Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan,...

4
PELAJAR, GURU TERHIDU GAS BERACUN Kuala Lumpur: Seramai 19 pelajar dan dua guru dikejarkan ke hospital selepas terhidu bahan asid dalam kebakaran serta letupan ketika kerja pemindahan lapan tong bahan kimia di kawasan Sekolah Menengah Datuk Lokman Jalan Kampung Pandan, di sini, semalam. Sebahagian mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Ampang manakala sebahagian lagi di Hospital Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia yang sudah mencapai tarikh luput dari sekolah itu ke tapak pelupusan bahan buangan di Bukit Nanas BULETIN U . P . K . Fakulti Sains Kesihatan Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang mengandungi botol kecil berisi bahan kimia di dalam lori tiba-tiba meletup dan terbakar. Berikutan itu, katanya, ratusan pelajar diarah keluar dari bangunan sekolah ke tempat selamat. “Kami menerima maklumat pada jam 11.32 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Negeri Pudu dan Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian. “Siasatan awal kami mendapati, ia berpunca daripada sebotol bahan kimia di dalam tong itu pecah. Siasatan lanjut sedang dijalankan forensik dan syarikat pengendali sisa buangan berjadual, Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam. Azizan berkata, mangsa yang dikejarkan ke hospital mengalami simptom muntah, sakit kepala dan ada yang pengsan dipercayai akibat terhidu bahan berasid. Dalam pada itu, katanya, operasi pemadaman dilakukan 10 minit menggunakan alat pemadam api jenis debu kering manakala operasi bomba bagi aspek keselamatan mengambil masa empat jam. Katanya, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan lori berkenaan daripada turut terbakar. Sementara itu, jurucakap Kualiti Alam berkata, syarikat terbabit dilantik pihak sekolah sebagai pengangkutan dari makmal ke tapak pelupusan bahan buangan serta tidak terbabit dalam proses pembungkusan serta pemindahan bahan kimia ke dalam lori. “Atas permintaan bomba, Kualiti Alam kini ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah dan ia akan dilakukan serta- merta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. sumber : Berita harian Online 2013/04/18 - 06:35:02 am Bil 1 : 2013 Jan - Jun

Transcript of Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan,...

Page 1: Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang ... 08 Januari 2013 Modul ujian

PELAJAR, GURU TERHIDU GAS BERACUN Kuala Lumpur: Seramai 19 pelajar dan dua guru dikejarkan ke hospital selepas terhidu bahan asid dalam kebakaran serta letupan ketika kerja pemindahan lapan tong bahan kimia di kawasan Sekolah Menengah Datuk Lokman Jalan Kampung Pandan, di sini, semalam. Sebahagian mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Ampang manakala sebahagian lagi di Hospital Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia yang sudah mencapai tarikh luput dari sekolah itu ke tapak pelupusan bahan buangan di Bukit Nanas

BULETIN U.P.K.

Fakulti Sains KesihatanCakna

SEKITAR

Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang mengandungi botol kecil berisi bahan kimia di dalam lori tiba-tiba meletup dan terbakar. Berikutan itu, katanya, ratusan pelajar diarah keluar dari bangunan sekolah ke tempat selamat. “Kami menerima maklumat pada jam 11.32 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Negeri Pudu dan Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian. “Siasatan awal kami mendapati, ia berpunca daripada sebotol bahan kimia di dalam tong itu pecah. Siasatan lanjut sedang dijalankan forensik dan syarikat pengendali sisa buangan berjadual, Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam. Azizan berkata, mangsa yang dikejarkan ke hospital mengalami simptom muntah, sakit kepala dan ada yang pengsan dipercayai akibat terhidu bahan berasid. Dalam pada itu, katanya, operasi pemadaman dilakukan 10 minit menggunakan alat pemadam api jenis debu kering manakala operasi bomba bagi aspek keselamatan mengambil masa empat jam. Katanya, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan lori berkenaan daripada turut terbakar. Sementara itu, jurucakap Kualiti Alam berkata, syarikat terbabit dilantik pihak sekolah sebagai pengangkutan dari makmal ke tapak pelupusan bahan buangan serta tidak terbabit dalam proses pembungkusan serta pemindahan bahan kimia ke dalam lori. “Atas permintaan bomba, Kualiti Alam kini ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah dan ia akan dilakukan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. sumber : Berita harian Online 2013/04/18 - 06:35:02 am

