Falsafah Isra Mikrajv2

download Falsafah Isra Mikrajv2

of 8

description

baik

Transcript of Falsafah Isra Mikrajv2

ISRAK DAN MIKRAJ.___________________________________________________________

((((((((( (((((((( (((((((( ((((((((((( (((((( ((((( (((((((((((( ((((((((((( ((((( (((((((((((( ((((((((( ((((((( (((((((((( ((((((((( ((((((((((( (((( (((((((((((( ( ((((((( (((( (((((((((( ((((((((((( ((( 1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. (2 qiblat besar umat islam) , Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 kenabian= 622 M dalam usia 51/52 tahun. ( Roh dan jasad )

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-QuranFirman Allah S.W.T dalam ayat 13 15 surah an-Najmu : Maksudnya : Dan sesungguhnya nabi Muhammad telah melihat malaikat Jibril pada waktu lain ketika berada di Sidratul Muntaha di mana disampingnya ada Syurga al-Mawa Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah. Gempar,hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu cepat, walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen, radio, pesawat serba canggih dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat. Hanya ada kuda, unta dan keldai; Persoalannya; Mengapakah ia terjadi demikian? Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat, Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta. Itulah ungkapan yang dilabelkan oleh tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu. Di satu pihak yang lain (mereka yang benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar diterima akal, logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjiz dan lambang kebesaran dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan sebagai Syahrullah (Bulan Allah). Ringkasnya, ia merupakan "Holy Tour" yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Suci. Sebagaimana yang kita sedia maklum, peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku di 'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul pergi pula bapa saudaranya, Abu Talib padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri.

FALSAFAH BESAR ISRA MIKRAJ ___________________________________________________ PEMBERSIHAN JIWA : Ketika Nabi sedang berbaring-baring, Jibril datang bersama Mikail. Dada Nabi dibelah, Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah saw. Kemudian dicap di belikatnya tanda kenabian dan dijahit semula tanpa sebarang bekas .Didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isro'" SYARIAT SOLAT : Tanda syukur dan patuh dengan suruhan Allah SWT. Bukti Penghambaan yang tak berbelah bagi. Sesungguhnya, secara tidak langsung ia menjelaskan kepada kita bahawa, cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah, kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT sama ada dengan zikrullah atau mendirikan solat, sesuai dengan penerimaan perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah satu tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta membutakan hati daripada etika dan syariat Islam. UJIAN PERCAYA DAN YAQIN PADA NABI SAW : Ade 3 Golongan : Percaya / Menolak / Tiada Pendirian

1. Abu Jahal Tanya nabi selepas peristiwa isra mikraj , ceritakan pada dirinya kemudian panggil orang ramai untuk kenakan nabi. Minta nabi ceritakan rupa bentuk , tiang, kubah. Nabi diperlihatkan secara mukjizat tentang tiang, bilangan, warna, kubah dll

2. Abu Jahal Tanya pada teman rapat nabi SAW Abu Bakar As-Siddiq ; Sains Fiksyen peristiwa isra mikraj . Berbeza dengan Saidina Abu Bakar r.a. selepas mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa malam tersebut, beliau berkata : (Engkau benar!, Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah).

Sejak peristiwa ini, beliau digelar As-Siddiq yang Benar kerana kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Abu Jahal dan Abu Lahab yang pernah mengunjungi Baitul Muqaddis juga mencabar dengan bertanyakan tentang keadaan pintu dan tiang di sana. Lalu dapat dijawab oleh Rasulullah s.a.w. dengan tepat.

Ikhwah yang budiman,

Sesungguhnya peristiwa Isra' dan Mi'raj ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi. Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu, masyarakat, negara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Ini bermakna sekiranya makhluk dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah, tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri kepada peraturan Allah SWT. Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti binatang, tumbuhan dsb. Wahai sekelian manusia&ldots;.INGATLAH amaran ALLAH (((((((((( ((((( (((( ((((((((( (((((((( (((((((( ((( ((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((((((( ((((

"Mengapakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi telah menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan" Surah Ali Imran :83 Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah mendedahkan kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai daripada mengingati mati sedangkan menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal, dosa dan pahala.((((( (((((((( ((((( ((((((((((( (((( (((((((((((( (((((( (((((((( (((((((((( (

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat", golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari&ldots; sesat sesesat sesatnya. Tanpa disedari, maut pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur dahulu begitulah juga nyawa manusia. Mereka bebas, semahunya tanpa ada kokongan agama dan budaya, halal dan haram tidakdiperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya. Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk ada balasannya. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA...

