FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ......

24

Transcript of FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ......

Page 1: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah
Page 2: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah
Page 3: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK KANGAR, PERLIS.

JAMILAH BINTI MOHAMAD NOOR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

ii

Page 5: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

iii

Teristimewa buat ayahbonda yang disayangi, Encik Mohamad Noor bin Yaacob dan

Puan Selasiah binti Kasim, pensyarah pembimbing yang dihormati, Tuan Haji Mohd. Mohsin bin

Uzir, guru Sekolah Menengah Teknik Kangar yang diingati, Encik Mohamad bin Ismail,

adik-beradik yang dikasihi, Salina binti Mohamad Noor, Firdaus binti Mohamad Noor dan Muhd.

Hilmy Soffi bin Mohamad Noor, sahabat seperjuangan yang banyak membantu dan mereka yang

terlibat secara tidak langsung.

Page 6: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas jujungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah berkat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t., Projek Sarjana

Muda ini dapat disiapkan dengan baiknya.

Penghargaan yang istimewa ini saya tujukan khas buat Tuan Haji Mohd. Mohsin

bin Uzir selaku pensyarah pembimbing yang mana telah banyak memberikan saya

panduan dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan kajian ini.

Sekalung terima kasih kepada kedua ibu bapa yang tidak jemu memberikan

dorongan dan perangsang samada dalam bentuk mental dan fizikal. Tidak lupa juga

kepada Encik Mohamad bin Ismail iaitu guru dari Sekolah Menengah Teknik Kangar

yang banyak membantu semasa menjalankan kajian. Beliau yang banyak

menyumbangkan idea demi menghasilkan hasil kerja yang baik.

Terima Kasih yang tidak terhingga kerana kalian semua amat berjasa kepada saya.

Kepada Allah s.w.t. jualah saya berdoa agar kalian semua sentiasa di bawah lindungan

rahmatNya. Amin…..

Jamilah binti Mohamad Noor

April, 2006

Page 7: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi

prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berdasarkan empat

faktor iaitu faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Sebanyak 57 pelajar tingkatan

5 di Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis telah terpilih sebagai responden kajian.

Set soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang

responden dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan sebagai instrumen

kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.885. Hasil kajian ini

dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 untuk

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

semua faktor yang dikaji berada pada tahap sederhana. Semua faktor yang dikaji

memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Page 8: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

vi

ABSTRACT

This research was conducted in order to identify the factors that influence

student’s performance in Civil Engineering course. This research also highlighted the

various contributing factors such as interest, parents, teachers and peers. About 57

students form 5 of Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis were chosen as respondents

for this study. A set of questionnaire comprising of 2 sections namely, section A on the

respondent’s particulars and section B consisted statement on the research scope were

used as research instrument. The reliability of the instrument is 0.885. Data were

processed and analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social Science) 12.0 for

windows to obtain frequencies, percentages and means. The result showed that the

factors such as interest, parents, teachers and peers are at medium level. However, those

factors playing an important role in influencing student’s performance in Civil

Engineering course.

Page 9: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Status -

Pengesahan Penyelia -

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

Page 10: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

viii

1.8 Definasi Istilah 8

1.8.1 Pelajar 8

1.8.2 Mempengaruhi 9

1.8.3 Prestasi 9

1.8.4 Ibu bapa 9

1.8.5 Guru 9

1.8.6 Rakan sebaya 10

1.8.7 Minat 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Minat 12

2.3 Ibu Bapa 14

2.4 Peranan Guru 16

2.5 Rakan Sebaya 17

2.6 Sorotan Kajian Lepas 19

2.7 Kesimpulan 20

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Populasi Kajian 22

3.4 Instrumen Kajian 22

3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang

Responden 23

3.4.2 Bahagian B : Faktor Mempengaruhi

Prestasi Pelajar 23

3.5 Prosedur Kajian 24

3.5.1 Keesahan Soal Selidik 24

Page 11: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

ix

3.5.2 Kajian Rintis 24

3.5.3 Kajian Sebenar 25

3.6 Analisis Data 25

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Data Bahagian A 28

4.2.1 Jantina 28

4.2.2 Bangsa 29

4.2.3 Keputusan Akhir Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam 29

4.3 Analisis Data Bahagian B 30

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :

Mengenalpasti Faktor Minat

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 31

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :

Mengenalpasti Faktor Ibu Bapa

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 35

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :

Mengenalpasti Faktor Guru

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 38

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :

Mengenalpasti Faktor Rakan Sebaya

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 42

4.4 Analisis Keseluruhan 46

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

Page 12: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

x

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 49

5.3.1 Latar Belakang Responden 50

5.3.2 Faktor Minat Pelajar 50

5.3.3 Faktor Ibu Bapa 52

5.3.4 Faktor Guru 54

5.3.5 Faktor Rakan Sebaya 55

5.4 Cadangan 57

5.4.1 Guru 57

5.4.2 Ibu Bapa 57

5.4.3 Pihak Sekolah 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.6 Penutup 59

RUJUKAN 60

Lampiran A - D

Page 13: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kelayakan Minimum Memasuki Bidang PKA 4

1.2 Keputusan SPM SMTK Jumlah Cemerlang dan

Kepujian 4

1.3 Keputusan SPM SMTK Jumlah Lulus dan Gagal 5

3.1 Susunan Item Dalam Borang Soal Selidik 23

3.2 Skala Likert 23

3.3 Pertimbangan Yang Digunakan Untuk Menjawab

Persoalan Kajian Yang Berkaitan 26

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 28

4.2 Taburan Bilangan dan Bilangan Responden Mengikut

Bangsa 29

4.3 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Responden bagi

Mata Pelajaran PKA 30

4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),

Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Minat

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 31

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),

Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Ibu Bapa

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 35

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),

Page 14: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

xii

Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Guru

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 38

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),

Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Rakan Sebaya

Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 43

Page 15: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

xiii

SENARAI SINGKATAN

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SMTK - Sekolah Menengah Teknik Kangar

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Page 16: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 64

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Kementerian

Pelajaran Malaysia 69

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Jabatan Pendidikan Negeri 70

D Keesahan Soal Selidik 71

Page 17: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dunia pendidikan kini semakin mencabar. Terdapat banyak

pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi

memenuhi kehendak pasaran semasa. Permintaan terhadap pelajar-pelajar teknikal juga

semakin bertambah-tambah sejajar dengan perkembangan Malaysia yang sedang

meningkat maju. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang-bidang sediada

ataupun yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak yang berkenaan

demi menyahut cabaran kerajaan di samping memenuhi hasrat murni kerajaan.

Pendidikan juga yang akan menentukan cara hidup pelajar di masa hadapan samada

untuk memilih kerjaya yang memerlukan kelulusan akademik mahupun sebaliknya.

Menurut Mohamed Nor (1990a), pendidikan wujud dalam keadaan berbeza-beza,

sesuai dengan situasi dan keadaan dalam sesuatu zaman. Misalnya, pendidikan pada

zaman primitif berlainan sekali dengan pendidikan zaman ini. Dengan adanya

perkembangan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, kemajuan teknologi, pembangunan

ekonomi dan berbagai sistem politik, maka dengan sendirinya terdapatlah pula pelbagai

tafsiran dan pengertian pendidikan.

Pendidikan dan pembelajaran adalah satu perkara yang saling berkaitan. Menurut

Wan Zah (2000), pelajar mempunyai pandangan yang berbeza terhadap konsep

Page 18: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

2

pembelajaran. Sebahagian kecil menjurus ke arah memahami dan menghayati

pengetahuan manakala yang lain lebih cenderung untuk memetik fakta dan meluahkan

semula. Namun begitu, pembelajaran bergantung cara seseorang mempelajari, mentafsir,

menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajar. Perbezaan

terhadap konsep pembelajaran boleh diukur melalui keputusan peperiksaan pelajar yang

jelas membuktikan terdapatnya perbezaan pencapaian setiap pelajar. Tahap pencapaian

yang berbeza menjadi punca pelajar mengalami masalah dalam mempelajari mata

pelajaran tersebut. Mungkin disebabkan kadar penyerapan pengetahuan yang berbeza

yang menyebabkan pelajar kurang mampu untuk mengikut sistem pendidikan di sekolah.

Seseorang pelajar dikatakan berjaya sekiranya melanjutkan pelajaran ke

peringkat pengajian tinggi. Penghormatan lebih akan diberikan kepada mereka yang

mempunyai kelulusan yang tinggi. Namun bukanlah mudah seperti mana ynag yang

dilihat dengan mata kasar. Hakikatnya dunia pendidikan penuh dengan cabaran dan

dugaan dalam menuju kepada jalan kejayaan. Setiap tindak tanduk memerlukan kepada

usaha dan pengorbanan bukan sahaja daripada pihak pelajar malahan juga mereka yang

sentiasa memberi sokongan padu.

1.2 Latar belakang

Menurut Mohamed Nor (1990b), pendidikan secara universal adalah untuk

mencari dan menyebarkan kebenaran. Ke arah mencapai matlamat ini, maka kurikulum

sekolah hendaklah mengutamakan tema-tema kehidupan manusia di dalam mata

pelajaran kognitif. Secara tidak langsung ianya mampu menghasilkan pemikiran pelajar

yang rasional, termasuk mata pelajaran yang berhubung dengan kualiti moral, estetika

dan prinsip-prinsip keagamaan. Bagi mencapai hasrat ini, kaedah pengajaran perlu

memberi penekanan kepada ingatan, pembacaan, latih tubi dan ulangkaji. Pendidikan

hendaklah disesuaikan kemampuan dan tahap kecerdasan individu.

