FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang...

24

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR UNTUK MENCAPAI

KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI TIGA

BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.

JESSINA KHOR SEAK WAI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

DEDIKASI

Buatmu ibuku,

Saw Choon Hiok,

Tiasa apa yang dapatku bicarakan hanya doamu yang memenuhi hatiku selama

perjalanan anakmu di dunia baru di universiti. Kini ku tunaikan jua harapanmu

selama ini dan terima kasih atas segalanya.

Buatmu pembimbing,

En. Mohd. Mohsin Bin Uzir

Segala dorongan, tunjuk ajar, dan semangatmu tidak termampu diungkapkan dengan

kata-kata. Jasamu yang diberikan akan saya ingati untuk selama-lamanya.

Buat teman-teman,

Mahasiswa kursus SPE sesi 2000/2001

Segala keikhlasan dalam persahabatan ini menambahkan lagi jalinan kasih saying

antara kita. Persahabatan yang singkat dalam hidup universiti harap-harap boleh

dilanjutkan selamanya.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

ii

PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, En. Mohd. Mohsin Bin

Uzir kerana telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah

berusaha tanpa jemu dalam menolong saya menyemak penulisan projek dan

mengadakan perbincangan dengan saya.

Ribuan terima kasih juga ingin ditujukan kepada pihak Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bahru (JPN), pengetua dan guru-guru

dari tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, iaitu guru-guru dari

Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Sekolah Menengah Teknik Johor bahru

dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan yang sudi menghulurkan bantuan dan

membantu saya dalam usaha pengumpulan maklumat yang berkenaan dengan

penyelidikan ini.

Penghargaan yang ikhlas juga ingin saya tujukan kepada ibu dan ayah yang

telah lama meninggalkan yang memberikan semangat dan dorongan yang tidak

mampu dibalas. Akhir sekali, saya turut menujukan penghargaan kepada rakan-rakan

seperjuangan terutamanya Teoh Lee Peng serta mereka yang tidak langsung telah

memberikan sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menjayakan projek ini.

Segala budi baik mereka akan dikenangi buat selama-lamanya.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tiga buah sekolah

menengah teknik daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang termasuk dalam kajian

adalah faktor minat, faktor sikap, persepsi pelajar, masalah yang dihadapi oleh

pelajar, faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan akhirnya faktor guru. Sampel kajian

adalah terdiri daripada 136 orang pelajar Tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah

teknik di daerah Johor Bharu. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri

daripada satu set soal selidik yang menggunakan skala lima mata. Data daripada soal

selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for

Sosial Science) versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil

kajian ini mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar

ialah faktor sikap pelajar sendiri diikuti dengan persepsi pelajar terhadap mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. faktor yang paling kurang

mempengaruhi pelajar ialah faktor ibu bapa. Cadangan-cadangan yang membina

telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pengurus sekolah,

pendidik, ibu bapa dan keluarga serta pelajar sendiri untuk meningkatkan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tiga

buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

iv

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the factors that affect the

students from three local technical schools in pursuing excellent results in Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. The factors that are included in this study are

individual interest, personality, students perceptions, problems faced by the students,

parents, friends and teachers influences. The sample of study are consist of 136

students of secondary 4 from three local technical schools. One set of questionnaire

that uses five point scales is used as the study instrument. Using the SPSS (Statistical

Packages for Social Science) software of version 11.5, data from the questionnaire is

analysed to obtain the statitiscal value such as frequency, percentage and mean value.

From the result, we know that the individual personality influences the most and

followed by the students’ perception towards the subject of Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik. While on the other hand, parents’ influences affect the least.

