FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di...

23

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK BERNIAGA DI

PASAR MALAM DI TAMAN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI, JOHOR.

LEE AI CHU

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

ii

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

iii

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih buat Prof. Madya Dr. Haji Abd Wahid Bin Mukhari

selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi

bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya

menyempurnakan projek ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan memberikan

kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan

idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong peniaga

untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Seramai 92

orang peniaga yang berniaga di pasar malam Taman Ungku Tun Aminah dijadikan

responden dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan

soal selidik sebagai instrumen. Kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik

pada nilai Alpha Cronbach (α) 0.694. Faktor yang dikaji meliputi pengaruh keluarga,

faktor pendapatan, pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menyertai kursus atau

latihan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the

Social Science (SPSS 12.0). Hasil analisis menunjukkan faktor pendapatan menjadi

dorongan utama bagi peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dapatan menunjukkan

responden yakin bahawa bidang perniagaan ini dapat memberi pendapatan yang dapat

menjamin kehidupan mereka. Ini diikuti dengan pengaruh keluarga. Manakala

pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menghadiri kursus atau latihan kurang

mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the factors which actuate the vendor to

become a night market hawker at Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. A total of

92 night market hawkers in Taman Ungku Tun Aminah were chosen randomly as

samples for this study. This is a descriptive study which used questionnaire as instrument

to collect data. The reliability of questionnaire has been tested during pilot research and

the Alpha Cronbach (α) is 0.694. The factors in this study include family influence,

factor of income, school experience and experience gained from business courses taken.

The data collected were analyzed using the Statistical Package for the Social Science

(SPSS 12.0) programme. The findings showed that the main factor which motivates most

is the factor of income. Most of the respondents believed that the income of their

business could make their life stable. The second factor is family influence. The school

experience and the experience from attending business courses contribute less on their

decision to become a night market hawker.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENGKAJI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Dan Batasan kajian 9

1.8 Terminologi Kajian 9

1.9 Penutup 12

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Peniaga 14

2.3 Pasar Malam 16

2.4 Peniaga Pasar Malam 17

2.5 Faktor-faktor Yang Mendorong Peniaga 20

2.6 Pengaruh Ibu Bapa 21

2.7 Faktor Pendapatan 23

2.8 Pengalaman Di Sekolah 25

2.9 Senario Perdagangan Dalam Pendidikan Malaysia 26

2.10 Latihan Keusahawanan dan Perniagaan 30

2.11 Khidmat Nasihat 31

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Data Yang Dipungut 42

3.10 Penutup 42

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

ix

BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 43

4.3 Analisis Data Bahagian B 47

Mengikut Setiap Faktor Kajian

4.3.1 Pengaruh Keluarga 47

4.3.2 Faktor Pendapatan 50

4.3.3 Pengalaman Di Sekolah 52

4.3.4 Pengalaman Latihan Atau Kursus 55

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 60

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan Kajian 61

5.3 Perbincangan 63

Mengikut Setiap Soalan Kajian

5.3.1 Pengaruh Keluarga 63

5.3.2 Faktor Pendapatan 64

5.3.3 Pengalaman Di Sekolah 65

5.3.4 Pengalaman Latihan Atau Kursus 66

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Peniaga 67

5.4.2 Sekolah 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

BIBLIOGRAFI 70

LAMPIRAN 74

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1.1 Lesen Pasar Malam Dan Hasil Yang Diperolehi Di Kawasan

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2003

Sehingga Jun 2007 3

1.2 Lokasi dan Bilangan Lesen Pasar Malam Di Kawasan

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2004

Sehingga Jun 2007 5

2.1 Penyata Hasil Permit Pasar Malam Majlis Perbandaran Johor Bahru

Tengah Dari Tahun 2004 Sehingga Jun 2007 19

2.2 Jadual Harian Kawasan Pasar Malam Majlis Perbandaran Johor Bahru

Tengah 19

3.1 Taburan Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang Responden 37

3.2 Jadual Skala Likert 38

3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Faktor Kajian 39

3.4 Pengkelasan Pemeringkatan 41

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 44

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan 45

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman

Berniaga 46

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

xi

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Penglibatan

Ahli Keluarga Dalam Perniagaan 46

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengaruh Keluarga 48

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Faktor Pendapatan 51

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengalaman

Di Sekolah 53

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Pengalaman

Dalam Menyertai Latihan Atau Kursus 56

4.10 Latihan Atau Kursus Yang Telah Dihadiri Oleh Responden 57

4.11 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Faktor Dalam Purata Peratusan 58

