Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

111

Transcript of Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

Page 1: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan
Page 2: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

i FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SALAH LAKU PELAJAR DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PERSONALITI PELAJAR

SHARIFAH RAUDZAH BINTI SYED JUNID

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2007

Page 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

"Saya akui karya ini adalah hasilkerjasayasendiri kecuali nukilan ftn ringkaszifiyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh 1 NOVEMBER 2OO7

Page 4: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

111

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana

Pendidikan'

Tandatangan

Nama Penyelia

TARIKH

PROFESOR DR. MOHD TAruDIN

IIAJI NINGGAL

1 NOVEMBER 2OO7

Page 5: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

iv

DEDIKASI

Kepada suamiku yang dikasihi,

Syed Alwee bin Syed Din terima kasih yang tidak terhingga kerana membenarkan saya meneruskan pengajian dalam Kursus Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Terima kasih juga kerana kesabaranmu dan memahamiku. Segala pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan amat dihargai. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasamu dan semoga Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusanmu. Doa sentiasa mengiringi agar hidup kita sekeluarga sentiasa diberkatiNya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Kepada satu-satunya anakku yang amat disayangi, Sharifah Nargis binti Syed Alwee, terima kasih kerana kesabaran dan

memahami keadaan Ummi yang sibuk dengan pengajian dan ketahuilah bahawa Ummi amat menyayangimu. Ummi sentiasa berdoa semoga anak Ummi menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam segala lapangan serta bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Kepada dua orang saudaraku, Satu-satunya kakak yang ku kasihi, Sharifah Nahidah (selaku pengganti arwah emak) terima kasih di atas segalanya. Juga kepada abangku Syed Sa’aid yang paling rapat denganku yang banyak membantu di saat aku memerlukan. Semoga kalian berdua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Kepada rakan-rakan seperjuangan Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang ditempuhi bersama-sama

selama berkursus (separuh masa) di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah S.W.T. Segala dorongan, tunjuk ajar dan pengorbanan kalian amat dihargai.

Kepada rakan-rakan sekerja Terutama En. Mohd Faisal Ramadani, Pengurus Takaful Malaysia

Cawangan Pasir Gudang, terima kasih kerana memberi peluang dan membenarkan saya menyambung pengajian sambil bekerja separuh masa. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan kalian.

Page 6: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada yang dihormati Profesor Dr. Mohd Tajudin bin Haji Ninggal selaku penyelia kajian pendidikan ini di atas segala nasihat, bimbingan, sokongan, dorongan dan tunjuk ajar yang berterusan tanpa jemu sehingga kajian ini dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya dan menepati syarat yang ditetapkan. Jasamu dikenang selama-lamanya. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada

pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu-jemu menyumbangkan ilmu pengetahuan dan memberikan sokongan. Penghargaan juga diberikan kepada Pengetua SMK Taman Rinting 2, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kaunselor dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

Page 7: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kewujudan perbezaan yang signifikan antara

profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah,

gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan

tahap pendidikan ibu bapa, demografi bangsa dan hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar. Selain

yang tersebut di atas, matlamat kajian juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara

punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dan iklim sekolah dengan

profil personaliti pelajar. Reka bentuk kajian yang dipilih untuk kajian ini ialah ‘eks-pos-

fakto’ iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa yang telah pun

berlaku dan bersifat kuantitatif. Di antara soal selidik dan alat ukur yang digunakan ialah

Profil Personaliti TAJMA. Kajian telah dijalankan di empat buah Sekolah Menengah

Kebangsaan yang terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting,

Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah

pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor

Bahru. Penyelidikan ini juga melibatkan 230 orang responden daripada Tingkatan 4 yang

terdiri daripada pelbagai bangsa serta mempunyai rekod salah laku di sekolah masing-

masing. Daripada hasil kajian, secara keseluruhannya semua faktor di atas tidak

mempunyai perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun terdapat hanya dua trait

profil personaliti yang mempunyai hubungan signifikan dengan punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi oleh rakan sebaya iaitu Trait Asertif (aras Signifikan 0.01) dan Trait

Jati Diri (aras signifikan 0.00). Penyelidik juga telah mengutarakan beberapa cadangan

untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan.

Page 8: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

vii

ABSTRACT

The purposes of this research were to identify the significant differences between the

profiles of the students with mischievous act based on the parents’ education levels, races

and the relationship between parental factors that influenced the personality of the students.

In addition, this research also was conducted to identify the factors influenced by their

friends and the surroundings of the school with their personality profiles. The research design

used was ‘ex-post-facto’. A set of questionnaires and TAJMA Personality Profile were used

to identify contributing factors toward mischievous behaviors. The research was conducted at

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Megah Ria, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri and Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Kota Puteri 2 under the administration of Pejabat Pendidikan Daerah Pasir

Gudang (Zon D) in Masai, Johor Bahru. Two hundred and thirty Form Four students from

these schools were involved in this study. The findings of this research indicated that there

were no significance difference between their personality profiles and mischievous acts.

However, there seemed to be a correlation between students Mischievous Behaviors which

were influenced by their peers in relation to the Personality Traits. The two traits were

Asertive Trait (Significant Level 0.01) and Resiliency Trait (Significant Level 0.00). Finally,

some recommendations for future researches have been put forward in this thesis.

Page 9: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii & iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii – xii

SENARAI JADUAL xiii - xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Personaliti Pelajar 12

1.9.2 Salah Laku Pelajar 13

1.9.3 Peranan Ibu Bapa 13

Page 10: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

ix

1.9.4 Pengaruh Rakan Sebaya 14

1.9.5 Sikap Guru 14

1.9.6 Ponteng 14

1.9.7 Budaya Melepak 15

1.9.8 Gangsterisme 15

1.9.9 Vandalisme 15

1.9.10 Pergaduhan Antara Pelajar 16

1.9.11 Pendidikan Tidak Formal 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Salah Laku Pelajar 17

2.2.1 Peranan Ibu Bapa 20

2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya 23

2.2.3 Iklim Sekolah & Sikap Guru 25

2.3 Pendekatan Teori Tingkah Laku 28

2.4 Personaliti Pelajar 31

2.4.1 Teori Trait 34

2.4.2 Teori Psikodinamik Sigmund Freud 35

2.4.3 Pendekatan Sosial Eric Erikson 37

2.5 Krisis Identiti 40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Lokasi Kajian 44

Page 11: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

x

3.4 Sampel Kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 45

3.6 Prosedur Kajian 47

3.7 Analisis Data 48

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Latar Belakang Responden 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Umur 51

4.2.3 Bangsa 52

4.2.4 Aliran 52

4.2.5 Bil. Adik Beradik 53

4.2.6 Pendapatan Ibu Bapa 53

4.2.7 Pekerjaan Bapa / Penjaga 54

4.2.8 Pekerjaan Ibu 55

4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa 55

4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu 56

4.3 Salah Laku Pelajar 57

4.3.1 Jenis Salah Laku Pelajar 57

4.3.2 Kekerapan Salah Laku Pelajar 58

4.4 Analisis Diskriptif Punca Salah Laku Pelajar 60 4.4.1 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa 60

Page 12: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xi 4.4.2 Punca Salah Laku Pelajar Dari

Segi Faktor Rakan Sebaya 64

4.4.3 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap Guru 68

4.4.4. Analisis Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru 72

4.5 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar 73

4.5.1 Profil Personaliti Pelajar 73 4.5.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara

Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar (Ponteng Kelas Dan Sekolah, Gangsterisme, Vandalisme, Budaya Melepak Dan Pergaduhan Antara Pelajar) Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu Bapa 75

4.5.3 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar 80

4.5.4 Hubungan Antara Punca Salah Laku

Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar 81

4.5.5 Hubungan Antara Punca Salah Laku

Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar 82

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 83

5.2 Hipotesis Kajian yang diuji 84 5.3 Keputusan Pengujian Hipotesis 85

Page 13: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xii 5.3.1 Keputusan kajian perbandingan

personaliti pelajar bedasarkan tahap pendidikan ibu bapa 85

5.3.2 Keputusan kajian perbandingan

personaliti pelajar berdasarkan demografi bangsa 86

5.3.3 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar 86

5.3.4 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar 86

5.3.5 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar 87

5.4 Cadangan Tindakan 87 5.5 Cadangan kajian lanjutan 89

5.6 Kesimpulan 90

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN 1 95

LAMPIRAN 2 96

LAMPIRAN 3 97

Page 14: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat Dalam Kajian 45 Jadual 3.2 Penskoran Skala 5 mata 46 Jadual 3.3 Ringkasan Statistik 49 Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Jantina Peratusan Responden Mengikut Jantina 51 Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Umur 51 Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 52 Jadual 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Aliran 52 Jadual 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Adik Beradik 53 Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 53 Jadual 4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa / Penjaga 54 Jadual 4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 55 Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa 55 Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Tahap Pendidikan Ibu 56

Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku 57

Page 15: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xiv

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Salah Laku 58

Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Sikap Ibu Bapa 60 Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Rakan Sebaya 64 Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap Guru 68 Jadual 4.16 Taburan Tahap Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah & Sikap Guru 72

Jadual 4.17 Taburan Kecenderungan Responden Mengikut Ujian Personaliti 73 Jadual 4.18 Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa 75 Jadual 4.19 Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa 76 Jadual 4.20 Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu 77

Jadual 4.21 Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu 78

Page 16: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xv Jadual 4.22 Analisis Anova Sehala Antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa 79

Jadual 4.23 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar 80

Jadual 4.24 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar 81

Jadual 4.25 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar 82

Page 17: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1. Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian

Di Sekolah DiBawah Kementerian Pelajaran Malaysia 95 2. Surat Pengesahan Status Pelajar Daripada Universiti Teknologi Malaysia 96 3. Borang Soal Selidik Yang Digunakan Dalam Kajian 97

Page 18: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di alam persekolahan, seorang individu terutamanya pelajar berusaha

membentuk identitinya sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia dewasanya.

Biasanya golongan pelajar ini adalah golongan remaja yang ingin membina

pembentukan personaliti secara matang, berakhlak mulia, berfikiran positif,

cemerlang dan menjadi manusia yang berguna. Secara umumnya pembentukan

personaliti pelajar ini banyak dibantu oleh sistem pendidikan formal seperti

mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

Walaupun begitu, pendidikan tidak formal juga banyak memberi kesan

dalam pembentukan personaliti pelajar kerana para pelajar bukan sahaja

menghabiskan masa mereka di sekolah tetapi juga menghabiskan masa di rumah,

di tempat-tempat tertentu seperti pusat membeli-belah dan bersama rakan sebaya.

Dengan ini tidak secara langsung memberi kesan kepada perkembangan

pembentukan personaliti pelajar itu sendiri.

Golongan pelajar ini sering mendapat pengiktirafan sebagai golongan

penting dalam masyarakat kerana peranan mereka dalam pembentukan generasi

yang akan datang. Keadaan ini disebabkan golongan pelajar merupakan aset

utama bagi membina generasi Malaysia yang mantap dan berkualiti. Seterusnya ia

Page 19: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

2

merealisasikan impian Wawasan 2020. Namun begitu, masalah disiplin dan salah

laku pelajar ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai

pihak.

Media massa sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi

liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita akan disajikan dengan berita-

berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar.

Apa yang sangat membimbangkan kita masa kini ialah berhubung

keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pelbagai salah

laku seperti ponteng, berkunjung ke pusat-pusat hiburan, berkhalwat,

penyalahgunaan dadah, menghidu gam, mengambil pil-pil khayal, berjudi, peras

ugut, bergaduh dan sebagainya. Perbuatan salah laku ini adakalanya menjadi

begitu serius yang berlawanan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan

dipelajari oleh seorang pelajar.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji punca salah laku pelajar dan

ingin mengetahui sama ada wujudnya perhubungan antara punca salah laku

dengan profil personaliti pelajar. Akhirnya nanti dapatlah diketahui faktor-faktor

kelemahan pelajar, menggunakan bentuk-bentuk baru selain personaliti dalam

menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Negara dicipta dengan harapan ia dapat dijadikan

panduan dan hala tuju sistem pendidikan negara. Kurikulum dan kokurikulumnya

sentiasa dikaji dan disusun semula agar bersesuaian dengan matlamat falsafah

pendidikan negara. Nilai-nilai murni diterapkan untuk melahirkan insan yang

Page 20: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

3

sempurna dan berketrampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek (Sufean Hussin, 1993).

Namun kegawatan krisis pembentukan personaliti dikalangan pelajar

semakin meningkat dan berada pada tahap yang membimbangkan dan akhirnya

meruntuhkan nilai sosial masyarakat itu sendiri. Hal ini disebabkan penerimaan

pengaruh dalam pembentukan personaliti pelajar sehingga pelajar tidak dapat

menolaknya kerana pengaruh yang kuat hasil pendidikan tidak formal yang

diterima oleh mereka.

Sementara pendidikan formal yang diterima oleh pelajar di sekolah pula

merupakan tempat perkumpulan pelajar daripada pelbagai latar belakang

masyarakat seperti bangsa, budaya, kepercayaan dan sosio ekonomi yang berbeza.

Keadaan ini menjadi penyumbang terhadap salah laku pelajar. Regulus (1995)

menyarankan bahawa penyesuaian budaya staf menentukan penyelesaian salah

laku tanpa kekerasan berdasarkan budaya pelajar. Budaya pelajar di sini

mencerminkan pengaruh rakan sebaya, kebebasan mutlak, penentuan identiti dan

sikap mempertahankan identiti perkauman dan personal.

Isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin dan salah laku di kalangan

pelajar sekolah sering diperkatakan masa kini dan menjadi fokus pihak media.

Masalah salah laku yang melibatkan pelajar sekolah menengah begitu ketara dan

ini amat meresahkan ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya.

Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan

penting ke arah pembentukan sahsiah atau personaliti pelajar. Apabila menyebut

disiplin, kita perlu memahami dan mendalami apakah sebenarnya yang

dimaksudkan dengan ‘disiplin’. Disiplin adalah salah satu komponen penting

Page 21: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

4

dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,

keadaan, akhlak dan kesopanan. Ini sejajar dengan keadaan sistem pendidikan

yang semakin mencabar dalam menghadapi era millenium.

Namun, masalah pelanggaran disiplin di sekolah merupakan isu

masyarakat yang tidak henti-henti dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat.

Kejadian melanggar disiplin di sekolah-sekolah itu bukanlah merupakan perkara

baru berlaku tetapi telah wujud dari dahulu dalam sistem pendidikan.

Bertambahnya pelanggaran disiplin di kalangan pelajar telah menimbulkan

pertanyaan umum tentang keberkesanan segala dasar dan peraturan yang

digunakan untuk peningkatan dan pengukuhan disiplin di sekolah.

Kemerosotan atau masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan

salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kemerosotan disiplin pelajar juga dikenal pasti sebagai salah laku yang

bertentangan dengan apa yang ditetapkan sama ada dalam bilik darjah, di kawasan

sekolah atau merujuk kepada perhubungan pelajar dengan pelajar dan pelajar

dengan guru.

Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah

adalah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol. Sekolah-

sekolah di dalam bandar terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

mencatatkan rekod gangsterisme yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah di

kawasan luar bandar (Abd Jalil, 2000).

Menurut Mahadzir Mohd Khir, pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti

sebagai kumpulan yang paling ramai terlibat dalam gejala ponteng pada tahun

2000 (Utusan Malaysia, 2.4.2001). Bilangan yang terlibat dalam gejala itu

merangkumi 34,628 pelajar daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini

Page 22: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

5

termasuk sekolah rendah dan menengah. Daripada jumlah itu 90 peratus adalah

pelajar lelaki yang menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan.

Salah satu pelanggaran peraturan disiplin yang dianggap serius dan

berleluasa ialah ponteng. Ponteng di sini merupakan ponteng kelas dan juga

ponteng sekolah. Jika keadaan ini berterusan maka masa depan generasi muda

tidak terjamin kerana pelajar akan hilang sikap bertanggungjawab, suka

berbohong dan berani memberontak. Kebanyakan pelajar yang ponteng sering

mengunjungi pusat-pusat hiburan di pusat membeli belah tanpa hala tuju dan

mudah terlibat dalam gejala tidak sihat yang lain. Ini mencerminkan pembentukan

personaliti pelajar yang tidak baik.

Selain ponteng, vandalisme merupakan kegiatan pelanggaran disiplin yang

sering berlaku di mana kegiatan merosakkan harta benda sekolah seperti

memecahkan kerusi dan meja, menconteng pada dinding bilik darjah dan tandas,

merosakkan kemudahan elektrik dan lampu, merosakkan taman bunga dan lain-

lain lagi dengan sengaja. Kegiatan seperti ini bukan sahaja menafikan peluang

pembelajaran kepada pelajar yang lain bahkan juga menjejaskan suasana

pembelajaran yang kondusif.

Gangsterisme atau budaya samseng turut mengancam keselamatan pelajar

di sekolah. Pergaduhan antara kelompok pelajar, peras ugut di kalangan pelajar,

menyertai kumpulan kongsi gelap, memungut wang perlindungan daripada pelajar

serta melawan dan mencederakan guru merupakan budaya samseng yang turut

membimbangkan masyarakat sekolah.

