FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan...

37
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UTM. SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN

EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UTM.

SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI.

SESI PENGAJIAN : 2008/ 2009

Saya : SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : LORONG 11 PARIT 1 SUNGAI SIREH 45500 TANJONG KARANG USTAZ ABDULLAH BIN SULONGSELANGOR Nama Penyelia

Tarikh : 21 APRIL 2009 Tarikh : 21 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.

Tandatangan : ............................................................ Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG Tarikh : ............................................................

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN

EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UTM.

SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penulis : SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN

Tarikh : ...............................................................

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

iii

DEDIKASI

Buat insan tercinta

Ayahanda dan Bonda Sugiman bin Katimun

dan Siti Aisyah binti Hj Shuib Jazakallahu Khairan Kathira di atas segala doa, pengorbanan, dorongan

dan sokonganmu yang telah dicurahkan sepanjang kehidupanku agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Suamiku Ribuan terima kasih kepada suamiku Mohd Shaupi Bin Muda di atas segala

pengorbanan dan tunjuk ajarmu, segala-galanya akan ku simpan agar menjadi ingatan dan panduan di kala memerlukan.

Adik-beradik Buat abangku Abdul Halid, kakakku Nor Wahiza dan Norazila serta adik-adikku

Mohd Fazlan dan Abdul Syakir, terima kasih atas segala jasa dan pertolonganmu selama pengajianku. Tidak dilupa Mohd Aminurrashid

yang selalu memberiku ilham dikalaku kebuntuan.

Pensyarah-pensyarah yang dihormati Terima kasih atas tunjuk ajarmu sepanjang pengajianku di

Universiti Teknologi Malaysia. Sesungguhnya tunjuk ajarmu menjadikan hidupku lebih terpandu dan terarah.

Sahabat Jasa dan bantuanmu semua akan ku kenang hingga akhir hayat. Semoga Allah

melimpahkan rahmat buat kita semua.

Terima Kasih

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

iv

PENGHARGAAN

Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Ilahi Rabbi yang telah melimpahkan

nikmat Iman, Islam, kesihatan dan kelapangan masa sehingga dapat kita melakukan

tugas-tugas pengabdian dengan lebih sempurna lagi. Selawat dan salam sejahtera

semoga sentiasa dilimpahkan kepada penghulu segala nabi dan rasul Allah Ta’ala,

Baginda Nabi s.a.w, para ahli keluarga dan sahabatnya yang telah menggunakan

seluruh masa hidup mereka untuk menyampaikan ajaran Islam, membela kebenaran

dan memerangi kebatilan sehingga mereka meninggalkan dunia ini dengan penuh

kedamaian dan ketenangan.

Syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan keizinan-Nya dapatlah

saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan sempurna. Tidak dilupakan kepada

Ustaz Abdullah Bin Sulong selaku penyelia tesis yang banyak membantu serta

memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyelidikan ini. Di sini saya

ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan sekalung perhargaan buat

pelajar tahun Empat Fakulti Pendidikan yang bekerjasama dalam menghasilkan tesis

ini, pelajar Akedemi Pengajian Islam (UM), perpustakaan Universiti Kebangsaan

Malaysia, perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Negara.

Tidak dilupakan keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-

sama berjuang dijalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung dalam

membantu menyiapkan tesis ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian tidak akan

dilupakan dan semoga diberkati oleh Allah SWT, Insya Allah. Akhir kata, terima

kasih atas semua yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap

pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri

pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan

pembangunan modal insan tersebut. Antara faktor-faktornya ialah faktor keluarga,

faktor rakan sebaya, faktor keilmuan, faktor persekitaran dan faktor undang-undang.

Responden kajian ini adalah pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi

2008/2009 iaitu seramai 143 pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi 54 item

telah diedarkan kepada responden. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan

nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science version 12.0 for Windows. Ia juga dianalisis secara

statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan

antara pembangunan modal insan di kalangan pelajar dengan faktor-faktor yang

dikaji. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.841. Secara

keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa persepsi dan ciri-ciri modal insan

dalam diri responden berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu 4.372 dan 4.199.

