Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian...

8
1 FORUM SEMPENA SEMINAR ULUL ALBAB SAINS DAN ASTRONOMI ISLAM Anjuran Universiti Malaysia Terengganu Pada 22 Mac 2009 (Ahad) bertempat Di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu Tajuk Forum: Generasi Ulul Albab Sebagai Peneraju Kepimpinan Dan Kecemerlangan Ummah Soalan dan transkrip bagi ahli panel ketiga En. Baharrudin Zainal (Unit Falak Universiti Darul Iman Malaysia) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu astronomi dan sejarah perkembangannya Ilmu falak merupakan salah satu cabang ilmu sains tabie yang mengkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala seperti Bumi, Bulan, Matahari dan bintang- bintang. Dalam al-Quran, perkataan ‘falak’ digunakan sebanyak dua kali, iaitu dalam surah Yaasin ayat 40 dan surah al-Anbiyaa ayat 33. Menurut tafsir Baidawi, petikan ayat fi falaki yasbahun’ yang terdapat dalam kedua-dua surah di atas, ditafsirkan sebagai; .....berjalan dengan sukar seperti orang yang berenang dalam air.....’. 1 Manakala al- Biruni dalam Kitab al-Tafhim li-awail sinaat al-tanjim menjelaskan falak ialah sfera atau orbit langit, sebagaimana petikan berikut: Sfera samawi di mana objek-objek langit mengelilingi dalam bentuk orbit masing-masing dan ianya mengandungi objek-objek yang bergerak dengan sfera masing-masing dengan bumi berada di tengah-tengahnya. Ibn Khaldun dalam Abridged (1987) pula mendefinisikan ilmu falak dengan catatan: Ilmu yang mempelajari pergerakan bintang-bintang tetap dan planet-planet. Pemerhatian cara mana pergerakan itu berlaku, membolehkan pengetahuan ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya diketahui dengan geometri. 1 Tafsir Baidawi merupakan antara kitab tafsir al-Quran yang pertama dicetak untuk kegunaan Alam Melayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini menggunakan naskhah koleksi peribadi kami. Dalam tafsir Pimpinan ar-Rahman, terbitan JAKIM, cetakan tahun 1996, ayat berkenaan ditafsirkan sebagai; ‘... tiap-tiap satu beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing ...’.

Transcript of Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian...

Page 1: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

1

FORUM SEMPENA SEMINAR ULUL ALBAB SAINS DAN

ASTRONOMI ISLAM

Anjuran

Universiti Malaysia Terengganu

Pada 22 Mac 2009 (Ahad) bertempat

Di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam,

Kuala Terengganu

Tajuk Forum:

Generasi Ulul Albab Sebagai Peneraju Kepimpinan Dan

Kecemerlangan Ummah

Soalan dan transkrip bagi ahli panel ketiga En. Baharrudin Zainal (Unit Falak

Universiti Darul Iman Malaysia)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu astronomi dan sejarah

perkembangannya

Ilmu falak merupakan salah satu cabang ilmu sains tabie yang mengkaji tentang

perjalanan badan-badan cakerawala seperti Bumi, Bulan, Matahari dan bintang-

bintang. Dalam al-Quran, perkataan ‘falak’ digunakan sebanyak dua kali, iaitu dalam

surah Yaasin ayat 40 dan surah al-Anbiyaa ayat 33. Menurut tafsir Baidawi, petikan ayat

‘fi falaki yasbahun’ yang terdapat dalam kedua-dua surah di atas, ditafsirkan sebagai;

‘.....berjalan dengan sukar seperti orang yang berenang dalam air.....’.1 Manakala al-

Biruni dalam Kitab al-Tafhim li-awail sinaat al-tanjim menjelaskan falak ialah sfera atau

orbit langit, sebagaimana petikan berikut:

Sfera samawi di mana objek-objek langit mengelilingi dalam bentuk orbit

masing-masing dan ianya mengandungi objek-objek yang bergerak dengan

sfera masing-masing dengan bumi berada di tengah-tengahnya.

