FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan...

18

Transcript of FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa
Page 2: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa
Page 3: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU–

GURU PELATIH YANG SEDANG MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN

LEPASAN IJAZAH (KPLI) DI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK CHERAS,

KUALA LUMPUR

MOHD NAZRUL HISHAM B MD NAWI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa
Page 5: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

iii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

saya menyempurnakan projek kajian ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

dan ribuan terima kasih buat En. Kamalularifin B Subari selaku Pensyarah

Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,

buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya

menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat

dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali tidak lupa kepada ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain

kerana tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan dalam segala bentuk dalam

menjayakan projek sarjana muda ini dan segaja jasa baik mereka serta semua yang

terlibat akan dikenang dan semoga Allah dapat membalas jasa baik mereka.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk untuk mengetahui dan mengenalpasti faktor –

faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dikalangan guru – guru

pelatih yang sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Teknik

Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 200 orang responden terlibat dalam kajian ini. Guru

–guru pelatih ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di sektor

industri dan juga mereka tidak pernah terlibat dalam kerjaya profesion perguruan

sebelum memasukki maktab perguruan. Kajian ini menggunakan satu set borang soal

selidik untuk mendapatkan maklumbalas responden. Maklumat yang di perolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For Social Science”

(SPSS) versi 10.0 untuk mengetahui nilai frekuensi, peratus dan jumlah purata

keseluruhan. Hasil analisis menunjukkan faktor minat merupakan pendorong utama

pemilihan kerjaya dikalangan responden. Faktor seterusnya ialah pengaruh ibu bapa

yang memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan profesion perguruan

ini. Faktor keluarga dan rakan sebaya kurang mempengaruhi responden dalam

pemilihan kerjaya ini. Manakala faktor cuti, kesesuaian waktu kerja, beban kerja

yang banyak, serta tiada jaminan kerjaya di industri juga mempengaruhi pemilihan

profesion ini. Faktor gaji adalah faktor yang tidak mempengaruhi responden dalam

pemilihan profesion perguruan. Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan faktor

minat paling mempengaruhi responden dalam pemilihan profesion perguruan. Untuk

kajian lanjutan diharap pengkaji dapat membuat kajian mengenai adakah minat

sahaja sudah mencukupi bagi bakal-bakal guru ini memilih profesion perguruan

sebagai kerjaya dan adakah ianya akan menjadi kerjaya yang kekal bagi responden

Page 7: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

v

ABSTRACT

These studies are made up to know or recognize about which factor that influence the

candidate or the respondents from Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur

for taking this educational profession for they career. There are 200 respondent that

involve in this studies, and have been working in industry sector and also never been

work in educational profession before. Questionnaire have been done for doing these

studies to know about the respondent opinion, where “Statistical Package for Social

Science” (SPSS) 10.0 version has been used to analyze and to know the level of

frequency, percentage and also the average total. From the analysis, it shows that the

interested in this field is the most popular factor that has been given by the

respondent about why they are choosing this profession. Parents support also another

factor that influence them for choosing this profession. These studies also mention

that family and friend influence is not the factor for them to get inside in this

profession. Beside that, the job situation, holiday factor, the responsibilities in

working, and also the warranty for having a career in the future is other factor that

influence them for taking this profession. Income or salary factor is not the influence

for them in choosing this profession. From the research, its shows that almost of the

respondent confidence that this profession can satisfied them and also it is suitable

with their performance or their credibility. From the higher interest factor hope it can

make them the great teacher in the future that can give the highest commitment in

they career, know theirs responsibilities and also success in every aspect of theirs

work field as a teacher. For the future studies, I hope that the research about “Did

only with the higher interest is enough for them to be in this profession?” and “Are

this profession be their serious career?” can be made.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL vii

