FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran...

75
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG, JOHOR. HARTINI BINTI AHMAD RABUAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR

ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH

DALAM DAERAH KLUANG, JOHOR.

HARTINI BINTI AHMAD RABUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH

MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya _HARTINI BINTI AHMAD RABUAN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID 396, Lorong 4/1, Nama Penyelia Taman Makmur, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman. Tarikh: _____________ Tarikh: _________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR

ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DALAM

DAERAH KLUANG, JOHOR.

HARTINI BINTI AHMAD RABUAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2011

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : __________________

Nama Penulis : HARTINI BINTI AHMAD RABUAN

Tarikh : __________________

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

iii

DEDIKASI

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH

LAGI MAHA MENGASIHANI .”

Segala Pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Ku dedikasikan khas kepada :

Bonda dan ayahanda yang amat ku sayangi,

AMINAH BINTI TAIB dan AHMAD RABUAN BIN AWANG.

Doa, kasih sayang, perhatian serta sokongan dari kalian sentiasa mengiringi perjalanan

anakandamu di sini. Tiada apa yang dapat mengantikan jasa dan pengorbanan kalian.

Hanya ucapan terima kasih dan sebuah kejayaan.

Buat Adinda-adindaku,

Terima kasih di atas sokongan kalian semua.

Tidak dilupakan buat yang teristimewa dalam hidupku. Segala jasa dan pengorbananmu

amat bermakna buatku. Hanya terima kasih yang mampu kuucapkan.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi ke atas limpah dan kurniaNya dapatlah penyelidik

menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). Projek Sarjana Muda ini

dilaksanakan bagi memenuhi Syarat Pengijazahan Sarjana Muda.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said

selaku penyelia Projek Sarjana Muda penyelidik. Terima kasih di atas bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat dan komitmen yang telah diberikan.

Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP), Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan

Pengetua (SMK Kahang, SMK Sultan Abdul Jalil dan SMK Tengku Aris Bendahara)

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan kepada Encik

Dzulkifle bin Jamal iaitu pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang telah

banyak menolong penyelidik mendapatkan maklumat mengenai bilangan pelajar Orang

Asli.

Seterusnya terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pendidikan

yang telah memberi kerjasama dan rakan-rakan seperjuangan yang menolong penyelidik

dalam menyempurnakan kajian ini.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup

di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor. Faktor-faktor yang dikaji

ialah faktor minat, persekitaran dan kemahiran. Sampel kajian adalah seramai 45 orang

pelajar Orang Asli yang mewakili keseluruhan populasi dalam penyelidikan ini. Set soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan kebolehpercayaan soal selidik ialah =

0.67. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian “Statitiscal Package for the

Social Science’ versi 16.0 (SPSS)” bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil

dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar Orang Asli mempunyai minat dalam

mempelajari kerja amali Kemahiran Hidup. Mereka juga mengatakan persekitaran

mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Dari segi

faktor kemahiran pula, hanya sebilangan kecil pelajar Orang Asli bersetuju bahawa

kemahiran mempengaruhi pembelajaran terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Pada

akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dilakukan

oleh pihak-pihak tertentu. Diharapkan melalui cadangan tersebut dapat mengatasi

permasalahan pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup yang dihadapi oleh pelajar

Orang Asli.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the factors that influence ‘Orang Asli’

students learning in practical classes in Living Skills subjects at three Secondary School

in Kluang, Johor. The factors included interest, environment and skills. The sample

consists of 45 ‘Orang Asli’ students representing the whole population involved in the

research. A questionnaire was conducted and reliability value is = 0.67. Data was

analyzed using “Statitiscal Package for the Social Science’ versi 16.0 (SPSS)” software

to get the frequencies and percentages. Findings indicated that the majority of ‘Orang

Asli’ students interested in learning practical classes in Living Skills. They also said that

the environment influence their learning practical classes in Living Skills. For the skills

factor, only small number of ‘Orang Asli’ students agree that the skills influence

learning in practical classes in Living Skills. At the end of the study, suggestions are also

put forward and hopefully can be solve the problems of ‘Orang Asli’ students learning in

practical classes in Living Skills.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar Orang Asli 6

1.6.2 Kepentingan kepada Guru 7

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

viii

1.6.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Faktor 8

1.8.2 Orang Asli 9

1.8.3 Minat 9

1.8.4 Persekitaran 10

1.8.5 Kemahiran 10

1.8.6 Pembelajaran 10

1.8.7 Kerja Amali 11

1.8.8 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 11

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Orang Asli 13

2.3 Pendidikan Kemahiran Hidup 16

2.4 Minat 18

2.5 Persekitaran 19

2.6 Kemahiran 20

2.7 Penutup 21

BAB 3 METODOLOGI 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

ix

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Kesahan/Kebolehpercayaan 27

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 28

3.8 Analisis Data 31

3.9 Penutup 31

BAB 4 ANALISIS DATA 32

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Data Bahagian A 33

4.2.1 Jantina 33

4.2.2 Pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup 34

4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga 35

4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian 35

4.3.1 Analisis Data :

Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran

Pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran

Hidup? 36

4.3.2 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap

kerja amali Kemahiran Hidup ? 38

4.3.3 Adakah faktor kemahiran mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap

kerja amali Kemahiran Hidup ? 40

4.3.4 Analisis Keseluruhan 42

4.4 Penutup 43

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 44

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 45

5.2.1 Demografi Responden 45

5.2.2 Faktor Minat 45

5.2.3 Faktor Persekitaran 46

5.2.4 Faktor Kemahiran 46

5.3 Perbincangan 46

5.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali

Kemahiran Hidup 47

5.32 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali

Kemahiran Hidup 47

5.3.3 Faktor Kemahiran Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali

Kemahiran Hidup 50

5.4 Cadangan 51

5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 52

5.6 Penutup 53

BIBLIOGRAFI 54

Lampiran A - G

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran 17

Hidup Bersepadu

3.1 Bilangan Populasi Bagi Tiga Buah Sekolah Menengah 25

Dalam Daerah Kluang

3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 26

4.1 Taburan responden mengikut jantina 33

4.2 Taburan responden mengikut pilihan elektif dalam 34

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil

4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa/penjaga 35

4.4 Taburan Responden Terhadap Faktor Minat 36

4.5 Taburan Responden Terhadap Faktor Persekitaran 38

4.6 Taburan Responden Terhadap Faktor Kemahiran 40

4.7 Taburan Keseluruhan Persoalan Kajian 42

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Prosedur kajian (Proses Pertama) 29

3.2 Carta Aliran Prosedur kajian (Proses Kedua) 30

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

PMR - Penilaian Menengah Rendah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

EPRD - Bahagian Perancangan dan penyelidikan

PSM - Projek Sarjana Muda

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

ƒ - Frekuensi

% - Peratus

KH - Kemahiran Hidup

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Pelajar

C Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan Maklumat

D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Jabatan Pelajaran Johor

F Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Pejabat PelajarDaerah

Kluang

G Surat Pengesahan Item Soal Selidik

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai

sistem pendidikan Negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui oleh

setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang utuh dan daya ketahanan yang kekal bagi

masyarakat majmuk di Negara ini (Malaysia Kita, 2004). Bagi mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Negara, Pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah-

langkah seperti memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi tumpuan khusus

kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga elemen ini dapat

diterapkan melalui mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan

kokurikulum. Ketiga-tiga elemen tersebut juga terkandung dalam sukatan pelajaran

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

2

Merujuk kepada Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan (1989), dalam kajian

Yahya Buntat et al. (2006), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata

pelajaran berbentuk pra-vokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran

elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Sains Pertanian. Fokus

pengajaran mata pelajaran ini adalah kepada pelajar yang berada pada tingkatan satu

hingga tingkatan tiga yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR). Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat pembelajaran

berteraskan amali selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali,

pelajar perlu melakukan aktiviti kerja projek secara fizikal atau ‘hands-on’. Mata

pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah

mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,

inovatif dan produktif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Peluang untuk menuntut ilmu adalah berbentuk universal kepada semua kaum

yang terdapat di Malaysia. Selain kaum Melayu, Cina dan India, terdapat satu kaum

minoriti yang kurang diberi perhatian iaitu kaum Orang Asli. Orang Asli adalah

masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil penyelidikan

arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara Semenanjung

menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad ke-8

SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Mohd Fauzi Yaacob, 2006). Walaupun

penempatan mereka berada di kawasan pedalaman ada sesetengah keluarga menghantar

anak-anak mereka ke sekolah. Bilangan pelajar Orang Asli yang bersekolah di Sekolah

Menengah adalah kurang berbanding dengan Sekolah Rendah. Oleh disebabkan

bilangan mereka yang sedikit ini, penyelidik telah membuat kajian ke atas pelajar Orang

Asli iaitu mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang

Asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup. Skop kajian yang dipilih

iaitu kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup bersesuaian dengan kehidupan

mereka yang mengaplikasi kemahiran.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Orang Asli adalah masyarakat tertua di Malaysia. Tetapi hanya sebilangan kecil

sahaja anggota masyarakat ini yang masih wujud dan kumpulan masyarakat Orang Asli

ini terdapat di merata-rata bahagian Semenanjung Malaysia (Malaysia Kita, 2004).

