FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar...

24

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN

EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH, MELAKA

MEMILIH ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SURIYATI BINTI YAAPAR

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

DEDIKASI

Istimewa buat insan yang dikasihi…,

Suami dan anak-anak tercinta …

Pengorbanan, kasih sayang serta doamu menjadikan aku

seorang yang berjaya seperti hari ini. Semoga ikatan kasih sayang

yang terjalin akan terus bersemi dan tersimpul mati

di hati kita…..selamanya.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya menganugerahkan keupayaan

untuk saya menyiapkan dengan sempurna laporan Projek Sarjana Muda ini mengikut

masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu saya tujukan penghargaan ini dan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih kepada Cik Narina binti A.Samah selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak

membantu dalam usaha menyiapkan laporan ini. Nasihat, tunjuk ajar dan kritikan yang

bermanfaat amat dihargai. Terima kasih juga diucapkan kerana tugasan ini telah

memberikan pendedahan, pengalaman dan ilmu yang amat berharga untuk kerjaya saya

gunakan dalam bidang pendidikan di masa hadapan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada panel penilai yang ikhlas memberi

komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan lagi penulisan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar serta guru-guru Sekolah

Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka yang telah sudi memberikan kerjasama

kepada saya dalam membantu menyiapkan laporan kajian ini. Pengetahuan dan maklumat

yang diterima memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada saya dan akhir sekali

semoga kejayaan dan kebahagiaan akan menjadi milik semua, dunia dan akhirat.

Jasa kalian tetap dalam ingatan………..

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar tingkatan empat di Sekolah menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka memilih

aliran pendidikan teknik dan vokasional. Data bagi penyelidikan adalah berbentuk

deskriptif yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 234

orang daripada 590 orang pelajar tingkatan empat aliran pendidikan teknik dan

vokasional. Sampel penyelidikan dipilih melalui kaedah rawak mudah. Data dianalisis

menggunakan perisian komputer Statistical Packages For The Social Science (SPSS)

dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan

penyelidikan menunjukkan faktor utama yang mempengaruhi pelajar ialah faktor minat

dengan nilai min 3.95 dan faktor kedua iaitu faktor ibubapa serta keluarga memberikan

nilai min sebanyak 3.86. Manakala faktor media massa, faktor guru dan faktor rakan

sebaya didapati kurang mempengaruhi pelajar supaya memilih aliran ini dengan masing-

masing memberikan nilai min 3.49, 3.27 dan 2.80. Guru perlu sentiasa memperkayakan

diri dengan pelbagai maklumat kerjaya yang diperlukan oleh pelajar. Oleh yang demikian

adalah diharapkan semoga pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya guru-guru dan

pihak media massa dapat membantu memberikan galakan, dorongan serta memberikan

pendedahan tentang kepentingan dan kelebihan memilih aliran pendidikan teknik dan

vokasional sebagai langkah awal ke arah pembentukan kerjaya mereka di masa hadapan.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

ABSTRACT

This research aimed to identify the factors that influence form four students at

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka in choosing the technical and

vocational stream. The data for this descripttive research were collected though by using

questionnaires which were completed by 234 form four students in the engineering field.

The samples were selected randomly. The data were analysed using the Statistical

Packages For The Social Sciences (SPSS) based on the frequencies, percentages, means

and standard deviations. The findings of the research showed that the factors which play

prominent roles in influencing the students’ selections were interests with the mean of

3.95 as well as parents and family factor with the mean of 3.86. Other factors such as

mass media, teachers from previous school and peers and were found to have less

influences on students’ decisions with the means of 3.49, 3.27 and 2.80. The finding

suggested that teachers should always upgrade and equipped themselves with the

necessary information on technical careers planning as needed by the students. Thus, it is

hoped that this study would provide some insights for teachers and mass media to provide

a greater exposure and encouragement to students regarding the prospect of vocational

education.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 7

1.6.2 Kepentingan Kepada Ibubapa dan Keluarga 8

1.6.3 Kepentingan kepada Guru-guru dan Pihak 8

Sekolah

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Kesimpulan 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

