Falsafah awal kanak kanak
-
Upload
arra-asri -
Category
Economy & Finance
-
view
12.080 -
download
15
description
Transcript of Falsafah awal kanak kanak
INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 300)
Disediakan Oleh
FARAH NAJWA BINTI ASRI
DPAK A1002143
KOHORT 9A (G3)
017-4722417
Disediakan Untuk
PUAN HAJAH MAZNAH
(PENSYARAH FALSAFAH PAK)
28 DISEMBER 2010
1
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja
kursus falsafah pendidikan awal kanak-kanak pada masa yang telah
ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan jtaan terima kasih
kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pesyarah kursus ini
kerana telah membantu dalam memberi maklumat sedikit sebanyak dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga saya,
terutamanya kepada kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat
untuk kerja kursus ini, serta para rakan yang secara tidak langsung turut
membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini.
Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah
bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan cuti
semester hampir tiba, masa tidak mencukupi untuk kami mencari maklumat
di perputakaan. Namun saya tetap meminjam buku berkaitan dengan
tugasan untuk mencari maklumat lebih senang dirumah.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat
membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran
yang semakin jelas mengenai falsafah pendidikan awal kanak-kanak. Fakta-
fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi
pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya.
Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke
arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang
diharungi.
2
1.0 SOALAN
Huraikan bagaimana pengetahuan tentang falsafah dan falsafah
pendidikan awal kanak-kanak membantu anda dalam perlaksanaan
pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan?
1.1 PENGENALAN
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum
dan asas. Menurut Socrates dalam kenyataannya, falsafah merupakan sesuatu
yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula
jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada
itu, tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan
pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Sebagai contoh, dalam sesuatu
tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu
persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada
seseorang tokoh falsafah. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal
daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani, philosophia,
yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih
belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang
mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan.
Ini adalah kerana sesiapa jua dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah dan
mengemukakan pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah
di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh
tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi,
Al Farabi dan sebagainya. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan
perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras
kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri
yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri
yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan
yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abd Fatah Hasan, falsafah
pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am
yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang
patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Falsafah pendidikan
3
adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri
daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan
eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada
kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang
memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatismedibentuk
oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia
memperolehi pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian
masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat
individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap
diri sendiri dan kehidupannya. Daripada mazhab falsafah umum seperti yang
telah dinyatakan telah melahirkan pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan
kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme,
esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa
pandangan konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip
pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh
William C. Bagleymemberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-
perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Progresivisme telah
diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang beranggapan sekolah
berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang
sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme menekankan kepada
perubahan dan pembaharuan.
4
2.0 FALSAFAH
Secara umumnya, ciri-ciri falsafah adalah falsafah merupakan satu usaha
pemikiran yang tuntas dan juga tujuannya adalah untuk mendapatkan
kebenaran. Menurut Jimmy Wales, falsafah dapat dikategorikan kepada 5
bidang, iaitu Metafizik yang merupakan bidang falsafah yang memikirkan
tentang kewujudan, ia juga membawa maksud satu cabang falsafah yang
mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini
dan susun aturnya. Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh
melampui penyiasatan saintifik. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
perkaitan sebab-akibat.. Epistemologi yang merupakan bidang falsafah ini
memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Berasal dari perkataan Yunani episteme
yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan”.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Berfokuskan kepada
penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu. Etika adalah bidang falsafah
yang memikirkan tentang kemoralan manusia. Dikategorikan kepada tiga bidang
asas iaitu Meta ethics, Normative ethics, Applied ethics. Logik adalah satu
bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia dan bidang yang terakhir
ialah Estetika iaitu bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan Merujuk
kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan
kehidupan. Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Secara kasarnya,
falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi, antara falsafah barat dan juga
falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan
asing bagi kebanyakan orang. Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah
yang laku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di
Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini.
Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan
juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.
Menurut kepada Prof. Madya Dr. Mastura Badzis yang merupakan Pengarah,
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara menyatakan bahawa
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya,
pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
5
sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam
bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan
yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran
yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan
perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang
ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di
masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak
perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam
menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya
kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan
penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang
diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa
adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah nilai
penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam
bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan
mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi
‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang
hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari
aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah
yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal
menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah
lama akan berulang.
Dalam falsafah pendidikan kanak-kanak ini dapat diertikan kepada beberapa
cara untuk ditafsirkan iatu siapa, bagaimana dan proses pendidikan tersebut.
Kanak-kanak dianggap sebagai “unfinished adult” dan sentiasa memerlukan
bimbingan moral sepenuhnya dari keluarga, penjaga mahupun persekitaran
disekeliling mereka. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari
oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu
6
pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur,
mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Secara logiknya,
pendidikan itu sepatutnya bermula sejak dalam kandungan sampai mati.
Pendidikan sangat penting di masa akan datang dan membantu dalam mencari
pekerjaan. Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh
sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam
kandungan dengan harapan ini akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum
kelahiran. Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam
seharusnya lebih mendalam dari yang disedari mereka walaupun pengajaran ahli
keluarga berlaku secara tidak rasmi. Menurut falsafah pendidikan, proses
penceraian minda merupakan dimensi ulung dalam penerokaan khazanah
umum. Tanpa kesanggupan daya fikir untuk terus berganjak, inovasi dan fikrah
masyarakat tidak mampu bersaing diatas podium global. Walau apa pun, dalam
menongkah gulungan ombak modenisasi yang kini menyusup ke galur
globalisasi, elemen falsafah tidak seharusnya dimanipulasikan. Falsafah di sini
merujuk kepada Falsafah Pendidikan (FP). Ironinya, falsafah merupakan
metodologi yang paling utama dan tertinggi dalam dunia pendidikan. Unsur
Penting Dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah Menjadi warga Negara
Malaysia yang baik seperti Warga Malaysia mesti menjadi contoh yang baik
melalui kepercayaan kepada Tuhan, berkhlak mulia, berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan juga Negara. Kedua mempunyai
unsur intelek seperi unsur intelek mengambil kira aspek hikmah, iaitu ilmu yang
boleh membawa kebenaran dan kebaikan kepada orang ramai. Yang ketiga
mempunyai unsur rohani dan emosi, unsur ini merangkumi aspek ketuhanan,
keagamaan, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni, berbakti kepada
masyarakat dan berkorban apa sahaja. Keempat pula unsur jasmani, unsur
jasmani merujuk kepada kecergasan fizikal, kesihatan diri, dapat menggunakan
tenaga untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Kelima memperkembangkan
potensi individu, potensi adalah bakat dan kebolehan diri seseorang yang
dianugerahkan Allah SWT meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, dan juga social
yang mana boleh dicungkil dari semasa ke semasa. Keenam pula perlu
menyeluruh dan bersepadu, Potensi diri dikembangkan secara menyeluruh dan
bersepadu. Dan yang terakhir perlu menjadi insan yang seimbang. Seperti
sesorang itu dapat beribadah kepada Allah SWT dengan keseimbangan sifat-
7
sifat seperti akal yang sihat baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini
dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik,
sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran
dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan
sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan pendidikan. Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, agak
penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat
tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah
digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan
berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah
pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses
pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.
Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara.
Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut
sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang
iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka
lagi.KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada
tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
8
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara
jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat
tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan
hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah
falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan
agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri
manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia
terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang
baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli
keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep
asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu
dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran
kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan
kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,
mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang
boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang
amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat
dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan,
pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja
boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah
ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam
beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja
untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk
9
pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan
bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan
FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti. Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan
secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan
dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini
adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan
insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik
dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-
ciri berikut, percaya kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki
sahsiah yang seimbang dan bersepadu, dan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum.
10
3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Falsafah itu sendiri menerangkan tentang satu disiplin ilmiah yang
mengusahakan kebenaran yang umum. Ini bermaksud kenyataan tentang suatu
pemikiran terhadap persoalan yang timbul dalam setiap masa. Bahkan, dalam
falsafah pendidikan kanak-kanak itu sendiri ada menyatakan bahawa pendidikan
awal untuk kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan berkembang
serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak. Bagi saya,
falsafah ini boleh membantu dalam pelaksanaan pendidikan awal bagi kanak-
kanak kerana kanak-kanak merupakan individu yang muda dan aktif. Minda
mereka juga boleh menerima sebarang pelajaran dan pembelajaran dengan
lebih mudah dan cepat. Dalam satu kajian menunjukan hampir 90%
perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka
berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal
perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik
kritikal dalam pembangunan seseorang individu. kanak-kanak cenderung belajar
semenjak dalam kandungan hingga mereka berumur bawah 4 tahun kerana
kajian menunjukan mengenai perkembangan awal kanak-kanak khususnya di
bawah umur 4 tahun menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100
bilion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila
sel-sel dirangsang. Falsafah dan kajian ini menunjukan, ini dapat membantu
dalam perlaksanaan pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.
Merujuk falsafah pendidikan kanak-kanak, kanak-kanak cenderung belajar
semenjak dalam kandungan hingga mereka berumur bawah 4 tahun dan perlu
dibentuk dan dididik sejak awal. Falsafah ini membantu dalam perlaksanaan
pendidikan awal untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak individu yang tidak
mengenal dan perlu dibimbing. Secara rasionalnya, kementerian pendidikan juga
telah menyediakan Keperluan Dasar Yang Komprehensif dengan mewujudkan
Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga
kini, masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan
asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini.
Dengan yang demikian, kewujudan Dasar ini adalah penting bagi menentukan
11
hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (program ADAK).
Sekarang dengan adanya taska dan tadika dapat membantu ibu bapa untuk
menghantar kanak-kanak untuk mengetahui cara pembelajaran dengan lebih
berkesan. Contohnya, kebanyakan ibu bapa lebih banyak menghantar anak
mereka di tadika atau taska bagi memastikan anak-anak mereka terjaga, serta
mengetahui secara menyeluruh dan memberi fokus kepada pendidikan intelek,
rohani, emosi, sosial, dan jasmani. Kanak-kanak yang menghadiri pendidikan
awal kanak-kanak biasanya mengikuti pendidikan sama ada separuh hari atau
sepenuh masa di pusat-pusat asuhan kanak-kanak atau tadika anjuran kerajaan
atau swasta. Dengan adanya perlaksanaan dasar ini dan falsafah pendidikan
kanak-kanak yang rasional, memberi keberkesananya terhadap pendidikan awal
kanak-kanak.
Dalam salah satu falsafah pendidikan awal kanak-kanak, ada menyatakan
bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik melalui bermain. Dengan
bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian seperti
masalah komunikasi, kemahiran sosial dan pemikiran kritis dan kreatif.
Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka
bermain pada waktu yang sama mereka belajar menerusi bermain. Tanggapan
main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main bagi
orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main sebagai
profesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-
kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial
dan kognitif. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji
peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat
main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu, mengikut MILDRED PARTEN (1932)
beliau menkategorikan main social kepada enam peringkat iaitu, pertama,
perlakuan tidak menentu seperti kanak-kanak bergerak di kelas dari satu
tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kedua, main sendirian
seperti kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang
duduk berhampiran dengannya. Ketiga, main pemerhatian iaitu kanak-kanak ini
berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam
permainan. Keempat, main selari seperi tidak ada interaksi, permainan yang
sama. Kelima, main asosiatif iaitu kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-
12
kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti
main dan yang terakhir main koperatif iaitu kanak-kanak ini bermain dalam
bentuk social dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.