Budaya melepak pula paling digemari oleh pelajar berusia antara 15

hingga 21 tahun terutama mereka yang lebih suka menghabiskan masa dengan

cara yang tidak berfaedah dalam kumpulan di pusat-pusat membeli belah ataupun

Page 23: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

6

di tempat-tempat tertentu berkumpul sambil mengusik orang yang lalu lalang,

merokok, tiada berbudi bahasa dan kurang sopan.

1.3 Pernyataan Masalah

Personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri iaitu cara individu itu

mengetahui tentang dirinya berkait dengan kebaikan dan kekurangannya serta

maklum balas daripada orang lain (Carl Rogers, 1951). Personaliti mempunyai

kaitan dengan persekitaran individu, di mana unsur penilaian dan fizikal

mempengaruhinya (Allport, 1961). Personaliti seseorang dapat dilihat daripada

tingkah laku yang tekal yang dapat diperhatikan dan dibaiki secara keseluruhan

oleh orang lain (Lindgren, 1976).

Cara didikan dan asuhan di rumah mempunyai perkaitan yang rapat

dengan masalah salah laku yang timbul. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah atau personaliti

dan aspirasinya (Stodgil, 1970). Selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting

daripada taraf sosio-ekonomi (W.C Miller, 1971:102).

Faktor kawalan ibu bapa dan persefahaman adalah faktor utama timbulnya

tingkah laku tidak baik. Dalam kebanyakan hal, kedua ibu bapa bekerja dan

mempunyai masa yang sedikit dengan anak-anak mereka. Anak-anak terbiar

bersendiri, jarang berkomunikasi, kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu

bapa. Kesibukan mereka menguruskan lain-lain hal sehingga tiada masa hendak

mengambil berat hal-hal pelajaran anak mereka (Jagdish Raj Sharma,

1982/83:86). Mereka jarang sekali berhubung dengan pihak sekolah kecuali

apabila timbul masalah disiplin akibat kelakuan buruk anak mereka, barulah

Page 24: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

7

mereka tersedar dan menggelabah lalu menuding jari menyalahkan satu sama lain

antara ibu dan bapa serta pihak sekolah.

Sebenarnya ramai ibu bapa tidak berusaha memahami masalah yang

dihadapi oleh pelajar. Sering kali kita menyalahkan pelajar tanpa cuba

mengetahui masalah yang mereka hadapi. Cuba kita selami apakah faktor

penyebab yang menghalang pembentukan personaliti pelajar dengan baik dan

membantu mengatasinya.

Rakan sebaya pula mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Rakan sebaya

juga mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat

mempengaruhi disiplin seseorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak

mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa,

menghormati guru dan mematuhi peraturan, maka begitulah sikap pelajar

berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan

seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu

masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab

kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang

perguruan sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen

hendak mengajar.Terdapat juga beberapa orang guru yang tidak cekap dan

menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan

pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak

ada sama sekali. Guru-guru seperti ini lebih suka mengambil jalan mudah dengan

menyerahkan pelajar kepada guru disiplin supaya diambil tindakan walaupun

hanya salah laku yang kecil atau remeh seperti berpakaian tidak kemas, tidur atau

makan dalam kelas. Walhal masalah itu boleh ditangani dengan bijak oleh guru

Page 25: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

8

itu sendiri. Perkara seperti inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan dan

berani melawan guru akhirnya berlakulah masalah disiplin yang lebih berat.

Selain itu, sikap pelajar itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada

pembentukan personaliti mereka dan mempengaruhi salah laku pelajar. Ini

berlaku terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar dan

datang ke sekolah hanyalah sekadar memenuhi tuntutan ibu bapa. Tambahan pula

pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M dan gagal dalam Peperiksaan

PMR tetapi diberi peluang untuk ke tahap SPM juga menjadi punca berlakunya

salah laku di kalangan pelajar. Mereka sentiasa ponteng kelas dan ponteng

sekolah serta terlibat dalam perkara-perkara negatif seperti bergaduh, merosakkan

harta sekolah dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin mengetahui apakah punca salah

laku pelajar di sekolah dan ingin mengkaji sama ada wujudnya perhubungan

antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar. Selain itu, juga

ingin mencadangkan langkah-langkah yang wajar dipertimbangkan untuk

menangani masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti

berikut:-

1.4.1 Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara

profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan

sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan

antara pelajar) berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Page 26: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

9

1.4.2 Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara

profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan

sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan

antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa

1.4.3 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti

pelajar.

1.4.4 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti

pelajar.

1.4.5 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengeruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti

pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Secara am, kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek

penyumbang ke arah punca salah laku pelajar dan hubungannya dengan profil

personaliti pelajar di sekolah-sekolah menengah di kawasan Masai, Zon Pasir

Gudang. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa

persolan kajian seperti berikut :-

1.5.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa?

Page 27: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

10

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Lima hipotesis nol yang dibina adalah seperti berikut:-

1.6.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

1.6.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa

1.6.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

1.6.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

Page 28: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

11

1.6.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, kita dapat memahami beberapa punca masalah salah

laku pelajar dan hubungannya dengan profil personaliti pelajar. Ia memberi

sumbangan yang besar kepada semua golongan masyarakat terutama ibu bapa,

guru dan pihak kerajaan dalam menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar,

kerana setiap salah laku itu ada sebab musababnya yang perlu diteroka hingga ke

akar umbi.

Bagi ibu bapa sebagai golongan terdekat dengan pelajar diharap dapat

menggunakan kajian ini untuk memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak

mereka dan membantu dalam pembentukan personaliti pelajar dengan memberi

sokongan serta mengambil langkah-langkah awal terhadap anak-anak mereka

sebagai persediaan menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar.

Manakala guru pula yang dianggap sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar

diharapkan melalui kajian ini dapat membantu pelajar membentuk personaliti

mereka dengan bersikap positif dan bersifat sabar, bertimbang rasa serta tidak

menghukum pelajar tanpa usul periksa.

Kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar

dapat menyusun langkah-langkah positif ke arah penyelesaian masalah salah laku

pelajar agar sekolah menjadi tempat yang kondusif ke arah proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 29: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

12

Diharapkan juga, maklumat ini dapat membantu pentadbiran sekolah

memberi tumpuan terhadap pemupukan nilai-nilai murni di kalangan pelajar

supaya mereka dapat menerima struktur peraturan sekolah sebagai panduan baik

dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah.

Dengan ini adalah diharapkan pihak sekolah mampu mewujudkan iklim

persekolahan yang tenang dan kondusif serta menjadi tempat yang selamat dan

berkesan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus

melahirkan generasi akan datang yang unggul dan berwawasan.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti

bermasalah dan dirujuk melalui Guru Disiplin dan Guru Kaunselor dari pelajar

tingkatan empat. Empat buah sekolah menengah telah dipilih dari kawasan

Masai, Zon Pasir Gudang dan kajian ini terbatas kepada persoalan-persoalan yang

dinyatakan sahaja.

1.9 Definisi Istilah

Beberapa istilah diperjelaskan di bawah bagi menerangkan dengan lebih

tepat kehendak dan kaitannya dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan

oleh penyelidik dalam kajian ini.

1.9.1 Personaliti Pelajar

Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘persona’ yang bererti

topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk

Page 30: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

13

dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan

Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun

dalam kajian santifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam

pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu

cara yang unuk dalam situasi yang pelbagai (Richard M Ryckman, 1982).

Personaliti pelajar dalam kajian ini dilihat pada sikap pelajar sama ada

yang baik atau kurang baik. Sikap pelajar yang baik memantapkan konsep kendiri

pelajar, membina keyakinan diri serta berfikiran rasional dalam tingkah laku

mereka. Sebaliknya sikap pelajar yang kurang baik menyebabkan pelajar tidak

rasional dalam tindakan mereka.

1.9.2 Salah Laku Pelajar

Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau

deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam

sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan

peraturan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum

mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun 2000).

1.9.3 Peranan Ibu Bapa

Mengikut Kamus Dewan (2002), peranan bererti watak atau tugas

seseorang yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Peranan yang perlu

dimainkan oleh ibu bapa pada anak-anak mereka adalah dengan membina akhlak

yang mulia, bermoral dan beretika. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor

persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

Page 31: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

14

personaliti atau sahsiah individu. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan

pertama dalam proses pembelajaran dan pembentukan keperbadian anak-anak.

1.9.4 Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-

kanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil

Abdul Hamid: 1990; 89). Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting

bagi membentuk konsep kendiri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya. Ia

adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat

diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

1.9.5 Sikap Guru

Guru yang memainkan peranan sebagai pengajar, pendidik, kaunselor, ibu

bapa kedua perlu menonjolkan sifat-sifat terpuji dan berkaliber tinggi. Daripada

segi peribadi, guru mestilah peramah dan mempunyai tahap kesabaran yang

tinggi supaya dia mudah didekati oleh pelajar-pelajar sekiranya mereka

mempunyai masalah dan tidak bertindak terus menghukum pelajar yang bersalah

tanpa membuat penyiasatan terlebih dahulu. Tindakan ini dapat mengelakkan

pelajar daripada membenci dan berdendam dengan guru. Maka suasana

sosioemosi yang tenang antara guru dan pelajar dapat diwujudkan di sekolah.

1.9.6 Ponteng

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas

tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak

hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa

atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir ke sekolah tetapi dalam

Page 32: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

15

pengetahuan ibu bapa. Manakala ponteng kelas pula ialah pelajar ke sekolah

tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu, dia menghilangkan diri.

1.9.7 Budaya Melepak

Mengikut Kamus Dewan (1994), melepak bererti amalan negatif di

kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa

melakukan kegiaran berfaedah. Para pelajar sengaja tidak mahu menghadiri kelas

dan sekolah lalu berfoya-foya atau berpelesiran di pusat-pusat membeli-belah

kerana tidak berminat dalam pelajaran. Sikap mereka seperti ini mengganggu

sistem persekolahan dan mereka mudah terjebak dalam jenayah apabila

dipengaruhi oleh anasir luar. Ada juga pelajar yang melepak kerana takut

dihukum oleh pihak sekolah atau merajuk dengan sikap ibu bapa.

1.9.8. Gangsterisme

“Gangsterisme adalah tindakan-tindakan jenayah atau salah laku yang

menyalahi undang-undang.” - (Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah – Pakar

Motivasi). Kumpulan pelajar yang melakukan jenayah seperti peras ugut,

merekrut ahli baru dalam kumpulan, melindungi anggota kumpulan lalu

membalas dendam, melakukan kekejaman terhadap rakan pelajar yang bukan

anggota kumpulan demi menonjolkan kekuatan mereka. Selain itu ada juga yang

menyertai kumpulan ini untuk menarik perhatian guru dan ibu bapa (Amir Mohd

Salleh, 1999).

1.9.9 Vandalisme

Mengikut Kamus Dewan (1994), vandalisme bererti perbuatan

membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan persendirian. Pelajar

Page 33: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

16

sering merosakkan harta benda sekolah seperti memecah dan merosakkan kerusi

meja pelajar, menconteng pada dinding bilik darjah, tandas dan atas meja dengan

kata-kata lucah yang menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap

tindakan yang diambil oleh guru-guru di sekolah.

19.10 Pergaduhan Antara Pelajar

Pelajar bergaduh di dalam dan di luar sekolah kerana perselisihan faham

tentang masalah yang remeh temeh. Pergaduhan antara pelajar berlaku kerana

dicabar oleh kumpulan lawan, membalas dendam dan juga dipengaruhi oleh rakan

sebaya. Ada sesetengah pelajar bergaduh kerana ingin mempertahankan identiti

masing-masing. Tambahan pula pergaduhan antara pelajar juga berpunca daripada

masalah cinta di kalangan pelajar

.

1.9.11 Pendidikan tidak formal

Pendidikan tidak formal yang diterima oleh para pelajar bukan dalam

bentuk rasmi sebagaimana di sekolah. Pembelajaran tidak formal biasanya

berlaku secara tidak terancang serta tidak disedari di mana sahaja sama ada di

rumah, filem, media massa, jiran, tidak terhad dan boleh berlaku pada bila-bila

masa sahaja. Pendidikan tidak formal ini memberi kesan kepada pembentukan

personaliti atau sahsiah pelajar sama ada negatif ataupun positif

Page 34: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

17

BAB 11

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi punca salah

laku pelajar di sekolah-sekolah menengah dan dibincangkan teori dan kajian lepas

yang berkaitan dengan faktor tersebut. Selain itu juga dihuraikan Profil Personaliti

Tajma dalam menentukan personaliti pelajar dan teori-teori yang berkaitan

dengannya.

2.2. Salah Laku Pelajar

Ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia

terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku

negatif (antisosial). Salah laku pelajar termasuk dalam kategori antisosial iaitu

seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz

dalam artikelnya menyatakan, “Jenayah adalah dicipta, bukan dilahirkan.”

Page 35: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

18

Masalah kemerosotan salah laku pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah

menjadi berita hangat yang dibincangkan di dada-dada akhbar. Ia bukan sahaja

melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak

polis dalam mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang terbabit kerana ini

bukan sekadar masalah kecil tetapi sudah melangkaui masalah jenayah.

Memang tidak dinafikan seringkali kita mendengar pelajar melanggar

peraturan-peraturan di sekolah baik dari masalah kecil sehinggalah kepada

masalah besar yang lebih berat. Kajian oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah

dibuat mengenai masalah salah laku pelajar seperti ponteng sekolah, mencuri,

peras ugut, membuli, vandalisme, gangsterisme, penagihan dadah, berjudi, pecah

rumah, minum minuman keras, mencabul kehormatan, merogol dan sehingga ke

tahap yang lebih serius iaitu memiliki senjata dan membunuh telah meningkat

secara drastik. Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa pengaruh yang

mendorong pelajar melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan undang-

undang jenayah.

Kajian mendapati kadar jenayah yang dilakukan meningkat secara drastik,

malah budaya gangsterisme sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Kajian

ini dijalankan daripada bulan Disember 1998 hingga Oktober 1999 meliputi 329

Sekolah Menengah Harian di seluruh negara. Hasil kajian ini mendapati sekolah

yang mempunyai kapasiti pelajar melebihi 1,500 orang mencatakan kes salah laku

yang lebih tinggi berbanding sekolah yang memiliki kepadatan pelajar yang

rendah.

Negeri Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang mempunyai banyak

sekolah yang berisiko tinggi yang terdedah kepada kegiatan gangasterisme iaitu

sebanyak 77 buah sekolah, diikuti Perak (60) dan Pulau Pinang (49). Wilayah

Page 36: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

19

Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Sabah masing-masing mencatatkan 37

buah sekolah. Di Pahang pula, 35 buah sekolah dikatakan terdedah kepada

perlakuan salah laku dan jenayah. Angka yang hampir sama dicatatkan di Kedah

iaitu 32 buah sekolah. Negeri Sembilan mempunyai 14 buah sekolah berisiko, 10

buah di Melaka dan 8 di Terengganu, Perlis dan Sarawak menduduki tempat

terakhir dengan 6 buah sekolah yang berisiko (Dewan Siswa, Jun 2000).

Manakala mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358

pelajar atau 9.82% daripada 1,408,672 pelajar sekolah menengah di seluruh

negara dikenal pasti terlibat dengan perlbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk.

Daripada jumlah itu sebanyak 2,578 kes melibatkan tingkah laku jenayah, tingkah

laku lucah (384 kes), kekemasan diri (2,989 kes), tidak pentingkan masa (3,311

kes), tingkah laku tidak jujur (301 kes), ponteng (5,636 kes) dan lain-lain (22

kes). Mengikut jantina, salah laku itu melibatkan 13,169 orang murid lelaki dan

6,472 orang murid perempuan. Mengikut kaum pula ia melibatkan 10,619 orang

pelajar Melayu, 528 pelajar Cina, 3,615 orang pelajar India dan 123 orang pelajar

kaum lain (Utusan Malaysia, 1994).

Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas

menunjukkan masalah salah laku ini bukanlah perkara baru yang boleh dipandang

ringan malah berterusan sehingga ke hari ini dan menjadi semakin serius.

Untuk mengatasi masalah ini siapakah yang harus dipersalahkan. Secara

umumnya, jika perbuatan yang begitu tidak dilihat sebagai kegagalan dalam

membangunkan sahsiah pelajar apakah yang boleh kita katakan mengenai perkara

yang berkaitan dengan salah laku pelajar. Untuk mencari punca-punca masalah ini

kita perlu lihat daripada pelbagai aspek. Punca-punca yang akan dibincangkan

dalam penulisan ini ialah daripada faktor peranan ibu bapa, faktor pengaruh rakan

sebaya dan faktor iklim sekolah termasuk sikap guru.

Page 37: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

20

2.2.1 Peranan Ibu Bapa

Sering kali dinyatakan ibu bapa yang menentukan kejayaan anak-anak

dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan

perangsang sehingga anak-anak timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan

diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang

menentukan pola-pola tingkah laku anak. Faktor-faktor berikut mempunyai

kesan-kesan tertentu ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian

akademik pelajar-pelajar. Faktor-faktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin

di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh.

Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada salah laku

pelajar ialah nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh dikalangan

masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk pembesaran

dan perkembangan emosi kanak-kanak. Perubahan cara hidup hari ini

menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak-anak membesar di tangan

orang lain tanpa perhatian yang sewajarnya. Menurut Pakar Psikologi, Taman

Desa Psikology Centre, Tee Sock sing (2000), kesibukan ibu bapa dalam

membina karier dan masa depan menyebabkan mereka mempunyai waktu terbatas

untuk bersama anak-anak. Akibatnya anak-anak yang kurang mendapat kasih

sayang daripada keluarga terutama ibu bapa sering bertindak balas kasar dengan

orang lain serta mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Ada juga ibu bapa yang mengalami masalah di tempat kerja terbawa-bawa

masalah ke rumah sehingga anak remaja yang bergelar pelajar ini merasakan diri

mereka tidak disayangi dan tidak dititikberatkan oleh ibu bapa mereka. Lantaran

itu, mereka mengambil jalan singkat lari daripada masalah ini dengan melakukan

jenayah seperti peras ugut, lepak, merokok dan ponteng sekolah (Md. Daud

Hamzah : 1991).

Page 38: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

21

Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik

kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan

perbuatan ibu bapa mereka. Faktor ini mempunyai implikasi yang besar tehadap

anak-anak kerana ia akan menyebabkan mereka keliru dalam membezakan antara

dimensi-dimensi norma dan akibat. Sekiranya ibu bapa memberikan pandangan

atau penerapan yang salah dalam memberi contoh teladan, maka anak-anak akan

mencontohi tindakan dan sikap yang salah itu. Kenyataan ini disokong oleh Dr.

Mat Saat Bakti (Panduan Mendidik Anak : m/s 10) menyatakan bahawa

“Seseorang itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan kedua ibu bapalah yang

menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (HR : Bukhari Muslim).

Selain itu proses pendidikan ibu bapa pada anak-anak mereka adalah

penting. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang

bermaksud,

“Suruhlah anakmu mendirikan solat apabila mencapai umur tujuh tahun dan pukullah jika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (putera dan puteri. (HR : Abu Daud – dalam Dr Muhammad Faiz AlMath (1993)

Hadis ini menggambarkan kepada kita proses pendidikan anak-anak perlu

dimulakan sejak kecil kerana pada waktu ini pemikiran anak-anak bebas daripada

segala bentuk pengaruh luaran yang merosakkan pemikiran mereka. Penekanan

pada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa.

Ibu bapa tidak berkesempatan hendak mengajar asas-asas agama kepada

anak-anak mereka. Wajar bagi ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka

mengikuti kelas fardu ain. Sekiranya ibu bapa dapat menghantar anak ke pusat

tuisyen supaya berjaya dalam peperiksaan awam, mengapakah anak-anak tidak

dihantar ke kelas agama bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang

Page 39: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

22

sempurna di dunia dan di akhirat. Anak-anak yang tidak dididik dengan

keagamaan memudahkan mereka terdedah kepada gejala tidak sihat.

Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak

mereka daripada terjerat oleh kelompok jahat, dadah dan budaya kuning. Selain

daripada itu penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak

membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak

mereka. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang

stabil di rumah supaya kanak-kanak tidak terganggu dari sego emosi. Keadaan

kucar-kacir seperti pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang

mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982 : 87).

Salah satu unsur keharmonian dalam keluarga ialah mengamalkan

komunikasi yang berkesan dan baik sesama ahli keluarga. Menurut Barnes dan

Olson (1985), keluarga yang mengamalkan komunikasi yang baik mempunyai

tahap kesepaduan, adaptasi dan kepuasan keluarga yang tinggi. Sebaliknya

konflik sering dikaitkan dengan perbezaan pendapat ahli keluarga. Tahap konflik

yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah

(Galambos dan Magge, 1991).

Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah salah laku adalah

penting. Ibu bapa perlu menyedari pendidikan kanak-kanak bermula di rumah dan

bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan

oleh ibu bapa adalah menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang

kepada anak-anak.

Terdapat ibu bapa yang cuba menuding jari menyalahkan pihak lain yang

menyebabkan anak mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Mereka

Page 40: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

23

tidak mahu menilai diri mereka sendiri sama ada asuhan yang diberikan cukup

sempurna atau tidak kepada anak mereka. Sebarang kesilapan atau kesalahan

mendidik anak-anak perlu dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa kerana ibu bapa

adalah pihak utama yang mendidik dan membesarkan anak mereka. Hal ini

disebabkan segala masalah datangnya daripada rumah. Jadi, keluargalah

seharusnya mengambil langkah terdahulu berbanding pihak lain dalam menangani

masalah ini.

2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-

kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama

(Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan

dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman

yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan

masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai

masalah di rumah. Di sini jelas apabila seseorang pelajar itu berinteraksi dengan

rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas

pengetahuan dan pemikiran yang sama dengan mereka seperti mana yang

diistilahkan oleh ahli psikologi Piaget sebagai equal footing (Ismail Zain: 1997).

Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak

remaja terlibat dengan tingkah laku nakal. Meskipun anak sering diingatkan oleh

ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan, tetapi nasihat tersebut biasanya

sering kali diabaikan. Sebaik anak-anak melangkah keluar dari rumah, ibu bapa

Page 41: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

24

tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan

anaknya itu.

Kumpulan yang mempunyai ciri-ciri keperibadian negatif juga membawa

pengaruh negatif kepada remaja. Sekiranya remaja lelaki memasuki kumpulan

yang suka menghisap rokok biasanya akan dipengaruhi dan melakukan perbuatan

yang sama. Remaja boleh dikatakan sebagai golongan yang belum cukup matang

dan mudah diperdaya oleh orang lain.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan yang

memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej

(Pomberi, 1990; Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada

mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian,

pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain.

Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai

buruk yang membawa kepada keruntuhan salah laku dan moral mereka.

Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan

mereka terdiri lebih daripada dua orang. Contohnya seperti lepak, bohsia, bohjan,

ponteng sekolah, peras ugut, membuli dan mengacau budak perempuan. Keadaan

ini disebabkan kumpulan rakan sebaya ini merasakan diri mereka kuat, ingin

menarik perhatian orang ramai, menunjukkan kehebatan diri terutamanya kepada

rakan yang lain serta melepaskan rasa tidak puas hati pada keluarganya.

Dalam banyak keadaan, rakan sebaya menjadi tempat remaja berkongsi

pendapat, pandangan dan tempat untuk remaja bertukar-tukar cerita suka dan

duka. Rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mendapat kebebasan

dalam perbuatan dan percakapannya tanpa sebarang sekatan dan kongkongan.

Inilah yang menjadi daya tarikan yang kuat remaja kepada rakan sebaya. Apa

Page 42: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

25

yang diperoleh remaja daripada percampurannya dengan rakan sebaya

menyebabkan remaja mengandaikan yang mereka sudah berupaya membuat

keputusan sendiri. Secara beransur-ansur remaja menarik diri daripada aktiviti-

aktiviti keluarga dan menghabiskan masanya lebih kerap bersama kumpulan

mereka. Dengan kata lain, semakin meningkat usia remaja seseorang anak,

masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan sebaya berbanding keluarga

sendiri.

2.2.3 Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Melalui kajian yang lalu mendapati bahawa persekitaran sekolah juga

banyak mempengaruhi pembentukan tingkah laku pelajar. Boyson (1973), Gordon

(1974), Gragey (1970) dan Maslow et al.(1962), menyatakan kawalan yang ketat

di sekolah seringkali dikatakan menjadi penyebab wujudnya masalah tingkah laku

dan pelanggaran peraturan. Ini adalah kerana pelajar akan menentang kawalan ini

dengan melakukan pelbagai kelakuan buruk sperti ponteng sekolah dan kelas,

vandalisme, kurang bersopan dan menentang guru sekolah.

Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah.

Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh

keluarga. Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan

akademik di dalam bilik darjah, pelajar juga sebenarnya mempelajari perkara-

perkara yang berkaitan dengan kehidupan daripada interaksinya dengan rakan-

rakan dan kakitangan sekolah. Banyak perkara yang menjadi pegangan dan ikutan

pelajar sama ada yang positif mahupun negatif.

Sepanjang berada di sekolah, pelajar-pelajar biasanya mengambil sikap

sama ada memerhati, memahami, menghayati, mencuba dan mengambil bahagian

Page 43: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

26

apa-apa perkara baru yang dialami, dilihat dan dipelajarinya. Berhubung dengan

salah laku pelajar yang dikira boleh memberi pengaruh kepada tingkah laku

tersebut adalah:

a. Disiplin sekolah yang longgar

b. Kemajuan dan pencapaian anak-anak di sekolah tidak diambil

peduli oleh ibu bapa

c. Guru-guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh

pelajar-pelajar

d. Suasana perhubungan yang tidak mesra antara pelajar-pelajar

sesama mereka dan hubungannya dengan guru-guru.

Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara pelajar dengan orang dewasa

seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah dan

antara pelajardengan sesama mereka.Interaksi yang mesra antara warga sekolah

akan membentuk suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknya

interaksi yang kurang atau tidak mesra langsung akan membentuk suasana yang

tegang dan penuh dengan permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepada

tingkah laku pelajar.

Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa dan

marah yang bercampur aduk, pelajar mungkin bertindak agresif seperti membakar

bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta sekolah, memecahkan cermin kereta

guru, mencalarkan kereta guru, memukul guru dan lain-lain yang melanggar

disiplin sekolah.

Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan murid

mengikut pencapaian, pihak pentadbir yang menekankan peperiksaan, bentuk,

struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru kesemuanya

Page 44: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

27

menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada

segi akademik (T. Marimuthu, 1980).

Pihak sekolah harus bijak dalam mengatasi masalah di dalam mengambil

tindakan terhadap pelajar yang telah melakukan kesalahan kerana jika berlaku

kesilapan di dalam mengambil tindakan ianya akan menambahkan lagi masalah di

sekolah. Oleh itu pihak sekolah harus bijak di dalam menentukan tindakan atau

hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang pelajar yang bermasalah agar

tindakan yang diambil dapat memberi kesan yang baik di dalam usaha menangani

masalah tersebut.

Keadaan sekolah yang gagal menarik perhatian pelajar akan mendorong

pelajar tidak bersekolah dan lebih selesa untuk berhenti dan bekerja bagi

menampung hidup mereka. Raven, J. (1977), mendapati satu pertiga daripada

pelajar lelaki benci pada sekolah dan lebih suka bekerja kerana mereka merasakan

sebahagian mata pelajaran di sekolah membosankan dan tidak memberi manfaat

kepada mereka.

Selain itu, ada pelajar yang merasa rendah diri, merasa malu dan takut

kepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh guru dan juga

rakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran. Pelajar seperti ini merasa

bosan dan ada juga yang membenci guru dan sekolah. Terdapat juga guru yang

mengajar secara sambil lewa menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat

dengan apa yang diajar oleh guru tersebut. Oleh kerana itu apabila timbul

perasaan bosan dan jemu dalam diri pelajar, mereka akan bertingkah laku negatif

seperti membuat bising, mengganggu kawan serta cuba untuk melarikan diri

daripada sekolah. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan

terganggu.

Page 45: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

28

Guru memainkan peranan penting di dalm mendidik pelajar. Jadi

hubungan yang lemah di antara guru dan pelajar menyebabkan pelajar tidak

berminat untuk pergi ke sekolah. Baharuddin (1996) turut menjelaskan supaya

para guru mestilah bersikap adil serta mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti

keikhlasan, kepatuhan, ketaqwaan, berfikiran terbuka, sentiasa menunjukkan

kasih sayang dan sentiasa memberi kemaafan kepada pelajar yang melakukan

kesalahan. Dengan sifat-sifat ini maka masalah salah laku pelajar di sekolah

Dapat dibendung dan perkara ini akan lebh mudah diatasi.

Guru dan sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menangani

pelajar-pelajarnya daripada terjebak dengan gejala salah laku. Sekolah dengan

kerjasama guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan memberi

manfaat kepada pelajar-pelajarnya supaya setiap masa pelajar tidak disia-siakan

dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

2.3 Pendekatan Teori Tingkah Laku

Keluarga merupakan institusi di mana seseorang individu itu mendapat

pendidikan yang terawal. Dalam perjalanan hidup normal, individu yang

mempunyai keluarga menerima pendidikan awal daripada ibu bapanya sendiri.

Pendidikan pada tahap tersebut mungkin dalam bentuk mengenal diri sendiri, ibu

bapa, adik beradik, datuk dan nenek, bapa saudara dan ibu saudara sehinggalah

kepada perkara-perkara yang menyentuh nilai-nilai agama, akhlak dan moral. Jadi

tidaklah salah umapamanya jika dikatakan seseorang remaja itu tidak mahu

bersolat kerana dia tidak pernah diberitahu bahawa solat itu sebagai satu

tanggungjawab dan sekiranya ibu bapa di rumah menunaikan solat lima waktu

sehari semalam, maka dengan sendirinya ianya akan memberi kesedaran kepada

remaja bahawa solat itu merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan.

Page 46: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

29

Menurut teori psikoanalisa, semasa kecil anak-anak merakamkan secara

langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang diperlihatkan oleh ibu bapa

kepada mereka tanpa menimbulkan apa-apa persoalan. Akan tetapi apabila anak-

anak mulai meningkat remaja dan dewasa di mana mereka mulai mempunyai

dimensi baru dalam pemikiran dan emosi serta mengalami perubahan

persekitaran, mereka mulai cuba menilai semula skrip hidup yang sekian lama

dipegangnya. Usaha bagi membuat penilaian semula skrip hidup yang baru inilah

sering kali mendatangkan konflik dalam diri ana-anak.

Ibu bapa adalah individu yang mula-mula sekali dikenali oleh anak-

anak dan merekalah yang lebih rapat dengan anak-anak berbanding dengan

orang lain. Kemahiran ibu bapa sebagai individu yang soleh bermaksud ibu

bapa harus mengamalkan cara hidup yang menepati kehendak ajaran-ajaran

dan tuntutan agama dengan sebaik-baiknya supaya dengan itu anak-anak

dapat melihat sendiri kemurnian agama apabila dipraktikkan dalam

kehidupan.

Pendekatan behaviorisme pula melihat tingkah laku adalah hasil

pembelajaran yang dialaminya sejak masih bayi lagi sehinggalah pada masa kini.

Pembelajaran yang dimaksudkan adalah perubahan tingkah laku yang agak kekal

yang dihasilkan oleh individu melalui latihan dan pengalaman yang diterima.

Latihan dan pengalaman tersebut antaranya adalah berbentuk kebolehan celik

akal, meniru orang lain, perolehan konsep, proses penaakulan, rangsangan,

perubahan sikap dan juga arahan yang sebati dengan individu tersebut dan seolah-

olah menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri. Ini menunjukkan tingkah laku

anak-anak yang tidak mahu menunaikan solat dan kurang berakhlak adalah hasil

pembelajaran yang didapati daripada kedua orang tuanya. Namun begitu latihan

boleh diberikan oleh pihak sekolah kepada anak-anak ini untuk menjadi seorang

insan yang berakhlak mulia.

Page 47: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

30

Pendekatan Analisis Perlakuan oleh Eric Berne mengatakan tingkah laku,

pemikiran dan perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh-

pengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan desakan-desakan yang

dibuat oleh orang-orang yang penting bagi diri mereka seperti ibu bapa, datuk,

nenek, adik beradik, guru-guru dan rakan sebaya. Pengaruh-pengaruh persekitaran

ini mempengaruhi seseorang individu lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan

sewaktu mereka kecil iaitu semasa mereka sangat bergantung kepada orang lain.

Walau bagaimanapun manusia tidak semestinya terikat dan terkongkong dengan

keputusan-keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan memahami keputusan-

keputusan yang mereka buat pada masa lampau dan menggantikannya dengan

keputusan-keputusan baru.

Pendekatan behaviorisme melihat tingkah laku negatif manusia sebagai

tingkah laku yang tidak betul atau tingkah laku salah pembelajaran yang dipelajari

oleh individu sepanjang kehidupannya. Individu tersebut mungkin terlalu lama

terdedah dengan tingkah laku yang salah sehingga dia tidak menyedari yang

tingkah lakunya adalah sesuatu yang negatif dan berlawanan dengan norma

masyarakatnya. Individu mungkin memperolehi tingkah laku tersebut hasil

daripada proses meniru tingkah laku ibu bapa, orang dewasa, guru-guru, jiran,

ahli keluarga dan rakan sebaya. Dia mungkin memperolehinya sejak sekian lama

dan ia menjadi seoalah-olah sebati dengan dirinya sehingga merasakan yang ia

bukanlah sesuatu yang teruk.

Berdasarkan pendekatan behaviorisme, tingkah laku negatif individu

tersebut masih boleh diperbaiki kerana secara teorinya manusia boleh dibantu

bagi menguasai sesuatu kemahiran ataupun tingkah laku baru bagi menggantikan

tingkah lakunya yang lama. Ini menunjukkan bahawa tingkahlaku yang negatif

Page 48: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

31

atau salah laku disiplin boleh diubah dan ditangani sekiranya semua pihak

bertanggungjawab dengan peranan dan tugas masing-masing.

