falsafah pendidikan negara

24
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI Sejauh Mana Peranan Pentadbir Dan Guru Di Sekolah Mampu Merealisasikan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Sejajar Dengan Hasrat Malaysia. “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.” YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai Wawasan 2020 di mana negara akan menjadi negara yang maju secara holistik. Justeru, agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa yang disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sebagai panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasional iaitu pembangunan modal insan adalah satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara. Modal insan adalah aset yang paling berharga bagi sebuah negara yang boleh disuntik nilai tambahnya dengan ditingkatkan

description

Sejauh Mana Peranan Pentadbir Dan Guru Di Sekolah Mampu Merealisasikan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Sejajar Dengan Hasrat Malaysia.

Transcript of falsafah pendidikan negara

Page 1: falsafah pendidikan negara

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

Sejauh Mana Peranan Pentadbir Dan Guru Di Sekolah Mampu Merealisasikan Matlamat

Kementerian Pelajaran Malaysia Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Sejajar Dengan

Hasrat Malaysia.

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan,

kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan dengan penuh komitmen.Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang

berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak

industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana

persaingan antarabangsa yang kian meningkat.”

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad

Badawi(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei

2006)

Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai

Wawasan 2020 di mana negara akan menjadi negara yang maju secara holistik. Justeru,

agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara

kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa yang

disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sebagai

panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasional iaitu pembangunan modal insan adalah

satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara. Modal insan adalah aset yang paling

berharga bagi sebuah negara yang boleh disuntik nilai tambahnya dengan ditingkatkan nilai

inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan yang dirancang

dengan rapi adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara dalam

meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang

terlatih, berdaya saing sepadan dan mencukupi dengan keperluan dan kehendak industri dan

pasaran semasa atau masa hadapan negara menjelang tahun 2020. Justeru, modal insan yang

ingin dihasilkan perlulah mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai

ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering

Page 2: falsafah pendidikan negara

berubah-ubah. Menurut Sidek Baba(2005),tanpa nilai dan etika remaja akan nantinya

kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yang baik atau buruk, bermanfaat atau

membawa akibat buruk, halal atau haram, berguna atau sebaliknya supaya kehidupan

dewasanya nanti akan menjadi lebih sejahtera dan baik. Justeru itu, untuk menjadi sebuah

negara membangun yang cemerlang, gemilang dan terbilang maka perlulah terdapat pengisian

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Modal insan berkualiti tidak saja memiliki

upaya ilmu dan keterampilan yang sifatnya semasa dan canggih tetapi ia tidak menolak

kepentingan nilai, etika sebagai asas pedoman.

Sebelum membincangkan lebih mendalam berkaitan pembangunan modal insan

perlulah kita mengetahui makna sebenar modal insan yang berkualiti yang diidam-idamkan

seperti yang digariskan oleh kerajaan berpandukan Misi Nasional. Menurut Muhammad

Hisham bin Mohamad (2005) dalam, modal insan (human capital) atau dikenali juga sebagai

pembangunan sumber manusia. Nilai modal insan ini yang akan mencorakkan hala tuju negara

ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan

lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam

kegiatan sosioekonominya. Aini Jaafar (2006), menjelaskan istilah modal insan (human capital)

adalah merupakan suatu istilah ekonomi yang baru. Istilah ini juga jelas menggambarkan ianya

daripada fahaman kapitalismem tidak hairanlah, manusia hanya dilihat sebagai buruh dan

pengusaha, seperti mana yang terdapat dalam ilmu ekonomi moden. Dengan itu, manusia

dilihat sebagai suatu jenis ´modal´ dan dinamakan sebagai ´modal insan´, iaitu sebagai suatu

´aset tenaga´ yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan

negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu ´digerudi´, dibangunkan dan

diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya.Untuk memahami maksud

pembangunan sumber manusia, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting

yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri.

Pembentukan modal insan yang berkualiti juga dikenali sebagai pembangunan sumber

manusia merupakan antara agenda utama dalam merealisasian Rancangan Malaysia Ke-9

(RMK-9) yang dilancarkan oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

memberi fokus kepada unsur ini memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan dengan

begitu ketara pembangunan justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik, kamil

dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.