Orang Asli adalah kaum yang terpinggir dari kemajuan, sosioekonomi, politik dan

pendidikan. Ini adalah kerana bilangannya yang tidak ramai dalam kelompok

masyarakat di Malaysia.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai dua sistem pembelajaran iaitu

pembelajaran berteraskan teori dan pembelajaran yang berteraskan amali. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup berbeza dengan mata pelajaran lain kerana sukatan

pelajarannya yang terdapat kerja amali yang perlu dilakukan di dalam bengkel. Dalam

kajian Ellstrom (2001), menyatakan kerja amali yang dijalankan dalam bengkel adalah

amalan kerja yang perlu diaplikasi pembelajarannya secara individu ataupun

penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Pada masa kini, pencapaian pelajar Orang Asli dalam pendidikan masih terlalu

rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain (Toh Kit Siang et

al., 2008). Oleh disebabkan itu, terdapat segelintir ibu bapa pelajar Orang Asli yang

hanya menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah, setelah melihat pencapaian

pada Sekolah Rendah tidak memuaskan. Bagi pandangan mereka pelajaran tidak penting

untuk kehidupan mereka. Ini kerana mereka menganggap tanpa pelajaran boleh menyara

kehidupan sendiri. Keadaan ini, mungkin berpunca dari cara hidup Orang Asli yang

masih tertumpu kepada pencarian hasil hutan, berladang, menangkap ikan, bercucuk

tanam dan membuat kraftangan bagi menampung kehidupan seharian (Khairul Hisyam

dan Ibrahim, 2007). Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang dalam kelompok pelajar

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

4

kaum lain telah menjadi perhatian dari guru, pihak pentadbiran sekolah dan termasuk

juga pelajar kaum lain.

Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang ini, telah menjadi fokus penyelidik

untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembelajaran kerja amali mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Bersesuaian dengan cara hidup mereka ini yang telah

mengaplikasi beberapa kemahiran sedia ada.

Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran

Kemahiran Hidup dalam Daerah Kluang. Kajian ini khusus kepada tiga buah sekolah

iaitu terdapatnya pelajar Orang Asli dalam Daerah Kluang tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang telah dijalankan ini untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran

Kemahiran Hidup di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

5

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan :

1.4.1 Mengenalpasti faktor minat pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran

Hidup.

1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran di bengkel dan sekolah yang dapat

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran

Hidup.

1.4.3 Mengenalpasti kemahiran pelajar Orang Asli dalam melakukan kerja amali mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam

menjalankan kajian:

1.5.1 Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap

kerja amali Kemahiran Hidup?

1.5.2 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

6

1.5.3 Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang dikaji adalah dari segi minat,

persekitaran dan kemahiran. Kajian ini penting bagi pihak-pihak tertentu untuk

mengatasi permasalahan pembelajaran terhadap pelajar Orang Asli. Antara-antara

kepentingannya ialah :

1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar Orang Asli

Melalui kajian ini, diharapkan pelajar Orang Asli yang bersekolah di sekolah

menengah harian dapat menyedari kepentingan mempelajari amali dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Pelajar Orang Asli juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang

dipelajari semasa kelas amali ke dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya dapat

menjana pendapatan sampingan untuk keluarga mereka.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

7

1.6.2 Kepentingan kepada Guru

Kajian yang dilakukan ini juga dapat memberi maklumat kepada guru-guru yang

mengajar subjek Kemahiran Hidup tentang masalah dan potensi pelajar Orang Asli.

Dengan adanya maklumat ini, para guru Kemahiran Hidup dapat mengenalpasti

kebolehan serta kemahiran yang sedia ada pada pelajar Orang Asli. Oleh yang demikian,

guru tersebut dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) seiring

dengan kemahiran yang ada pada pelajar Orang Asli.

1.6.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah

Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam pendidikan pelajar Orang

Asli. Kajian ini amat berguna kepada pihak sekolah untuk mengetahui tentang keperluan

dan permasalahan pembelajaran pelajar Orang Asli. Oleh itu, memudahkan pihak

sekolah membuat perancangan aktiviti pembelajaran dan ko-kurikulum untuk pelajar

Orang Asli supaya mereka ini tidak merasa tersisih.

1.7 Skop dan Batasan Kajian.

Kajian ini terbatas kepada pelajar Orang Asli yang bersekolah di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah Kluang. Hanya 45 orang pelajar Orang

Asli yang berada pada tingkatan satu hingga tingkatan enam dipilih sebagai responden

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

8

dalam kajian ini. Skop kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat, persekitaran dan

kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran kerja amali mata pelajaran Kemahiran

Hidup.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi istilah yang

diterangkan di bawah ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan berlaku di

masa hadapan. Antara istilah tersebut adalah seperti :

1.8.1 Faktor

Faktor memberi maksud keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh ke atas

hasil dari sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebabnya (Kamus Dewan, 1991). Dalam

kajian ini, menerangkan keadaan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup iaitu faktor minat, persekitaran dan kemahiran.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

9

1.8.2 Orang Asli

Menurut Hasan Mat Nor (1998), istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada

kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan

sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut

lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Bagi Kamus Dewan pula memberi takrif Orang Asli sebagai penduduk asal

sesebuah negeri (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002). Definisi yang hampir sama

diberikan oleh Kamus Longman (1997), yang mentakrifkan peribumi sebagai aboriginal

iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi.

Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa peribumi merupakan istilah umum yang

digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai

penghuni asal atau terawal di Malaysia. Orang Asli dalam kajian ini merujuk kepada

pelajar Orang Asli yang tinggal di perkampungan Orang Asli kawasan Kluang.

1.8.3 Minat

Definisi minat iaitu keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.

(Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini, minat adalah minat yang tunjukkan oleh

pelajar Orang Asli terhadap pembelajaran amali Kemahiran Hidup di sekolah.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

10

1.8.4 Persekitaran

Menurut Razami (1999) dalam kajian Amran Khalid (2002), persekitaran adalah

perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling

ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran di dalam bengkel dan luar bengkel yang selesa

dan tenang membolehkan pelajar belajar dengan baik dan fokus terhadap pembelajaran

amali. Oleh itu, persekitaran yang dikaji dalam kajian ini adalah suasana atau keadaan di

sekitar kawasan pembelajaran amali Kemahiran Hidup iaitu di bengkel, luar bengkel dan

sekolah.

1.8.5 Kemahiran

Kemahiran bermaksud kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu (Kamus

Pelajar, 2009). Kemahiran di dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran yang ada pada

pelajar Orang Asli untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali Kemahiran Hidup.

1.8.6 Pembelajaran

Pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal

dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman atau latihan (Mok, 2000). Pada kajian ini,

pembelajaran adalah latihan kerja amali yang dilakukan oleh pelajar Orang Asli di

dalam bengkel ataupun di luar bengkel.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

11

1.8.7 Kerja Amali

Definisi kerja amali iaitu kerja mempraktikkan (melakukan) apa yang tersebut

dalam teori (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009). Amali adalah melakukan kerja fizikal

dalam sesuatu pembelajaran itu.

1.8.8 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang

dipelajari dalam bentuk teori dan amali yang berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini

ditawarkan kepada tingkatan satu hingga tiga. Ianya mengandungi bahagian teras dan

elektif. Dan merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diambil dan dinilai dalam

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

1.9 Penutup

Kerja amali yang dipraktikkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) penting bagi memastikan isi pelajaran yang disampaikan dapat

difahami. Pelajar Orang Asli mempunyai kelebihan dalam kerja yang melibatkan fizikal.

Mereka sememamgnya terdedah dengan cara hidup yang melibatkan kemahiran fizikal.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengupas terhadap aspek utama iaitu minat,

persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

12

Diharapkan dengan adanya kajian ini, dapat menyelesaikan isu berkaitan dengan

penglibatan pelajar Orang Asli dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

13

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan kajian penulisan yang mempunyai

hubungan dengan istilah-istilah yang berkaitan. Faktor-faktor seperti minat, persekitaran

dan kemahiran akan dijelaskan secara keseluruhan melalui bab ini. Kajian-kajian lepas

yang berkaitan dengan tajuk juga dibincangkan dalam sorotan kajian ini. Selain itu,

elemen-elemen seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar Orang Asli juga

turut dibincangkan dengan lebih lanjut.

2.2 Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat

Bumiputera di negara ini. Oleh yang demikian, mereka juga mempunyai hak istimewa

sepertimana masyarakat Bumiputera yang lain. Orang Asli merupakan masyarakat yang

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

14

mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Perbezaan ini ketara dari segi cara

hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Secara rasminya masyarakat Orang Asli

dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli

(Mohd Risdi, 2008).

