FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam...

24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN VOKASIONAL DALAM MENJALANKAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI SELANGOR. MUZLIFAH BINTI SAADON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN VOKASIONAL DALAM MENJALANKAN

AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI

SELANGOR.

MUZLIFAH BINTI SAADON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN VOKASIONAL DALAM MENJALANKAN

AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

NEGERI SELANGOR.

MUZLIFAH BINTI SAADON

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor
Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

iii

DEDIKASI

Di ruangan ini, Ku tujukan khas buat.................

Suami yang dikasihi

Khairisham Bin Ismail

Yang terlalu banyak berkorban untukku.

Ayahanda dan Bonda

Terima kasih atas doa dan sokongan mu

Anak-anak

Khairisyahmie Bin Khairisham

Khairi Hamizan Bin Khairisham

Khairi Auni Amirah Binti Khairisham

Khairi Mifzal Bin Khairisham

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada anak-anak ku

di masa hadapan.

Sesungguhnya Kejayaanku Bukan Untukku Sahaja......................................

Untuk Kita Kongsi Bersama................................................

Terima kasih........

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada

Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Penulis ingin merakamkan tulus ikhlas kepada suami, ibu dan ayah yang telah

banyak memberikan nasihat dan dorongan untuk terus gigih belajar di puncak

menara gading.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof.

Madya Dr Widad Binti Othman yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan

serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sg.

Buloh, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Klang, Pengetua Sekolah Menengah

Teknik Kajang dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Shah Alam serta guru-guru

yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di

Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor

latar belakang keluarga, minat, pengetahuan dan kemahiran. Seramai 105 orang

responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data

dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “

Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Sampel kajian terdiri daripada

pelajar-pelajar vokasional yang menyertai kelab keusahawanan di Sekolah

Menengah Teknik Kajang, Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sekolah Menengah

Teknik Shah Alam dan Sekolah Menengah Teknik Klang. Hasil kajian dibentangkan

dalam bentuk kekerapan, dan peratus. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan,

kemahiran dan minat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti

keusahawanan di sekolah. Adalah diharapkan pihak-pihak yang berkenaan akan

merangka lebih banyak program dan aktiviti keusahawanan supaya pendidikan itu

menjadi lebih efektif dan produktif.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

vi

ABSTRACT

This research was done to determine the factors that influence the

involvement of form four students in entrepreneurship activities at Technical

Secondary School in Selangor. The factors included family background, interest,

knowledge and skills. There were 105 respondents representing the whole

population involved in the research. The samples of the research were the vocational

students that joined the entrepreneurship club in them school. Data collected from

the questionnaires distributed to the respondents were processed using SPSS.

Results of study were presented in the form of frequencies and percentages. It was

found that knowledge, skills and interest were the factors influenced the students’

involvement in entrepreneurship activities at school. It is hoped that those who

responsible would plan more programs and entrepreneurship activities so as to make

this subject more effective and productive.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definasi Terminologi 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar

Dalam Menjalankan Aktiviti Keusahawanan

2.2.1 Faktor Latar Belakang Keluarga 13

2.2.2 Faktor Minat 14

2.2.3 Faktor Pengetahuan 16

2.2.4 Faktor Kemahiran 18

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Penganalisisan Data 29

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 32

4.2.1 Jantina 32

4.2.2 Tempat Tinggal 32

4.2.3 Bangsa 33

4.2.4 Pekerjaan Bapa 33

4.2.5 Pekerjaan Ibu 34

4.2.6 Perniagaan Sambilan Bapa dan Ibu 34

4.3 Analisis Persoalan Kajian 35

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 39

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 41

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 49

5.3.1 Faktor Latar Belakang Keluarga 49

5.3.2 Faktor Minat 50

5.3.3 Faktor Pengetahuan 52

5.3.4 Faktor Kemahiran 53

5.4 Cadangan 53

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.6 Penutup 56

RUJUKAN 57

LAMPIRAN

LAMPIRAN A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63

LAMPIRAN B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 65

Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM

LAMPIRAN C Surat Kebenaran Penyelidikan 68

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

LAMPIRAN D Borang Soal Selidik 71

LAMPIRAN E Analisis Kajian Rintis (Alpha Croncbach) 79

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kandungan Soal Selidik 25

3.2 Cara Pemarkatan Aspek Latar Belakang Keluarga, Minat,

Pengetahuan dan Kemahiran Pelajar. 26

3.3 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 30

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 33

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 34

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 35

4.7 Taburan Responden Mengikut Perniagaan

Sambilan Bapa dan Ibu 35

4.8 Analisis Faktor Latar Belakang Keluarga 37

4.9 Purata Taburan Peratus Responden Mengikut Faktor

Latar Belakang Keluarga 38

4.10 Analisis Faktor Minat 39

4.11 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 41

4.12 Analisis Faktor Pengetahuan 42

4.13 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Pengetahuan. 44

4.14 Analisis Faktor Kemahiran 44

4.15 Purata Taburan Responden Mengikut Faktor Kemahiran 46

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

xii

SINGKATAN

MPPB : Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

SMT : Sekolah Menengah Teknik

UPEN : Unit Perancangan Ekonomi Negeri

DEB : Dasar Ekonomi Baru

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63

B Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian 65

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)

C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 68

D Soal Selidik 71

E Analisis Kajian Rintis 79

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan tidak putus-putus memberi

pelbagai bantuan untuk melahirkan usahawan seimbang di kalangan semua kaum di

Malaysia. Kerajaan ingin mewujudkan suatu keadaan di mana kemajuan ekonomi negara

dapat dinikmati oleh semua kaum. Tetapi selepas begitu banyak bantuan yang disediakan

dan berbagai-bagai dorongan, seminar, dialog serta konvensyen untuk usahawan

Bumiputera telah diadakan, kelihatan pembentukan bilangan usahawan seperti yang

diharapkan belum tercapai (Abdul Razak, 1998).

Usaha-usaha pembangunan keusahawanan yang mula berkembang sejak Dasar

Ekonomi Malaysia Kedua (1971 – 1975) telah memperkembangkan bakat keusahawanan

di kalangan Bumiputera yang diharapkan dapat merealisasikan Rancangan Jangka

Panjang Kerajaan iaitu ke arah mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju. Program Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) merupakan satu rancangan jangka

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

panjang kerajaan agar kaum bumiputera seiring dengan kaum lain dalam bidang

perdagangan.

Selain daripada pihak kementerian, agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian

Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Kementerian Pembangunan Luar

Bandar dan berbagai agensi lain turut sama memainkan peranan dalam membangunkan

usahawan Bumiputera. Berbagai program latihan dan bantuan diberi kepada bakal

usahawan dan pengusaha kecil di peringkat luar bandar untuk meningkatkan lagi

penglibatan dan memajukan perniagaan mereka.

Pendedahan dalam dunia keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada golongan

dewasa malah di peringkat kanak-kanak sekolah lagi. Usaha Kementerian Pendidikan

memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan adalah sesuatu yang

patut diberi perhatian yang lebih (Halimah, 1995).

Program Usahawan Muda dimulakan pada tahun 1990. Ia dikendalikan oleh

sepasukan pensyarah dari Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama daripada

pasukan pengurusan di Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perusahaan

Awam. Ia bertujuan memupuk bakat keusahawanan di kalangan pelajar sekolah

menengah. Program ini mengambil contoh perlaksanaan,”Junior Achievement Program”

di Amerika Syarikat yang diperkenalkan kepada kanak-kanak remaja belasan tahun di

sekolah-sekolah di sana (Halimah,1997).

Terdapat kajian yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara

pendidikan keusahawanan dengan kejayaan usahawan (Ronstadt, 1985). Terdapat juga

hubungan yang positif antara pendidikan keusahawanan dengan perkembangan ekonomi.

Di Malaysia bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan

selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini sebagai di antara bidang kerjaya yang

diminati.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

Mata pelajaran keusahawanan mula diperkenalkan di peringkat sekolah menengah

di Malaysia pada tahun 1989. Matlamat mata pelajaran keusahawanan ini adalah untuk

melahirkan insan yang berdikari, kenal faham ekonomi dan mempunyai sikap yakin diri,

kreatif, inisiatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan baik (Pusat Perkembangan

Kurikulum 1992). Mata pelajaran keusahawanan juga meliputi pelbagai bidang seperti

perdagangan, penubuhan dan pengurusan perniagaan atau perusahaan, perakaunan dan

mengawal keusahawanan (MEDEC, 1992).

