FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN · PDF fileFAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI...

3
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK JAWATAN KOSONG Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:- KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DS51 JADUAL GAJI : RM5,855.00 - RM12,445.00 GRED JAWATAN : PENSYARAH GRED DS45 JADUAL GAJI : RM3,070.00 - RM11,095.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau (ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau (iii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau (iv) kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau (v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37). (d) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademikyang istimewa mutunya; dan JAWATAN 1: PENSYARAH GRED DS45/DS51

Transcript of FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN · PDF fileFAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI...

Page 1: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN  · PDF fileFAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK JAWATAN KOSONG Kami

FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

JAWATAN KOSONG

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DS51

JADUAL GAJI : RM5,855.00 - RM12,445.00

GRED JAWATAN : PENSYARAH GRED DS45

JADUAL GAJI : RM3,070.00 - RM11,095.00 SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkaitan yang

diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan diploma lanjutan dalam bidang

berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau

(iv) kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah

Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37).

(d) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademikyang istimewa mutunya; dan

JAWATAN 1: PENSYARAH GRED DS45/DS51

Page 2: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN  · PDF fileFAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK JAWATAN KOSONG Kami

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang

berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TARAF JAWATAN: Jawatan di atas bertaraf TETAP.

SYARAT LAIN:

a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah

berumur tidak melebihi 50 tahun; d) Syarat umur bagi pertimbangan peningkatan secara lantikan (PSL)

54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;

56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-

syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

f) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang

mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut :

i. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada

mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

ii. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut­ turut; dan

iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek­ subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan .

g) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai bidang kepakaran / pengajaran

bagi perkara berikut;

Bil Bidang Kepakaran

1 Fizik / Physics

2 Pengurusan Hutan dan Sains Ekosistem / Forest Management and Ecosystem Sciences

3 Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar / Wildlife Management and Ecology

4 Hortikultur / Horticulture

5 Agronomi / Agronomy

6 Entomologi / Entomology

7 Sains Haiwan / Animal Sciences

8 Perubatan Ruminan / Ruminant Medicine

9 Perubatan Avian / Avian Medicine

10 Kejuruteraan Proses Pertanian / Agricultural Process Engineering

11 Kejuruteraan Sumber Air / Water Resources Engineering

12 Kejuruteraan Tanah dan Air / Soil And Water Engineering

Page 3: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN  · PDF fileFAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK JAWATAN KOSONG Kami

13 Kejuruteraan Makanan / Food Engineering

14 Kejuruteraan Elektronik / Electronic Engineering

15 Sains Tumbuhan / Plant Science

16 Teknologi Pasca Tuai / Post-Harvest Technology

17 Sains Rumpai / Weed Science

18 Pengurusan Perosak / Pest Management

19 Pengurusan Biosumber / Bioresource Management

20 Politik dan Kerajaan / Politics And Government

21 Sistem Maklumat / Information Systems

22 Sistem Maklumat Geografi / Geographic Information System (GIS)

CARA MEMOHON :

Semua pemohon perlu memuat turun borang permohonan jawatan pensyarah di laman sesawang www.btu.upm.edu.my . Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan yang telah LENGKAP diisi dan sesalinan Curriculum Vitae ke alamat berikut :

KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN PETI SURAT 396, JALAN NYABAU 97008 BINTULU, SARAWAK.

PERHATIAN:

Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TEMPOH IKLAN: Dibuka sepanjang tahun.