Bil 1 : 2013

Jan - Jun

Page 2: Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang ... 08 Januari 2013 Modul ujian

Sekilan Rasa, Setinta Kata

Assalamu’alaikum dan salam ceria untuk semua,

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada sidang redaksi ‘di balik tabir’ yang dapat menterjemahkan pergerakan Unit Pelupusan dan Keselamatan FSK dalam bentuk edaran bercetak dan juga atas-talian di laman sesawang FSK. Diharapkan agar edaran ini dapat mengisi jurang kelompongan maklumat dari segi pelupusan dan keselamatan di FSK. Ia juga merupakan wadah dua-hala bagi menambahbaik sistem keselamatan dan juga pelupusan bagi fakulti kita. Dalam menggapai impian universiti terbaik di rantau ini dan dalam meniti arus penyelidikan, kita tidak dapat lari dari mengaitkan kedua-dua elemen keselamatan dan pelupusan ini dengan elemen pengajaran dan penyelidikan. Kini fakulti kita telah menetapkan hala tujunya ke arah penyelidikan. Diharapkan unit ini turut sama berganding-bahu dengan para penyelidik dan pensyarah dalam mencambahbaik nic penyelidikan yang terdapat di fakulti kita. Harapan saya agar unit ini dapat disuntikkan elemen inovasi dan kreativiti serta seterusnya menjadi model bagi organisasi atau institusi seumpamanya. Mungkin kita boleh menganjur atau mengendalikan bengkel / simposium keselamatan atau pelupusan di masa akan datang...Akhir bicara, saya menyeru agar unit ini dan warga FSK sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan di dalam setiap kerja yang kita lakukan.

Prof. Dr. Suzana Shahar Pengerusi JPPMPP

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Dalam buletin UPeK (Unit Pelupusan dan Keselamatan) yang julung kali ini, tidak banyak boleh diperkatakan...mungkin kerana ianya baru belajar untuk ber’tatih’.... Bekerja di dalam suasana pembelajaran dan penyelidikan, tidak dapat tidak, kita semua terdedah kepada bahaya - sama ada sewaktu di dalam perjalanan, di rumah dan terutamanya di tempat kerja. Dengan berbekal ilmu dan menterjemahkannya melalui sistem kerja yang selamat dan ergonomik, risiko kecederaan dapat dihapus atau dikurangkan. Menyorot kembali kepada kejadian pada 18 April di Sekolah Menengah Datok Lokman dan juga tumpahan sisa kimia sewaktu sesi pelupusan sisa dan barangan kaca di kampus UKM(KL) pada bulan lalu, mengingatkan kita bahawasanya “malang tidak berbau”. Bagi kejadian di Kampung Pandan, pihak bomba dan pasukan HAZMAT serta pihak Kualiti Alam bekerjasama bagi menangani kes tersebut. Manakala kejadian tumpahan sisa kimia di perkarangan pelupusan sementara FSK pula, kita bernasib baik kerana pekerja pihak kontraktor mempunyai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan insiden ini dikategorikan kejadian nyaris. Rentetan daripada itu, makluman berkenaan langkah pencegahan/pengawalan telah diedarkan kepada semua penyelia makmal, berkuatkuasa serta-merta. Moga kita semua dapat mengambil iktibar dan berusaha untuk mencegah insiden tersebut daripada berulang. Salam hormat dari meja Pengarang.

ALUNAN MINDA,MENYIMPUL BICARA

Page 3: Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang ... 08 Januari 2013 Modul ujian

perkhabaran

08 Januari 2013 Modul ujian keselamatan makmal (eSUKEM) bagi pelajar prasiswazah tahun pertama, telah mula dibangunkan di peringkat UKM dan melibatkan 2 orang pegawai sains Fakulti Sains Kesihatan,iaitu Pn Maimunah Jais dan En Marisazam Salleh.