Di Malaysia, jumlah populasi mengikut banci penduduk dan perumahan tahun

2000, penduduk Orang Asli berjumlah 132,873 orang, yang terdiri daripada populasi

Negrito 4150 orang, Semoi 72871 orang dan Melayu Proto 859 orang. Mereka

merupakan kelompok minoriti dalam Negara (Nong Pai, Disember 2002).

Kebiasaannya, mereka menetap di sekitar kawasan pinggir bandar atau pedalaman di

seluruh Semenanjung Malaysia. Sesuatu komuniti Orang Asli itu di ketuai oleh ‘Tok

Batin’ iaitu Ketua Kampung.

Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu,Melayu Proto

(Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa. Bagi kaum

Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang Jahai, Orang

Mendriq dan Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar,Orang Semai,

Orang Semoq Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum

Proto-Melayu pula, terdapat Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun,

Orang Semelai dan Orang Temuan. Kaum Orang Asli yang berbeza mempunyai budaya,

bahasa dan cara hidup yang berbeza.

JHEOA iaitu singkatan bagi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli merupakan badan

pertubuhan yang menjaga kebajikan dan kepentingan hal ehwal Orang Asli. Kesedaran

pentingnya pendidikan dalam kalangan Orang Asli pada masa sekarang masih di tahap

yang rendah. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan satu kajian yang dikaji oleh

sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati

hampir 50 peratus pelajar orang asli berhenti sekolah selepas tahun enam manakala

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

15

sebahagian lagi sebelum peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) (Toh Kit

Siang et al., 2008).

Kehidupan Orang Asli banyak bergantung pada hasil hutan, bertani, membuat

kraf tangan dan lain-lain aktiviti. Mereka sememangnya sudah terdedah dengan cara

hidup yang memerlukan pengaplikasian kemahiran. Kebanyakan dari mereka

memperoleh pendapatan sendiri seperti menjual hasil tanaman sendiri. Jadi melalui hasil

yang telah didapati itu, Orang Asli tidak cukup untuk menyara bilangan isi rumah yang

ramai. Jadi Orang Asli ini terbelenggu dalam masalah kemiskinan. Apabila hal ini

berlaku, mereka hanya mementingkan keperluan harian yang perlu dipenuhi dahulu.

Bagi mereka pelajaran tidak penting kepada anak-anak. Oleh disebabkan itu terjadinya

masalah keciciran dalam pelajaran terhadap anak-anak mereka. Menurut Laporan

Jawatankuasa ke atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan

Keciciran ) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid-murid miskin di

luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar.

 

Tetapi pada masa kini, pendidikan bagi masyarakat Orang Asli kini mempunyai

peluang yang sama rata seperti masyarakat lain. Mereka juga diberi peluang untuk terus

bersaing secara sihat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Melalui

pendidikan yang diperolehi, jumlah pendapatan yang lumayan di kalangan Orang Asli

boleh dinikmati untuk meningkatkan taraf hidup mereka (Nurakhmar, 2007).

Page 32: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

16

2.3 Pendidikan Kemahiran Hidup

Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia, matlamat pendidikan bukan sahaja

untuk membasmi buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

Dalam Rancangan Malaysia ke 2 (1971-1975), salah satu matlamat pendidikan ialah

meningkatkan mutu pendidikan untuk membentuk masyarakat berasaskan sains dan

teknologi (Shahril et al.,1999).

Pendidikan Kemahiran Hidup yang terdapat di Sekolah Menengah adalah

berpandukan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan

Kemahiran Hidup terbahagi kepada pembelajaran secara teori dan amali dalam

sukatannya. Objektif Kemahiran Hidup adalah meliputi seperti berikut:

i) Meningkatkan kualiti asas Kemahiran Hidup dan aspek amali

(Kemahiran Hidup Reka Cipta dan Kemahiran penyelenggaraan

peralatan) untuk pelajar sasaran)

ii) Sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakat, minat

dan estetika murid dalam Kemahiran Hidup.

iii) Menjadikan subjek yang paling digemari oleh semua murid dengan

pembabitan bagi yang maksimum dan menyeronokkan.

(Sumber dari Panitia Kemahiran Hidup)

Page 33: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

17

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai sukatan pembelajaran

dalam bentuk teori dan amali. Setiap subtopik dalam sukatan ini mengajar dan

membolehkan pelajar mengaplikasi topik yang dipelajari. Jadual 1 menunjukkan

Organisasi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Jadual 2.1 : Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu

Bahagian Teras : Bahagian Pilihan :

a. Reka Bentuk dan Penghasilan

Projek

b. Elektrik

c. Elektronik

d. Kerja Paip

e. Lukisan Teknik

f. Pengurusan Diri

g. Jahitan

h. Masakan

i. Tempat Kediaman

j. Tanaman Hiasan

k. Perniagaan dan Keusahawanan

Kemahiran Teknikal

a. Elektrik

b. Elektronik

c. Asas Elektromekanikal

d. Perniagaan dan Keusahawanan

Ekonomi Rumah Tangga

a. Pemakanan dan Pengurusan Sajian

b. Bater

c. Kuih Tempatan

d. Pakaian

e. Jahitan

f. Perniagaan dan Keusahawanan

Pertanian

a. Kompos

b. Tanaman Sayuran

c. Ternakan

Page 34: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

18

d. Perniagaan dan Keusahawanan

Perdagangan dan Keusahawanan

a. Pengenalan kepada Perniagaan

b. Penubuhan dan Pengendalian

Perniagaan

c. Dokumen Perniagaan

d. Pengeluaran

Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum (2010)

2.4 Minat

Minat sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Tanpa minat,

pekerjaan yang dihasilkan tidak memberi kesan yang baik dan bernilai. Begitu juga

dalam pelajaran, seseorang pelajar perlu mempunyai minat dalam mempelajari sesuatu

subjek itu. Pelajar yang mempunyai minat akan mendorong mereka untuk berusaha

sehingga berjaya. Minat yang ada dalam diri seseorang boleh dibentuk melalui

pengalaman sendiri atau melalui pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah (1985), minat

adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada

seseorang, benda atau kegiatan. Minat berupaya menimbulkan daya usaha yang tinggi

kepada seseorang. Selain itu, minat mendorong seseorang itu untuk menumpu kepada

perkara yang diminatinya.

Minat memberi kesan yang mendalam untuk memandu, merangsang atau

mendorong untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan. Minat berkait rapat dengan

Page 35: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

19

desakan, motif dan gerak balas emosi dan hasil pengalaman dengan alam sekitar

(Muzlifah, 2004). Tambahan lagi jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai

kebolehan sederhana, mereka selalunya boleh mengembangkan minat yang kuat dan

seterusnya berusaha menguasai dengan gigih sehingga membawa kejayaan kepada

pencapaian yang lebih tinggi.

Oleh itu, minat adalah penting untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Mengikut

Ralph Tyler dalam kajian Mohd Risdi (2008), minat adalah sesuatu perkara penting

dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif. Minat seseorang

itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya. Terutamanya dalam Kemahiran

Hidup memerlukan seorang pelajar itu mahir mengaplikasikan kemahiran yang sedia

ada.

Aspek minat bagi pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup

perlu dikenalpasti sebelum menjuruskan mereka mengikuti pembelajaran di tingkatan

empat dan mengetahui jurusan yang hendak dipilih. Berdasarkan kajian-kajian yang

lepas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa minat merupakan unsur terpenting untuk

mencapai sesuatu kejayaan atau menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi seseorang

individu.

2.5 Persekitaran

Persekitaran yang di maksudkan ialah keadaan bilik darjah atau bengkel dimana

pembelajaran tersebut dijalankan . Persekitaran yang baik dapat memberikan peransang

dan tarikan kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), pihak sekolah

Page 36: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

20

perlu memastikan bahawa perabot yang terdapat di sekolah adalah sesuai, peredaran

udara yang baik , ruang yang mencukupi serta tempatnya terang. Dengan adanya sifat-

sifat ini, dapat memberikan keselesaaan kepada pelajar sepanjang proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) dijalankan. Selain itu, iklim dan persekitaran kelas atau bengkel

yang sunyi tanpa sebarang gangguan dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Pendapat dari Mohd Noh (1994) pula, menyokong pendapat di atas dengan menyatakan

bahawa lokasi bilik darjah atau sekolah yang jauh dari kebisingan menimbulkan minat

pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.

Menurut Crow (1980), cahaya yang tidak cukup, suhu atau kelembapan,

perawakan yang lemah, keadaan fizikal di bawah perawakan normal, emosi yang

terganggu atau kebosanan yang berkaitan dengan kegiatan yang melampau mungkin

menimbulkan perasaan lesu. Keadaan ini akan membuatkan kelas itu tidak menarik dan

pelajar jadi malas untuk belajar.

