Faktor Yang Mempengaruhi Stress

21
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS FAKTOR DALAMAN (a) Perwatakan Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita. (b) Kendiri yang terlalu ideal Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya (tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita. (c) Kognitif Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara- perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu. (f) Tidak selaras personaliti Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.

Transcript of Faktor Yang Mempengaruhi Stress

Page 1: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS

  FAKTOR DALAMAN

       (a) Perwatakan       Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

    (b) Kendiri yang terlalu ideal     Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

    (c) Kognitif      Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

     (f) Tidak selaras personaliti      Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.

(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa     Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

(e) Keperluan dan kemahuan     - Status     - Kuasa     - Kasih Sayang     - Prestasi     - Kesihatan     - Keselamatan diri

FAKTOR LUARAN

Page 2: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

(a) Sosial dan tempat kerja     Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.    (b) Hubungan dengan keluarga     Ramai orang mengalami  stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) Persekitaran      - Cuaca      - Bising      - Sibuk      - Kawalan tempat belajar

    Seringkali dalam proses setiap pekerjaan dan pelajaran kita tidak terlepas dari keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan hampir tiba. Banyak perkara yang belum habis ditelaah. Banyak perkara yang belum difahami dan bermacam-macam lagi yang datang menghantui. Apabila berada dalam situasi ini seringkali kita menyatakan bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa. Potensi diri tidak dapat diterjemahkan dengan baik

    Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Oleh itu tidak hairanlah walaupun banyak buku-buku rujukan, buku-buku panduan, seminar, ceramah yang dihadiri tetapi kita masih tidak mengamalkannya.

    Sebenarnya ketegangan atau stress ini mengikut definisinya ialah pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialam,i secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apayang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.

    Stress ialah satu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap insan. Oleh sebab itu sebagai manusia kita perlu tahu dan memahami tentang makna stress secara khusus. Di sini dinyatakan keadaan yang berlaku sebagai tamsilan tentang stress. Contohnya, A dan B apabila

Page 3: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

mendengar pengumuman bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada keesokan hari, suasana keduanya berbeza. A telah merasa gementar seluruh tubuh, emosi menjadi tidak menentu dan kadang-kadang wujud perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling dan ianya dilihat begitu mendadak. Tingkahlakunya dilihat seolah-olah tidak terkawal, sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar kemudia berbaring di dalam bilik dan perubahan keadaan itu juga dapat dilihat secara drastik.

    Bagi individu B pula keadaan yang berbeza berlaku. Setelah selesai mendengar tentang pengumuman tersebut iaitu keputusan peperiksaan akan diumumkan esok, beliau berbuat apa yang dibuatnya sebelum ini. Tiada perubahan tingkahlaku yang mendadak. Di sini dapatlah dikatakan bahawa individu A adalah manusia yang mudah untuk mengalami stress. Dilihat tingkahlaku dan emosi berubah secara mendadak. Berbeza dengan individu B yang lambat menerima ketegangan. Ini memang berlaku di kalangan kita pada hari ini.

    Di dalam kita memahami tentang stress in, kita juga perlu tahu bahawa bukan semua stress ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga memerlukan stress. Jika tidak merasai stress, peperiksaan yang akan diambil adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan oleh guru adalah perkara biasa yang tidak perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

    Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam hubungan sesama manusia.

    Dapat dikatakan bahawa stress boleh juga menjadi pemangkin untuk pelajar itu bergerak dan bermotivasi untuk belajar. Namun stress berpotensi membawa keburukan bilamana seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress yang tidak membina.

    Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang membawa keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala ini perlu dibendung supaya tidak sampai ke tahap yang lebih teruk seperti tahap psikosis.

PETANDA STRESS(a) Menghadapi masalah makan dan tidur(b) Menyalahgunaan dadah(c) Kerja bertangguh(d) Masalah membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat seteru, cepat naik angin(g) Tahap kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan(l) Gangguan Kesihatan     - Gatal     - Selsema     - Letih, lesu

Page 4: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

     - Panik     - Gelisah     - Ulser     - Sakit kepala     - Serangan jantung

Apakah konsep kendiri ?

    "Konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda".

    "Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, begitu juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan".

Konsep kendiri positif

    Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.

Kelebihan konsep kendiri tinggi/positif

1.   Dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap/berkebolehan.2.   Bertindak dengan positif.3.   Memikul tanggungjawab.4.   Menahan perasaan kekecewaan dengan baik.5.   Rasa dapat mempengaruhi persekitaran.6.   Berasa bangga dengan perlakuan sendiri.7.   Pencapaian gred yang tinggi.8.   Lebih bersedia menerima risiko.9.   Menerima diri dengan lebih positif.10. Menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.