Page 19: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

3

Pembelajaran ialah satu proses yang beransur-ansur dan kumulatif serta tidak

berlaku secara serentak. Pada peringkat sekolah menengah, kurikulum asas sebaik-

baiknya hendaklah terdiri daripada mata pelajaran sastera, bahasa, sejarah, matematik,

sains, kejuruteraan dan teknikal. Subjek-subjek ini merupakan antara unsur penting

dalam pendidikan liberal dan berfaedah untuk memenuhi keperluan hidup seseorang.

Penguasaan kemahiran dan isi mata pelajaran membolehkan pelajar menjalankan

kehidupan sebagai ahli masyarakat yang produktif. Sejajar dengan itu, pihak KPM telah

menawarkan mata pelajaran teknikal dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan

jentera dari peringkat sekolah menengah. Pendedahan awal terhadap subjek teknikal

bertujuan untuk memberi persediaan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi.

Kejuruteraan awam merupakan bidang yang amat luas skopnya. Dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), pelajar akan didedahkan kepada

pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Antara komponen utama

yang akan dipelajari termasuk proses pembinaan, bahan binaan, struktur kejuruteraan

awam, geoteknik, ukur kejuruteraan, sistem pengangkutan, kejuruteraan jalan dan isyarat

lalu lintas, sumber dan bekalan air, sistem pembersihan dan aturcara kontrak dan

taksiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

Mata pelajaran PKA merupakan subjek elektif Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) KPM. Subjek

ini bukan sahaja menitikberatkan dari segi teori malah ianya melibatkan amali kerja

bengkel dan lapangan serta lawatan industri untuk tujuan memberi pendedahan sebenar

tentang realiti bidang ini. Pendedahan sebenar penting untuk menarik minat pelajar ke

arah memilih kerjaya yang bersesuaian dalam bidang kejuruteraan awam. Pelajar yang

layak untuk mengambil jurusan ini ialah pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dengan kelulusan minimum seperti jadual berikut:

Page 20: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

4

Jadual 1.1 : Kelayakan Minimum Memasuki Bidang PKA

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM Bahasa Melayu B Matematik C Sains C Kemahiran Hidup C

Peruntukan masa pembelajaran bagi mata pelajaran PKA ialah selama 4 waktu

dalam seminggu iaitu sejumlah 280 waktu sepanjang tempoh 2 tahun pembelajaran.

Masa yang telah diperuntukkan diyakini mampu untuk memberikan pendedahan secara

menyeluruh berkaitan dengan silibus mata pelajaran ini. Sekolah Menengah Teknik

Kangar (SMTK) merupakan di antara salah sebuah sekolah yang menawarkan kursus

PKA untuk pelajar tahun 4 dan 5. PKA merupakan kursus baru di sekolah ini

memandangkan ianya mula ditawarkan pada tahun 1997 kepada pelajar-pelajar tingkatan

4. Berikut merupakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata

pelajaran ini untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini bermula pada tahun 2001 sehingga

2003. Bermula pada tahun 2000 peperiksaan SPM adalah secara terbuka iaitu pelajar-

pelajar boleh memilih subjek-subjek yang hendak diambil.

Jadual 1.2 : Keputusan SPM SMTK Jumlah Cemerlang dan Kepujian

Tahun Jumlah Cemerlang Kepujian Calon 1A 2A % 3B 4B % 5C 6C % 2003 64 0 1 1.6 4 12 25.0 13 10 35.9 2002 73 1 2 4.1 4 13 23.3 20 14 46.6 2001 29 0 0 0 2 4 20.7 4 8 41.4

Page 21: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

5

Jadual 1.3 : Keputusan SPM SMTK Jumlah Lulus dan Gagal

Tahun Lulus Jumlah Lulus Gagal 7D 8E % Bil % 9G %

2003 13 9 34.4 62 96.9 2 3.1 2002 12 5 23.3 71 97.3 2 2.7 2001 7 4 37.9 29 100.0 0 0

Berdasarkan keputusan peperiksaan di atas iaitu dari tahun 2001 sehingga 2003,

keputusan SPM pada tahun 2001 adalah lulus penuh iaitu peratus lulusnya ialah 100%.