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 24

2.2 Khidmat Nasihat Yang Diperlukan Oleh PKS 32

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

IKS - Industri Kecil Dan Sederhana

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

PKS - Perusahaan Kecil dan Sederhana

PMR - Penilaian Menengah Rendah

RMke-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SRP - Sijil Rendah Pelajaran

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

STPM - Sijil Persekolahan Tinggi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

f - Kekerapan

% - Peratus

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA Muka Surat

A Soal Selidik (Bahasa Melayu) 74-79

B Soal Selidik (Bahasa Cina) 80-85

C Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia 86

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), perkembangan

ekonomi secara mampan, pendapatan yang lebih tinggi serta peluang keusahawanan

baru akan menyumbang kepada perkembangan sektor perdagangan yang lebih pesat.

Saiz penduduk, proses pembandaran, perubahan gaya hidup dan corak penggunaan

dijangka memberi kesan terhadap peningkatan arus perubahan dalam aktiviti borong

dan runcit domestik. Di samping dapat menjana peluang pelaburan dan guna tenaga

yang banyak dalam pelbagai sektor, perdagangan akan menyediakan rangkaian

dalaman dan antara sektor yang lebih luas. Sejajar dengan perkembangan baru,

perniagaan tradisional dan kecil akan digalakkan menaik taraf dan menerima amalan

perniagaan moden bagi mempercepatkan integrasi perniagaan dengan sistem

perdagangan berkembang secara cekap dan berdaya saing sejajar dengan prinsip

persaingan dan perdagangan adil (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,

2006).

Bidang perniagaan adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bidang perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang dianggap dapat

menghasilkan pulangan yang lumayan bagi seseorang individu. Selain itu, bidang

perniagaan dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan seterusnya

memperkembangkan tahap ekonomi sesebuah negara. Menurut Baumback (1995)

perniagaan yang kecil dan bebas merupakan sumber tradisi pertumbuhan ekonomi

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

2

negara.

Dengan kata lain, kepesatan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung

kepada usaha perniagaan yang dijalankan. Perniagaan yang dijalankan banyak

membantu dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Seseorang peniaga

mestilah membangunkan diri dan perniagaan mereka agar berupaya untuk bersaing di

peringkat yang lebih tinggi.

Kini perniagaan kecil sering mendapat perhatian dari banyak pihak. Media

massa seringkali melaporkan perkembangan, isu dan masalah-masalah serta cabaran

yang dihadapi oleh perniagaan kecil dari semasa ke semasa. Perhatian ini adalah

hasil daripada kesedaran umum mengenai peranan dan sumbangan perniagaan kecil

kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Kesedaran tentang peranan dan sumbangan ini mendapat pengiktirafan yang

meluas baik di negara maju mahupun di negara sedang membangun. Sebanyak 95%

daripada keseluruhan perniagaan di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada

perniagaan kecil. Rekod menunjukkan antara 85% hingga 91% daripada jumlah

pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan adalah

terdiri daripada perniagaan kecil. Di Malaysia, perniagaan kecil dianggarkan

membentuk sejumlah lebih 75% daripada bilangan keseluruhan pertubuhan

perniagaan (Moha Asri et al., 2000).

Jaafar Muhammad (1993) pula menyatakan bahawa sebagai manusia yang

ingin meneruskan perniagaan, individu harus menempuh berbagai-bagai cabaran

untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Penggunaan peluang yang sedia ada

merupakan satu perkara yang amat penting dalam perniagaan. Kebijaksanaan dalam

menggunakan peluang yang sedia ada akan mendatangkan hasil yang lumayan dan

seterusnya sebagai langkah untuk mencapai kejayaan dan mendapat keuntungan.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pasar malam merupakan konsep pasar yang diadakan pada waktu petang

sehingga ke waktu malam. Penjual akan membuka gerai mudah alih dan

menjalankan perniagaan dari lewat petang kira-kira 5.30 petang sehingga sekitar

10.00 malam. Lokasi pasar malam biasanya berhampiran dengan kawasan

perumahan. Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan,

minuman, alat permainan, perkakasan (hardware) dan lain-lain dijual di pasar

malam. Aktiviti pasar malam merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menjadi

sebahagian daripada asam garam rakyat Malaysia.

