FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DALAM PENGAJARAN SEHARIAN NUR BAIZURA BINTI MAHYIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU

MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DALAM

PENGAJARAN SEHARIAN

NUR BAIZURA BINTI MAHYIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT BANTU

MENGAJAR DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DALAM

PENGAJARAN SEHARIAN

NUR BAIZURA BINTI MAHYIDIN

Laporan Projek Ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar
Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

DEDIKASI

Syukur kehadrat Ilahi

kerana masih memberi kekuatan dan kesabaran kepadaku

di dalam menuntut ilmu selama ini……….

Buat abah, ma dan keluraga yang dikasihi………….

Terima kasih diatas segala pergobanan dan penat lelah kalian selama ini

serta sokongan yang diberi untuk melihat diriku berjaya……

kalian sungguh bermakna dalam hidupku

Buat para pensyarah yang disanjungi…….

Terima kasih di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan selama ini

serta kesabaran kalian dalam mendidik ku

menjadi manusia berguna

Buat kawan-kawan yang disayangi……..

Semoga kejayaan yang dikecapi ini dapat memberi

seribu satu makna di atas penat lelah kita selama ini…..

Aku sayang kamu semua

Terima kasih semua……..

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka saya

telah memperolehi kesabaran dan kekuatan untuk menyiapkan projek ini bagi memenuhi

syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam).

Justeru itu, dikesempatan ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada

Pensyarah Penyelia saya iaitu Tuan Haji Mohd Mohsin bin Uzir, di atas kesudian beliau

memberi tunjuk ajar dalam melengkapkan projek ini. Kesabaran dan ketegasan beliau

banyak membantu mendisplinkan diri saya serta menjadikan saya lebih memahami projek

ini.

Tidak lupa juga buat Pihak Fakulti Pendidikan terutama sekali Encik Baharin

yang banyak menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran perjalanan projek ini.

Buat pihak pelajar tahun 3PKPG UTM dan buat para guru Sekolah Menengah Teknik

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, ucapan terima kasih dirakamkan di atas

kesudian menghulurkan kerjasama dalam kajian sebenar.

Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi berkongsi buah fikiran

dalam menyiapkan projek ini. Mudah-mudahan setiap yang kita kongsi itu dapat

memberikan manafaat di masa akan datang. Semoga usaha kita semua akan diberkati

oleh Allah S.W.T.

Akhir sekali buat semua pihak lain yang terlibat, saya amat menghargai di atas

setiap kerjasama yang diberikan. Sekian terima kasih….

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menggalakan penggunaan alat

bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di dalam pengajaran seharian.

Pembolehubah yang dikaji adalah dari segi penggunaan alat bantu mengajar di

kalangan guru-guru teknikal, perbezaan penggunaan alat bantu mengajar di kalangan

guru lelaki dan guru perempuan dan faktor-faktor yang menggalakkan guru-guru

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka. Seramai 50

orang responden yang terlibat di dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah berbentuk

soal selidik di mana ianya mengandungi dua bahagian iaitu A yang melibatkan latar

belakang responden, manakala bahagian B pula melibatkan kajian yang akan

dilakukan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.744. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan alat bantu mengajar berada

pada tahap sederhana.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

ABSTRACT

This research was conducted to identify the practice of using teaching aids tools

among technical teachers in daily teaching. The point of interest is mainly on the

availability of teaching aids equipment, the differences in the level of using teaching

aids based on the gender and the factors influence technical teachers using teaching

aids in their daily teaching. Fifty respondents were involved in this research. The

instrument used in a questionnaire which consists of two parts, namely part A that

involves the respondent background and part B is about the research. The reliability

of the instrument is 0.744. For overall, the result shows that the using teaching aids

tools among technical teachers in daily teaching are at medium level.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI SINGKATAN xii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Istilah / Definisi 8

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

viii

1.8.1 Pengajaran 8

1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9

1.8.3 Guru-guru Teknikal 10

1.8.4 Model 10

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kriteria Pemilihan Alat Bantu

