FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELAJAR ALIRAN ... · v ABSTRAK Enrolmen pelajar di peringkat...
Transcript of FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELAJAR ALIRAN ... · v ABSTRAK Enrolmen pelajar di peringkat...
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ENROLMEN PELAJAR ALIRAN
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
MOHD EFFENDI BIN JAMLOS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Husein Onn Malaysia
JUN 2012
v
ABSTRAK
Enrolmen pelajar di peringkat menengah bagi pendidikan teknik dan vokasional
memainkan peranan yang penting dalam persediaan Malaysia ke arah mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020 dari segi penyediaan tenaga kerja mahir
dan separa mahir. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti sejauh mana faktor minat
pelajar terhadap aliran, jurusan yang ditawarkan dan pengaruh keluarga dalam
mempengaruhi enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Sampel kajian
terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik dan
sekolah menengah vokasional. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif yang
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian yang
diperolehi dianalisis untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap aliran dan jurusan yang ditawarkan
berada pada tahap tinggi dan minat pelajar disebabkan oleh pengaruh keluarga pula
berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi enrolmen pelajar pendidikan
teknik dan vokasional. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), pihak
sekolah dan pihak swasta perlu mewujudkan kerjasama strategik dalam usaha
meningkatkan enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional.
vi
ABSTRACT
The enrolment of students in secondary schools for technical and vocational schools
plays a major role in preparing Malaysia towards the status of a developed country
by the dawn of 2020 in terms of preparing the workforce of skilled and semi skilled
workers. The objective of this research is to identify how far does the factor of
interest towards the discipline, courses provided and family influence in determining
the enrolment of students to technical and vocational education. The samples for this
research consisted of 200 form four students of technical and vocational schools.
This research is a descriptive observation that makes use of survey forms as the
instrument for data collection. The data acquired is analyzed to get the mean,
percentages and frequencies. The finding shows that, the interest of the students
towards the discipline and courses provided is at the higher level as compared to the
influence of family, which is in the middle level; in influencing student’s enrolment to
taking technical and vocational education. Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV), school and the private sector should create a strategic
collaboration in the effort of increasing the enrolment of students into the technical
and vocational education.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Tujuan Kajian 4
1.5 Kerangka Konsep 5
1.6 Objektif Kajian 6
1.7 Persoalan Kajian 6
1.8 Kepentingan Kajian 6
1.9 Skop Kajian 8
viii
1.10 Batasan Kajian 8
1.11 Definisi Istilah 8
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sistem Pendidikan Di Malaysia 11
2.3 Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan
Teknik dan Vokasional Di Malaysia 15
2.4 Pendidikan Teknik dan Vokasional 17
2.5 Enrolmen Pelajar Pendidikan Teknik dan
Vokasional 20
2.6 Minat Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional 22
2.7 Minat Pelajar Terhadap Jurusan Yang Ditawarkan
Oleh Pendidikan Teknik dan Vokasional 26
2.8 Keluarga Mempengaruhi Minat Pelajar
Terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional 28
2.9 Sistem Pengambilan Pelajar Pendidikan
Teknik dan Vokasional 31
2.10 Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional Dalam
Pembangunan Modal Insan 33
2.11 Cabaran Pendidikan Teknik dan Vokasional 38
2.12 Strategi Mengatasi Masalah Enrolmen Pelajar
Pendidikan Teknik dan Vokasional 40
ix
2.13 Perkembangan Terkini Pendidikan Teknik dan
Vokasional 50
2.14 Kesimpulan 58
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 59
3.2 Rekabentuk Kajian 59
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 60
3.4 Instrumen Kajian 61
3.5 Kajian Rintis 64
3.5.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan 64
3.6 Pengumpulan Data 66
3.7 Kerangka Operasi Kajian 67
3.8 Kaedah Analisis Data 69
3.9 Andaian Kajian 70
3.10 Kesimpulan 70
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 71
4.2 Analisis Data Demografi Responden 71
4.3 Analisis Minat Pelajar Secara Keseluruhan 75
4.4 Analisis Skor Min 76
4.4.1 Analisis Minat Pelajar Terhadap Aliran
Pendidikan Teknik dan Vokasional 77
4.4.2 Analisis Minat Pelajar Terhadap Jurusan
Yang Ditawarkan 79
x
4.4.3 Analisis Pengaruh Keluarga Terhadap
Minat Pelajar 81
4.5 Kesimpulan 83
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 85
5.2.1 Minat Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional 86
5.2.2 Minat Pelajar Terhadap Jurusan Yang
Ditawarkan 88
5.2.3 Minat Pelajar Dipengaruhi Oleh Faktor
Keluarga 91
5.3 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 93
5.4 Kesimpulan 94
RUJUKAN 95
LAMPIRAN 101
xi
SENARAI JADUAL
2.1 Kos Setiap Pelajar Mengikut Tahap Pendidikan Setiap Tahun 18
2.2 Peratus Enrolmen Pelajar Aliran Pendidikan Teknik dan
Vokasional Berbanding Pelajar Menengah Atas 22
2.3 Kolej Vokasional (KV) Kementerian Pelajaran Malaysia 51
2.4 Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 53
3.1 Populasi dan Sampel Kajian 61
3.2 Nilai Pekali Alpha Cronbach 65
3.3 Kaedah Analisis Data 69
3.4 Interpretasi Skor Min 70
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 72
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 72
4.3 Taburan Mata Pelajaran dan Peratus Pencapaian Responden
Mengikut Gred Penilaian Menengah Rendah (PMR) 73
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendidikan Tertinggi Bapa
Responden 73
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendidikan Tertinggi Ibu
Responden 74
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendapatan Bulanan Bapa
Responden 74
4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendapatan Bulanan Ibu
Responden 75
xii
4.8 Analisis Minat Pelajar Secara Keseluruhan 76
4.9 Skor Min Minat Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan Teknik
Dan Vokasional 77
4.10 Skor Min Minat Pelajar Terhadap Jurusan Yang Ditawarkan 79
4.11 Skor Min Minat Pelajar Oleh Faktor Pengaruh Keluarga 81
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Jadual Untuk Menentukan Saiz Sampel Dari Populasi 101
B Borang Soal Selidik 103
C Surat Kebenaran Dan Pengesahan Pakar 113
D Analisis Data Menggunakan SPSS 123
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konsep 5
2.1 Sistem Persekolahan Di Malaysia 14
2.2 Laluan Pendidikan Bagi Pelajar Pendidikan Teknik dan
Vokasional 19
2.3 Unjuran Enrolmen Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional 21
2.4 Laluan Pendidikan dan Laluan Kerjaya Pelajar Aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional 32
2.5 Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama (%) 35
2.6 Unjuran Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama (%) 36
2.7 Penstrukturan SMT dan SMV 44
2.8 Transformasi Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional 45
2.9 Penstrukturan Semula Teori dan Amali Bagi Aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional 48
3.1 Skala dan Arahan Menjawab Soalan Soal Selidik 63
3.2 Kerangka Operasi Kajian 68
xiv
SENARAI SINGKATAN
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
CIAST - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
ETP - Program Transformasi Ekonomi
JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KV - Kolej Vokasional
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
NOSS - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
PAV - Pendidikan Asas Vokasional
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
TPV - Transformasi Pendidikan Vokasional
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Enrolmen diertikan sebagai bilangan orang yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di
institusi (Kamus Dewan, 2005). Enrolmen pelajar yang tinggi dalam pendidikan
teknik dan vokasional adalah penting dalam usaha negara melahirkan pekerja mahir
dan separa mahir bagi mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi.