2.4 Personaliti Pelajar

Personaliti merupakan tafsiran daripada tingkah laku seseorang terhadap

sahsiah dirinya bagi mencerminkan dan melahirkan keperibadian individu

tersebut. Oleh sebab itu, setiap individu yang lahir ke dunia ini mempunyai

personaliti yang tersendiri. Ia melambangkan ciri-ciri keperbadian seseorang

individu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan

manusia yang lain. Personaliti diterima sebagai satu cara untuk memahami

tingkah laku manusia dan memperlihatkan tingkah laku individu dan cara individu

menyesuaikan diri dengan alam persekitaran.

Seseorang remaja itu sangat memerlukan nilai-nilai personaliti yang

positif bagi menghadapi fenomena kehidupan masa kini yang semakin mencabar.

Nilai personaliti yang baik yang wujud dalam diri seseorang remaja akan dapat

membantu mereka membentuk asas keyakinan diri yang baik juga. Apabila

remaja mempunyai latar belakang dan sokongan personaliti dan keyakinan diri

yang baik, mereka akan berjaya dan dapat membezakan dengan jelas tindakan-

tindakan atau perlakuan sosial yang baik, kurang baik atau tidak baik. Ini

merupakan penghalang utama kepada keterlibatan remaja dalam salah laku sosial

negatif.

Personaliti pelajar adalah berbeza-beza. Menurut Prof. Dr. Mohd Tajudin

Haji Ninggal, pengasas Profil Personaliti Tajma terdapat 11 tret personaliti yang

dikenal pasti melalui Ujian psikologi. Tret-tret tersebut ialah :-

Page 49: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

32

Asertif

Trait personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan

mempamerkan ketegasan diri.

Analitikal

Trait personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya,

suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum

membuat keputusan.

Keterbukaan

Trait personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan

bekerjasama dengan orang lain.

Keyakinan Diri

Trait personaliti menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan

mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Trait ini juga

menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu.

Kepimpinan

Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin

sesuatu kumpulan, tegas dan gemar membuat keputusan.

Jati Diri

Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk

menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepada diri sendiri,

yakin, rasa selamat dan matang.

Prihatin

Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami

perasaan orang lain.

Page 50: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

33

Intelektual

Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti

yang memberi cabaran dari segi intelektual, berfikiran abstrak, cerdas dan kreatif.

Pencapaian

Trait personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi, mahukan status

yang tinggi dan sukakan persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha

yang tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

Integriti

Trait personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang

individu terhadap tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi.

Ketidakselarasan

Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap

diri sendiri. Ia juga digunakan untuk menilai sama ada individu cuba memberikan

respon dengan ikhlas atau sebaliknya.

Dalam pendidikan, seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu perlulah

insaf bahawa dirinya mempunyai personaliti diri. Adab, akhlak dan disiplin diri

akan membantu proses pembelajarannya. Lebih jauh ia mengenali dirinya sebagai

seorang pelajar, lebih mudah proses menuntut ilmu itu berlangsung. Hanya

setelah ia mengetahui siapa dirinya (personalitinya) barulah ia dapat beradab

kepada dirinya untuk menuntut ilmu.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji beberapa teori

personaliti yang ada kaitan dengan tingkah laku seorang pelajar. Antaranya ialah

seperti berikut:-

Page 51: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

34

2.4.1 Teori Trait

Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan,

kebimbangan, sikap agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait

masing-masing.

Memang trait tidak dapat ditentukan pada diri seseorang tetapi dapat

difahami daripada tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang

itu suka berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain, kita boleh simpulkannya

sebagai orang yang mempunyai personaliti keterbukaan. Begitu juga sekiranya

seseorang itu menunjukkan kemampuannya memahami perasaan orang lain, maka

kita boleh simpulkan bahawa dia mempunyai personaliti prihatin.

Trait personaliti dianggap sebagai stabil dalam tempoh masa yang

panjang, dianggap konsisten dalam situasi tertentu dan perbezaan personaliti

individu adalah hasil daripada kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959).

Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan

menunjukkan tingkah laku yang konsisten dalam apa-apa situasi. Sebab itu

seseorang yang agresif akan menunjukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari

semasa ke semasa. Beliau juga percaya bahawa selain menjelaskan tingkah laku

yang sama antara kebanyakan individu, setiap personaliti individu mengandungi

kumpulan trait. Maka seseorang pelajar yang mempunyai trait keagresifan akan

melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan di sekolah seperti

ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam

pergaduhan antara pelajar.

Page 52: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

35

2.4.2 Teori Psikodinamik Sigmund Freud

Sigmund Freud (1959) merujuk personaliti akibat interaksi tiga bahagian

yang berasingan iaitu id, ego dan super ego. Walaupun wujud struktur yang

berasingan tetapi ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi yang

pelbagai dalam personaliti sesorang yang memotivasikan tingkah laku.

Id merupakan personaliti yang asas, tidak teratur, diwarisi dan bertujuan

untuk mengurangkan ketegangan akibat keinginan biologikal dan tidak rasional.

Keperluan asas seperti kelaparan, seks, agresif yang beroperasi atas prinsip

kenikmatan di mana sasarannya adalah untuk meredakan ketegangan dan

memaksimakan kenikmatan.

Tenaga yang menggerakkan id ini dipanggil ‘libido’. Apabila tenaga ini

meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan

atau disalurkan. Id juga bergeraka atas prinsip keseronokkan dan menghindarkan

kesakitan (to gain pleasure dan to avoid pain). Apabila ia mahukan sesutu, ia

mahukan dengan cepat dan tanpa bertangguh-tangguh bertujuan untuk

mengekalkan individu dalam keadaan tanpa ketegangan yang mungkin ada.

Contohnya, seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak

tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh serta tidak tahu tentang realiti.

Tidak ada juga peraturan-peraturan dalam yang dapat mengarahkan tingkah laku.

Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah memperolehi kepuasan dengan

segera. Id bersifat tidak logik, tidak bermoral dan semata-mata bertujuan untuk

memenuhi dorongan naluri.

Page 53: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

36

Ego pula merupakan komponen yang membuat keputusan dan cuba

memenuhi kehendak id dengan menurut batasan-batasan yang dikenakam oleh

dunia luaran. Tingkah laku ego bersifat separuh sedar yang beropreasi beasaskan

prinsip realiti di mana ia cuba melambatkan keinginan id dipenuhi sehinggalah

objek yang sesuai ditemui untuk memenuhi keinginan tersebut. Dengan kata lain

ego bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan

id mengikut cara yang diterima dan tidak melanggar nilai-nilai atau norma

masyarakat. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada pengalaman, egonya

bertambah kuat, ia akan belajar kehendak-kehendaknya yang boleh ditangguhkan

dan kadang-kadang matlamat jangka panjang memerlukan pengabaian matlamat

jangka pendek.

Ego mengawal pemikiran sedar dan menapis keinginan-keinginan naluri

id. Contohnya individu yang lapar harus membezakan antara bayangannya

tentang makanan dengan persepsi sebenar tentang makanan jika keinginan untuk

makan itu hendak dipenuhi. Individu itu harus belajar untuk mendapatkan dan

memakan makanan bagi mengurangkan ketegangan akibat lapar. Kesimpulannya

ego menggunakan pemikiran logikal dan mengatur rancangan yang sesuai dengan

norma sosial untuk memenuhi keinginan id tanpa merosakkan diri dan orang lain.

Manakala Superego pula merupakan komponen moral personaliti yang

berfungsi berasaskan prinsip moral. Ia sangat mementingkan sama ada sesuatu

tindakan itu baik atau buruj, betul atau salah. Ia bersifat tidak rasional dan

menggunakan kuasanya untuk menghapuskan sama sekali keinginan naluri id.

Superego mewakili yang unggul (ideal), bukan realiti dan berusaha mendapatkan

kesempurnaan dan bukan untuk keseronokkan. Fungsi utama superego ialah

menyekat desakan-desakan id terutama yang berbentuk seksual kerana desakan-

desakan begini dicemuh oleh masyarakat. Selain itu, superego juga berfungsi

untuk memujuk ego supaya menggantikan matlamat realistik dengan matlamat

moral serta berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.

Page 54: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

37

Menurut Freud, seseorang individu tidak dilahirkan dengan superego

tetapi ianya terbentuk melalui interaksi dengan ibu bapa dan masyarakat. Ia

mewakili nilai dan norma-norma masyarakat tentang tingkah laku. Komponen

superego mempunyai dua bahagian iaitu hati nurani (conscience) dan ego ideal.

Hati nurani akan menyebabkan kita berasa bersalah jika kita melakukan sesuatu

yang bertentangan denga nilai moral dan masyarakat sementara ego ideal

menyebabkan kita berasa bangga dan gembira jika kita berjaya melakukan sesuatu

yang dianggap baik.

2.4.3 Pendekatan Sosial Erik Erikson

Seorang ahli psikologi yang berorientasikan sosial dalam pembentukan

personaliti seseorang individu. Walaupun Erikson akur dengan pandangan

Sigmund Freud tentang keperluan kenikmatan dalam pembentukan personaliti

namun perhubungan kanak-kanak dengan ibu bapa juga penting dalam

pembentukan personaliti (Erikson, 1968). Suasana ini akan menentukan sama ada

seseorang kanak-kanak diterima dan disayangai atau sebaliknya. Perkara yang

penting ialah keperluan dan keinginan kanak-kanak seimbang dengan yang

terdapat dalam masyarakat. Sekiranya kanak-kanak berasa berketerampilan dan

dihargai mengikut kefahaman mereka dan seperti kehendak anggota masyarakat

yang lain, maka terbentuklah identiti yang selamat.

Menurut Erikson, terdapat lapan tahap dalam proses perkembangan

manusia. Seseorang harus berjaya menghadapi krisis pada satu-satu peringkat

sebelum berpindah ke peringkat seterusnya. Secara ringkasnya diterangkan

kelapan-lapan tahap tersebut seperti berikut:-

Page 55: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

38

Tahap 1 - Percaya lawan Tidak Percaya

(0 – 1 tahun). Bermulanya konflik – percaya atau tidak percaya pada persekitaran

seperti ibu bapa, penjaga dan masyarakat. Keinginan perlu dipenuhi seperti

makanan, pakaian dan kasih sayang. Sekiranya mendapat penjagaan yang baik

maka kanak-kanak itu percaya pada persekitaran tetapai sekiranya mendapat

penjagaan yang tidak sempurna maka wujud perasaan tidak percaya kanak-kanak

itu kepada orang lain.

Tahap 2 - Autonomi lawan Ragu-ragu / Malu

(1- 2 tahun). Berlakunya konflik sosial di mana percubaan melakukan sesuatu

secara sendiri. Tingkah laku yang menonjol seperti degil dan tidak mahu

mendengar kata. Namun sekiranya ibu bapa yang mendorong maka wujud rasa

yakin pada diri kanak-kanak itu, tetapi sekiranya mendapat kawalan yang ketat

maka timbul rasa dendam, ragu dan tiada keyakinan diri serta menjadikan kan

kanak-kanak itu seorang yang pemalu.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Rasa Bersalah

(3 – 5 tahun) Mula terdedah kepada cabaran dan persekitaran. Kanak-kanak mula

menunjukkan tingkah laku inisiatif ingin berdikari, meneroka dan membuat

sesuatu yang baru seperti bantu ibu memasak, membasuh dan sebagainya.

Sekiranya tidak mendapat sokongan dan sering dikritik atau didenda maka timbul

rasa bersalah. Maka hasilnya negatif menyebabkan anak suka mengasingkan diri

serta tidak yakin pada diri sendiri.

Tahap 4 - Kerajinan lawan Rasa Rendah Diri

(6-11 tahun) Memasuki alam persekolahan dan mula dipengaruhi guru dan rakan-

rakan. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku percaya sepenuhnya kepada

kata-kata guru. Sekiranya mendapat peneguhan positif, pujian dan penghargaan

kesannya menjadi kanak-kanak tersebut menjadi produktif tetapi sekiranya

menerima peneguhan negatif selalu dikritik dan dimarahi maka wujud rasa rendah

diri dan kurang keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.

Page 56: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

39

Tahap 5 - Identiti lawan Kekeliruan Identiti

(12 – 19 tahun) Alam Remaja, mula mewujudkan identiti dan persepsi sendiri.

Remaja mula menunjukkan tingkah laku cuba berhadapan dengan situasi yang

bertentangan kesannya timbul krisis identiti seperti terlalu sensitif dengan

perubahan fizikal yang sedang dialami serta mencari peranan diri. Namun sukar

mencari identiti kerana terlalu banyak berfikir.

Tahap 6 - Kemesraan lawan Pengasingan Diri

(20 – 40 tahun) Awal dewasa, mula membina hubungan yang akrab dan mesra

seperti memikirkan tentang teman hidup, percintaan dan perkahwinan. Sekiranya

gagal dalam membina hubungan, individu tersebut mula mengasingkan diri.

Tahap 7 - Generitiviti lawan Penyerapan Kendiri

(40 – 60 tahun) Berjaya mengatasi konflik di tahap 6. Tingkah laku yang ketara

mula fikirkan soal keluarga dan orang lain serta sumbangan kepada masyarakat.

Hasil yang positif timbul perasaan prihatin terhadap diri dan orang lain serta

berjaya mendidik anak-anak menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.

Sebaliknya timbul penyerapan kendiri sekiranya individu dikatakan cenderung

dengan kepentingan diri sendiri dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Tahap 8 - Keutuhan lawan Rasa Putus Asa

(60 tahun ke atas) Peringkat akhir dewasa. Tingkah laku menunjukkan mula

menilai dan memikirkan kembali peristiwa yang telah berlaku. Sekiranya

perjalanan hidupnya berjaya mengatasi tahap-tahap sebelumnya maka

kehidupannya lebih utuh dan mendapat kepuasan. Namun sekiranya wujud

konflik dalam kehidupannya maka timbul rasa putus asa dan kecewa.

Peringkat yang paling penting ialah tahap ke lima iaitu identiti lawan

kekeliruan identiti. Di sinilah identiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada

pengintegrasian pelbagai peranan sebagai anak, pelajar, kakak, abang, rakan dan

Page 57: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

40

sebagainya. Jika pelajar gagal dalam pembentukan identiti maka wujudlah

kekeliruan dan kekecewaan, Erikson (1963). Pelajar tidak dapat menilai antara

yang baik dan yang buruk lalu melakukan perkara-perkara seperti ponteng kelas

dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dlam pergaduhan antara

pelajar.

Menurut Erikson (1968), selepas baligh, remaja mengalami pengalaman

transisi daripada kebergantungan pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri.

Mereka mula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan

mereka ke era baru.

Maka apakah yang menentukan identiti di kalangan remaja? Kajian

menunjukkan bahawa konsep kendiri dan memahami diri (self) ada kaitan dengan

persepsi positif dan pengukuhan dalam perhubungan ibu bapa dan orang-orang

yang berdekatan dengan individu tersebut. Ibu bapa merupakan orang yang utama

dalam pembentukan personaliti anak-anak. Menurut Sullivan (1953), orang-orang

signifikan sangat penting dan pengaruh mereka sangat kuat terhadap

perkembangan diri kanak-kanak. Segala perlakuan ibu bapa mempengaruhi anak

bagaimana seseorang anak melihat dirinya sendiri.

2.5 Krisis Identiti

Kehilangan adab dan akhlak dalam proses pembelajaran akan

menyebabkan kehilangan identiti diri (sahsiah) pelajar. Proses pendidikan yang

baik dan sepadu seharusnya mampu mengidentiti diri insan bukan menghilangkan

identiti tersebut. Proses identiti diri ini akan melibatkan proses mengadabkan

seseorang pelajar.

Page 58: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

41

Identiti dapat dibahagikan kepada dua. Pertama adalah identiti pelajar

secara keseluruhan. Hilangnya identiti ini dari seseorang pelajar akan

menyebabkan hilangnya wibawa diri pelajar. Begitu penting identiti ini, sehingga

seorang anak tidak mungkin menghormati bapanya kalau ia tidak mengenali

identiti dirinya yang ianya adalah seorang anak. Begitulah seorang isteri terhadap

suaminya, seorang rakan dengan rakannya yang lain dan sebagainya. Dengan

kaedah yang sama, seorang pelajar perlu mengenali identiti sebagai seorang

pelajar. Sekurang-kurangnya ia perlu insaf bahawa dirinya adalah seorang pelajar

dan dengan demikian perlu mempunyai identiti diri sebagai seorang pelajar.

Keduanya adalah identiti diri sendiri yang sudah pasti berlainan dengan

orang lain yang menyebabkan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain

adalah kerana mereka mempunyai identiti yang berbeza. Seorang adik dan abang

dalam satu keluarga walaupun mempunyai identiti sebagai anak kepada seorang

bapa, tetapi adik dan abang ini mempunyai identitinya yang tersendiri. Begitu

jugalah pelajar, setiap pelajar mempunyai identiti sendiri yang diberikan oleh

Allah kepadanya. Selagi identiti ini dihubungkan dengan sesuatu sifat yang tidak

terkeluar dari batas keinsanan dan syariat sudah pasti identiti tersebut boleh

diterima. Bayangkan sahaja apa akan berlaku sekiranya identiti ini sudah hilang

pada diri seorang insan.Gejala buruk seperti ketagihan dadah, mencuri, merogol,

terlibat dengan gangsterisme, membunuh dan sebagainya adalah di antara

beberapa contoh akibat kehilangan identiti diri.

Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori

yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa

kehidupan mereka. Teori ini digelar psikososial kerana beliau menggabungkan

tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri,

emosi dan faktor sosial. Dalam teori ini Erikson meletakkan remaja yang

berumur antara 12 hingga 19 tahun di tahap identiti lawan kekeliruan peranan.

Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi

sendiri terhadap dunia mereka.

Page 59: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

42

Menurut Erikson, pada tahap ini, remaja mencari identiti dirinya dan cuba

mencari jawapan kepada persoalan “siapa aku”. Individu yang bergelar remaja

akan berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam proses memahami dan

menilai diri sendiri, remaja tersebut berkecenderungan berdepan dengan situasi

yang bertentangan dengan identitinya, Kesannya mereka akan menghadapi krisis

identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan

perubahan fizikal badan yang sedang dialami ketika zaman remaja. Mereka mula

memikirkan peranan mereka sebagai bakal teman hidup seseorang, ibu bapa dan

ahli masyarakat.

Teori-teori perkembangan yang telah dikemukakan di atas oleh beberapa

tokoh psikologi seperti Erik Erikson dan Sigmund Freud memfokus kepada

bagaimana perkembangan berlaku dan mengapa sesuatu perubahan berlaku.

Pengetahuan perkembangan manusia adalah perlu terutama kepada pendidik

untuk menjangka, merancang serta mencungkil potensi yang ada.

Usaha remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan

terdapatnya berbagai-bagai pilihan yang mungkin. Remaja yang mempunyai

identiti sendiri akan mencipta perancangan masa depan yang memuaskan dan rasa

selamat. Sekiranya usaha untuk mencari identiti itu gagal, mereka akan mula

meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Di sini betapa pentingnya

peranan sekolah untuk membentuk identiti pelajar yang baik.

Pelajar perlu diberi peluang untuk mengenali dirinya, peranannya sebagai

seorang insan atau manusia di dunia dan selepas mati. Penerapan nilai-nilai murni

di kalangan pelajar amat penting bagi melahirkan generasi yang bersahsia mulia,

cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 60: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

43

BAB 111

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, perbincangan adalah meliputi aspek-aspek yang

berkaitan dengan pengkaedahan-pengkaedahan yang relevan dalam menjalankan

kajian. Aspek-aspek tersebut adalah merangkumi reka bentuk kajian, lokasi

kajian, populasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, analisis data serta

jangkamasa kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang dipilih untuk kajian ini ialah reka bentuk kajian yang bersifat

‘eks-pos-fakto’ iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan

peristiwa yang telah pun berlaku dan bersifat kuantitatif dalam bentuk soal

selidik. Kaedah ini adalah lebih relevan untuk digunakan kerana dapat

menerangkan dengan lebih jelas fenomena yang hendak dikaji. Ianya lebih mudah

ditadbirkan dan menjimatkan kos dan masa. Data yang diperoleh berdasarkan

rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik. Hubungan

antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar dilihat dengan

menggunakan statistik korelasi.

Page 61: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

44

3.3 Lokasi Kajian

Kajian dijalankan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang

terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting, Taman Megah

Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor Bahru.

Ianya terletak kira-kira 25 km dari Bandaraya Johor Bahru.

3.4 Sampel Kajian

Menurut Kerlinger (1973), persampelan merupakan pengambilan

sebahagian daripada sesuatu populasi. Dalam Kajian ini, penyelidik telah

menggunakan persampelan bertujuan untuk mendapatkan responden kajian yang

terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dari

tingkatan 4 yang ada rekod salah laku di sekolah masing-masing.

Penyelidik sengaja mengecilkan skop dengan memilih responden dari

tingkatan 4 yang mempunyai rekod salah laku supaya ia lebih relevan dengan

tajuk kajian dan lagi mereka ini tidak terlibat dengan peperiksaan besar seperti

PMR dan SPM. Ramai pelajar tingkatan 4 yang menganggap tahun ini adalah

‘honeymoon year’ dan masa untuk mereka ‘enjoy’ kerana tiada peperiksaan

penting. Kebanyakan mereka akan lebih melayan desakan hati untuk ingin bebas

dan kurang menumpukan perhatian pada pelajaran. Sebab itulah mengapa banyak

kes salah laku pelajar melibatkan pelajar tingkatan 4. Mereka tidak menyedari

bahawa lebih 50% isi pelajaran tingkatan 4 akan diuji dalam Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia ketika di tingkatan 5 nanti.

Bilangan sampel di sekolah-sekolah ini dipilih kerana sekolah-sekolah

berkenaan menunjukkan kekerapan berlakunya salah laku pelajar. Di samping itu

pelajar di sekolah-sekolah berkenaan terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar

Page 62: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

45

belakang yang menjadi punca salah laku pelajar. Sekolah-sekolah yang terlibat

dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jadual 3.1 : Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat dalam kajian

Bil Sekolah Bil. Responden

1. Sek. Men. Keb. Taman Rinting 2 60

2. Sek. Men. Keb. Taman Megah Ria 55

3. Sek. Men. Keb. Kota Puteri 60

4. Sek. Men Keb. Kota Puteri 2 55

Jumlah 230

3.5 Intrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai

instrumen kajian. Black (1993), instrumen kajian jenis ini dapat memberikan

maklumat tentang latar belakang responden, pendapat, reaksi, sikap dan

sebagainya. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latar belakang

responden, profil personaliti responden, maklumat faktor-faktor penyebab salah

laku responden dan maklumat salah laku yang sering dilakukan responden.

Dalam bahagian A, sebanyak 10 item diberi untuk mendapatkan maklumat

diri pelajar. Antaranya jantina, umur, bangsa, bilangan adik beradik, pendapatan

ibu bapa, pekerjaan dan tahap pendidikan ibu bapa.

Page 63: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

46

Bahagian B pula terdapat 13 item salah laku di senaraikan untuk

mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis salah laku yang biasa dilakukan

pelajar di sekolah menengah. Item-item yang dikemukakan adalah seperti ponteng

kelas dan sekolah, merokok dan menagih dadah, datang lewat ke sekolah atau

balik awal dari sekolah, gangsterisme, pergaduhan sesama kaum dan antara kaum,

vandalisme, melawan guru dan budaya melepak.

Manakala Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat punca

salah laku pelajar yang dikenal pasti oleh penyelidik. Sebanyak 32 item yang

merangkumi faktor sikap ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklim sekolah

termasuk sikap guru. Item-item ini diubah suai daripada soal selidik yang telah

digunakan oleh Aziz Abu Bakar (1997).

Item-item berbentuk positif dan negatif dikemukakan untuk mendapatkan

pesepsi responden. Pengukuran dibuat dengan menggunakan Skala 5 mata seperti

berikut:-

Jadual 3.2 : Penskoran skala 5 mata

Item Positif Item Negatif Mata

Sangat tidak setuju Sangat Setuju 1

Tidak setuju Setuju 2

Kurang setuju Setuju 3

Setuju Tidak Setuju 4

Sangat Setuju Sangat Tidak Setuju 5

Page 64: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

47

Pecahan tiga skala adalah seperti berikut:-

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Dalam bahagian D pula, penyelidik menggunakan instrumen Profil

Personaliti Tajma (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang

mempunytai nilai kesahan dab kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.8

hingga 0.9. Digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat tentang trait

personaliti dan tingkah laku seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 trait

personaliti diri yang diukur menerusi 83 item yang diterjemahkan dalam bentuk

soalan. Skala PPT-R direka bentuk menerusi skala likert tiga mata iaitu A –

Sangat Benar, B – Benar, C – Tidak Benar.

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum kajian dijalankan penyelidik telah membuat penyelidikan untuk

mendapatkan maklumat kajian-kajian yang telah dibuat oleh penyelidik lain

tentang masalah disiplin di kalangan pelajar dan puncanya. Penyelidik telah

memilih satu laporan kajian oleh Dr Azizi yang bertajuk ‘Faktor-faktor Yang

Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan Pembentukan

Personaliti Pelajar’ sebagai bahan rujukan utama dalam membantu menyiapkan

tesis ini. Kemudian penyelidik telah menghubungi guru kaunselor di sekolah-

sekolah yang dikenal pasti untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan pelajar

yang terlibat dalam salah laku.

Page 65: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

48

Kemudian penyelidik memohon kebenaran daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menjalankan kajian ini kerana ianya melibatkan sekolah-sekolah di bawah

kelolaan Kementerian tersebut. Penyelidk juga memohon kebenaran surat

pengesahan daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia.

Penyelidik sendiri mengunjungi sekolah-sekolah berkenaan untuk

mendapatkan keizinan daripada pengetua dan memberi penerangan tentang tujuan

soal selidik serta tatacara menjawab soal selidik. Dalam hal ini guru kaunselor

diberi tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada responden yang dipilih,

seterusnya mengedarkan dan mengumpulkan semula soal selidik tersebut dan

menyerahkan kembali kepada penyelidik untuk tindakan selanjutnya.

3.7 Analisis Data

Kesemua data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis dengan

menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science (SPSS for windows versi

7.5). Dua kaedah statistik digunakan dalam analisis ini iaitu statistik deskriptif

dan statistik inferens. Statistik deskriptif digunakan untuk membuat rumusan

terhadap latar belakang responden dan perhubungan di antara responden dengan

pembolehubah dalam bentuk jumlah skor, peratusan, kekerapan, min dan sisihan

piawai.

Manakala statistik inferens pula digunakan untuk menguji kesemua

hipotesis yang telah dibentuk. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual

di bawah menunjukkan ringkasan statistik yang digunakan oleh penyelidik bagi

menganalisis data kajian yang diperoleh.

Page 66: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

49

Jadual 3.3 : Ringkasan Statistik

Bil Objektif Kajian Jenis Statistik

1. Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Ujian - t

2. Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa.

Anova

3. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar

Korelasi

4. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

Korelasi

5. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

Korelasi

Page 67: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

50

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bahagian Bab 4 ini akan memaparkan keputusan dan keterangan

bagi dapatan data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0.

Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi

salah laku pelajar dan hubungannya dengan personaliti pelajar. Responden yang

terlibat iaitu pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti bermasalah dari pelajar

tingkatan empat di empat buah sekolah menengah yang telah dipilih dari kawasan

Masai, Zon Pasir Gudang. Seramai 230 orang pelajar yang terlibat merupakan

sampel kajian ini.

Bahagian 4.2 menggambarkan latar belakang para pelajar seperti jantina,

umur, bangsa, aliran, bilangan adik beradik, pendapatan ibu bapa dan pekerjaan

bapa.penjaga, pekerjaan ibu, tahap pendidikan bapa, tahap pendidikan ibu dan

lain-lain. Manakala Bahagian 4.3 melibatkan salah laku pelajar. Bahagian 4.4

merupakan Punca Salah Laku Pelajar dari segi sikap ibu bapa, rakan sebaya dan

iklim sekolah dan sikap guru.

Page 68: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

51

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Pernyataan Kekerapan Peratus

Lelaki 163 70.9

Perempuan 67 29.1

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina di mana seramai 163 orang atau 70.9% adalah lelaki dan seramai

67 orang atau 29.1% adalah perempuan. Ini menunjukkan kebanyakan responden

yang dikaji adalah didominasi oleh pelajar lelaki

4.2.2 Umur

Jadual 4.2 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur Pernyataan Kekerapan Peratus

16 Tahun 202 87.8 17 Tahun 28 12.2 Jumlah 230 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut umur. Majoriti responden yang berumur 16 tahun adalah paling tinggi

iaitu seramai 202 orang atau 87.8% dan seramai 28 orang atau 12.2% responden

berumur 17 tahun. Ini menunjukkan keseluruhan responden terdiri daripada

pelajar yang berumur 16 tahun.

Page 69: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

52

4.2.3 Bangsa

Jadual 4.3 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Pernyataan Kekerapan Peratus

Melayu 150 65.2

Cina 31 13.5

India 34 14.8

Lain-lain 15 6.5

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut bangsa. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 150

orang atau 65.2%, diikuti seramai 34 orang atau 14.8% adalah daripada berbangsa

India dan seramai 31 orang atau 13.5% adalah responden berbangsa Cina.

Manakala responden berbangsa lain-lain selain Melayu, Cina dan India

mempunyai jumlah paling rendah iaitu 2 orang atau 1 peratus. Ini menunjukkan

majoriti responden terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu.

4.2.4 Aliran

Jadual 4.4 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Aliran Pernyataan Kekerapan Peratus

Sains 25 10.9

Sastera 205 89.1

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut Aliran di mana majoriti responden yang mempunyai masalah salah laku

ini adalah berada di dalam aliran sastera iaitu seramai 205 orang atau 89.1%

manakala responden dalan aliran sains pula seramai 25 orang atau 10.9%.

Page 70: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

53

4.2.5 Bilangan adik beradik

Jadual 4.5 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan adik beradik Pernyataan Kekerapan Peratus

1 – 2 orang 56 24.3

3 – 5 orang 133 57.8

6 – 9 orang 39 17.0

10 orang ke atas 2 .9

Jumlah 230 100.0

4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

bilangan adik beradik. Majoriti responden mempunyai bilangan adik beradik 3

hingga 5 orang iaitu seramai 133 orang atau 57.8%, diikuti seramai 56 orang atau

24.3% mempunyai 1 hingga 2 orang adik beradik, manakala seramai 39 orang

atau 17.0% mempunyai 6 hingga 9 orang dan hanya 2 orang atau 0.9%

mempunyai 10 orang dan ke atas bilangan adik beradik.

4.2.6 Pendapatan Ibubapa

Jadual 4.6 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Ibubapa Pernyataan Kekerapan Peratus

Kurang dari RM 1000.00 126 54.8

RM 1001.00 – RM 2000.00 62 27.0

RM 2001.00 – RM 3000.00 26 11.3

RM 3001.00 – RM 4000.00 8 3.5

RM 4001.00 ke atas 8 3.5

Jumlah 230 100.0

Page 71: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

54

Jadual 4.6 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pendapatan ibu bapa. Majoriti responden memperoleh pendapatan antara kurang

dari RM1000 iaitu seramai 126 orang atau 54.8%. Ini diikuti dengan responden

yang berpendapatan antara RM1001 hingga RM2000 dengan bilangan responden

seramai 62 orang atau 27.0% dan seramai 26 orang responden atau 11.3% yang

memperoleh pendapatan antara RM2001 hingga RM3000. Seramai 8 orang

responden atau 3.5% masing-masing memperoleh pendapatan antara RM3001

hingga RM4000 dan berpendapatan RM4000 ke atas. Kedua-duanya mempunyai

peratusan yang sama.

4.2.7 Pekerjaan Bapa / Penjaga

Jadual 4.7 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa / Penjaga Pernyataan Kekerapan Peratus

Kakitangan Kerajaan 29 12.6

Pekerja Swasta 135 58.7

Bekerja Sendiri 50 21.7

Pesara 10 4.3

Tidak Bekerja 6 2.6

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.7 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pekerjaan bapa/penjaga. Majoriti bapa/penjaga responden bekerja sebagai Pekerja

Swasta iaitu seramai 135 orang atau 56.7%. Ini diikuti dengan bapa/penjaga

responden yang bekerja sendiri dengan bilangan responden seramai 50 orang atau

21.7% dan seramai 29 orang atau 12.6% sebagai Kakitangan Kerajaan. Seramai

10 orang atau 4.3% sebagai pesara dan seramai 6 orang atau 2.6% adalah tidak

bekerja.

Page 72: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

55

4.2.8 Pekerjaan Ibu

Jadual 4.8 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Pernyataan Kekerapan Peratus

Bekerja 65 28.3

Suri rumah 165 71.7

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.8 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pekerjaan Ibu. Majoriti ibu responden adalah sebagai seorang suri rumah iaitu

seramai 165 orang atau 71.7%. Manakala seramai 65 orang responden atau 28.3%

menyatakan bahawa ibu mereka bekerja.

4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa

Jadual 4.9 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa Pernyataan Kekerapan Peratus

Universiti 34 14.8

Kolej / Maktab / Politeknik 27 11.7

Sekolah Menengah 145 63.0

Sekolah Rendah 24 10.4

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.9 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut

tahap pendidikan bapa. Majoriti bapa responden mempunyai tahap pendidikan

Sekolah Menengah iaitu seramai 145 orang atau 63.0%. Ini diikuti dengan bapa

responden yang mempunyai tahap pendidikan Universiti dengan bilangan

Page 73: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

56

responden seramai 34 orang atau 14.8% dan seramai 27 orang atau 11.7% pada

peringkat Kolej / Maktab / Politeknik. Seramai 24 orang atau 10.4% pada

peringkat Sekolah Rendah.