Berdasarkan matlamat dan fokus pembangunan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 3: falsafah pendidikan negara

(KPM) sepanjang tempoh RMKe-9 adalah dalam melahirkan modal insan yang memiliki

penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang

utuh (towering personality). Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai ciri-ciri

berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu,

seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat perlulah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, berbudi pekerti,

rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua usahanya. Maka, matlamat dan cabaran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta

membina disiplin diri dalam kalangan pelajar bagi menghasilkan perwatakan pelajar yang

unggul. Justeru, pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa

Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna

tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Disamping pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan

kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir

secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan

dalam keluarga dan masyarakat.

Dalam konteks pembangunan negara kita sering menginginkan supaya Malaysia

membangun mengikut acuan tersendiri, hasil daripada pengajaran yang diperolehi daripada

penjajahan serta pengalaman pembangunan di barat yang menunjukkan pembangunan fizikal

tidak diiringi dengan moral dan nilai. Pembentukan modal insan masa ini jelas cuba dijelmakan

melalui konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi. Menerusi gagasan Islam Hadhari, sumber manusia ini akan melalui

satu pakej pendidikan yang menyeluruh, yang turut merangkumi aspek kerohanian agar insan

yang bakal dihasilkan adalah insan yang berkualiti dan dinamik. Justeru, modul tertentu perlu

dilaksanakan oleh pihak sekolah agar para pelajar menghayati konsep hadharah dalam Islam

ini.Hal ini demikian kerana daya usaha pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan

ajaran Islam.Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak bergantung kepada kemampuan,

kemandirian dan jati diri rakyatnya.Oleh itu adalah wajar sekali pembangunan fizikal diimbangi

dengan pembangunan rohaniah dan sistem pendidikan merupakan faktor penting terhadap

usaha ini.Maka, tugas Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan generasi

muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri,

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan

Page 4: falsafah pendidikan negara

perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan

lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1986

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan

dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

(Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali.Panduan utama pendidikan di

Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).FPK digubal untuk

memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua

usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Sebagai negara yang sedang membangun,

aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan

modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini

pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk

menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Penekanan yang diberikan untuk menjana

pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Menurut

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal oleh

pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu,

masyarakat dan negara.Pernyataan FPK menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi

penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah

melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada

tuhan.Ini bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan insan yang

berpegang teguh pada agama yang perlu dijadikan teras kepada pendidikan di negara ini

bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam

usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.

Page 5: falsafah pendidikan negara

Selaras dengan hasrat membina modal insan berdasarkan konsep Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan

daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar

Pendidikan dengan mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dengan

mengariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan. Dengan kata

lain, konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah menggabungkan matlamat, dasar-

dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan

logik. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,

seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan

harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani,

sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan

negara Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Adalah amat penting untuk para pendidik

untuk memahami dengan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

hubungannya dengan melahirkan modal insan. Ini adalah sangat penting kerana apabila

pendidik memahami dengan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan hasrat

kerajaan melahirkan modal insan, maka sudah tentunya matlamat pendidikan serta hasrat

negara akan tercapai. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita akan dapat

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu

juga proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah

dilaksanakan.

Menyedari bahawa perancangan untuk melahirkan generasi dengan sifat keunggulan

adalah tanggungjawab yang berat, usaha ini harus dilakukan secara berterusan dengan

penggembelengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak.Penghasilan modal insan

yang dinamik dan progresif memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu pengetahuan

kerana modal insan yang berilmu akan menjadi rebutan organisasi atau pihak-pihak tertentu

kerana merupakan aset berharga. Golongan yang berilmu bijak untuk mengurus sumber atau

aset organisasi dalam bentuk yang terkawal dan sumber manusia berilmu itu dapat melakukan

sesuatu tugasan, mereka akan melakukan dengan rasa penuh tanggungjawab, amanah dan

berdedikasi. Justeru, dalam sistem pendidikan dilihat sekolah adalah salah satu institusi yang

dipertanggungjawab bagi membentuk modal insan negara yang menjadi teras pertama Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan.Justeru, sekolah bertanggungjawab melahirkan warganegara

yang baik dan bertaggungjawab agar dapat menjaga keamanan, kesejahteraan serta

kelangsunggan bangsa mengikut kemampuan dan bidang masing-masing mengikut acuan dan

nilai Malaysia. Dalam usaha tersebut sekolah perlu menjadi negara miniatur yang

Page 6: falsafah pendidikan negara

dipertangguangjawab menghasilkan warganegara masa hadapan yang berguna kepada negara

dengan melatih dan mendidik bangsa Malaysia berdasarkan sistem yang efektif dan berkesan

agar dapat dimanfaatkan bangsa Malaysia dalam menjadi insan yang berupa aset kepada

negara.