Pendidikan teknik dan vokasional telah berubah dan berkembang bagi mencapai
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian,
sekali gus negara maju (Marzuki dan Mat Som, 1999).
Jumlah pengambilan pelajar pendidikan teknik dan vokasional setiap tahun
berada di bawah jumlah enrolmen yang sepatutnya. Perancangan secara bersepadu
perlu dirancang agar masalah kekurangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional
dapat di atasi. Ini bersesuaian dengan pendapat yang menyatakan bahawa “Latihan
Vokasional, Teknikal memerlukan perancangan awal” (Mohd Yusof, 2010). Oleh itu,
minat pelajar terhadap pendidikan teknik dan vokasional perlu disemai sejak sekolah
rendah atau menengah rendah lagi.
Pendidikan teknik dan vokasional bukanlah semata-mata bertujuan untuk
memberi latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar, tetapi ia juga cenderung kepada
memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berminat melanjutkan
pelajaran bolehlah mencari peluang pekerjaan berdasarkan kemahiran yang
diperolehi semasa mengikuti pendidikan teknik dan vokasional.
Pada masa ini, kebanyakan pelajar di Malaysia masih kurang berminat
mengikuti pendidikan teknik dan vokasional kerana masih menganggap sebagai
sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar yang tercicir dalam akademik
semata-mata. Isu seperti kesesuaian umur, reputasi dan tanggapan masyarakat
2
terhadap pendidikan vokasional sebagai tempat pelajar yang cicir perlu diteliti
(Hashim,2010). Tanggapan negatif ini secara tidak langsung akan memberi kesan
kepada minat pelajar untuk mengikuti pendidikan teknik dan vokasional seterusnya
menyebabkan enrolmen pelajar berada di bawah jumlah enrolmen yang sepatutnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kekurangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional kini di peringkat kritikal
(Harun, 2009). Negara maju seperti Jerman melahirkan 70% pelajarnya dalam
bidang pendidikan teknik dan vokasional, manakala negara-negara membangun
seperti Indonesia, India dan China pula melatih 50% daripada keseluruhan pelajarnya
dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (Harun, 2009).
Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan pelajar yang mengikuti
pendidikan vokasional, teknik dan kemahiran sebanyak 10% kepada 20% menjelang
Tahun 2015 (Yassin, 2010). Majlis Perdagangan Malaysia mendapati penawaran
pendidikan teknik dan vokasional dijangka menghadapi defisit sebanyak 127,729
tempat menjelang tahun 2000 berbanding permintaan (Yusuf & Ismail,1997). Oleh
itu, enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional perlu dipertingkatkan.
Enrolmen pelajar untuk mengikuti pendidikan teknik dan vokasional amat
penting dalam membuat persediaan ke arah Malaysia mencapai status negara maju
yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dari segi penyediaan tenaga kerja
mahir dan separa mahir. Negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.3. juta pekerja
mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan industri negara (Yassin,
2010). Pada Tahun 2010, enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional adalah
seramai 67,000 orang pelajar dan sasaran enrolmen menjelang tahun 2015 ialah
134,000 orang pelajar (BPTV, 2010). Enrolmen ini melibatkan jumlah pelajar
sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah
harian yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV).
Hakikatnya, enrolmen pelajar di sekolah menengah bagi pendidikan teknik
dan vokasional masih jauh ketinggalan walaupun kerajaan telah melaksanakan
pelbagai usaha. Jumlah pelajar aliran vokasional negara masih kecil berbanding
negara lain (Yassin, 2010).Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini
3
terjadi. Faktor yang pertama ialah pelajar yang tidak berminat mengikuti aliran
pendidikan teknik dan vokasional. Dengan kata lain, ia adalah aliran pendidikan
kelas kedua bukannya aliran perdana. Anggapan masyarakat bahawa aliran ini
sebagai kelas kedua berbanding aliran lain perlu diubah di kalangan masyarakat
(Zarkashi, 2010). Selain itu, pelajar yang tidak berminat terhadap jurusan yang
ditawarkan oleh pendidikan teknik dan vokasional. Ini berkemungkinan jurusan yang
disediakan gagal menarik minat pelajar berdasarkan keperluan pekerjaan semasa
negara. Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperluaskan pendidikan vokasional
dan kursus kemahiran yang ditawarkan akan dipastikan memenuhi pasaran pekerjaan
(Zarkashi, 2010). Penerimaan masyarakat dalam penulisan ini adalah merujuk
kepada pengaruh keluarga. Anggapan negatif oleh mereka terhadap pendidikan
teknik dan vokasional juga mempengaruhi minat pelajar dan menyumbang kepada
berkurangnya enrolmen pelajar. Isu seperti kesesuaian umur, reputasi dan tanggapan
masyarakat terhadap pendidikan vokasional sebagai tempat pelajar yang cicir perlu
diteliti (Hashim, 2010). Anggapan masyarakat bahawa aliran ini sebagai kelas kedua
berbanding aliran lain perlu diubah di kalangan masyarakat (Zarkashi, 2010).
1.3 Pernyataan Masalah
Jumlah pengambilan pelajar pendidikan teknik dan vokasional setiap tahun berada di
bawah jumlah enrolmen yang sepatutnya. Isu kekurangan pelajar pendidikan teknik
dan vokasional tidak seharusnya dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Ini adalah
kerana hanya seramai 35,000 orang pelajar yang mengikuti aliran ini iatu 7%
daripada keseluruhan pelajar bagi setiap kohort (Harun, 2009). Kadar purata
enrolmen pelajar yang memasuki pendidikan teknik dan vokasional di peringkat
menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan
(OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia (ADaP, 2010).
