikut:

1.4.1 Adakah faktor penyampaian guru menyebabkan pelajar berminat mempelajari

mata pelajaran Matematik Tambahan?

Page 27: FAKTOR - FAKTOR PELAJAR KURANG BERMINAT · PDF filefaktor-faktor pelajar berminat mempelajari mata pelajaran matematik tambahan di sekolah menengah sains muar, johor. ahmad nadzri

7

1.4.2 Adakah faktor rakan sebaya dan ibu bapa menyebabkan pelajar berminat

mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?

1.4.3 Adakah faktor persekitaran menyebabkan pelajar berminat mempelajari mata

pelajaran Matematik Tambahan?

1.4.4 Adakah faktor diri pelajar itu sendiri menyebabkan pelajar berminat

mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?

1.4.5 Apakah faktor utama dari empat faktor di atas yang menyebabkan pelajar

berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?

1.6 Kepentingan Kajian

Masalah mengenai pelajar berminat terhadap mata pelajaran Matematik

Tambahan, seringkali menjadi isu yang mempunyai kaitan dengan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Kurangnya kajian yang

menjelaskan serta memberi gambaran tentang faktor yang berkaitan menjadikan

permasalahan minat pelajar ini berlanjutan.

Diharap hasil penyelidikan yang dilakukan ini akan dapat merangka panduan

dan memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru,

pentadbir sekolah, masyarakat mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dalam meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Matematik

Tambahan.