Mengajar Yang Baik 13

2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu 15

Mengajar Dalam Pengajaran

Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan 19

Alat Bantu Mengajar

2.4.1 Faktor Indiviu Guru 19

2.4.2 Kerjasama / Bantuan Pihak Sekolah 21

2.4.3 Penyediaan Alat Bantu Mengajar 22

2.4.4 Penutup 23

III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 26

3.5.2 Bahagian B 27

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Analisis Kajian 28

3.8 Batasan Kajian 29

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

ix

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisa Data 30

4.2.1 Analisis Data Bahagian A 31

(Latar Belakang Responden)

4.2.2 Analisis Data Bahagian B 33

(Analisis Deskriptif)

4.2.2.1 Mengetahui Faktor Kemudahan 34

Fizikal Yang Menggalakan

Guru-Guru Menggunakan Alat

Bantu Mengajar Di Dalam

Pengajaran Seharian Mereka

4.2.2.2 Mengetahui Faktor Bantuan Pihak 36

Sekolah Yang Menggalakan

Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu

Mengajar Di Dalam Pengajaran

Seharian Mereka

4.2.2.3 Mengetahui Faktor Individu Guru Yang 38

Menggalakan Guru-Guru Menggunakan

Alat Bantu Mengajar Di Dalam

Pengajaran Seharian Mereka

4.2.2.4 Mengetahui Faktor Kemahiran Guru 40

Yang Menggalakan Guru-Guru

Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka

4.2.2.5 Mengetahui Faktor Kepentingan 42

Penggunaan Yang Menggalakan

Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

x

Mengajar Di Dalam Pengajaran

Seharian Mereka

4.2.2.6 Mengetahui Perbezaan Penggunaan 44

Alat Bantu Mengajar Di Kalangan

Guru Lelaki Dan Guru Perempuan

V PERBINCANGAN, RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 49

5.3 Perbincangan 51

5.3.1 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 51

Kemudahan Fizikal Yang Menggalakkan

Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.

5.3.2 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 52

Bantuan Pihak Sekolah Yang Menggalakkan

Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.

5.3.3 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor Individu 54

Guru Yang Menggalakkan Guru-Guru

Menggunakan Alat Bantu Mengajar Di Dalam

Pengajaran Seharian Mereka.

5.3.4 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor Kemahiran 55

Guru Menggunakan ABM Yang Menggalakkan

Guru-Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Di Dalam Pengajaran Seharian Mereka.

5.3.5 Untuk Mengenalpasti Apakah Faktor 56

Kepentingan Penggunaan ABM Yang

Menggalakkan Guru-Guru Menggunakan Alat

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xi

Bantu Mengajar Di Dalam Pengajaran

Seharian Mereka.

5.3.6 Untuk Mengetahui Perbezaan Penggunaan 57

Alat Bantu Mengajar Di Kalangan

Guru Lelaki dan Guru Perempuan

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Pihak Kementerian 59

5.4.2 Pihak Pendidikan Negeri 59

5.4.3 Pihak Sekolah 59

5.4.4 Cadangan Lanjutan 60

5.5 Penutup 60

BIBLOGRAFI 61

LAMPIRAN

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xii

SENARAI JADUAL

No TAJUK HALAMAN

3.1 Skala Sikap Kaedah Likert 5 mata 27

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 31

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 31

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 32

Pengalaman Mengajar

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 32

Kelulusan Akademik

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengkhususan 33

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor 34

Kemudahan Fizikal Dan Peralatan

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Bantuan 36

Pihak Sekolah Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Individu 38

Guru Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Kemahiran 40

Guru Dalam Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Kepentingan 42

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

4.11 Peratus Dan Min Bagi Mengetahui Penggunaan Alat Bantu 44

Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Berdasarkan

Faktor Individu Guru

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xiii

4.12 Peratus Dan Min Bagi Mengetahui Penggunaan Alat 46

Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal

Berdasarkan Faktor Kemahiran Guru

4.13 Perbezaan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan 48

Guru Lelaki Dan Guru Perempuan

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xiv

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN

2.1 Jenis Pengalaman Pembelajaran Yang Disusun 16

Mengikut Darjah Penglibatan Murid

(Edgar Dale, 1969)

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A - Borang Soal Selidik

Lampiran B - Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Lampiran C - Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

xvi

SENARAI SINGKATAN

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

ABM - Alat Bantu Mengajar

SPSS - Statistical Package For Social Science

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

% - Peratus

f - Frekuensi

OHP - Over Head Projector

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke hari. Dalam era

pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan

dititikberatkan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan.