Kesan negatif konsep kendiri/Penghargaan kendiri yang rendah dan negatif

1.  Mereka cenderung untuk merasa bersalah.2.  Takut kepada kegagalan.3.  Sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati.4.  Ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah.5.  Tidak gemar kerja yang mencabar.6.  Kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar.7.  Kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas.8.  Melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi personaliti.

Konsep kendiri rendah

1.  Mudah rasa kecewa.2.  Sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri.3.  Mengelak situasi yang sukar.4.  Terdapat kaitan antara gangguan dalam pemakanan dengan konsep kendiri yang rendah.5.  Mudah mengikut orang lain.

Page 5: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa

1.  Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka.2.  Remaja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mempunyai penghargaan kendiri tinggi.3.  Terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri remaja.4.  Penghargaan kendiri remaja berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.5.  Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri.6.  Semakin remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.

Membina konsep kendiri

     Terdapat kanak-kanak menahan diri daripada menuju ke arah yang mereka inginkan melalui perkataan atau bahasa yang digunakan seperti "saya jahat" atau tidak berguna dan sebagainya. Kita boleh membantu anak sedar bahawa bukan diri mereka yang "jahat" atau tidak berguna, tetapi perlakuan yang khusus sahaja.

     Hubungan dengan orang lain memainkan peranan yang penting dalam pembentukan konsep kendiri anak. Sebagai contoh jika anak gagal mendapat kawan, ini boleh menjejaskan konsep kendiri mereka. Menerang tentang diri seperti matlamat, nilai, kekuatan dan kelemahan, gaya hidup dan lain-lain. Fokus kepada pengenalan diri dan mempunyai idea bahawa "saya bangga menjadi saya".

     Anak menyedari tentang anggota badan boleh membantu dalam pembentukan konsep kendiri untuk mengetahui mengenai diri, anak perlu sedar perasaan diri, tahu mimik muka sendiri, bagaimana ia bergerak, relaks, mesej-mesej anggota badan.

     Aktiviti untuk menunjuk arah tujuan diri, tentang apa yang ingin dicapai dan siapa yang mereka mahu jadikan contoh. Apakah matlamatnya dan pelan tindakannya ?

Dipetik daripada :-Membina Kendiri Unggul BerkarismaAmer Shakir ZainolKaunselor UiTM Segamat.

Pengenalan

Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar

Page 6: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Bagaimana kita boleh stress?

Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.

Apakah yang patut kita buat?

Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan

Page 7: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.

Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA

KAMPUS WILAYAH UTARASUNGAI PETANI

KEDAH

TEL : 604-4218321   FAKS : 604-4214489

PERUBAHAN DALAM ORGANISASIZahidi Mohd. Daud

 

PENDAHULUAN

Perkembangan dunia telah memperlihatkan perubahan berlaku di mana- mana dan

dalam pelbagai bentuk. Perubahan- perubahan ini meliputi bidang sains, teknologi,

komunikasi, pengurusan dan sebagainya. Perubahan yang berlaku, secara langsung

memberi kesan kepada tuntutan dalam peningkatan cara kerja khususnya dari aspek

kualiti dan produktiviti. Di samping itu, perubahan yang berlaku juga menuntut kepada

keperluan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumber manusia iaitu

dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap anggota organisasi keseluruhannya.

Persoalan yang ingin ditimbulkan dalam artikel ini ialah mengapa perubahan kerja

sering dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan organisasi dan apakah ingatan

kepada pihak pengurusan sebelum melaksanakan perubahan sesuatu kerja dalam

organisasi masing-masing.

PERUBAHAN

Perubahan dalam ertikata lain bermaksud satu proses transformasi daripada pemikiran,

Page 8: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

kaedah atau pendekatan sediada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan

baru. Dari sudut pengurusan kerja, ia dikaitkan dengan pelaksanaan sistem atau

prosedur baru dalam kerja dengan tujuan untuk memperbaiki kelicinan kerja

berbanding sistem kerja terdahulu. Perubahan itu tidak semestinya dilaksanakan

apabila sesuatu pelaksanaan sistem sediada gagal dijalankan. Perubahan juga secara

umum tidak semestinya akan diterima oleh semua pihak walaupun secara rasional

setiap perubahan akan memperbaiki kelemahan. Yang pasti, seseorang akan berfikir

wajarkah perubahan di terima atau ditolak.

Aspek lain mengenai perubahan ialah wujudnya unsur ketidakpastian kerana

pembaharuan yang dilaksanakan belum pasti menunjukkan kejayaan. Selagi proses

perubahan belum berlaku seseorang akan merasa bimbang perubahan itu akan

menjejaskan kerjayanya. Umpamanya, seseorang yang di beri tanggungjawab untuk

menerajui satu projek baru menganggap ia satu risiko yang amat tinggi yang akan

menjejaskan reputasinya sekiranya dia gagal. Senario ini memang sukar di terima

sekiranya dilihat dari sudut negatif.

