Falsafah Pendidikan Guru

3
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN 1) RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama membuat perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalahtafsirkan penggunaannya. Seterusnya, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) didokumentasikan sebagai rujukan dan panduan kepada semua institusi perguruan dengan menyarankan maksud guru yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan tanggungjawabnya. Selaras dengan perkembangan dunia yang pesat, Standard Guru Malaysia (SGM) telah digubal untuk mengenal pasti dan memartabatkan tahap kompetensi profesional guru sama ada dari aspek profesionalisme keguruan atau latihan perguruan untuk memenuhi hasrat Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. 2) 5 KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN PENJELASAN Konsep Penjelasan 1 Profesion Satu himpunan penguasaan dan penghayatan dari segi pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang unik, nilai dan amalan yang dipegang bersama. 2 Falsafah Satu rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi perguruan

description

Falsafah Pendidikan Guru

Transcript of Falsafah Pendidikan Guru

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1) RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama membuat perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalahtafsirkan penggunaannya. Seterusnya, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) didokumentasikan sebagai rujukan dan panduan kepada semua institusi perguruan dengan menyarankan maksud guru yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan tanggungjawabnya. Selaras dengan perkembangan dunia yang pesat, Standard Guru Malaysia (SGM) telah digubal untuk mengenal pasti dan memartabatkan tahap kompetensi profesional guru sama ada dari aspek profesionalisme keguruan atau latihan perguruan untuk memenuhi hasrat Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran.

2) 5 KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN PENJELASANKonsepPenjelasan

1ProfesionSatu himpunan penguasaan dan penghayatan dari segi pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang unik, nilai dan amalan yang dipegang bersama.

2Falsafah PendidikanGuru MalaysiaSatu rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi perguruan di Malaysia yang membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan.

3Standard GuruMalaysiaSatu piawaian yang digariskan untuk mengenal pasti tahap pencapaian guru dan keperluan yang patut disediakan oleh institusi latihan perguruan.

4KompetenLayak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diberikan.

5KualitiTahap pencapaian kompetensi profesional yang boleh dinilai.

3) PANDANGAN/KOMENTAR DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN

Kandungan unit ini menerangkan tentang tugas-tugas guru dan perbezaan maksud istilah perguruan dengan keguruan. Hal ini, memberi manfaat kepada saya tentang tanggungjawab serta peranan sebagai guru. Malahan, menyedarkan diri sendiri tentang cabaran semasa yang ada dalam sistem pendidikan. Namun begitu, cabaran yang paling berat ialah hendak memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh pentadbiran peringkat tertinggi. Hal ini berlaku kerana dasar-dasar tersebut boleh berubah-ubah mengikut portfolio yang dipegang oleh orang yang berlainan dan sering bertukar-tukar. Standard guru yang sentiasa berubah ini memberi satu cabaran kepada semua guru untuk meningkatkan lagi profesion keguruan. Perkara ini banyak memberi impak kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran demi menyelaraskan dengan standard yang ditetapkan oleh pihak pembuat dasar.