FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan...

27
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH AKADEMIK HARIAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. ZULKIFLI BIN SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan...

Page 1: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR

MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH AKADEMIK

HARIAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR.

ZULKIFLI BIN SAMSUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah
Page 3: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR

MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH AKADEMIK

HARIAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

ZULKIFLI BIN SAMSUDIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 4: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

ii

Page 5: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

iii

Page 6: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

iv

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Isteri yang dikasihi

Pn. Khariah binti Kamarudin

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Untuk ayah dan ibu

Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih ayah dan ibu

Dan

Anak-anak

Mohammad Afiq bin Zulkifli

Suraya Aqilah binti Zulkifli

Semoga kejayaan ini dapat mendorong anak-anak ku

Untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.

Page 7: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang

ditetapkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Tn. Haji Asnul

Dahar bin Minghat di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang

tempoh projek ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian

penyelidikan ini.

Terima kasih juga tidak terhingga kepada ibu, ayah dan isteri di atas

pengorbanan yang tidak ternilai diberikan. Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan

kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi segala pertolongan dan sokongan

dalam menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

vi

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor -

faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional

(MPV) di sekolah-sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Faktor-

faktor yang dikaji ialah seperti faktor peluang pekerjaan, faktor pengurusan sekolah,

faktor minat dan faktor ibu bapa/ keluarga. Responden kajian adalah seramai 80 orang

pelajar yang mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di Daerah

Hulu Langat, Selangor. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai

indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.894. Hasil kajian ini dianalisis

menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS) versi 13

untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian, menunjukkan

faktor minat berada pada tahap tinggi dengan purata nilai min 3.68 dalam mempengaruhi

pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional, faktor peluang pekerjaan dengan

purata nilai min 3.63, faktor pengurusan sekolah dengan purata nilai min 3.55 dan faktor

ibu bapa/ keluarga dengan purata nilai min 3.52 berada pada tahap sederhana dalam

mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah -

sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Beberapa cadangan

dikemukakan bagi kajian lanjutan dijalankan.

Page 9: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

vii

ABSTRACT

This descriptive study was carried out with purpose to determine factors that

influence students who take up vocational subjects in daily academic school in Hulu

Langat District, Selangor. The factors researched were job opportunities, school

management, interest and parents/family factors. The research respondents are 80

students who take up vocational subjects in daily academic schools in Hulu Langat

District, Selangor. Questionaire sets were used as instrument for this study. The

reliability of the questionnaire items was α = 0.894. Result of this study was analyzed

using Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) version 13 softwear to acquire

frequency, percentage and mean. The research result showed that interest was high at the

average mean level of 3.68 in influencing the selection of students according to the

vocational subjects, job opportunity factors at the everage mean level of 3.63, School

management factor at the everage mean level of 3.55 and the parent / family factors at

the everage mean level of 3.52 was a moderate level in influencing the selection of

students according to vocational subjects at the daily academic schools in Hulu Langat

District, Selangor. Several suggestion were presented to enable further studies.

Page 10: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 11: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definasi Istilah 13

1.10 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Program MPV 18

2.3 Peluang Pekerjaan 21

2.4 Pengurusan Sekolah 22

2.5 Minat 25

2.6 Ibu Bapa Dan Keluarga 27

2.7 Penutup 28

Page 12: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Analisis Data 37

3.9 Analisis Akhir Dan Klasifikasi 38

3.10 Penutup 39

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A : latar Belakang Responden 41

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 41

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jenis

Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Ibu Bapa / Penjaga 44

4.2.5 Taburan Responden mengikut Gred Peperiksaan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 45

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Bulanan Ibu Bapa / Penjaga 46

