FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA Personaliti Tips... · iri-ciri personaliti mungkin menjadi penentu...

2
oleh : Mohd Shahril Boniran | [email protected] November 2017 Personali, bakat, minat dan movasi boleh menjadi faktor pemilihan kerjaya seseorang. Ciri-ciri personali mungkin menjadi penentu pilihan kerjaya. Sebagai contoh seorang yang mempunyai personali agresif dan bersosial adalah kurang sesuai untuk bekerja duduk di dalam makmal atau kerja yang kurang bercakap. Barrick dan Mount (1993) teori Big Five telah mengkaji perhubungan antara dimensi personali yang boleh membantu pemilihan kerjaya yang sesuai. Dimensi dalam big five iaitu: 1) Ekstrovert (Extraversion) merangkumi seseorang yang sosial, suka bercakap dan aserf. 2) Sikap Menyetujui (Agreeableness) iaitu sikap yang baik, bekerjasama dan mempercayai. 3) Kesungguhan (Conscienousness) iaitu seseorang yang bertanggungjawab, bergantung, persisten dan beronri- entasikan pencapaian. 4) Kestabilan-Emosi (Emoonal Stability). 5) Terbuka kepada Pengalaman (Openness to experience) iaitu seseorang yang imaginaf, secara arsiknya sensif dan intelektual. Penggunaan ujian personali juga dapat membantu seseorang mengenalpas kekuatan personali untuk membu- at keputusan pemilihan kerjaya. Seseorang akan lebih jelas dengan ciri personali dan mudah untuk membuat pilihan kerjaya . Minat seseorang boleh berubah-ubah terutama bagi seseorang yang belum mencapai kematangan dalam memilih kerjaya. Pada peringkat umur dewasa minat seseorang mula matang dan dak banyak berubah. Bagi mengetahui lebih lanjut inventori minat kerjaya atau senarai semak boleh digunakan bagi mengetahui kecenderungan minat seseorang. Pupuk dan pilihlah minat ke arah bidang kerjaya yang dipilih. Jika seorang pelajar telah memilih bidang pengajian dalam bidang Sains Komputer maka pupuklah min- at agar ianya menjadi bidang kerjaya yang tepat. Seap pekerjaan mempunyai berbeza bakat tertentu dan kebiasaannya bakat atau kebolehan ini boleh dikenal pas sebagai syarat kemasukan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, bakat bleh menjadi penentu kepada pemilihan kerjaya sesorang. Contohnya, bakat individu yang pandai menggunakan alatan seper mesin menjadikan individu itu boleh membuat pilihan bidang akademik atau pekerjaan da- lam bidang kejuruteraan atau pertukangan dan sebagainya. Seseorang mempunyai perbezaan kemahuan atau keinginan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Kema- huan atau movasi ini boleh dijadikan kayu ukur untuk seseorang itu membuat pilihan kerjaya mereka. Beberapa jenis movasi yang boleh dijadikan kayu ukur atau bantuan pemilihan kerjaya iaitu movasi kewangan, movasi lokasi, movasi kepuasan, movasi run kerja harian, movasi bu- daya kerja, movasi keselamatan, movasi kreavi dan mo- vasi autonomi. FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA 1 Personaliti 2 Minat 3 Bakat 4 Motivasi

Transcript of FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA Personaliti Tips... · iri-ciri personaliti mungkin menjadi penentu...

Page 1: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA Personaliti Tips... · iri-ciri personaliti mungkin menjadi penentu pilihan kerjaya. Sebagai contoh seorang yang mempunyai personaliti ... (1993) teori ig

oleh : Mohd Shahril Boniran | [email protected] November 2017

Personaliti, bakat, minat dan motivasi boleh menjadi faktor pemilihan kerjaya seseorang.

Ciri-ciri personaliti mungkin menjadi penentu pilihan kerjaya. Sebagai contoh seorang yang mempunyai personaliti agresif dan bersosial adalah kurang sesuai untuk bekerja duduk di dalam makmal atau kerja yang kurang bercakap.

Barrick dan Mount (1993) teori Big Five telah mengkaji perhubungan antara dimensi personaliti yang boleh membantu pemilihan kerjaya yang sesuai. Dimensi dalam big five iaitu:

1) Ekstrovert (Extraversion) merangkumi seseorang yang sosial, suka bercakap dan asertif.

2) Sikap Menyetujui (Agreeableness) iaitu sikap yang baik, bekerjasama dan mempercayai.

3) Kesungguhan (Conscientiousness) iaitu seseorang yang bertanggungjawab, bergantung, persisten dan beronri-entasikan pencapaian.

4) Kestabilan-Emosi (Emotional Stability).

5) Terbuka kepada Pengalaman (Openness to experience) iaitu seseorang yang imaginatif, secara artisiknya sensitif dan intelektual.

Penggunaan ujian personaliti juga dapat membantu seseorang mengenalpasti kekuatan personaliti untuk membu-at keputusan pemilihan kerjaya. Seseorang akan lebih jelas dengan ciri personaliti dan mudah untuk membuat pilihan kerjaya .

Minat seseorang boleh berubah-ubah terutama bagi seseorang yang belum mencapai kematangan dalam memilih kerjaya. Pada peringkat umur dewasa minat seseorang mula matang dan tidak banyak berubah. Bagi mengetahui lebih lanjut inventori minat kerjaya atau senarai semak boleh

digunakan bagi mengetahui kecenderungan minat seseorang.