Setiap perubahan yang dilaksanakan juga tidak semestinya memperlihatkan kesannya

dalam masa yang singkat. Kita juga tidak dapat menetapkan satu tempoh tertentu bagi

menentukan sesuatu perubahan yang dilaksanakan itu berjaya atau gagal.

Pembaharuan yang dilaksanakan mungkin merupakan satu percubaan awal bagi

menangani sesuatu masalah. Kemudian ia disusuli dengan pelbagai langkah pembaikan

yang diwujudkan dari semasa ke semasa sehingga dapat memperbaiki kesemua

kelemahan yang wujud.

KONFLIK PERUBAHAN

Ada kalanya wujud kecenderungan dimana bila .berlaku perubahan maka akan berlaku

konflik. Ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berpunca daripada persaingan antara

kecenderungan kelakuan yang berbeza. (Lewin, 1967). Umpamanya, seseorang yang

berhadapan dengan dua atau lebih pilihan perlu membuat keputusan untuk memilih

salah satu daripadanya. Perubahan kerja ada kalanya tidak diterima secara positif oleh

Page 9: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

pekerja kerana dua faktor utama iaitu pertama, pendekatan perubahan tidak dirancang

dengan baik dan kedua, pekerja-pekerja belum dapat memahami secara jelas

perubahan yang cuba dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Di antara konflik organisasi

yang berlaku adalah seperti berikut:

i. Perubahan ada kalanya melibatkan penyusunan semula organisasi yang mana akan

merombak fungsi dan bidang tugas sesuatu jabatan yang akan memberi kesan kepada

kedudukan, kuasa dan beban tugas.

ii. Perubahan menimbulkan kedudukan yang tidak pasti. Seseorang bimbang perubahan

kerja akan menjejaskan diri dan kerjaya kerana takut gagal.

iii. Perubahan yang melibatkan suatu peruntukan perbelanjaan yang amat besar yang

mana hasilnya belum pasti setimpal dengan kos perubahan.

iv. Pengaruh kumpulan-kumpulan tertentu yang boleh mendominasi dan mempengaruhi

keputusan pekerja-pekerja lain untuk menolak perubahan baik yang dicadang oleh

pihak pengurusan

v. Pegangan yang kuat kepada pemikiran lama yang mana apa-apa perubahan yang

cuba dilaksanakan tidak boleh mengubah pendirian mereka.

MENILAI PERUBAHAN

Setiap individu mempunyai tanggapan berbeza mengenai perubahan kerja samada

secara umum menolak atau menerima sesuatu perubahan. Dari sudut psikologi,

penerimaan seseorang kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kepada faktor sikap.

Sikap secara umumnya dipengaruhi oleh kepercayaan, pegangan, nilai serta amalan

seseorang yang mana fikiran seseorang berada dalam bersedia untuk melakukan

tindakan (Philip Zimbardo: 1987). Dalam beberapa keadaan, sikap seseorang boleh juga

dipengaruhi oleh pihak lainyang menyebabkan perlakuannya tidak mengikut tabiat dan

tingkah laku sebenar (Carl Hovland: 1978).

Page 10: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

Ahli-ahli psikologi lain pula mendakwa cara hidup yang diamalkan seseorang itu secara

umumnya menunjukkan sikap seseorang dan ia digambarkan melalui tindakan secara

sedar atau tidak sedar yang didorong kuat oleh pemikiran sendiri.(Elwood N. Chapman:

1992). Pandangan ini merumuskan andaian jika seseorang mahu menerima perubahan

kerja berdasarkan pemikiran yang positif, maka ia boleh mencapai matlamat yang

diingini. Sebaliknya, sekiranya pemikiran seseorang tertumpu kepada sudut yang

negatif dalam kehidupan, maka ia akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi

matlamatnya.

Vincent Lowe (1988) juga berpandangan wujudnya perkaitan yang kuat antara tiga

unsur iaitu kepercayaan, perasaan dan tindakan. Jika terdapat perselisihan di antara

ketiga-tiga aspek ini, "ketidaksehaluan" akan berlaku. Oleh kerana setiap individu

berusaha untuk memahami perubahan secara mendalam dan akhirnya akan

diselesaikan oleh salah satu daripada kaedah-kaedah yang berbeza termasuk untuk

mengubah tingkah laku. Teori ini menyatakan bahawa perubahan sikap perlu berlaku

sebelum merubah tingkah laku.

Beberapa aspek dalam teori motivasi juga boleh membantu pihak pengurusan

mengendali sumber manusia masing-masing dalam usaha melaksanakan perubahan.

