FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI, JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES TANG CHIEW HA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI,

JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES

TANG CHIEW HA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

PSZ 19;16 (Ptnd.lD?)

CATATAN: * Potongyangtidakberkenean

*' fika tesir ini SULIT atau TERHAI), sita lanpirkan surat drripadr pihak berkuese /

organisasi herken*an dengan menyrtakan sekali sebrb den tenrpoh tesis ini perlu

dilrclnskan sebegei SULIT atau TERHAD.

<) t$is dimaksudkan sebagsi t€sis ljarah Doldor Fnlsafeh dan Sarjana drn Sarjane

reura penyelidikan , atau disertasi bagi pcngaiian sec*ra kerja kurrus dan

penyelidikan, atau Laporan Sarjana Mude (PSM).

BORANG PENGESAI{AN STATI'S TEStr }

JUDUL : fAIffpR-rAI{Tp.R YANG ME$TENSSR, Uq ryESLAIilANB,rr,r,rpIs,pI{qIrAHlr{FrNqNc,asI(DBANc-.s$.+l{p4r}pAlp.I sEsrT+s, s{up"A'I. Jpqq* qAFRU. srtTu K4.JIAI!{ Kpq

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

saya TAlsc,QH"IElv HA(flURUT'�BESAR)

mengaku mernbenarkan tesis (PSM / Sarjma / Doktor Fatsafah) * ini disimpm diPerpustaham Universiti Teknologi Malaysia de,ngur syarat-syarat kegunaan s€eerti berikut:

l. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpusmkaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujum

pongajiar sahaja3. PerpusUkaar dibenakm mernbuat salinan tesis ini sebagai bahar pertukaran ailtara

instihsi pe,rgajian tinggi.4. ** Silatmdakan({ )

(Mengandrmgi maklurnat yang berdarjah keselmstm ataukepentingan Malaysia sep€rti terssktub di dalamAKTA RAITSIA RASMI 1972)

(Megandungi maklumm TtrRHaD yang telah dite,ntukanoleh organisasi I badan di mana penyelidikan dijalenkan)

TERHAD

TIDAKTERHAD

I? n t r

( W W' GAITDATANGAN PENULTS)

Alamat Tetap: P.O.BOX 462,

95108 SARIKEISARAWAK.

t , t

Tmikh: YLlct{(bb

z-\ tDisahkan {q ) ,lr^.-//(TANDAT4NGAN pENYELTA)

MOHD RTZAL BIN MOHDSAID

Naura Peuyeliat /

Tmikh: ?'4 | L+ lot

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

fr

o'$�sys akui bahawn saya tslah membrca karya ini dan @ pnngngan srya karys ini

adal* mmdai dari segr skop dsn kwliti rmfi* fiaiuru pengmrqsrabn ijq"ffh

$mjum Muda Tfulogi $erta Pedid*km {Kem&iran Hidup}".

Tanda&ngm

Narm Penyelia

Tsri*tu -: En. Mohd

7-{

..$**>-

jz-".r;xB.."';.-t=;1*--

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI,

JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES

TANG CHIEW HA

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

ll

rri

€iSaya slsi knry$ ini adalsh he*il kerjr sflyt s€ndiri hcuali nukilen d*n

ringkaran yflng tinftiap sntunya tclah *aye jelnskan sumbernya.'

I

Tanderangan , .....,ff..%,.or...!,rair.r,i...n

Nam* Fennlis :TANG CHIIWHA

Terihh ,.fr1.0.31*,.td.r..r......,...*d.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

iii

DEDIKASI

Ditujukan Khas Untuk:

1. En. Mohd Rizal Bin Mohd Said

2. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

3. 78 orang Responden Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai

Tidak Ketinggalan:

Untuk ayah dan bonda yang tercinta dan terhormat.

Untuk satu-satunya abang yang tersayang dan tercinta.

Terima Kasih Di Atas Sokongan, Galakan Dan Bantuan Yang Dicurahkan.