Mengikut SARA SMILANSKY (1968) beliau melihat aspek main dapat membina
perkembangan kognitif kanak-kanak. Kategori main mengikut Smilansky seperti
main berfungsi iaitu kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk
meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat
dengan objek berkenaan. Main konstruktif seperti kanak-kanak ini bermain
melibatkan mencipta sesuatu objek. Main dramatika seperti kanak-kanak ini
menggunakan objek mainan untuk menggantikan sesuatu imaginasi dan main
dengan peraturan seperti kanak-kanak ini bermain melibatkan penerimaan
pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan. Salah satu cara
pembelajaran iaitu melalui kaedah cuba jaya iaitu dengan cara menggunakan
akal dan fikiran untuk menghadapi pelbagai situasi. Selain itu, guru perlu menarik
perhatian kanak-kanak sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak
tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan
pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar
melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau.
Selain itu, perlu juga menyediakan pembelajaran melalui pengalaman sendiri
“hand-on activities” yang juga merangkumi manipulasi dan pelbagai bahan untuk
kanak-kanak menjadi lebih gembira dan berminat untuk belajar. Kanak-kanak
lebih senang melakukan perkara yang mereka suka, dengan cara itu kanak-
kanak lebih mudah memahami pembelajaran yang diajar. Aktiviti-aktiviti perlu
dirancang supaya kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, seperti yang
di katakan oleh DRS. KHALID BIN JONIT, PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, guru dapat merangsang naluri ingin tahu
kanak-kanak dengan memerhati seperti tarik perhatian kepada pelbagai objek,
kasifikasi seperti galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut criteria,
eksperimen seperti kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?”, menjangka
seperti cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku, menyoal seperti
tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”, penyelidikan seperti
tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklumat, dan komunikasi seperti jelaskan
pengalaman. Selain itu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,
menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat
13
menghormati dan berdisiplin. Belajar melalui bermain ini berkesan kerana ia
meninggalkan beberapa faedah iaitu menggalakkan perkembangan kognitif,
menggalakkan perkembangan fizikal, menggalakkan kestabilan emosi,
menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial, menggalakkan
perkembangan bahasa, menggalakkan kreativiti dan memenuhi pelbagai
keperluan kanak-kanak.
Dalam melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak, pelbagai dasar telah
diatur oleh kementerian pendidikan termasuk, setiap taska atau tadika perlu
diadakan kurikulum supaya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai sebelum
memulakan pembelajaran dengan lebih menarik. Pendidikan itu penting dalam
melahirkan generasi muda yang cilik ilmu dan dinamik. Falsafah ini membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran supaya
penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai perlu ada dan diberikan sebaik yang
mungkin di institusi persekolahan. Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum
utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal ialah rancangan
di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif
pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk
dilaksanakan yang mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan
apa yang telah disediakan dan dinilai. Kurikulum tersembunyi pula merupakan
sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai
kurikulum ‘tak rasmi’ atau ‘terlindung’ atau ‘tak formal’. Kurikulum ini dikelolakan
di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang
dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah. Kemahiran menjalankan aktiviti
dimana, kanak-kanak diasuh untuk mengenal pasti dan mempraktikkan
kemahiran merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang mencabar dan
menggembirakan untuk meningkatkan potensi kanak-kanak. Murid menjalankan
aktiviti perkembangan bahasa iaitu bercerita, membaca, menulis dan menaakul.
Murid juga didedahkan tentang perkembangan sosio-emosi seperti nyanyian,
main peranan dan lawatan. Perkembangan fizikal, kognitif, estetika dan daya
kreatif juga diberi penekanan dalam menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran
dan pengajaran. Aktiviti ini termasuk pergerakan motor, prasains, pramatematik,
lukisan, kraftangan dan muzik. Mereka juga mempraktikkan hubungan mesra
dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan
14
kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara
menyeluruh adalah sangat penting. Ia akan meneruskan kesinambungan dalam
pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur
dari lahir sehingga selesai persekolahan. Program PERMATA telah pun
menggubal Kurikulumnya tersendiri serta dinilai melalui ujian kajian
pemakaiannya di kalangan kanak-kanak di Pusat-pusat PERMATA. Hasilnya
adalah memberangsangkan dalam pembangunan awal kanak-kanak secara
holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Oleh itu,
Kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan sebagai garis panduan
Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat mengikuti pembelajaran dengan teratur dan berkesan.
Selain itu menurut falsafah pendidikan awal kanak-kanak, kanak-kanak hanya
akan belajar apabila mereka bersedia kerana setiap kanak-kanak tidak boleh di
paksa melakukan sesuatu diluar kemampuan mereka. Contohnya seperti
memaksa mereka memulakan pembelajaran sebelum mereka bersedia, kerana
itu tumpuan bagi setiap pembelajaran tidak dapat difokus dengan bersungguh-
sungguh. Setiap guru perlu mengetahui sama ada setiap kanak-kanak itu sudah
bersedia ataupun belum untuk memulakan pembelajaran. Setiap kanak-kanak
juga diberi kebebasan mengikut cara sendiri tetapi yang bertujuan dan bermakna
serta membimbing mereka kearah kumpulan. Contohnya seperti, membimbing
kanak-kanak untuk berfikiran positif, pandai bergaul sesama sendiri, tidak
menyendiri, mengetahui tentang persekitaran dan bijak menguasai
pembelajaran. Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran
emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke
atas perkembangan otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps
yang seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi
pembangunan ilmu kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika
kanak-kanak tersebut dewasa kelak. Kanak-kanak berpuas hati dan yakin
apabila dapat melakukan perkara yang diminati dahulu dengan mencapai
kemahiran menerusi daya usaha sendiri, kanak-kanak perlu menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti persekitarannya. Guru di
prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan moral yang sesuai dengan
peringkat kefahaman kanak-kanak supaya diamalkan semasa berinteraksi
15
dengan orang lain. Kebanyakan kita mengetahui bahawasanya kanak-kanak
telah dianugerahkan dengan kebolehan semula jadi untuk belajar.
Walaubagaimanapun, bagi sesetengah kanak-kanak, ini merupakan cabaran
yang lebih sukar berbanding yang lain. Ketidakupayaan pembelajaran adalah
apabila seseorang itu mempunyai kesukaran pembelajaran akibat gangguan
neurologi yang menjejaskan bagaimana maklumat diterima, diproses atau
berhubung di dalam otak, menyukarkan dirinya untuk memperoleh dan
menyimpan maklumat. Kerana itu kita perlu memupukkan semangat kerjasama
untuk mengajar kanak-kanak kerana dengan cara begitu, keberkesanan
pembelajaran mereka lebih tinggi dan mereka juga lebih bersedia untuk
memulakan pembelajaran dan pelajaran.
Selain dari itu, menurut falsafah pendidikan awal kanak-kanak, kanak-kanak
juga merupakan seorang insan yang unik dan kreatif. Kanak-kanak mempunyai
ciri-ciri yang unik dan istimewa tersendiri mengikut citarasanya. Kanak-kanak
mempunyai keunikan yang istimewa dimana ia akan berubah mengikut tahap-
tahap yang ditetapkan secara semulajadi dan seterusnya mewujudkan
keseimbangan terhadap kanak-kanak tersebut, ini juga menunjukkan kita
bahawa alangkah indahnya kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang Maha
Mengetahui. Pendidikan sebenar perlu membantu kanak-kanak memahami sifat
semulajadinya sebagai insan yang kreatif. Seperti teori Piaget dan Vygotsky
dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-
kanak. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan
yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Teori
Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak oleh Gardner
(1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada
peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma
ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Menurut
Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut seperti pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil
risiko dan yang tidak mudah mengalah, memberi peluang untuk cemerlang
dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi, menyediakan
persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap
16
kecemerlangan, membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan
tidak takut gagal, menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau
mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar
mencabar autoriti. Selain itu kanak-kanak mudah terpesona dan berpuas hati
dengan benda-benda kecil, dari semut di lantai, cicak di siling, sehinggalah kapal
terbang di awanan. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang
dipandang remeh oleh orang dewasa, kanak-kanak seorang yang unik dan
kreatif sehinggakan perkara yang tidak dinampak oleh orang dewasa, diambil
tahu oleh mereka yang masih kecil. Kerana itu bagi saya, ia berkesan apabila
kita memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk menunjukkan bakat
yang sedia ada didalam diri kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai
keinginan tersendiri untuk memperlihatkan keunikan dan kreatifnya mereka.
