FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI … · 2013-11-19 · 2.1...

28
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PERDANA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEJ. AWAM, KEJ. ELEKTRIK, KEJ. JENTERA DAN KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SURIANI BINTI MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI … · 2013-11-19 · 2.1...

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PERDANA

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEJ. AWAM, KEJ.

ELEKTRIK, KEJ. JENTERA DAN KEMAHIRAN HIDUP)

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SURIANI BINTI MUDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2001/2002 Saya SURIANI BINTI MUDA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

υ

PSZ 19:16(Pind. 1/07)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PERDANASARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJ. AWAM, KEJ. ELEKTRIK, KEJ. JENTERA DAN KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

(HURUF BESAR)

ENCIK MOHAMAD

ABDILLAH BIN ROYO 27, KAMPUNG TOK BINTANG, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.

2007/2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO

Tarikh :

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PERDANA

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEJ. AWAM, KEJ.

ELEKTRIK, KEJ. JENTERA DAN KEMAHIRAN HIDUP)

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SURIANI BINTI MUDA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penulis : SURIANI BINTI MUDA

Tarikh : ......................................................................

iii

DEDIKASI

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T

tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad

S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibunda yang tercinta.....

Hj Muda bin Yusof dan Hjh Halimah binti Tahar

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan

ayahanda dan bonda berdua senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya

selalu.

Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi,

...Terutama buat Encik Mohamad Abdillah bin Royo...

Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang

diredhaiNya. Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan murni kalian

dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya....

Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,

Kenangan bersama tak mungkin hilang di luput zaman,

Suka duka perjalanan hidup telah direntasi bersama,

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Sekian, Wassalam.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w.

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kejuruteraan Elektrik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Encik Mohamad Abdillah bin Royo yang telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bekas penyelia saya, Encik Mohd

Mohsin Uzir yang juga telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada

saya semasa menyiapkan Projek Sarjana Muda satu.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam

menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat

keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap penguasaan kemahiran komunikasi dikalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan

Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-faktor yang dikaji ialah

faktor keluarga, rakan sebaya, pembelajaran dalam kelas, budaya dan media massa.

Seramai 103 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam) terlibat

dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan borang kaji

set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi 25 item yang

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences

versi 11.5. Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang pelajar tahun empat di

Fakulti Pendidikan dan darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan

dalam kajian ini ialah α = 0.91. Analisis data dilakukan untuk mendapatkan nilai

frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor keluarga merupakan

faktor utama yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi

responden, diikuti faktor pembelajaran dalam kelas, budaya, rakan sebaya dan akhir

sekali pengaruh media massa.

vi

ABSTRACT

This study was carried out to identify factors involve which influences level

of proficiency in communication skill among fourth year mainstream students who

are taking the course in Bachelor of Technology with Education (Civil Engineering,

Electrical Engineering, Mechanical Engineering and Living Skill) at Universiti

Teknologi Malaysia. Factors that have been studied are family, peer, learning in

class, culture and mass media. A set of questionnaire consisting of 25 items were

given out to 103 fourth year mainstream students who are taking the course in

Bachelor of Technology with Education (Civil Engineering, Electrical Engineering,

Mechanical Engineering and Living Skill) at Universiti Teknologi Malaysia. The

data were analyzed using Statistical Package for the Social Sciences version 11.5. A

pilot survey was conducted to test the reliability of the questionnaires among 10

fourth year students in Faculty of Education. The alpha cronbach score was α = 0.91.

The data then were analyzed for mean, frequency, and percentage value. The result

of the study showed that family was the highest factor that influences respondents’

level of proficiency in communication skill, followed by learning in class, culture,

and lastly was mass media.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 10

1.6.2 Fakulti Pendidikan UTM 11

1.6.3 Ibu Bapa 11

1.6.4 Pelajar 11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Faktor 12

1.8.2 Mempengaruhi 13

1.8.3 Penguasaan 13

1.8.4 Kemahiran Komunikasi 13

1.8.5 Pelajar 14

1.8.6 Rakan Sebaya 14

1.8.7 Media Massa 15

1.8.8 Keluarga 15

1.8.9 Budaya 15

1.9 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

ix

2.2 Teori Komunikasi 17

2.3 Faktor Keluarga 23

2.4 Faktor Rakan Sebaya 28

2.5 Faktor Pembelajaran Dalam Kelas 30

2.6 Faktor Budaya 32

2.7 Faktor Media Massa 35

2.8 Penutup 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian 41

( Bahagian A dan B)

