FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHAN ... filefaktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan...

of 24 /24

Embed Size (px)

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHAN ... filefaktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan...

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHAN

BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU LUKISAN

KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI

KELANTAN

ROSQISTINA BT ISHAK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kuabadikan halaman istimewa ini buat

Insan-insan yang paling bermakna di dalam hidup ini

Ayahanda & bonda yang amat kusayangi:

Ishak Bin Mat Ail & Siti Limah Bt Awang Besar

Doa, pengorbanan & kasih sayang kalian yang membawa ku ke sini

Buat kekanda & adinda yang kukasihi:

Rosnani & Ashariman

Ruzaimi & Nor Azian

Rosliza, Ramdhan

Zulkeflie

Kalian permata yang tak ternilai di dalam hidup ku.

Buat insan-insan comel yang kukasihi:

Syahmi, Nabila, Emylia,Emylisa, Adib

Semoga kejayaan Cik Na hari ini menjadi pembakar semangat untuk kalian

Buat insan yang teramat istimewa..

Abdul Fattah

Terima-kasih.

Buat sahabat-sahabat sejati ku

Persahabatan & gelak tawa kalian akan sentiasa kuingati

PENGHARGAAN

Al-Hamdulillah berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya di dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Setinggi-tinggi penghargaaan dan ucapan ribuan terima-kasih yang tidak

ternilai kepada Tuan Haji Kandar Bin Selamat selaku penyelia PSM yang telah

banyak memberikan bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang

penghasilan tesis ini.

Di samping itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh warga sekolah

menengah teknik di negeri Kelantan yang telah memberi komitmen serta kerjasama

yang sepenuhnya sepanjang soal-selidik dijalankan.

Tidak dilupakan, ribuan terima-kasih juga buat keluarga yang telah banyak

memberikan sokongan dan kepercayaan sepanjang saya di UTM ini. Sekalung

penghargan juga buat teman-teman seperjuangan yang sama-sama mengerah

keringat untuk bergelar seorang pendidik.

Terima-kasih semua

ABSTRAK

Bahan Bantu Mengajar (BBM) memainkan peranan penting ke arah

meningkatkan pemahaman pelajar. Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru untuk

memahirkan diri di dalam keseluruhan aspek termasuklah mengetahui bagaimana

dan bila untuk menggunakan keseluruhan BBM di dalam bilik darjah. Ini akan

menggalakkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang positif serta menarik.

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan guru-guru Lukisan Kejuruteraan

(LK) terhadap penggunaan BBM. Aspek kajian adalah tertumpu kepada faktor-faktor

yang mempengaruhi penggunaan BBM iaitu faktor sikap, kesediaan, kemudahan dan

kelengkapan oleh pihak sekolah serta faktor-faktor kekangan yang menghalang para

guru daripada menggunakan BBM di dalam bilik darjah. Soal selidik digunakan

sebagai instrumen kajian. Kaedah analisis adalah dengan menggunakan perisian

SPSS (Statistical Packages For Social Sciences) version 11.0 for windows bagi

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan skor min. 51 orang guru yang mengajar

LK yang terdiri daripada 5 buah sekolah teknik di negeri Kelantan telah dipilih

sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan sikap guru terhadap penggunaan BBM

adalah positif. Namun pihak sekolah perlu mempertingkatkan kemudahan serta

peruntukan sumber kewangan di dalam penyediaan BBM. Daripada analisis data

juga didapati bahawa kekangan utama yang dihadapi oleh guru ialah mereka tidak

mempunyai cukup masa di dalam menghasilkan BBM. Cadangan untuk

mengoptimumkan penggunaan BBM juga turut disertakan di dalam kajian ini.

ABSTRACT

Teaching aid plays important role towards increasing students understanding.

Thus, it was really important for teacher to be proficient in all aspects including

knowing how and when to use all the teaching aid in classroom. It can promote a

positive and interesting teaching and learning environment. This research is

conducted to obtain engineering drawing teachers view on teaching aid. The aspect

of this research is converge on influence factor in using teaching aid which are

attitude, willingness, convenience and equipment by school side and also the

constraint factors that obstruct the teachers from using teaching aid in classroom.

Questionnaires was used as the research instrument. The analysis method is by using

the SPSS (Statistical Packages For Social Sciences) version 11.0 for windows

software to determine the frequency, percentage and min score. 51 engineering

drawing teachers from 5 technical schools in Kelantan were selected as the

respondents. The research result shows that teachers attitude on using teaching aid is

positive. Although that, school needs to increase convenience and allocation of

financial source in preparation of teaching aid. From data analysis, we know that the

main constraint factor that face by teachers was they did not have enough time in

creating teaching aid. The proposal on optimizing the using of teaching aid was also

appended in this survey.

