FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) DALAM MATA PELAJARAN SAINS MENGIKUT ETNIK NUR HANANI BINTI AB. HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

PELAJAR 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

DALAM MATA PELAJARAN SAINS MENGIKUT ETNIK

NUR HANANI BINTI AB. HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) DALAM MATA PELAJARAN SAINS MNGIKUT ETNIK.

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

______NUR HANANI BINTI AB. HAMID (820331-03-5608)____

(HURUF BESAR)

Saya

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia

Tarikh : 11 OKTOBER 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: LOT 1754, LRG HJ. IBRAHIM KG DELIMA, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN. Tarikh : 11 OKTOBER 2004

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BT ISMAIL

Tarikh : 11 OKTOBER 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR

4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) DALAM MATA

PELAJARAN SAINS MENGIKUT ETNIK

NUR HANANI BINTI AB. HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

ii

PERAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : NUR HANANI BINTI AB. HAMID

Tarikh : 11 OKTOBER 2004

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

iii

DEDIKASI

Khas buat AYAHBONDA yang dicintai,

EN. AB. HAMID BIN ISMAIL & PN. RAMZAH BINTI YUSOFF

Pengorbanan kalian untuk mendewasakan daku terlalu besar ertinya...

Buat adik-adik yang tersayang...

MOHD. HAFIZ BIN AB. HAMID

MOHD. HANIF BIN AB. HAMID

NUR HAFIZAH BINTI AB. HAMID

Kalian amat bermakna buat diriku..

Teruskanlah perjuangan dalam kembara mencari ilmu.

Buat teman-teman seperjuangan,

Moga ukhuwah yang terbina...

Tidak bernoktah di sini sahaja.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Zaleha binti Ismail di atas segala bimbingan,

kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang telah diluangkan sepanjang tempoh

menyiapkan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar 4 SPN sesi 2004/2005 yang

telah memberikan kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi kerjasama, semangat, nasihat dan dorongan kepada saya dalam

menjayakan projek ini. Kenangan bersama kalian tidak akan ku lupakan.

Akhir sekali, istimewa buat ayah, emak dan adik-adik, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amatlah dihargai.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana faktor-faktor minat

pelajar, sikap pelajar, persekitaran, pengaruh guru (pensyarah) dan pergaulan

mempengaruhi pembelajaran pelajar 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik. Keseluruhan populasi iaitu seramai 41 orang

pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian rintis dan kajian sebenar dilakukan dengan

kerjasama pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Borang soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperolehi telah diproses dan

dianalisis menggunakan perisian SPSS 10.0 (Statistical Package For Social Science) dan

data telah diterjemahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil daripada

kajian menunjukkan walaupun min keseluruhan bagi kelima-lima faktor berada pada

tahap yang tinggi, namun faktor minat dan sikap didapati lebih mempengaruhi

pembelajaran pelajar etnik Cina, faktor persekitaran lebih mempengaruhi pelajar etnik

Melayu manakala faktor pengaruh guru (pensyarah) dan pergaulan pula lebih

mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan

kesemua faktor tersebut tidak mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut etnik

yang dikaji.

.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

vi

ABSTRACT

The main objective of this research is to identify the degree of students’ interests,

students’ behavior, environment, teachers (instructors) and socialization influence the

fourth-year Bachelor of Science and Education students’ learning with respect to the

different ethnics in Malaysia. The sample size for this research is 41 students. The pre-

research and finding research were conducted with the help from the fourth-year

Bachelor of Science and Education students’. Questionnaires were used as the only

instrument. All the data were processed and analyzed by using SPSS 10.0 (Statistical

Package for Social Science) software. The data were then transformed into the form of

frequencies, percentages and means. Although the research results show that the means

for all the five factors are high to all ethnics, the Chinese students are strongly

influenced by interest and behavior, while the Malay students are strongly influenced by

environment. On the other hand, teachers and socialization factors have more weight on

the Indian students. Anovas’ analysis shows that all the factors have no significant

difference with respect to the three ethnics.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

viii

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 10

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Etnik 11

1.8.3 Minat 11

1.8.4 Sikap 11

1.8.5 Persekitaran 11

1.8.6 Pergaulan 12

1.8.7 Rakan Sebaya 12

1.8.8 Mata Pelajaran Sains 12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14

2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Dalam mata Pelajaran Sains 15