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan 45

3.8 Analisis Data 46

3.9 Prosedur Kajian 47

3.10 Penutup 48

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis latar belakang responden 50

4.2.1 Jantina 50

x

4.2.2 Bangsa 50

4.2.3 Kursus 51

4.3 Analisis data bahagian B 52

4.3.1 Analisis data persoalan kajian 1 54

4.3.2 Analisis data persoalan kajian 2 56

4.3.3 Analisis data persoalan kajian 3 59

4.3.4 Analisis data persoalan kajian 4 61

4.3.5 Analisis data persoalan kajian 5 64

4.4 Rumusan keseluruhan analisis data 65

4.5 Penutup 67

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 70

5.2.1 Rumusan latar belakang responden 70

5.2.2 Rumusan keseluruhan bagi persoalan kajian 71

5.3 Perbincangan 71

5.3.1 Latar belakang responden 72

5.3.2 Faktor keluarga 72

5.3.3 Faktor rakan sebaya 75

5.3.4 Faktor pembelajaran dalam kelas 78

5.3.5 Faktor budaya 80

5.3.6 Faktor media masa 83

5.4 Cadangan 85

5.4.1 Cadangan kepada UTM 85

5.4.2 Cadangan kepada ibubapa 85

5.4.3 Cadangan kepada pelajar 86

5.4.4 Cadangan kajian lanjutan 86

5.5 Penutup 87

xi

RUJUKAN 88

Lampiran A-C 93

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis-jenis persetujuan koorientasi 25

3.1 Bilangan Pelajar 41

3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 42

3.3 Taburan skor mengikut skala empat mata 44

3.4 Nilai Alpha Cronbach 45

3.5 Jadual skala empat mata kepada dua mata 46

4.1 Taburan responden mengikut jantina 50

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 51

4.3 Taburan responden mengikut kursus 51

4.4 Analisis dapatan persoalan kajian 1 53

4.5 Analisis dapatan persoalan kajian 2 55

4.6 Analisis dapatan persoalan kajian 3 58

4.7 Analisis dapatan persoalan kajian 4 60

4.8 Analisis dapatan persoalan kajian 5 63

4.9 Taburan min responden secara 65

keseluruhan persoalan kajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Model komunikasi Shannon dan Weaver dalam 20

Griffin (1997)

2.2 Model Komunikasi Berlo/SMCR 21

2.3 Jenis-jenis komunikasi 22

2.4 Model Koorientasi Keluarga 24

2.5 Model awal Teori Penanaman oleh Hawkins & 36

Pingree, 1983

3.1 Julat nilai min terhadap faktor-faktor 46

kemahiran komunikasi

3.2 Prosedur Kajian 47

4.1 Histogram purata min bagi persoalan kajian 67

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Kej. Awam - Kejuruteraan Awam

Kej. Elektrik - Kejuruteraan Elektrik

Kej. Jentera - Kejuruteraan Jentera

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPA - Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan

Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan

Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan

Jentera)

SPH - Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan ( Kemahiran

Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set borang soal selidik 93

B Surat kebenaran menjalankan kajian Fakulti 98

Pendidikan UTM

C Surat pengesahan item soal selidik 99

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam zaman era globalisasi ini, semua negara di seluruh dunia sedang

bersaing untuk mencapai kemajuan negara melalui sektor ekonomi, sosial dan

politik. Oleh yang demikian, perintis pemimpin sesebuah negara perlulah

mempunyai tahap akademik yang tinggi dan kemahiran tambahan yang bermanfaat.

Kemahiran tambahan yang dimaksudkan ialah kemahiran generik. Kemahiran

generik amat penting dan perlu ada dalam diri seseorang individu untuk menjadi

seseorang yang berjaya terutamanya para graduan universiti.

Menurut Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Datuk Prof. IR. Dr. Mohd

Zulkifli selain daripada kemahiran dari aspek teknikal dalam bidang pengkhukhusan

masing-masing, kemahiran generik merupakan antribut yang amat perlu dikuasai dan

diamalkan oleh graduan universiti, khususnya di era persaingan global yang

berasaskan pengetahuan atau k-economy ini. Sehubungan dengan itu beberapa

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan telah mula melaksanakan usaha

penerapan kemahiran generik ini secara terancang (Buletin P&P Versi Elektronik

Edisi 1 Jun 2004).