2.6 Kemahiran

Kemahiran adalah kebolehan atau kepakaran dalam melakukan sesuatu

pekerjaan. Lebih banyak kemahiran yang dapat dikuasai ,akan mendatangkan lebih

banyak faedah dalam kehidupan. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup menerapkan

kemahiran-kemahiran asas melalui komponen pilihan seperti Ekonomi Rumah Tangga

(ERT), Sains Pertanian dan Kemahiran Teknikal. Pendidikan kemahiran dapat

menyediakan pekerjaan alternatif untuk individu yang gagal untuk mendapatkan

pekerjaan dengan majikan iaitu ‘bekerja sendiri’ (Zaidatol Akmaliah, 1993). Misalnya,

pelajar yang mempunyai kemahiran dalam menjahit pakaian, mereka boleh berusaha

sendiri untuk membuka kedai pakaian.

Page 37: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

21

Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat pada mata pelajaran Kemahiran Hidup

ini sesuai dipupuk ketika peringkat remaja lagi. Peringkat awal remaja adalah tahap yang

paling sesuai untuk menerapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan kemahiran ini (Imran

Idris, 1993). Ini kerana, pada peringkat ini pelajar mudah mempelajari dan seterusnya

dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi ke dalam bentuk kerja yang

berbentuk praktikal. Oleh yang demikian, dengan kemahiran tersebut membolehkan

mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan di rumah.

Apabila kemahiran dapat diaplikasikan ke dalam kerja projek amali, secara tidak

langsung pelajar telah menggunakan teknologi dalam menyiapkan kerja. Justeru itu,

pelajar ini dapat memikirkan idea, cara atau kaedah dalam menghasilkan sesuatu projek

Reka Bentuk. Tetapi golongan ini perlu dipantau dan dibimbing bagi menyediakan

modal insan yang cemerlang. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan

perhatian sepenuhnya kepada pembangunan tenaga manusia terutama dalam bidang

kemahiran dan teknologi (Shahril Marzuki, 1993).

2.7 Penutup

Berdasarkan kepada faktor-faktor seperti minat, persekitaran dan kemahiran

dapat memberi pengaruh pembelajaran kepada pelajar Orang Asli. Ini kerana, mereka

juga mempelajari amali Kemahiran Hidup yang sama dengan pelajar yang lain. Dengan

dorongan dari ibu bapa, guru dan persekitaran sekeliling pelajar Orang Asli boleh pergi

jauh ke hadapan lagi. Lagi pula, mereka ini terkenal dengan kerajinan dan kemahiran

sedia ada dalam menghasilkan sesuatu kerja.

 

 

Page 38: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

22

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah lanjutan daripada bab satu yang lebih menjawab

kepada kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik terhadap kajiannya. Kaedah dalam

sesuatu kajian sangat penting bagi memastikan keputusan yang dikehendaki. Melalui

kaedah juga penyelidik dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan dapat

mempengaruhi hasil dapatan yang diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan oleh

penyelidik dalam kajian ini adalah :

(i) Rekabentuk Kajian

(ii) Tempat Kajian

(iii) Populasi dan Sampel Kajian

(iv) Instrumen Kajian

(v) Kajian Rintis

(vi) Prosedur Kajian

(vii) Analisis Data

Page 39: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

23

Kaedah yang digunakan ini dapat memudahkan penyelidik mencari maklumat

dan mengutip data yang dikehendaki. Seterusnya, memudahkan penyelidik menganalisis

data dengan betul.

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif.

Penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data. Rekabentuk

ini bersesuaian dengan kajian kerana pengambilan data dibuat pada masa tertentu sahaja.

Jika rekabentuk yang digunakan tidak sesuai, hasil kajian yang diperoleh mungkin tidak

benar dan dengan ini mendatangkan kesan yang negatif kepada penyelidik lain yang

membuat rujukan hasil kajian tersebut (Chua, 2006). Oleh itu, penyelidik perlu memilih

rekabentuk yang bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat agar tidak terdapat

sebarang kesilapan. Data diperolehi berdasarkan pernyataan dan rekod daripada

responden yang mengisi maklumat mereka di dalam borang soal selidik yang diedarkan.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah

Kluang, Johor. Penyelidik telah mengenalpasti adanya pelajar Orang Asli pada tiga buah

sekolah ini.

Page 40: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada 45 orang pelajar Orang Asli yang terdapat

di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor. Kesemua populasi

merupakan sampel kajian. Ini kerana, bilangannya yang terhad dalam sesebuah sekolah

tersebut. dalam kajian Mohd Risdi (2008), menyatakan memandangkan jumlah pelajar

Orang Asli adalah terhad, maka kesemua populasi boleh diambil sebagai sampel kajian.

Jumlah bilangan pelajar Orang Asli dalam setiap sekolah ditunjukkan seperti di bawah :

i) Terdiri daripada 39 orang pelajar Orang Asli dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Kahang,

ii) 3 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul

Jalil,

iii) 3 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris

Bendahara,

Dalam kajian ini, penyelidik melakukan kajian ke atas faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran

Kemahiran Hidup dalam Daerah Kluang, Johor. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan

bilangan populasi bagi tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor.

Page 41: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

25

Jadual 3.1 : Bilangan Populasi Bagi Tiga Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah

Kluang.

SEKOLAH SMK

KAHANG

SMK SULTAN

ABDUL JALIL

SMK

TENGKU ARIS

BENDAHARA

Ting 1 12 - -

Ting 2 4 - -

Ting 3 8 2 -

Ting 4 10 1 -

Ting 5 3 - 1

Ting 6A - - 2

P.Khas 2 - -

Jumlah 39 orang 3 orang 3 orang

JUMLAH KESELURUHAN 45 orang

( Analisis pelajar kaum Asli Semenanjung Sekolah Menengah Mengikut Tingkatan,

2011)

3.5 Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen bagi

mendapatkan data daripada responden. Merujuk kepada pernyataan oleh Mohd Nawi Ab

Rahman (2000), iaitu dalam banyak keadaan soal selidik adalah perlu, tidak kira apa jua

kaedah mendekati responden yang dipilih. Dalam kajian ini, penyelidik membahagikan

kepada dua bahagian dalam soal selidik, iaitu :

Page 42: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

26

i) Bahagian A : Latar belakang responden yang terdiri daripada

jantina, pilihan yang diambil dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup, dan pekerjaan ibubapa/penjaga.

ii) Bahagian B : Terbahagi kepada tiga bahagian mengikut

persoalan kajian yang mengandungi item-item

yang akan menjawab persoalan kajian. Persoalan

kajian iaitu faktor-faktor seperti minat,

persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi

pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja

amali mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Jadual 3.2 menunjukkan bilangan item-item yang dikaji merujuk kepada

persoalan kajian yang dihasilkan.

Jadual 3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian

Bil Persoalan Kajian Nombor Item Bilangan Item

1 Faktor minat 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10

2 Faktor persekitaran 11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 10

3 Faktor kemahiran 21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 10

Jumlah keseluruhan item 30

Pada bahagian B, penyelidik menggunakan Skala Binari iaitu ‘ya’ atau ‘tidak’

untuk faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja

amali Kemahiran Hidup. Menurut Mohd Najib (1999), Skala Binari ini digunakan hanya

dalam situasi yang mana tidak ada pilihan lain.

Page 43: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

27

3.5.1 Kesahan/Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan instrumen adalah satu kajian yang perlu dilakukan sebelum kajian rintis

dibuat. Kesahan instrumen ini perlu dibuat bagi menentukan tahap kebolehpercayaan

soal selidik yang akan digunakan.

Jenis kesahan yang paling penting adalah kesahan isi, yang dapat dinilai dengan

meminta kerjasama daripada pakar dalam bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan

dan kesahan set soal selidik yang disediakan (Azizi Yahya et al., 2007). Oleh itu, bagi

memastikan kebolehpercayaan soal selidik kajian ini, penyelidik telah meminta bantuan

atau kesahan daripada pensyarah-pensyarah seperti di bawah :

i) Puan NorNazira Binti Suhairom

Pensyarah dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

ii) Puan Sanitah Binti Mohd Yusof

Pensyarah dari Jabatan Asas Pendidikan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik

digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk

Page 44: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

28

memastikan tahap kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik yang digunakan.

Menurut Majid Konteng (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan dan

ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama setiap kali ia digunakan di

dalam situasi setara. Untuk kajian rintis ini, seramai 10 orang pelajar Orang Asli di

Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor Bahru telah diminta untuk

menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan ini dilakukan untuk menyamai dari segi

faktor minat, persekitaran dan kemahiran terhadap pembelajaran kerja amali Kemahiran

Hidup berdasarkan kepada tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Hasil kajian rintis

yang telah dijalankan di sekolah tersebut, keputusan yang diperolehi menunjukkan

kebolehpercayaan (reliability cronbachs) Alpha bagi keseluruhan item yang dibina ialah

0.67. Mengikut Mohamad Najib (1999), nilai cronbachs melebihi 0.6 merupakan satu

nilai kebolehpercayaan item ditahap boleh diterima pakai. Oleh itu, borang soal selidik

yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan untuk diedarkan kepada responden di tiga

buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang.