2.2.1 Minat 15

2.2.2 Sikap 17

2.2.3 Persekitaran 18

2.2.4 Guru (pensyarah) 20

2.2.5 Pergaulan 22

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

ix

2.3 Pembelajaran 26

2.4 Isu-isu Hubungan Etnik 27

2.5 Kesimpulan 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.5.1 Bahagian A 33

3.5.2 Bahagian B 33

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Penganalisaan Data 36

3.9 Penutup 37

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 38

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 39

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 40

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden Yang Dikaji 40

4.4 Bahagian B : Pernyataan Maklum Balas Responden 41

4.4.1 Sejauh Manakah Faktor Minat Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

x

Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 41

4.4.2 Sejauh Manakah Faktor Sikap Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 46

4.4.3 Sejauh Manakah Faktor Persekitaran

Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 51

4.4.4 Sejauh Manakah Faktor Guru (Pensyarah)

Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Sains Mengikut Etnik

Masing-masing? 56

4.4.5 Sejauh Manakah Faktor Pergaulan Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 61

4.5 Perbezaan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains

Mengikut Etnik 66

4.6 Penutup 68 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan Kajian 69

5.2.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut

Etnik. 70

5.2.2 Faktor Sikap Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut

Etnik. 71

5.2.3 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

xi

Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut

Etnik. 73

5.2.4 Faktor Guru (pensyarah) Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar dalamMata Pelajaran Sains

Mengikut Etnik. 74

5.2.5 Faktor Pergaulan Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut

Etnik. 75

5.3 Rumusan 76

5.4 Implikasi Kajian 78

5.4.1 Pelajar 78

5.4.2 Guru (Pensyarah) 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81 SENARAI LAMPIRAN Borang Soal Selidik 86

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Lima Point beserta dengan markah skor 34

3.2 Taburan Item Berdasarkan Faktor-Faktor (persoalan kajian) 34

3.3 Nilai Min Bagi Menentukan Tahap Penilaian Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar 37

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 40

4.3 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik Melayu 42

4.4 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik Cina 43

4.5 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik India 45

4.6 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik Melayu 46

4.7 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik Cina 48

4.8 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

xiii

Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik India 50

4.9 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik Melayu 52

4.10 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik Cina 53

4.11 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik India 55

4.12 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi

Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik Melayu 57

4.13 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi

Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik Cina 58

4.14 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi

Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik India 60

4.15 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik Melayu 62

4.16 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik Cina 63

4.17 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik India 65

4.18 Perbezaan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut Etnik 66

4.19: Analisis Anova Mengikut Perbezaan Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sains Mengikut Etnik 67

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

xiv

SENARAI SINGKATAN

SIMBOL BUTIRAN

% Peratus

Bil. Bilangan

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

JPT Jabatan Pendidikan Tinggi

K Kekerapan

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KS Kurang Setuju

S Setuju

SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPSS Statistical Package For Social Science For Windows

STS Sangat tidak setuju

SS Sangat setuju

TS Tidak setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 85

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun1957, pendidikan telah

menjadi salah satu mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan

matlamat bagi menyatu padukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina

sebuah negara yang aman dan maju (Mok Soon Sang, 2002). Justeru, daripada

pernyataan ini, dapat dilihat bahawa pendidikan merupakan satu wadah yang amat

penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia dalam membangunkan negara.

Wawasan 2020 telah dilancarkan Y.A.B. Perdana Menteri yang mana

wawasan tersebut berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang

berasaskan pada ekonomi yang berkembang melalui pertumbuhan pelbagai industri.

Di samping itu, wawasan juga bermatlamat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai

pengguna dan penyumbang kepada teknologi tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa

sains dan teknologi merupakan teras kepada sebuah negara yang maju. Untuk

mencapai matlamat ini, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai ahli sains dan

teknologi. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, mata pelajaran sains semakin

dipinggirkan. Rata-rata pelajar Malaysia tidak memilih bidang yang berkaitan

dengan bidang sains dan teknologi. `The Greatest Challenge’ kepada pendidik-

pendidik sains di Malaysia ialah bagaimana hendak meningkatkan peratusan

pengambilan mata pelajaran sains berbanding dengan mata pelajaran Sastera yang

kini amat rendah.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

2

Di samping itu, banyak kajian yang telah melaporkan beberapa masalah

umum dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Misalnya sebahagian

besar pengajaran dan pembelajaran berlaku secara “chalk and talk” sahaja dan

pengajaran di makmal sains pula yang hanya membina kemahiran manipulatif. Oleh

itu, langkah-langkah baru dan inovatif perlu dijana dan dilaksanakan bagi

menyedarkan dan meyakinkan lebih ramai pelajar supaya lebih berminat,

bersungguh-sungguh, menguasai dan berkemampuan tinggi dalam mata pelajaran

sains sebagai strategi keperluan tenaga manusia untuk menuju kepada Wawasan

2020.