2

Dalam artikel Buletin P&P Versi Elektronik Edisi 1 Jun 2004 menyatakan

kemahiran yang meliputi aspek teknikal dan generik merupakan asas yang paling

praktikal dan berkesan dalam reka bentuk, pembangunan dan perlaksanaan

kurikulum sesebuah program akademik. Kurikulum berasaskan kemahiran-

kemahiran ini juga lazimnya digunakan sebagai asas bagi proses pengiktirafan dan

akreditasi oleh badan profesional dan juga Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Begitu juga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

setiap subjek yang diajar di UTM menerapkan kemahiran generik. Secara umumnya

terdapat tujuh kemahiran generik yang di terapkan ke dalam diri pelajar di UTM

iaitu:

1. Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)

2. Bekerja Dalam Kumpulan (Teamworking)

3. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

4. Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan diri (Adaptability)

5. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)

6. Keyakinan Diri (Self-Esteem)

7. Etika atau Moral (Ethics)

“Para graduan mesti melengkapkan diri dengan menambah kemahiran

seperti kemahiran generik untuk bersaing di pasaran pekerjaan.”

(Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan

Idris Shah, petikan dari Skudai Post Online, Rabu 8 september

2004 p.1).

Berdasarkan ucapan Pro Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum

Sultan Idris Shah beliau berharap semua graduan lepasan UTM perlu

memperlengkapkan diri masing-masing dari segi kecemerlangan akademik, bernilai

di pasaran kerja tempatan dan antarabangsa, peka kepada aspirasi bangsa,

masyarakat dan negara, serba boleh, berdaya maju dan cekap berkomunikasi untuk

memenuhi kehendak majikan dewasa ini.

3

Para majikan pada masa kini amat menitikberatkan kemahiran generik atau

kemahiran insaniah semasa membuat pemilihan pengambilan para pekerja mereka.

Ini adalah untuk memastikan pekerja mereka mampu untuk memberi sepenuh

perhatian dan komitmen semasa di alam pekerjaan nanti (Hasnah, 2006).

Pada masa kini isu pengangguran banyak di kaitkan dengan masalah graduan

universiti yang kurang penguasaan dalam kemahiran generik. Tahap penguasaan

mereka terhadap penguasaan kemahiran generik lemah. Ini termasuklah kemahiran

komunikasi yang sering dititikberatkan oleh majikan. Ini di sokong dengan

kenyataan Nurul Najmi (2007) yang menyatakan tahap penguasaan kemahiran

generik di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan adalah

lemah semasa menjalani latihan industri.

Menurut Nur Hafizah (2007) kebanyakan majikan pada masa kini

memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga

memerlukan kemahiran generik untuk meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Kemahiran generik yang ditekankan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran

berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain. Ini menunjukkan

kemahiran berkomunikasi amat penting dalam pemilihan pengambilan pekerja.

Menurut Saodah Wok et.al (2003) kemahiran berkomunikasi ialah proses

penyampaian sesuatu mesej melalui pelbagai perantara sama ada secara tulisan,

pertuturan atau bahasa badan. Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu

kemahiran generik yang amat penting kepada setiap individu untuk menyampaikan

sesuatu maklumat. Oleh itu, untuk menjadi seseorang yang cemerlang sebagai

individu perlu memahami proses komunikasi. Komunikasi melibatkan komunikasi

individu, komunikasi kumpulan, komunikasi keluarga, komunikasi media massa,

komunikasi antara budaya dan banyak lagi. Ini bermakna seseorang yang

berkomunikasi dipengaruhi oleh golongan rakan sebaya, keluarga, budaya atau

persekitaran, media massa dan sebagainya.

4

1.2 Latar belakang masalah

Saban tahun, isu ribuan graduan gagal memperoleh pekerjaan membelenggu

semua pihak dan di bincangkan sama ada di peringkat Kementerian, Universiti malah

ianya juga merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan

juga masyarakat umum. Masalah pengangguran bukanlah perkara baru, ia

membabitkan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) baik dari dalam mahupun luar negara.