Sekolah sebagai negara miniature bermaksud pengurusan dan pentadbiran seperti

sebuah negara namun berbeza dari segi skala yang lebih kecil dengan mempunyai ciri-ciri asas

sebuah negara yang mempunyai wilayah dan batas sempadan, warga sekolah dan

warganegara, sistem pengurusan dan pentadbiran, jentera-jentera penggerak, lambang

kedaulatan, undang-undang dan masyarakat berbudaya. Dengan mengaplikasikan sekolah

sebagai negara miniatur, adalah usaha berturusan kerajaan dalam membangunkan modal

insan bangsa Malaysia.Jika dilihat dari aspek wilayah dan batas sempadan, menunjukkan

kawasan pentadbiran sekolah yang mempunyai unit pentadbiran mininya tersendiri yang

melibatkan pelajar dalam pengurusan unit itu dengan pelantikan yang diselia oleh guru

penasihat ataupun pembimbing dalam sesuatu organisasi yang bertanggungjawab terhadap

tugas yang diamanahkan. Aspek seterusnya, warga sekolah dan warganegara yang merujuk

kepada semua warga yang terletak di bawah kuasa pihak pentadbiran sekolah itu sendiri.

Sebagai sebuah pentadbir, setiap warga akan mencurahkan taat setia yang tidak berbelah

bahagi dengan menunjukkan tingkah laku yang menghormati pemimpin serta perlembagaan

yang ada serta kesediaan mencurahkan ketaatan dengan sumbangan mereka demi

mempertahankan kedaulatan dan nama baik demi menunjukkan kecintaan mereka.

Seterusnya, dengan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang bersifat hieraki yang

kompleks dan terbahagi kepada beberapa bidang dan kesemuanya saling bergantung demi

manfaat semua warga di bawah pengurusan efektif dan baik mampu menyumbang kepada

kemakmuran dan kesejahteraan sekolah tersebut dengan sokongan padu jentera-jentera

penggerak dalam memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan dengan teratur dan

tersusun bagi memastikan suasana sekolah yang kondusif, makur dan sejahtera. Secara tidak

langsung generasi muda sebagai aset negara kelak akan terlatih dan bersedia menerima

tanggungjawab dan peranan mereka dalam menjadi warganegara yang baik dan taat disamping

membina sifat kepimpinan pelajar di mana sekolah menjadi arena latihan kepada mereka.

Lambang kedaulatan dan undang-undang adalah ciri asas sebuah negara dengan adanya

lambang kedaulatan mampu memupuk rasa cinta dan semangat patriotisme kepada bangsa

dan negara dalam melahirkan modal insan yang diimpikan oleh negara. Melalui undang-

undang sesuatu pentadbiran dapat diselanggara dengan baik dan berkesan terutama dalam

membentuk warga yang berdisiplin dasar kepada kemakmuran dan kedamaian bangsa

Page 7: falsafah pendidikan negara

Malaysia. Akhir sekali ialah masyarakat berbudaya, di mana sekolah berperanan semangat

perkauman mengatasi keharmonian hidup pelbagai dan kesetiaan pada negara dengan

membudayakan budaya berakad, ilmu, penyayang, berbudi bahasa, kerja cemerlang dan

amalan demokrasi terpimpin yang dijadikan sebagai alat penyatuaan etnik dengan memberi

peluang pelajar mengamalkan nilai dan budaya mereka di sekolah.