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Adik - Beradik 47

Page 13: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

xi

4.3 Analisis Bahagian B : Data Berdasarkan Persoalan Kajian 47

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 48

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 56

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 60

4.4 Kesimpulan 65

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Perbincangan Bahagian A 68

5.3 Perbincangan Bahagian B 69

5.3.1 Faktor Peluang Pekerjaan mempengaruhi

Pelajar Dalam Pemilihan MPV 70

5.3.2 Faktor Pengurusan sekolah mempengaruhi

Pelajar Dalam Pemilihan MPV 72

5.3.3 Faktor Minat mempengaruhi

Pelajar Dalam Pemilihan MPV 74

5.3.4 Faktor Ibu Bapa Dan Keluarga mempengaruhi

Pelajar Dalam Pemilihan MPV 76

5.4 Rumusan 79

5.5 Cadangan 81

5.5.1 Cadangan Kepada pelajar 81

5.5.2 Cadangan Untuk Ibu Bapa 81

5.5.2 Cadangan Kepada Pengurusan sekolah 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN A – E 88

Page 14: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pelaksanaan mata pelajaran vokasional di sekolah

menengah akademik harian 3

1.2 Kemasukan pelajar dalam mata pelajaran vokasional

landskap dan nurseri di Sekolah Menengah Jalan Reko 5

1.3 Tahap kepentingan bekerja mengikut persepsi majikan 7

2.1 Bilangan sekolah yang menawarkan MPV mengikut negeri bagi

pelaksanaan bagi tahun 2002 – 2007 20

3.1 Sekolah menengah akademik yang menawarkan MPV Di Daerah

Hulu Langat dan mata pelajaran yang ditawarkan 31

3.2 Senarai bilang populasi dan sampel 32

3.3 Pecahan item soal selidik 33

3.4 Skor skala Likert 34

3.5 Skala pemeringkatan skala likert yang dipermudahkan 37

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 38

3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 39

4.1 Taburan responden mengikut jantina 41

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 42

4.3 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu bapa/penjaga 43

4.4 Taburan responden mengikut taraf pendidikan ibu bapa/penjaga 44

4.5 Taburan responden mengikut gred peperiksaan PMR mata

pelajaran Kemahiran Hidup tahun 2007 45

Page 15: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

xiii

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.6 Taburan responden mengikut pendapatan bulanan

ibu bapa/penjaga 46

4.7 Taburan responden mengikut bilangan adik-beradik 47

4.8 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

faktor peluang pekerjaan mempengaruhi pelajar memilih MPV 49

4.9 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

faktor pengurusan sekolah mempengaruhi pelajar memilih MPV 53

4.10 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

faktor minat mempengaruhi pelajar memilih MPV 57

4.11 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

faktor ibu bapa/keluarga mempengaruhi pelajar memilih MPV 61

4.12 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih MPV di

sekolah akademik harian 65

Page 16: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

xiv

SENARAI SINGKATAN

BIL - Bilangan

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

Page 17: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 88

B Surat BPPDP (Surat Kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM) 96

C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 97

D Pengesahan Pelajar 98

E Jadual Penentuan Saiz Sample Berdasarkan Populasi

Krejcie Dan Morgan 100

Page 18: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik. Perubahan demi perubahan

dilakukan bertujuan untuk menyesuaikan pengisian kepada sistem pendidikan formal

supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa serta menjadi pemangkin

kepada alat untuk mencapai wawasan negara. Kedinamikan pendidikan wajar

berlangsung kerana langkah sedemikian merupakan usaha untuk mencapai hasrat yang

terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Cita–cita pendidikan formal terserlah

dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang dinyatakan sebagai ;

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

Page 19: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

2

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Usaha secara rasmi telah dilakukan oleh masyarakat untuk memberi kemahiran

bekerja melalui sistem pendidikan formal. Ini dilakukan dengan memperkenalkan sistem

pendidikan vokasional yang bermatlamat memberi kemahiran – kemahiran bekerja di

kalangan pelajar – pelajar. Di negara kita Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menetapkan dua objektif pendidikan vokasional iaitu :

a. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran-

kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan

pertanian.

b. Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang

teknikal dan vokasional.