4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu

Jadual 4.10 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Pernyataan Kekerapan Peratus

Universiti 22 9.6

Kolej / Maktab / Politeknik 13 5.7

SekolahMenengah 159 69.1

Sekolah Rendah 32 13.9

Sekolah Agama sahaja 4 1.7

Jumlah 230 100.0

Jadual 4.10 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut

tahap pendidikan ibu. Majoriti ibu responden mempunyai tahap pendidikan

Sekolah Menengah iaitu seramai 159 orang atau 69.1%. Ini diikuti dengan ibu

responden yang mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah sahaja dengan

bilangan responden seramai 32 orang atau 13.9% dan seramai 22 orang atau 9.6%

pada peringkat Universiti. Manakala seramai 13 orang atau 5.7% pada peringkat

Kolej / Maktab / Politeknik. Seramai 4 orang atau 1.7% pada peringkat Sekolah

Agama sahaja.

Page 74: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

57

4.3 Salah Laku Pelajar

4.3.1 Jenis Salah Laku Pelajar

Jadual 4.11 : Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku Respon / N = 230 No Jenis Salah Laku Pelajar

Ya Tidak

Jumlah

1 Ponteng kelas 61.30% 38.70% 100.00%

2 Datang lewat 59.60% 40.40% 100.00%

3 Ponteng Sekolah 47.80% 52.20% 100.00%

4 Melawan guru 42.60% 57.40% 100.00%

5 Melepak di kawasan sekolah 31.70% 68.30% 100.00%

6 Balik awal 29.10% 70.90% 100.00%

7 Merokok / Menagih dadah 22.20% 77.80% 100.00%

8 Bergaduh sesama kaum 21.70% 78.30% 100.00%

9 Bergaduh antara kaum 21.30% 78.70% 100.00%

10 Melepak di pusat membeli belah 20.40% 79.60% 100.00%

11 Merosakkan harta sekolah 14.80% 85.20% 100.00%

12 Terlibat dalam gangsterisme 6.50% 93.50% 100.00%

13 Merosakkan harta guru 3.90% 96.10% 100.00%

Purata 29.5% 70.5% 100.0%

Jadual 4.11 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut jenis

salah laku. Di antara salah laku yang dominan ialah sebanyak 61.30% responden

yang pernah ponteng kelas, sebanyak 59.60% pelajar yang datang lewat.

Manakala sebanyak 47.80% responden yang ponteng sekolah dan 42.60% adalah

responden yang terlibat dengan salah laku melawan guru.

Page 75: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

58

Peratusan yang terendah pula iaitu sebanyak 3.90% bagi salah laku

merosakkan harta guru, sebanyak 6.50% responden yang terlibat dengan

gangsterisme dan sebanyak 14.80% bagi salah laku merosakkan harta sekolah.

Secara keseluruhannya menunjukkan bahwa jenis salah laku yang paling tinggi

dilakuukan responden adalah salah laku ponteng kelas manakala jenis salah laku

yang terendah pula iaitu salah laku merosakkan harta guru.

4.3.2 Kekerapan Salah Laku Pelajar

Jadual 4.12 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan Salah Laku Kekerapan Salah Laku / N = 230 No Jenis Salah Laku Pelajar

1 kali 2 kali 3 kali 4 kali Lebih

5 kali

1 Ponteng kelas 4.3% 1.3% 6.1% 19.6% 68.7%

2 Ponteng Sekolah 10.0% 19.6% 39.1% 24.3% 7.0%

3 Merokok / Menagih dadah 27.8% 21.3% 30.9% 11.7% 8.3%

4 Datang lewat 7.8% 13.5% 15.7% 34.3% 28.7%

5 Balik awal 47.0% 17.4% 13.0% 9.1% 13.5%

6 Terlibat dalam gangsterisme 3.0% 8.7% 11.3% 32.6% 44.3%

7 Bergaduh sesama kaum 7.4% 7.4% 15.7% 35.2% 34.3%

8 Bergaduh antara kaum 33.0% 28.3% 17.8% 13.5% 7.4%

9 Merosakkan harta sekolah 33.9% 23.5% 19.1% 16.5% 7.0%

10 Merosakkan harta guru 39.6% 24.3% 12.6% 11.7% 11.7%

11 Melawan guru 33.5% 29.6% 15.2% 10.4% 11.3%

12 Melepak di kawasan sekolah 3.5% 13.9% 16.1% 34.3% 32.2%

13 Melepak di pusat membeli belah 19.1% 23.0% 27.8% 20.4% 9.6%

Purata 20.8% 17.8% 18.5% 21.0% 21.8%

Page 76: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

59

Jadual 4.12 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut

Kekerapan Salah Laku. Di antara kekerapan salah laku yang dominan ialah

sebanyak 68.7% pelajar pernah ponteng kelas lebih daripada 5 kali, diikuti

sebanyak 44.3% pelajar terlibat dalam gangsterisme, sebanyak 34.3% pula pelajar

yang bergaduh sesama kaum. Manakala sebanyak 32.2% pelajar yang melepak di

kawasan sekolah mempunyai kekerapan salah laku lebih 5 kali dan sebanyak

28.7% pelajar datang lewat ke sekolah juga lebih dari 5 kali. Secara

keseluruhannya, majoriti pelajar yang mempunyai kekerapan salah laku yang

paling tinggi iaitu lebih 5 kali bagi salah laku ponteng kelas.

Page 77: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

60

4.4 Analisis Diskriptif Punca Salah Laku Pelajar

4.4.1 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa

Jadual 4.13 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa

Skala / N = 230 No Pernyataan STS TS KS S SS

Min SP

1 Ibu bapa saya menyayangi saya

4.3% 1.3% 6.1% 19.6% 68.7% 4.47 0.99

2 Ibu bapa saya selalu marah saya

10.0% 19.6% 39.1% 24.3% 7.0% 2.99 1.06

3 Ibu bapa saya tidak menghargai pendapat saya

27.8% 21.3% 30.9% 11.7% 8.3% 2.51 1.24

4 Saya suka berkongsi pendapat dengan ibu bapa

7.8% 13.5% 15.7% 34.3% 28.7% 3.63 1.25

5 Saya rasa tidak bahagia dalam keluarga saya

47.0% 17.4% 13.0% 9.1% 13.5% 2.25 1.46

6 Saya diberi pujian apabila mendapat markah tinggi

3.0% 8.7% 11.3% 32.6% 44.3% 4.07 1.09

7 Ibu bapa saya membantu saya dalam pelajaran

7.4% 7.4% 15.7% 35.2% 34.3% 3.82 1.20

8 Saya takut bertanyakan ibu bapa saya kerana mereka sangat garang

33.0% 28.3% 17.8% 13.5% 7.4% 2.34 1.27

9 Ibu bapa saya tidak suka akan rakan-rakan saya

33.9% 23.5% 19.1% 16.5% 7.0% 2.39 1.29

10 Saya tidak suka rakan saya datang ke rumah saya kerana ibu bapa akan marah

39.6% 24.3% 12.6% 11.7% 11.7% 2.32 1.40

Purata 3.08 1.23

Jadual 4.13 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor sikap ibu bapa. Bagi

pernyataan “Ibu bapa saya menyayangi saya” ia mempunyai nilai min 4.52 dan

sihan piawai 0.99, sebanyak 68.7% responden sangat bersetuju. Manakala

sebanyak 19.6% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala

Page 78: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

61

sebanyak 6.1% kurang setuju, seramai 4.3% sangat tidak setuju dan sebanyak 1.3

responden tidak setuju. Ringkasnya kebanyakan responden menerima dengan

positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “saya diberi pujian apabila mendapat markah

tinggi” pula, ia mempunyai nilai min 4.07 dan sisihan piawai 1.09. Pernyataan ini

mendapat respon sangat setuju sebanyak 44.3% dan respon setuju sebanyak

32.6%. manakala sebanyak 11.3% kurang setuju, diikuti sebanyak 8.7% tidak

setuju dan sebanyak 3.0% sangat tidak setuju. Jelas bahawa pernyataan ini juga

mendapat respon yang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Ibu bapa saya membantu saya dalam pelajaran” pula ia

mendapat nilai min 3.82 dan sisihan piawai 1.20dengan respon yang pelbagai

iaitu respon setuju sebanyak 35.2% responden, respon sangat setuju sebanyak

34.3%, respon kurang setuju sebanyak 15.7%, respon tidak setuju dan sangat

tidak setuju iaitu masing-masing sebanyak 7.4%. Manakala pernyataan “Saya

suka berkongsi pendapat dengan ibu bapa.”, mempunyai nilai min 3.63 dan

sisihan piawai 1.25. Pernyataan ini juga mendapat responden positif iaitu setuju

sebanyak 34.3% dan responden yang berpendapat sangat setuju sebanyak 28.7%.

bagi responden yang berpendapat kurang setuju sebanyak 13.5% dan responden

yang berpendapat sangat tidak setuju sebanyak 7.8 % dengan pernyataan ini.

Manakala bagi pernyataan “Ibu bapa saya selalu marah saya” pula,

majoriti responden (39.1%) kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala

sebanyak 24.3% setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 19.6% responden yang

tidak setuju dan sebanyak 10.0% sangat tidak setuju. Hanya 7.0% yang sangat

setuju dengan nilai min sebanyak 2.99 dan sisihan piawai 1.06.

Page 79: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

62

“Ibu bapa saya tidak menghargai pendapat saya” merupakan pernyataan

seterusnya dengan nilai min 2.51 dan sisihan piawai 1.24. Pernyataan ini lebih

banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak 30.9% responden kurang

setuju. Diikuti 27.8% responden yang sangat tidak setuju, dan 21.3% responden

yang tidak setuju. Sebanyak 11.7% setuju dan hanya 8.3% responden yang sangat

setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya adalah pernyataan “Ibu bapa saya tidak suka akan rakan-rakan

saya.” Mempunyai nilai min 2.39 dan sisihan piawai 1.29. Lebih ramai responden

yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 33.9%. Manakala

sebanyak 23.5% responden tidak setuju dengan pernyataan ini. Terdapat pula

responden yang kurang setuju iaitu 19.1%. Responden yang setuju dengan

pernyataan ini adalah sebanyak 16.5% sebanyak 7.0% responden yang sangat

setuju.

“Saya takut bertanyakan ibu bapa saya kerana mereka sangat garang”

merupakan pernyataan dengan nilai min 2.34 dan sisihan piawai 1.27. Bilangan

responden yang sangat tidak bersetuju adalah 33.0%. Manakala jumlah responden

yang tidak setuju dengan pernyataan ini adalah 28.3% sahaja. Terdapat responden

yang kurang setuju iaitu 17.8% diikuti dengan responden yang berpendapat setuju

13.5% dan responden sangat setuju sebanyak 7.4% dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Saya tidak suka rakan saya datang ke

rumah saya kerana ibu bapa akan marah” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai

min 2.32 dan sisihan piawai 1.40. majoriti mendapat respon yang sangat tidak

setuju dengan 39.0%), bagi responden yang tidak setuju sebanyak 24.3%, respon

kurang setuju daripada responden sebanyak 12.6%. Manakala respon setuju dan

sangat setuju pula mempunyai peratusan yang sama iaitu 11.7% responden yang

sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.

Page 80: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

63

Pernyataan terakhir adalah “Saya rasa tidak bahagia dalam keluarga saya”

dengan nilai min 2.25 dan sisihan piawai 1.46. Sebanyak 47.0% responden yang

sangat tidak setuju. Manakala sebanyak 17.4% yang tidak setuju dengan

pernyataan tersebut. Sebanyak 13.5% responden pula sangat setuju. Terdapat

responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu 13.0%. Hanya 9.1%

responden yang setuju dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya nilai purata

min bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor sikap ibu bapa mendapati

kesemua pernyataan yang diterangkan adalah 3.08 dan sisihan piawai ialah 1.23.

Page 81: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

64

4.4.2 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Rakan Sebaya

Jadual 4.14 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Rakan Sebaya

Skala / N = 230 No Pernyataan STS TS KS S SS

Min SP

1 Saya tidak mempunyai ramai kawan

33.5% 29.6% 15.2% 10.4% 11.3% 2.37 1.34

2 Saya suka berbincang masa depan saya bersama rakan-rakan

3.5% 13.9% 16.1% 34.3% 32.2% 3.78 1.14

3 Saya tidak suka mengadu masalah saya kepada rakan saya

19.1% 23.0% 27.8% 20.4% 9.6% 2.78 1.24

4 Rakan saya memahami masalah saya daripada ibu bapa saya

20.0% 22.2% 26.5% 19.6% 11.7% 2.81 1.29

5 Saya selalu berkongsi pendapat dengan rakan tentang masalah yang dihadapi

7.4% 14.8% 16.5% 39.6% 21.7% 3.53 1.20

6 Saya jarang bertanyakan rakan saya tentang pendapatnya apabila membuat sesuatu

17.0% 26.1% 33.0% 18.7% 5.2% 2.69 1.12

7 Saya pergi ke sekolah kerana ingin bersama rakan

28.7% 18.3% 22.2% 16.5% 14.3% 2.70 1.41

8 Rakan-rakan saya tidak banyak membantu saya apabila saya menghadapi masalah

34.8% 20.4% 23.9% 13.9% 7.0% 2.38 1.28

9 Masa lapang saya dihabiskan bersama rakan saya

25.7% 23.9% 22.2% 19.1% 9.1% 2.62 1.30

10 Saya melakukan salah laku kerana desakan rakan saya

38.7% 19.6% 19.6% 16.1% 6.1% 2.31 1.30

11 Saya tidak mudah terpengaruh dengan desakan rakan saya

15.7% 16.5% 21.3% 19.6% 27.0% 3.26 1.42

Purata 2.84 1.28

Page 82: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

65

Jadual 4.14 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor rakan sebaya. Bagi

pernyataan “Saya suka berbincang masa depan saya bersama rakan-rakan” ia

mempunyai nilai min 3.78 dan sihan piawai 1.14, sebanyak 34.3% responden

bersetuju. Manakala sebanyak 32.2% responden sangat bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Manakala sebanyak 16.1% kurang setuju, seramai 13.9%

tidak setuju dan sebanyak 3.5% responden sangat tidak setuju. Ringkasnya

kebanyakan responden menerima dengan positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “Saya selalu berkongsi pendapat dengan rakan

tentang masalah yang dihadapi” pula, ia mempunyai nilai min 3.53 dan sisihan

piawai 1.20. Pernyataan ini mendapat respon setuju sebanyak 39.6% dan respon

sangat setuju sebanyak 21.7%. manakala sebanyak 16.5% kurang setuju, diikuti

sebanyak 14.8% tidak setuju dan sebanyak 7.4% sangat tidak setuju. Jelas bahawa

pernyataan ini juga mendapat respon yang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Saya tidak mudah terpengaruh dengan desakan rakan

saya” pula ia mendapat nilai min 3.26 dan sisihan piawai 1.42 dengan respon

yang pelbagai iaitu respon sangat setuju sebanyak 27.0% responden, respon

kurang setuju sebanyak 21.3%, respon setuju sebanyak 19.6%, respon tidak setuju

sebanyak 16.5 dan sangat tidak setuju iaitu sebanyak 15.7%. Manakala

pernyataan “Rakan saya memahami masalah saya daripada ibu bapa saya.”,

mempunyai nilai min 2.81 dan sisihan piawai 1.29. Pernyataan ini juga mendapat

responden kurang setuju sebanyak 26.5% dan responden yang berpendapat tidak

setuju sebanyak 22.2%. Bagi responden yang berpendapat sangat tidak setuju

sebanyak 20.0% dan responden yang berpendapat setuju sebanyak 19.6 %

manakala responden sangat setuju ialah 11.7% dengan pernyataan ini.

Page 83: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

66

Bagi penyataan “Saya tidak suka mengadu masalah saya kepada rakan

saya” merupakan pernyataan seterusnya dengan nilai min 2.78 dan sisihan piawai

1.24. Pernyataan ini lebih banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak

27.8% responden kurang setuju. Diikuti 23.0% responden yang tidak setuju, dan

20.4% responden yang setuju. Sebanyak 19.1% sangat tidak setuju dan hanya

9.6% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya adalah pernyataan “Saya pergi ke sekolah kerana ingin

bersama rakan” Mempunyai nilai min 2.70 dan sisihan piawai 1.41. Lebih ramai

responden yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak

28.7%. Manakala sebanyak 22.2% responden kurang setuju dengan pernyataan

ini. Terdapat pula responden yang tidak setuju iaitu 18.3%. Responden yang

setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 16.5%, sebanyak 14.3% responden

yang sangat setuju.

“Saya jarang bertanyakan rakan saya tentang pendapatnya apabila

membuat sesuatu” merupakan pernyataan dengan nilai min 2.69 dan sisihan

piawai 1.12. Bilangan responden yang kurang bersetuju adalah 33.0%. Manakala

jumlah responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini adalah 26.1%.

Terdapat responden yang setuju iaitu 18.7% diikuti dengan responden yang

berpendapat sangat tidak setuju 17.0% dan responden sangat setuju sebanyak

5.2% dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Masa lapang saya dihabiskan bersama

rakan saya” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai min 2.62 dan sisihan piawai

1.30. majoriti mendapat respon yang sangat tidak setuju dengan 25.7%, bagi

responden yang tidak setuju sebanyak 23.9%, respon kurang setuju daripada

responden sebanyak 22.2%. Manakala respon setuju sebanyak 19.1% dan sangat

setuju pula mempunyai peratusan iaitu 9.1% responden.