Ibn Khaldun dalam Abridged (1987) pula mendefinisikan ilmu falak dengan catatan:

Ilmu yang mempelajari pergerakan bintang-bintang tetap dan planet-planet.

Pemerhatian cara mana pergerakan itu berlaku, membolehkan pengetahuan

ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya diketahui dengan geometri.

1 Tafsir Baidawi merupakan antara kitab tafsir al-Quran yang pertama dicetak untuk kegunaan Alam

Melayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini menggunakan naskhah koleksi peribadi

kami. Dalam tafsir Pimpinan ar-Rahman, terbitan JAKIM, cetakan tahun 1996, ayat berkenaan

ditafsirkan sebagai; ‘... tiap-tiap satu beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing ...’.

Page 2: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

2

Selain ilmu falak, terdapat beberapa lagi cabang ilmu yang mempunyai skop hampir

sama seperti ilmu nujum, ilmu bintang dan ilmu hay’a. Menurut Saliba (1994), ilmu

nujum (cilm al-nujum) ialah sains mengenai bintang-bintang yang terdiri daripada

astrologi dan astronomi. Astrologi dalam bahasa Arab dinamakan cilm ‘ahkam atau

tanjim yang mengkaji kesan bintang-bintang dan cakerawala terhadap kehidupan.

Sebaliknya, astronomi atau ilmu falak merujuk kepada ‘sains tentang sfera’ atau

dinamakan juga sebagai cilm al-hay’a. Dalam bahagian lain, Saliba (1994:57)

menyatakan:

Dalam kebanyakan karya falak tamadun Arab, astrologi dan astronomi

dibincangkan di bawah tajuk cilm al-nujum, tetapi dipisahkan kepada

cilm al-

hay’a bagi ilmu falak sebenar dan cilm al-‘ahkam, bagi astrologi.

Dalam tafsiran semasa, Hartmann (1987) mendefinisikan ilmu falak atau astronomi ialah

‘sains yang mengkaji objek di angkasa’. Di Alam Melayu, istilah-istilah ilmu bintang,

ilmu mikat dan ilmu falak digunakan secara bercampur-campur dengan pengasingan yang

kurang jelas. Istilah ilmu bintang yang berasal daripada perkataan ilmu nujum yang

digunakan bagi pengertian yang sama dengan ilmu falak. Penggunaan istilah ilmu

bintang ini dianggap selesa bagi orang-orang Islam Alam Melayu kerana ada Hadis Nabi

yang bermaksud:

Belajar kamu daripada ilmu nujum barang yang dapat petunjuk kamu pada

segala kelam di daratan dan lautan kemudian berhenti kamu.

Terdapat juga beberapa skop ilmu falak dikategorikan sebagai ilmu mikat, iaitu:

Ilmu yang dapat diketahui dengan dia masa-masa siang dan malam, dan

keadaannya, bicaranya perjalanan Matahari dan bintang-bintang. Faedahnya,

mengetahuikan waktu ibadat dan kiblat.

Dalam naskhah Syamsul Fattiyah, ilmu mikat ditakrifkan sebagai, ‘ilmu yang diketahui

dengannya segala masa bagi segala hari dan malam dan segala halnya.’ Berdasarkan

tafsiran-tafsiran ini, jelas menunjukkan ilmu mikat merupakan sebahagian daripada

aplikasi ilmu falak. Menurut Baharrudin (2003), skop ilmu mikat yang dipraktikkan di

Alam Melayu sebenarnya mewakili aplikasi sebenar ilmu falak dalam konteks memenuhi

keperluan agama. Syeikh Zuber Umar al-Jailani dalam al-Khulasatul Wafiyyah (hlm. 4),

membahagikan ilmu falak kepada tiga bahagian, deskriptif (wasfi), tabii dan amali.