Pelancaran mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik

harian pada tahun 2002 merupakan pemangkin dalam usaha melahirkan tenaga mahir

dan separa mahir. Sebelum mata pelajaran bercorak vokasional ditawarkan kepada

sekolah menengah akademik bilangan pelajar yang dapat mengikuti aliran teknik dan

vokasional adalah terhad. Kadar penyertaan di Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional ialah tujuh peratus daripada jumlah enrolment kohort Tingkatan 4 iaitu

angka yang rendah berbanding kadar penglibatan murid di negara – negara maju seperti

Jerman, Perancis dan Itali meliputi penyertaan melebihi 60 peratus (Ahamad Sipon,

2001).

Page 20: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

3

Jadual 1.1: Pelaksanaan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik harian.

Tahun Pelaksanaan

Bil. Mata Pelajaran Vokasional 2002

(Fasa1)2003

(Fasa2) 2004

(Fasa 3) 2005

(Fasa4)

1. Pembinaan Domestik x

2. Membuat Perabot x

3. Seni Reka Tanda x

4. Menservis Peralatan Elektrik Domestik x

5. Rekaan dan Jahitan Pakaian x

6. Katering dan Penyajian x

7. Landskap dan Nurseri x

8. Tanaman Makanan x

9. Pemprosesan Makanan x

10. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi x

11. Produksi Multimedia x

12. Grafik Berkomputer x

13. Pendawaian Domestik x

14. Menservis Automobil x

15. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara

x

16. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak x

17. Hiasan Dalaman Asas x

18. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut x

19. Kerja Paip Domestik x

20. Kimpalan Arka dan Gas x

21. Menservis Motosikal x

22. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik x Bil. mata pelajaran mengikut tahun 8 2 8 4 Jumlah mata pelajaran sehingga 2005 22

(Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 2003)

Page 21: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

4

Kurikulum mata pelajaran vokasional menghasratkan bagi melahirkan pelajar

yang berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan

mereka mendapatkan pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih

tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang

kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang berguna dalam

kehidupan harian dan alam pekerjaan. Program MPV ditawarkan secara berperingkat

sehingga 22 mata pelajaran kemahiran dalam lima bidang usaha dilaksanakan secara

berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 ( Jadual 1.1)

1.2 Latar Belakang Masalah

Perlaksanaan mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan pada tahun 2002

yang bertujuan memberi berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna

untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan atau

meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi. Perlaksanaan ini dijalankan secara

berperingkat – peringkat sehinggalah ke hari ini. Peluang yang diberikan kepada pelajar

untuk mengambil mata pelajaran ini terbuka kepada semua. Walau bagaimanapun setiap

kelas dihadkan kepada 25 orang bagi mengatasi kekurangan ruang dan bengkel yang

disediakan. Jadual di bawah menunjukkan kemasukan pelajar dalam kelas MPV di

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dari tahun 2002 hingga 2007.

Page 22: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

5

Jadual 1.2 : Kemasukan pelajar dalam mata pelajaran vokasional landskap dan nurseri di Sekolah Menengah Jalan Reko

Tahun Tingkatan 4 Tingkatan 5

2002 23 -

2003 19 23

2004 20 19

2005 21 20

2006 24 21

2007 23 24

Kemasukan pelajar ini menunjukkan jumlah sambutan yang berbeza setiap

tahun. Sepatutnya setiap kelas boleh menampung 25 orang pelajar. Adakah sambutan

yang berbeza ini memperlihatkan tahap penerimaan MPV masih lagi kurang ? Apakah

yang mendorong pelajar mengikuti mata pelajaran Vokasional ini ?

Pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan

sumber manusia yang dilaksanakan oleh negara tersebut. Negara Malaysia yang sedang

menuju ke arah negara perindustrian dan teknologi tinggi, maka segala harapan untuk

mencapai matlamat tersebut berkait rapat dengan pembangunan pendidikan dalam

bidang vokasional.