LAMPIRAN viii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi 9

Page 9: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

vii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11

2.1.1 Gaji Dan Cuti 11

2.1.2 Perkembangan Kerjaya 13

2.1.3 Suasana Kerja 14

2.2 Faktor Rakan Sebaya Dan Keluarga 16

2.3 Faktor Minat 17

2.3.1 Keinginan Menyampai ilmu 20

2.4 Kesimpulan 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.4.1 Bahagian A 26

3.4.2 Bahagian B 27

3.4.3 Kajian Rintis 28

3.5 Presedur Kajian 29

3.6 Penganalisisan Data 30

Page 10: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

viii

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Dapatan Kajian 33

4.3 Analisa Bahagian A:

4.3.1 Biodata Responden 34

4.4 Analisis Bahagian B: Analisis Setiap Item

Mengikut Faktor 38

4.4.1 Faktor Suasana Kerja Di Industri 39

4.4.2 Faktor Pengaruh-Pengaruh Luar 41

4.4.3 Faktor Minat 44

4.5 Rumusan 46

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan

5.2.1 Latar Belakang 49

5.2.2 Faktor Suasana Kerja Di Industri 51

5.2.3 Faktor Pengaruh- Pengaruh Luar 53

5.2.4 Faktor Minat 55

5.3 Rumusan 57

5.4 Cadangan Kajian. 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

RUJUKAN 62

LAMPIRAN

Page 11: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Taburan Responden Kajian 25

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang

Responden 26

3.3 Skala Likert Dan Skor 27

3.4 Pembahagian Item Bahagian B. Faktor- Faktor yang

mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan 28

3.5 Pengkelasan Skor Skala Likert 31

3.6 Pengkelasan Maklum Balas Responden 31

4.1 Taburan Bilangan Responden 33

4.2 Pengkelasan Tahap Mengikut Peratus. 34

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut

Umur Dan Jantina. 34

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 35

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan

Anak Dan Tanggungan 36

4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Dan

Pengalaman Bekerja. . 37

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Suasana Kerja

Di Industri 39

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Pengaruh-

Pemgaruh Luar. 41

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Minat. 44

4.10 Keputusan Keseluruhan Setuju Bagi Setiap Faktor. 46

Page 12: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Masalah pengangguran dan ketidak serasian pekerjaan di kalangan siswazah

sering diperkatakan. Menurut Pengarah Jabatan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),

Awang Sariyan (1998), kurang motivasi diri dalam mendalami ilmu pengetahuan boleh

menjejaskan peluang graduan memasarkan diri mereka bukan sahaja pada bidang

pengkhususan, malah industri juga. Menurutnya lagi, graduan perlu berpegang pada

falsafah bahawa rezeki ada di mana-mana dengan syarat mereka bersedia menghadapi

cabaran termasuk sanggup belajar dari bawah.

Nasrun Abdullah (2002), dunia pekerjaan merupakan dunia yang akan dialami

oleh semua orang. Pelbagai jenis pekerjaan boleh dilakukan oleh individu yang berbeza.

Ada yang berkebolehan melakukan kerja-kerja yang menggunakan daya pemikiran

tenaga dan kepakaran yang tinggi, Bagi mereka yang telah mempunyai pekerjaan yang

sesuai dengan diri mereka ianya tidaklah menjadi suatu masalah yang besar, walau

bagaimanapun bagi mereka yang masih teraba-raba dalam mencari pekerjaan khususnya

bagi golongan lepasan ijazah ianya sesuatu yang membimbangkan. Jesteru itu profesion

perguruan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai kerjaya walaupun pada mulanya tidak

berminat kepada profesion ini.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah program yang telah diperkenalkan oleh

Bahagian Pendidikan Perguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1983) dengan nama

asalnya adalah kursus sijil perguruan lepasan ijazah (KSPLI). Program ini pada mulanya

Page 13: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

2

diwujud khas kepada pemegang-pemegang biasiswa kerajaan, khususnya biasiswa

Kementerian Pendidikan yang telah berjaya mengikuti program ijazah sarjana muda

dalam bidang-bidang tertentu di universiti luar negara. Apabila mereka sudah berjaya

menamatkan pengajian dan pulang ke negara, mereka dikehendaki mengikuti kursus

Ikhtisas Perguruan selama satu tahun sebelum mereka dilantik sebagai guru siswazah

(Md Sood Mohammad 1995).

Mata pelajaran pengkhususan yang ditawarkan adalah meliputi bidang sains dan

matematik, sastera, agama dan teknik. Disamping itu juga, mulai tahun 1985, Bahagian

Pendidikan Guru telah memperkenalkan kursus ‘conversion’ pengajaran bahasa inggeris

sebagai bahasa kedua (TESL) untuk siswazah sains dan matematik yang berminat dan

berkemampuan mengajar Bahasa Inggeris. Langkah ini diambil sebagai langkah segera

mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah.