Valuable suggestions have been brought forward to the Kementerian Pendidikan

Malaysia, the school management, teachers, parents and family and last but not least

the individual. The main purpose of these suggestions is to encourage and improve

the students’ achievement in the subject of Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik in the three local technique schools.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

v

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL ix

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

vi

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Faktor Minat Pelajar 13

2.2 Faktor Motivasi Intrinsik (Sikap) 14

2.3 Faktor Ibu Bapa 16

2.4 Faktor Rakan Sebaya 18

2.5 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 20

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 23

3.2 Lokasi Kajian 23

3.3 Populasi Kajian 24

3.4 Pemilihan Sampel 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Bahagian A 25

3.5.2 Bahagian B 25

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Penganalisaan Data 29

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

vii

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 31

4.1 Kaedah Analisis 32

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Agama 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempat

Kediaman 34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Peperiksaan PMR Bagi Subjek Kemahiran

Hidup 35

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Sebab

Menilih Kursus Pengajian Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik 35

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/Penjaga 36

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 37

4.3.1 Faktor Minat 37

4.3.2 Faktor Sikap 39

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 41

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 43

4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 45

4.7 Dapatan Persoalan Kajian 5 48

4.8 Dapatan Persoalan Kajian 6 50

4.9 Kesimpulan 53

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

viii

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 55

5.1 Perbincangan 55

5.2.1 Persoalan Kajian 1 56

5.2.1.1 Faktor Minat 56

5.2.1.2 Faktor Sikap 57

5.2.2 Persoalan Kajian 2 59

5.2.3 Persoalan Kajian 3 60

5.2.4 Persoalan Kajian 4 62

5.2.5 Persoalan Kajian 5 63

5.2.6 Persoalan Kajian 6 65

5.2 Kesimpulan 67

5.3 Cadangan 70

5.3.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 70

5.3.2 Pengurusan Sekolah 71

5.3.3 Pendidikan 71

5.3.4 Ibu Bapa Dan Keluarga 72

5.3.5 Pelajar 72

5.4 Cadangan Kajian Lanjut 73

5.5 Penutup 74

BIBLIOGRAFI

SOAL SELIDIK

LAMPIRAN

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 Prestasi

Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian

Kejuruteraan Elektrik 5

1.1.2 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001 Prestasi

Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian

Kejuruteraan Elektrik 5

3.3.1 Taburan Populasi Pelajar di Tiga Buah Sekolah

Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. 24

3.5.2.1 Kandungan Instrumen Kajian 28

3.5.2.2 Skala Likert (Jawapan Menaik) 28

3.5.2.3 Skala Likert (Jawapan Menurun) 29

3.7.1 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapan Menaik) 30

3.7.2 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapan Menurun) 30

4.1.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32

4.2.1 Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 33

4.2.2 Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama 33

4.2.3 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 34

4.2.4 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus 34

4.2.5 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Keputusan

Peperiksaan PMR bagi Subjek Kemahiran Hidup 35

4.2.6 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Tinggal Bersama 36

4.2.7 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/Penjaga 36

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Faktor Minat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 37

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

x

Faktor Sikap Pelajar Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 39

4.4.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar 41

4.5.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 43

4.6.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pelajar 47

4.7.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pelajar 48

4.8.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan

Strategi Pengajaran Guru Mempengaruhi Pelajar 50

4.9.1 Analisis keseluruhan faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik (PKEE) di tiga buah sekolah menengah teknik

daerah Johor Bahru. 52

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

xi

SENARAI SINGKATAN SINGKATAN KETERANGAN

EPRD Educatio Research Development

(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan)

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM Sijil Peperiksaan Malaysia

SMT Sekolah Menengah Teknik

PKEE Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

AS Amat Setuju

S Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

ATS Amat Tidak Setuju.

SPSS Statistical Packages For The social sciences

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

Lampiran A Surat Pengesahan Pelajar dari Falkulti Pendidikan

Lampiran B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan (EPRD)

Lampiran C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Lampiran D Data-Data Kajian

Lampiran E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi

Krejcie & Morgan (1970)

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dunia telah didorongkan dengan perubahan yang amat pantas kerana dunia

digerakkan oleh teknologi dan ledakan maklumat. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993),

purata sebanyak 7000 teknologi baru telah dihasilkan atau dijumpai setiap hari. Untuk

menyesuaikan diri dengan perkembangan ini, manusia perlu berubah. Jikalau tidak,

bukan sahaja ciptaan teknologi akan lapuk, malahan manusia itu sendiri akan

ketinggalan dan menjadi kuno.