1.2 Latarbelakang Masalah

Semenjak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970, usaha dan galakan

kerajaan lebih tertumpu kepada usahawan Bumiputera. Berbagai usaha dan rancangan

telah dilaksanakan , ramai usahawan Bumiputera dalam perniagaan terus meningkat dari

tahun ke tahun. Kejayaan ini perlu dibanggakan, tetapi kejayaan ini masih jauh daripada

matlamat DEB yang berkehendakkan minima 30 peratus penyertaan bumiputera dalam

perniagaan. Kemunculan usahawan Bumiputera berkembang maju dari akhir tahun 70-an

hingga akhir tahun 1990. Oleh kerana berlaku zaman kemelesetan ekonomi Malaysia

pada tahun 1985, maka ramai usahawan bumiputera gagal meneruskan perjuangan

mereka dalam perniagaan. Hanya usahawan yang benar-benar digelar usahawan berjaya

meneruskan perniagaan mereka. Ada juga usahawan tulen yang dapat mengembangkan

perniagaan mereka walaupun dalam zaman kemelesetan ekonomi negara (Suhaimi,

1997).

Seperti yang diketahui di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RM 6, 1991),

salah satu hasrat kerajaan yang terpenting ialah untuk melahirkan sebuah masyarakat

perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berdaya maju dan mempunyai budaya

saing. Oleh itu beberapa rancangan telah disusun untuk membantu Bumiputera dan

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

usahawan Bumiputera supaya mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk

menceburkan diri di dalam perniagaan yang berbentuk industri ringan dan berat. Salah

satu rancangan ialah memberi latihan dalam bentuk kursus-kursus jangka pendek dan

jangka panjang. Institusi-institusi seperti PUNB, MEDEC, MARA dan kementerian-

kementerian tertentu telah berusaha mengenal pasti usahawan Bumiputera yang boleh

menceburkan diri di dalam industri berteknologi tinggi. Selain daripada itu bantuan

modal juga diberikan oleh bank-bank dan badan-badan kerajaan (Nor Aishah dan Siti

Rohaya, 1995).

Hasrat kerajaan melalui perlaksanaan DEB dan Rancangan Jangka Panjang

Kerajaan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

(MPPB) memberi gambaran mengenai kesungguhan kerajaan untuk melahirkan lebih

ramai para usahawan menjelang abad ke-21. Ini adalah selaras dengan pandangan Patel

(1987) dalam Zakaria (1995) bahawa keusahawanan akan menjadi suatu perkara yang

begitu menarik perhatian umum dan pendapat popular masa kini ialah abad ke-21

merupakan abad keusahawanan.

Dari segi ekonomi, keusahawanan dilihat sebagai “panacea” kepada kebanyakan

masalah seperti satu strategi menangani pengangguran dan membasmi kemiskinan.

Seorang usahawan bukan saja bekerja malah menyediakan pekerjaan untuk orang lain.

Oleh itu peranan usahawan dianggap sebagai pembawa perubahan ekonomi dan sosial.

Dalam menjayakan sesuatu industri berat banyak industri kecil dan sederhana diperlukan

sebagai menyokong industri berat tersebut. Industri kecil dan sederhana merupakan

domain usahawan. Dengan demikian untuk negara dapat terus memajukan perindustrian

tersebut ramai usahawan diperlukan (Zakaria, 1995).

Memandangkan betapa pentingnya usahawan dan keusahawanan kepada negara

dan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam perkara-perkara di atas, seharusnya

diwujudkan satu program di peringkat akar umbi iaitu peringkat persekolahan yang

mendedahkan para remaja kepada keusahawanan. Seterusnya ciri-ciri keusahawanan ini

dipupuk sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sehingga kini belum ada satu program

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

yang dapat memandu para pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai karier

mereka di masa akan datang. Untuk melahirkan usahawan, minat kepada keusahawanan

itu sendiri perlu dipupuk sejak dari awal.

Banyak kajian tentang ciri-ciri keusahawanan telah dijalankan di Malaysia

contohnya Baharu (1994), Zaidatol (1993), Janom (1997), Zahari (1998), Ramziah (2000)

dan Nor Azizah (2000). Pengkaji-pengkaji di atas telah melihat penerapan nilai-nilai

keusahawanan, orientasi sikap keusahawanan, aspirasi keusahawanan, dan persepsi guru

terhadap keperluan pelajar terhadap kemahiran keusahawanan.