Menerusi peristiwa Isra' dan Mikraj kita diceritakan berbagai kisah yang dilihat oleh Rasulullah. Hadis At-Tabrani dan Al-Bazar menjelaskan Rasulullah melihat: Peristiwa Isra'1.Dikejar oleh Jin Ifrit yang membawa api

(awal-awal perjalanan sudah ada halangan dan rintangan).2. Petani yang bercucuk tanam segera memungut hasilnya tak henti-henti

(pahala orang yang berjuang (jihad) dan bersedekah di jalan Allah ).3. Bau wangi kubur Masyitah dan anaknya

(wanita berani mati mempertahankan keimanannya di hadapan pemerintah yang zalim).4. Manusia yang memecahkan kepalanya sendiri dengan batu

(orang yang kepalanya berat untuk sujud / sembahyang).5. Manusia bercawat makan rumput dan buah berduri serta bara api

(orang yang tidak mahu mengeluarkan zakatnya).6. Manusia yang memakan daging busuk

(orang yang suka berzina, ada barang halal tetapi makan barang haram).7. Kayu berduri yang mengait sesiapa saja yang lalu di sisinya

(orang yang suka menganggu orang lain membuat kebajikan).8. Manusia yang berenang dalam lautan darah dan dilempar dengan batu

(orang yang makan riba atau bunga).9. Manusia yang tak mampu mengangkat bebanan yang dipikulnya tetapi dia terus menambah lagi (orang yang suka jawatan/ amanah tetapi tidak mampu melaksanakannya).10. Manusia yang menggunting lidahnya sendiri dengan gunting api

(orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya).11. Manusia yang mencakar muka dan dadanya sendiri dengan kuku tembaga

(orang yang suka mengata/ mengumpat orang lain).12. Lembu besar keluar dari lubang kecil cuba masuk lubang semula tetapi tidak dapat

(orang yang bercakap besar).13. Suara panggilan dari sebelah kanan (seruan Yahudi).14. Suara panggilan dari sebelah kiri (seruan Nasrani).15. Suara wanita cantik memanggil / merayu (seruan dunia/ kemewahan).16. Orang tua menghalang di tengah jalan (iblis merayu/ memujuk).17. Nenek tua hendak bertanya (perumpamaan umur dunia sudah tua).

Peristiwa Mi'krajHadis di riwayatkan oleh Abu Said dan di keluarkan oleh Baihaqi pula menceritakan Rasulullah melihat:1. Wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.Hadis oleh At-Tarmizi dari Ibnu Mas'ud pula menceritakan :

Rasulullah apabila berjumpa Nabi Ibrahim telah dipesankan: " Anjurkan umatmu memperbanyak-kan tanaman di syurga. Rasulullah bertanya apakah tanamannya, jawabnya Ucapkanlah "Subhanallah Walhamdulillah walailaha illallahu Allahu akbar, wala haula wala quwatailla billah.PENGAJARAN ISRA MIKRAJ

Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah tentang siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad s.a.w semasa dibawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kitaserta masyarakat sekitar dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja. Nabi turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, perniagaan, harta, tanaman, pendapatan dan selainnya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan daripada harta hak orang lain. Jika seluruh umat Islam dapat menunaikan zakat dan ia pula dapat diagih dengan baik maka ini semua dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara serta merendahkan jurang antara golongan kaya dan miskin Nabi Muhammad s.a.w turut diperlihatkan bagaimana golongan penzina yang bertindak memilih daging yang mentah dan busuk berbanding daging yang telah masak dan baik. Ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa menjauhi sebarang pintu dan punca yang membawa kepada zina. Kita bimbang penzinaan akan menjadi suatu budaya yang dianggap lambang kemajuan sebagaimana rosaknya masyarakat barat yang telah lama tergadai harga diri. Jika dalam peristiwa Isra dan Mikraj nabi tidak menyahut panggilan Kristian tetapi hari ini tanpa segan silu pemimpin menjemput dakyah Kristian dalam meneruskan pencabulan kehormatan hari kebesaran umat Islam sedangkan taqwim hijrah sudah diketahui umum. Inilah antara tanda betapa rosaknya pemimpin yang mahu mengubati penyakit keruntuhan akhlak dengan racun berbisa. Seterusnya Rasulullah s.a.w melihat bagaimana orang yang tidak menunaikan amanah dipaksa mengangkat seberkas kayu di mana walau pun tidak mampu memikulnya tetapi dia tetap menambah bilangan kayu itu. Ini memberi peringatan agar kita tidak terlalu mengejar pangkat dan kedudukan kerana ia merupakan suatu amanah yang besar. Betapa malangnya apabila jawatan dan kedudukan direbut sehingga menghalalkan rasuah yang digelar dengan politik wang sehingga pangkat dikira sebagai suatu pelaburan yang menguntungkan di mana semakin tinggi jawatan maka semakin banyak untung yang diperolehi. Sedangkan antara perkara yang diajar oleh politik Islam ialah semakin tinggi jawatan maka semakin besar amanah yang menyebabkan harta semakin kurang kerana banyak dihabiskan untuk membantu rakyat jelata yang semakin ramai di bawah tanggungjawabnya. Ingatlah pesanan Khalifah Umar bin Abdul Aziz di mana semakin kaya pemimpin maka semakin miskin rakyatnya dan semakin miskin pemimpin maka semakin kaya rakyatnya. Pemimpin yang berlaku adil dalam menunaikan amanah bakal berada di bawah bayangan arasy serta syurga Allah sedangkan pemimpin yang mengkhianati amanah bakal menempah api neraka . Sayyidina Hassan bin Ali pernah berpesan bahawa dosa yang paling besar ialah tidak beramal tetapi mahu pahala, mahu syurga tetapi melakukan amalan ahli neraka. Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.JUL2010/MIB