Jadual 1.1: Lesen Pasar Malam Dan Hasil Yang Diperolehi Di Kawasan Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2003 Sehingga Jun Tahun 2007

Jumlah Tahun 2003

Tahun 2004

Tahun 2005

Tahun 2006

Jun Tahun 2007

Pasar Malam - 15 15 18 18

Lesen Pasar Malam 3630 3715 3684 3772 4303

Hasil Yang diperolehi - RM

355,812.50RM

371,378.50RM

362,646.00 RM

222,520.00

Sumber: Jabatan Kesihatan dan Lesen, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Menurut data yang diperolehi daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru

Tengah (MPJBT, 2007), jumlah pasar malam yang mendaftar di bawah Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah semakin meningkat, iaitu daripada 15 pada tahun

2004 kepada 18 pada tahun 2006. Bilangan pasar malam atau lokasi pasar malam

meningkat sejajar dengan pembangunan atau perkembangan kawasan perumahan.

Ini disebabkan pasar malam diadakan di lokasi yang berhampiran dengan kawasan

perumahan. Jumlah lesen pasar malam yang dikeluarkan juga meningkat dari 3,715

pada tahun 2004 kepada 4,303 (sehingga Jun 2007).

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

4

Selain itu, jumlah hasil yang diperolehi bagi tahun 2004 adalah sebanyak

RM355,812.00 dan meningkat kepada RM362,646.00 pada tahun 2006. Sehingga

bulan Jun 2007, jumlah hasil yang diperolehi telah mencapai RM222,520.00. Data

ini telah menunjukkan bukan sahaja terdapat peningkatan bilangan peniaga dalam

pasar malam malah bidang perniagaan ini juga mendatangkan hasil yang

menggalakkan bagi MPJBT.

Pasar malam di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)

boleh dikatakan berkembang dengan pesat. Ini adalah berikutan dengan

perkembangan kawasan perumahan yang pesat, iaitu pembinaan kawasan perumahan

baru. Sehingga kini, pasar malam boleh dikatakan terdapat di setiap kawasan

perumahan mengikut hari yang ditetapkan. Dengan itu, penduduk boleh membeli

barangan yang diperlukan di pasar malam yang berdekatan di kawasan

perumahannya.

Jadual 1.2 menunjukkan lokasi dan bilangan lesen pasar malam di kawasan

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dari tahun 2004 sehingga bulan Jun 2007.

Bilangan lesen yang dikeluarkan khas untuk peniaga pasar malam berkurangan dari

3,715 pada tahun 2004 kepada 3,684 pada tahun 2005. Manakala bilangan ini

meningkat semula kepada 3,772 pada tahun 2006 dan mencapai 4,303 pada tahun

2007. Kebanyakan pasar malam telah mengalami peningkatan bilangan peniaga dari

tahun 2006 ke tahun 2007. Daripada Jadual 1.2 jelas menunjukkan bilangan peniaga

yang berniaga di pasar malam di bawah MPJBT telah mengalami peningkatan yang

ketara. Pada tahun 2007, Taman Universiti sahaja telah terdapat dua buah pasar

malam yang menjalankan perniagaan pada setiap minggu, iaitu di Jalan Kemuliaan

dan Jalan Pertanian.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

5

Jadual 1.2: Lokasi Dan Bilangan Lesen Pasar Malam Di Kawasan Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah Dari Tahun 2004 Sehingga Jun 2007

Bilangan Lesen Bil Lokasi Tahun

2004 Tahun 2005

Tahun 2006

Jun 2007

1. Taman Sri Skudai 280 255 280 304 2. Bandar Selesa Jaya 250 250 250 250 3. Taman Universiti (Jalan Kemuliaan) 300 299 305 320 4. Taman Johor Jaya 360 360 350 390 5. Taman Perling 430 400 425 430 6. Taman Putri Wangsa 320 310 320 362 7. Taman Desa Cemerlang 100 100 100 100 8. Taman Sri Pulai 150 150 150 200 9. Taman Ungku Tun Aminah 400 400 400 444 10. Plentong 172 170 172 172 11. Bandar Seri Alam 350 320 342 366 12. Taman Desa Permai 100 100 100 - 13. Taman Skudai Baru 240 240 235 242 14. Gelang Patah 213 200 213 213 15. Kangkar Pulai 50 50 50 60 16. Taman Desa Tebrau - 30 30 200 17. Taman Impian Emas - 30 30 200 18. Taman Universiti (Jalan Pertanian) - 20 20 50 19. Taman Teratai - - - 200