Kerajaan Malaysia kini telah mensasarkan 60% pelajar mengikuti aliran sains

sementara 40% pelajar mengikuti aliran bukan sains atau dikenali juga sebagai aliran

sastera. Selaras dengan perubahan pandangan kerajaan terhadap bidang sains,

kurikulum pendidikan sains sentiasa dikaji dan diubahsuai agar dapat memenuhi

keperluan pembangunan negara. Justeru, pendidikan sains telah menerima beberapa

reformasi dari awal tahun 60-an sehingga sekarang.

Pada tahun 60-an dan 70-an bidang sains telah dipecah-pecahkan kepada dua

cabang utama iaitu Sains Tulen yang merangkumi program Biologi Moden, Fizik

Moden dan Kimia Moden manakala Sains Teras yang merupakan rangkuman

bidang-bidang Sains Tulen secara umum. Angin perubahan terus bertiup sehingga

sekitar tahun 80-an yang membawa rombakan seluruh sistem pendidikan sekolah.

Maka lahirlah KBSR dan KBSM yang turut membawa perubahan kepada asas dan

konsep pendidikan sains itu sendiri. KBSM bagi mata pelajaran sains telah

diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989.

Dewasa ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sains memainkan peranan yang

besar dalam memantapkan pembangunan negara. Semua ini dapat dilihat daripada

kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara maju

seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam

bidang tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesedaran terhadap perpaduan

antara ilmu Sains dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Berlandaskan hakikat

seperti inilah negara kita, Malaysia kini tidak sama sekali mengabaikan peranan sains

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

3

dengan disiplin-displin ilmu yang lain dalam bidang sains bagi mewujudkan satu

masyarakat dengan negara yang maju menjelang 2020 kelak. Kemajuan dalam

bidang pembuatan kereta nasional, perumahan, lebuh raya dan lain-lain adalah

contoh kemajuan yang disumbangkan oleh pengetahuan Sains.

Lantaran itu, cabaran bagi Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat

yang saintifik, progresif dan inovatif memerlukan penduduk Malaysia yang mana

bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan teknologi sahaja tetapi juga

menjadi penyumbang dalam bidang tersebut. Sebelum menjadi penyumbang kepada

bidang tersebut, masyarakat mestilah dapat menguasai bidang sains dan teknologi itu

terlebih dahulu dengan baik. Di sini pendidikan merupakan suatu elemen yang

penting dalam mencorak pemikiran rakyat Malaysia ke arah globalisasi dan

Wawasan 2020. Ini kerana bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”

sesuai dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains dan

teknologi dengan memperbaiki setiap inci dasar pendidikan mengikut peredaran

zaman bagi pelajar-pelajar di sekolah. Ini dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai

perubahan dalam dasar pendidikan negara sepanjang abad ke-20. Perubahan yang

seringkali berlaku ini adalah kerana kerajaan sendiri ingin memastikan masyarakat

dan negara dapat bersaing dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan negara

lain. Dengan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan Sains menjadi

prasyarat kepada anjakan paradigma yang begitu hebat sekarang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Fakulti Pendidikan telah menawarkan pelbagai kursus pendidikan ijazah dan

di antaranya ialah kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).

Kursus ini terletak di bawah Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Kursus yang ditawarkan ini mengandungi beberapa

komponen mata pelajaran seperti pelajaran wajib universiti, teras, elektif, teknologi

pendidikan dan asas pendidikan. Melihat kepada kursus yang ditawarkan, Sains itu

merangkumi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi yang perlu diambil oleh semua

pelajar SPN.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

4

Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk

mencari penerangan yang rasional tentang kejadian alam semulajadi (Lee Shok Mee,

1994). Manusia tidak boleh mengambil ringan kepentingan sains dalam kehidupan

mereka. Guru-guru juga perlu berusaha untuk mengikis pandangan negatif pelajar

terhadap sains. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan mata pelajaran ini sebagai

satu mata pelajaran yang mudah dan menarik. Di samping itu, seseorang guru juga

perlu menguasai semaksimum mungkin mata pelajaran yang hendak diajarnya.

Kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar akan menimbulkan

rasa tidak yakin kepada diri guru itu sendiri dan seterusnya mendatangkan rasa

bimbang dan menghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Kaedah pengajaran

dan persembahan yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata

pelajaran tertentu dan ini memerlukan seseorang guru yang mantap dan benar-benar

bersedia dengan apa yang diajar.

Sikap juga merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Peranan sikap dalam proses

pembelajaran sama pentingnya dengan faktor lain seperti kecerdasan pelajar,

keadaan sekeliling dan taraf sosio-ekonomi pelajar. Sikap boleh diambil kira sebagai

sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar dalam berbagai

kurikulum sekolah dan hal ini termasuklah melihat pencapaiannya dalam bilik

darjah.

Piaget dan Thorndike menyatakan bahawa terdapat tiga jenis kesediaan

seseorang dalam belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan

psikomotor. Menurutnya, kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan mental

seseorang untuk mempelajari sesuatu manakala kesediaan afektif merujuk kepada

sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang. Kesediaan psikomotor pula merujuk

kepada kesediaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan

koordinasi otot. Minat adalah sikap yang menyebabkan seseorang itu lebih aktif

dalam bidang tertentu. Ianya merupakan sikap positif tentang aspek yang dipilih

daripada persekitarannya. Kedua-duanya merupakan kesesuaian tentang

kecenderungan seseorang untuk memberikan gerakbalas dalam cara tertentu terhadap

sesuatu. Dalam proses pembelajaran, sikap boleh memberi kesan yang amat ketara.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

5

Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap persekitarannya seperti

sikap terhadap guru serta pengajarannya, pelajar akan memberi sepenuh perhatian

dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Umumnya, mata pelajaran Sains lebih menumpukan kepada penglibatan

murid secara aktif di dalam makmal atau kelas sama ada secara individu atau

berkumpulan. Guru lebih berfungsi sebagai pembimbing dan pembelajaran

diharapkan tidak lagi bersifat “beri dan suap”. Tetapi ini tidak semestinya berjalan

seperti yang diharapkan di mana terdapat ramai pelajar yang terus menerus

mengharapkan guru sepenuhnya dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Dalam konteks ini, dapat dilihat pelajar tidak dapat berdikari secara maksimum

dalam proses pembelajaran mereka. Kadang kala terasa seolah-olah kelesuan minat

dan semangat lebih menguasai minda pelajar. Abu Zahari (1987) menyatakan

bahawa seseorang yang berminat dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari akan

menunjukkan pencapaian yang tinggi. Jadi, untuk merealisasikan pencapaian dan

cita-cita yang tinggi, pelajar perlu mempunyai minat yang mendalam dan usaha yang

gigih.

Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan

mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal.

Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang

beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang

berasingan antara satu sama lain. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke

sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini

timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaan yang diberikan ini. Isu ini

amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat merbahaya kepada

perpaduan kaum di Malaysia.

Justeru, Sistem meritokrasi telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam Dasar

Pendidikan Negara sejak tahun 2002 dan ianya terbukti mampu mempertingkatkan

kualiti pembelajaran pelajar-pelajar Melayu. Pada tahun ini, kemasukan pelajar

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

6

bumiputera ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2004/

2005 ialah sebanyak 24,837 berbanding 23,182 pada tahun lalu.

Jika dilihat daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan

Tinggi (JPT), jumlah pelajar Melayu yang layak untuk mengikuti pengajian dalam

bidang sains iaitu seramai 24,678 sedangkan jumlah yang ditawarkan hanya 14,497

atau 58.7 peratus. Sedangkan bagi bidang yang sama untuk pelajar Cina, peratusan

jumlah pengambilannya agak tinggi iaitu 84.0 peratus atau 8,047 orang berbanding

jumlah yang layak ialah sebanyak 9,577.Manakala bagi pelajar keturunan India pula

peratusan pengambilannya juga lebih tinggi daripada pelajar Melayu iaitu 60.2

peratus iaitu jumlah yang ditawarkan ialah 1,118 daripada sebanyak 1,858 yang

layak. Kemungkinan ini berlaku kerana tahap pencapaian pelajar Melayu dalam

bidang sains belum lagi setaraf dengan pelajar bukan Melayu.