Pada tahun 1989 (KSPLI) telah diperluaskan kepada tiga pengkhususan iaitu

pemgajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, dan Pengajian Agama Islam dan

namanya telah diubah kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Calon-calon

guru pelatih adalah terdiri daripada siswazah yang memperolihi ijazah sarjana muda

dengan kepujian dari universiti tempatan atau luar negeri dalam bidang pengkhususan

yang sama dengan opsyen kursus perguruan yang mereka ikuti (Kementerian Pendidikan

2003). Pelaksanaan syarat ini dapat mengawal tahap penguasaan akademik dan minat

guru pelatih mengikut bidang pengkhususan mereka.

Peningkatan permohonan untuk mengikuti kursus ini dari kalangan pekerja

industri semakin ketara pada masa kini. Perkara ini dapat dilihat dengan terdapatnya

persaingan untuk mengikuti kursus ini (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Disebabkan

permintaan yang tinggi itu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah ditambah

menjadi duabelas bidang pengkhususan. Pertambahan bidang ini juga bertujuan untuk

membantu pihak universiti tempatan dalam memenuhi kekurangan guru siswazah dalam

bidang-bidang pengkhususan dengan kadar segera.

Page 14: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

3

Tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah dua semester. Kursus

ini dimulakan pada bukan Januari dan akan berakhir pada bulan Oktober setiap tahun.

Kursus ini ditawarkan di semua maktab perguruan mengikut pengkhususan.Kementerian

Pemdidikan Malaysia (2003).Pada masa ini, dilaporkan lebih empat puluh ribu siswazah

memohon untuk mengikuti Kuesus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi kementerian

hanya menawarkan kera-kira lima ribu tempat bagu kursus setahun itu. Shahul Hamid

(2003)

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam pemilihan profesion perguruan ini sebagai kerjaya, terdapat beberapa

faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk menjadikan perguruan sebagai pekerjaan

tetap. Profesion perguruan memerlukan calon yang mempunyai latar belakang yang

sesuai dan memenuhi ciri-ciri seorang guru (Yahya Emat, 1993). Calon-calon yang

mengikuti kursus ini adalah terdiri daripada pekerja- pekerja industri yang mempunyai

latar belakang yang berbeza.

Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan

pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibubapa dan juga

pengaruh rakan sebaya. Quek (1991), Hishammuddin (1995), Mat Khailil (2000) dan

Mohd.Aniza (2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi

pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih

dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.

Menurut Ginzbug (1951), menyatakan bahawa terdapat pengaruh ibu bapa

terhadap pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu bapa

mempengaruhi anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau

penyerupaan. Manakala Super (1971), anak yang membuat penyerupaan dengan ibu bapa

yang secara tidak langsung sudah mempengaruhi pemilihan pekerjaannya.

Page 15: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

4

Pada waktu ini faktor utama mungkin tidak lagi pada sukakan kanak-kanak,

mungkin faktor lain yang lebih penting kepada calon-calon (KPLI) iaitu suasana kerja di

industri. Memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu serta pergolakkan

yang sentiasa berlaku di serata dunia menjejaskan sedikit sebanyak industri dinegara

kita. Disamping kadar peberhentian kerja meningkat, graduan menganggur pula semakin

bertambah. Keadaan ini amat membimbangkan banyak pihak kerana perkara ini semakin

kritikal Fong Chan Onn (2002).

Suffean (1996) menyatakan suasana kerja di industri yang tidak menentu serta

beban kerja yang banyak dan cuti serta gaji yang tidak setimpal dijangka akan menjadi

penyebab utama golongan industri beralih bidang kepada perguruan. Walaupun bidang

perguruan pada luarannya nampak mudah serta tidak mencabar tetapi pada hakikatnya

perguruan adalah satu profesion yang penuh dengan cabaran, tanggungjawab, serta

mempunyai bidang tugas yang luas yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Menurut Jabatan Perangkaan (1978), gaji atau pendapatan adalah merujuk kepada

penerimaan secara tunai atau benda yang berulang kepada seorang pekerja secara tetap

pada kadar tahunan atau jarak masa yang lebih daripada kerap. Chandra (1986) Antara

cara untuk meningkatkan kualiti kerja dan menjamin kepuasan kerja adalah dengan

memberi pekerja intensif material termasuklah memberi cuti yang dibiayai oleh syarikat,

maka ia menunjukkan adanya perkaitan di antara kerja yang dilakukan dengan ganjaran

yang pekerja terima. Tiada siapa yang sanggup bekerja lama melainkan jika ia diberikan

ganjaran material atau bukan material yang dapat memuaskan hati mereka.

Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji

tidak menimbulkan kepuasan kerja .Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion

perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap

sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang

panjang , mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih

sayang.