Ketiga-tiga bahagian ini merupakan skop ilmu falak yang meliputi pengetahuan teori

termasuk penjelasan hukum syariah yang berkaitan dengannya, konsep fizikal dan

astrometri dengan bidang amali yang berkaitan penggunaan peralatan, kaedah cerapan

dan memproses data secara hitungan.

Perkembangan ilmu falak yang terawal, tertumpu kepada beberapa tamadun utama

yang terawal, iaitu tamadun Maya, Sumeria, Babilon, Yunani dan China. Lokasi di mana

bertapaknya tamadun Sumeria dan Babilon di Mesopotamia, merupakan tempat yang

sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga 15 M. Antara catatan

pencerapan terawal ilmu falak dalam tamadun manusia sebagaimana dilakukan oleh

kaum Assyrian di Sumeria (sekarang di selatan Iraq), kira-kira 2000 tahun S.M. Mereka

telah merekodkan kejadian-kejadian gerhana yang berlaku di tempat mereka melalui

artifak dan lukisan purba. Rekod terawal cerapan ilmu falak dalam tamadun Islam pula

Page 3: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

3

dilakukan oleh Ahmad al-Nahawandi pada tahun 800 M berkaitan kajian pergerakan

Matahari di Jundishapur (Nasr, 1976). Menurut Hosking & Gingerich (1999), sebahagian

cendiakiawan yang berada di Jundishapur ketika ini merupakan pengikut-pengikut

sekolah Aristotle dan Ptolemy yang ditutup oleh Maharaja Zeno pada kurun ke 5 M.

Selepas abad ke 14 M, kerancakan aktiviti berkaitan ilmu falak dunia Islam di wilayah

utama seperti di Damsyik, Kufah, Basrah dan Baghdad telah beralih ke wilayah lebih

utara seperti di Kaherah, Andalusia dan Cardova. Manakala ke sebelah timur pula, tempat

penyebaran ilmu pengetahuan tamadun Islam yang baharu meliputi wilayah seperti

Khurasan, Samarkand dan India dengan sejumlah lagi ahli-ahli falak yang terkemuka.

Kerja-kerja mereka bersambung dari zaman sebelumnya, terutama berkaitan penyediaan

jadual falak dan sistem planetari. Ilmu falak zaman tamadun Islam juga telah memberi

impak ketara kepada Eropah, berikutan dengan kemajuan ilmu falak di Istanbul pada

kurun ke 15 M dan pengaliran ilmu melalui tamadun Islam di Andalusia. Menurut

Hevelius (1981), seorang anggota penyelidik dari Balai Cerap Samarkand bernama Ali

Kushchi telah membawa sejumlah karya falak Ulugh Beg ke Istanbul selepas kematian

Ulugh Beg pada tahun 1449 M. Ali Kushchi telah membawa sejumlah koleksi karya falak

dari Samarkand ke Istanbul yang jumlahnya dikatakan bersamaan muatan satu kereta

kuda. Koleksi inilah yang telah mempengaruhi astronomi Eropah selepas kurun ke 17 M.

Sekurang-kurangnya terdapat dua tokoh Eropah yang utama, di mana penemuan falaknya

banyak bergantung kepada hasil kerja Ulugh Beg, iaitu Tycho Brahe (1546 M-1601 M)

dan Jan Hevelius (1611 M-1687 M). Raja Alfonso X (1221 M – 1284 M) pula telah

memainkan peranan penting dalam memajukan ilmu falak di Eropah, melalui Sepanyol.