3.7 Prosedur Kajian

Pada peringkat awal, penyelidik perlu berbincang dengan penyelia pembimbing

mengenai tajuk dan bidang kajian yang hendak dikaji. Setelah bidang kajian telah

dikenalpasti iaitu berkaitan masalah pembelajaran pelajar Orang Asli, penyelidik perlu

mendapatkan data bilangan pelajar Orang Asli di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.

Apabila data pelajar Orang Asli telah dikenalpasti iaitu di tiga buah Sekolah Menengah

dalam Daerah Kluang, dapatlah penyelidik menyiapkan kertas cadangan kajian. Kertas

cadangan kajian ini mengandungi objektif kajian, kepentingan kajian, sorotan kajian dan

metodologi. Kajian ini memerlukan penyelidik menggunakan responden dalam kalangan

pelajar Orang Asli yang berada di Sekolah Menengah. Sebelum penyelidik mengedarkan

Page 45: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

29

borang soal selidik, penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

menghantar kertas cadangan kajian dan termasuk borang soal selidik. Prosedur kajian

seterusnya dapat di lihat pada carta alir prosedur kerja yang disediakan.

Rajah 3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian ( Proses pertama )

Memilih penyelia PSM :

‐ Pengesahan penyeliaan PSM (Borang C)

Menentukan tajuk kajian , objektif dan persoalan kajian (pembolehubah yang berkaitan)

Membuat perbincangan dengan penyelia mengenai tajuk yang dipilih

Jika terdapat masalah

Mengumpul maklumat awal :

‐ Masalah kajian, pernyataan yang berkaitan dengan tajuk dan lain-lain

Mencari sorotan kajian lepas : Penulisan kajian-kajian yang lepas

Tentukan persampelan :

- Saiz sampel dan pemilihan sampel

Kenalpasti konstruk kajian

Memilih kaedah kajian :

‐ Kajian deskriptif

Pembinaan Soal Selidik

Membuat pembacaan di perpustakaan dan internet berkaitan dengan masalah pendidikan Orang Asli

Page 46: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

30

Rajah 3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian ( Proses kedua )

Kajian Sebenar :

‐ Mengedar soal selidik kepada pelajar setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM dan Pengetua Sekolah

Membuat pengubahsuaian soal selidik dan persampelan

Kajian Rintis :

‐ Setelah mendapatkan kelulusan dari EPRD

Membina soal selidik :

‐ Dengan mengambilkira semua konstruk kajian (pilih kaedah proses data)

Dapatan kajian

Laporan Penuh Projek Sarjana Muda

Analisis data

Page 47: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

31

3.8 Analisis Data

Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis datanya terlebih

dahulu bagi mendapatkan hasil dapatan sesuatu kajian. Data ini akan diproses bagi

tujuan mengumpul, mengelola, menganalisis, menyimpan dan menterjemahkan data.

Dan seterusnya data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statitiscal

Package for the Social Science versi 16.0 (SPSS). Dalam kajian ini, penyelidik

menggunakan analisis deskriptif. Melalui analisis deskriptif ini, penyelidik boleh

menggunakan frekuensi dan peratusan bagi memperolehi hasil dapatan kajian. Hasil

dapatan yang diperolehi daripada hasil analisis akan ditunjukkan dalam bentuk jadual

yang mengandungi frekuensi dan peratus.

3.9 Penutup

Metodologi dalam sesebuah kajian itu sangat penting bagi memastikan kaedah

serta proses yang perlu dilakukan untuk memperoleh hasil dapatan kajian. Instrumen

kajian yang digunakan perlulah bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat. Secara

umumnya, semua yang diterangkan dalam bab ini akan dilaksanakan untuk memperolehi

data sebelum membuat analisis data.

Reka bentuk kajian yang dipilih, tempat kajian, populasi dan persampelan kajian,

instrumen kajian, cara analisis data dan tujuan menjalankan kajian juga turut

dikemukakan. Diharapkan agar dengan adanya bab metodologi ini dapat membantu

penyelidik mendapatkan hasil kajian yang jitu, tepat dan bermutu.

Page 48: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

32

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan hasil penganalisisan yang telah

diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dikutip data. Penyelidik menggunakan

perisian Statitiscal Package for the Social Science’ versi 16.0 (SPSS) bagi memperolehi

nilai kekerapan dan peratusan. Maklumat daripada analisis data tersebut diproses,

disusun terlebih dahulu dan seterusnya dirumus dalam bentuk jadual.

Sebanyak 45 set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri

daripada pelajar Orang Asli yang bersekolah di Sekolah Menengah dalam Daerah

Kluang. Dalam bab ini juga, penyelidik menganalisis dua bahagian yang terdapat dalam

soal selidik, iaitu bahagian A mengenai data biodata responden, manakala bahagian B

mengenai item-item bagi soalan kajian.

Page 49: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

33

4.2 Analisis Data Bahagian A

Analisis data pada bahagian A mengandungi data tentang jantina responden,

pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan pekerjaan ibu bapa

atau penjaga.

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi (ƒ) Peratus (%)

Lelaki 17 37.8

Perempuan 28 62.2

Jumlah 45 100.0

Merujuk kepada Jadual 4.1, kajian ini melibatkan responden seramai 45 orang

pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang. Berpandukan daripada

jadual tersebut, penyelidik mendapati pelajar perempuan adalah bilangan responden

yang tertinggi iaitu sebanyak 28 orang atau (62.2%) responden. Manakala bagi

responden dari pelajar lelaki pula adalah 17 orang atau (37.8%) responden. Ini

menunjukkan bahawa bilangan responden mengikut jantina mempunyai perbezaan yang

ketara.

Page 50: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

34

4.2.2 Pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut pilihan elektif dalam Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup yang diambil.

Pilihan Elektif

Kemahiran Hidup

Frekuensi (ƒ) Peratus (%)

Ekonomi Rumah Tangga 28 62.2

Kemahiran Teknikal 17 37.8

Sains Pertanian 0 0

Perdagangan dan

Keusahawanan

0 0

Jumlah 45 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut pilihan elektif dalam Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil. Berpandukan pada jadual 4.2, sebanyak 28

orang atau (62.2%) responden yang mengambil Ekonomi Rumah Tangga sebagai pilihan

elektif Kemahiran Hidup. Pilihan elektif Ekonomi Rumah Tangga adalah pilihan yang

tertinggi bagi pelajar Orang Asli kerana bilangan pelajar perempuan yang ramai

berbanding dengan pelajar lelaki. Manakala jumlah responden yang mengambil pilihan

Kemahiran Teknikal adalah 17 orang atau (37.8%) responden daripada keseluruhannya.

Bagi pilihan Sains Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan tiada responden yang

memilih elektif Kemahiran Hidup tersebut.

Page 51: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

35

4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga

Jadual 4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa/penjaga

Pekerjaan Ibu

Bapa/Penjaga

Frekuensi (ƒ) Peratus (%)

Bekerja Sendiri 41 91.1

Sektor Swasta 4 8.9

Sektor Kerajaan 0 0

Peniaga 0 0

Tidak Bekerja 0 0

Jumlah 45 100.0

Jadual 4.3 merupakan taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa atau

penjaga. Terdapat hanya dua pekerjaan yang dijalankan oleh ibu bapa atau penjaga

responden iaitu bekerja sendiri dan bekerja di sektor Swasta. Taburan pekerjaan ibu bapa

atau penjaga responden yang tertinggi adalah yang bekerja sendiri iaitu sebanyak 41

orang atau (91.1%) responden. Bagi taburan ibu bapa atau penjaga yang bekerja di

sektor Swasta adalah kurang daripada bekerja sendiri iaitu 4 orang atau (8.9%)

responden. Tiada ibu bapa atau penjaga responden yang bekerja di sektor Kerajaan,

sebagai peniaga dan tidak bekerja.

4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian

Pada set borang soal selidik mengandungi Bahagian B yang mempersoalkan

tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap

Page 52: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

36

kerja amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Item-item soalan yang dipersoalkan

dalam bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang telah dibuat.