Page 16: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

5

Minat seringkali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang individu

dalam melakukan apa jua perkara. Minat juga dikatakan sebagai satu kecenderungan

bagi seseorang untuk mengetahui, mempelajari sesuatu perkara yang menjurus mereka

kepada pilihan yang diinginkan. Crow dan Crow (1988) minat sebagai penggerak utama

yang menjamin kejayaan seseorang. Jika minat tinggi, kebolehan sederhana, seseorang

itu boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha dengan gigih sehingga

baik.Pemilihan kerjaya seseorang itu turut dipengaruhi oleh minatnya dalam sesuatu

bidang latihan atau pekerjaan yang khusus. Justeru itu minat merupakan suatu

kecenderungan yang wujud daripada reaksi yang diberikan terhadap satu perkara dan

ianya menngakibatkan seseorang itu ingin mencapai dan menguasainya (Holland,1966)

Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada

seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap

keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan

ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun

kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah

segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan

masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan

sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.

Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai

kerjaya mereka. Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian

apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan . Dari perbincangan di

atas , pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah latar belakang

bakal guru terbabit dengan profesion perguruan, suasana kerja di industri, pengaruh-

pengaruh luar dan minat.

Page 17: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

6

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat banyak faktor yang yang mempengaruhi calon-calon (KPLI) untuk

memilih perofesion perguruan sebagai kerjaya. Faktor-faktor ini mungkin disebabkan

oleh masalah persekitaran dan juga atas desakkan tertentu. Perubahan kerjaya dari

industri kepada perguruan adalah merupakan perubahan kerja dari semua aspek kerja dan

ianya berbeza sama sekali dengan cara bekerja di sektor industri. Pemilihan kerjaya

sebagai seorang guru memerlukan seseorang itu benar-benar ingin menjadi seorang guru

dan bukan disebabkan oleh perkara-perkara yang memaksa seseorang itu memilih

profesion perguruan sebagai kerjaya. Ini kerana seseorang guru yang baik dan cemerlang

adalah daripada mereka yang betul-betul meminati profesion perguruan dan pemilihan

profesion ini bukan disebabkan faktor-faktor yang memaksa seseorang itu memilih

profesion perguruan ini. Oleh yang demikian, satu tinjauan dilakukan untuk mengetahui

faktor manakah yang paling mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan

pekerja industri.

1.3 Objektif Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa objektif dalam

melakukan kajian ini.

Objektif tersebut ialah :-

1 Mengenalpasti maklumat latar belakang bakal-bakal guru KPLI semasa berada di

sektor industri dengan profesion perguruan di maktab perguruan

2 Mengenalpasti suasana kerja di industri yang menyebabkan bakal-bakal guru KPLI

beralih ke bidang profesion perguruan.

3 Mengenalpasti pengaruh-pengaruh luar yang mendorong bakal-bakal guru KPLI

memilih profesion perguruan.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU ... · PDF fileKajian ini menggunakan satu set borang soal ... 4.3.1 Biodata Responden 34 ... mengatasi kekurangan guru Bahasa

7

4 Mengenalpasti minat bakal-bakal guru KPLI terhadap profesion perguruan yang

mendorong mereka memilih profesion tersebut sebagai kerjaya.

1.4 Persoalan kajian

1 Apakah hubungan latar belakang bakal-bakal guru KPLI dan dari segi jantina,

bangsa, umur, status perkahwinan, pengalaman bekerja di industri dan

pendapatan semasa di industri berkaitan dengan profesion perguruan?

2 Adakah suasana kerja di industri yang menyebabkan bakal-bakal guru KPLI

beralih ke bidang profesion perguruan?

3 Adakah pengaruh-pengaruh luar yang mendorong bakal-bakal guru KPLI

memilih profesion perguruan?

4 Sejauhmanakah minat bakal-bakal guru KPLI mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan sebagai kerjaya?

1.5 Kepentingan Kajian

Dengan adanya tinjauan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan profesion perguruan di kalangan pekerja industri diharapkan dapat membantu:

1 Guru.

Guru-guru akan dapat mengetahui faktor-faktor yang sebenar yang mendorong

mereka meninggalkan pekerjaan di industri dan memilih profesion perguruan

sebagai kerjaya. Mereka akan menjadi seorang guru yang sedia mengalami

perubahan suasana kerja dan juga akan berperanan sebagai pendidik yang

berkaliber.