Pupuk dan pilihlah minat ke arah bidang kerjaya yang dipilih. Jika seorang pelajar telah memilih bidang pengajian dalam bidang Sains Komputer maka pupuklah min-at agar ianya menjadi bidang kerjaya yang tepat.

Setiap pekerjaan mempunyai berbeza bakat tertentu dan kebiasaannya bakat atau kebolehan ini boleh dikenal pasti sebagai syarat kemasukan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, bakat bleh menjadi penentu kepada pemilihan kerjaya sesorang.

Contohnya, bakat individu yang pandai menggunakan alatan seperti mesin menjadikan individu itu boleh membuat pilihan bidang akademik atau pekerjaan da-lam bidang kejuruteraan atau pertukangan dan sebagainya.

Seseorang mempunyai perbezaan kemahuan atau keinginan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Kema-huan atau motivasi ini boleh dijadikan kayu ukur untuk seseorang itu membuat pilihan kerjaya mereka. Beberapa jenis motivasi yang boleh dijadikan kayu ukur atau bantuan pemilihan kerjaya iaitu motivasi kewangan, motivasi lokasi, motivasi kepuasan, motivasi rutin kerja harian, motivasi bu-daya kerja, motivasi keselamatan, motivasi kreativiti dan mo-tivasi autonomi.

FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA

1 Personaliti

2 Minat

3 Bakat

4 Motivasi

Page 2: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA Personaliti Tips... · iri-ciri personaliti mungkin menjadi penentu pilihan kerjaya. Sebagai contoh seorang yang mempunyai personaliti ... (1993) teori ig

Motivasi kewangan

Gaji, elaun dan bonus yang tinggi boleh menjadi penentu atau daya tarik seseorang memilih kerja. Sekiranya kerja tersebut mungkin agak berat, kerja lebih masa atau mungkin diluar bidang seseorang mungkin sanggup menukar minat hanya kerana pendapatan yang lumayan. Contohnya kerja sebagai eksekutif bank walaupun tiada latar belakang akademik dalam bidang perbankan tetapi oleh kerana moti-vasi kewangan yang lumayan, seseorang itu boleh memilih kerja tersebut.

Motivasi lokasi

Walaupun gaji yang kurang lumayan, seseorang itu boleh memilih kerja oleh kerana lokasi kerja yng senang un-tuk di akses. Sebagai Contohnya seseorang yang ingin beker-ja dekat bersama ahli keluarga seperti. Jika indivitu tersebut dapat bekerja lokasi yang dekat dengan keluarga prestasi kerja akan meningkat dan apabila diletakkan berjauhan pres-tasi kerjaya menurun.

Motivasi kepuasan

Motivasi kepuasan boleh dilihat apabila seseorang itu rasa seronok bila melaukukan kerja yang dipilih. Con-tohnya jika seseorang rasa seronok bekerja kerana dapat membantu klien atau pelanggan beliau akan rasa gembira dengan kerja tersebut walaupun mungkin gaji yang diterima kurang setimpal.

Motivasi rutin

Motivasi rutin bermaksud seseorang itu tidak bosan dengan melakukan kerja yang sama pada setiap msa. Malah individu seperti ini akan rasa gembira dan selesa dengan kerjanya walaupun dalam tempoh masa yang lama. Con-tohnya individu yang suka bekerja di makmal melakukan uji kaji tidak pernah rasa bosan melakukan rutin yang sama.

Motivasi budaya kerja

Budaya kerja dapat dilihat dari sudut yang positif. Sebagai contoh bekerja di tempat yang mementingkan kuali-ti memerlukan seseorang pekerja yang amat teliti dalam setiap kerja yang dihasilkan. Budaya ini telah wujud di sesua-tu organisai. Oleh itu anda perlu tahu dan menerima budaya

tersebut jika bekerja di tempat yang mementingkan sesuatu budaya kerja.

Motivasi keselamatan

Motivasi keselematan mungkin menjadi faktor pem-ilihan kerja oleh setiap orang. Tempat kerja yang selamat dari segi kestabilan ekonomi, kurang potensi diberhentikan kerja, mempunyai kemudahan perubatan dan juga mempu-nyai simpanan selepas pencen mungkin menjadi faktor uta-ma pemilihan kerja. Bekerja di sektor awam, badan-badan berkanun atau swasta yang memberikan jaminan kesela-matan ini akan menjadi daya tarikan seseorang memilih sesuatu pekerjaan.

Motivasi kreativiti

Seorang yang kreatif atau inginkan sesuatu yang mengikut citarasa atau idea baru perlu mencari tempat kerja yang bersesuaian dengan faktor ini. Motivasi ini membole-hkan seseorang pekerja dapat menghasilkan sesuatu yang baru. Contohnya pekerjaan sebagai seorang penulis skrip memerlukan seorang yang kreatif dan sentiasa mencari idea-idea baru.

Motivasi autonomi

Motivasi autonomi bermaksud seseorang yang suka bekerja dengan mempunyai kuasa atau pengaruh dalam ker-jaya tersebut. Contohnya seseorang yang bekerja sendiri seperti berniaga mereka mempunyai autonomi untuk mem-buat keputusan dan bebas ingin membawa hala tuju kerjaya mereka. Seseorang yang sukakan autonomi perlu memasti-kan kerjaya yang dipilih mempunyai autonomi supaya seseorang itu dapat memilih kerjaya terbaik.

Sumber Rujukan

Fatimahtul, Z. N. (2003). Mengenal Pasti Faktor Yang Mempengaruhi Perancangan Kerjaya. Universiti Malaysia Sarawak.

Holland, J. L. (1973). Making vocational choices: A theory of

careers. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York:

Harper.