Manakala faktor keluarga, rakan sebaya, keilmuan, dan persekitaran berada pada

tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.33, 4.172, 4.392, 3.941 dan faktor

undang-undang pada tahap sederhana iaitu 3.478. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan modal insan di kalangan

pelajar dengan faktor keilmuan iaitu r = 0.652, faktor rakan sebaya iaitu r = 0.597,

faktor keluarga iaitu r = 0.486, faktor persekitaran r = 0.459 dan faktor undang-

undang iaitu r = 0.199. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil

daripada rumusan kajian.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the student’s perceptions towards the

development of human capital and characteristics of human capital among the

students and examine the factors that have relationship the above characteristics.

The factors are family, peers, knowledge, surroundings and legislatives. The

respondents of this research are the year four students of Faculty of Education, UTM

Skudai studies for the 2008/2009 session which consist of 143 students. A set of

questionnaire comprising 54 questions were distributed to the respondents. The

descriptive analysis was carried out to find the frequency, percentage and mean by

using the Statistical Package for Social Science version 12.0 for Windows. The data

was also analyzed according by using Pearson correlation inference statistic to

determine the relation between the development of human capital with factors

affecting them in doing so. Pilot research showed that Cronbach’s Alpha 0.841.

Overall, the analysis showed that the respondents carried out the students perceptions

towards the development of human capital and characteristics of human capital

among the students were at highest level, of mean that is 4.372 and 4.199. Whereas

family factor, peer factor, knowledge factor, surroundings factor were at highest

level, of mean that is 4.33, 4.172, 4.392, 3.941 and legislatives factor were at

moderate level is 3.478. The findings of this research showed that there were

significant relations between development of human capital among the students and

knowledge factor r = 0.652, peer factor r = 0.597, family factor r = 0.486,

surroundings factor r = 0.459 and legislatives factor r = 0.199. Suggestions had been

confronted in order to improve the revenue from the overall research.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI AYAT AL-QURAN xvi

SENARAI HADIS xvii

SENARAI SINGKATAN viii

SENARAI SIMBOL xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Faktor 10

1.9.2 Hubungan 10

1.9.3 Pembangunan 11

1.9.4 Modal Insan 11

1.9.5 Persepsi 12

1.9.6 Undang-undang 12

1.10 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Makna Pembangunan Modal Insan 14

2.3 Pembangunan Modal Insan Menurut Islam 15

2.4 Al-Quran Penjana Modal Insan 18

2.4.1 Al-Quran Melahirkan Insan Yang Beriman

Dan Bertakwa 19

2.4.2 Al-Quran Melahirkan Insan Yang

Berakhlak Mulia 20

2.4.3 Al-Quran Membentuk Insan Yang

Berilmu Pengetahuan, Cintakan

Penerokaan Ilmu dan Berkemahiran

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

ix

Menggunakan Ilmu 21

2.4.4 Al-Quran Melahirkan Kepimpinan

Berkualiti 23

2.5 Pembangunan Modal Insan Di Malaysia 24

2.6 Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan

Dengan Pembangunan Modal Insant 25

2.6.1 Faktor Keluarga 26

2.6.2 Faktor Rakan Sebaya 28

2.6.3 Faktor Keilmuan 30

2.6.4 Faktor Persekitaran 32

2.6.5 Faktor Undang-Undang 33

2.7 Kajian Lepas 35

2.8 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 45

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Kajian Sebenar 47

3.9 Analisis Data 47

3.10 Jangka Masa Kajian 50

3.11 Kesimpulan 50

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 53

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 53

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Umur 54

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan Bapa 54

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan Ibu 55

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 55

4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Persesi Pelajar Terhadap

Pembangunan Modal Insan 56

4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri

Pelajar 58

4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Terhadap Faktor Keluarga, Faktor Rakan