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Terminologi 9

1.7.1 Faktor 9

1.7.2 Penggunaan 9

1.7.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 9

1.7.4 Lukisan Kejuruteraan (LK) 10

1.7.5 Peralatan 11

1.8 Penutup 11

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.0 Pengenalan 12

2.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13

2.2 Kriteria Pemilihan BBM Yang Baik 15

2.3 Kelebihan Menggunakan BBM Di Dalam

Pengajaran 16

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Penggunaan BBM 19

2.4.1 Faktor Sikap Guru 19

2.4.2 Faktor Pengetahuan/Kemahiran 20

2.4.3 Faktor Kemudahan 21

2.4.4 Faktor Kekangan 23

2.5 Penutup 24

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 25

3.0 Pengenalan 25

3.1 Rekabentuk Kajian 26

3.2 Populasi Dan Sampel kajian 26

3.3 Instrumen Kajian 27

3.3.1 Bahagian A 27

3.3.2 Bahagian B 28

3.4 Kajian Rintis 28

3.5 Prosedur Kajian 30

3.6 Analisis Data 30

3.7 Penutup 33

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 34

4.1 Analisis Bahagian A 35

4.1.1 Jantina 36

4.1.2 Umur 36

4.1.3 Keturunan 37

4.1.4 Tahap Pencapaian Akademik tertinggi 37

4.1.5 Pengalaman Mengajar Di Dalam

Mata PelajaranLK 38

4.1.6 Kelulusan Ikhtisas Perguruan 39

4.2 Analisis Bahagian B 40

4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 40

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 43

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 46

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 48

4.3 Penutup 51

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 52

5.1 Perbincangan Profail Responden 53

5.2 Perbincangan Dapatan Kajain 54

5.2.1 Sikap Guru-Guru Terhadap Penggunaan

BBM Di Dalam Mata Pelajaran LK 54

5.2.2 Kesediaan Guru-Guru LK Di Dalam

Penggunaan BBM 55

5.2.3 Penyediaan Kemudahan BBM

Oleh Pihak Sekolah 57

5.2.4 Kekangan-kekangan Yang Dihadapi

Oleh Guru-guru LK Di Dalam

Penggunaan BBM 58

5.3 Rumusan Keseluruhan 59

5.4 Cadangan Kajian 61

5.4.1 Guru 61

5.4.2 Sekolah 62

5.4.3 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Penutup 64

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 70

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Skala Likert 28

3.2 Pekali Alpha Cronbach 29

3.3 Pemarkatan Skala Likert 31

3.4 Penentuan Jadual Min 32

3.5 Penentuan Jadual Peratus 32

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 36

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Keturunan 37

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tahap Pencapaian Akademik Tertinggi 37

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Pengalaman Mengajar Dalam Mata Pelajaran LK 38

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kelulusan Ikhtisas Perguruan 39

4.7 Data Analisis Persoalan Kajian 1 40

4.8 Data Analisis Persoalan Kajian 2 43

4.9 Data Analisis Persoalan Kajian 3 46

4.10 Data Analisis Persoalan Kajian 4 48

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LK - Lukisan Kejuruteraan

S - Setuju

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 70

B Maklumat Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 74

C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (EPRD) 75

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah merupakan sebahagian daripada kaedah

dan idea-idea yang didapati oleh guru kepada para pelajarnya seperti mana yang ditulis

oleh Jaafar (1999) yang menekankan bahawa BBM adalah satu bahagian yang padu di

dalam proses tersebut. Alat ini bertujuan menambah kelancaran perhubungan di antara

guru dan pelajar serta perhubungan di antara pelajar sesama pelajar.

BBM dilihat sebagai begitu penting di dalam memudahkan pemahaman para

pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar khasnya di dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan (LK). LK adalah asas di dalam segala bidang kejuruteraan kerana LK itu

2

berfungsi sebagai bahasa perhubungan bagi mereka yang terlibat. Contohnya untuk

membuat sebuah kereta Proton Saga, lukisan yang terperinci perlu dibuat terlebih dahulu

oleh jurutera reka bentuk. Lukisan itu kemudiannya diserahkan kepada bahagian

pembuatan supaya maklumat yang terkandung di dalam LK itu dapat disampaikan

dengan tepat (Dewan Bahasa dan Pustaka,1996). Ini bertepatan dengan Jaafar (1999),

yang menegaskan bahawa LK adalah satu mata pelajaran yang bertindak sebagai agen

pemangkin di dalam pembelajaran mata pelajaran lain di mana pelajar akan

dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas di dalam LK yang akan

digunakan di dalam semua bidang kejuruteraan dan teknologi apabila mereka memasuki

alam pekerjaan kelak.