Page 84: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

67

Pernyataan terakhir adalah “Rakan-rakan saya tidak banyak membantu

saya apabila saya menghadapi masalah” dengan nilai min 2.38 dan sisihan piawai

1.28. Sebanyak 34.8% responden yang sangat tidak setuju. Manakala sebanyak

23.9% yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 20.4%

responden pula tidak setuju. Terdapat responden yang setuju dengan pernyataan

ini iaitu 13.9%. Hanya 7.0% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

Manakala bagi pernyataan “Saya tidak mempunyai ramai kawan” pula, majoriti

responden (33.5%) sanat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala

sebanyak 29.6% tidak setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 15.2% responden

yang kurang setuju dan sebanyak 11.3% sangat setuju. Hanya 10.4% yang setuju

dengan nilai min sebanyak 2.37 dan sisihan piawai 1.34.

Manakala bagi pernyataan “Saya melakukan salah laku kerana desakan

rakan saya” pula, majoriti responden (38.7%) sangat tidak bersetuju dengan

pernyataan ini. Manakala sebanyak 19.6% masing-masing tidak setuju dan kurang

setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 16.1% responden yang setuju dan

sebanyak 6.1% sangat setuju dengan nilai min sebanyak 2.31 dan sisihan piawai

1.30.

Secara keseluruhannya nilai purata min bagi punca salah laku pelajar dari

segi faktor rakan sebaya mendapati kesemua pernyataan yang diterangkan adalah

2.84 dan sisihan piawai ialah 1.28.

Page 85: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

68

4.4.3 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap

Guru

Jadual 4.15 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Skala / N = 230 No Pernyataan STS TS KS S SS

Min SP

1 Peraturan di sekolah ini terlalu ketat bagi saya

16.1% 17.0% 30.0% 22.6% 14.3% 3.02 1.27

2 Suasana pembelajaran di dalam kelas tidak menarik dan membosankan

23.0% 22.2% 26.1% 16.5% 12.2% 2.73 1.31

3 Guru disiplin selalu mengambil tindakan di luar batasan kuasanya

30.9% 16.1% 24.3% 16.1% 12.6% 2.63 1.39

4 Guru tidak menjaga perasaan saya apabila membuat dendaan terhadap saya di kelas

27.0% 20.0% 28.7% 14.3% 10.0% 2.60 1.29

5 Saya berasa tertekan apabila berdepan guru

21.7% 24.8% 19.6% 28.7% 5.2% 2.71 1.24

6 Guru saya memberi latihan kerja yang terlalu susah

19.6% 21.7% 32.6% 19.1% 7.0% 2.72 1.18

7 Saya berasa bimbang apabila tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah

9.6% 11.3% 21.3% 35.2% 22.6% 3.50 1.23

8 Guru mengambil tindakan walaupun saya tidak melakukan kesalahan

30.4% 20.9% 21.3% 14.8% 12.6% 2.58 1.38

9 Guru saya seorang yang bengis, garang dan tidak penyayang

35.2% 21.3% 23.9% 10.9% 8.7% 2.37 1.30

10 Guru kerap tidak memasuki kelas

29.6% 23.5% 26.5% 9.1% 11.3% 2.49 1.31

11 Saya tidak di beri peluang untuk meluahkan Isi hati kepada pentadbir

23.5% 14.8% 29.1% 14.3% 18.3% 2.89 1.40

Purata 2.75 1.30

Page 86: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

69

Jadual 4.15 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor rakan sebaya. Bagi

pernyataan “Saya berasa bimbang apabila tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah”

ia mempunyai nilai min 3.50 dan sisihan piawai 1.23, sebanyak 35.2% responden

bersetuju. Manakala sebanyak 22.6% responden sangat bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Manakala sebanyak 21.3% kurang setuju, seramai 11.3%

tidak setuju dan sebanyak 9.6% responden sangat tidak setuju. Ringkasnya

kebanyakan responden menerima dengan positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “Peraturan di sekolah ini terlalu ketat bagi

saya” pula, ia mempunyai nilai min 3.02 dan sisihan piawai 1.27. Pernyataan ini

mendapat respon kurang setuju sebanyak 30.0% dan respon setuju sebanyak

22.6%. Manakala sebanyak 17.0% tidak setuju, diikuti sebanyak 16.1% sangat

tidak setuju dan sebanyak 14.3% sangat setuju. Jelas bahawa pernyataan ini juga

mendapat respon yang kurang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Saya tidak di beri peluang untuk meluahkan Isi hati

kepada pentadbir” pula ia mendapat nilai min 2.89 dan sisihan piawai 1.40 dengan

respon yang pelbagai iaitu respon kurang setuju sebanyak 29.1% responden,

respon sangat tidak setuju sebanyak 23.5%, respon sangat setuju sebanyak 18.3%,

respon tidak setuju sebanyak 14.8% dan pendapat setuju iaitu sebanyak 14.3%.

Manakala pernyataan “Suasana pembelajaran di dalam kelas tidak menarik dan

membosankan.”, mempunyai nilai min 2.73 dan sisihan piawai 1.31. Pernyataan

ini juga mendapat responden kurang setuju sebanyak 26.1% dan responden yang

berpendapat sangat tidak setuju sebanyak 23.0%. Bagi responden yang

berpendapat tidak setuju sebanyak 22.2% dan responden yang berpendapat setuju

sebanyak 16.5% manakala responden sangat setuju ialah 12.2% dengan

pernyataan ini.

Page 87: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

70

Seterusnya adalah pernyataan “Guru saya memberi latihan kerja yang

terlalu susah” Mempunyai nilai min 2.72 dan sisihan piawai 1.18. Lebih ramai

responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 32.6%.

Manakala sebanyak 21.7% responden tidak setuju dengan pernyataan ini.

Terdapat pula responden yang sangat tidak setuju dan setuju mempunyai

peratuusan yang sama iaitu 19.1%. Responden yang sangat setuju dengan

pernyataan ini adalah sebanyak 7.0%.

Bagi penyataan “Saya berasa tertekan apabila berdepan guru” merupakan

pernyataan seterusnya dengan nilai min 2.71 dan sisihan piawai 1.24. Pernyataan

ini lebih banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak 28.7% responden

setuju. Diikuti 24.8% responden yang tidak setuju, dan 21.7% responden yang

sangat tidak setuju. Sebanyak 19.6% kurang setuju dan hanya 5.2% responden

yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

“Guru disiplin selalu mengambil tindakan di luar batasan kuasanya”

merupakan pernyataan dengan nilai min 2.63 dan sisihan piawai 1.39. Bilangan

responden yang sangat tidak bersetuju adalah 30.9%. Manakala jumlah responden

yang kurang setuju dengan pernyataan ini adalah 24.3%. Terdapat responden yang

setuju dan tidak setuju masing-masing mempunyai peratusan yang sama iaitu

16.1% diikuti dengan responden yang berpendapat sangat setuju 12.6% dan

responden sangat setuju dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Guru tidak menjaga perasaan saya apabila

membuat dendaan terhadap saya di kelas” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai

min 2.60 dan sisihan piawai 1.29. Majoriti mendapat respon yang kurang setuju

dengan 28.7%, bagi responden yang sangat tidak setuju sebanyak 27.0%, respon

tidak setuju daripada responden sebanyak 20.0%. Manakala respon setuju

sebanyak 14.3% dan sangat setuju pula mempunyai peratusan iaitu 10.0%

responden.

Page 88: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

71

Pernyataan terakhir adalah “Guru mengambil tindakan walaupun saya

tidak melakukan kesalahan” dengan nilai min 2.58 dan sisihan piawai 1.38.

Sebanyak 30.4% responden yang sangat tidak setuju. Manakala sebanyak 21.3%

yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 20.9% responden pula

tidak setuju. Terdapat responden yang setuju dengan pernyataan ini iaitu 14.8%.

Hanya 12.6% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

Manakala bagi pernyataan “Guru kerap tidak memasuki kelas” pula,

majoriti responden (29.6%) sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Manakala sebanyak 26.5% kurang setuju dan sebanyak 23.5% tidak setuju dengan

pernyataan ini. Sebanyak 11.3% responden yang sangat setuju dan sebanyak

9.1% setuju dengan nilai min sebanyak 2.49 dan sisihan piawai 1.31.

Manakala bagi pernyataan “Guru saya seorang yang bengis, garang dan

tidak penyayang” pula, majoriti responden (35.2%) sangat tidak bersetuju dengan

pernyataan ini. Manakala sebanyak 23.9% kurang setuju dengan pernyataan ini.

Sebanyak 21.3% responden yang tidak setuju dan sebanyak 10.9% setuju. Hanya

8.7% yang sangat setuju dengan nilai min sebanyak 2.37 dan sisihan piawai 1.30.

Secara keseluruhannya nilai purata min bagi punca salah laku pelajar dari

segi faktor rakan sebaya mendapati kesemua pernyataan yang diterangkan adalah

2.84 dan sisihan piawai ialah 1.28.

Page 89: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

72

4.4.4. Analisis Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu

Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Jadual 4.16 : Taburan Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Tahap Faktor

Rendah 1.00 – 2.33

Sederhana 2.34 – 3.67

Tinggi 3.68 – 5.00

Jumlah

Sikap Ibu Bapa 7

3.0%

190

82.6%

33

14.3%

230

100.0%

Rakan Sebaya 31

13.5%

179

77.8%

20

8.7%

230

100.0%

Iklim Sekolah dan Sikap

Guru

60

26.1%

144

62.6%

26

11.3%

230

100.0%

Jadual 4.16 menunjukkan taburan tahap punca salah laku pelajar dari segi

faktor sikap ibu bapa, rakan sebaya dan iklim sekolah dan sikap guru. Secara

keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa dari segi faktor sikap ibu bapa

menunjukkan majoriti responden berada pada tahap sederhana dengan peratusan

82.6%. manakala segi faktor rakan sebaya menunjukkan kebanyakan responden

berada pada tahap sederhana dengan peratusan 77.8% dan bagi faktor iklim

sekolah dan sikap guru pula menunjukkan keputusan yang sama iaitu berada pada

tahap sederhana dengan 62.6%.

Page 90: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

73

4.5 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar

4.5.1 Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.17 : Taburan Kecenderungan responden Mengikut Ujian Personaliti

Trait Kod Purata Skor/10

Asertif AS 5.66 56.6%

Analitikal AN 5.16 51.6%

Keterbukaan KT 5.75 57.5%

Keyakinan Diri KD 4.62 46.2%

Kepimpinan KP 4.18 41.8%

Jati Diri JD 5.24 52.4%

Prihatin PT 5.14 51.4%

Intelektual IT 5.38 53.8%

Pencapaian PN 5.07 50.7%

Integriti IG 4.66 46.6%

Ketidakselarasan KS 5.33 53.3%

N = 230

Berdasarkan Jadual 4.17 menunjukkan profil personality. Terdapat 11

profil personality dan tingkahlaku seseorang individu. Hasil kajian mendapati

56.6% responden yang lebih cenderung interpretasi (kanan)Asertif (AS). Ini

menunjukkan majoriti responden adalah seorang yang bersifat tegas, tidak mudah

mengalah, mengawal dan seorang yang agresif.

Bagi profil personaliti kedua pula, didapati sebanyak 51.6% responden

lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Analitikal (AN). Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden adalah bersifat suka menganalisis dan suka kepada

aktiviti mental yang tinggi. Manakala dilihat daripada profil personaliti ketiga,

didapati sebanyak 57.5% responden yang lebih cenderung kepada interpretasi

Page 91: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

74

(kanan) Keterbukaan (KT). Ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang

yang mudah bergaul, selesa berinteraksi dan juga periang.

Bagi profil personaliti keempat pula, didapati sebanyak 46.2% responden

lebih cenderung kepada interpretasi (kiri) Keyakinan Diri (KD). Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden adalah seorang yang tidak stabil emosi, tiada

keyakinan diri dan sering syak wasangka. Manakala dilihat daripada profil

personaliti kelima, didapati sebanyak 41.8% responden yang lebih cenderung

kepada interpretasi (kiri) Kepimpinan (KP). Ini menunjukkan bahawa responden

adalah seorang yang selesa dipimpin, sentiasa akur kepada kumpulan dan

kompromi.

Bagi profil personaliti keenam pula, didapati sebanyak 52.4% responden

lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Jati Diri (JD). Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden adalah seorang yang mempunyai ketahanan diri yang

tinggi, berdikari dan bersungguh-sungguh. Manakala dilihat daripada profil

personaliti ketujuh, didapati sebanyak 51.4% responden yang lebih cenderung

kepada interpretasi (kanan) Prihatin (PT). Ini menunjukkan bahawa responden

adalah seorang yang berempati, seorang yang mesra dan baik hati.

Bagi profil personaliti kelapan pula, didapati sebanyak 53.8% responden

lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Intelektual (IT). Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden adalah seorang yang tinggi keupayaan mental dan

seorang yang berwawasan. Manakala dilihat daripada profil personaliti

kesembilan pula, didapati sebanyak 50.7% responden yang lebih cenderung

kepada interpretasi (kanan) Pencapaian (PN). Ini menunjukkan bahawa responden

adalah seorang yang bercita-cita tinggi, bermotivasi dan dinamik.

Bagi profil personaliti kesepuluh pula, didapati sebanyak 46.6% responden lebih

cenderung kepada interpretasi (kiri) Integriti (IG). Ini menunjukkan bahawa

majoriti responden adalah bersifat rendah nilai integriti dalam diri dan kurang

Page 92: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

75

tanggungjawab. Manakala dilihat daripada profil personaliti kesebelas, didapati

sebanyak 53.3% responden yang lebih cenderung kepada interpretasi (kanan)

Ketidakselarasan (KS). Ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang

cuba mempamerkan keperibadian diri yang sempurna.

4.5.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara Profil Personaliti Pelajar

Terhadap Salah Laku Pelajar (Ponteng Kelas Dan Sekolah,

Gangsterisme, Vandalisme, Budaya Melepak Dan Pergaduhan

Antara Pelajar) Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu Bapa

Jadual 4.18 : Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa

Sum of

Squares df Mean Square F Sig.

AZ Between Groups 11.81 3 3.93 1.08 0.35 Within Groups 823.09 226 3.64 Total 834.90 229

AN Between Groups 8.15 3 2.71 1.45 0.22 Within Groups 422.85 226 1.87 Total 430.99 229

KT Between Groups 7.51 3 2.50 0.64 0.59 Within Groups 884.32 226 3.91 Total 891.83 229

KD Between Groups 16.63 3 5.54 1.84 0.14 Within Groups 679.83 226 3.00 Total 696.46 229

KP Between Groups 6.12 3 2.04 0.82 0.48 Within Groups 556.73 226 2.46

Total 562.85 229

JD Between Groups 19.85 3 6.61 2.31 0.07 Within Groups 646.73 226 2.86 Total 666.58 229

(Bersambung ……

Page 93: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

76

………sambungan) PT Between Groups 5.45 3 1.81 1.17 0.31

Within Groups 348.51 226 1.54 Total 353.96 229

IT Between Groups 11.82 3 3.94 1.15 0.32 Within Groups 769.86 226 3.40 Total 781.68 229

PN Between Groups 14.34 3 4.77 1.23 0.299 Within Groups 876.89 226 3.880 Total 891.23 229

IG Between Groups .89 3 .298 0.10 0.95 Within Groups 651.475 226 2.88 Total 652.370 229

KS Between Groups 60.139 3 20.04 5.87 0.00 Within Groups 771.472 226 3.41 Total 831.611 229

Jadual 4.19 : Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa

Ketidakselarasan / KS

N Mean Std. Deviation

Universiti 34 6.49 1.76

Kolej / Maktab / Politeknik

27 4.69 2.15

Sekolah Menengah 145 5.22 1.81

Sekolah Rendah 24 5.05 1.82

230 5.33 1.91

Page 94: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

77

Jadual 4.20 : Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu

Sum of

Squares df Mean Square F Sig.

AZ Between Groups 8.17 4 2.04 0.55 0.69 Within Groups 826.72 225 3.67 Total 834.90 229

AN Between Groups 9.71 4 2.43 1.29 0.27 Within Groups 421.27 225 1.87 Total 430.99 229

KT Between Groups 19.75 4 4.93 1.27 0.28 Within Groups 872.07 225 3.87 Total 891.83 229

KD Between Groups 33.01 4 8.25 2.79 0.02 Within Groups 663.44 225 2.94 Total 696.45 229

KP Between Groups 6.42 4 1.60 0.64 0.62 Within Groups 556.43 225 2.47 Total 562.85 229

JD Between Groups 14.38 4 3.59 1.24 0.29 Within Groups 652.20 225 2.89 Total 666.58 229

PT Between Groups 11.44 4 2.86 1.87 0.11 Within Groups 342.52 225 1.52 Total 353.96 229

IT Between Groups 7.57 4 1.89 0.55 0.69 Within Groups 774.09 225 3.44 Total 781.67 229

PN Between Groups 20.51 4 5.13 1.32 0.26 Within Groups 870.71 225 3.87 Total 891.23 229

IG Between Groups 4.12 4 1.03 0.35 0.83 Within Groups 648.24 225 2.88 Total 652.37 229

KS Between Groups 35.98 4 8.99 2.54 0.04 Within Groups 795.63 225 3.53 Total 831.61 229

Page 95: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

78

Jadual 4.21 : Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu

Ketidakselarasan / KS N Mean Std. Deviation

Universiti 22 6.50 2.02

Kolej / Maktab / Politeknik

13 4.77 1.43

SekolahMenengah 159 5.23 1.95

Sekolah Rendah 32 5.28 1.64

Sekolah Agama sahaja 4 5.25 .29

Total 230 5.33 1.91

Keyakinan Diri / KD

Universiti 22 5.65 1.60

Kolej / Maktab / Politeknik

13 4.84 1.28

SekolahMenengah 159 4.41 1.66

Sekolah Rendah 32 4.89 2.17

Sekolah Agama sahaja 4 4.55 1.44

Total 230 4.62 1.74

Page 96: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

79

Jadual 4.22 : Analisis Anova Sehala Antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa

Sum of

Squares df Mean Square F Sig.