Perubahan besar dari segi struktur guna tenaga adalah satu realiti yang sedang

berlaku di negara ini selaras dengan perubahan dalam struktur ekonomi. Struktur

ekonomi negara melalui pelbagai peringkat peralihan, dari diterajui oleh sektor pertanian

beralih ke sektor pembuatan dan perkhidmatan, dan kini menghadapi tuntutan ekonomi

berpaksikan pengetahuan. Ekonomi berpaksikan pengetahuan memerlukan sumber

manusia yang menguasai ilmu berasaskan sains dan teknologi canggih. Ekonomi

berpaksikan pengetahuan memerlukan sumber manusia yang inovatif lagi kreatif, serta

Page 23: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

6

cenderung melakukan penyelidikan dan pembangunan. Dengan itu program pendidikan

haruslah berupaya menghasilkan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran,

memiliki sifat inovatif lagi kreatif, dan menjadi barisan tenaga kerja yang produktif,

kompetitif dan sesuai dengan keperluan komersial dan keperluan industri.

Untuk menjadikan pendidikan sebagai persediaan untuk bekerja maka

sewajarnya pendidikan dapat menyediakan pelajar – pelajar dengan kecekapan bekerja.

Kecekapan bekerja yang disalurkan melalui sistem pendidikan formal adalah kecekapan

– kecekapan bekerja yang dapat memenuhi keperluan majikan, keperluan industri dan

keperluan ekonomi.

Menurut Wellington (1993) menyatakan jenis–jenis kecekapan bekerja yang

ingin diterapkan dalam sistem pendidikan seharusnya dikenal pasti melalui penyelidikan

supaya memenuhi keperluan majikan, industri dan ekonomi. Ini bermakna sistem

pendidikan vokasional seharusnya seiring dengan keperluan tenaga kerja yang

diperlukan oleh pihak majikan, industri dan ekonomi. Majikan lebih mudah mengenal

pasti kecekapan bekerja yang sepatutnya ada pada pekerja untuk keperluan mereka. Oleh

itu kecekapan bekerja mestilah ditentukan oleh pekerja dan pihak–pihak yang berkaitan

dengan industri.

Page 24: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

7

Jadual 1.3 : Tahap kepentingan bekerja mengikut persepsi majikan.

Kecekapan bekerja Sangat

penting

%

Penting

%

Tidak

penting

%

Mempunyai kelulusan yang sesuai

dengan pekerjaan

35 22 43

Mendapat gred yang baik dalam

peperiksaan dan mata pelajaran akademik

30 31 39

Lulus dalam mata pelajaran vokasional 24 36 40

Mempunyai pengalaman bekerja

berkaitan dengan pekerjaan

21 16 63

Sumber : Ubah suai daripada Recruiment & Training Research Unit, The Polytechic Of Wales , Jun 1987 dalam Wellington, J (1993) Mata pelajaran vokasional yang diperkenalkan di sekolah menengah akademik

sejak 2002 adalah untuk mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar. Mata

pelajaran vokasional yang dianggap mudah bagi sesetengah pelajar kerana mata

pelajaran ini disyorkan kepada pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang

lemah. Dalam MPV, pelajar tidak perlu menghafal fakta dan mengingat rumus tetapi

perlu menyiapkan semua hasil kerja yang disediakan dalam buku modul. Kebanyakan

kerja dibuat secara praktikal dan soalan-soalan peperiksaan adalah berdasarkan kerja-

kerja praktikal tersebut. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari ada

pelajar yang kurang cenderung kepada mata pelajaran akademik, sebaliknya lebih

berminat kepada pendidikan amali, maka kementerian memperluaskan sekolah teknik,

vokasional dan memperkenalkan MPV di sekolah menengah harian biasa. Menurut

kajian Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malaysia 31 Disember 2003) mendapati

pelajar yang memilih mata pelajaran berkenaan lebih berminat dan mencintai sekolah

kerana menyediakan mata pelajaran ini, selain memberi asas kemahiran seperti dalam

bidang landskap, automotif dan pembinaan.

