Faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan, Kecergasan Dan Kesejahteraan Diri

10
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI.

description

.

Transcript of Faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan, Kecergasan Dan Kesejahteraan Diri

PowerPoint Presentation

Faktor yang mempengaruhi kesihatan, kecergasan Dan kesejahteraan diri.1) bakaMenurutKamus Dewan, baka membawa maksud sifat-sifat keturunan pada benda hidup dan genetik.Setiap orang pasti akan mewarisi penyakit-penyakit ibu bapanya.Antara penyakit keturunan atau penyakit genetik ialah Albino, buta warna, tekanan darah tinggi dan diabetes.Albino:

2)umurMengikut peningkatan umur, tahap kecergasan seseorang akan menurun. Pada usia 20-an seseorang individu memiliki metabolisme yang tertinggi tetapi pada tahap umur ini individu mula memasuki ke dunia pekerjaan dan akan menghabiskan kebanyakkan masa di meja kerja yang akan mengakibatkan metabolisme menurun kerana otot membakar kalori tiga hingga empat kali ganda lebih cepat berbandingkan lemak walaupun tidak melakukan kerja berat.

Pada usia 30-an, lebih-lebih lagi kaum wanita tidak mementingkan senaman kerana mereka makin sibuk dengan tugasan kerja dan urusan rumahtangga.Oleh kerana itu, mereka akan kehilangan satu kilo mass muscle setiap tahun dan ditukar kepada lemak dalam badan.Pada usia 40-an, kadar metabolisme badan semakin menurun dan kekuatan semula jadi turut berkurang jika tidak menjaganya sejak awal iaitu ketika 30-an.3) Ketidakupayaan fizikalKeupayaan fizikal ialah kecacatan badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota badan, kecederaan spinal , lumpuh seluruh atau sebahagian badan. Contohnya, Penyakit Polio, Kudung, Kerdil, Osteogenesis imperfecta atau penyakit tulang rapuh atau Lobstein sindrom.Sesetengah daripada mereka tidak boleh bergerak and bersenam seperti orang biasa. Oleh kerana itu, tahap kercergasan mereka akan lebih rendah berbanding dengan orang yang sihat.

Penyakit Polio: Kudung: Kerdil:

Osteogenesis imperfecta:

4) Perkhidmatan kesihatanKemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contohnya, klinik, hospital, dan pusat-pusat penjagaan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu.

5) persekitaranPersekitaran Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar boleh meningkatkan tahap kesihatan individu.Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang akan menggugat tahap kesihatan.

6) tingkahlakuTingkahlaku yang patut diamalkan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri ialah dengan menjaga kebersihan diri.Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga.

Kepentingan Menjaga Kebersihan Tubuh Badan adalah seperti berikut:Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas.Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan mengamalkan kebersihan diri.