Antaranya ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup seperti faktor minat, faktor persekitaran dan

faktor kemahiran. Data yang diperolehi disusun mengikut persoalan kajian seperti dalam

Jadual

4.3.1 Analisis Data 1 :

Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

Jadual 4.4 Taburan Responden Terhadap Faktor Minat

Item Pernyataan Ya Tidak

ƒ % ƒ %

1 Saya suka melakukan aktiviti amali KH

dibengkel

40 88.9 5 11.1

2 Saya memberi tumpuan sepenuhnya ketika

guru membuat demonstrasi proses kerja

39 86.7 6 13.3

3 Saya tidak sabar untuk ke kelas amali KH 26 57.8 19 42.2

4 Saya tidak suka bergurau senda dengan

rakan semasa melakukan aktiviti amali di

bengkel

28 62.2 17 37.8

5 Saya akan menyiapkan kerja sekiranya

guru tiada di bengkel

41 91.1 4 8.9

6 Saya tidak malu bertanya kepada guru, 33 73.3 12 26.7

Page 53: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

37

sekiranya ada masalah dalam melakukan

kerja amali

7 Saya akan berpuas hati setelah kerja

disiapkan dengan sempurna

45 100 0 0

8 Saya akan mempraktikkan kerja amali

yang dipelajari di rumah

31 68.9 14 31.1

9 Saya suka kerja yang menggunakan tenaga

fizikal

34 75.6 11 24.4

10 Saya tahu apa yang perlu dilakukan ketika

kerja amali tanpa arahan guru

14 31.1 31 68.9

Purata Keseluruhan

33

73.56

12

26.44

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden terhadap faktor minat. Setelah kajian

dibuat, didapati 100% responden iaitu keseluruhan responden berpuas hati jika kerja

disiapkan dengan sempurna. Pada item 10, seramai 31 responden tidak tahu apa yang

perlu dilakukan ketika kerja amali tanpa arahan guru iaitu dengan peratus 68.9%.

Manakala 14 responden atau (31.1%) responden menjawab tahu apa yang perlu

dilakukan ketika kerja amali tanpa arahan guru. Purata keseluruhan responden yang

mempunyai minat dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup adalah sebanyak

33 orang responden atau (73.56%), manakala bagi responden yang tidak berminat adalah

seramai 12 orang atau (26.44%) responden.

Page 54: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

38

4.3.2 Analisis Data 2 :

Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang

Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

Jadual 4.5 Taburan Responden Terhadap Faktor Persekitaran

Item Pernyataan Ya Tidak

ƒ % ƒ %

11 Saya dapat melakukan kerja amali KH

walaupun keadaan bengkel tidak terurus

11 24.4 34 75.6

12 Bengkel yang bersih memberi semangat

untuk saya melakukan kerja amali

44 97.8 1 2.2

13 Saya merasa selamat untuk melakukan

amali di dalam bengkel

37 82.2 8 17.8

14 Saya memerlukan ruang tempat kerja yang

luas untuk melakukan kerja amali dengan

baik

42 93.3 3 6.7

15 Pencahayaan dalam bengkel adalah baik 43 95.6 2 4.4

16 Keadaaan bengkel yang panas membuat

saya tidak selesa untuk melakukan aktiviti

amali

31 68.9 14 31.1

17 Susunan peralatan yang teratur dapat

melancarkan kerja amali yang perlu saya

lakukan

42 93.3 3 6.7

18 Hiasan yang menarik pada makmal jahitan

membuat saya seronok belajar

44 97.8 1 2.2

19 Saya boleh melakukan kerja amali dengan

baik walaupun suasana dalam bengkel

tidak terkawal

7 15.6 38 84.4

Page 55: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

39

20 Saya tidak boleh fokus pada kerja jika ada

gangguan dari luar

26 57.8 19 42.2

Purata Peratus Keseluruhan

33

72.67

12

27.33

Jadual 4.5 merupakan taburan kekerapan dan peratus responden menjawab

terhadap soalan kajian mengenai faktor persekitaran sama ada mempengaruhi

pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup. Terdapat dua soalan kajian yang responden

memberi jawapan ‘ya’ tertinggi. Seramai 44 orang atau (97.8%) responden berpendapat

bengkel yang bersih memberi semangat untuk mereka melakukan kerja amali, manakala

hanya seorang sahaja atau (2.2%) responden yang berpendapat sebaliknya. Begitu juga

dengan soalan hiasan yang menarik pada makmal jahitan membuat saya seronok belajar,

keputusannya adalah sama seperti item 12.

Pada item 11 dan 19, kebanyakan responden memberi jawapan ‘tidak’ kepada

pernyataan tersebut. Melalui data yang dikutip, penyelidik mendapati 34 orang atau

(75.6%) responden tidak dapat melakukan kerja amali KH walaupun keadaan bengkel

tidak terurus, manakala yang bersetuju pula adalah seramai 11 orang atau (24.4%)

responden. Sebanyak 33 orang atau (72.67%) responden bersetuju dengan faktor

persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali

Kemahiran Hidup, manakala 12 orang atau (27.33%) responden tidak bersetuju.

Page 56: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

40

4.3.3 Analisis Data 3 :

Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

Jadual 4.6 Taburan Responden Terhadap Faktor Kemahiran

Item Pernyataan Ya Tidak

ƒ % ƒ %

21 Saya suka membantu bapa membuat kerja-

kerja pertukangan di rumah

29 64.4 16 35.6

22 Saya mahir dalam menghasilkan projek

reka bentuk kayu

16 35.6 29 64.4

23 Saya boleh membaiki sendiri peralatan atau

mesin yang rosak

8 17.8 37 82.2

24 Saya suka mencipta peralatan untuk

kegunaan di rumah

24 53.3 21 46.7

25 Saya yakin dengan kemahiran sedia ada

untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali di

bengkel

33 73.3 12 26.7

26 Saya boleh menyelesaikan kerja amali

tanpa bantuan dari rakan-rakan

6 13.3 39 86.7

27 Saya tahu cara penanaman sayuran 31 68.9 14 31.1

28 Sekiranya ada kelapangan, saya suka

membuat kraftangan

28 62.2 17 37.8

29 Saya suka membantu ibu memasak di

dapur

34 75.6 11 24.4

30 Saya boleh menjahit pakaian sendiri jika

perlu dibaiki

22 48.9 23 51.1

Purata Peratus Keseluruhan 23 51.33 22 48.67

Page 57: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

41

Jadual 4.6 menunjukkan taburan responden terhadap faktor kemahiran. Bagi

pernyataan ‘Saya boleh menyelesaikan kerja amali tanpa bantuan dari rakan-rakan’

menunjukkan bilangan responden yang tinggi tidak bersetuju dengan pernyataan

tersebut, iaitu 39 orang atau (86.7%) responden, manakala 6 orang atau (13.3%)

responden bersetuju. Selain itu, kebanyakan responden suka membantu ibu memasak di

dapur, dengan bilangan sebanyak 34 orang atau (75.6%) responden. Sementara itu yang

tidak suka mambantu ibu memasak di dapur adalah 11 orang atau (24.4%) responden

sahaja.

Merujuk kepada jadual 4.6, terdapat kekerapan responden yang hampir sama

banyak dalam menjawab pernyataan pada item yang ke-30. Didapati seramai 23 orang

atau (51.1%) responden tidak bersetuju dengan pernyataan ‘Saya boleh menjahit pakaian

sendiri jika perlu dibaiki’ dan 22 orang lagi atau (48.9%) responden bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Daripada jadual, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran pelajar

Orang Asli dipengaruhi oleh kemahiran dalam mempelajari kerja amali Kemahiran

Hidup iaitu sebanyak 23 orang atau (51.33%) responden. Jumlah tersebut tidak berbeza

jauh dengan responden yang menjawab ‘tidak’ iaitu 22 orang atau (48.67%) responden.

4.3.4 Analisis Keseluruhan

Jadual 4.7 Taburan Keseluruhan Persoalan Kajian

Bil

Persoalan Kajian

Jumlah Peratus

Keseluruhan

YA TIDAK

1. Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar

Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

73.56

26.44

Page 58: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

42

2. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran

pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

72.67

27.33

3. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran

pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

51.33

48.67

Jadual 4.7 menunjukkan analisis keseluruhan item bagi setiap persoalan kajian.

Daripada kajian yang telah dijalankan di dapati seramai (73.56%) responden bersetuju

dengan faktor minat mempengaruhi pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup.

Manakala seramai (26.44%) menganggap faktor minat tidak mempengaruhi

pembelajaran mereka.

Bagi persoalan kajian kedua pula iaitu faktor persekitaran didapati seramai

(72.67%) responden bersetuju bahawa faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran

mereka manakala (27.33%) responden mengatakan bahawa faktor persekitaran tidak

mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran Hidup.

Seterusnya faktor kemahiran yang merupakan persoalan kajian yang ketiga.

Daripada jumlah keseluruhan di dapati seramai (51.33%) responden bersetuju bahawa

faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran

Hidup manakala seramai (48.67%) mengatakan bahawa faktor kemahiran tidak

mempengaruhi pembelajaran mereka.