Kementerian Perusahaan Utama yang bertanggungjawab untuk melahirkan

usahawan lebih menumpukan perhatian dalam melatih kemahiran keusahawanan setelah

seseorang itu tamat zaman persekolahannya. Peranan yang dimainkan oleh Kementerian

Perusahaan Utama melalui bahagian sekolah-sekolah untuk menjayakan program

usahawan muda adalah terhad kepada penubuhan kelab-kelab usahawan di sekolah.

Menurut Noll (1993), tahun-tahun akan datang adalah milik usahawan. Cabaran

yang dihadapi dalam persaingan di dunia boleh diatasi dengan membangunkan dan

mengekalkan bidang keusahawanan (Jennings,1994). Kajian Mohd Amir dan Halimah

(1992) mendapati pendidikan perdagangan dan keusahawanan perlu ditingkatkan di

negara ini supaya dapat bersaing dengan negara maju dan seterusnya mencapai matlamat

pendidikan negara.

Pendidikan keusahawanan juga penting dalam membuka minda pelajar untuk

menceburi bidang perniagaan dan bekerja sendiri (Lankard,1991). Menurut Zaidatol

Akmaliah (1993), pendidikan keusahawanan penting untuk membentuk pelajar usahawan

serta mempunyai nilai-nilai positif yang akan memberi sumbangan kepada ekonomi.

Pendidikan keusahawanan akan menyediakan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk

menyertai bidang keusahawanan (Ashmore 1983, Davis 1983).

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

Sistem pendidikan telah memperkenalkan subjek pendidikan perdagangan dan

keusahawanan sejak tahun-tahun 60-an (Shahril et. al 1993). Kepentingan subjek ini ada

dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Setelah KBSM diperkenalkan ,

subjek ini menjadi komponen teras dalam mata pelajaran bersifat pra-vokasional iaitu

Kemahiran Hidup Bersepadu. Di sekolah rendah komponen ini diperkenalkan melalui

amalan perdagangan (Abdul Rahman dan Zakaria 1995)

Menurut Cunningham dan Lischeron (1991) bidang keusahawanan terutamanya

kemahiran pengurusan boleh dilatih dan dibentuk melalui pendidikan keusahawanan.

Pembentukan ciri-ciri keusahawanan selalunya diikuti dengan latihan motivasi

pencapaian yang dijalankan dalam bilik darjah.

Sekolah dan institusi pendidikan dapat membangunkan kemahiran keusahawanan

di kalangan pelajar menerusi penerapan kemahiran tersebut dalam pendidikan vokasional

(Zaidatol Akmaliah, 1993). Kemahiran untuk memulakan perniagaan dan

menguruskannya telah diserapkan ke dalam pendidikan vokasional dan ini menunjukkan

tanda-tanda yang positif.

Di samping itu, banyak kajian yang dijalankan menunjukkan latar belakang

pendidikan kebanyakan usahawan yang berjaya ialah mereka yang mengambil jurusan

teknik dan vokasional semasa di sekolah. Oleh itu, penggubal kurikulum pendidikan

teknik dan vokasional di Kementerian Pendidikan perlu mengkaji setakat mana elemen-

elemen keusahawanan patut dimuatkan ke dalam kurikulum tersebut.

Mengikut Zaidatol Akmaliah (1995), elemen-elemen keusahawanan tidak

ditonjolkan secara langsung dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Oleh

itu, pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat sijil kemahiran vokasional hanya

terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah terfikir untuk membuka perniagaan

sendiri.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan

pelajar dalam menjalankan aktiviti keusahawanan.

Antara aspek-aspek yang dikaji adalah latar belakang keluarga, minat,

pengetahuan dan kemahiran mempengaruhi pelajar dalam aktiviti keusahawanan.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :

1.4.1 Adakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi penglibatan pelajar dalam

menjalankan aktiviti keusahawanan.

1.4.2 Adakah faktor minat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menjalankan

aktiviti keusahawanan.

1.4.3 Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi penglibatan pelajar dalam

menjalankan aktiviti keusahawanan.

1.4.4. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menjalankan

aktiviti keusahawanan.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN … · penglibatan pelajar tingkatan empat dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Selangor. Faktor-faktor

1.5 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk :

.

1.5.1 Mengenalpasti pengaruh latar belakang keluarga ke atas penglibatan pelajar

dalam aktiviti keusahawanan.

1.5.2 Mengenalpasti pengaruh minat ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti

keusahawanan.

1.5.3 Mengenalpasti pengaruh pengetahuan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti

keusahawanan.

1.5.4 Mengenalpasti pengaruh kemahiran ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti

keusahawanan.