Kadar penyertaan di sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional
ialah 7% daripada jumlah enrolmen kohort tingkatan 4 iaitu angka yang rendah
berbanding kadar penglibatan murid di negara-negara maju seperti Jerman, Perancis
dan Itali meliputi penyertaan melebihi 60 peratus (Sipon, 2001). Oleh itu, adalah
sangat penting bagi kita mengetahui faktor yang mempengaruhi enrolmen pelajar
4
pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah. Hasil kajian akan dapat
dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha meningkatkan enrolmen pelajar
pendidikan teknik dan vokasional.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini ialah untuk mengenalpasti faktor
yang mempengaruhi enrolmen pelajar aliran pendidikan teknik dan vokasional.
Kajian memfokuskan terhadap minat pelajar terhadap pendidikan teknik dan
vokasional dari aspek aliran, penawaran jurusan dan pengaruh keluarga.
5
1.5 Kerangka Konsep
Rajah 1.1: Kerangka Konsep
Rajah 1.1 di atas menunjukkan kerangka konsep bagi penyelidikan yang dijalankan.
Kajian yang dijalankan melibatkan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat
menengah. Aliran ini terbahagi kepada bidang teknikal, vokasional dan kemahiran.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui hubungan di antara faktor minat pelajar
dengan aliran, penawaran jurusan dan pengaruh keluarga dalam mempengaruhi
enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah.
Faktor Yang Mempengaruhi Enrolmen Pelajar
Teknikal Vokasional Kemahiran
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Aliran
Jurusan ditawarkan
Pengaruh keluarga
6
1.6 Objektif Kajian
Di akhir kajian, diharapkan agar dapat:
i. Mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap aliran
mempengaruhi enrolmen pelajar aliran pendidikan teknik dan
vokasional.
ii. Mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap jurusan yang
ditawarkan mempengaruhi enrolmen pelajar pendidikan teknik dan
vokasional.
iii. Mengenalpasti sejauh mana keluarga mempengaruhi minat pelajar
terhadap pendidikan teknik dan vokasional dalam meningkatkan
enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional.
1.7 Persoalan Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa
persoalan kajian seperti berikut:
i. Adakah minat pelajar terhadap aliran mempengaruhi enrolmen pelajar
aliran pendidikan teknik dan vokasional?
ii. Adakah minat pelajar terhadap jurusan yang ditawarkan mempengaruhi
enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional?
iii. Adakah keluarga mempengaruhi minat pelajar terhadap pendidikan
teknik dan vokasional dalam meningkatkan enrolmen pelajar
pendidikan teknik dan vokasional?
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi tujuan memberikan maklumat dan pandangan kepada
beberapa pihak. Pihak yang dimaksudkan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) khususnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), pihak yang
membuat dasar dan masyarakat amnya.
7
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan
maklumat berkenaan punca enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional
begitu kecil peratusannya berbanding jumlah keseluruhan pelajar sekolah menengah.
Daripada kajian ini, diharapkan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) dapat merancang strategi yang diperlukan agar dapat meningkatkan kadar
enrolmen pelajar yang mengikuti aliran ini. Kajian yang dijalankan ini juga dapat
membantu kerajaan dalam usaha merancang dan membuat dasar khususnya dasar
yang melibatkan pendidikan teknik dan vokasional.
Kerajaan melalui dasar yang digubal diharapkan dapat melahirkan pekerja
mahir dan separa mahir untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Pekerja mahir
dan separa mahir memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan
ekonomi yang mapan seterusnya memenuhi hasrat negara untuk mencapai status
negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini adalah selari dengan
pandangan Hassan dan Salleh (1995) iaitu "Pendidikan vokasional semakin penting
dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Di mana-mana negara yang
sedang pesat membangun keperluan tenaga profesional dan separa profesional amat
diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka adalah
teras pembangunan".
Selain itu, masyarakat melalui institusi kekeluargaan akan dapat mengetahui
peranan mereka dalam mewujudkan minat pelajar yang mana dapat meningkatkan
enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Masyarakat perlu tahu bahawa
melalui pendidikan teknik dan vokasional akan dapat meningkatkan taraf hidup
sosial mereka. Taraf hidup sosial dapat ditingkatkan melalui peluang-peluang
pekerjaan sama ada tenaga kerja mahir atau separa mahir. Oleh itu, mereka perlulah
berusaha mewujudkan minat pelajar dalam usaha meningkatkan enrolmen pelajar
pendidikan teknik dan vokasional. Persepsi yang negatif terhadap aliran ini perlulah
diperbetul. Ini dapat dilakukan dengan memberikan mereka input-input yang betul
dan tepat. Kajian yang dijalankan ini dapat memberikan gambaran kepada pihak
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) berkenaan dengan tanggapan
masyarakat pada masa kini. Justeru itu, tindakan yang bersesuaian dapat diambil.
8
1.9 Skop Kajian
Kajian ini hanya menumpukan kepada aspek minat pelajar terhadap aliran, jurusan
yang ditawarkan dan pengaruh keluarga dalam mempengaruhi enrolmen pelajar
pendidikan teknik dan vokasional. Responden yang terlibat dalam penyelidikan ini
ialah pelajar tingkatan 4 yang sedang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di
sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional di dalam Daerah
Kuantan.
1.10 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada faktor-faktor yang mempengaruhi
enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah sahaja.
Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat yang
mengikuti pendidikan teknik dan vokasional. Faktor yang dikaji hanyalah melibatkan
minat pelajar terhadap aliran, minat terhadap jurusan yang ditawarkan dan pengaruh
keluarga terhadap minat pelajar untuk mengikuti pendidikan teknik dan vokasional.
1.11 Definisi Istilah
1.11.1 Enrolmen
Enrolmen diertikan sebagai bilangan orang yang mendaftarkan diri sebagai
pelajar di institusi (Kamus Dewan, 2005). Menurut penyelidik, enrolmen
merujuk kepada pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di
peringkat menengah iaitu tingkatan 4 dan 5.
1.11.2 Minat
Minat ialah keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu (Kamus
Dewan, 2005). Minat yang dimaksudkan merujuk kepada faktor yang
mendorong pelajar bagi mengikuti pendidikan teknik dan vokasional untuk
mengetahui, mempelajari dan menceburi sesuatu perkara yang menjuruskan
mereka kepada pilihan yang diingini.
9
1.11.3 Pendidikan teknik dan vokasional
Pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan
barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan,
sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana
menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (Kamus
Dewan, 2000). Dalam kajian ini, ia membawa maksud aliran yang perlu
diikuti oleh pelajar di mana merangkumi aspek teori dan amali (kemahiran).
1.11.4 Jurusan
Jurusan ialah bahagian pengajian (ilmu pengetahuan) (Kamus Dewan, 2005).
Jurusan yang dimaksudkan oleh penyelidik ialah sebarang jurusan yang
diikuti oleh pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Jurusan yang
dimaksudkan terdiri daripada aliran teknikal, aliran vokasional dan aliran
kemahiran.