Ini di sokong dengan kenyataan Mustafa (2005) dalam Erdiana (2006),

seramai 80,000 graduan didapati menganggur sehingga September 2005. Menurut

beliau, antara punca masalah ini ialah keengganan para graduan untuk mengubah

sikap mereka yang hanya inginkan pekerjaan setaraf dengan ijazah masing-masing

disamping pertambahan bilangan graduan disamping terhadnya peluang pekerjaan,

menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat sulit. Peluang

pekerjaan yang terhad bukannya penghalang untuk para graduan dan bakal graduan

untuk melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.

Ini adalah satu pendorong untuk bakal-bakal graduan khususnya untuk

mempertingkatkan lagi kualiti diri mereka dari segi pengalaman dan kemahiran. Ini

kerana kebanyakan agensi-agensi pekerjaan kini, beranggapan bahawa para graduan

yang telah tamat pengajian hanyalah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan semata-

mata, dan mereka lebih berminat untuk mengambil pekerja-pekerja yang telah

mempunyai pengalaman dan kemahiran walaupun tidak berpendidikan tinggi bagi

memudahkan proses kerja. Ini menunjukkan kemahiran tambahan seperti kemahiran

generik dalam diri graduan itu sangat penting untuk memenuhi kehendak majikan

pada masa kini.

Menurut Hasliza (2002), faktor graduan tidak mendapat tempat dipasaran

adalah disebabkan tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau kemahiran

generik. Menurut Dr. Ir Mohd Zulkifli, Naib Canselor Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran

5

penyelesaian masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan,

kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan

sebagainya merupakan antara keluhan yang sering di utarakan oleh pihak majikan

(Buletin P&P versi Elektronik Edisi 2 September 2004).

Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran generik yang paling penting

kepada seseorang graduan. Menurut Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Datuk

Prof. IR. Dr. Mohd Zulkifli telah menekankan mengenai pentingnya setiap graduan

UTM menguasai kemahiran generik. Antara kemahiran generik yang amat diberi

penekanan oleh majikan adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara

berpasukan, kemahiran penyelesaian masalah, berfikiran kreatif dan secara kritis,

keupayaan bersaing dan menyerlah dalam penampilan diri.

Menurut beliau lagi keperluan untuk para graduan menguasai kemahiran

generik ini di samping kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing-

masing menjadi lebih kritikal dalam era di mana kadar pengangguran di kalangan

graduan Universiti adalah tinggi ketika ini. Dengan kemahiran generik yang lemah,

majikan teragak-agak untuk mengambil graduan untuk bekerja dengan mereka untuk

bersaing dengan industri lain. Kebanyakan majikan menggunakan penguasaan

kemahiran generik ini sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja dalam

institusi atau syarikat mereka (Buletin P&P versi Elektronik Edisi 1 Jun 2004).

Menurut YB. Datuk Abdul Rahman Bakar (2006), hasil kajian oleh Majlis

Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada September 2005 hingga Oktober 2005

menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan masalah pengangguran

di kalangan graduan iaitu tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris

dan bidang pengajian tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Ini

menunjukkan kemahiran komunikasi juga merupakan salah satu kemahiran generik

yang amat penting dalam memenuhi kehendak majikan.

Menurut Roslinda Abdul Jalil (2006), IPTA gagal menyediakan pelajar

dengan bidang komunikasi dan penguasaan bahasa Inggeris sehingga menyukarkan

6

graduan bersaing untuk mendapatkan kerja dan menyebabkan masalah

pengangguran. Faktor kelemahan berkomunikasi iaitu dalam bahasa Inggeris

merupakan salah satu daripada elemen kemahiran generik iaitu kemahiran

berkomunikasi.

Menteri Sumber Manusia, Dr Fong Chan Onn, berkata kebanyakan majikan

yang menemuduga graduan mengatakan graduan mempunyai sikap tidak bercampur

gaul, tidak menunjukkan interaksi dalam pasukan, tidak membayangkan dan

menyuarakan kebolehan mereka. Kebolehan untuk menyuarakan pendapat

merupakan salah satu elemen dalam kemahiran komunikasi. Kerana itulah yang

menyebabkan majikan tidak mengupah mereka dan terjadinya lambakan graduan

yang menganggur (Harian metro, 31 Mac 2005).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar

mengatakan kira-kira 20217 graduan IPTA dan IPTS menghadapi masalah

mendapatkan pekerjaan. Menurutnya lagi, kebanyakan graduan IPTA tidak

memenuhi peluang-peluang pekerjaan kerana mereka kekurangan dari segi Soft Skills

seperti penguasaan bahasa, kebolehan, kewibawaan dan seumpamanya (Utusan

Malaysia 4 Julai 2006).