Ingin ditegaskan semula bahawa, pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat

penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat

Wawasan 2020. Wawasan dan misi pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner)

kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub

dalam Akta Pendidikan, 1996. Inovasi dan kretiviti merupakan penyumbang ke arah perubahan

organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan organisasi

pembelajaran yang kreatif dan inovasi, faktor-faktor yang perlu diambil perhatian ialah

pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pempelajaran,

penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka di sekolah dalam menjelaskan secara

rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan

masa depan. Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu

melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik

dan berguna .Justeru, pihak pentabdiran sekolah berperanan dalam usaha untuk memantapkan

kualiti guru dan meningkatkan keupayaan kepimpinan sekolah untuk mencul sebagai pemimpin

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

Dengan galakkan pihak pentadbir kepada guru-guru serta pemimpin sekolah itu sendiri untuk

menyertai latihan dan program sabbatikal dan attachment yang disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang untuk guru-guru dan pemimpin sekolah

memperkayakan pengetahuan dan menimpa pengalaman baru bagi meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran dan secara langsung berupaya menangani sebarang tekanan

dalam menjalankan tugasan harian yang kian mencabar.

Bagi mencapai dasar dan matlamat yang memfokuskan pembangunan modal insan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sepanjang tempoh RMKe-9 adalah sekolah berperanan

sebagai institusi yang dapat meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran dan membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar dengan

dasar-dasar atau perundangan yang ditetapkan sesebuah oganisasi dalam usaha

memantapkan dan memperkukuhkan lagi organisasi dalam usaha melahirkan modal insan.

Pelan Pembangunan Pendidikan mampu menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan

Page 8: falsafah pendidikan negara

Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid.

Perkara ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional, Pelan Pembangunan

Pendidikan ini juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi

membangunkan unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya

dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu,

semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam

elemen (Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan

kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran

memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta

semangat identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi

membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga,

masyarakat dan negara.

Seperti yang telah dinyatakan, sekolah berusaha memantapkan pembudayaan adab

dan budi bahasa kerana kehebatan sesuatu bangsa ataupun modal insan yang telah dilahirkan

dan tidak sahaja diukur dengan kemajuannya tetapi juga keupayaannya mengamalkan budi

bahasa dan budi pekerti yang mulia. Dalam konteks pendidikan, budi bahasa dan adab sopan

telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi pelaksanaan KBSR dan

KBSM, penggabungjalinan ilmu dan penerapan nilai merentasi kurikulum. Cabaran (KPM)

adalah untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni dibudayakan pada peringkat

sekolah secara berterusan agar para pelajar dapat menghargai dan mengamalkan nilai dan

budaya bangsa dalam kehidupan seharian. Justeru pihak sekolah telah menyahut seruan

(KPM) diantaranya, kempen yang dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah adalah Sekolah

Penyayang dalam melahirkan modal insan berkualiti bukan dari segi akademik malahan salsiah

juga ditekankan bagi menyokong dan melaksanakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

yang dianjurkan oleh KeKKWa. Tujuan utama pihak pentadbir melaksanakan program ini

adalah menggalakkan pelajar memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,

menyedarkan keperluan amalan budi bahasa di kalangan generasi muda dengan cara mendidik

dengan perilaku berbudi bahasa seterusnya mempersiapkan generasi akan datang untuk

meneruskan budaya budi bahasa dan meneguhkan pendidikan nilai-nilai murni merentasi

kurikulum dalam merealisasikan modal insan berkelas pertama. Selaras dengan dasar (KPM)

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai

murni seperti yang ditekankan dalam (FPK) yang menekankan pembangunan insan seimbang

yang merangkumi aspek intelaktual, rohani, emosi dan jasmani.

Page 9: falsafah pendidikan negara

Pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan) yang dijalankan di

sekolah oleh pentadbir dilihat sebagai satu usaha bersepadu.Program Amalan Kebersihan

Sekolah membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam

menjalani kehidupan seharian disamping mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai

institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. Tujuan Program Amalan Kebersihan Sekolah

adalah untuk memastikan amalan kebersihan, disiplin diri, cara hidup sihat dan kesedaran

terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak peringkat awal persekolahan lagi.

Antara program yang boleh dijalankan pihak pentadbiran sekolah adalah seperti pertandingan

‘Kelas Terbesih’ dengan mengumumkan juara mingguan dengan memenangi piala pusingan

dapat menggalakkan lagi menglibatan warga sekolah dalam membudayakan kebersihan dalam

kehidupan sehariaan.Dari aspek kesihatan dapat dilaksanakan melalui pengajaran mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) di sekolah rendah dan menengah.