1.11.5 Penerimaan
Penerimaan bererti sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan (Kamus
Dewan, 2005). Menurut penyelidik, penerimaan adalah merujuk kepada
persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pendidikan teknik dan vokasional berkait rapat dengan penyediaan tenaga kerja yang
berkemahiran iaitu tenaga mahir dan separa mahir yang berketrampilan tinggi dan
berdaya saing. Bagi memenuhi aspirasi tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) merupakan salah satu kementerian yang telah dipertanggungjawabkan.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang menerajui pendidikan
teknik dan vokasional bertanggungjawab untuk tujuan tersebut. Langkah
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) diambil bagi menyokong agenda
transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga mahir dan terlatih
(Zarkashi, 2011). Mereka amat diperlukan oleh pihak industri terutamanya dalam
meningkatkan daya saing, inovasi dan sebagainya selain ia melibatkan penggunaan
teknologi tinggi.
Pendidikan teknik dan vokasional mempunyai peranan untuk mengubahsuai
sistem pendidikan sekarang dan membina sistem baru bagi menampung keperluan
pekerjaan masa hadapan. Segala perubahan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan
kerjasama pihak industri. Kurikulum yang ada sekarang juga perlu dikaji dengan
teliti. Kurikulum yang berorentasikan peperiksaan sepatutnya di gantikan dengan
kurikulum berorentasikan industri. Kurikulum yang digubal selaras dengan kehendak
dan perubahan yang berlaku di dalam industri (Abu Bakar, Hamzah & Udin, 2011).
Perubahan tersebut perlu fleksibel dalam lima aspek iaitu pengurusan proses
pendidikan vokasional, kurikulum, penilaian, cara penyampaian dan tenaga pengajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka transformasi bagi
pendidikan teknik dan vokasional. Jika SMV berjaya ditransformasikan dan persepsi
negatif masyarakat berubah ia akan menepati Bidang Keberhasilan Utama Negara
yang disasarkan Perdana Menteri yang mahu melihat kemasukan 100 peratus ke
11
SMV tercapai (Zarkashi, 2010). Sehubungan itu, enrolmen pelajar pendidikan teknik
dan vokasional perlu ditingkatkan terutamanya di peringkat menengah. Peringkat
menengah adalah penting kerana ia akan menjadi asas kepada pelajar dalam memilih
aliran di peringkat tertiari.
2.2 Sistem Pendidikan Di Malaysia
Sistem pendidikan telah diberikan perhatian utama oleh kerajaan sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun l957. Pendidikan negara telah mengalami evolusi
sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah
melalui lima fasa.
Fasa yang pertama ialah Zaman Pra merdeka (sebelum 1957). Semasa
penjajahan British, pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular
Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil (Marzuki & Mat
Som, 1999). Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum
yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul
kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan
beberapa laporan. Di antaranya ialah Laporan Barnes (1951) yang bertujuan untuk
menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu. Laporan Barnes
1950 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu
kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II
pada tahun 1946 (Marzuki & Mat Som, 1999). Laporan Fenn-Wu 1951 adalah
bertujuan untuk menyemak pendidikan kaum Cina. Ordinan Pelajaran 1952 pula
bertujuan untuk mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan dan ia adalah impak daripada hala tuju Laporan Barnes
1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat untuk dicapai (Mior
Jamaluddin, 2011). Manakala, Laporan Razak 1956 pula bertujuan untuk meletakkan
asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui
sistem pelajaran kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang
sama bagi semua sekolah.
12
Fasa yang kedua ialah Zaman Pasca Merdeka (1957-1970). Sebaik mencapai
kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran
kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan
Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan
ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan yang
positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara (Nordin,1994).
Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun
1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran
1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada
semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama
untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962
dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar
ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun
apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun
1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar
penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat
perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara
berperingkat mulai tahun 1992.
Fasa yang ketiga ialah Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Dasar
Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Ahmad &
Goolamally, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan
peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga sistem
pendidikan kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan
bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata
pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.
13
Pendidikan sains dan teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi
menghasilkan tenaga kerja mahir. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan
dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan
sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut
ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di
luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal pada
tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah
ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Fasa yang keempat ialah Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000).
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan
negara. Dalam Rancangan Malaysia ke-7, terutama dalam sektor pendidikan,
kerajaan merangka untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia.
(Mior Jamaluddin, 2011). Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan
diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan
dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan seperti
peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari, perkembangan
ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999,
menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma, menaiktarafkan
Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan
menaiktarafkan sekolah menengah vokasional kepada sekolah menengah teknik.
Fasa yang kelima ialah Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Negara
juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
atau K-ekonomi (PIPP, 2006). Pada zaman ini sistem pendidikan kebangsaan
diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan
mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan
pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program
utama. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara
ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004.
Dengan pembahagian ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan
14
kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah
(sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah teknik, sekolah menengah
vokasional, sekolah menengah kebangsaan Agama dan sekolah pendidikan khas),
matrikulasi dan pendidikan guru.
Pendidikan teknik dan vokasional terletak di peringkat menengah atas iaitu
tingkatan 4 dan 5. Selain itu, pelajar perlu memilih mata pelajaran pengkhususan
bermula daripada tingkatan 4 berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan ini termasuklah pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan
vokasional. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar berada dalam sistem pendidikan
selama 11 tahun bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran dalam bidang
tertentu sebagai persediaan ke alam pekerjaan.
Rajah 2.1: Sistem Persekolahan Di Malaysia
Adaptasi Dari Sumber: Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke
Arah Pendidikan Berkualiti (2008)
Rajah 2.1 di atas menunjukkan sistem persekolahan di Malaysia yang diamalkan
sehingga kini. Diharapkan agar sistem persekolahan ini dapat melahirkan modal
insan yang berkualiti, mempunyai pemikiran yang kreatif dan intelektual.
MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4-5)
Perkembangan bakat & minat, perkembangan sahsiah,
sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan
MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)
Pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh
semasa di sekolah rendah, perkembangan bakat & minat,
asas pra vokasional, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
TAHAP II RENDAH (TAHUN 4-6)
Pengukuhan dan aplikasi kemahiran
3M, kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan,
perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
KELAS
PERALIHAN
Pengukuhan dan
penguasaan Bahasa
Melayu
TAHAP I (TAHUN 1-3)
Penguasaan 3M, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
PRA SEKOLAH
Proses sosialisasi, perkembangan sahsiah, persediaan ke sekolah rendah
11 tahun
15
2.3 Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional Di
Malaysia
Detik awal kewujudan pendidikan awam bercorak vokasional di Malaysia ialah
dengan penubuhannya Trade School (Sekolah Perdagangan) bagi tujuan pendidikan
pertukangan pada tahun 1926 di Kuala Lumpur. Selepas Trade School ini mendapat
sambutan yang baik, sekolah di kembangkan ke Ipoh pada 1930, Johor Bharu pada
1931 dan Pulau Pinang pada 1932. Sekolah ini pada asasnya mengajarkan asas
pertukangan, baik pulih mesin, pendawaian elektrik dan pembinaan bangunan.