2.2 Perkembangan Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Malaysia 17

2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih

Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional

2.3.1 Faktor Minat Pelajar 19

2.3.2 Faktor Ibubapa dan Keluarga 20

2.3.3 Faktor Guru 22

2.3.4 Faktor Rakan Sebaya 24

2.3.5 Faktor Media Massa 25

2.4 Kesimpulan 27

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Dan Saiz Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Kesimpulan 37

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Bahagian A 39

4.2.1 Jantina 39

4.2.2 Bangsa 40

4.2.3 Kursus Yang Diikuti 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.3.1 Faktor Minat 43

4.3.2 Faktor Ibubapa dan Keluarga 46

4.3.3 Faktor Guru 49

4.3.4 Faktor Rakan Sebaya 52

4.3.5 Faktor Media Massa 55

4.4 Analisis Keseluruhan Dan Kesimpulan 58

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

5.2.1 Latar Belakang Responden 61

5.2.2 Faktor Minat 61

5.2.3 Faktor Ibubapa Dan Keluarga 63

5.2.4 Faktor Guru 64

5.2.5 Faktor Rakan Sebaya 65

5.2.6 Faktor Media Massa 66

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 68

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Pelajar 69

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Ibubapa Dan 69

Keluarga

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Guru 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Kesimpulan 72

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 73 - 78

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - H

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan responden mengikut kursus 30

3.2 Susunan dan jumlah item kajian 31

3.3 Skala pemeringkatan likert 32

3.4 Penggabungan skala likert 5 skor kepada 35

3 skor

3.5 Skor min 36

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden 38

mengikut jantina

4.2 Taburan bilangan dan peratus responden 39

mengikut bangsa

4.3 Taburan bilangan dan peratus responden 39

mengikut kursus

4.4 Taburan bilangan, peratus responden dan 42

min bagi faktor minat

4.5 Taburan bilangan, peratus responden dan 45

min bagi faktor keluarga

4.6 Taburan bilangan, peratus responden dan 48

min bagi faktor guru

4.7 Taburan bilangan, peratus responden dan 51

min bagi faktor rakan sebaya

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

4.8 Taburan bilangan, peratus responden dan 53

min bagi faktor media massa

4.9 Min, sisihan piawai dan petanda bagi setiap 56

faktor

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

SENARAI SINGKATAN

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

YAB - Yang Amat Berhormat

RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 3

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

RRJP2 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 2

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

JKR - Jabatan Kerja Raya

KTM - Keretapi Tanah Melayu

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 79 - 85

B Jadual Penentuan Jumlah Sampel Krejcie, 86

R.V dan Morgan

C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen 87

Kajian

D Surat Pengesahan Mengadakan Kajian Rintis 88

E Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan 89

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

F Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan 91

Negeri Melaka

G Surat Kebenaran Menggunakan Sampel Kajian 92

Di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah

H Senarai Bilangan Pelajar 93

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan dan

kemajuan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah mengambil langkah-

langkah penting bagi memastikan bidang pendidikan ini berkembang seiring dengan

perkembangan sains dan teknologi masa kini. Arah dan matlamat pendidikan negara kita

telah pun termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK).

Penstrukturan pendidikan teknik dan vokasional pada tahun 1964 ianya adalah

bertujuan memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional serta menyediakan

kemahiran kepada pelajar-pelajar yang bakal memasuki bidang pekerjaan, di samping

menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memajukan bidang

ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Laporan

Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menambahkan sumber tenaga

manusia yang terlatih di dalam pelbagai bidang dengan mewujudkan rangkaian

penubuhan sekolah-sekolah latihan kemahiran, politeknik dan seterusnya universiti yang

menawarkan pelbagai bidang latihan yang berasaskan bidang teknologi.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berkemahiran

samada mahir ataupun separa mahir bagi mengisi pasaran tenaga sumber manusia negara,

latihan kemahiran disalurkan melalui bidang pendidikan Teknik dan Vokasional bermula

dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada 23 haribulan April 2001 Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamed dalam ucapannya di Dewan Rakyat telah menyatakan bahawa kadar

guna tenaga buruh semakin tinggi dan berkembang dengan pesat akibat dasar

perindustrian negara dalam Rancangan Malaysia ke 7. Produktiviti yang memerlukan

tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mudah di latih telah

menggalakkan kerajaan membina pusat pendidikan tinggi samada awam ataupun swasta

yang menyediakan peluang-peluang latihan di dalam bidang sains dan teknologi. Ianya

tidak hanya terbatas kepada rakyat negara ini malah peluang latihan juga dibuka kepada

rakyat negara luar seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan

pendidikan serantau.