Dalam hasrat Malaysia untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun

2020, negara kita turut dipengaruhi dengan fenomena ledakan maklumat ini. Lantaran

itu, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memasuki satu era pengindustrian yang pesat

demi mengikuti langkah perkembangan ini. Oleh itu, terdapat permintaan bagi

kemahiran teknikal yang tinggi, keupayaan pengurusan dan keusahawanan dan juga

peningkatan pembangunan teknologi dan pembaikan penggunaan model. Walau

bagaimanapun, masalah yang perlu diselesaikan adalah kekurangan tenaga kerja yang

terlatih dan berkemahiran pada masa ini dan tahap pendidikan tenaga kerja yang sedia

asas yang rendah. (Ibrahim,1995)

Pada 28hb Feb 1992, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad

dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia telah

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

2

menyatakan bahawa untuk negara Malaysia mencapai hasrat wawasan 2020, negara

memerlukan tenaga sumber manusia yang terlatih di peringkat profesional dan separa

profesional. Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000,

dianggarkan kira-kira seramai 195,300 jurutera dan juruteknik diperlukan dalam

pelbagai bidang kejuruteraan menjelang tahun 2000 (Buletin Kementerian Pendidikan,

1994).

Bagi mencapai matlamat ini, negara perlu melahirkan lebih banyak sumber

manusia yang terlatih dalam bidang sains dan teknologi kerana perkembangan sains dan

teknologi secara berterusan merupakan kunci kepada kejayaan wawasan 2020. Dalam

dunia yang sedang mengalami perkembangan teknologi yang pesat, hanya mereka yang

dapat mengawal dan menguruskan teknologi sahaja yang mampu menetapkan hala tuju

perindustrian dan menentukan kadar pertumbuhan ekonomi dan menjadi negara

mempunyai lebih daya saing dan sekaligus menjadikannya setanding dengan negara

maju yang lain. (BPTV, 1994)

Di dalam mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, tidak dinafikan lagi

salah satu daripada bidang yang turut mengharungi perkembangan pesat adalah bidang

pendidikan. Sektor pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan

tenaga manusia yang terlatih dan mampu mencorak serta menghadapi perubahan dalam

dunia masa kini. Menurut Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Razak (Berita

Harian, 22 Mei, 1998), tumpuan kepada pendidikan teknik dan vokasional diberikan

kerana negara menghadapi kekurangan 9000 orang jurutera dan 17000 orang juruteknik

menjelang tahun 2000. Justeru, Kementerian Pendidikan sewajarnya merancang

kurikulum pendidikan mengikut kehendak masa kini selaras dengan perkembangan

pembangunan negara. Sejajar dengan misi negara ke arah penyumbang teknologi

menjelang 2020, Kementerian Pendidikan telah melakukan pelbagai reformasi di dalam

bidang pendidikan antaranya ialah membuat penstrukturan baru Sekolah Menengah

Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik secara berperingkat-peringkat.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

3

Beberapa mata pelajaran telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah

teknik seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE), Pengajian

Kejuruteraan Awan (PKA), Pengajian Kejuruteraan Jentera (PKJ) dan Lukisan

Kejuruteraan (LK). Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

tergolong dalam mata pelajaran elektif Kumpulan II (Teknik dan Vokasional) dalam

program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di peringkat menengah atas.

Mata pelajaran ini adalah satu mata pelajaran yang menyentuh asas-asas elektrik dan

elektronik, kuasa, teori litar, elektronik perhubungan, elektronik berdigit,

penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektrik serta elektronik. Teori yang diajar

adalah agar pelajar dapat memahami serta menguasai konsep asas Kejuruteraan Elektrik

dan Elektrik yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa. Matlamat mata

pelajaran ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

elektrik dan elektronik, meningkatkan daya intelek dan melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan progresif (BPTV, 2000).

Di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pembelajaran mata pelajaran ini

juga dapat meningkatkan daya intelek, membantu pelajar membuat keputusan sendiri,

mengikut perkembangan teknologi semasa dan menyesuaikan diri untuk berfungsi

secara berkesan dalam bidang kehidupan harian dan juga sebagai asas untuk

melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Mata pelajaran

ini juga digubal untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani dan seterusnya melahirkan masyarakat yang

bersepadu, berdisiplin dan terlatih selaras dengan matlamat Pendidikan Negara (BPTV,

2000).