Page 25: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

8

Menurut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat

(Utusan Malaysia, 31 Disember 2003) berdasarkan pengenalan MPV di beberapa

sekolah sebelum ini, didapati ia banyak membantu meningkatkan rasa seronok para

pelajar untuk ke sekolah. Disiplin pelajar juga bertambah baik, jumlah kehadiran yang

meningkat dan kurangnya pelbagai masalah yang sebelum ini sering berlaku.

Minat pelajar terhadap mata pelajaran merupakan faktor penting dalam

menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran (MPV) . Ini kerana minat dan

kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

pencapaian pembelajaran seseorang (Abu Zahari,1998) minat yang telah dibangkitkan

dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat pelajar terus berfikir

dalam lapangan itu sehingga dia menguasai mata pelajaran tersebut (Crow & Crow

1983). Oleh itu, adakah faktor pemilihan mata pelajaran vokasional berdasarkan minat

pelajar itu sendiri.

Ibu bapa juga menentukan sasaran kepada anak – anak untuk mencapai kejayaan

dan matlamat yang cemerlang kepada anak–anak mereka. Pemantauan ibu bapa terhadap

anak–anak dalam pemilihan kerjaya yang sesuai berhubung kait dengan pemilihan mata

pelajaran elektif yang ditawarkan. Ibu bapa sering membantu anak–anak dalam memilih

mata pelajaran elektif yang sesuai, apa yang perlu dipelajari oleh anak–anak mereka.

Menurut kajian Entwistle (1970) mendapati lebih 90% daripada ibu bapa

inginkan sekolah mengajar perkara–perkara yang bolehkan anak–anak mereka

memperolehi pekerjaan. Wellintong (1993) ibu bapa yang datangnya daripada keluarga

kelas pertengahan lebih mengutamakan pendidikan sebagai persediaan untuk menjawat

sesuatu pekerjaan berbanding ibu bapa daripada golongan yang lain. Sekiranya diberi

peluang autoriti mereka akan menentukan subjek–subjek yang mempunyai nilai

pekerjaan atau mempunyai nilai untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih

Page 26: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

9

tinggi serta menjurus kepada pekerjaan yang akan dijawat anak–anak mereka tamat

pengajian. Adakah ini benar-benar berlaku dalam pemilihan mata pelajaran vokasional

(MPV) yang telah dilaksanakan dalam sekolah akademik harian.

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan 33

peratus daripada jumlah pelajar tingkatan empat dan lima di seluruh negara mengikuti

mata pelajaran teknikal dan vokasional menjelang 2020, mata pelajaran vokasional telah

diperkenalkan di sekolah menengah akademik. Sehingga 2003 hanya 13 peratus sahaja

yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional daripada jumlah pelunjuran tingkatan 4.

Untuk mencapai sasaran ini mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan secara

berperingkat – peringkat ke sekolah akademik harian sehingga 2005 terdapat 1,214

sekolah yang menawarkan MPV. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat faktor –

faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar di sekolah akademik di Daerah Hulu

Langat dari aspek faktor peluang pekerjaan, pengurusan sekolah, faktor minat dan faktor

ibu bapa.

Page 27: FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di daerah

10

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti sama ada faktor peluang pekerjaan dalam pemilihan pelajar

mengikuti MPV di sekolah akademik.

2. Mengenal pasti sama ada pengurusan sekolah meletakkan garis panduan dalam

menentukan pemilihan pelajar untuk mengikuti MPV.

3. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar untuk mengikuti MPV

di sekolah akademik.

4. Mengenal pasti sama ada ibu bapa terlibat di dalam menentukan pelajar

mengikuti MPV di sekolah akademik.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:

1. Apakah faktor peluang pekerjaan mempengaruhi pelajar memilih MPV ? 2. Apakah faktor pengurusan sekolah mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

MPV ?

3. Apakah faktor minat telah mempengaruhi pelajar dalam memilih MPV ?

4. Apakah faktor Ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam memilih MPV ?