Jangka masa kursus yang ditawarkan pula adalah selama tiga tahun (Kementerian
Pendidikan, 1975)
Semasa Perang Dunia Kedua, sistem persekolahan di Malaysia menghadapi
zaman kegelapannya. Apabila perang tamat, pemerintah British mengubah Trade
School kepada Junior Technical Trade School (Kementerian Pendidikan, 1975).
Sistem sekolah baru ini memperkenalkan bahawa untuk memasuki sekolah ini
pelajar perlu menamatkan sekurang-kurangnya darjah lima Sekolah Melayu dan
darjah tujuh Sekolah Inggeris. Pada tahun 1956 selepas dicadangkan oleh Laporan
Razak, Institut Teknik ditubuhkan bagi meneruskan sistem persekolahan ini. Sistem
lama masih diteruskan (Kementerian Pendidikan, 1975).
Pada tahun 1960 pula, syarat kemasukkan ke Junior Technical Trade School
telah ditingkatkan dimana pelajar diminta menamatkan pendidikan sekolah rendah
selama 9 tahun terlebih dahulu ( Kementerian Pendidikan 1975). Di samping itu juga
beberapa sekolah tambahan untuk orang Melayu telah ditubuhkan. Sekolah ini
diwujudkan di kawasan pedalaman. Sekolah ini pada asasnya mempunyai sistem dan
menawarkan kursus yang hampir sama dengan Trade School (Kementerian
Pendidikan, 1975).
Pada tahun 1960, peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah rendah
telah dimansuhkan. Peperiksaan ini dikenali sebagai Peperiksaan Kemasukkan
Sekolah Menengah Malaya (MSSEE- Malayan Secondary Shcool Entrance
Examination) (Kementerian Pendidikan, 1993). Kesan pemansuhan ini adalah
peningkatan permintaan persekolahan untuk anak-anak daripada ibu-bapa. Satu lagi
kesan daripada pemansuhan ini adalah cadangan penambahan pendidikan teknik dan
vokasional (PTV) di peringkat menengah (Kementerian Pendidikan, 1993). Pada
16
tahun 1965, pendidikan komprehensif diperkenalkan. Semua pelajar akan mendapat
pendidikan am dan diberikan juga penekanan vokasional perindustrian, perdagangan,
pertanian atau sains rumah tangga (Abu Bakar, Hamzah & Udin, 2011).
Peningkatan pelajar dalam persekolahan menengah berlaku dengan cepat
pada tahun enam puluhan. Ini telah membebankan sistem persekolahan menengah.
Justeru itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, suatu dasar yang cuba untuk
mempersiapkan tenaga kerja bagi pelajar yang tamat persekolahan menengah agar
dapat menceburi dunia pekerjaan. Oleh itu pada tahun 1967, sekolah menengah
vokasional telah menggantikan Trade School dan sekolah tambahan pedalaman
(Kementerian Pendidikan, 1975). Menurut sistem ini pelajar yang berjaya dalam
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) boleh memohon memasuki sekolah
menengah vokasional. Pelajar ini akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran
Vokasional Malaysia (SPVM) pada akhir dua tahun pengajian mereka. Pendidikan
vokasional ini berterusan sehingga tahun 1995.
Menjelang tahun 2006, perlaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV)
diperluaskan di sekolah menengah harian. Matlamat mata pelajaran vokasional ini
ialah untuk melahirkan pelajar yang “berkemahiran dalam bidang usaha yang releven
dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan
perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih tinggi’ (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Kurikulum mata pelajaran vokasional
berhasratkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan
dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan
meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum
berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan
ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang berguna dalam kehidupan harian dan alam
pekerjaan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Mata pelajaran vokasional
ditawarkan secara berperingkat sehingga 22 mata pelajaran kemahiran dalam lima
bidang usaha dilaksanakan berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga
tahun 2005.
Bagi tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan untuk
membina sebanyak 122 sekolah awam berbanding 70 sekolah kini dan 90 sekolah
vokasional swasta menerusi pelan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Voktek) yang bakal bermula pada 2013. Selain itu, sekolah menengah vokasional
17
juga bakal dikenali sebagai kolej vokasional bagi pelajar menengah atas menerusi
pelan ini. (Berita Harian, Mei 2011).
2.4 Pendidikan Teknik dan Vokasional
Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional juga berpunca daripada perakuan
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Laporan ini menegaskan:
“Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan penyertaan
yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan pendidikan
teknik dan vokasional menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah
diperakukan supaya pendidikan teknik dan vokasional hendaklah diperluaskan dan
dimajukan lagi.”
( Perakuan 111, hlm. 253 )
Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini juga selaras dengan matlamat
pendidikan negara yang bertujuan:
“ …..untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama
ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang.”
( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hlm. 1 )
Perakuan tersebut membuktikan bahawa pendidikan teknik dan vokasional
telah lama berkembang di Malaysia dan ia sentiasa mendapat perhatian oleh
kerajaan. Aliran ini dibentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran asas vokasional dan teknikal.
Pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai “Formal education
designed to prepare for skilled occupation in industry, agriculture and commerce,
generally at secondary level” atau “Formal education designed to provide
knowledge and skills underlying production process with a wider connotation then
vocational education at secondary or higher level” (Mat Isa, 2004).
Daripada definisi yang diberikan di atas, pendidikan teknik dan vokasional
merupakan pendidikan formal peringkat sekunder atau tertiari yang menerapkan
unsur pengetahuan dan kemahiran agar dapat menyediakan tenaga kerja yang
18
mempunyai kemahiran bagi memenuhi peluang pekerjaan di sektor industri,
pertanian dan perusahaan.
Pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan
barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan. Pendidikan
vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang
diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (Kamus Dewan, 2000).
Kos pembiayaan/pelaksanaan pendidikan teknik dan vokasional di negara ini
diperolehi daripada kerajaan pusat dan disalurkan melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Kerajaan akan menambah peruntukan dalam belanjawan negara
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membina lebih banyak lagi sekolah
menengah teknik (SMT) di seluruh Negara (Emat, 2005).
