Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

4
Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak. Jawapan cadangan: Pertapakan dan perluasan kuasa British di negeri- negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menimbulkan penentangan daripada masyarakat di Pahang dan Perak. Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di Pahang. Beliau dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen. Apabila J.P Rodger dilantik sebagai residen Pahang pada waktu itu, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan di Pahang. Peraturan baharu yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Pahang pada masa itu. Ini telah menyebabkan mereka bangkit menentang terhadap pengenalan sistem residen yang dipimpin oleh Datuk Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Melalui sistem residen, pihak British telah menguasai ekonomi Pahang terutamanya perlombongan. Residen sepatutnya berusaha dan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan orang-orang tempatan, terutamanya pembesar Melayu akibat adanya pembangunan ekonomi. Tetapi perkara ini tidak mendapat perhatian malah telah mengancam kepentingan orang-orang tempatan. Dengan pengenalan sistem residen ini juga telah menyebabkan sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan. Penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger telah menyebabkan sultan kehilangan banyak kuasa. Sultan hanya mempunyai kuasa pada nama sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh residen British. Contohnya, keputusan tentang bayaran ganti rugi kepada pembesar- pembesar kerana kehilangan hak memungut cukai juga dibuat oleh residen.

description

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak.

Transcript of Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

Page 1: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak.

Jawapan cadangan:

Pertapakan dan perluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menimbulkan penentangan daripada masyarakat di Pahang dan Perak.

Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di Pahang. Beliau dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen. Apabila J.P Rodger dilantik sebagai residen Pahang pada waktu itu, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan di Pahang. Peraturan baharu yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Pahang pada masa itu. Ini telah menyebabkan mereka bangkit menentang terhadap pengenalan sistem residen yang dipimpin oleh Datuk Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau.

Melalui sistem residen, pihak British telah menguasai ekonomi Pahang terutamanya perlombongan. Residen sepatutnya berusaha dan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan orang-orang tempatan, terutamanya pembesar Melayu akibat adanya pembangunan ekonomi. Tetapi perkara ini tidak mendapat perhatian malah telah mengancam kepentingan orang-orang tempatan.

Dengan pengenalan sistem residen ini juga telah menyebabkan sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan. Penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger telah menyebabkan sultan kehilangan banyak kuasa. Sultan hanya mempunyai kuasa pada “nama” sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh residen British. Contohnya, keputusan tentang bayaran ganti rugi kepada

Page 2: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

pembesar-pembesar kerana kehilangan hak memungut cukai juga dibuat oleh residen.

J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa perubahan di Pahang melalui undang-undang yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889. Undang-undang itu adalah berkait dengan tanah, sistem kerah dan penghapusan sistem perhambaan. Undang-undang ini bercanggah dengan sistem tradisional Pahang yang melarang pembesar-pembesar mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sistem kerah, dan menghakimkan kes-kes jenayah dan sivil dalam kawasan masing-masing.

Rakyat juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang bersifat sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Cotohnya, rakyat tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka.

Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun. Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil pemungut cukai dan majistret.

Pelbagai jenis cukai diperkenalkan dan dinaikkan oleh British. Contohnya, cukai tanah seperti tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar. Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P Rodger menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat. Mengikut sistem lesen dan permit, rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah untuk mendirikan rumah yang dahulunya dipungut secara percuma.

Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisional Perak kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah. Sistem residen telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkan pembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875. Sistem residen telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan mendadak sehingga menjejaskan sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen.

Page 3: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

Antara faktornya ialah kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residen dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut budi bicaranya sendiri.

Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah. Baginda terpaksa mengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sultan Perak. Selain daripada itu, sultan Abdullah terpaksa menghadapi penentangan dadipada musuh-musuhnya, iaitu pembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya.

Selain itu, kelemahan pemerintahan sultan Abdullah turut mendorong penentangan masyarakat Perak. Sultan Abdullah yang dilantik oleh kerajaan British melalui Perjanjian Pangkor tidak mentadbir negeri Perak dengan baik. Baginda banyak berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang-hutangnya. Bagi menambahkan sumber pendapatan, baginda telah memajakkanhak memungut cukai di Kuala Sungai Perak kepada seorang saudagar Cina dari Singapura sebanyak $26 000 selama 10 tahun.

Sultan Abdullah juga tidak mengawal pembesar-pembesar Perak dengan baik. Selain itu, baginda juga mempunyai banyak musuh. Ada antara pembesar-pembesar tidak berpuas hati dengan perlantikan baginda sebagai sultan Perak. Di samping itu, masih terdapat juga pembesar-pembesar yang masih memungut cukai dengan kadar nilai yang tinggi di daerah masing-masing.

Kelemahan peribadi J.W.W. Birch juga merupakan faktor penentangan masyarakat Perak terhadap sistem residen. J.W.W. Birch yang dihantar ke Perak sebagai residen British tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat istiadat orang Melayu. Beliau pernah berkhidmat di Sri Lanka tetapi pengalaman itu tidak boleh tidak boleh digunakan di Tanah Melayu kerana masyarakat jauh berbeza. Tambahan pula, Birch tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyukarkan beliau berkomunikasi

Page 4: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

dengan masyarakat tempatan. Akibatnya, semua tindak tanduknya didapati menghina adat dan tradisi orang Melayu.

Birch juga merupakan seorang residen yang sombong dan bongkak. Beliau menganggap dirinya bijak dalam soal pentadbiran. Birch menganggap sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu Perak ketinggalan zaman. Oleh sebab itu, setibanya di Perak, beliau menganggap negeri Perak amat mundur dan perlu dimajukan segera untuk kepentingan British. Beliau berasa perlu diadakan perubahan segera untuk mencapai kemajuan. Disebabkan keghairahannya untuk memajukan Perak, beliau langsung tidak mempedulikan perasaan dan hak orang Melayu terutamanya sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu.

J.W.W. Birch telah mengadakan pembaharuan secara mendadak dan terburu-buru di Perak tanpa berunding dengan sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu terlebih dahulu. Birch tidak menyedari pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan menyetuh adat istiadat orang Melayu. Dalam sistem pungutan cukai Birch mahu semua cukai yang ada diubah dan diletakkan di bawah kawalannya. Seorang pegawai British akan dilantik untuk memungut cukai. Namun, tujuan utama Britich adalah untuk mengambil alih hak memungut cukai daripada sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Selain daripada itu, J.W.W. Birch mahu menghapuskan amalan perhambaan dalam masyarakat Melayu. Beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba terutamanya hamba-hamba perempuan. Percubaan Birch untuk menghapuskan sistem perhambaan dianggap cuba menghapuskan adat istiadat orang Melayu. Oleh itu, pembaharuan yang dilakukan telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat Perak.

Kesimpulannya, dasar Britich dilaksanakan dalam negeri Pahang dan Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat daerah masing-masing. Malahan, peperangan turut berlaku antara pihak Britich dengan masyarakat tempatan untuk menolak sistem residen yang akan mengancam kedudukan dan kepentingan orang Melayu.