Ini turut di sokong dalam Harian Metro (2 April 2005) menyatakan sikap,

personaliti kurang menarik, gagal menguasai bahasa Inggeris dan berkomunikasi

dengan baik menyebabkan ramai graduan menganggur dan mereka sukar diterima

bekerja kebanyakan majikan.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran berkomunikasi

seseorang. Dalam Buletin P&P Versi Elektronik Edisi 2 (September 2004)

menyatakan bahawa antara salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran generik

termasuklah kemahiran berkomunikasi ialah aspek pendekatan atau strategi

pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

7

Menurut Saodah Wok et.al (2003) menyatakan keluarga adalah unit asas

organisasi tetapi ia juga adalah unit terpenting dalam pembangunan masyarakat.

Kemahiran berkomunikasi dalam sebuah keluarga amat penting kerana daripada

keluarga yang akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu.

Kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang

baik atau lebih matang dan tidak takut-takut untuk bertanya tentang sesuatu perkara

dan menyuarakan pendapat mereka. Kemahiran ini penting untuk masa depan

mereka sebagai bakal seorang pekerja.

Menurutnya beliau lagi, media massa juga merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang. Untuk belajar bahasa Inggeris

dengan betul, media massa mungkin digunakan untuk menimbulkan suasana yang

begitu bermakna sekali dalam drama-drama televisyen yang diminati. Faktor budaya

juga mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang individu. Seseorang

individu akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan individu lain

yang mepunyai budaya yang berlainan.

Selain itu, komunikasi interpersonal juga berhubung dengan rakan sebaya dan

hubungan antara persahabatan. Ini menunjukkan rakan sebaya juga merupakan

faktor yang mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang individu. Sama juga

seperti faktor budaya tadi, jika kita memilih rakan yang mempunyai tahap

penguasaan kemahiran berkomunikasi yang rendah, maka ia mungkin akan

mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang.

Masalah pengangguran dikalangan graduan IPTA dan IPTS bukan lagi

merupakan sesuatu isu yang janggal dewasa ini. Terdapat banyak faktor yang telah

menyebabkan berlakunya masalah pengangguran dan salah satunya ialah tahap

penguasaan kemahiran berkomunikasi graduan adalah lemah. Ini dapat dibuktikan

dengan isu-isu di atas. Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu elemen yang

di titik beratkan oleh para majikan dalam proses pengambilan pekerja. Persoalannya,

apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi

dikalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej.

8

Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi

Malaysia.

1.3 Pernyataan masalah

Kemahiran komunikasi amat penting dalam diri seseorang pelajar kerana ia

merupakan kemahiran yang mesti dimiliki dan diamalkan. Tanpa kemahiran

komunikasi pelajar akan dianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan.

Tambahan pula, kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang amat

dikehendaki majikan dewasa ini. Oleh itu, permasalahan yang ingin dikaji ialah

apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi

di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej.

Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap penguasaan kemahiran komunikasi dikalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan

Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

1. Mengenalpasti samada faktor keluarga yang mempengaruhi tahap penguasaan

kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun perdana 4 Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.

2. Mengenalpasti samada faktor rakan sebaya yang mempengaruhi tahap

penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana

9

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan

Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

3. Mengenalpasti samada faktor pembelajaran didalam kelas yang

mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4

perdana Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej.

Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

4. Mengenalpasti samada faktor budaya yang mempengaruhi tahap penguasaan

kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.

5. Mengenalpasti samada faktor media massa yang mempengaruhi tahap

penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan

Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah

dikemukakan untuk pengkaji mendapat jawapan pernyataan masalah yang

disebutkan tadi. Antara persoalan yang wujud dalam kajian ini antaranya :

1. Apakah faktor keluarga mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.

2. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.

10

3. Apakah faktor pembelajaran di dalam kelas mempengaruhi tahap penguasaan

kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran

Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.

4. Apakah faktor budaya mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.

5. Apakah faktor media massa mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

komunikasi di kalangan pelajar tahun 4 perdana Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia.