Falsafah Ilmu Menurut Pandangan Islam Dan Barat

11
FALSAFAH ILMU MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT : SATU KAJIAN PERBANDINGAN Syed Haashim Bin Syed Abdu Rahman N! Ma"#i$: P%&&'' Penyeia Tu(asan : P#!)ess!# D# Id#is *a$a#ia Fa$u"i Pen(a+ian Isam Uni,e#si"i Keban(saan Maaysia A-#i ./01

description

ok

Transcript of Falsafah Ilmu Menurut Pandangan Islam Dan Barat

FALSAFAH ILMU MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Syed Haashim Bin Syed Abdul RahmanNo Matrik: P78833

Penyelia Tugasan : Professor Dr Idris Zakaria

Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia

April 2015FALSAFAH ILMU MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN BARATAbstrakIlmu merupakan satu keperluaan dalam melahirkan satu kerangka idea dan membentuk satu wawasan ketamadunan yang hebat. Nilai dan kefahaman ilmu ini bergantung kepada keadaan sekeliling dan asas kerangka pemikiran seseorang. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis tentang Falsafah ilmu pada sudut pandangan Islam dan barat. Metodologi kajian ini berdasarkan kepada seorang tokoh falsfah dan cendiakawan Islam dan tokoh ilmuan barat. Selain daripada itu kajian ini berasaskan juga kajian beberapa teks dan dokumentasi berkenaan pengolahan dan ulasan berkenaan dengan nilai ilmu. Hasil kajian ini didapati nilai falsafah ilmu menurut sudut pandang Islam dan barat amat jauh berbeza dari sudut penyatuan nilai jasmani dan metafizik serta sumber pengambilan ilmu. Kata Kunci: Makna Ilmu, Sumber Ilmu, Konsep IlmuPendahuluanPembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagiaan seseorang dan suatu bangsa. Seseorang individu atau bangsa yang mempunyai kekuasaan dan kekayaan tidak boleh mempertahankan miliknya, apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya dan penghargaan kepada ilmu. Malah kita akan sentiasa bergantung kepada sesuatu individu atau bangsa yang mempunyai ilmu untuk membantu kita membagunkan segala keperluan dan kegunaan untuk kita. Penghargaan kepada ilmu pengetahuan adalah merupakan satu fitrah dan keperluan bagi mana-mana individu, negara atau bangsa membangunkan sesebuah ketamadunan yang berjaya. Ilmu pengatahuan memang diresapi oleh pandangan hidup, agama, kebudayaan, dan peradaban seseorang individu. Ilmu pengetahuan tidak bebas nilai kerana ilmu adalah sifat manusia. Oleh itu, segala maklumat dan hasil perolehan yang didapati dari kajian, taakulan dan pemerhatian itu bergantung sepenuhnya kepada individu untuk mentafsirkan atau memaknakan ilmu tersebut berdasarkan kepada kefahaman dan pandangan alam. Nilai ilmu dan kefahamnnya amat dipengaruhi oleh keadaan dan peri pandangan alam yang menjadi kerangka dalam membentuk pemikiran seseorang. Oleh itu, perbezaan latar belakang dan nilai di antara Islam dan barat telah membentuk kerangka ilmu yang tersendiri dan mempunyai perbezaan dari sudut epestemologi, sumber dan natijah kepada ilmu itu sendiri.Krisis dan benca yang berlaku di dunia hari ini, tidak menolak kemungkinan bahawa hal ini terjadi kerana berlakunya konsep dualism dalam epestemologi ilmu. Pemisahan antara nilai agama dan ilmu itu menjadikan sesuatu yang dikaji dan didapati oleh pemerhatian menjadikan seseorang itu terpengaruh dengan ideologi yang menyeleweng seperti sekularisme yang mengajar manusia bahawa ilmu bukan barasal dari Tuhan, atheism yang membuang secara total kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan, menjadikan seseorang penguasa mengambil