Secara amnya, pendidikan teknik dan vokasional ini adalah untuk melahirkan

tenaga buruh yang berkebolehan dan berpengetahuan tinggi supaya dapat membantu

negara menyediakan buruh yang mahir bagi mengisi permintaan pasaran tenaga di dalam

sektor perindustrian negara.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

1.2 Latarbelakang Masalah

Penguasaan pengetahuan dalam bidang kemahiran akan membolehkan pelajar

memperolehi asas yang kukuh dan bermanfaat sama ada untuk melanjutkan pelajaran

mahupun mencari pekerjaan di dalam bidang kejuruteraan (Kementerian Pendidikan,

1993).

Latihan kemahiran yang membabitkan ketrampilan dan perkhidmatan sebenarnya

adalah merupakan bahagian yang agak penting bagi memenuhi keperluan sumber tenaga

manusia. Seperti konsep pendidikan sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan

Rancangan Jangka Panjang Ke 3 (RRJP3) 2001-2003, latihan kemahiran juga

menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf dengan ijazah

pertama pendidikan akademik.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Mahat,

peperiksaan PMR adalah satu penilaian awal kepada para pelajar untuk melihat

kemampuan dirinya sendiri. Berdasarkan keputusan yang di terima, pelajar harus dapat

menentukan minat dan keupayaan mereka dalam bidang yang ingin diterokai. Lanjutan

daripada keputusan PMR, para pelajar boleh memohon atau akan terpilih ke sekolah-

sekolah terbaik. Pelajar seharusnya dapat memilih bidang yang diminati dan berpotensi

untuk masa depan termasuklah menerusi aliran sains, teknik dan vokasional (Utusan

Malaysia, 31 Disember 2003).

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar perlu merebut pelbagai peluang yang

disediakan oleh Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan

Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memohon kursus-kursus

yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara.

Anuar (1992) juga menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang telah mendapat

tempat di Sekolah Menengah Vokasional tidak menerima pendedahan yang mencukupi

tentang pendidikan vokasional. Penguasaan konsep mengenai pendidikan vokasional

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

semasa peringkat menengah rendah amat ketara di mana sebahagian besar pelajar

mempunyai sikap yang negatif terhadap pendidikan vokasional. Bagi mengatasi masalah

ini, beliau telah mencadangkan supaya penerangan, motivasi pembelajaran serta

pendedahan tentang pendidikan vokasional diberikan kepada para pelajar pada peringkat

awal persekolahan lagi.

Kebanyakan pelajar lepasan sekolah juga didapati menghadapi masalah dalam

membuat pemilihan aliran pengajian yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Pengetahuan mereka mengenai bidang yang bersesuaian dengan kebolehan dan

pencapaian akademik mereka adalah amat terhad. Pengetahuan dan pengalaman mereka

mengenai peluang-peluang kerjaya juga adalah terbatas. Mereka juga tidak tahu jenis

pekerjaan yang bersesuaian dan secocok dengan tahap pendidikan masing-masing

(Faridah dan Zuraidah, 1995).