Sebaya, Faktor Keilmuan, Faktor

Persekitaran dan Faktor

Undang-undang 62

4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut

Peratus Dan Min Bagi Faktor

Keluarga 62

4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut

Peratus Dan Min Bagi Faktor

Rakan Sebaya 66

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xi

4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut

Peratus Dan Min Bagi Faktor

Keilmuan 69

4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut

Peratus Dan Min Bagi Faktor

Persekitaran 74

4.3.2.5 Taburan Kekerapan Mengikut

Peratus Dan Min Bagi Faktor

Undang-undang 78

4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 84

4.5 Analisis Keseluruhan 87

4.6 Kesimpulan 89

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Ringkasan Kajian 90

5.3 Perbincangan 91

5.3.1 Latar Belakang Responden 92

5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Pembangunan

Modal Insan 93

5.3.3 Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri pelajar 94

5.3.4 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Keluarga,

Faktor Rakan Sebaya, Faktor Keilmuan, Faktor

Persekitaran Dan Faktor Undang-Undang

Yang Penting Kepada Pembangunan

Modal Insan 96

a) Faktor Keluarga 96

b) Faktor Rakan Sebaya 99

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xii

c) Faktor Keilmuan 101

d) Faktor Persekitaran 103

e) Faktor Undang-undang 104

5.3.5 Maklumat Inferensi 106

5.4 Rumusan 108

5.4.1 Persepsi Pelajar Terhadap

Pembangunan Modal Insan 109

5.4.2 Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri Pelajar 109

5.4.3 Faktor-Faktor Yang Mempunyai

Hubungan Dengan Pembangunan

Modal Insan 110

5.5 Cadangan 111

5.5.1 Peningkatan Ilmu Agama dan

Pemahaman Kepadanya 111

5.5.2 Mengambil Berat Dalam Memilih

Rakan 112

5.5.3 Memperkukuhkan Institusi Keluarga 112

5.5.4 Mengawal Persekitaran Masa Kini. 113

5.5.5 Mengemaskini Undang-undang Dan

Memperketatkan Pelaksanaannya. 114

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 114

5.7 Kesimpulan 115

BIBLIOGRAFI 116

LAMPIRAN

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Spesifikasi sampel mengikut kursus 40

3.2 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan

jumlah item dalam soal selidik 44

3.3 Pengkelasan skala Likert 44

3.4 Pengelasan Maklum Balas 45

3.5 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan

objektif kajian 48

3.6 Nilai skor min 48

3.7 Klasifikasi kekuatan korelasi 49

4.1 Taburan responden mengikut jantina 53

4.2 Taburan responden mengikut umur 54

4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 54

4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 55

4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 56

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 57

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 57

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 58

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 58

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 59

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 59

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 60

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 61

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 61

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xiv

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 62

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 62

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 63

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 63

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 64

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 64

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 65

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 65

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 66

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 66

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 67

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 67

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 68

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 68

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 69

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 69

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 70

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 70

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 71

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 71

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 72

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 72

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 73

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 74

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 74

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 75

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 75

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 76

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 76

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 77

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xv

4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 77

4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42 78

4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43 79

4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 44 79

4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 45 80

4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 46 80

4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 47 81

4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 48 82

4.53 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 49 82

4.54 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 50 83

4.55 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan

faktor keluarga 84

4.56 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan

faktor rakan sebaya 85

4.57 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan

faktor keilmuan 86

4.58 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan

faktor persekitaran 86

4.59 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan

faktor undang-undang 87

4.60 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 88

4.61 Keputusan korelasi 88

5.1 Keputusan korelasi 106

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xvi

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH MUKA SURAT

Surah Al-Ahzab 16

Surah Yusuf 18

Surah Al-Ahqaf 19

Surah Al-Insyiraah 20

Surah Al-Qalam 21

Surah Al-Mujadalah 22

Surah Al-Zumar 22

Surah Al-Furqan 29

Surah Al-A’laq 31

Surah Az-Zumar 32

Surah An-Nisa’ 34

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xvii

SENARAI HADIS

HADIS RIWAYAT MUKA SURAT

Bukhari 27

Tarmizi 29

Tarmizi 99

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xviii

SENARAI SINGKATAN

Bil. Bilangan

Ha Hipotesis alternatif

Ho Hipotesis nol

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KS Kurang Setuju

No. Nombor

PMI Pembangunan Modal Insan

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

RMK9 Rancangan Malaysia ke-9

R&D Research and Development

S Setuju

s.a.w. sallallahu ’alaihi wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SPA Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

SPH Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPF Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Fizik)

SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)

SPC Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kimia)

SPN Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains)

SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xix

SPL Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Tesl)

SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SS Sangat Setuju

STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

S.W.T. Subhanahu Wa Ta’ala

ICT Information and Communication Technology

IPT Institut Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awan

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

TS Tidak Setuju

TV Televisyen

UTM Universiti Teknologi Malaysia

VCD Video Compact Disk

YAB Yang Amat Berhormat

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xx

SENARAI SIMBOL

% Peratus

n Jumlah Bilangan

r Pekali Korelasi

x Pemboleh ubah bebas

y Pemboleh ubah bersandar

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

xxi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

LAMPIRAN A SOAL SELIDIK

LAMPIRAN B NILAI ALPHA BAGI KAJIAN

RINTIS DAN NILAI KORELASI

BAGI KAJIAN SEBENAR

LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN FAKULTI

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan (PMI) ataupun sebelumnya dikenali sebagai

sumber manusia adalah perkara yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dan

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Ianya menjadi satu keperluan masa kini kerana

dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan manusia merupakan fokus utama.