Jadual 2.1: Kos Setiap Pelajar Mengikut Tahap Pendidikan Setiap Tahun
Sumber: Dasar dan Alternatif Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia: Satu Saranan
dan Cadangan (2007)
TAHAP PENDIDIKAN KOS SETIAP PELAJAR SETAHUN (RM)
Pendidikan rendah 958.00
Pendidikan menengah 1410.00
Pendidikan asrama penuh 6428.00
Pendidikan teknik dan vokasional 3080.00
Pendidikan tinggi (teknologi & kejuruteraan) 11,773.75
Jadual 2.1 di atas menunjukkan peruntukan kerajaan bagi setiap pelajar mengikut
peringkat pendidikan setahun. Peringkat pendidikan bermula daripada peringkat
rendah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi (pendidikan tertiari).
Sistem pendidikan teknik dan vokasional menawarkan dua aliran
persekolahan iaitu aliran pendidikan teknikal dan aliran pendidikan vokasional.
Pendidikan teknikal bertujuan untuk memberi pendidikan asas dalam bidang sains
dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang
tersebut. Seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang
berkaitan di institut pengajian tinggi. Menurut Marzuki, Siraj & Lee (1993), aliran
pendidikan teknik adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung
kepada bidang teknik di peringkat menengah atas bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik. Manakala,
19
pendidikan vokasional pula bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian,
membina tabiat bekerja khususnya sikap bertanggungjawab dan kesungguhan
bekerja dan membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
teknik dan vokasional. Aliran vokasional pula adalah bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan menengah
atas di mana bidang kursus yang ditawarkan adalah bagi membolehkan pelajar
mendapatkan pengetahuan asas vokasional dan kemahiran untuk membolehkan
mereka mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam
sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian (Marzuki et al., 1993).
Rajah 2.2 : Laluan Pendidikan Bagi Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional
Adaptasi Dari Sumber: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2010)
Institut Pendidikan Tinggi
STPM Matrik
Politeknik
&
Kolej Komuniti
Sekolah Menengah Akademik
Menengah Rendah
Kebangsaan
Dunia Pekerjaan
Diploma
UPSR
PMR
SPM
Teknikal Vokasional Kemahiran
Sekolah Menengah Teknik
SKM
Institut
Latihan
Kemahiran
Kelayakan
Vokasional Sijil
MPV
20
Rajah 2.2 menunjukkan laluan pendidikan bagi pelajar yang mengikuti pendidikan
teknik dan vokasional. Pelajar pendidikan teknik dan vokasional mempunyai peluang
yang sama dengan pelajar aliran lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.
Pengalaman negara maju jelas menunjukkan bahawa kejayaan yang mereka
capai dalam bidang industri adalah dengan memberi tumpuan kepada penghasilan
tenaga kerja teknik dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
berhasrat untuk memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional supaya dapat
menyediakan tenaga kerja mahir dan terlatih bagi membolehkan mereka berperanan
dalam sebuah masyarakat dan negara yang progresif. Negara memerlukan sekurang-
kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan
industri negara (Yassin, 2010).
2.5 Enrolmen Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan pelajar yang mengikuti pendidikan
teknik dan vokasional sebanyak 10% kepada 20% menjelang Tahun 2015 (Yassin,
2010). Secara tidak langsung ia akan menyediakan tenaga kerja mahir dan separa
mahir yang ramai dalam usaha memenuhi permintaan pasaran pekerjaan. Pekerja
mahir dan separa mahir memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan
ekonomi yang mapan seterusnya memenuhi hasrat negara untuk mencapai status
negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Menurut Marzuki & Mat
Som (1999), melalui kebolehan, kemahiran dan usaha rakyat barulah sesebuah
negara boleh maju. Ini adalah penting agar hasrat Malaysia untuk menjadi negara
maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai. Negara maju seperti
Jerman melahirkan 70% pelajarnya dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional,
manakala negara – negara membangun seperti Indonesia, India dan China pula
melatih 50% daripada keseluruhan pelajarnya dalam bidang pendidikan teknik dan
vokasional (Harun, 2009).
Pada tahun 2010, enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional adalah
seramai 67,000 orang pelajar dan unjuran enrolmen menjelang tahun 2015 ialah
134,000 orang pelajar. Enrolmen ini melibatkan jumlah pelajar sekolah menengah
21
teknik, sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah harian yang mengambil
mata pelajaran vokasional.
2010 2011 2012 2013 2014 2015
SMK 32000 33500 39800 46900 59800 75600
SMT/SMV 35000 43200 48000 53600 55200 58400
3500043200
4800053600 55200 58400
3200033500
39800
46900
59800
75600
0
20000
40000
60000
80000
100000
120000
140000
160000
BIL
AN
GA
N P
EL
AJ
AR
TAHUN
SMK
SMT/SMV
67000 76700
87800
100500
115000
134000
Rajah 2.3: Unjuran Enrolmen Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional
Adaptasi Dari Sumber: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2010)
Rajah 2.3 di atas menunjukkan unjuran enrolmen pelajar pendidikan teknik dan
vokasional bagi tahun 2010 sehingga 2015. Unjuran yang dilakukan diharapkan
dapat dicapai agar enrolmen pelajar pendidikan teknik dan vokasional meningkat
sebanyak 100% menjelang tahun 2015.
Penyertaan pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional masih
berada di bawah 10% dan usaha yang lebih giat daripada semua pihak ditagih agar
sasaran 20% penyertaan pelajar dapat dicapai. Walaupun data menunjukkan ada
peningkatan dari segi peratusan enrolmen pelajar, namun jumlahnya masih rendah
berbanding dengan jumlah keseluruhan pelajar yang ada.
22
Jadual 2.2: Peratus Enrolmen Pelajar Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional
Berbanding Pelajar Menengah Atas
Sumber: Dasar Dan Alternatif Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia:
Satu Saranan Dan Cadangan (2007)
1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010
Jumlah pelajar
menengah atas
247,889 333,041 371,760 514,970 693,880 763,618 881,247
Jumlah pelajar
pendidikan teknik
dan vokasional
18,045 20,335 30,940 48,800 60,425 72,838 86,085
Peratus (%)
daripada jumlah
pelajar menengah
atas
7.3 6.1 8.3 9.5 8.7 9.5 9.8
Jadual 2.2 di atas menunjukkan peratus enrolmen pelajar yang mengikuti pendidikan
teknik dan vokasional berbanding dengan jumlah keseluruhan pelajar menengah atas.
Ini membuktikan bahawa sememangnya Malaysia jauh ketinggalan dari segi
peratusan pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional berbanding
dengan negara maju dan negara yang sedang membangun yang lain.