Di peringkat sekolah menengah atas, matapelajaran-matapelajaran teknikal dan

vokasional diberikan penekanan yang berbeza-beza mengikut jenis-jenis sekolah. Bagi

sekolah menengah akademik, LK merupakan salah satu daripada matapelajaran elektif

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di dalam Kumpulan II iaitu Kumpulan

Vokasional dan Teknologi. Di sekolah menengah teknik (SMT) pula pelajar mengambil

matapelajaran akademik dan matapelajaran pengkhususan (LK merupakan satu

matapelajaran teras). Manakala bagi sekolah menengah vokasional pula matapelajaran

elektif (LK merupakan salah satu daripada matapelajaran teras) diberikan pendedahan

kepada pelajar yang bertujuan menyediakan kemahiran untuk dunia pekerjaan atau

memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi.

Mata pelajaran LK ini penting di dalam era sains dan teknologi. Ini

memandangkan semua jenis reka bentuk memerlukan kepakaran grafik yang tepat dan

jelas. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab guru untuk menyampaiakan isi

pengajaran dengan berkesan serta apa yang penting dapat difahami oleh para pelajar. Di

sinilah kita melihat perlunya kepada BBM yang bukan sahaja tertumpu kepada pelajar.

Secara tidak langsung ianya dapat memberi manfaat yang besar kepada guru. Kamarul

3

(2003) menyatakan, contohnya di dalam proses penyedian sesuatu BBM, seseorang guru

itu terpaksa menjalankan pelbagai kajian bagi menghasilkan BBM yang benar-benar

dapat memberi manfaat kepada pelajar. Di dalam proses ini, secara tidak langsung para

guru mendapat pelbagai maklumat yang sangat berguna untuk kegunaan diri sendiri.

1.1 Latar Belakang Masalah

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan sebahagian daripada medium penting

yang digunakan di dalam bilik darjah untuk membantu memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran seseorang guru. Melalui penggunaan BBM, keterangan secara teori

dan fakta dapat diperjelaskan dengan lebih mudah dan berkesan dengan hanya

menggunakan objek simulasi atau melalui paparan gambar yang sebenar dengan

menggunakan segala teknologi yang ada di sekeliling kita sekarang.

Walaupun demikian, banyak laporan yang menunjukkan sambutan yang agak

dingin di kalangan guru terhadap penggunaan Bahan BBM (Jaafar,1999). Menurut Ng

(1997), walaupun perkembangan sains dan teknologi berkembang dengan pesat,

kewujudan BBM yang berteknologi seperti komputer, video dan lain-lain tidak

memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran jika tidak terdapat

pendidik yang berkemampuan mengendalikannya. Berdasarkan kenyataan ini, guru

seharusnya perlu mempunyai pengetahuan serta berkemahiran di dalam mengendalikan

sebarang bentuk BBM khasnya di dalam subjek Lukisan Kejuruteraan (LK).

Hamidah (2000) menyatakan bahawa merujuk kepada penggunaan bahan-bahan

perisian di sekolah, didapati bahawa penyediaan dan penggunaan bahan ini masih lagi

4

boleh dipertikaikan. Guru-guru dan pihak pentadbir sekolah masih belum bersedia di

dalam perancangan menyediakan kemudahan bahan perisian sepenuhnya.

Penggunaan BBM yang berkesan ialah melalui kecekapan dan kemahiran

mengendalikan alat-alat yang sesuai di dalam sesuatu topik yang diajar. Hasil kajian

oleh Zarul Akmar (1993) pula mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh guru di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah cara atau teknik penggunaan BBM

yang betul dan berkesan, pemilihan jenis BBM yang sesuai dan persediaan BBM. Selain

itu, didapati guru-guru yang pernah mengikuti kursus berkenaan adalah terlalu sedikit.

Fenomena seumpama ini menunjukkan para guru kurang mendapat pendedahan terhadap

persediaan dan penggunaan BBM serta tidak berupaya menguruskan pelaksanaan BBM

secara sistematik.

Menurut Yeo (1996), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UNESCO, di

kebanyakan negara di rantau ini termasuk Malaysia, masih terdapat kaedah pengajaran

guru yang autokratik, formal dan tradisional. Kebanyakan penyampaian hanya

berbentuk satu hala dengan guru bercakap, membaca dan berkuliah sementara pelajar

hanya berfungsi secara pasif. Menurut Abdul Rahim (1998) pula, guru masih

mengamalkan cara pengajaran yang tradisional yang berpusatkan kepada guru.