Manusia dengan segala potensi yang terdapat dalam dirinya atau yang dikenali

sebagai modal atau aset perlu dikembangkan dan digerakkan untuk mencapai segala

tujuan atau matlamat yang diinginkan. Begitu juga ianya perlu dinilai bagi

mempastikan segala tujuan atau matlamat yang diwujudkan dilaksanakan dengan

sempurna dan jayanya. Dalam pada itu, perbincangan tentang modal insan juga telah

membuka satu perspektif baru apabila ianya turut dilihat dari sudut yang terdapat

pada ajaran islam.

Penekanan dalam konteks pembangunan modal insan adalah penting dalam

membangunkan sesebuah negara kerana modal insanlah yang akan menentukan

kejayaan atau kegagalan pencapaian sesuatu wawasan negara. Dalam hal ini,

manusia sendirilah yang wajar dan penting untuk dibangunkan supaya dapat menjadi

aset kepada negara sebagai modal insan yang berkualiti. Antara ciri-ciri modal insan

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

2

yang berkualiti yang ditekankan adalah dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan dan

keupayaan diri, mengukuhkan ilmu sains, R&D serta inovasi dan yang paling utama

adalah mempunyai kekuatan moral atau sahsiah serta spiritual.

Proses pembentukan sahsiah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ciri-

ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya (Siti fatimah, 1993:5).

Begitu juga menurut Ee Ah Meng (1997:136) yang menyatakan proses membentuk

sahsiah adalah dipengaruhi oleh baka dan keturunan dalam ( Mohd ismail Mustari

2007:113).

Menurut Amini Amir Abdullah ( 2006:3), insan juga diperlengkapkan dengan

nafsu syahwat dan akan menempuh dengan godaan syaitan. Amalan perlu dilakukan

dengan ikhlas secara berterusan. Insan perlu mengetahui apa tujuan kewujudan

manusia, fungsi dan peranan manusia dilahirkan di dunia dan hala tuju terakhir

manusia. Dalam pembentangan RMK9 oleh YAB Perdana Menteri, tidak kurang 18

kali beliau menggunakan kalimah keramat “insan” yang disosialisasikan dengan

istilah modal, pembangunan dan kemajuan. Ini mengingatkan kita betapa besarnya

signifikan insan itu sebagai pemacu dalam pembangunan negara.

Apa yang menjadi kebimbangan di sini kurangnya ciri-ciri modal insan di

kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta

(IPTS). Mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi yang

bakal mengambil alih tampuk pimpinan negara. Tambahan pula sebagai pelajar

fakulti pendidikan yang akan mengajar anak bangsa dan akan menjadi role-model

kepada anak murid perlu menjadi insan berkualiti terlebih dahulu sebelum mendidik

anak bangsa menjadi insan berkualiti.

Guru memainkan peranan yang cukup luas dalam mencorakkan

perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah. Selain pengaruh dan latar

belakang sosiobudaya dan etnik guru yang berbeza, guru juga menganut pelbagai

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

3

kefahaman, pandangan dan pemikiran yang mempengaruhi pelajar di sekolah dari

semasa ke semasa. Pengaruh guru dalam kehidupan dan perkembangan nilai boleh

dikatakan tiada batasan. Guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-

model kepada pelajar (Abd Rahim Abd Rashid, 2001:144).

Oleh yang demikian, kajian terhadap pembangunan modal insan di kalangan

pelajar fakuti pendidikan di perlukan serta kajian terhadap faktor-faktor yang

mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar fakulti

pendidikan juga di rasakan amat perlu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Melalui kajian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kebanyakan remaja