Justeru, penekanan pihak pentadbiran dengan kesedaran kesihatan melalui mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) dengan mewajibkan guru dan pelajar melakukan

aktiviti fizikal semasa pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kesedaran kesihatan

dalam kehidupan seharian. Disamping itu, dorongan dan galakan pihak pentadbiran

mewujudnya aktiviti kokurikulum seperti Kelab Kesihatan Sekolah, Kelab Doktor Muda,

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Saint John Ambulance memberi peluang kepada

pelajar untuk mengaplikasikan dan memahami kepentingan kesihatan dalam membentuk modal

insan yang sihat. Akhir sekali, Program Sekolah Selamat adalah untuk mewujudkan budaya

selamat di sekolah dan menjadikan persekitaran sekolah selamat tanpa gangguan mana-mana

pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar melalui kerjasama keluarga, komuniti dan pihak

sekolah. Sebagai panduan kepada pihak sekolah, (KPM) telah mengadakan manual Sekolah

Selamat bagi lima bidang tumpuan, iaitu aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan

sekolah, sosial serta persekitaran dan lokasi sekolah.Justeru pihak pentadbiran sekolah

perlulah mengaplikasikan manual sekolah selamat yang telah disediakan oleh (KPM).

Antara langkah lain dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti adalah

menwujudkan permuafakatan dalam pembangunan manusia. Institusi pendidikan seperti

sekolah adalah intitusi yang wujud bagi memenuhi keperluan masyarakat. Masyarakat yang

prihatin boleh menggerakkan pelbagai program bagi memajukan taraf pendidikan dengan

sumbangan yang lebih bermakna dan berkesan dalam hal ehwal pendidikan negara. Justeru,

pihak pentadbir perlulah mewujukan dan menggalakkan pemuafakatan dalam komuniti

pendidikan yang merupakan satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk

memenuhi keperluan bersama bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan persekitaran

Page 10: falsafah pendidikan negara

belajar yang sempurna yang melibatkan ahli komuuniti yang terdiri daripada ahli sekolah,

keluarga, PIBG, masyarakat, Agensi Kerajaan dan pihak swasta. Kerjasama yang wujud dalam

komuniti bukan sahaja untuk kebaikan murid, tetapi juga kesejahteraan masyarakat secara

keselurahannya. Menurut Syed Idrus & Musa Muhammad Radzi (1994), sekolah adalah satu

institusi masyarakat yang diwakili oleh tiga kumpulan pemuafakatan atau perkongsian iaitu,

sekolah, masyarakat dan agensi masyarakat. Tujuan utama permuafakatan dan perkongsian

adalah mengenal pasti arah tujuan kemajuan sekolah dengan menyumbang pandangan dan

pendapat dengan membuat perancangan selaras dengan tidakan-tindakan yang perlu untuk

mencapai objektif ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat yang lain terutama

dalam meningkatkan pretasi pelajar dan sekolah itu sendiri. Kebekesanan pendidikan di

sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara murid dan sistem pendidikan dan antara

murid dengan guru maka, pembalajaran merpakan satu proses yang berterusan dan tidak

bergantung kepada kebolehan semulajadi dan suasana fizikal di sekolah semata-mata tetapi

turut dipemgaruhi oleh faktor-faktor sosial. Justeru pihak pentadbiran sekolah perlulah berusaha

mewujudkan permuafakan yang baik dengan menggerakkan aktiviti sekolah dengan

masyarakat setempat dalam merealisasikan pembangunan insan, masyarakat dan negara

masa hadapan.

Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting

untuk memupuk integrasi antara kaum dalam usaha membangunkan negara. Pendidikan yang

berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru selaras

dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebagsaan bagi meningkatkan

keupayaan dan kemampuan ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang agar mampu

menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan. Perkembangan

semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala sosial,

yang kian membarah dan kemajuan teknologi menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan

dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga maanusia berteraskan keilmuan yang

berkualiti, asas nilai dan moral yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan, semangat

patriotis serta integrasi bangsa Malaysia dan manusia bertaraf dunia. Justeru, para pendidik

adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi cabaran

Wawasan 2020 dalam membentuk modal insan yang berkualiti seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka, keupayaan guru mengurus segala tugasan dan

tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid

menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas yang telah

meletakkan tanggungjawab yang tinggi oleh masyarakat kepada sekolah khususnya, para

Page 11: falsafah pendidikan negara

pendidik. Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal

insan yang berkualiti pendidik perlu berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu

analitikal dan kritikal, menguasai pelbagai bahasa dan berkeupayaan berkomunikasi dengan

berkesan serta mampu untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, negara dan

dunia.