AZ Between Groups 14.77 3 4.92 1.35 0.25 Within Groups 820.12 226 3.62 Total 834.90 229

AN Between Groups 10.27 3 3.42 1.83 0.14 Within Groups 420.72 226 1.86 Total 430.99 229

KT Between Groups 21.13 3 7.04 1.82 0.14 Within Groups 870.69 226 3.85 Total 891.83 229

KD Between Groups 16.92 3 5.64 1.87 0.13 Within Groups 679.53 226 3.00 Total 696.45 229

KP Between Groups 0.67 3 0.22 0.09 0.96 Within Groups 562.17 226 2.48 Total 562.85 229

JD Between Groups 2.16 3 0.72 0.24 0.86 Within Groups 664.42 226 2.94 Total 666.58 229

PT Between Groups 2.69 3 0.89 0.57 0.63 Within Groups 351.26 226 1.55 Total 353.96 229

IT Between Groups 24.00 3 8.00 2.38 0.07 Within Groups 757.67 226 3.35 Total 781.67 229

PN Between Groups 2.46 3 0.82 0.20 0.89 Within Groups 888.76 226 3.93 Total 891.23 229

IG Between Groups 24.52 3 8.17 2.94 0.56 Within Groups 627.84 226 2.77 Total 652.37 229

KS Between Groups 6.622 3 2.20 0.60 0.61 Within Groups 824.98 226 3.65 Total 831.61 229

Page 97: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

80

4.5.3 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh

Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.23 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar Trait Kod Pekali Kolerasi

Pearson

Aras Signifikan

Asertif AS -0.08 0.22

Analitikal AN -0.06 0.34

Keterbukaan KT -0.04 0.55

Keyakinan Diri KD -0.12 0.27

Kepimpinan KP -0.01 0.15

Jati Diri JD 0.01 0.98

Prihatin PT 0.01 0.90

Intelektual IT -0.06 0.38

Pencapaian PN 0.07 0.30

Integriti IG 0.03 029

Ketidakselarasan KS -0.03 0.07

Page 98: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

81

4.5.4 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh

Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.24 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar Trait Kod Pekali Kolerasi

Pearson

Aras Signifikan

Asertif AS 0.15* 0.01

Analitikal AN 0.08 0.21

Keterbukaan KT 0.03 0.67

Keyakinan Diri KD 0.73 0.27

Kepimpinan KP 0.09 0.14

Jati Diri JD 0.19** 0.00

Prihatin PT 0.67 0.32

Intelektual IT 0.02 0.66

Pencapaian PN 0.01 0.99

Integriti IG -0.06 0.32

Ketidakselarasan KS 0.98 0.14

Berdasarkan Jadual 4.24 di atas, secara keseluruhan menunjukkan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara Punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar. Walau

bagaimanapun terdapat hanya dua trait profil personaliti yang mempunyai

hubungan signifikan dengan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan

sebaya iaitu Trait Asertif (aras Signifikan 0.01) dan Trait Jati Diri (aras signifikan

0.00).

Page 99: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

82

4.5.5 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh

Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.25 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar Tred Kod Pekali Kolerasi

Pearson

Aras Signifikan

Asertif AS 0.05 0.46

Analitikal AN 0.08 0.25

Keterbukaan KT -0.01 0.90

Keyakinan Diri KD -0.02 0.75

Kepimpinan KP -0.03 0.69

Jati Diri JD -0.08 0.22

Prihatin PT -0.07 0.32

Intelektual IT -0.12 0.36

Pencapaian PN -0.05 0.41

Integriti IG -0.09 0.14

Ketidakselarasan KS -0.08 0.22

Jadual 4.23, 4.24, 4.25 menunjukkan hubungan kolerasi di antara Punca

Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa , Rakan Sebaya dan

Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar.

Menurut Alias Baba 1992 (dalam Syed Syafiq, 1997) meletakan anggaran

kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah. 0.00 hinggi 0.02 boleh di

abaikan, 0.21 hingga 0.40 dianggap hubungan rendah, 0.41 hingga 0.60 sebagai

hubungan sederhana, 0.61 hingga 0.80 sebagai hubungan yang tinggi dan 0.81

hingga 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi.

Daripada dapatan yeng di perolehi secara keseluruhannya, boleh

dirumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara Punca

Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa , Rakan Sebaya dan

Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar.

Page 100: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

83

BAB 5

ULASAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi dalam Bab 4

dan seterusnya membuat rumusan kepada keseluruhan hasil kajian ini serta

membuat cadangan-cadangan untuk organisasi kajian dan juga untuk kajian masa

depan.

Perbincangan akan tertumpu kepada dapatan kajian 5 untuk mengetahui

apakah punca salah laku pelajar di sekolah dan mengkaji sama ada wujudnya

perhubungan antara punca salah laku pelajar iaitu sikap ibu bapa, pengaruh rakan

sebaya dan iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar. Kesemua data akan

dihuraikan secara ringkas dan tepat agar pengkaji yang lain akan dapat memahami

dan membuat interpretasi sendiri bagi melanjutkan kajian ini.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesemua objektif kajian dapat

dipenuhi. Objektif kajian tersebut adalah seperti berikut:-

Page 101: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

84

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara

profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah,

gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar)

berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara

profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan

sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara

pelajar) berdasarkan demografi bangsa.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku

pelajar yang dipengeruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

5.2 Hipotesis Kajian yang diuji

Lima hipotesis nol yang diuji adalah seperti berikut:-

5.2.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

5.2.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar

terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa

Page 102: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

85

5.2.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

5.2.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

5.2.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar

yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

5.3 Keputusan Pengujian Hipotesis

5.3.1 Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar bedasarkan tahap

pendidikan ibu bapa

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara profil pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibubapa. Walaubagaimanapun,

faktor ketidakselesaaan menunjukkan kecenderungan ke arah signifikan iaitu

dengan nilai 0.00 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%) bagi

tahap pendidikan bapa. Manakala bagi pendidikan ibu hanya ketidakselarasan dan

keyakinan diri yang menunjukkan aras yang signifikan iaiti 0.04 dan 0.02.

Daripada dapatan di atas, kita boleh menerima hipotesis nol 5.2.1 yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara personaliti pelajar

berdasarkan tahap pendidikan ibubapa.

Page 103: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

86

5.3.2 Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar berdasarkan

demografi bangsa

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara profil pelajar berdasarkan demografi bangsa. Nilai yang lebih tinggi

diperolehi dari aras signifikan yang ditetapkan. Oleh yang demikian hipotesis nol

5.2.2 boleh diterima.

5.3.3 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil

pelajar. Dapatan menunjukkan kesemua nilai melebihi aras signifikan yang

ditetapkan iaitu 0.05. dengan ini, hipotesis nol 5.2.3 yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar boleh diterima

5.3.4 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi sikap rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil

pelajar. Walaubagaimanapun faktor jati diri mempunyai perbezaan yang

signifikan iaitu 0.00 berbanding aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (5%).

Dengan ini, hipotesis nol 5.2.4 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang

Page 104: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

87

signifikan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi rakan sebaya dengan

profil personaliti pelajar boleh diterima.

5.3.5 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di

antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil

personaliti pelajar. Dapatan menunjukkan kesemua nilai melebihi aras signifikan

yang ditetapkan iaitu 0.05. dengan ini, hipotesis nol 5.2.5 yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang

dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar boleh diterima.

5.4 Cadangan Tindakan

Terdapat pelbagai kaedah yang dicadangkan yang dapat digunakan bagi

mengatasi masalah salah laku pelajar. Antaranya adalah melalui keharmonian

keluarga kerana keharmonian keluarga dapat membentuk sahsiah peribadi atau

personaliti seseorang. Keadaan ini wujud apabila mereka dapat saling berkongsi

masalah antara ahli keluarga. Ibu bapa perlu memberi perhatian pada pelajaran

dan perkembangan sosial emosi anak-anak mereka. Dengan itu, mereka hidup

dalam kebahagiaan tanpa masalah keluarga. Seterusnya, mereka dapat tumpukan

perhatian terhadap pelajaran dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Page 105: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

88

Selain itu penerapan unsur-unsur agama kepada remaja juga perlu

ditekankan. Agama adalah alat pendidikan yang paling berkesan di samping alat

kawalan dalam memastikan pelajar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan

dengan norma, undang-undang dan ajaran agama itu sendiri.

Peranan guru-guru disiplin di sekolah juga perlu ditingkatkan. Mereka

sendiri perlu proaktif turun padang mengesan pelajar yang bermasalah untuk

diberi nasihat dan kaunseling bukannya sekadar menunggu di bilik kaunseling dan

menanti kes yang dirujuk kepada mereka semata-mata.

Pihak pentadbir sekolah juga perlu menilai semula program-program

pencegahan jenayah yang dilaksanakan di sekolah kerana pendekatan ceramah

tidak sesuai lagi. Hanya pelajar yang tidak bermasalah disiplin sahaja yang

sanggup mendengar ceramah. Jadi , kaedah bimbingan dan kaunseling perlu

sentiasa dikemas kini dalam menarik perhatian pelajar.

Selain itu persekitaran sekolah yang menarik penting supaya pelajar dapat

memberi tumpuan sepenuhnya. Ia dapat mengelakkan pelajar daripada memilih

‘tempat-tempat hitam’ sebagai tempat mereka melarikan diri daripada kebosanan

berada di rumah. Bengkel-bengkel kemahiran diri seperti menjahit, memasak,

pertukangan perlu diperluaskan supaya ianya dapat digunakan secara maksimum

bagi menghilangkan kebosanan pelajar.

Usaha ini memerlukan gabungan kerjasama ibu bapa, guru, masyarakat,

penguat kuasa undang-undang dan kerajaan termasuk pelajar sendiri.

Penggembelengan tenaga ini penting kerana berlakunya peningkatan yang ketara

dan drastik dalam aktiviti salah laku sekalipun belum mencapai peringkat yang

serius dan kritikal.

Page 106: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidik juga ingin mengemukakan saranan bagi kajian-kajian yang

bakal dijalankan oleh penyelidik lain dalam bidang salah laku pelajar di sekolah.

1. Kajian serupa ini boleh diperluaskan di sekolah-sekolah menengah

di seluruh negeri supaya populasi pelajar yang lebih ramai dapat

digunakan .

2. Kajian akan datang dibuat dengan membuat perbandingan antara

pelajar sekolah menengah kebangsaan dengan pelajar sekolah

primier dan pelajar dari sekolah berasrama penuh.

3. Kajian seperti ini sebaik-baiknya dijalankan sendiri oleh

penyelidik daripada diserahkan kepada pihak ketiga iaitu guru-

guru kaunseling.

4. Oleh sebab penguasaan bahasa sesetengah pelajar adalah tidak

lancar dan mantap (terutama pelajar bukan Melayu), maka

penyelidik haruslah menggunakan penterjemah dalam

membacakan pernyataan agar responden dapat memberikan

jawapan yang tepat.

5. Adalah dicadangkan sama ada pihak individu ataupun mana-mana

badan dapat memperluaskan kajian berkaitan punca salah laku

yang mempunyai hubung kait dengan personaliti pelajar. Dengan

harapan, ia dapat menambah manfaat kepada semua golongan

seperti pendidik, cendiakawan, ibu bapa dan ahli masyarakat

sebagai rujukan.

Page 107: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

90

5.6 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, kita dapat menyatakan bahawa untuk berhadapan

dengan golongan pelajar yang mempunyai masalah salah laku bukanlah tugas

yang disukai oleh kebanyakan orang. Pelajar menjadi bermasalah kerana

gangguan tertentu dalam perkembangan personaliti mereka yang mendorong ke

arah itu. Seperti yang kita lihat, banyak faktor terlibat dalam memainkan peranan

dalam hal ini. Jarang-jarang kita mendapati hanya satu faktor yang jelas menjadi

penyebab. Biasanya lebih dari satu faktor yang menyumbang kepada gangguan

dari segi perkembangan personaliti dan membawa kepada masalah salah laku.

Huraian di atas mempunyai implikasi langsung kepada ibu bapa, guru-

guru, kaunselor, pentadbir sekolah, Kementerian Pelajaran dan ahli masyarakat

dalam melaksanakan kewajipan mengasuh dan mendidik pelajar-pelajar ke arah

pencapaian yang cemerlang. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan

berterusan bagi memajukan potensi mereka.

Ibu bapa perlu memberi perhatian bagi menjamin pencapaian akademik

dan pembentukan personaliti yang baik pada pelajar seperti meluangkan masa

bersama pelajar, memberi sokongan dan hubungi pihak sekolah bagi mengetahui

perkembangan dan masalah mereka.

Masih banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar

yang perlu dikaji dan dikupas kerana ianya akan dapat memberi sumbangan yang

besar kepada semua golongan masyarakat dan pihak kerajaan bagi membendung

masalah salah laku daripada berleluasa dan berterusan sehingga terbawa-bawa ke

alam dewasa.

Page 108: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

91

Adalah amat merugikan sekiranya generasi akan datang yang dikatakan

sebagai pemimpin masa depan tidak mempunyai disiplin dan personaliti yang

baik disebabkan masalah salah laku yang mereka alami di zaman persekolahan

tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga para pelajar sentiasa berpesonaliti

sebagai pelajar yang baik dan berdisiplin bagi memastikan negara mempunyai

pemimpin masa depan yang boleh dipercayai.

Page 109: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

92

BIBLIOGRAFI

Abd Jalil (Mei 2000). “Dewan Masyarakat.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Sani Yahaya (2005). “Mengurus Disiplin Pelajar.” Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Allport, G.W. (1961). “Pattern and Growth in Personality.” New York : Holt, Rinchart Winston Publishers.

Aminah Hj. Hashim (1995). “Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan.” Kuala Lumpur: Federal Publications.

Atan Long (1989). “Pendidik Dan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya (2003). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan Pembentukan Personaliti Pelajar.” Laporan Penyelidikan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Carl Rogers (1951). “Client Centered Therapy :It’s Current Practice Implication & Theory.” Boston Hugton : Miffin. Dr. Muhammad Faiz AlMath (1993). “Seribu Seratus Hadis Terpilih Sinar Ajaran Muhammad.” Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan Sdn Bhd.

Ee, Ah Meng (1997). “Psikologi Pendidikan 1. Psikologi Perkembangan.” Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Erikson (1968). “Identity, Youth & Crisis.” New York : Norton

Freud (1959). “Psychodynamic Theories : Conceptions.” Dalam Walter Mischel (1986)“Introduction To Personality.” New York : Holt, Rinehart and

Winston.

Hairunnaja Najmuddin (2003). “Memahami Dan Membimbing Remaja Nakal.” Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Page 110: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

93

Hazil Abdul Hamid (1990). “Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Pembangunan Negara.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Saad (1982). “Isu Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Intan Suraya Halim (1995). “Membina Diri dan Jiwa Anak-Anak Muslim: Mendidik Anak-Anak Cara Islam.” Kuala Lumpur: ERA ILMU Sdn. Bhd.

Ismail Yusof (1983). “Disiplin Di Sekolah. Ponteng Sekolah.” Laporan Persidangan Nasional Menengah Kaum Remaja di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Jamal Darus (1989). “Membimbing Anak Muda dengan Sempurna.” Singapura : Sempurnajaya Publishing.

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Baru (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Sekolah Menengah (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). “Laporan Disiplin Pelajar Sekolah 1991.” Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). “Laporan Salah Laku Pelajar 1994/95.” Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979.” Kuala Lumpur.

Maslow (1962). “Towards A Psychology of Being.” New York : Van Nostrant.

Md. Daud Hamzah (1991). “Bacaan dalam Masalah Remaja.” Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Page 111: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan

94

Miller, W.C (1971). “Educational Oppurtunity and the Home.” London : Longman.

Mohd Amin H.A. Shariff (2003). “Perkembangan REMAJA Pandangan, Pemahaman dan Interpretasi.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Skudai : Universiti Teknologi Malaysia .

Mohd Tajudin Ninggal (2007). “Profil Personaliti Tajma.” Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Regulus (1995). “The School As a Setting For Violence and Prevention.” (Bahan

Internet).

Stodgil, R. M. (1970). “Parental Attitudes and Mental Hygiene Standart’s” dalam del Solar Parent’s and Teacher’s View on the Child. New York : Bureau Sufean Hussin (1993). “Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia (02.04.01) “Ponteng. 34628 Pelajar Terlibat.”