Melayu kurang daya tahan, lemah dengan pujukan rakan serta mudah dipengaruhi

oleh rakan sebaya. Selain itu, psikologi remaja yang ingin mencuba atau meniru

sesuatu yang baru tanpa memikirkan natijahnya juga adalah salah satu faktor

runtuhnya nilai sahsiah di kalangan remaja muslim. Di samping itu juga, kurangnya

kesedaran dan didikan agama menjadi punca utama kegawatan akhlak dan

penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah. Institusi keluarga yang rapuh juga

memberikan impak negatif sekaligus menyebabkan remaja bertindak melakukan

sesuatu untuk melepaskan emosi dan perasaan mereka. Apa yang menyedihkan kita

hari ini, sebahagian remaja sanggup menjual maruah dan membuang nilai-nilai

agama demi memburu kemewahan dan kecintaan duniawi

Masalah akhlak dan moral bukan hanya berlaku pada remaja yang tidak

berpendidikan tinggi malah telah melibatkan pelajar Institut pengajian tinggi

sebagaimana fenomena Sufiah Yusof, pelajar pintar dari Universiti Oxford yang

dikatakan tergelincir akhlaknya sebenarnya sudah lama menjalar di kalangan pelajar

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

4

di kampus negara ini. Sesetengah mereka cemerlang dan baik ketika di sekolah,

namun tewas ketika di universiti. Ada yang bertukar watak dan perangai hingga

merisaukan ibu bapa di kampung. Ada yang beranggapan universiti sebagai jalur

sempadan memisahkan keperluan mendalami bidang akademik dan agama. Bagi

mereka ilmu fardu ain berhenti setakat zaman sekolah dan di universiti mula belajar

ilmu fardu kifayah ( Berita harian, 5 April 2008 )

Tambahan lagi keluarga hari ini mempunyai pelbagai kemudahan sosial dan

budaya yang disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon

bimbit, internet dan kemudahan lain yang disalurkan. Ia bukan sekadar maklumat

bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan tetapi juga mencorakkan tingkahlaku

sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasakan kendiri

individu sama ada ke arah positif atau sebaliknya. (Mohd Ismail Mustari 2007: 160)

Menurut Abdullah Naseh Ulwan (1988:152) dalam Mohd Ismail Mustari

(2007: 160) menyatakan pengaruh media massa seperti media cetak dan elektronik

juga adalah punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Belia kini

lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer

sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka

dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Keasyikan ini juga menyebabkan pelajaran, kerja

rutin harian dan tanggungjawab terabai.

Malah lebih hebat lagi bagi remaja Islam yang menghina agama dan murtad

seperti yang dijelaskan dalam Utusan Malaysia 25 Julai 2001 berkaitan dengan

kumpulan Black Metal, Conquer Peace dan lain-lain. Wujudnya budaya baru yang

negatif itu adalah petanda bahawa telah berlakunya ketandusan nilai diri di kalangan

remaja. ( Mohd Yusof Ahmad 2003:138)

Sesetengah remaja pada hari ini juga kurang berminat kepada ilmu yang

mendatangkan kebaikan sebaliknya lebih berminat kepada pengetahuan yang tidak

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

5

membawa faedah. Sesetengah golongan pula sanggup menggunakan ilmu dan

potensi serta kemahiran yang ada pada diri dalam melakukan perkara yang

menyalahi agama dan undang-undang. Terdapat setengah yang lain lebih sukakan

hiburan berbanding memperkembangkan ilmu yang ada dan menambah ilmu yang

lain untuk kegunaan di masa akan datang.

Tambahan lagi menurut Abd Rahim Abd Rashid (2004:7), etika dan moral

yang rendah dalam kehidupan keluarga menyebabkan tingkahlaku golongan remaja

yang dihasilkan adalah buruk, tidak berdisiplin, tidak bermoral dan mempunyai

kelemahan dan kepincangan personaliti yang amat besar. Remaja seperti ini akan

membesarkan sebagai ‘sampah masyarakat’ yang menimbulkan banyak masalah

kepada masyarakat dan negara.

Terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi bersama dalam pembangunan

modal insan ini. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat perlu sedar akan kepincangan

ini yang akan menyebabkan pembangunan modal insan yang diwar-warkan akan

bertukar menjadi keruntuhan modal insan. Belia pada hari ini penentu kepada belia

akan datang kerana belia hari inilah yang akan menukar kepimpinan dan

menerajuinya.

1.3 Pernyataan Masalah

Allah menciptakan manusia dalam keadaan sempurna. Segala yang pincang

dalam usaha mengembalikan manusia ke martabat yang dianugerahkan Allah, adalah

kesilapan manusia sendiri. Manusia perlu mengambil iktibar, pengajaran dan

pengalaman daripada umat dahulu dan generasi awal supaya mereka tidak

mengulangi kesilapan itu. Apabila ditinjau dan dihalusi sirah terdahulu, umat islam

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

6

berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang

dianugerahkan Allah dalam hidup mereka.