Daripada perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia

di sisi Allah dan banyak hadis Rasulullah yang menyarankan manusia menjadi pendidik atau

penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain. Ajaran Islam menekankan kelebihan

amalan pendidikan dengan meletakkan seseorang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia.

Firma Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang

diberikan imu pengetahuan dengan beberapa darjat (kemuliaan).Dan Allah Maha

Mengetahui segala yang kamu kerjakan”.

Peranan guru sebagai seseorang berilmu sangat besar dalam menyampaikannya

kepada masyarakat agar sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliah atau berada

dalam kegelapan. Justeru, dalam membentuk modal insan bagi menghadapi cabaran

Wawasan 2020 tugas dan peranan guru semakin mencabar di mana beban tugas dan

tanggungjawab guru bertambah akibat perubahan sosial dan kemodenan teknologi. Justeru,

transformasi sistem pendidikan negara perlu supaya mempunyai kesinambungan Falsafah

Pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996untuk melahirkan modal insan

yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan beraklak mulia bersesuaian dengan matlamat

pembangunan modal insan yang berhasrat seperti PIPP KPM disamping menjadikan Malaysia

hab kecemerlangan rantau. Tema “Guru Penjana Modal Insan Gemilang” bukanlah satu

ungkapan kosong tetapi harus ditaksir dan dilihat secara kritikal dan analitikal agar apa yang

tersurat dan tersirat dapat dimanfaatkan bersama bukan sahaja untuk golongan pendidik

maupun pelajar tetapi juga untuk masyarakat umum. Dalam membentuk seorang modal insan

perlulah mempunyai kemahiran dan keilmuan iaitu dua aspek yang penting yang perlu dimiliki

oleh setiap insan sebagai modal untuk bergerak mencapai kejayaan dan dilihat dari segi

gemilang adalah kecemerlangan yang berterusan yang mampu membawa perubahan diri serta

memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara yangbukan berakhir

begitu sahaja dalam satu-satu era pembangunan tetapi ia harus melalui proses

penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan. Dalam menjana modal insan yang

Page 12: falsafah pendidikan negara

gemilang, penelitian harus dibuat terhadap sejauhmanakah “modal” yang ada pada seseorang

itu mampu membawa “kegemilangan” dan bukan sekadar “kejayaan dan kecemerlangan”.

Seterusnya, negara memerlukan modal insan yang mampu mencapai kecemerlangan ini secara

berterusan, mencari idea, membuat inovasi, membuat penambahbaikan supaya akhirnya

mampu memberi sumbangan secara ikhlas kepada anak-anak bangsa.

Guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu

dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik

r.a:" Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini

seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan

sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang

arah tujuan". Itu besarnya peranan guru sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga

merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan

perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh

setiap guru dan segenap lapisan masyarakat. Guru penjana modal insan gemilang, ini

menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi

mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia

dan di akhirat. Maka, dalam merealisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh

pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan dalam menghadapi gejala sosial dalam

kalangan pelajar, disamping harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru,

ditambah pula dengan sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-

bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran

mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul

tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah dalam melahirkan modal insan berasaskan ilmu

pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah disepadukan agar kemajuan yang

hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Pendidikan

yang tidak bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang

tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal insan gemilang.Peranan dan

tanggungjawab golongan pendidik mampu melahirkan pembangunan modal insan melalui

sumbangan idea dan tenaga ke arah membina sebuah negara dan bangsa yang dihormati serta

disegani di persada dunia.