kesempatan untuk menindas atau memperkecilkan sesuatu bangsa yang lemah. Di sebahagian negara Islam sekarang ini, banyak umat Islam yang beranggapan bahawa permasalahan yang dihadapi mereka bersumber daripada ketertinggalan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Walaupun secara sekilas anggapan seperti ini benar, permasalahan inti yang menjadi penyebab semua permasalahan lainnya adalah permasalahan ilmu. (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005:62)Pemaknaan dan penghayatan terhadap nilai atau epestemologi ilmu itu merupakan perkara asas dalam membentuk kerangka pemikiran dan seterusnya melahirkan satu bentuk fakulti ilmu dalam merangka gagasan atau disiplin ilmu. Konsep atau kerangka ini mestilah dibentuk di atas satu asas yang kukuh dari sudut sejarah perkembangan, sumber dan kefahaman yang dilahirkan berdasarkan kajian dan taakulan. Makna Ilmu Menurut Islam Dan BaratPembentukkan asas atau disiplin sesuatu ilmu itu dimulai dengan perbincangan atau makna sesuatu ilmu. Berdasarkan inilah, disiplin ilmu itu dikembangkan menjadi subjek atau melahirkan jenis ilmu yang baru. Perbezaan kerangka kefahaman atau latar belakang menjadikan nilai dan asas ilmu itu turut berbeza. Oleh itu Islam dan barat meletakkan makna dan definisi ilmu yang berbeza berdasarkan kepada sumber dapatan dan juga hasil kefahaman melalui pemerhatian dan taakulan yang dalam. Ilmu adalah suatu gerak-daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada suatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri mengetahui itu mengetahui yang diketahui. Ilmu juga pengenalan terhadap yang dikenali sebagaimana adanya. Pengenalan ini pengenalan yang yakin tentang kebenaran, dan merujuk kepada hikmah. Maka ilmu adalah sesuatu yang meyakinkan dan memahamkan dengan nyata. Mengenali dan mengetahui sesuatu itu adalah mengenali dan mengetahui sebab-sebab wujud dan keadaan sesuatu yang dikenali dan diketahui. (Al-Attas, 2007:12)Meletakkan segala asal kejadian yang berlaku di alam-sarwajagat ini yang berasal daripada unsur pertama iaitu Tuhan. Perletakkan asas kepada unsur yang pertama menggerakkan atau menjadikan alam sarwajagat ini merupakan satu timbal-balik atau pengembalian kepada asal kejadian. Segala bentuk yang berlaku dalam alam ini, mempunyai pencipta dan sebab-musabab yang membentuk perkara tersebut. Oleh itu, segala kelakuan dan perkara yang terjadi di alam ini sudah pastinya diatur dan tidak berlaku secara semulajadi mengikut fungsi dan sifat sesuatu kejadian.Kebenaran dan penerimaan terhadap unsur pertama (Tuhan), tidak menjadikan sesuatu keputusan dan kajian yang dijalankan bersifat semulajadi dan hanya berlaku mengikut fenomena alam semata-mata. Pembebasan nilai ketuhanan dalam menjalankan kajian dan melihat fenomena alam ini menjadikan sesetangah manusia itu telah hilang segala bentuk nilai spiritual atau fitrahnya yang menyatakan bahawa segala kejadian ini kembali kepada nilai ketuhanan. Ilmu adalah gerak-daya memperoleh atau menghasilkan sesuatu menerusi tilikan akal, iaitu tilikan yang memandang hakikat sesuatu seperti adanya. Ilmu juga perolehan kalbu mengenai sesuatu, yang menggambarkan hakikatnya dengan secara tepat dan jernih, baikpun hakikat itu hakikat yang zahir di alam shahadah mahupun yang batin di alam ghaib. Ilmu adalah penetapan diri atau kalbu tentang kebenaran sesuatu sewaktu shak dan ragu timbul mengenainya. (Al-Attas, 2007:13) Islam meletakkan bahawa ilmu tidak hanya berlaku dari dimensi fizikal semata-mata, iaitu berlaku hanya pada perkara yang boleh dicerap mengunakan pencaindera, tetapi melangkaui medan fizikal. Perbincangan dan kepercayaan kepada alam metafizik turut menjadi salah satu perhatian dan sumber pengetahuan dari sudut pandangan Islam. Ini kerana kepercayaan dan keyakinan tidak hanya diletakkan kepada cerapa pancaindera semata-mata tetapi menghubungkan wahyu sebagai asas yang paling itu dalam membina kerangka atau epestemologi Islam. Penerimaan wahyu dan perletakkan perkara ghaib sebagai sumber dan natijah kepada nilai ilmu Islam merupakan satu bentuk gabungan dan intergrasi di antara perolehan pancaindera dan ketajaman intelek dalaman (intuisi) dalam melahirkan objek atau dapatan di dalam kalbu. Telah menjadi sifat dan natijah ilmu itu membawa seseorang menemui kebenaran dan membentuk keyakinan yang kuat dalam menyatakan bahawa segala perlakuan dan kejadian di alam sarwajagat ini terhasil daripada satu keabadian yang kekal dan amat berkuasa. Prof al-Attas menyatakan:Ilmu adalah kepercayaan yang teguh dan tiada berubah di dalam kalbu. Ilmu adalah suatu gerak-daya ke arah penjelasan, penetapan dan penentuan. Ilmu itu pengikaran terhadap kebenaran. Ilmu itu itikad mengenai hakikat sesuatu seperti adanya. Ilmu mengakibatkan ketenteraman jiwa. Ilmu merupakan peringatan, gambaran akal, renungan, pandangan batin. Ilmu adalah suatu sifat yang menghapuskan kejahilan, shak dan dugaan. Ilmu itu kenyataan sesuatu dari pihak dirinya sendiri. (Al-Attas, 2007:13)Pembentukkan kepada satu kepercayaan dan keyakinan merupakan proses yang melibatkan hubungan antara dimensi ketajaman rasional dalam menilai seseuatu dapatan kajian dan kejernihan kalbu dalam memahami erti dan rahsia yang terkandung pada hasil kajian. Keputusan yang terlahir daripada interaksi ini membentuk satu kepastian yang jitu sehingga terbentuk keyakinan yang terzahir kepada kepercayaan dan amalan.Ilmu itu cahaya yang diletakkan oleh Allah SWT dalam kalbu. Ilmu itu gambaran, rupacita, faham atau makan dalam fikiran, dan gerak-daya yang membentuk perkara-perkara tersebut. Ilmu itu pengetahuan atau pengenalan yang tetap yang menafikan kemungkinan pengetahuan dan pengenalan sebaliknya. (Al-Attas, 2007:13)Pemaknaan ilmu yang dinyatakan oleh Al-Attas ini merupakan natijah daripada ilmu. Sifat ilmu adalah memberikan cahaya atau petunjuk iaitu membuka ruang kefahaman kepada individu dalam memahami sesuatu perkara. Kefahaman akan membawa seseorang individu itu benar-benar menghayati dan mengamalkan segala perolehan dengan nilai dan kaedah yang benar-benar mengikuti nilai ilmu tersebut. Di samping itu juga, perolehan cahaya ini adalah kepada orang yang benar-benar mengetahui nilai sesuatu ilmu dan berusaha dengan sedaya mungkin dalam mendapatkan nilai-nilai tersebut. Imam Syafii pernah berkata, Maksudnya:Aku pernah mengadukan kepada Waki tentang jeleknya hafalanku. Lalu beliau menunjukiku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahwa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.Natijah kepada ilmu itu adalah membawa seseorang itu menemui kebenaran. Sifat kepada kebenaran itu adalah membawa kepada keadilan dan kebahagiaan. Islam meletakkan bahawa sifat cahaya itu memberi petunjuk jalan kepada manusia dalam kegelapan. Oleh itu, pergabungan antara kalbu (batin) dan akal (rasional) menjadi alat utama dalam memperoleh kebenaran dan menuju kepada kebahagiaan. Sifat cernaan dan taakulan kepada rasional semata-mata tidak mempu untuk mencari rahsia dan makna tersirat disebalik penciptaan alam semesta. Islam meletakkan gabungan kalbu dan rasional bertindak sebagai alat penghubung bagi melengkapi keterbatasan rasional dan ilham pada kalbu itu dipadukan. Ilmu adalah rahsia yang diselipkan ke dalam diri dan menetap di situ. Ilmu itu tibanya makna di dalam diri serempak dengan tibanya diri kepada makna, dan ilmu itulah yang menjadi hasrat dan kehendak diri. (Al-Attas, 2007:13)Sememangnya kejadian alam-sarwajagat ini mempunyai dan membawa rahsia dan sebagai tanda kewujudan sesuatu yang sifatnya wujud kekal (wajib al-wujud). Perkara ini disampaikan kepada para nabi dan utusan-Nya melalui penurunan wahyu. Para pengkaji dalam meneroka sesuatu bidan ilmu tanpa dibatasi dan diasaskan dengan nilai dan wahyu akan membawa kepada kekosongan dan syak serta keterbatasan pengetahuan yang tidak dapat membawa kepada kebenaran yang hakiki dan menuju kebahagiaan. Perkara ini amat berbeza dengan pandangan falsafah barat. John locke mneyatakan: We having little or no knowledge of what combinations there be of simple ideas existing together in substance, but by our sense, we cannot make any universal certain propositions concerning them, any further than our nominal essence lead us. Which being to a very few and inconsiderable truths. The general propositions that are made about substance, if they are certain, are for the most part but trifling, and if they are instructive, are uncertain and such as we can have no knowledge of their real truth. (R.S Woolhouse, 1971:20) Pembangunan kepada asas ilmu itu yang dinyatakan oleh Locke dengan meletakkan bahawa kebenaran itu hanyalah datang daripada segala perkara yang dicerap oleh pancaindera semata-mata. Nilai dan pembentukan asas keilmuan berpunca daripada dimensi fizikal semata-mata. Perkara ini telah melahirkan konsep nihilism atau membawa kepada atheism yang terhsil daripada pemisahan antara nilai ketuhanan dan cerapan fizikal. Konsep Ilmu Menurut Islam Dan BaratNilai dan natijah kepada ilmu itu adalah membawa kepada kebenaran dan menghilangkan segala bentuk keraguan. Konsep dan sumber pengambilan ilmu itu menjadi asas utama dalam menentukan sesuatu kerangka dan membentuk epestemologi ilmu. Berdasarkan daripada kerangka ilmu tersebut, maka segala bentuk kejadian dan apa yang berlaku akan menghasilkan nilai dan dapatan yang pasti mempunyai perberbezaan. Sifat ilmu sains pada bangsa barat dalam mencari dan menyelidiki rahsia Ciptaan Raya, yang menjadi pucuk bibit renungan falsafah mereka dalam ikhtiar bagi menyelesaikan masalah Tuhan sehingga cara-cara dan bawaan ilmu sains jenuh dipuja dan dikembangkan supaya merangkum dan meliputi bidang-bidang lain dalam luasan ilmu. Perkembangan ilmu sains di Eropah sejak Abad Pertengahan telah memberi harapan kepada kebudayaan Barat bahawa ilmu sains itulah satu-satunya cabang ilmu pengetahuan dan falsafah yang akan dapat membawa keyakinan terhadap apa yang dicari oleh mereka. Maka dengan demikian mereka telah mengenakan rasionalisme dan emperikisme pada cara berfikir dan menyelidik kepada bidang-bidang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. (Al-Attas, 2007:9) Konsep rasionalisme dan emperikisme yang diperkenalkan oleh falsafah barat semestinya membawa kepada kajian berbentuk fizikal semata-mata dan menghasilkan sifat ilmu yang sesekali tidak mempunyai nilai ketuhanan. Pandangan dan kerangka ini telah menjadikan sesuatu dapatan kajian dan taakulan berkenaan dengan alam semesta ini jauh daripada kebenaran yang hakiki dan tidak menemui sesuatu kewujudan yang abadi. Pemisahan atau pengasingan antara metafizik dan kajian fizikal yang dipengaruhi oleh sekularisme ini, tidak mampu untuk membentu satu kerangka ilmu yang konkrit sehingga melahirkan satu bentuk kritikan yang meruntuhkan seseuatu kerangka ilmu (discrontruct) setersunya membentuk nilai relative bahawa segala kebenaran berdasarkan kepada pendapat individu. Islam telah meletakkan asas yang kukuh dalam membentu satu epestemologi ilmu, iaitu intergrasi antara metafizik dan kajian fizikal. Islam tidak menerima fahaman pemisahan antara rohani dan yang jasmani, kerana keduanya yang rohani dan jasmani meskipun berlainan, adalah penjelmaan suatu hakikat rohaniah yang Esa juga. Berikutlah bahawa pandangan alam yang ditayangkan oleh Islam meliputi kedua-duanya sekali yang rohani dan yang jasmani. Oleh sebab itu, maka pandangan hidup kita mengenai hakikat semesta bukan hanya tertumpu kepada dunia belaka tanpa melibatkan dengan akhirat, bahkan wajah dunia itu mesti dinisbahkan pada wajah akhirat secara yang sangat mesra serta mendalam sehingga tiada mungkin terdapat perpisahan antara keduanya, justeru wajah akhirat itu mengandung penghabisan makna serta tujuan hidup kita di dunia ini. (Al-Attas, 2007:16)Nilai sekularisme yang terpengaruh di dalam kerangka epestemologi ilmu Islam, telah melahirkan satu bentu kefahaman yang baru, iaitu segala kajian dan dapatan yang diperoleh mestilah berdasarkan kepada fakta dan data tanpa menyebut nilai dan perbincangan berkenaan dengan metafizik atau perkara ghaib. Oleh itu, nilai yang lahir daripada pembentukkan falsafah sekularisme ini menjadikan segala kehidupan ini tertumpu hanya pada nilai keduniaan sahaja. Nilai universalisme (syumuliyyah) yang menjadi asas kepada ilmu Islam yang menggabungkan elemen fizikal dan metafizik telah membentuk satu asas ilmu yang kukuh dan menggabungkan nilai keduniaan dan akhirat. Tujuan kehidupan ini, tidak berhenti pada dunia semata-mata tetapi dunia ini adalah tempat di mana pencarian segala maklumat dan dapatan yang boleh menghubungkan kepada akhirat. Justeru itu, konsep atau pengambilan ilmu, Islam tidak hanya meletakkan kepada dapatan data dan benda yang mampu dicerap, tetapi menggabungkan secara keseluruhan elemen bagi menghasilkan sesuatu dapatn dan membentu disiplin dan ilmu yang tersendiri. Bahawa ilmu pengetahuan itu datang dalam pelbagai saluran iaitu, melalui pancaindera (al-hawas al-khamsah), akal fikiran yang sihat (al-aql al-salim), berita yang benar (al-khabar al-sadiq), intuisi (ilham). (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005:96)Pengetahuan dan ilmu yang dibentuk dalam kerangka epestemologi Islam, tidak sesekali memisahkan keduniaan dan akhirat. Segala penghasilan dan juga pembentukkan bidang dan disiplin ilmu akan terpandu serta mempunyai asas yang kuat mampu membawa dan membentuk kerangkan pemikiran yang berasaskan keseimbangan dunia dan akhirat. Pengambilan sumber ilmu yang berasaskan kepada wahyu dan kajian emperikal tidak menjadikan satu nilai yang dikaji bertentangan dengan fitrah serta pengembalian hasil dapatan kajian itu kepada Pencipta Pertama (tuhan). Falsafah sekular yang dianuti oleh barat telah menghilangkan secara menyeluruh konsep ketuhanan di dalam kajian dan kerangka ilmu. Falsafah ini, hanya menekankan kaedah dapatan melalui konsep rasionalisme dan emperikalisme, yang tidak menjadikan