Setiap insan belia perlu faham cara mengurus hidup secara professional

daripada perspektif islam ialah apabila kita melakukan setiap perkara, ianya tidak

bertentangan dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Islam juga mengarahkan

umatnya bukan sekadar berjaya di akhirat malah berjaya di dunia. Oleh itu, sebagai

seorang umat Islam kita perlu berusaha meningkatkan kehidupan supaya menjadi

orang yang berjaya agar dapat membina ketamadunan cemerlang. Kecemerlangan

individu amat diperlukan kerana dari individu akan membentuk keluarga dan

seterusnya membentuk masyarakat dan negara.

Setiap individu juga perlu memaksimumkan potensi minda bagi melahirkan

suatu yang cemerlang dan berkualiti. Perkara ini sudah dibuktikan pada zaman

sahabat, tabiin, pengikut tabiin dan ulama salaf seperti Ali bin Abi Talib, Fatimah al-

Zahra binti Muhammad, Imam Syafie, Al-Biruni, Ibnu Sina dan lain-lain lagi.

Minda juga perlu diselenggara agar selaras dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah

supaya tidak terkeluar daripada landasan agama sebagaimana cara berfikir yang

rosak.

Pembangunan individu inilah yang sedang di war-warkan oleh kerajaan

Malaysia dalam matlamatnya untuk menuju wawasan 2020 iaitu dalam

pembangunan modal insan. Pelajar IPT merupakan belia yang tergolong dalam

modal insan yang ingin dibangunkan. Masalahnya kurangnya akhlak dan modal

insan dalam diri pelajar, jadi pengkaji ingin mengenal pasti ciri modal insan yang ada

dalam diri pelajar dan mengenal pasti faktor yang mempunyai hubungan dengan

pembangunan modal insan terhadap pelajar kerana pelajar IPT dan belia merupakan

aset negara yang tidak ternilai harganya.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar fakulti

pendidikan. Objektif kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 Melihat persepsi pelajar terhadap pembangunan modal insan.

1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri modal insan dalam diri pelajar.

1.4.3 Untuk melihat hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya,

faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang dengan

pembangunan modal insan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan perbincangan objektif di atas, persoalan kajian ini adalah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap pembangunan modal insan..

1.5.2 Apakah ciri-ciri modal insan yang baik dalam diri pelajar.

1.5.3 Adakah terdapat hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya,

faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang dengan

pembangunan modal insan.

Page 32: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

8

1.6 Hipotesis kajian.

Untuk menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor

keluarga, rakan sebaya, persekitaran, keilmuan dan undang-undang dengan

pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan UTM Skudai,

beberapa hipotesis telah dibentuk sebagaimana berikut:

Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dengan

pembangunan modal insan di kalangan pelajar.

Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan

pembangunan modal insan di kalangan pelajar.

Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor persekitaran dengan

pembangunan modal insan di kalangan pelajar.

Ha 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keilmuan dengan

pembangunan modal insan di kalangan pelajar.

Ha 5: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor undang-undang dengan

pembangunan modal insan di kalangan pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan

oleh pihak-pihak tertentu. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa

kepentingan yang ingin disampaikan iaitu:

Page 33: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

9

1.7.1 Mengetahui faktor-faktor yang membantu penerapan modal insan di

kalangan pelajar

1.7.2 Membantu mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar fakulti

pendidikan itu sendiri memandangkan mereka keluar sebagai

pendidikan dan bertanggungjawab membentuk anak didik agar

menjadi modal insan yang diharapkan negara.

1.7.3 Membantu meningkatkan sambutan mahasiswa kampus terhadap

program-program keilmuan, kemantapan rohani yang di anjurkan

oleh pihak tertentu.

1.7.4 Sebagai langkah untuk menjayakan pembangunan modal insan.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Skudai, Johor. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan

di Universiti Teknologi Malaysia kampus Skudai sahaja tanpa melibatkan fakulti-

fakulti lain dan pelajar dari mana-mana institut pengajian tinggi yang lain. Ini kerana

penyelidik merupakan salah seorang penuntut di UTM dan memudahkan penyelidik

untuk mendapatkan responden. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa serta

kos penyelidikan. Kajian ini juga hanya melibatkan pelajar perdana tahun empat

bagi semua kursus di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia tanpa

membabitkan pelajar tahun satu, dua, tiga, lima dan SPACE. Hasil kajian terbatas

kepada sampel yang dikaji sahaja.