Page 59: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

43

4.4 Penutup

Setelah data dalam persoalan kajian dianalisis, hasil keputusan analisis

keseluruhan diperolehi. Hasil keputusan analisis keseluruhan ini diperolehi dalam

bentuk peratusan. Nilai peratusan lebih mudah dibandingkan. Hasil keputusan daripada

persoalan kajian tersebut akan digunakan dan dibincangkan dalam bab lima iaitu

rumusan, perbincangan dan cadangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 60: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

44

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Rumusan, perbincangan dan cadangan merupakan bab yang paling akhir dalam

kajian ini. Dalam bab ini, penyelidik merumuskan kajian penyelidikan secara

keseluruhan. Manakala skop perbincangan adalah berdasarkan kepada hasil dapatan

kajian yang telah dijalankan. Penyelidik akan membincangkan setiap faktor yang telah

dinyatakan dalam objektif kajian. Di akhir bab ini, penyelidik ada mengemukakan

cadangan-cadangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dibuat. Seterusnya,

penyelidik menyatakan cadangan penyelidikan lanjutan untuk penambahbaikan kajian

yang akan datang.

Page 61: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

45

5.2 Rumusan

5.2.1 Demografi Responden

Berdasarkan kepada taburan responden mengikut jantina, majoriti responden

terdiri daripada (62.2%) adalah perempuan dan (37.8%) adalah lelaki. Bagi taburan

responden mengikut pilihan elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang

diambil pula adalah jumlah yang hampir sama. Jantina yang terdiri dari responden

perempuan mengambil pilihan Ekonomi Rumah Tangga, manakala responden lelaki

mengambil pilihan Kemahiran Teknikal. Dengan ini pilihan Ekonomi Rumah Tangga

adalah lebih tinggi berbanding pilihan Kemahiran Teknikal. Manakala tiada responden

yang mengambil pilihan Sains Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Kebanyakan ibu bapa atau penjaga responden adalah bekerja sendiri iaitu seramai

(91.1%) manakala (8.9%) adalah bekerja di sektor swasta. Tiada ibu bapa atau penjaga

responden yang bekerja di sektor kerajaan, bekerja sebagai peniaga dan tidak bekerja.

5.2.2 Faktor Minat

Daripada analisis keseluruhan bagi faktor minat, didapati (73.56%) responden

bersetuju bahawa minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja

amali Kemahiran Hidup dan (26.44%) responden tidak bersetuju. Ini menunjukkan

bahawa pelajar Orang Asli mempunyai minat untuk mempelajari kerja amali Kemahiran

Hidup dan mereka menganggap faktor minat adalah perlu ada pada setiap diri pelajar

supaya kerja yang dilakukan itu tidak bosan.

Page 62: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

46

5.2.3 Faktor Persekitaran

Dalam kajian ini didapati (72.67%) responden bersetuju bahawa persekitaran

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup

dan (27.33%) responden berpendapat bahawa faktor persekitaran tidak mempengaruhi

pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Persekitaran

yang baik dan teratur ketika melakukan kerja amali Kemahiran Hidup adalah perlu bagi

melancarkan proses pembelajaran di dalam bengkel.

5.2.4 Faktor Kemahiran

Dalam kajian ini hasil peratusan adalah (51.33%) responden bersetuju bahawa

kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali

Kemahiran Hidup dan (48.67%) responden tidak menganggap bahawa kemahiran

mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup.

Kemahiran merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran

Hidup dan setiap pelajar itu berbeza kemahirannya.

5.3 Perbincangan

Dalam bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dikaji

mengikut persoalan kajian seperti berikut :

Page 63: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

47

( i ) Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

( ii ) Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang

Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

( iii ) Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang

Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?

5.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli Terhadap

Kerja Amali Kemahiran Hidup

Minat merupakan sebahagian sikap yang ada pada setiap diri individu itu. Dalam

pembelajaran, minat itu sangat penting bagi mendorong dan mencetuskan semangat ke

arah memperolehi kejayaan. Pernyataan ini bertepatan dengan kajian Walter Vispoel dan

James Austin (1995), dalam buku Noriati A. Rashid et al., (2011), yang mendapati minat

murid terhadap pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya.

Daripada hasil kajian yang telah diperolehi, purata keseluruhan didapati seramai

33 orang atau (73.56%) responden bersetuju bahawa faktor minat mempengaruhi

pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

Ini menunjukkan bahawa pelajar Orang Asli mempunyai minat dalam mempelajari kerja

amali Kemahiran Hidup di bengkel.

Page 64: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

48

Lantaran dari minat yang ditunjukkan oleh pelajar Orang Asli terhadap

pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup, majoriti pelajar Orang Asli menyatakan

berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna. Iaitu seramai 45 orang atau

(100%) responden. Kerja amali yang dilakukan perlu disiapkan mengikut tempoh masa

yang ditetapkan. Jadi dengan besertakan minat dan kesungguhan, pelajar Orang Asli

akan berusaha menyiapkan kerja amali sebelum tempoh tarikh akhir.

Daripada analisis taburan responden, seramai 41 orang atau (91.1%) responden

bersetuju akan menyiapkan kerja sekiranya guru tiada di bengkel. Peratusan ini

menunjukkan bahawa responden tidak mengambil kesempatan untuk tidak membuat

kerja ketika ketiadaan guru di bengkel. Ada kalanya, guru terpaksa keluar dari bengkel

sekiranya ada urusan di pejabat. Pernyataan ini di sokong oleh Adzlawatee (2003), iaitu

minat memberi kesan yang mendalam untuk memandu, meransang atau mendorong

untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang ini bersetuju

menyokong bahawa minat mempengaruhi pembelajaran mereka dalam melakukan kerja

amali Kemahiran Hidup di bengkel sekolah.

5.3.2 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli

Terhadap Kerja Amali Kemahiran Hidup

Persekitaran di dalam bengkel yang baik, bersih dan terkawal membolehkan

pelajar menjalankan kerja amali dengan tenang dan lancar. Ini termasuklah dengan

kemudahan kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel. Berikutan

Page 65: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

49

dengan itu, Ee Ah Meng (2003), pihak sekolah perlu memastikan bahawa perabot yang

terdapat di sekolah adalah sesuai, peredaran udara yang baik ,ruang yang mencukupi

serta tempatnya terang.

Hasil daripada analisis kajian menunjukkan pelajar Orang Asli bersetuju bahawa

persekitaran mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran

Hidup. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan purata keseluruhan yang menunjukkan

seramai 33 orang atau (72.67%) responden bersetuju dengan faktor persekitaran ini.

Seramai 44 orang atau (97.8%) responden bersetuju mengatakan bahawa bengkel

yang bersih memberi semangat untuk melakukan kerja amali. Bengkel yang bersih

membolehkan pelajar menghasilkan projek kerja amali yang bagus dan menarik. Selain

bengkel yang bersih, pencahayaan dalam bengkel juga perlu bagi memudahkan pelajar

melakukan kerja amali. Seramai 43 orang atau (96.6%) responden bersetuju bahawa

pencahayaan dalam bengkel adalah baik.

Justeru itu, responden memerlukan ruang tempat kerja yang luas untuk

melakukan kerja amali dengan baik. Iaitu seramai 42 orang atau (93.3%) responden.

Ruang tempat kerja yang luas memberikan keselesaan kepada responden melakukan

kerja amali jika bilangan mereka ramai. Keselesaan dan keceriaan ini dapat membantu

pelajar meningkatkan kemajuan mereka dalam bidang pelajaran (Saedah Kordi, 1999).

Oleh itu, persekitaran di dalam dan luar bengkel amatlah penting bagi

membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan selesa di samping dapat

melakukan kerja amali dengan tenang dan sempurna. Pendapat ini bertepatan dengan

pandangan oleh Noriati A. Rashid et al., (2011), iaitu mengatakan pengurusan

Page 66: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

50

persekitaran fizikal akan mempengaruhi murid dan suasana pengajaran dan

pembelajaran mereka.

5.3.3 Faktor Kemahiran Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli

Terhadap Kerja Amali Kemahiran Hidup

Dalam kerja amali Kemahiran Hidup memerlukan kemahiran sedia ada daripada

pelajar bagi menyempurnakan projek kerja. Melalui proses melakukan kerja amali,

pelajar juga akan mendapati kemahiran dan seterusnya boleh mengaplikasi kemahiran

tersebut ke dalam kehidupan seharian. Ini bersesuaian dengan pendapat Saipulbahri

Saari (2010), pelajar dapat mengaplikasikan di rumah dan dalam kehidupan harian

tentang apa yang telah dipelajari di sekolah dengan baik mengikut kefahaman pelajar

yang telah dilalui.

Dari dapatan analisis keseluruhan menunjukkan seramai 23 orang atau (51.33%)

responden bersetuju bahawa kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Terdapat perbezaan yang tidak jauh dengan

jumlah analisis yang tidak bersetuju dengan faktor kemahiran iaitu 22 orang atau

(48.67%) responden. Ini mungkin disebabkan, masih terdapat pelajar Orang Asli

menganggap bahawa mereka tidak perlu mempunyai kemahiran untuk mempelajari kerja

amali Kemahiran Hidup.