Jika dahulu hanya menggunakan batu dan kulit-kulit pokok sahaja, tetapi sekarang

dengan adanya teknologi yang canggih, segala peralatan dan bahan untuk belajar telah

berubah dari zaman ke zaman. Dari kulit kayu kepada kertas sehinggalah sekarang ini,

penggunaan ICT telah banyak membantu tahap pendidikan di Malaysia.

Dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara, dinyatakan bahawa pendidikan di

sekolah adalah satu usaha yang berterusan ke arah melahirkan individu yang berpotensi

dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang, dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini

dapat dijadikan garis panduan bagi setiap pendidik di dalam mendidik setiap pelajar

mereka. Menurut Robiah (1993), sesuatu sistem pendidikan itu ditetapkan oleh

perkembangan yang terdapat hari ini dan juga perkembangan yang berlaku pada masa

lalu. Ini menunjukkan pendidikan hari ini akan menjadi asas kepada generasi akan

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

2

datang dan sedikit sebanyak harus diterapkan pada masa sekarang. Oleh itu pengajaran

yang berkesan perlu dilaksanakan supaya pembelajaran akan menjadi lebih sistematik

dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada

penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja,malah lebih dari itu

termasuklah penggunaan komputer yang meyediakan pembelajaran secara interaktif bagi

menarik minat pelajar. Pengajaran yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai-

bagai teknik agar tidak hanya menghasilkan pengajaran yang mendatar. Ini akan

menjadikan pembelajaran pelajar tidak menarik. Di dalam Mohd Fazreen (2003) ada

dinyatakan bahawa pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala)

di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah

menjadikan pelajar peserta pasif atau ‘passive learner’. Ini akan menyebabkan pelajar

akan merasa mudah bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk

belajar. Strategi yang digunakan ini bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan

haruslah di perbaiki agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di

mana pelajar turut berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, penggunaan

alat bantu mengajar amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi

melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru.

Di dalam Asri(2000), dinyatakan alat bantu mengajar dapat menarik minat dan

perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran yang mudah, mewujudkan

suasana pengajaran yang aktif dan menarik. Pelajar juga dikatakan akan terus tertarik

untuk belajar dan berinteraksi dengan aktif. Proses ini dikatakan dapat mendorong ke

arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang hanya

menggunakan sumber yang ada semata-mata seperti buku teks, kapur tulis, papan hitam

dan buku latihan bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran yang mengenepikan

teknologi pengajaran terkini yang banyak menggunakan komputer sebagai kaedah

terbaru di dalam pembelajaran.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

3

Jesteru, pengajaran menggunakan alat bantu mengajar haruslah dilaksanakan

oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar berfikir tentang benda-benda yang

abstrak terutamanya guru-guru teknikal kerana kebanyakan subjek-subjek di dalam

teknikal memerlukan pelajar berfikir tentang benda-benda yang abstrak. Oleh itu,

penggunaan alat bantu mengajar ini amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam bidang teknikal.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan alat bantu mengajar di dalam pengajaran bilik darjah masih lagi

belum mencapai tahap yang memuaskan (Mohd Fazree, 2003). Pengajaran yang hanya

menggunakan buku teks dan papan hitam masih menjadi pilihan utama guru-guru. Atan

Long (1982) menyatakan bahawa bahan pengajaran dan alat bantu mengajar adalah

pelbagai. Bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta dan slaid. Ini menunjukkan

bahawa, pengajaran tidak hanya boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan buku

teks dan papan hitam sahaja malah ianya boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan

bahan-bahan lain seperti model, komputer dan sebagainya. Segala alat yang menyokong

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dipanggil alat bantu mengajar.

Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan satu pola tingkah laku pelajar.