19 Februari 2013 Kursus pengenalan bagi pengkelasan dan pelabelan bahan kimia (GHS) anjuran Fakulti Sains & Teknologi UKM

11 Mac 2013 Edaran Prosidur dan Senaraisemak Peti Pertolongan Cemas

26 Mac 2013 Lawatan ke salah satu pembekal pakaian perlindungan diri - 3M Innovation Centre di Bukit Jelutong, anjuran Nic Toksikologi FSK.

16 April 2013 Taklimat pengendalian Kabinet Biokeselamatan oleh pembekal ESCO.

15 Mei 2013 Mesyuarat dan pembentukan AJK Makmal Biokeselamatan dan UTK (Biologi) FSK16 Mei 2013 Kerja pensterilan Makmal Biokeselamatan (sebelum penggunaan rasmi) oleh Unit

Pelupusan dan Keselamatan FSK5 Jun 2013 Edaran Prosidur Pengurusan Sisa Biologi dan Borang Pelupusan Sisa Biologi.5 Jun 2013 Edaran Borang Pemantauan Pegawai Insiden / Kurator Makmal.

5 - 6 Jun 2013 Audit keselamatan kendiri bagi makmal-makmal pengajaran dan penyelidikan, kendalian JKKP FSK

17 - 19 Jun 2013 Bengkel Pegawai Insiden peringkat universiti di Port Dickson, anjuran PKKP UKM.24 - 28 Jun 2013 Ujian Steriliti bagi Makmal Biokeselamatan FSK

24 Mac Prof. Suzana A.P.C. (Mei) Noraishah30 Mac Sabarina

16 April Mohd Nizar11 Mei NorAyuslinawati19 Mei Khairunnisa19 Mei Noraishah

Rajut MAKLUMAT

Hari Lahir Cahayamata Kejayaan

Page 4: Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil1_2013).pdf · Cakna SEKITAR Katanya, ketika proses berjalan, sebuah daripada enam tong seberat 250 kilogram yang ... 08 Januari 2013 Modul ujian

SIDANG REDAKSIPenaung Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari

Penasihat Prof. Dr. Suzana Shahar

Penyelaras En. Marisazam Salleh

Pengarang Pn. Maimunah JaisEn. Marisazam SallehPn. Nor Ayuslinawati Che SidikPn. Noor Shahida Sukiman

WartawanPPS-DKGTn. Hj. Abdul Shukor Hakim

(Pusat Pengajian) Pn. Noraishah Akhbar AliCik Rasita Chow Kue @ RosliEn. Mohd Nizar Mohd Mokhtar

PPS-RPn. Murhaini MuidCik Khairunnisa Zaidan

PPS-JKEn. Abdul Khaliq Mohd SaparudinEn. A. Razak Muda

Teknikal & Rekacipta En. Ab Razak Ab Rahman En. Marisazam Salleh

Publisiti / Edaran Pn. Sabarina Ismail

Persekitaran Kondusif

SENDAL

Pengkelasan sisa kimia boleh dilakukan melalui MSDS atau carian internet.Pengerusi JKKP bagi UKM(KL) ialah Dr. Mazrura Sahani, merangkap Pengerusi JKKP FSK.Pelupusan sisa kimia dan barangan kaca diadakan setiap 3 bulan sekali. Pelupusan biohazad diadakan setiap 2 minggu, dengan kapasiti 9 bin (240L).Mesyuarat Unit Teknikal Pelupusan Perabot dan Komputer UKM(KL) dijadualkan setiap hujung bulan.

Doktor : Saya ada berita baik dan berita buruk, yang mana satu Pak Leman nak dengar?Pak Leman : Yang buruk dulu...Doktor : Pak Leman mengidap barah dan akan hidup sehingga dua tahun lagi....Pak Leman : Saya akan mati dalam dua tahun lagi..... Dahsyatnya ! Apakah berita baik pula ?Doktor : Pak Leman juga mengidap penyakit Alzheimer. Dalam masa 3 bulan lagi, Pak Leman akan lupa apa yang saya cakap ni