Beliau telah mengarahkan kerja-kerja penterjemahan karya-karya agung Islam daripada

bahasa Arab ke bahasa Castillian pada zaman pemerintahannya. Selepas abad ke 14 M,

karya-karya ini diterjemahkan pula ke bahasa Latin oleh golongan ‘cendikiawan Vatican’

(Procter, 1998). Ahli-ahli falak zaman Uthmaniyyah meneruskan aktiviti falak secara

sederhana selepas kurun ke 17 M. Manakala, empayar Moghul di India sekitar

pertengahan kurun ke 17 M adalah lokasi terakhir terbinanya balai cerap dalam tamadun

Islam dengan beberapa hasil kajian. Bagi ulama-ulama Alam Melayu yang sebahagian

besarnya mendapat pendidikan di Mekah dan Mesir, ilmu falak warisan tamadun Islam

sebelum zamannya diperolehi melalui penggunaan karya-karya agung seperti karya al-

Biruni, Ulugh Beg, Sibt al-Maridini dan Ibnu Yunus sendiri. Bukti-bukti pengaliran ilmu

ini sama ada melalui terjumpanya sejumlah manuskrip yang disalin semula seperti jadual

falak (zij Ulugh Beg) yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu, PNM dengan nombor

katalog MS 812 atau kaedah trigonometri Sibt al-Maridini yang disalin semula oleh

Syeikh Ahmad al-Khatib dan Syeikh Ahmad al-Fathanni. Ilmu falak pada peringkat ini

diajar dalam sistem pengajian ilmu-ilmu agama. Begitu juga ilmu falak boleh didapati

dalam kitab fekah popular Alam Melayu seperti Siratal Mustaqim oleh Ayeikh Nurudin

ar-Raniri pada kurun ke 17 M dan Sabilil Muhtadin pada akhir kurun ke 18 M. Walau

bagaimanapun, dengan kedatangan bangsa-bangsa Eropah yang menjajah secara mutlak

pada awal kurun ke 20 M, ilmu falak pengaruh tamadun Islam menjadi kabur. Kedua-dua

sumber ini datang dalam bentuk yang hampir sama, walaupun digunakan untuk kegunaan

yang berasingan. Ilmu falak Eropah untuk kerja-kerja ukur dan retorik monopolinya,

manakala ilmu falak sains tamadun Islam terus kekal untuk kegunaan dalam ibadat dan

kehidupan seharian. Apabila sistem pendidikan Eropah menguasai rantau ini, ilmu falak

tamadun Islam terus tersisih. Cuma dalam beberapa dekad ini dengan gerakan

Page 4: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

4

pemperibumian dan pengIslaman ilmu, sebahagian sarjana kita mula menggali dan

menonjolkan sebahagian ciri-ciri sejagat ilmu falak sains tamadun Islam. Jadi asas-asas

ilmu falak ini telah ada dalam kehidupan kita, lebih dekat bagi orang Islam. Justeru itu,

dalam konteks Malaysia sebahagian aspek ilmu falak masih dipraktikkan dan diuruskan

di bawah hal ehwal agama (JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri) dan sebahagian

lagi melalui agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.

2. Bagaimana ilmu falak boleh menyumbang kepada pembangunan ummah

cemerlang

Ahli-ahli falak Islam telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan

kemajuan ilmu falak. Mereka telah mengubah skop kajian ilmu falak dari yang bercorak

tradisi, bergelumang dengan mitos kepada kaedah yang saintifik. Dalam usaha

menafsirkan isi kandungan Al-Quran dan Hadis yang berkaitan alam semesta ahli-ahli

falak yang juga merupakan ulama Islam dalam bidang tertentu telah membuat kajian

secara praktik dengan mengkaji manuskrip-manuskrip peninggalan tamadun Yunani,

Mesir, Farsi dan Hindu. Mereka telah memperbaiki, memperbaharui, dan melanjutkan

kajian-kajian yang telah dibuat sebelum zaman mereka, di samping mencipta jadual-

jadual-jadual baru yang amat berguna. Begitu juga tujuan ilmu falak dikaji dan majukan,

kerana perkaitan rapatnya dengan keperluan agama, dari segi keberkesanannya, ketepatan

dan keselesaan praktik sebagai manusia yang ulul albab, manusia yang sentiasa

memperbaiki kaedah menguruskan diri. Perlu ada peningkatan antara ilmu yang telah