Namun begitu, keputusan peperiksaan SPM sekolah ini menunjukkan penurunan

bermula pada tahun 2002 iaitu sebanyak 2.7% peratus lulus manakala pada tahun 2003

peratus lulus menurun sebanyak 0.4% berbanding pada tahun 2002.Terdapat banyak

faktor yang menyumbang kepada penurunan keputusan prestasi pelajar dalam mata

pelajaran PKA. Peningkatan atau penurunan keputusan prestasi pelajar dipengaruhi oleh

faktor minat pelajar itu sendiri, peranan ibu bapa, peranan guru mahupun faktor rakan

sebaya.

Pada peringkat sekolah menengah pelajar telah menunjukkan minat terhadap

sesuatu kerjaya. Minat ini patut dipupuk dengan berhati-hati untuk mengelakkan

kekecewaan di masa hadapan. Kadang-kadang terdapat pelajar yang tersalah memilih

bidang kerjayanya (Kamaruddin, 1996a). Keadaan ini boleh melenyapkan potensi yang

ada pada diri seseorang pelajar itu dan memberi kesan terhadap penumpuan dan pretasi

pembelajaran pelajar.

Menurut Sumarni dan Borhan (2002a), peranan ibu bapa amat penting dalam

mendidik anak-anak mereka menjadi individu yang baik. Mengabaikan remaja atau

pelajar dalam menguruskan kehidupan harian boleh menyebabkan mereka bosan dan

tertekan kerana tiada tempat pergantungan untuk berkongsi masalah. Kadangkala ibu

bapa langsung tidak bertanya kepada anak-anak mereka tentang masalah-masalah yang

dihadapi di sekolah mahupun di rumah. Pengabaian tanggungjawab ibu bapa sebegini

akan membawa kesan negatif terhadap pembelajaran mereka. Anak-anak menginginkan

Page 22: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

6

kasih sayang dan perhatian daripada orang tuanya sebagai dorongan kepada mereka

untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Menurut Kamaruddin (1996b), guru yang tidak tegas akan melahirkan pelajar

yang pasif, gemar menarik diri dan kurang inovatif akan membantutkan

perkembangannya . Pelajar akan mendapat kesan daripada sikap guru di dalam kelas dan

akan menjejaskan pembelajaran pelajar. Justeru itu guru perlu memainkan peranan yang

sewajarnya dalam langkah menghasilkan pelajar yang bermotivasi dan cemerlang di

dalam pelajaran.

Ramai remaja bermasalah tidak tahu bagaimana mengatasi tekanan yang mereka

hadapi. Akibat tiada panduan, mereka suka menyertai apa sahaja yang dilakukan olah

rakan-rakan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi (Sumarni dan Borhan, 2002b).

Berdasarkan kenyataan ini dapat disimpulkan bahawa begitu kuatnya pengaruh rakan

sebaya dalam kehidupan pelajar. Mereka mengikut sahaja tindakan yang dilakukan oleh

rakan sebaya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Rakan sebaya merupakan

orang yang paling memahami kehendak dan minat remaja. Begitu juga dalam pelajaran,

rakan sebaya banyak mempengaruhi prestasi pelajaran seseorang pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan permasalahan yang diperolehi di atas, pengkaji ingin menjalankan

satu kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar iaitu

minat, peranan ibu bapa, peranan guru dan rakan sebaya.

Page 23: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

7

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Meninjau samada minat mempengaruhi prestasi pelajar.

1.4.2 Mengenalpasti sejauhmana peranan ibu bapa mempengaruhi prestasi pelajar.

1.4.3 Meninjau samada peranan guru mempengaruhi prestasi pelajar.

1.4.4 Mengkaji samada rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Apakah minat mempengaruhi prestasi pelajar.

1.5.2 Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi prestasi pelajar.

1.5.3 Apakah faktor guru mempengaruhi prestasi pelajar.

1.5.4 Adakah rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar.

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mencari dan

menghuraikan faktor yang mempengaruhi pretasi pelajar bagi mata pelajaran PKA di

SMTK. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mengharapkan dapat menjadi rujukan kepada

pihak sekolah dan guru dalam mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi

prestasi pelajar. Seterusnya pihak sekolah dapat mengambil langkah yang sewajarnya

untuk mengatasi permasalahan ini dan mencari kaedah yang sesuai untuk meningkatkan

prestasi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran PKA.

Kajian ini juga memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya

peranan mereka dalam mendidik anak-anak. Sokongan daripada mereka amat diperlukan

oleh anak-anak untuk mendorong mereka lebih gigih berusaha untuk meningkatkan

Page 24: FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR … dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan ... (Statistical Package For Social Science) 12.0 ... students form 5 of Sekolah Menengah

8

prestasi. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar-

pelajar sendiri tentang pentingnya minat terhadap mata pelajaran PKA dan pemilihan

rakan kerana ianya mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Rasional daripada kajian

ini juga memberi kepentingan kepada pihak KPM dan JPN dalam langkah meningkatkan

prestasi dalam mata pelajaran PKA.