“Semoga Menikmati Kejayaan Bersama”

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan. Adalah satu kebangggaan dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda saya bagi sesi 2005 / 2006 di Universiti Teknologi Malaysia.

Segala halangan dan cabaran yang timbul dalam proses perancangan, penyediaan,

penulisan dan penghasilan tesis telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran,

ketekunan dan keazaman yang tinggi.

Saya berasa terhutang budi sekali terutamanya kepada pensyarah bimbingan

saya, En. Mohd Rizal Bin Mohd Said dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Beliau telah bersama saya mengharungi semua

proses penyiapan projek sarjana muda dengan penuh dedikasi, sabar dan tekun. Di

atas bimbingan beliau yang penuh professional, teguran beliau yang penuh

kesabaran, bantuan yang penuh ikhlas dan curahan ilmu pengetahuan beliau telah

membantu menjayakan Projek Sarjana Muda saya yang berjudul Faktor-faktor Yang

Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai di Sekitar

Skudai, Johor Bahru. Satu kajian kes. Sehubungan ini, dengan penuh keikhlasan,

ingin saya merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ucapan terima kasih

kepada En. Mohd Rizal Bin Mohd Said.

Di samping itu juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

penghargaan saya kepada kedua-dua ibu bapa yang tercinta dan abang yang

tersayang. Atas galakan, nasihat dan dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian

sarjana muda ini dengan jayanya. Sokongan moral dan bantuan kewangan yang

berterusan amatlah dihargai dan diingati buat selama-lamanya. Tanpa sokongan dari

keluarga, pastinya saya tidak dapat menyiapkan kajian dan penulisan tepat pada

masanya. Semua cabaran dan halangan diharungi dengan sabar dan cekal atas

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

v

sokongan moral dari keluarga. Terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa dan abang

yang tersayang.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang turut

menghulurkan bantuan baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan Projek Sarjana Muda saya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang

berkaitan dalam membantu saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih sekali lagi.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

vi

ABSTRAK

Masalah buli di kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh

masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Skudai, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan set soal selidik sebagai

instrumen kajian dan melibatan seramai 78 orang responden. Kajian rintis telah

dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi

terhadap 10 orang responden dan Nilai Alpha Cronbach adalah 0.8865. Data-data

yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package

for the Social Science) Version 11.5. Kaedah persampelan yang digunakan adalah

sampel bertujuan. Hasil kajian menunjukkan faktor persekolahan merupakan faktor

pelajar membuli di sekolah. Bagi membendung masalah ini, penyelidik

mencadangkan agar semua pihak bekerjasama dalam membendung masalah

perlakuan buli ini. Diharap kajian ini dapat menjadi satu panduan dan dapat

memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti masa kelak.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

vii

ABSTRACT

Bullying among secondary school students become a hot issue discussed by

society. This study is done in order to identify the factors which influence the bully

problems among the student of Skudai Secondary School, Johor Bahru. Set of

questionaires was constructed as the studying instrument for 78 respondents. The

reliability value of 0.8865 was the result for the pilot test which was conducted at

Taman Kota Jaya Secondary School at Kota Tinggi with 10 respondents. The

findings of the study was processed with SPSS (Statistical Package for the Social

Science) Version 11.5 program. Analysis shows that schools factor influence on

students bully problems. All parties are suggested to work together to overcome

further serious bully problems. Hopefully, this survey will give a guideline and

information for the school, and the Ministry of Education in producing quality

students in the future.

