Faktor Peperangan Dalam Tamadun-SEJARAH 1

download Faktor Peperangan Dalam Tamadun-SEJARAH 1

If you can't read please download the document

Transcript of Faktor Peperangan Dalam Tamadun-SEJARAH 1

Faktor Peperangan Dalam Tamadun AwalHuraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia. Pengenalan : Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulankumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia. Isi : Pembentukan dan perluasan empayar :Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom. Masalah sempadan :Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadansempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di

mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan. Menguasai Sumber Ekonomi :Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumbersumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. Mengatasi pemberontakan :Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat penentangan. Melindungi Ekonomi Perniagaan :Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Faktor Agama :Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist). Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar) Kepentingan peribadi seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang Actium Kesimpulan :Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah dunia.

Pemikir

Ketenteraan

China

pada zaman Dinasti Sung (1078 M) telah dihasilkan 7 buah buku ketenteraan. antaranya adalah:

1. Kaedah Ssu-ma Fa a) blh diterjemah sebagai kaedah peperangan. b) keseluruhan membincangkan tentang undang2, peraturan, dasar2 kerajaan, organisasi ketenteraan, pentadbiran tentera, disiplin, nilai2 asas, strategi agung dan strategi. 2. Seni Peperangan Sun-Tzu a) karya tertua dan mempunyai maklumat terbanyak tentang hal2 ketenteraan. b) saiz buku amat kecil dan hanya mengandungi 6 000 perkataan. terdiri drp 13 bab. teknik2 tersebut adalah: anggaran peperangan perlu diselidik secara teliti sbp soal hidup mati rakyat. penting mempertimbangkan alasan moral utk berperang. melancarkan peperangan yg penting keenangan bukan tempoh berperang. ketika berperang, adlh lbh baik utk menawan musuh dr memusnahkan negara mereka. kedamaian lbh ptg dr kekerasan. strategi menyerang pembentukan watak daya tenaga kelemahan dan kekuatan menjalankan muslihat sembilan pemboleh ubah perjalanan kawasan tanah sembilan jenis muka bumi serangan menggunakan api tidak blh guna peperangan api kecuali terdesak dan tidak blh dielakkan lg. menggunakan tali barut c) guna tentera utk pukulan maut musuh. d) guna perisik sblm berperang. elak berperang dengan perasaan

marah. mengutamakan kepentingan rakyat lebih dari segalanya. e) sebarkan khabar angin/hasut. f) kegiatan subversif bg memisahkan musuh dr sekutunya. g) buku ini tlh dikaji dan digunakan olh Napoleon Bonaparte, Nazi Jerman, Ahli2 Teori China, Jepun dan Korea. selama 200 thn ia dianggap sbg buku ketenteraan yg plg penting di asia. 3. Wu-tzu mengandungi 6 bab.memfokos hal2 kritikal ketenteraan. 4. Wei Liao-tzu merupakan strategi handal. mengintegrasi rakyat awam dan tentera utk kekal keamanan. 5. Enam Rahsia Pengajaran Tai Kung arahan2 ketenteraan kpd raja2 Wen dan Wu dr Dinasti Chou. 6. Tiga Strategi Huang Shih-kung memfokus kpd pentadbiran kerajaan, ketenteraan dan kawalan. 7. Soal Jawab antara Tang Taitsung dan Li Wei-kung teori2 dlm buku ini tlh diuji dlm peperangan2 yg kritikal.

Sun TzuNovember 6, 2008Jelaskan taktik dan strategi peperangan yang disarankan oleh Sun Tzu dalam buku Seni Peperangan. Pendahuluan :Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam tamadun China. Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera kerajaan Wu dan pernah menewaskan negeri Chu dan Ying. Buku yang dihasilkan Seni Peperangan merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan tertua.Buku ini mengandungi 6000 perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan 13 taktik dan strategi. Isi :

Strategi Anggaran :

Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum melancarkan peperangan. Lima perkara harus di pertimbangkan dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim, kepimpinan dan pengendalian peperangan.

Melancarkan Peperangan :

Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat.

Strategi Menyerang :Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa peperangan berlarutan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran ketenteraan dan mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila tidak patut berbuat demikian. Strategi Serangan Menggunakan Api :

Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.

Strategi Menggunakan Tali Barut :

Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik.

Kesimpulan :

Idea yang dikemukan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin barat dan dikaji oleh pakar-pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun hingga kini. Idea beliau paling penting di Asia dan digunakan selama 200 tahun. PENTADBIRAN KETENTERAAN TAMADUN INDIA SEBELUM ISLAM

Huraikan Struktur Pentadbiran Ketenteraan Dalam Tamadun India Sebelum Islam. A. PENGENALAN: (a) Organisasi ketenteraan merujuk kepada perkara perkara berikut: 1. Jenis jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki ( infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua. 2. Pentadbiran tentera/logistik. 3. Strategi peperangan. 4. Taktik peperangan. 5. Teknologi senjata. (b) Pengenalan kepada tamadun India.

(c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India. B. ISI ISI PENTING. 1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Terdapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintip, anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebut satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Maurya menakluki sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang. 2.Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Buddhisme. Raja Bimbasara dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar. 3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika menghadapi serangan daripada penakluk penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukkan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tentera musuh. 4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap. 5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuan kepada askar askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalam menyediakan makanan bagi para tentera. 6. Pada zaman pertengahan, tentera mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golongan bangsawan feudal. 7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India. 8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh. 9. Peranan pendeta dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagai upacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi.

10. Pemusatan kuasa ketenteraan di tangan maharaja. C. KESIMPULAN: Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden adalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.

Ketenteraan Tamadun AwalDengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan dalam peperangan. Pendahuluan :Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alatalat senjata serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik. Isi : Strategi Pertahanan :Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota Rajagraha, ibu kota Magadha. Strategi Menjalani Perikatan Tentera :Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu. Strategi Penyerangan Secara Langsung :Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan.

Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean. Strategi Pengepungan :Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib. Kesimpulan :Kejayaan sesuatu peperangan bergantung kepada beberapa strategi yang berbeza berasaskan keadaan semasa.