2.6 Minat Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional
Minat sering dikaitkan dengan pengaruh utama seseorang individu untuk
mendapatkan sesuatu yang diingini. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 2003),
minat ialah keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu. Minat
merupakan faktor terpenting dalam menjamin kejayaan seseorang pelajar yang
mengikuti aliran pendidikan teknik dan vokasional kerana ia mempengaruhi
tingkahlaku. Sesuatu yang hendak dilakukan perlulah datang daripada minat dan ia
akan mendorong seseorang individu itu untuk mengikuti aliran pendidikan teknik
dan vokasional dengan bersungguh-sungguh. Aliran yang dibincangkan merujuk
kepada aliran teknikal dan aliran vokasional.
23
Minat pelajar terhadap aliran pendidikan teknik dan vokasional juga
dipengaruhi persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang baik akan
menyebabkan pelajar berminat untuk menghadiri sesi pembelajaran. Menurut Najib
(2002), minat wujud berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pendedahan yang
diterima oleh pelajar dalam masa proses pembelajaran dan juga melalui persekitaran
yang wujud disekeliling pelajar.
Pelajar yang ingin mengikuti aliran pendidikan teknik dan vokasional
perlulah mempunyai minat serta kesediaan dan keyakinan untuk belajar. Tanpa minat
yang mendalam, pelajar sukar untuk mencapai kejayaan. Minat yang mendalam
terhadap aliran pendidikan teknik dan vokasional akan menjadi perangsang kepada
pelajar untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai kejayaan. Minat pelajar
keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi terhadap mata pelajaran vokasional
(MPV) di sekolah menengah harian (Minghat & Sikh Mohamad, 2007). Ini
membuktikan bahawa minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha
bersungguh-sungguh dalam mempelajari mata pelajaran yang diminati. Selain itu,
sikap yang sentiasa positif akan membimbing pelajar untuk sentiasa berusaha
menimba ilmu pengetahuan agar mampu bersaing sama ada untuk melanjutkan
pelajaran atau pun memasuki alam pekerjaan kelak. Ilmu yang diperolehi meransang
minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan
terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah (Hamzah,1990).
Minat terhadap aliran pendidikan teknik dan vokasional boleh dipupuk
dengan penyertaan dan dorongan ibubapa, guru, dan rakan-rakan di dalam proses
pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bakar (2000), penglibatan
ahli-ahli keluarga mereka di dalam sesuatu bidang itu telah menimbulkan minat
sehingga ia telah mempengaruhi responden untuk melanjutkan pelajaran serta
menceburkan diri di dalam bidang sama. Menurut Mokri (1999), di mana
kebanyakan responden telah bersetuju bahawa mereka terpengaruh untuk memilih
kursus yang mereka ambil di sekolah menengah teknik adalah kerana terdapatnya
ahli keluarga mereka yang terlebih dahulu menceburi bidang yang sama sebagai
kerjaya mereka. Selain itu, keupayaan guru menimbulkan minat dalam diri pelajar
akan menjamin keberkesanan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian (Abu
Bakar, 1988).
24
Umum mengetahui bahawa rakan sebaya akan mempengaruhi seseorang
individu agar mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Sebagai seorang
yang sedang meningkat dewasa pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang
sangat kuat. Menurut Mohd Azly (2000), beliau mendapati rakan sebaya memainkan
peranan yang penting dalam pemilihan kursus pelajar di sekolah menengah teknik
dan pendapat ini juga selari dengan Mokri (1999) yang mendapati rakan sebaya
merupakan faktor yang amat tinggi dalam mempengaruhi pemilihan kursus pelajar.
Ini menunjukkan bahawa persamaan daripada segi minat dan kecenderungan akan
memudahkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan idea. Kesan daripada
interaksi yang sedemikian akan mewujudkan rasa yang selesa dalam kalangan pelajar
semasa berinteraksi.
Minat yang wujud akan dapat membuat pelajar itu terus kekal sehingga
menguasai aliran tersebut. Pencapaian yang berjaya pula, akan menambahkan
minatnya, yang akan berterusan sepanjang hidup. Dengan itu, minat merupakan
faktor yang amat penting kepada pelajar bagi mengikuti aliran pendidikan teknik dan
vokasional kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajar
dalam pembelajaran dalam bilik darjah dan bengkel. Sebagaimana yang diketahui,
aliran pendidikan teknik dan vokasional ini amat penting kerana ia telah menjadi satu
keperluan yang mendesak bagi melahirkan tenaga kerja yang benar-benar
berkemahiran. Ini secara tidak langsung dapat memenuhi sasaran Malaysia bagi
menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir menjelang tahun 2020. Negara
memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi
memenuhi keperluan industri negara (Yassin, 2010).
Terdapat beberapa penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik
berkaitan dengan minat pelajar terhadap aliran pendidikan teknik dan vokasional. Di
antara penyelidikan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
i. Kajian berkenaan dengan minat turut dijalankan oleh Siti Roszana binti
Rahamat dan Supli Effendi Rahim, Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi minat pelajar, kemudahan bengkel dan kesesuaian kurikulum
pendidikan teknik vokasional (PTV) dengan perkembangan teknologi semasa.
95
RUJUKAN
Abd Ghafar, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Padzil, S.N. , Hamzah, R. & Udin, A. (2011). Pendidikan PTV Dalam
Membangunkan Tenaga Manusia Berminda Kelas Pertama. Journal of
Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 279-286. Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Razak, M.N. (1998). Reforms In Education. The Next Stage. Kuala Lumpur.
Abu Bakar, A.Z. (1987). Memahami Psikologi Pembangunan Jasmani. Edisi
Pertama. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abu Bakar, N.N. , Hamzah, R. & Udin, A. (2011). Cabaran-Cabaran Dalam
Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia.
Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 159-164. Universiti
Teknologi Malaysia.
ADaP. (2010). Unit Pendidikan Utusan: Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd.
Ahmad, A.R. (2010, Mei 19). Universiti Politeknik 2015. Utusan Malaysia.
Ahmad, J. & Goolamally, N. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Open University Malaysia.
Ahmad, J. (1993). Tinjauan Tentang Kekangan-Kekangan Dalam Pelaksanaan Sains
KBSM Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Negeri Kedah Darul Aman.
Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana.
Ashari, O. (1996). Pengurusan Sekolah. Cheras : Utusan Publication And
Distributors Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2010). Ucap Aluan Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Putrajaya.
96
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2011). Transformasi Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.
Bakar, A.R. (2000). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang
Kejuruteraan Oleh Pelajar Wanita Tahun 4 Di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Berita Harian Online (2010, Februari 26). Universiti Politeknik.
Berita Harian Online (2011, Mei 11). Sekolah Vokasional akan dinaik Taraf Jadi
Kolej.
Bernama (2011, Mei 17). Majlis Penyelarasan Kemahiran Kebangsaan Akan
Ditubuhkan.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Crites J. (1989). Vocational Psychology the Study of Vocational Behavior And
Development. London. Mc: Craw Hill Book Company.