Bagi bakal-bakal guru Sains, adalah sangat penting untuk mereka menguasai

atau mahir dalam mata pelajaran Sains kerana mereka akan mengajar mata pelajaran

tersebut kelak. Namun begitu, didapati kebanyakan pelajar Melayu kurang

menguasai bidang ini. Pada majlis Konvokesyen Ke-33 Universiti Teknologi

Malaysia yang diadakan baru-baru ini, bagi kursus Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Sains) sesi kemasukan 2000/2001, hanya 22 orang pelajar daripada 38

orang pelajar sahaja yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh

yang telah ditetapkan iaitu selama 4 tahun. Daripada jumlah itu, semua pelajar

Melayu iaitu seramai 6 orang, pelajar India seramai 1 orang dan 1 orang pelajar juga

bagi etnik lain-lain telah mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah. Berbeza dengan

pelajar Cina pula, seramai 9 orang mendapat Ijazah Kelas Kedua Tinggi, manakala

bakinya iaitu seramai 5 orang mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah. Keadaan ini

jelas menunjukkan bahawa rata-rata pelajar bukan Melayu terutamanya bagi etnik

Cina mendapat keputusan lebih cemerlang berbanding etnik lain. Keadaan ini

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor khusus yang banyak mempengaruhi

pembelajaran mereka.

Pada dasarnya, permasalahan ini dipilih bertujuan untuk mengutarakan

kelainan yang ada di antara realiti kehidupan antara etnik, yang mana rata-rata

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

7

mereka telah lama terdedah kepada kemajuan sama ada dari segi material mahu pun

mental dan juga di antara keterbukaan minda mengikut etnik yang mempengaruhi

proses pembelajaran. Justeru beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran

pelajar akan dikaji untuk mengetahui sejauh manakah perbezaannya mengikut etnik

masing-masing.

1.3 Pernyataan Masalah

Matlamat pendidikan sains di negara kita adalah untuk menanam sikap yang

positif terhadap mata pelajaran Sains di kalangan pelajar. Dalam konteks ini, para

pelajar digalakkan untuk memupuk sikap suka bertanding secara sihat dalam

meningkatkan mutu pembelajaran masing-masing. Kebanyakan guru Sains juga

bersetuju bahawa perkembangan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains perlu

diberi perhatian. Dalam konteks ini,memiliki pengetahuan Sains yang tinggi amat

penting bagi seseorang pelajar Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan. Jika

tidak pelajar akan menghadapi banyak masalah terutamanya dalam pembelajaran

mata pelajaran yang memerlukan kemahiran dan kefahaman Sains.

Pelajar-pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Sains) telah dilatih di UTM supaya dapat mengajar dengan berkesan apabila tamat

pengajian kelak. Keupayaan guru mengajar Sains sememangnya bergantung kepada

kejayaan dan penguasaannya dalam bidang ini. Setelah beberapa tahun, didapati

pencapaian pelajar menunjukkan perbezaan mengikut etnik masing-masing. Justeru,

kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor mempengaruhi

pembelajaran pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) di Universiti

Teknologi Malaysia mengikut perbezaan etnik .

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan Analisis anova pula menunjukkan kesemua faktor tersebut tidak mempunyai

8

1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti faktor minat pelajar tehadap mata pelajaran Sains mengikut

etnik.

2. Mengenalpasti faktor sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains mengikut

etnik.

3. Mengenalpasti faktor persekitaran pelajar terhadap mata pelajaran Sains

mengikut etnik.

4. Mengenalpasti faktor guru (pensyarah) terhadap mata pelajaran Sains

mengikut etnik.

5. Mengenalpasti faktor pergaulan pelajar terhadap mata pelajaran Sains

mengikut etnik.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa soalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah:

1. Sejauh manakah faktor minat dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar

dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?

2. Sejauh manakah faktor sikap amat berkait rapat dengan pembelajaran pelajar

dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?

3. Sejauh manakah faktor persekitaran dapat mempengaruhi pembelajaran

pelajar dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?

4. Sejauh manakah faktor guru (pensyarah) dapat mempengaruhi pembelajaran

pelajar dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?

5. Sejauh manakah faktor pergaulan mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam

mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?