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv-v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii-xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xi

PENDAHULUAN

BAHAGIAN SATU

BAB I PENGENALAN 1-11

1.1 Pengenalan 1-5

1.2 Latar Belakang Masalah 5-6

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7-8

1.6 Kepentingan Kajian 8-9

1.6.1 Pihak Sekolah

1.6.2 Pihak Guru

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

ix

1.6.3 Pelajar

1.6.4 Penyelidik

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah / Terminologi Istilah 10-11

1.8.1 Faktor

1.8.2 Mempengaruhi

1.8.3 Perlakuan

1.8.4 Buli

1.9 Kesimpulan 11

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN 12-37

2.1 Pengenalan 12-15

2.2 Faktor Diri Pelajar 15-18

2.3 Faktor Keluarga 18-23

2.4 Faktor Persekitaran 23-26

2.4.1 Masyarakat 26-29

2.4.2 Rakan Sebaya 29-31

2.5 Faktor Persekolahan 31-33

2.5.1 Guru-guru Sekolah 34-36

2.5.2 Peraturan Sekolah 36-37

2.6 Kesimpulan 37

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI 39-47

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39-40

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

x

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Sampel Kajian 40-41

3.5 Instrumen Kajian 41-42

3.6 Kaedah Pemarkatan 43

3.7 Kajian Rintis 43-44

3.7.1 Kebolehpercayaan 44

3.7.2 Kesahan Soal Selidik 45

3.8 Analisis Data 45

3.9 Prosedur dan Tatacara Kajian 46

3.10 Kesimpulan 47

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA 48-72

4.1 Pengenalan 48

4.2 Keputusan Analisis Data 48

4.2.1 Latar Belakang Responden 49-52

4.2.2 Pengalaman Perlakuan Membuli Atau

Dibuli Di Kalangan Pelajar 52-54

4.2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Kelakuan Membuli 54-70

4.2.3.1 Persoalan Kajian 1:

Adakah faktor diri pelajar

menjadi punca kelakuan buli

di kalangan pelajar? 55-58

4.2.3.2 Persoalan Kajian 2:

Adakah faktor keluarga

mempengaruhi pelajar terlibat

dalam kegiatan buli? 59-62

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

xi

4.2.3.3 Persoalan Kajian 3:

Adakah faktor persekitaran

menyumbang kepada berlakunya

gejala buli di kalangan pelajar? 63-66

4.2.3.4 Persoalan Kajian 4:

Adakah faktor persekolahan

menyebabkan pelajar terlibat

dalam perbuatan buli? 67-70

4.2.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 71-72

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 73-90

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1

Peranan Pelajar 74-75

5.3 Perbincangan Persoalan Kaiian 2

Peranan Ibu Bapa 76-77

5.4 Perbincangan Persoalan Kaiian 3

Peranan Persekitaran 78-80

5.5 Perbincangan Persoalan Kaiian 4

Peranan Persekolahan 80-82

5.6 Cadangan 82-90

5.6.1 Pelajar 83

5.6.2 Ibu Bapa 84-85

5.6.3 Masyarakat 85-86

5.6.4 Pihak Sekolah 87-89

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 89-90

5.8 Kesimpulan 90

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

xii

BAHAGIAN ENAM

SENARAI RUJUKAN 91

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 98

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengelasan Item 42

3.2 Skala Likert 43

4.1 Taburan Tingkatan Responden Mengikut

Frekuensi Dan Peratus 49

4.2 Taburan Umur Responden Mengikut

Frekuensi Dan Peratus 49

4.3 Taburan Jantina Responden Mengikut

Frekuensi Dan Peratus 50

4.4 Taburan Bangsa Responden Mengikut

Frekuensi Dan Peratus 50

4.5 Taburan Jumlah Adik-beradik Termasuk

Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 50

4.6 Taburan Status Bekerja Bapa Responden

Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51

4.7 Taburan Status Bekerja Ibu Responden

Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51

4.8 Taburan Anggaran Pendapatan Bulanan Keluarga

Mengikut Frekuensi Dan Peratus 52

4.9 Pengalaman Perlakuan Membuli Atau Dibuli 53

4.10 Peranan Diri Sendiri Di Dalam Pembentukan

Kelakuan Pelajar 55

4.11 Peranan Ibu Bapa Di Dalam Pembentukan

Kelakuan Pelajar 59

4.12 Peranan Masyarakat Dalam Pembentukan

Kelakuan Pelajar 63

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

xiv

4.13 Peranan Guru Di Dalam Pembentukan

Kelakuan Pelajar 67

4.14 Taburan Peratusan Responden Secara

Keseluruhan Persoalan Kajian 71

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

xv

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Muka Surat

4.1 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor

Diri Pelajar Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli

Di Kalangan Pelajar 58

4.2 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor

Keluarga Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli

Di Kalangan Pelajar 62

4.3 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor

Persekitaran Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli

Di Kalangan Pelajar 66

4.4 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor

Persekolahan Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli

Di Kalangan Pelajar 70

4.5 Taburan Responden Secara Keseluruhan

Persoalan Kajian 72

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada nilai

dan warisan budaya masyarakat iaitu ia dikaitkan dengan fungsi pembudayaan atau

sosialisasi pendidikan (Robiah, 1990). Ini adalah untuk menjadikan mereka

warganegara yang baik dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

Sistem pendidikan di Malaysia mula mengorak langkah ke arah pendidikan

yang berterusan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Usaha ini adalah bagi menanam,

melahirkan dan mempertingkatkan nilai moral individu di samping

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

(Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2003). Pendidikan secara keseluruhanya

ialah suatu yang membentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses sosial ini

membolehkan seseorang individu memperolehi keyakinan dan pertumbuhan kendiri,

melalui satu keadaan yang terpilih dan dikawal serta diinstitusikan oleh masyarakat

atau negara. Sistem pendidikan sesebuah negara ialah kegiatan yang dijalankan

secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani dengan

tujuan untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan

yang sempurna (Mohamad Najib, 2004).

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

2

Dalam senario pendidikan sekarang terdapat pelbagai masalah disiplin yang

tidak terkawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti masalah tingkah laku

antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di kawasan sekolah (Fortin, L.,

2003). Masalah ini semakin berleluasa dan meningkat ke tahap yang

membimbangkan berikutan dengan beberapa kes buli sejak kebelakangan ini.

Akhbar-akhbar tempatan turut memaparkan pelbagai kes mengenai kemerosotan

akhlak di kalangan pelajar.

Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, mengalami kecederaan parah

di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima seniornya di asrama

sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Kemudian pada 8 Ogos, seorang

pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Bukit Besi, Dungun,

Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya

hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita Harian, 23 Ogos 2005).

Diikuti dengan kes Shahrul Fazrmee Salleh A Suhaimi yang mengalami

kecederaan di kaki, belakang badan dan kepalanya akibat dibelasah oleh sekumpulan

pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Maahad Muar,

Johor pada 26 Julai yang lalu. Kira-kira seminggu sebelum itu, seorang pelajar

tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Jalan Changkak Jong,

Perak, juga dibelasah oleh 10 pelajar senior asrama sekolah itu menyebabkan

mangsa, yang berusia 16 tahun, patah tangan kanan, lebam badan dan muka (Berita

Harian, 23 Ogos 2005).

Kemudiannya diikuti dengan kes Mohd Hafizi Jumhari yang mengalami

kecederaan parah sehingga salah satu buah pinggangnya terpaksa dibuang akibat

dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,

Johor Bahru pada Ogos 2003. Kes kematian adik Mohammad Farid Ibrahim akibat

pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul serta dipijak oleh lapan pelajar

tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor,Negeri

Sembilan telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia. Lebih setahun selepas

kematian Muhammad Farid, sekali lagi masyarakat digemparkan dengan kejadian

yang menimpa ke atas Muhammad Afiq Baharuddin yang hanya berumur tiga belas

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

3

tahun. Kejadian ini berlaku pada April dan Mei lalu di Sekolah Menengah Agama

Padang Tengku (SMAPT) di Kuala Lipis, Pahang. Muhammad Afiq dibelasah,

dipijak belakang badan dengan but kadet polis dan kepalanya dihentak ke almari

pada pertengahan April dan awal Mei lalu. Muhammad Farid dan Muhammad Afiq

masing-masing berkongsi nasib buruk, kedua-dua pelajar merupakan mangsa buli

pelajar senior di asrama (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Sebelum kejadian yang membabitkan Mohd Afiq, seorang pelajar tingkatan

dua sekolah itu, Badri Zainal Ali telah ditampar oleh pelajar senior sehingga dia

hampir mengalami risiko pekak. Kes buli ini telah mendapat perhatian Duli Yang

Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri

Hishammuddin Tun Hussein turun padang untuk mengetahui situasi yang berlaku.

Jelas di sini bahawa kes buli ini amat dipandang serius dan sudah pasti mereka yang

bersalah akan dihadapkan ke muka keadilan (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Menurut Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2000, secara

keseluruhannya kadar Jenayah Indeks yang dicatatkan adalah sebanyak 167,173 kes

berbanding 169.115 kes pada tahun 1999 (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia

2000, hlm 10-13). Ini menunjukkan Jenayah Kekerasan meningkat sebanyak 447 kes

atau 2.11% iaitu daripada 21,157 kes pada tahun 1999 kepada 21,604 kes pada tahun

2000. Seramai 5,829 orang juvana telah ditangkap kerana melakukan berbagai

kesalahan jenayah berbanding tahun 1999 seramai 6,538 orang. Bangsa Melayu

merupakan yang paling tinggi iaitu lelaki 61.8% dan perempuan 0.9% manakala

bangsa Cina, lelaki 16.1% dan perempuan 0.33%. Bagi bangsa India pula, lelaki

dengan peratusnya sebanyak 12.8% dan perempuan 0.1% (Laporan Tahunan Polis

Diraja Malaysia 2000, hlm 10-13).

Menurut Perangkaan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) pula, kes baru

juvana di Johor dengan jumlah kesnya sebanyak 558 kes iaitu kedua tertinggi selepas

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah kes juvana sebanyak 581 kes.

Kes juvana yang bersabit dengan orang mencatat jumlah kes sebanyak 532 kes.

Statistik Penjara dalam Jabatan Penjara Malaysia (1996) pula mencatatkan sebanyak

3,056 (11.04%) banduan sabitan berusia kurang daripada 21 tahun.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

4

Robiah (1994) mengatakan bahawa pendidikan bermutu sudah banyak

diperkatakan oleh para pemimpin, golongan pendidikan dan rakyat umum. Laporan

Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1974, dikatakan laporan untuk memperbaiki

mutu dan kualiti pendidikan dan pengurusannya. Terdapat banyak syor-syor

ditujukan untuk memperbaiki kurikulum, disiplin, pengurusan sekolah dan lain-lain.

Sungguhpun langkah-langkah untuk memenuhi saranan laporan itu berjalan dengan

lancar, namun isu-isu berkaitan dengan mutu pendidikan masih lagi dibangkitkan

satu demi satu. Ini membayangkan bahawa aspek kualiti itu merupakan sesuatu yang

tidak tetap, relatif, dan wujud setiap masa. Fenomena ini amat bertentangan dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang

benar-benar berkualiti dan berguna untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Sikap agresif yang berterusan

boleh mendorong seseorang pelajar itu melakukan perbuatan membuli. Kebanyakan

kes buli ini dikatakan berpunca daripada sikap remaja sendiri yang terlalu mengikut

gelodak jiwa, yang seiring dianggap suka memberontak, tinggi sifat ingin tahu

sehinggakan membelakangkan peraturan.

Unit keluarga merupakan institusi utama dalam masyarakat dan ianya

memainkan peranan penting dalam menyediakan keperluan sosial, ekonomi dan

kebajikan individu. Ia juga merupakan institusi yang memberi perlindungan dari

segi ekonomi, sosial dan fizikal (Unit Perancangan Ekonomi, 1999). Olwes (1978)

dalam Besag, (1989) mengatakan bahawa antara faktor-faktor pelajar membuli,

faktor keluarga merupakan faktor yang paling signifikan. Mitcel dan O’Moore

(1988) dalam Besag, (1989) mendapati satu pertiga daripada mereka yang terlibat

dalam buli sama ada mangsa buli atau pembuli, masing-masing mempunyai latar

belakang keluarga yang bermasalah.