Oleh itu guru memainkan peranan yang penting agar pengajaran yang dilakukan dapat

meninggalkan kesan yang baik terhadap pelajar. Teknik pengajaran yang diaplikasikan

oleh guru haruslah sesuai agar ianya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat

dikalangan pelajar. Ini menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Menurut

Rohani (1998) dalam Mohd Fazreen (2003), penggunaan alat bantu mengajar yang

sesuai secara umumnya menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk

menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta menambah variasi kepada corak

pengajaran di dalam kelas. Pengajaran yang dilakukan dengan hanya menggunakan buku

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

4

teks semata-mata boleh menimbulkan perasaan yang hambar dan kurang berkesan.

Pelajar akan sukar untuk mendapatkan idea dan memperkembangkan pemikiran mereka

tentang sesuatu perkara terutamanya di dalam membayangkan sesuatu bahan itu

berfungsi dan ini menjadikan pemikiran pelajar tidak berkembang. Adalah menjadi tugas

guru untuk menggunakan alat bantu mengajar agar ianya dapat memahamkan pelajar

tentang apa yang diajar.

Menurut Mohd Sobri (2000), penggunaan alat bantu mengajar sedikit sebanyak

dapat mengoptimakan masa pengajaran. Seterusnya pelajar akan mempunyai masa yang

banyak untuk berbincang dan memikirkan serta membayangkan sesuatu perkara tentang

pembelajaran pada masa tersebut. Ini akan menjadikan pembelajaran pada masa tersebut

lebih aktif dan pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif. Penggunaan alat bantu

mengajar yang sesuai dapat melahirkan pemikiran yang kreatif serta kritis dikalangan

pelajar kerana alat bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep dengan lebih

berkesan. Menurut Ford Le Roy (1982), guru yang mahir bukan sahaja merupakan

seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang boleh

memahami perbezaan individu. Beliau turut menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan

sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran, tetapi kemahiran

guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tetumpu kepada

mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan

peneguhan supaya pelajar lebih cepat memahami dan mengingati dengan berkesan.

Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan

pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar. Dengan ini penggunaan

alat bantu mengajar dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria di mana pelajar

bukan sahaja dapat mendengar penerangan dari guru malah juga dapat melihat dan

merasa dan ini sedikit sebanyak memotivasikan mereka untuk belajar mengaplikasikan

apa yang diajar oleh guru.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

5

Sememangnya alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam

proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Menurut Atan Long (1982), kesedaran

terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan

kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar

keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas

guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk memahamkan

pembelajaran yang akan diajar nanti. Sobri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga

kepentingan alat bantu mengajar iaitu:

1. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya

memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi

pelajaran.

2. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlaku.

3. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam proses pengajaran, penerangan yang memerlukan penggunaan seribu satu

bahasa dapat diterangkan dengan mudah jika alat bantu mengajar digunakan. Dengan

menggunakan alat bantu mengajar ini akan memudahkan para guru terutamanya guru-

guru teknikal untuk menerangkan sesuatu topik yang diajar agar para pelajar dapat

belajar dalam suasana yang harmonis dan menjadikan mereka lebih kreatif untuk berfikir

terutamanya tentang sesuatu yang abstrak.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ALAT · PDF filemenggunakan alat bantu mengajar di dalam ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar ... oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar

6

1.3 Penyataan Masalah

Secara amnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa mengajar

amatlah perlu dititikberatkan kerana ianya dapat mempengaruhi minat pelajar dalam

mempelajari sesuatu perkara. Oleh yang demikian, di sinilah alat bantu mengajar

memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar. Kajian ini bertujuan

untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru teknikal menggunakan alat

bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah faktor kemudahan fizikal yang menggalakkan guru-guru teknikal

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?

2. Apakah faktor bantuan pihak sekolah yang menggalakkan guru-guru teknikal

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?

3. Apakah faktor individu guru yang menggalakkan guru-guru teknikal

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?

4. Apakah faktor kemahiran guru yang menggalakkan guru-guru teknikal

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?

5. Apakah faktor kepentingan penggunaan yang menggalakkan guru-guru teknikal

menggunakan alat bantu mengajar di dalam pengajaran seharian mereka?

6. Apakah terdapat perbezaan penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru

lelaki dan guru perempuan?