Memandangkan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

ini merupakan salah satu subjek sekolah penting untuk membantu dalam perkembangan

negara, langkah-langkah yang berkesan harus diambil untuk menentukan tahap

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini adalah baik supaya dapat melahirkan

jurutera dan juruteknik yang berkualiti.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

4

1.1 Latar Belakang Masalah Dalam masyarakat hari ini, pencapaian seseorang pelajar diukur berdasarkan

pencapaian di dalam peperiksaan tidak kira di peringkat mana sekalipun (Asmah

Bee,1995). Keputusan yang diperoleh menentukan tahap pencapaian seseorang itu. Ibu

bapa, guru atau pihak sekolah memandang pencapaian dalam akademik merupakan

matlamat utama hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekiranya pencapaian yang diperoleh adalah mengecewakan maka akan timbul pelbagai

persoalan, kenapa berlaku sedemikian? Pihak mana yang harus dipersalahkan?

Dengan merujuk kepada Jadual 1 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 dan

Jadual 2 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001 yang telah dikumpulkan, peratus

kelulusan bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di seluruh

negara adalah tinggi, iaitu 96.41% pada tahun 2000 dan 97.21% pada tahun 2001. Tetapi

pencapaian pelajar dari sudut gred adalah lemah, iaitu seramai 69.44% pada tahun 2000

dan 69.63% pada tahun 2001 yang mendapat gred C hingga gred G.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

5

Jadual 1.1.1 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000

Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik

Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Mata pelajaran

Bil.

Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH Lulus % Lulus

Gr.

Purata

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik 4264 81 195 422 597 800 783 830 403 145 21 4111 96.412 -

Jumlah Pelajar 276 1019 1583 1233 145 21 - - -

Peratus Mengikut Gred (%) 6.47 23.90 37.12 28.92 3.40 0.49 - - -

(Kementerian PendidikanNegara, 2001)

Jadual 1.1.2 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001

Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik

Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Mata pelajaran

Bil.

Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G THLulus % Lulus Gr. Purata

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik 5555 101 272 534 799 1037 1046 1054 557 155 28 5400 97.21 5.42

Jumlah Pelajar 373 1333 2083 1631 155 28 - - -

Peratus Mengikut Gred (%) 6.71 24.00 37.48 29.36 2.79 0.50 - - -

(Kementerian Pendidikan Negara, 2002)

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

6

Berdasarkan daripada analisa jadual Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 dan

Tahun 2001 dalam Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian Kejuruteraan

Elektrik, pengkaji membuat satu kesimpulan bahawa pencapaian pelajar pada tahap

cemerlang (A1 dan A2) adalah amat rendah, iaitu hanya sebanyak 6.47% pada tahun

2000 dan 6.71% pada tahun 2001 berbanding dengan keseluruhan jumlah calon yang

mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Oleh itu,

pengkaji ingin membuat satu tinjauan kepada masalah ini untuk mengkaji faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar yang kurang memuaskan di

sekolah-sekolah teknik supaya masalah ini dapat diselesaikan.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan kajian tentang faktor-

faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar yang kurang cemerlang dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Aspek-aspek kajian ini adalah terhad kepada faktor-faktor seperti berikut:-

I. Sikap pelajar terhadap mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik

II. Minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik

III. Persepsi pelajar terhadap mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik

IV. Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

V. Ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

VI. Rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

VII. Strategi pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

7

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

2. Meninjau persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik.

3. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

4. Mengenalpasti faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

5. Mengenalpasti faktor rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

6. Mengenalpasti strategi pengajaran guru di dalam mempengaruhi rangsangan

pemahaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut:-

1. Apakah faktor-faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

2. Apakah persepsi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

3. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

4. Sejauhmanakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik di tiga

8

5. Sejauhmanakah faktor rakan sebaya memepengaruhi pelajar dalam menguasai

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

6. Sejauhmanakah strategi pengajaran guru mempengaruhi pelajar dalam

menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?