Ke arah merealisasikan matlamat kementerian pelajaran Malaysia dalam melahirkan

modal insan yang berkualiti guru sabagai pemandu arah perlulah mempunyai strategi

pengajaran inovatif untuk menghasilkan perkhimatan yang berkualiti di mana perkembangan

Page 13: falsafah pendidikan negara

semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya mengajaran di dalam bilik

darjah dengan kesesuaian gaya pebelajaran murid. Menurut Raiff (1992), memahami gaya

pembelajaran seorang murid dengan cara cara terbaik akan membantu guru mengurangkan

kekecewaan dan kekecewaan murid tersebut. Sebagai seorang guru yang berinovasi, mereka

perlu sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang erfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion

mereka di mana keperluan inovasi guru dalam pengajaran lebih menarik, kerjayaan kurikulum,

kembangkn pontesi pelajar dan penyampaian nilai. Tanggungjawab pendidik dalam pendidikan

adalah membangunkan dan membina pontensi insan dalam empat domain utama iitu jasmani,

emosi, rohani adan intelektual yang menjadi cabaran besar warga pendidik ditambah dengan

beban tugas dan sistem yang sering berubah-ubah yang begitu kompleks.Sebelum melahirkan

modal insan sebagai guru yang ingin mewujudkan inovasi mereka perlulah mempunyai ciri-ciri

sebagai seorang yang berpengetahuan, berkemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru sentiasa dedikasi, inovatif dan bermotivasi

dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Guru yang berinovatif mampu melahirkan

masyarakat kreatif dan negara kreatif sama melalui pendidikan yang formal atau tidak formal

pada pelbagai tahap murid menerusi pengajaran dan pembelajaran terpancar daam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasinya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran.

Ekoran itu, telah ada wawasan serta usaha untuk membangunkan modal insan yang

menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, berkemahiran dan bermaklumat melalui pelbagai

program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi

menghadapi dunia global demi merealisasikan agenda negara. Oleh itu, pelbagai langkah

boleh dilakukan oleh para guru untuk memastikan pembelajaran yang diterima oleh murid di

sekolah dapat membantu membentuk mereka menjadi modal insan negara yang diharapkan

berpandukan Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang

telah dilancarkan oleh mantan  Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi  pada 16 Januari

2007. Peranan seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi

pencapaian aspirasi dan matlamat negara, dan dalam konteks sekarang salah satu aspirasi

tersebut ialah melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti yang terlibat secara

langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Oleh itu, segala

rancangan pengajaran-pembelajaran, objektif pengajaran-pembelajaran, penyusunan dan

turutan langkah ketika menyampaikan isi kandungan, pemilihan bahan serta media pengajaran

dan pemilihan isi kandungan haruslah semuanya jelas, pelbagai dan kreatif serta bersesuaian

untuk pencapaian objektif dan menepati kebolehan dan keperluan murid agar mereka mudah

mengikuti proses pengajaran-pembelajaran yang berlangsung seterusnya, dapat menimba

Page 14: falsafah pendidikan negara

segala ilmu pengetahuan.Pada akhir pembelajaran guru perlulah menerapan nilai-nilai murni

bertujuan memantapkan kekuatan dan membela kemuliaan maruah diri, memacu ketinggian

akhlak, menghayati nilai-nilai murni yang ditekankan kepada pelajar ke arah pemikiran yang

berdaya saing dan maju ke arah memartabatkan jati diri mereka pada tempat yang sewajarnya.

Kecemerlangan akademik dalam bidang kurikulum menyumbang ke arah pembentukan jati diri

yang dianggap sangat penting untuk melahirkan modal insan hasil yang akan menguntungkan

agama, bangsa dan negara sejajar aspirasi kualiti pendidikan yang diutamakan supaya warga

Malaysia dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai murni untuk menjadi tenaga

kerja yang menghayati budaya kerja berprestasi tinggi. 

Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besarnya dalam kalangan

pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan laihan untuk mengembangkan

potensi, bakat dan kualiti seorang murid. Pencapaiaan seorang murid melalui pendidikan dilihat

perlu mencukupi pelbagai sudut sama ada akademik dan bukan akademik. Kecemerlangan

pelajar dalam kokurikulum dilihat sebagai satu altenatif supaya kecemerlangan pelajar tidak

dinilai dari aspek akademik sahaja tetapi penglibatan pelajar tersebut dalam aktiviti-aktiviti

seperti unit berunifom, persatuan dan kelab serta permainan yang dilihat sebagai nilai tambah

dalam menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru sebagai pembangunan insan perlulah

menyemai dan memastikanpelajar melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di sekolah bertujuan mempertingkatan perkembangan kemahiran sosial pelajar