Walaupun guru menggunakan bahan-bahan pengajaran di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, kebanyakannya adalah terhad kepada jenis bahan cetak sahaja.

Situasi yang sama turut berlaku di dalam mata pelajaran LK di mana guru-guru

kurang menggunakan BBM semasa proses pengajaran dijalankan. Jaafar (1999) dalam

kajiannya mengenai kepentingan BBM di dalam LK menyatakan bahawa laporan yang

menunjukkan sambutan yang agak dingin di kalangan guru terhadap penggunaan BBM

termasuk di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK.

5

Sementara itu Kamarul (2003) di dalam kajiannya mendapati:

i. Kebanyakan guru-guru mempunyai jumlah waktu mengajar sebanyak 16

waktu bagi Lukisan Kejuruteraan tidak termasuk mata pelajaran lain

dalam tempoh seminggu.

ii. Bebanan tugas dari segi jawatan-jawatan lain (guru pembimbing

persatuan, penyelaras peperiksaan dan lain-lain) yang disandang sangat

mempengaruhi penggunaan BBM di kalangan guru. Kebanyakan guru

yang mempunyai lebih dari dua jawatan tidak menggunakan BBM bagi

sesi pengajarannya.

Daripada masalah-masalah tersebut, pengkaji ingin mengkaji adakah

permasalahan penggunaan BBM berlaku terhadap mata pelajaran LK di seluruh sekolah

teknik di negeri Kelantan dan jika berlaku apakah sebabnya agar satu rumusan dapat

dibuat. Ini bagi memastikan agar semua pihak yang terlibat akan menyedari betapa

pentingnya penggunaan BBM bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran

di setiap sekolah selain dapat menggunakan BBM secara optimum untuk meningkatkan

tahap penguasaan pelajar ke atas subjek LK.

1.2 Penyataan Masalah

Pemahaman konsep adalah penting di dalam proses menghasilkan sesebuah

lukisan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Ianya memerlukan kepada daya

imaginasi pelajar di dalam membayangkan sesuatu bentuk projek. Maka di sinilah BBM

memainkan peranan penting ke arah pengukuhan dan pemahaman para pelajar. Namun

6

begitu, penggunaannya masih mendapat sambutan yang kurang menggalakkan di

kalangan guru-guru LK. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi guru-guru LK terhadap penggunaan BBM di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenalpasti sikap guru-guru terhadap penggunaan BBM di dalam

mata pelajaran LK.

ii. Mengetahui tahap kesediaan guru-guru LK di dalam

menggunakan BBM di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

iii. Mengetahui kemudahan-kemudahan BBM yang disediakan oleh pihak

sekolah.

iv. Mengenalpasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru LK di

dalam penggunaan BBM.

7

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan utama yang menjadi asas kepada kajian ini adalah:

i. Apakah sikap guru-guru LK terhadap penggunaan BBM di dalam mata

pelajaran LK?

ii. Adakah guru-guru LK mempunyai kesediaan di dalam penggunaan BBM?

iii. Adakah pihak sekolah menyediakan kemudahan di dalam penggunaan

BBM bagi subjek LK?

iv. Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru LK di dalam

penggunaan BBM?

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk:

i. Kajian ini dibuat untuk mengetahui gambaran sebenar tentang

penggunaan BBM di kalangan guru-guru LK di sekolah-sekolah teknik di

Negeri Kelantan.

ii. Mengumpulkan data-data yang boleh dijadikan sebagai maklumat untuk

melihat faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru LK terhadap

8

penggunaan BBM di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Membantu para guru di dalam mengenalpasti punca sebenar yang

menghalang penggunaan BBM di dalam sesi pengajaran mereka dan

bagaimanan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

iv. Membantu pihak-pihak tertentu seperti pengetua, guru-guru dan Jabatan

Pendidikan Negeri di dalam meningkatkan penggunaan BBM di dalam

mata pelajaran LK di sekolah-sekolah.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran LK di

sekolah-sekolah menengah teknik di seluruh Negeri Kelantan. Sekolah-sekolah yang

terlibat adalah:

i. Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai

ii. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas

iii. Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa

iv. Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah

v. Sekolah Menengah Teknik Bachok

BAB 3.pdfBAB III METODOLOGI KAJIAN Jadual 3.1 : Skala LikertJadual 3.2 : Pekali Alpha CronbachKategoriSkor

bab 4.pdfJadual 4.1 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantinaJadual 4.2 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umurJadual 4.3 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut keturunan

bahagian belakang.pdfBAHAGIAN A:LATAR BELAKANG RESPPONDEN BAHAGIAN B Bil811 BilPernyataan27