Selain itu, menurut falsafah pendidikan awal kanak-kanak, interaksi adalah
kata kunci pada pembelajaran awal. Kanak-kanak belajar paling baik apabila
berpeluang berinteraksi dengan orang lain. Contohnya seperti interaksi semasa
bermain merupakan pengalaman penting yang perlu diperolehi oleh kanak-
kanak. Memberi peluang kanak-kanak bermain menggalakkan berfantasi,
interaksi sosial dan budaya di samping perkembangan bahasa. Berusaha
mempunyai keseimbangan antara pembelajaran arahan guru dan pembelajaran
inisiatif kanak-kanak. Vygotsky.telah menyatakan bahawa telah membuat kajian
bahawa persekitaran, budaya dan kebolehan berkomunikasi secara interpersonal
banyak membantu perkembangan dan interaksi kanak-kanak. Melalui interaksi
kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya, gaya pertuturan, penulisan
dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu kanak-kanak supaya
dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya. Perkembangan kanak-kanak
boleh meningkat melalui interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran.
Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan serta
menggalakan pembelajaran aktif melalui objek konkrit. Piaget menjelaskan tiga
cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu
belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai
dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang
diperolehi dengan cara sedemikian.Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu
pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui
17
penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,
keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari
tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logikal-matematik yang
meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. Pada
saya cara ini berkesan apabila kanak-kanak pandai berinteraksi dan mengetahui
perihal persekitaran dan pandai menjaga diri dari orang yang cuba untuk
mengambil kesempatan. Contohnya seperti zaman sekarang iaitu kes jenayah
seperti, menculik, merogol dan menjual kanak-kanak tersebut di luar negara.
Perkara seperti ini kanak-kanak perlu mengetahui siapa yang beinteraksi
dengannya.
Selain itu, menurut falsafah pendidikan awal kanak-kanak pembelajaran perlu
konstruktif. ‘Konstruktivisme’ membawa maksud falsafah membina. Ia digunakan
dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi, pengajaran, sains, matematik dan
pendidikan moral.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori
konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan )
Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977).
Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh
membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran
pengetahuan. Mengikut Piaget dan Vygotsky, kanak-kanak perlu membina
kefahaman sendiri melalui aktiviti dan perbincangan, daripada hanya menghafal
jawapan yang betul, kanak-kanak akan lebih mengingat melalui penemuan
sendiri kerana membina daripada pengalaman lepas dan mengaitkan dengan
yang diperolehi dan kerana mereka yang mendapatnya sendiri. Kanak-kanak
akan lebih mengingat melalui penemuan sendiri kerana membina daripada
pengalaman yang lepas dan menggaitkan dengan yang diperolehi dan kerana
mereka yang mendapatnya sendiri. Selain itu, sifat ingin tahu semulajadi akan
membuatkan mereka mahu mencari jawapan dalam sesuatu perkara. Kanak-
kanak juga perlu dicabar dan balajar meneroka segala kemungkinan yang bakal
terjadi. Teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik
darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-
ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam
mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan
18
pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi
penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya
situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahaman
murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung
jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari
itu guru perlu mengelakkan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai
tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru
sebaliknya mengambil kira, menilai, mengukur keterlibatan dan kefahaman
mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses
P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu
dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam menghadapi situasi
di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti
P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti
serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai
jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea
terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan
murid. Bagi saya, cara ini berkesan kerana, konstruktif adalah pendekatan yang
memberi hak dan peluang untuk kanak-kanak belajar untuk belajar (learn how to
learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka
minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang
sedia ada. Sebagai seorang pendidik keadaan ini menuntut agar lebih prihatin
terhadap keperluan dan kehendak kanak-kanak secara individu, konstruktivisme
merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi
peluang dan membuka ruang kepada kanak-kanak di dalam merialisasikan
dalam kehidupan seharian mereka dan menganggap bahawa ilmu pengetahuan
tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
19
KESIMPULAN
Daripada apa yang dlihat, kesimpulan yang boleh saya buat ialah falsafah
ialah ilmu istimewa yang cuba menjawab masalah atau persoalan yang tidak
dapat dijawab oleh pengetahuan biasa (knowledge). Ia adalah hasil dari daya
usaha manusia dengan akal yang rasional, kritis dan integral untuk menganalisa
objek-objek seperti hakikat alam semesta, kemanusiaan dan ketuhanan.