Emat, Y. (1993). Cabaran Dan Strategi PTV Ke Arah Mencapai Wawasan 2020.
Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur.
Emat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Petaling Jaya :
IBS Buku Sdn Bhd.
Esa, A. (2010, April 13). Pelajar Pendidikan Vokasional Mampu Bergaji Tinggi.
Utusan Malaysia.
Hamzah, M.D. ( 1990). Dorongan dan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Haron, I. (1992). Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia
sebagai Negara Industri Dalam Abad Ke 21. Pidato Umum Aminuddin Baki
Kali Ke-4. UPM. 4 Januari 1992.
Harun, Y. (2008). Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional. International Forum
on Vocational – Technical Education, Hangzhao, China.
Harun, Y. (2009, April 23). Mengatasi Kekurangan Pelajar Teknik, Vokasional.
Utusan Malaysia.
Hashim, W. (2010, Oktober 08). Bajet Vokasional Mungkin Naik.
97
Hassan, S.M. dan Salleh, N.A. (1995). Pendidikan Vokasional: Formal Dan Non-
Formal Ke Arah Wawasan 2020. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21 pada 9 November 1995. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jab, A.T. (2009), (2009, April 23). Mengatasi Kekurangan Pelajar Teknik,
Vokasional. Utusan Malaysia.
Kamus Dewan, (2000). Edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, (2003). Edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1975). Laporan Ahli Jawatankuasa Pendidikan.
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Laporan Status PTV. Kuala Lumpur.
Konting, M.M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Konting, M.M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement. 30. 607-610
Landell, K. (1997). Management By Menu. London. Wiley & Sons Inc.
Long, A. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. Jabatan
Percetakan Negara. Kuala Lumpur.
Marzuki, S. & Mat Som, H. (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan Dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Marzuki, S. (2007). Dasar Dan Alternatif Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia :
Satu Saranan Dan Cadangan. Universiti Malaya.
Marzuki, S. , Siraj, S. , Ishak, Z. dan Lee, P. W. (1993). Pendidikan Di Malaysia.
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
Mat Isa, A.S. (2004). Prospek Pelaburan Pendidikan Sekolah Menengah Teknik Dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia. Universiti Sains Malaysia :
Tesis Sarjana.
98
Minghat, A.D. & Disun, S.A. (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kursus Rekaan Dan Jahitan Pakaian Di Daerah Muar, Negeri Johor. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Minghat, A.D. & Samsudin, Z. (2003). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Pelajar Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Akademik Harian Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Minghat, A.D. & Sikh Mohamad, R. (2007). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti
Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar
Daerah Jerantut, Pahang. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mior Jamaluddin, M.K.A. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran,
dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Mohamad, M. (1991). Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020). Kertas
kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia
pada 28hb.Februari 1991. Kuala Lumpur:Jabatan Percetakan Negara.
Mohammad, R.K. (1999). Faktor Pemilihan Bidang Serta Pencapaian Prestasi
Pelajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Ijazah Sarjana Muda.
Mohd Azly (2000). Persepsi Pelajar SMT Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Mohd Kosnin, A. & Abdul Ghani, M.R. (2008). Persepsi Pelajar–Pelajar Sekolah
Menengah Di Daerah Kuala Terengganu Dan Besut Terhadap Perlaksanaan
Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) Landskap Dan Nurseri. Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.
Mohd Noor, Z. (2011, Jun 27). Karnival Pendidikan Kerjaya Teknik, Vokasional.
Utusan Malaysia.
Mohd Yusof, Z. (2010, April 12). Taraf Pendidikan Teknik, Vokasional Terus
Diperkasa. Berita Harian.
99
Mokri, M. (1999). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran
Kejuruteraan Teknikal Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Selepas
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Di Dua Buah Sekolah
Menengah Teknik Negeri Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Ijazah Sarjana Muda.
Najib, M. (2002). Perkembangan Dan Pemilihan kerjaya Remaja. Selangor : Federal
Publications.
Nordin, A.B. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Oppenhein, A. W. (1967). Questionnaire Design and Attitude Measurement (1st ed.)
New York: Basic Book Publication.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003). Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi
Tahun 2002 – 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Buku Penerangan dan Panduan
Penawaran Mata Pelajaran Vokasional di sekolah Menengah Akademik
Harian, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.
Richard L. Lynch.Vokasional Education Journal, 1991.
Salim, S. (1996). Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Sekaran, U. (2000). Research Methods For Business: A Skill Building Approach.
New York: John Wiley & Sons.
Sidin, R. (1994). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti.
Sipon, A. (2001). Halatuju Dan Cabaran Pendidikan Vokasional Di Sekolah
Menengah Akademik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional,
7 - 10 November 2001. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Ting, K. S. ( 2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran(E-Learning) Di
Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Institut
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana.
Van Dalen, D.B. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan : Satu Pengenalan.
Universiti Pertanian Malaysia.
100
Walliman, N. (2001). Your Research Project: A Step-By-Step Guide for The First
Time Researcher. London: Sage Publication.
Yahaya, A. & Ismail, N. (2011). Faktor-Faktor Pemilihan Kursus Dan Masalah-
Masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar
Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di
Negeri Sembilan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education
Volume 2 June 2011, Pages 93-106/ISSN: 2231-7376.
Yahaya, A. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn Bhd.
Yassin, M. (2010, Feb 26). Universiti Politeknik Menjelang Tahun 2015. Utusan
Malaysia.
Yassin, M. (2010, Jun 9). TPM : 20% Pelajar Teknik, Vokasional Pada 2015. Utusan
Malaysia.
Yassin, M. (2010, September 26). Lepasan UPSR Mungkin Dibenar Ke Aliran
Vokasional - TPM. Utusan Malaysia.
Yassin, M. (2011, Mei 5). Majlis Pelancaran Kempen SkillsMalaysia 2011. Utusan
Malaysia.
Yassin, M. (2011, Mei 6). Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Dinaik Taraf Tarik
Pelajar Terbaik. Utusan Malaysia.
Yassin, M. (2011, November 10). Sistem Baru Pendidikan Vokasional. Utusan
Malaysia.
Yusuf, I. & Ismail, R. (1997). Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zarkashi, M.P. (2010, Mac 22). Mantapkan SMV. Utusan Malaysia.
Zarkashi, M.P. (2011, Nov 23). Sekolah Menengah Vokasional Naik Taraf Jadi Kolej
2013. Utusan Malaysia.
Zarkashi, M.P. (2011, Sept 11). Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Terpilih
Mulai 2013. Utusan Malaysia
Zarkashi, M.P. (2011, Sept 12). PAV Diperkenal 2013. Utusan Malaysia.