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya perlakuan buli.

Kajian Dr Noran Fauziah Yaakub dalam Muhammad Hisyam (2005) yang bertajuk

“Memahami faktor-faktor tingkah laku buli di kalangan murid sekolah rendah”

mendapati ada pembuli yang tidak mempunyai prestasi akademik yang baik. Faktor

utama ialah kerana pembuli berasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara

lisan dan juga fizikal. Sesetengah pembuli menganggap perbuatan mengganggu

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

5

orang lain sebagai hobi di samping punca lain yang bersifat perasaan seperti benci,

marah dan mahu membalas dendam terhadap mangsa (Muhammad Hisyam, 2005).

1.2 Latar Belakang Masalah

Mohd Salleh (1998) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi

pendidikan yang berbentuk formal di mana ia membentuk pemikiran, tingkahlaku

dan sikap para pelajar bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental

mahupun rohani. Menurutnya lagi, semenjak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dilancarkan pada tahun 1989, beberapa unit di bawahnya termasuk sekolah telah

diarah untuk melaksanakan matlamat tertentu. Antara ciri dan matlamat yang

ditekankan oleh pihak sekolah ialah dari segi pencapaian akademik dan pembentuk

akhlak mulia.

Memandangkan pendidikan memainkan peranan yang penting, Kementerian

Pendidikan berusaha menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh,

dan mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting

adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan individu untuk

meninggikan lagi kemampuan supaya menjadi anggota masyarakat yang berkualiti.

Namun begitu, masih terdapat kalangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku

dan disiplin. Masalah salah laku dan disiplin pelajar semakin menular dan susah

untuk dikawal dan boleh dianggap serius oleh Kementerian Pendidikan. Jika ia

dibiarkan menular, ia pasti akan terus meracuni generasi muda kita. Ini akan

menyebabkan pihak sekolah gagal melaksanakan aktiviti hariannya seperti

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada

masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan

sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar. Konflik jiwa, pemberontakan

batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikan

akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

6

mencederakan rakan-rakan, membuli dan sebagainya (Utusan Malaysia, 12 Julai

2002).

Jika dilihat dari laporan dan berita yang dipaparkan, masalah buli ini

bukanlah masalah yang baru, ia telah wujud sejak beberapa abad yang lalu dan baru

saja dikenalpasti sebagai masalah oleh seluruh dunia (Camodeca & Goossens, 2005).

Walaupun program pencegahan dilakukan, namun isu ini masih menjadi masalah

yang signifikan di sekolah (Rigby, 1997).

Menurut Demko (1996), tindakan buli ini akan mengakibatkan masalah

kesihatan mental di mana ia akan mempengaruhi kehidupan mangsa buli walaupun

telah tamat persekolahannya. Keputusan akademik turut akan terjejas berikutan

dengan gangguan mental dan fizikal akibat perbuatan buli. Sekiranya masalah buli

ini tidak dibendung, pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan

negara.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata

sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau

pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan

bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau

kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya

menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar

untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita

adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif-objektif umum kajian ini ialah untuk:

(i) Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar menjadi punca utama

perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(ii) Untuk mengenalpasti sama ada faktor keluarga menjadi punca utama

perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(iii) Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekitaran menjadi punca utama

perlakuan membuli pelajar di sekolah.

(iv) Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekolahan menjadi punca utama

perlakuan membuli pelajar di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek penyumbang ke arah

kelakuan buli di kalangan pelajar.

1.5.1 Adakah faktor diri pelajar menjadi punca kelakuan membuli di kalangan

pelajar?

1.5.2 Adakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan

membuli?

1.5.3 Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada berlakunya gejala membuli

di kalangan pelajar?

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAKUAN BULI DI … · faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di sekolah menengah kebangsaan skudai di sekitar skudai, johor bahru. satu kajian

8

1.5.4 Adakah faktor persekolahan menyebabkan pelajar terlibat dalam perbuatan

membuli?