Falsafah juga merupakan ilmu induk, sementara ilmu-ilmu lain adalah bahagian-
bahagiannya. Kerana itulah kita dapati dalam sejarah perkembangannya
berbagai definisi, skop dan sebagainya telah diberikan. Meskipun terdapat
beberapa perbezaan kecil pentakrifannya di kalangan ahli falsafah, namun ia
tetap selari dan saling menguatkan. Perbezaan ini seringkali dipengaruhi oleh
kelainan disiplin ilmu, aliran pemikiran serta latar belakng ahli falsafah itu sendiri.
Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan
selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke
semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem
pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang
berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh
menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral,
disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar
Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa
sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankantugas dan
tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan
negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.
alsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala
tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-
guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk
melahirkan insan yang berkualiti. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah
dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan
akhirnya barulah guru-guru dapat menguasaidan menyalurkannya ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah
pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka
20
segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk
melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani,
intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
Di sini jelas bahawa, pendidikan merupakan satu wadah penting dalam
menjana anjakan paradigma dalam setiap individu. Jika taraf pendidikan individu
sempurna, maka lahirlah masyarakat madani progresif yang akan membina entiti
negara bangsa yang berdaulat di rantau global. Jika taraf pendidikan pincang,
sudah tentunya masyarakat negara kita tidak mempunyai jati diri yang unggul
dan mantap. Efektifnya, kita akan ketinggalan diera perkampungan global pada
hari ini yang penuh dengan rempah ratus bayu pembaharuan. Untuk itu, kita
mestilah sentiasa bersiapsiaga jika ingin terus mengatur derap langkah menuju
ke puncak jaya lebih-lebih lagi kita akan berdepan dengan arus globalisasi.
Walaubagaimanapun, hasrat untuk melahirkan generasi intelek yang mantap dan
unggul serta dinamik hanya akan menjadi khayalan jika semua pihak tidak
bersatu hati menjayakan hasrat murni negara tercinta. Sebagai kesimpulan dari
kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman. Perkataan
kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl لطفل١ ) ) yang
berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu
yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi
pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik
dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang
mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi
kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang
lain juga amat perlu diberikan perhatian. Dalam memperkatakan mengenai
kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar
masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam
membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi
budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu
banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya
mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku
dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan
21
selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik. Imam Al-Ghazali
Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah
permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara
yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya
dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak
akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa
kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih
sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan
nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras
sebaliknya kekasaran dan penonjolan amarah akan membekukan jiwa yang
lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih
bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui
pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya
mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan. Inilah juga antara tajdid
yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan
rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam
membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia
yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu
dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan
para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik
memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi
kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan,
maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang
kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan
jahat…”
Wallahua’lam
22
RUJUKAN :
Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-
2007) -Penerbit USM, 2007
Surayah Zaidon, Jabatan Bahasa, Maktab Perguruan Islam
DRS. KHALID BIN JONIT, PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
INDUSTRI SELANGOR
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis yang merupakan Pengarah, Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Rujukan internet : http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/falsafah-pendidikan ,
http://www.slideshare.net/arthurjeo/1-asas-falsafah-pendidikan-kebangsaan ,
http://www.mindamadani.my
Cik Cheong Sau Kuan, Ahli Psikologi Klinikal.
Drs. Sidi Gazalba
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.
23