Falsafah Ketuhanan_extrovert Reader

1
FALSAFAH KETUHANAN PENULIS: PROF DR HAMKA PENERBIT: PUSTAKA DINI SDN BHD HARGA: RM 15.00 KETEBALAN: 178 M/S Buku asal bertajuk “Filsafat Ketuhanan” karya Buya Hamka ini membawa pembaca untuk berfikir mengenai kewujudan Allah. Pada awal penulisan buku ini, Buya Hamka banyak membawa bukti-bukti manusia akan mencari satu kuasa untuk dijadikan sandaran, sehinggalah beliau menulis mengenai manusia akan capai tahap mencari kebenaran melalui falsafah. Hamka kemudiannya membawa pembaca kepada hakikat beragama yang sebenar, iaitu agama Islam. Turut disentuh mengenai iman, akal, dan taklid. Hamka mengkritik sikap taklid, yang tidak menjadikan Islam sebagai satu jalan hidup yang sebenar. Seterusnya, buku ini membawa pembaca terus untuk berfikir mengenai alam dan kaitannya dengan ilmu di mana kedua-duanya bersangkutan dengan yang Maha Mengatur. Kemudiannya, beberapa bukti dibawa oleh Hamka disaki baki muka surat seterusnya berkaitan dengan sifat Allah (wujud, yang awal, yang akhir, tiada yang menyerupaiNya dan lain-lain). Akhirnya, Buya Hamka membuat konklusi, fikrah yang bersih membuka jalan kepada Tauhid, jauh dari pengaruh lain dan juga perbincangan mengenai masalah masyarakat yang berkaitan akidah iaitu berkaitan kubur dan tawasul. “orang sesetengahnya mengatakan bahawa dia ingin bebas, dia adalah freethinker! Tidak mahu terikat. Padahal dengan secara demikian, hilanglah kemerdekaannya. Kerana kalau sekiranya benar-benar dia bebas berfikir, nescaya sewaktu-waktu akan timbul dalam hati sanubarinya kebenaran dan takjub, mengapa ini terjadi begini” [m/s 150] Nabihah Fauzi, KelantanDN

description

ok

Transcript of Falsafah Ketuhanan_extrovert Reader

FALSAFAH KETUHANANPENULIS: PROF DR HAMKAPENERBIT: PUSTAKA DINI SDN BHDHARGA: RM 15.00KETEBALAN: 178 M/S

Buku asal bertajuk Filsafat Ketuhanan karya Buya Hamka ini membawa pembaca untuk berfikir mengenai kewujudan Allah. Pada awal penulisan buku ini, Buya Hamka banyak membawa bukti-bukti manusia akan mencari satu kuasa untuk dijadikan sandaran, sehinggalah beliau menulis mengenai manusia akan capai tahap mencari kebenaran melalui falsafah.Hamka kemudiannya membawa pembaca kepada hakikat beragama yang sebenar, iaitu agama Islam. Turut disentuh mengenai iman, akal, dan taklid. Hamka mengkritik sikap taklid, yang tidak menjadikan Islam sebagai satu jalan hidup yang sebenar.Seterusnya, buku ini membawa pembaca terus untuk berfikir mengenai alam dan kaitannya dengan ilmu di mana kedua-duanya bersangkutan dengan yang Maha Mengatur. Kemudiannya, beberapa bukti dibawa oleh Hamka disaki baki muka surat seterusnya berkaitan dengan sifat Allah (wujud, yang awal, yang akhir, tiada yang menyerupaiNya dan lain-lain).Akhirnya, Buya Hamka membuat konklusi, fikrah yang bersih membuka jalan kepada Tauhid, jauh dari pengaruh lain dan juga perbincangan mengenai masalah masyarakat yang berkaitan akidah iaitu berkaitan kubur dan tawasul.orang sesetengahnya mengatakan bahawa dia ingin bebas, dia adalah freethinker! Tidak mahu terikat. Padahal dengan secara demikian, hilanglah kemerdekaannya. Kerana kalau sekiranya benar-benar dia bebas berfikir, nescaya sewaktu-waktu akan timbul dalam hati sanubarinya kebenaran dan takjub, mengapa ini terjadi begini [m/s 150]

Nabihah Fauzi,KelantanDN