wahyu dan perkara ghaib itu sebagai asas ilmu. Oleh itu segala dapatan dan kerangka yang dibentuk telah menghilangkan nilai ketuhanan dan sesekali tidak membawa para pengkaji ini menemui sebarang nilai-nilai tersebut. Falsafah perpendapat bahawa ilmu itu hanya diukur berdasarkan kepada dapatan pancaindera semata-mata. Knowledge is information gained by human effort in order to control nature and society. The western concept of knowledge therefore is limited to the scope of empirical or scientific observation, and that is what we term as acquired knowledge in contrast to absolute knowledge, which is the divine, or the revealed knowledge is limited only to what can be accepted and proved by senses. What cannot be accepted or proved by the senses is not considered as knowledge. (Bachir Soualhi, 2009:7) Penilaian dan perletakkan asas ilmu yang hanya berteraskan pengalaman pancaindera dan kajian data adalah menjadi rukun kepada pembentukkan falsafah ilmu barat. Pengasingan nilai metafizik, nilai ketuhanan dan hari akhirat adalah punca utama penganut dan pengikut mazhab ini melakukan segala perkara hanya berasaskan kepada materialistik dan individualistik. Konsep kebersamaan dan nilai murni sesekali tidak menjadi agenda mereka dalam membangunkan segala struktur disiplin ilmu.

BIBILIOGRAFIAl-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1981. Islam Dan Sekularisme. Bandung. Penerbit Pustaka.Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu Dan Pandangan Alam. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1985. Islam, Secularisme And The Philosophy Of The Future. London. Mansell Publishing Limited. Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 2001. Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur. Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam.Conn. Christopher Hughes. 2003. Locke On Essence And Identity. London. Kluwer Academic Publisher. Ismail R. al-Faruqi. 1990. Fikiran Dan Budaya Islam. Terj. Masood Rashid. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Murtadha Mutahhari. 2012. The Theory Of Knowledge An Islamic Prespective. Terj. Mansoor Limba. Selangor. Amin Research And Culture Centre. Munawar Haque & Kabuye Uthman Sulaiman & Bachir Soualhi & Syamsuddin Arif. 2009. Islam: Knowledge And Civilization. International Islamic University Of Malaysia. IIUM Press. R.S Woolhouse. 1971. Lockes Philosophy Of Science And Knowledge. Oxford. Western Printing Services Ltd. Roger Woolhouse. 2007. Locke: A Biography. Cambridge. Cambridge University Press. Richard Osborne. 1992. Philosophy for Bigginers. United States of America. A Writes and Readers Docomentary. The International Institute Of Islamic Thought. 1989. Islamization Of Knowledge: Ganeral Principle And Work Plan. USA. International Institue Of Islamic Thought Herndon. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1998. The Educational Philosophy And Practice Of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition Of The Oroginal Concept Of Islamization. Kuala Lumpur. International Of Islamic Thought And Civilization.Wan Mohd Nor Wan Daud. 1989. The Concept Of Knowledge In Islam And Its Implication For Education In A Developing Country. New York. Mansell. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1994. Konsep Ilmu Dalam Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. Masyarakat Islam Hadhari: Satu Tinjauan Epestemologi Dan Pendidikan Ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.