Lazimnya para remaja hanya memikirkan masa depan selepas menamatkan alam

persekolahan pada peringkat SPM atau pun STPM. Setelah keputusan peperiksaan

diperolehi, mereka baru terfikir untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan kerjaya daripada guru-guru, guru kaunselor sekolah dan individu lain

yang berpengalaman. Jika perkara ini berterusan, para pelajar mungkin akan menghadapi

masalah dalam menentukan kerjaya yang bakal diceburi apabila melengkah ke alam

dewasa (Esa, 2000).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, telah jelas menunjukkan bahawa

kebanyakan remaja pada peringkat usia ini masih kabur dan kurangnya pengetahuan dan

pendedahan dalam menentukan hala tuju pendidikan mereka. Mereka tiada kefahaman

yang mendalam tentang sesuatu bidang kursus bagi membolehkan mereka membuat

pemilihan kursus yang tepat berlandaskan minat dan kelayakan yang ada. Pemilihan

aliran pendidikan yang sesuai adalah amat penting kerana ianya merupakan langkah awal

ke arah proses pembentukan kerjaya pelajar pada masa akan datang.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap tahun, bilangan kemasukan pelajar ke aliran pendidikan teknikal dan

vokasional terus meningkat. Seramai 49,300 orang pelajar telah ditawarkan untuk

memasuki tingkatan empat di sekolah menengah Teknik dan sekolah menengah

Vokasional di seluruh negara pada tahun 2002, menunjukkan peningkatan seramai 3,040

orang berbanding tahun 2001 (Zabidi, 2002).

Menurut Bakhtiar (1991) walaupun petanda-petanda baik telah mula kelihatan, ini

bukan bermakna bahawa sikap pelajar yang telah mendapat tempat di Sekolah Menengah

Vokasional keseluruhannya telah menjadi sangat berminat terhadap aliran pendidikan

teknik dan vokasional ini, tetapi sebahagian besar daripada mereka merasakan bahawa

bidang lain yang tiada kaitan dengan bidang vokasional lebih memberi kepuasan bekerja.

Sungguhpun bilangan kemasukan pelajar untuk mengikuti aliran ini semakin

meningkat, namun maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan

PMR untuk memilih mengikuti aliran pendidikan ini agak terhad dan kurang jelas.

Adakah pelajar memang mempunyai minat yang mendalam terhadap aliran pendidikan

ini ataupun terdapat dorongan luar seperti keluarga dan rakan-rakan yang telah

mempengaruhi pelajar ?

Merujuk kepada fakta-fakta yang dinyatakan di atas, maka timbul persoalan,

apakah sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan empat di

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka memilih untuk mengikuti kursus

aliran teknik dan vokasional? Tujuan kajian ini ialah pengkaji ingin mengenalpasti

faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar–pelajar memilih untuk mengikuti aliran teknik

dan vokasional di sekolah ini dari segi faktor minat, faktor keluarga, faktor guru, faktor

rakan sebaya dan faktor media massa. Faktor-faktor ini telah dipilih berdasarkan kepada

dapatan daripada kajian-kajian lepas.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai di dalam kajian yang akan

dijalankan ini bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan

empat di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka memilih untuk mengikuti

aliran teknik dan vokasional. Antaranya adalah untuk :

1.4.1 Melihat sama ada minat pelajar terhadap pendidikan teknik dan vokasional

merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar memilih aliran pendidikan

teknik dan vokasional..

1.4.2 Melihat sama ada peranan ibubapa dan keluarga merupakan faktor utama dalam

mempengaruhi pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional.

1.4.3 Melihat sama ada peranan guru dan pihak sekolah asal merupakan faktor utama

dalam mempengaruhi pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional.

1.4.4 Melihat sama ada peranan rakan sebaya merupakan faktor utama dalam

mempengaruhi pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional.

1.4.5 Melihat sama ada peranan media massa merupakan faktor utama dalam

mempengaruhi pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menyelesaikan dan menghuraikan

beberapa persoalan yang timbul. Antara persoalan yang ingin dikemukakan dalam kajian

ini ialah :

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik melaka tengah, melaka memilih aliran pendidikan

1.5.1 Adakah faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk

memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional?

1.5.2 Adakah faktor ibubapa dan keluarga merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pelajar untuk mengikuti aliran pendidikan teknik dan vokasional?

1.5.3 Adakah faktor guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan aliran pendidikan teknik dan vokasional?

1.5.4 Adakah faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar

memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional?

1.5.5 Adakah faktor media massa merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar

dalam pemilihan aliran pendidikan teknik dan vokasional?