dipraktikkan zaman sebelumnya dengan zaman Islam. Oleh kerana umat Islam pada

peringkat awal ini mempunyai akses terhadap warisan Yunani dan tamadun lain, kita

boleh mengambil dan menggunakan kaedah ini dengan inovasi dan kreatif. Kemajuan

kaedah-kaedah sains juga didorong oleh tuntutan fekah mengenai ketelitian dan usaha-

usaha mengelakkan kerosakan pada ibadat (... sadduh dzaraih ...) serta tuntutan ... ma la

yutimmu al-wajib ila bihi fahuwa wajib .. (tiada sempurna yang wajib, melainkan

dengannya menjadi wajib ....), maka ilmu falak dan ilmu-ilmu sains lain tidak dapat tidak

perlu dimajukan dari apa yang ada pada zaman sebelumnya. Dalam hal ini, bukan hanya

ilmu falak atau astronomi sahaja yang menjadi tumpuan atau ikon kejayaan tamadun

Islam, sebaliknya hampir semua bidang sains. Ianya sepatutnya dinyatakan sebagai

kemajuan sains Islam. Tetapi disebabkan kedudukan ilmu falak yang penting, termasuk

skop hilirannya seperti matematik, fizik, geografi, teknologi hitungan, percetakan, kimia

dan sebagainya, maka kejayaan ilmu falak lebih menonjol. Begitu juga kerana ilmu falak

kekal perspektif tradisinya pada bidang-bidang utama dan penggunaan istilah, berbanding

dengan sains lain yang terus terhijab dengan sains Eropah, maka kita sering bincangkan

sejarah gemilang ilmu falak sebagai lambang kejayaan sains Islam.

Kita juga boleh berpaling kepada sejarah apakah langkah-langkah berkesan yang

menyumbang kecemerlangan ini. Pertamanya dengan usaha Khalifah al-Makmum (813M

- 833M) yang telah memerintahkan pembinaan kompleks penyelidikan yang lengkap

dikenali sebagai Baitul Hikmah. Begitu juga dengan pembinaan Balai cerap yang

pertama dibina oleh Khalifah al-Mamun di Damsyik. Pada zaman Khalifah Al-Mamun

sahaja terdapat sekurang-kurangnya empat buah balai cerap yang aktif membuat

penyelidikan, iaitu balai cerap Kaherah, Qaisun di Damsyik, Shammasiya di Baghdad

Page 5: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

5

dan Maraghah di Turkestan. Seterusnya, aktiviti penterjemahan yang dilakukan pada

peringkat awal perkembangan Islam. Misalnya, penterjemahan pertama karya matematik

falak adalah dilakukan oleh al-Fazari pada tahun 772 M, yang menterjemahkan naskhah

al-Sindhind al-Kabeer daripada bahasa Hindu kepada bahasa Arab (King, 1997).

Terdapat juga maklumat bahawa penterjemahan naskhah zidj al-Arkand dilakukan di

wilayah Sind, India seawal tahun 735 M (Encyclopaedia of Islam, 1979). Begitu juga

arahan Khalifah al-Ma’mun yang telah memerintahkan aktiviti penterjemahan sumber-

sumber sains Yunani ke bahasa Arab sebagai aktiviti utama Baitul Hikmah. Kerancakan

aktiviti saintifik yang dicetuskan oleh sarjana-sarjana Islam terawal ketika ini, telah

meletakkan asas kegemilangan tamadun Islam. Kemajuan penciptaan peralatan cerapan

dan pengukuran juga mempunyai hubungan yang kukuh dengan asas matematik yang

mereka digunakan, disamping kemajuan dalam bidang optik dan kejuruteraan. Ahli-ahli

falak pada zaman tamadun Islam juga telah melakukan rekacipta dan melakukan inovasi

terhadap peralatan cerapan yang digunakan. Dalam rekabentuk peralatan, ketinggian nilai