Motivasia dalah kuasa yang boleh mempengaruhi manusia melakukan sesuatu tindakan

yang merumuskan 'people motivated to satisfy need'. Apabila keperluan manusia tidak

dipenuhi maka ia akan kecewa. Seterusnya kekecewaan akan menjadi halangan kepada

kehendak seseorang. Dalam kontek ini, sekiranya keperluan asas, sosial dan

keselamatan pekerja dipenuhi, secara tidak langsung pekerja-pekerja akan

menyebelahi pihak pengurusan.

PENGAJARAN

Dalam usaha melaksanakan perubahan, pihak pengurusan perlu mengambil

pendekatan yang terbaik bagi membentuk pendirian pekerja supaya sentiasa menilai

perubahan dari sudut yang positif. Antara perkara-perkara asas yang perlu diambilkira

Page 11: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

oleh pihak pengurusan sebelum melaksanakan sebarang perubahan ialah:

i.                    Penjelasan Yang Terperinci

 Perubahan yang berlaku seringkali melibatkan satu rombakan yang besar yang

mungkin mengubah cara seseorang bekerja. Oleh yang demikian, pihak pengurusan

perlu menjelaskan sebanyak mungkin pengetahuan dan maklumat kepada pekerja.

Ini termasuk dasar, strategi dan program-program organisasi yang hendak

diperkenalkan serta perancangan masa hadapan organisasi.

ii.                   Membolehkan Pekerja Benar-Benar Memahami

Pihak pengurusan perlu memaklumkan kepada pekerja apakah faktor-faktor yang

menyebabkan perubahan yang lazimnya berlaku bila timbul sesuatu masalah.

Pekerja perlu disedarkan bahawa setiap masalah perlu diselesaikan dan jika ia

berterusan, mungkin akan menimbulkan masalah sampingan. Pihak pengurusan

perlu menanamkan konsep pada diri pekerja bahawa perubahan boleh membantu

menyelesaikan masalah.

iii.                 Menghadapi Kumpulan Pendesak

Pihak pengurusan perlu meluangkan lebih masa untuk menerangkan perubahan

yang hendak dilaksanakan dan dengan jelas memaklumkan setiap tindakan

pastinya ada kelebihan dan kekurangan tertentu. Dapatkan maklumbalas kumpulan

ini melalui perundingan yang baik dan buat keputusan bagi kepentingan semua

pihak dan bukannya untuk kumpulan tertentu sahaja.

iv.                Sokongan Yang Berterusan

Pihak pengurusan mesti memastikan ia benar- benar komited untuk melaksanakan

dasar baru. Sekiranya perubahan melibatkan sesuatu kemahiran tertentu yang

dipelajari, pastikan peluang latihan dan pembangunan yang banyak di sediakan

Page 12: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

seiring dengan dasar pengurusan. Segala kelemahan yang timbul wajar dikenal

pasti dan dilaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN

Walaupun pihak pengurusan atasan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan

sebarang keputusan yang berkaitan dengan perjalanan organisasi, ia juga wajar

membuat keputusan yang mengarnbilkira kepentingan dan keperluan pekerja.

Perubahan boleh dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan awal serta

penyertaan secara langsung daripada kumpulan pekerja. Maklumbalas di peringkat

awal amat penting dan perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada asas

perancangan sesebuah organisasi apabila membuat perubahan disamping dijadikan

kayu ukur kepada tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan

Petikan daripada Qalam Intura : Penerbitan INTAN Wilayah Utara, April 2003

Page 13: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

PENGURUSAN STRESS

Page 14: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

 DEFINASI

1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud :    (a) Boleh menyesuaikan diri    (b) Stress yang membina2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud:    (a) Tidak boleh menyesuaikan diri    (b) Boleh merosakkan diriOleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian

Page 15: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

MENGURUS STRESS

Page 16: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

                Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a)  Riadah

     Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran Diri

    Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c)  Percakapan diri yang membina

    Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d)  Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

    Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e)  Penulisan

    Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Berjenaka

Page 17: Faktor Yang Mempengaruhi Stress

    Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

    Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah........'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h)  Meninjau orang yang kurang bernasib baik

    Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

    Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.

TEKNIK ATASI STRESS

(a) Jumpa para profesional(b) Alih pandangan kepada yang releks(c) Gunakan teknik meditasi(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit(e) Menyusun keutamaan tugas(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain(h) Latihan pernafasan dalam(i) Mengurus masa(j) Mandi dalam air suam(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal(l) Melihat dari segi positif(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah(n) Terapkan semula matlamat yang realistik(o) Ingat peranan anda di dunia

Dipetik daripada:Membina kendiri unggul BerkarismaAmer Shakir ZainolKaunselor UiTM

Page 18: Faktor Yang Mempengaruhi Stress