Hasil analisis, menunjukkan terdapat seramai 33 orang atau (73.3%) responden

yakin dengan kemahiran sedia ada untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali di bengkel.

Di rumah, pelajar Orang Asli sudah didedahkan dengan cara hidup yang menyara

Page 67: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

51

kehidupan sendiri. Menurut Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah (2007),

Orang Asli sering dikenali sebagai kelompok manusia yang kaya dengan kemahiran,

yang membolehkan mereka terus hidup secara harmoni dalam alam semula jadi. Oleh

itu, tidak hairanlah jika, pelajar Orang Asli ini dapat mengaplikasikan kemahiran yang

sedia ada untuk melakukan kerja amali Kemahiran Hidup.

5.4 Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, berikut dikemukakan beberapa

saranan kepada pihak yang terlibat. Antara saranan adalah seperti berikut :

i. Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan bengkel yang mencukupi kepada

pelajar Orang Asli. Ini kerana bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan dapat

menimbulkan rasa seronok kepada pelajar untuk melakukan kerja amali.

Seterusnya, mereka akan lebih berminat untuk kelas yang akan datang

ii. Daripada hasil kajian menunjukkan pelajar Orang Asli mempunyai minat dan

kemahiran dalam melakukan kerja amali Kemahiran Hidup. Oleh itu, pihak

sekolah boleh mewujudkan satu program yang berkaitan dengan mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Contohnya, pelajar ini diberi tugasan menanam sayur-sayuran

menggunakan sistem fertigasi

iii. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan yang berkaitan dengan

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar Orang

Asli melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

Page 68: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

52

iv. Daripada pemerhatian penyelidik ketika mendapatkan data, penyelidik

mendapati pelajar Orang Asli kurang mempunyai pengetahuan dalam bidang

Teknik dan Vokasional. Mereka juga menganggap mata pelajaran Kemahiran

Hidup tidak begitu penting dan tidak tahu hala tuju jika berminat dengan

Kemahiran Hidup. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan tiada penawaran Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) ditawarkan di tingkatan empat. Oleh itu, pihak

sekolah boleh mengadakan satu kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada

pelajar Orang Asli ini supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat

tertinggi jika tidak berjaya dalam bidang akademik.

v. Guru-guru sekolah yang bukan mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup harus

bekerjasama dengan guru KH dalam mengendalikan atau menganjurkan program

yang berkaitan dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar Orang

Asli

5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan   Penyelidikan lanjutan boleh dilakukan dengan lebih menyeluruh bagi

mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pembelajaran kerja amali dalam

kalangan pelajar Orang Asli. Beberapa cadangan penyelidikan lanjutan diusulkan bagi

penyelidikan yang akan datang, antaranya :

i. Melibatkan bilangan sampel yang lebih ramai dan mengenalpasti bilangan

pelajar Orang Asli yang ramai di sesebuah sekolah yang terdapat di

Semenanjung Malaysia

Page 69: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

53

ii. Kajian akan datang dibuat dengan menggunakan kaedah temubual agar

maklumat lebih luas dan pelajar lebih terbuka memberi penerangan

iii. Kajian mengenai pengetahuan pelajar-pelajar Orang Asli terhadap kepentingan

mata pelajaran Kemahiran Hidup

iv. Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar Orang Asli

mengikut Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Akademik

Harian

5.6 Penutup

Berdasarkan tinjauan ini, maka bolehlah dirumuskan bahawa faktor-faktor yang

telah dipilih iaitu minat, persekitaran dan kemahiran telah memberi kesan yang positif

kepada pencapaian kebolehan pelajar Orang Asli melakukan kerja amali Kemahiran

Hidup.

Peratusan keseluruhan menunjukkan ketiga-tiga faktor tersebut berada pada

tahap yang baik. Faktor minat dan persekitaran menunjukkan peratusan yang sama

tinggi. Melalui adanya minat yang mendalam serta persekitaran yang baik dapat

memberikan semangat dan juga motivasi kepada pelajar Orang Asli.

 

 

 

 

 

Page 70: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

54

BIBLIOGRAFI

Adzlawatee Binti Isnin (2003). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar-pelajar

Melanjutkan Pelajaran ke Tingkatan Empat Kemahiran (SKM). Tinjauan Di

Sekolah Menengah Teknik Muar. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai.

Amran Khalid (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional

Yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2004). Malaysia Kita. Kuala Lumpur :

International Law Book Services.

Azizi Yahaya et al. ( 2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur

: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azmi Bin Othman (2002). Persepsi Pelajar Orang Asli Di Asrama Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli/Kementerian Pendidikan Di Daerah Bentong Terhadap pendidikan

Teknik Dan Vokasional. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Malaysia : Mc Graw-Hill.

Crow L.D dan Crow L. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan. Diterjemahkan

oleh Habibah Alias. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

E Pei Sze (2007). Persepsi, Minat dan Faktor-faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti

Kokurikulum di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Projek

Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 71: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

55

Ee Ah Meng (2003). Pendidikan di Malaysia ( Semester V ). Shah Alam : Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Ellstrom. P.E. (2001). “Integrating learning and work problems and prospects”, Human

Resource Development Quarterly, Vol. 12 No. 4, pp. 421 – 35.

Gangagoury A/P Chinnapan (2010). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan

Pembelajaran KH diSekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru.

Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Hasan Mat Nor (1998). Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Jabatan

Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.

Hazlina Binti Harun (2003). Persepsi Pelajar Orang Asli Di Daerah Temerloh, Pahang

tentang pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Projek Sarjana Muda : Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Imran Idris (1993). “Perubahan Dunia Vokasional : Satu Cabaran Kepada Sistem

Pendidikan”. Jurnal Pendidikan. 32. 14 – 21.

Kamaros Zaman Mohd. Affendi (2008). Kemahiran Hidup Bersepadu ( Pilihan

Ekonomi Rumah Tangga ). Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah (2007). Pembangunan Mapan Orang

Asli. Universiti Teknologi Malaysia : Penerbit UTM anggota Persatuan Buku

Malaysia.

Kamus Dewan (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 72: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

56

Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2009). Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Longman (1997). Kuala Lumpur : Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1999). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat

(Laporan Keciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan Pelajaran. Kuala

Lumpur : BPPP dan Jabatan Perangkaan, 1973. V, 147 muka surat

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Fauzi Yaacob (2006). Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Majid Konteng (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :

Universiti Putra Malaysia.

Mohd Nawi Ab Rahman (2000). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia : Bintulu,

Sarawak.

Mohd Noh (1994). Disiplin Di Sekolah. Dewan Masyarakat. 1994, Februari.

Mohd Risdi Bin Mohd Daud (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif Pelajar

Orang Asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah

Rompin Pahang. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Page 73: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

57

Mok Soon Sang (2000). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Muzlifah Binti Saadon (2004). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Tingkatan Empat Aliran Vokasional Dalam Menjalankan Aktiviti

Keusahawanan Di Sekolah Menengah Tekniki Negeri Selangor. Projek

Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Nong Pai (Julai – Disember 1999, Julai – Disember 2000 dan Dis 2002) Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli (JHEOA), KPLB Kuala Lumpur.

Noriati A. Rashid et al. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd :

Shah Alam, Selangor.

Nurakhmar Binti Mohamed Azhar (2007). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar

orang asli Kurang Memilih aliran pendidikan Aliran Teknik dan Vokasional. .

Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1.

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Panitia Kemahiran Hidup. Kuala Lumpur :

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Organisasi Kandungan Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Saedah Kordi (1999). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian PMR, di

Kalangan Pelajar Orang Asli di Tiga Buah Sekolah di Mukim Tapah, Perak.

Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 74: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

58

Saipulbahri Saari (2010). Aplikasi Kerja Amali Elemen Ekonomi Rumah Tangga Dalam

Kehidupan Seharian Di Kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Di Dua Buah

Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Projek

Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia,

Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Loh Print Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Al Sagoff ( 1985 ). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur :

Heinmann Asia.

Siti Atiqah Binti Sharudin (2007). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bengkel Vokasional di Dua Buah

Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Projek Sarjana Muda : Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Sulaiman Ngah Razali (2002). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Toh Kit Siang et al. (2008). Pendidikan Orang Asli. Projek Sarjana Muda : Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tengku Maizura Binti Tengku Musa (2008). Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Akhir

(perdana) Program Kemahiran Hidup Dalam Pembelajaran Teori dan Amali.

Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Universiti Teknologi Malaysia ( 2002 ). Panduan Menulis Tesis Universiti Teknologi

Malaysia. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia

Page 75: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah

59

Yahya Buntat et al. (2006). Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Keperluan

Pembelajaran Di Sekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik

Dan Vokasional. 9-10 Disember. Senai Johor Bahru, Johor : 201 -211.

Zaidatol Akmaliah. Kemahiran Keusahawanan Dalam Pendidikan Vokasional : Suatu

Jaminan Kerjaya. Jurnal Pendidikan. 1993. 37(78): 30–38.