seni Islam dijelmakan dengan jelas, sarat dengan makna dan nilai estetika, sebagaimana

dibincangkan dalam Nasr (1976). Begitu juga dengan perhatian berat ahli-ahli falak

zaman tamadun Islam terhadap metodologi dan kesahan saintifik dalam setiap kajian

yang mereka dilakukan. Al-Biruni misalnya telah menggunakan semua metodologi

penyelidikan yang zaman moden ini dinamakan sebagai kajian etnografi, kajian kes,

analisis kandungan, historiografi dan fenomenalogi. Kenyataan ini merujuk kepada hasil

penulisan al-Biruni tentang sejarah bangsa-bangsa di dunia, politik, sains sosial, sains

tabii, sains silam dan geografi.2 Langkah sarjana-sarjana Islam mendokumentasikan

karya-karya dan merekodkan cerapan falak mereka secara sistematik menjadi penyebab

utama ilmu falak dan ilmu-ilmu sains lain berkembang ke Eropah dan sebahagian besar

dunia selepas zaman tamadun Islam.

Dua tahun lepas, apabila kita membuat road show seluruh negara mengenai ’Sains Islam

Mendahului Zaman’, kita sebenarnya cuba mengambil ikhtibar kejayaan silam untuk

masa depan. Begitu juga apabila tahun 2009 dijadikan oleh IAU sebagai Tahun

Astronomi Antarabangsa (IYA) kerana sebab yang sama, mengingati sejarah, apa yang

berlaku dan apa usaha kita sekarang. Mereka merayakan 400 tahun pencerapan teleskop

oleh Galileo Galilei. Mereka masih berbangga dengan rujukan sejarah kejayaan bangsa-

bangsa Eropah yang lewat hampir 800 tahun berbanding sains tamadun Islam. Justeru itu,

bukannya terlalu remeh dan membazir waktu apabila kita merenung dan mengingat

kembali secara bertalu-talu apakah faktor yang telah memacu kejayaan zaman sains

tamadun Islam.

Dalam dunia moden, kecemerlangan ummah termasuk negara dan bangsa dinilai dari segi

kedudukan ekonomi, status negara, darjat intelektual rakyatnya serta aplikasi teknologi

yang berkesan. Kita mungkin sudah mantap dalam konteks astronomi bagi aplikasi

agama, tetapi untuk menjadi negara maju (ummah cemerlang), kita tiada pilihan, ilmu

falak atau astronomi yang berasaskan produk teknologi mesti menjadi pilihan utama.

Justeru itu, negara pada akhir 1980-an telah menubuhkan Bahagian Planetarium, JPM,

kemudia diikuti Bahagian Kajian Sains Angksa (BAKSA) dan seterusnya menjadi

2 Lihat ulasan karya al-Biruni, dalam al-Biruni Commemorative Volume oleh Hakim Mohammed Said

(1979).

Page 6: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

6

Agensi Angkasa Negara (AAN) yang agaknya sepadan dari segi nama dengan NASA.

Bayangkan jika kita menjadi negara membangun tanpa teknologi angkasa termasuk

teknologi sampingannya seperti satelit (komunikasi, pemetaan, cuaca dan keselamatan).

Tentu kita akan terlambat juga menerima limpahan teknologi dan maklumat lain.

Walaupun kita telah ada stesen satelit Bumi (sekitar 1980-an, satelit Bumi di Melaka dan

stesen Bumi MACRES di Mentakab pada 1990-an), tapi apabila kita gunakan satelit

negara luar untuk kutip data, kita perlu membayar.Maka, pada tahun 2000 Program

Angkasa Negara dilancarkan dengan objektif memantapkan pengurusan sumber semula

jadi, alam sekitar dan pengurusan bencana menggunakan teknologi satelit. Industri dari

program ini juga boleh mengelakkan pergantungan negara kepada teknologi luar dalam

bidang strategik dan keselamatan, walaupun sukar hendak dicapai sepenuhnya, kerana

kuasa-kuasa besar telah menguasai persempadanan angkasa. Buat permulaan, Malaysia

masih menumpang teknologi angkasa negara yang lebih maju untuk menghantar

angkasawan dan satelit ke orbit. Walaupun kita dikatakan mampu membuat satelit

sendiri, kita terpaksa gunakan pelancar pihak lain. Justeru langkah-langkah awal seperti

membangun tenaga mahir dan terlatih, infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan

(R&D) dan meningkatkan kerjasama antara institusi. Apabila perkara-perkara ini

ditingkatkan, negara akan kurang bergantung kepada pihak luar (mungkin tidak

sepenuhnya) dan Malaysia akan bertukar dari pengguna kepada pemberi perkhidmatan

angkasa.

3. Persiapan yang perlu untuk menjadi ahli astronomi Islam

Jika al-Makmun memulakan dengan penterjemahan dan kajian sejarah sains Yunani,

maka kita juga jangan rasa terlalu rendah diri untuk melakukan penterjemahan dan

mengkaji sejarah sains silam, sama ada sejarah sains Islam atau Alam Melayu itu sendiri.

Walau bagaimanapun, pemantapan dan usaha ke arah kecemerlangan ini masih

memerlukan input dan produk kajian-kajian sains moden yang kini dipelopori Eropah.

Maknanya, ilmu falak pasca abad ke 21 M ini masih releven dikaitkan dengan sains

tamadun Islam, sains Melayu dan sains moden untuk membina model ilmu falak atau

sains Islam yang lebih unggul serta menyumbang kepada pembangunan ummah yang

cemerlang. Oleh kerana kita katakan bahawa kejayaan silam adalah panduan kita,

kejayaan sarjana sains tamadun Islam adalah teladan kita, maka kita perlu jadikan budaya

intelek mereka sebagai ikutan. Budaya intelek yang dimaksudkan sebagai ‘amalan hidup

dengan cara berfikir yang tinggi, maju dan positif’. Menurut perspektif pendekatan Ulul

Albab dalam program wawasan Terengganu Bestari, ciri-ciri yang ditekankan ialah

Quranik, ensiklopedik dan ijtihadik. Apabila kita menekankan konsep sains, termasuk

ilmu falak kita perlu menekankan al-Quran sebagai panduan untuk memberikan

pedoman berfikir dan mengkaji hikmah di sebalik setiap kejadian yang diciptakan oleh

Allah s.w.t. Berfikir secara saintifik dengan merujuk kepada al-Quran bukan sahaja

memberikan pedoman tentang benda alam fizikal tetapi menghubungkan faktor

ghaibiyyat sebagai faktor meneroka ilmu. Masih banyak rahsia-rahsia ilmu, termasuk

ilmu falak masih berada dalam tahap kepastian relatif kerana aksiom sains hanya cuba

membuat perbandingan dengan al-Quran. Begitu juga apabila ciri kedua berkaitan

ensiklopedik yang ditakrifkan sebagai perlunya ahli-ahli ilmu menguasai pelbagai

Page 7: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

7

kemahiran dan bahasa. Dan ijtihadik sebagai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah

ummah secara kreatif & berinovasi. Sains sepatutnya dapat memperbaiki kualiti hidup

secara maksimum, begitu juga dengan ilmu falak, sepatutnya produk falak dinikmati

secara

Skop-skop tradisi ilmu falak, walaupun masih releven, tetapi bersedia dirombak. Apakah

kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bersifat pengasingan yang dipraktikan dalam

sistem pendidikan sekarang berkesan? Mungkin tidak berlaku pada peringkat pengajian

tinggi, tetapi di peringkat rendah. Apabila kita mengajar sains kepada anak-anak kita,

secara terpaksa kena cari nilai-nilai murni untuk ditunjukkan manfaat sesuatu ilmu

tersebut. Kini, kita terkapai-kapai mencari ‘soft skill’ atau ‘kemahiran insaniah’ dengan

tujuan nak sepadukan ilmu yang diperolehi oleh para pelajar. Atau, apakah lebih

berkesan apabila sains dikamilkan sekali dengan aplikasi fekahnya atau nilai agamanya

secara mutlak bukan retorik atau berpura-pura. Sejarah telah membuktikan, di Alam