Kajian ini juga hanya terbatas kepada pembangunan modal insan yang

terdapat dalam diri pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM iaitu melibatkan empat

Page 34: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

10

perkara utama dalam ciri modal insan seperti akhlak dan moral, peningkatan ilmu

pengetahuan, kefahaman agama serta penguasaan ICT. Kajian ini juga terbatas

hanya kepada lima faktor sahaja yang mempunyai hubungan dengan pembangunan

modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM iaitu faktor

keluarga, faktor rakan sebaya, faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor

undang-undang.

1.9 Istilah/Takrif

1.9.1 Faktor

Menurut kamus dewan (1998:348) faktor adalah unsur atau sebab yang

menyumbang kepada sesuatu hasil.

Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempunyai

hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti

pendidikan, UTM. Faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah faktor keluarga,

faktor rakan sebaya, faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang.

1.9.2 Hubungan.

Kamus Dewan (1998:466), mendefinisikan hubungan sebagai sambungan,

rangkaian atau hasil berhubung atau kaitan, pertalian dan sangkut paut.

Page 35: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

11

Hubungan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah hubungan di antara

pembangunan modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM

dengan faktor-faktor yang penting kepada pembangunan modal insan tersebut.

Antara faktor-faktornya ialah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor

persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang.

1.9.3 Pembangunan

Kamus Dewan (1998:103), mendefinisikan perihal membangun, proses

membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, dan juga didefinisikan sebagai

usaha atau kegiatan membangunkan).

Manurut Abd Rahman bin Ahmad (2006:57) mendefinisikan pembangunan

modal insan ialah menuntut satu tingkatan usaha dan kerja yang terbaik yang mesti

dilakukan oleh setiap manusia. Ianya menuntut manusia melakukan kerja dengan

penuh kesedaran dan bertanggungjawab dalam usaha untuk mempertingkatkan

produktiviti atau hasil yang diinginkan.

1.9.4 Modal insan.

Kamus dewan (1998:894) mendefinisikan modal sebagai wang atau harta

benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu

yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Modal juga

turut didefinisikan sebagai buah fikiran atau idea. Manakala perkataan insan

Page 36: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

12

didefinisikan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah yang tidak terlepas

daripada kealpaan.

Menurut Abd Rahman Bin Ahmad (2006:21) modal insan dalam perspektif

Islam ialah satu keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia (penguasaan

ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia) dalam konteks

melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama yang diamanahkan bagi

meningkatkan kemakmuran bagi manusia dan alam seluruhnya.

1.9.5 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1998:1025), persepsi ialah gambaran

atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi

pancaindera), tanggapan.

1.9.6 Undang-undang.

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1998:1519), undang-undang merupakan

sesuatu atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti

dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.

Shamsul Iskandar Akin (2006) menyatakan makna undang-undang ini pula

adakalanya ditafsirkan oleh negara (melalui cabang kehakiman) dan adakalanya

Page 37: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN … · pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang

13

terbit dari fahaman dan keyakinan individu sendiri terhadap naratif samawi (iaitu apa

yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci Injil, Taurat, Zabur dan al-Quran).

1.10 Penutup

Pembangunan modal insan merupakan tunggak utama dalam mencapai

kejayaan sesebuah negara kerana insanlah bertanggungjawab untuk mengubah

sesebuah negara menjadi lebih baik. Bagi melahirkan insan yang merupakan modal

insan yang berkualiti atau modal insan kelas pertama banyak cabaran dan juga

halangannya. Terdapat banyak faktor utama yang mempunyai kaitan rapat dengan

berjaya atau tidak untuk melahirkan insan yang berkualiti.

Bagi melahirkan insan yang berkualiti ini semua pihak mempunyai

tanggungjawab masing-masing dan bukan hanya diserahkan kepada pihak tertentu

sahaja. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan pembangunan modal insan ini.

Justeru pada bab yang seterusnya penyelidik akan menjelaskan dengan lebih

terperinci berkenaan pembangunan dari sudut hubungannya dari beberapa faktor

yang telah di tetapkan iaitu faktor keluarga, rakan sebaya, persekitaran dan keilmuan

serta faktor undang-undang.