Jumlah 3715 3684 3772 4303

Sumber: Jabatan Kesihatan dan Lesen, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Bilangan peniaga yang menjalankan perniagaan di lokasi yang ditetapkan

turut meningkat dari semasa ke semasa. Peniaga yang berniaga di pasar malam

Taman Ungku Tun Aminah meningkat dari 400 orang pada tahun 2004 dan tahun

2005 kepada 444 orang pada tahun 2007. Pasar malam di Taman Ungku Tun

Aminah ini telah menjadi pasar malam yang mempunyai bilangan peniaga yang

paling ramai di bawah kawasan MPJBT. Ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji

faktor-faktor yang menjadi dorongan peniaga untuk berniaga di pasar malam tersebut.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

6

Kini, peniaga pasar malam terdiri daripada peniaga yang berasal dari pelbagai

peringkat umur tidak kira golongan muda yang berada pada peringkat belasan tahun

atau golongan yang berumur lebih daripada 50 tahun. Golongan muda kini juga

bergiat dalam bidang perniagaan ini.

Semakin ramai individu bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan. Ini

merujuk kepada sambutan baik yang diberikan kepada program dan latihan

keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia di dalam melahirkan

usahawan-usahawan baru. Terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang

menceburi bidang perniagaan. Dorongan untuk berniaga sama ada dorongan luaran

atau dorongan dalaman bagi setiap individu tidak semestinya sama (Nor Aishah

Buang, 2002).

Nawawi (1992) menjelaskan bahawa kecenderungan manusia dalam mencari

keuntungan, pemilikan harta adalah merupakan kecenderungan semula jadi manusia.

Mengikut analisis pengkaji-pengkaji bidang usahawan, daya pendorong seseorang

untuk bergiat dalam bidang perniagaan ialah motif untuk mencari keuntungan.

Peniaga berniaga dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Hasil

pendapatan yang diperolehi daripada bidang perniagaan adalah salah satu faktor yang

mendorong peniaga untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Mereka sanggup

menanggung risiko demi mendapatkan keuntungan yang lumayan. Sesetengah

peniaga lebih gemar untuk bekerja sendiri berbanding dengan makan gaji.

Namun begitu, menurut Tolbert (1980) setiap keputusan yang dibuat oleh

seseorang itu dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor termasuklah pengaruh orang

lain, keadaan, keperluan masa, kebolehan dan minat.

Menurut Ginzberg (1951) pula, terdapat pengaruh ibu bapa terhadap

pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu bapa mempengaruhi

anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau penyerupaan. Anak

yang membuat penyerupaan dengan ibu bapa yang secara tidak langsung sudah

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

7

mempengaruhi pemilihan pekerjaannya. Sesetengah peniaga pasar malam terlibat

dalam perniagaan keluarga yang diusahakan bersama keluarga dan sanak-saudara

mereka sendiri. Justeru itu, mereka telah terdedah kepada bidang perniagaan ini

sejak kecil lagi.

1.3 Pernyataan Masalah

Memandangkan pasar malam amat popular dan penglibatan peniaga-peniaga

kecil yang aktif dalam perniagaan pasar malam, pengkaji ingin mengenal pasti

faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada peniaga untuk berniaga di pasar

malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Kajian ini adalah untuk

mengenal pasti sama ada pengaruh keluarga, faktor pendapatan, pengalaman di

sekolah, dan pengalaman dalam menyertai latihan atau kursus mendorong peniaga

untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.

1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian berkaitan dengan pernyataan masalah kajian

adalah seperti berikut:

1.4.1 Adakah pengaruh keluarga mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

malam?

1.4.2 Adakah faktor pendapatan mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

malam?

1.4.3 Adakah pengalaman di sekolah mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

malam?

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA UNTUK … · 2013-11-19 · pertubuhan perniagaan di Singapura, Taiwan, ... Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, daging, ayam, makanan, minuman,

8

1.4.4 Adakah pengalaman dalam menyertai latihan atau kursus mendorong peniaga

untuk berniaga di pasar malam?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

1.5.1 Mengenal pasti sama ada pengaruh keluarga mendorong peniaga pasar malam

memilih untuk berniaga di pasar malam.

1.5.2 Mengenal pasti sama ada faktor pendapatan mendorong peniaga pasar malam

memilih untuk berniaga di pasar malam.

1.5.3 Mengenal pasti sama ada pengalaman di sekolah mendorong peniaga pasar

malam memilih untuk berniaga di pasar malam.

1.5.4 Mengenal pasti sama ada pengalaman dalam latihan atau kursus mendorong

peniaga memilih untuk berniaga di pasar malam.