Melayu sendiri, ilmu falak menjadi sains yang mantap kerana pendidikannya,

penyebarannya dilakukan dalam konteks sains agama. Dahulu seseorang ulama itu juga

merupakan ahli sains. Masalahnya, dalam sistem sekarang seorang pakar sains bukan

pakar ilmu-ilmu Islam dan seorang pakar ilmu-ilmu Islam bukan pakar sains.

Pengasingan tetap berlaku, walaupun kita cuba tunjukkan ianya sebati. Justeru, jika

pengasingan ini berterusan (kerana sistem yang ada sekarang), seseorang itu perlu

menjadi ahli fizik sepenuhnya dahulu, kemudian mendalami dengan rasa cinta hubungan

fizik ini dengan al-Quran atau Islam. Atau, seseorang graduan pengajian Islam

kemudiannya akan mencari aspek ilmu (termasuk ilmu falak) untuk beliau menjadi ahli

astronomi Islam. Secara terus terang saya katakan, pilihan kedua ini lebih baik, iaitu

mengkhusus dalam dua bidang utama dalam dua peringkat.

Mempelbagaikan disiplin ilmu. Mereka bukan sekadar ‘major’ dalam ilmu fekah, tauhid,

bahasa dan ilmu kemasyarakatan, tetapi juga seorang yang mempunyai pengetahuan sains

yang luas. Begitu juga bagaimana kita mengembangkan ilmu falak bersama-sama bidang

ilmu lain untuk mempastikan produk ilmu falak sentiasa releven dengan kemajuan ICT.

Mereka yang mempunyai multi disiplin ini berpeluang membentuk ahli astronomi Islam

yang multi disiplin.

Ahli-ahli falak silam, termasuk ilmuwan falak Alam Melayu menekankan kesepaduan ini

yang boleh dilihat bukan setakat pada kandungan karya-karya ilmuwan falak, malahan

kemahiran praktik yang mereka ada. Begitu juga tujuan memajukan ilmu, bukan semata-

mata kerana keperluan agama, tetapi juga sebagai keperluan hidup atau sebaliknya. Para

ilmuwan yang menekankan keperluan memenuhi tuntutan ibadat, bertanggung jawab

pula menyediakan ‘wasilah’ dalam bentuk aplikasi dan produk falak.

Kekuatan modal dan kepelbagaian sumber. Penyebaran ilmu kepada masyarakat

memerlukan pengorbanan harta dan tenaga. Harta yang diperolehi oleh para ilmuwan

silam tidak digunakan untuk kepentingan sendiri, sebaliknya untuk memantapkan

perkembangan ilmu. Mereka kaya dengan modal, khudrat dan keazaman tinggi. Harta

mereka digunakan untuk belajar dan mengajar. Dalam konteks ini, modal merupakan

dana yang dibekalkan oleh pemerintah atau agensi, persoalannya bagaimanakah kita

Page 8: Falak Ulul Albab - falak.unisza.edu.my fileMelayu pada tahun 1323 H/ 1905 M. Rujukan dalam kajian ini ... sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 7 M sehingga ... artifak dan lukisan

8

menggunakan sumber ini untuk memajukan ilmu sesuai dengan modal yang dikeluarkan.

Modal untuk membuat penyelidikan bagi mementapkan dasar astronomi Islam misalnya,

mengenal pasti penubuhan institusi yang releven, perbelanjaan mengurus dan peralatan.

Serta modal untuk melatih tenaga manusia supaya boleh mengisi keperluan

menghidupkan institusi ini atau melakukan inovasi terhadap ilmu ini.