dan mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar Penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dapat mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan

bakat murid dalam pelbagai bidang, di samping mencungkil bakat dan potensi murid dan

meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental murid membolehkan murid belajar untuk

membentuk diri menjadi modal insan yang diharapkan oleh negara. Justeru guru memainkan

peranan penting sebagai penasihat dengan menggunakan kesempatan bagi

memperkembangkan potensi pelajar dalam usaha menjadikan pelajar mereka kreatif, positif

dan progresif disamping pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat

apabila mereka menceburkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dengan memberi

peluang kepada pelajar belajar tentang ciri-ciri kepimpinan, nilai-nilai murni dalam sebuah

organisasi dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Disamping itu, penekanan

didikan agama perlu diberi penekanan dalam usaha membina modal insan.

Kecemerlangan berlandaskan kokurikulum dan kurikulum tidak memberi erti tanpa

berteraskan akidah dan penggangan agama yang kukuh kerana hasrat Negara dalam

Page 15: falsafah pendidikan negara

melahirkan modal insan yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Modal

insan yang memunyai penggangan agama yang kuat dengan mengamalkan nilai-nilai agama

yang kental mampu menolak dan menghalang anasir negatifi. Modal insan yang dibentuk

berlandaskan pengangan agama yang mamtap dan kukuh akan mempunyai kekuatan spiritual,

berakhlak mulia, berilmu, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta

cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan

damai.Menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan akidah hendaklah menjadi paksi

kurikulum merentasi semua mata pelajaran.Tambahan beliau (1988), pendidikan harus

bersumberkan Al-Quran dan hadith, disamping adanya intergrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah

membina komuniti umah dengan berteraskan aqidah.Justeru sebagai pendidik, mereka perlu

menerapkan nilai-nilai agama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan tidak tertumpu

kepada guru-guru agama sahaja dalam menyampaikan dakwah agar pelajar dapat meghayati

nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka khususnya pelajar beragama Islam yang

memjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pentunjuk hidup. Walaupun terdapat perbezaan

fahaman, namun ini adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk

perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama yang mencintai keamanan, menghargai

kedamaian dan kemajuan.

Justeru, dalam profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung

kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi

dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid yang

berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta dapat

hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan

kepada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan seperti yang

diharapkan oleh pemimpin negara iaitu:

“Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk

memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan kelahiran

masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan

berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan,ilmu,

kemahiran dan maklumat”

Page 16: falsafah pendidikan negara

(Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)

Dalam melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama dan berkualiti keciciran

pelajar dari arus pembangunan boleh menjejaskan kualiti modal insan yang dilahirkan. Menurut

Arshad Hussin (2006), zaman sekarang bukan lagi zaman untuk bercakap banyak sebaliknya

seluruh rakyat perlu berani bertindak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

bagi membina kekuatan diri menguasai ekonomi, politik, agama dan ilmu pendidikan. Nasir Tun

Sakaran (2006) juga berkata kelemahan dan kekurangan ilmu pengetahuan teknologi telah

banyak membawa kerugian yang menyebabkan negara tidak mampu menguasai sepenuhnya

sumber khazanah kekayaan yang ada di negara ini.Kekayaan khazanah itu bukan sahaja hasil

galian, hutan dan sebagainya, tetapi juga modal insan iaitu murid-murid sekolah. Justeru guru

berperanan dalam melahirkan pelajar yang celik ICT terutamanya, pelajar-pelajar di

pendalaman dan luar bandar dengan memainkan peranan yang lebih aktif menyampaikan ilmu,

kefahaman berpaksikan kemahiran dalam bidang teknologi kepada murid-murid supaya mereka

dapatmempelajari dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pengkomputeran dan turut

secara langsung menyemai minat dalam komputer melalui sesi pengajaran-pembelajaran yang

dikendalikan oleh para guru menggunakan kemudahan pengkomputeran.  Pengajaran-

pembelajaran berbantukan komputer dapat mewujudkan modal insan yang saintifik dan

progresif serta berilmu dan mampu membentuk diri mereka menjadi modal insan yang kritis,

kreatif dan berketerampilan dan akhirnya warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas

pertama akan dapat dibentuk. Hal ini selaras dengan langkah Kementerian yang menggariskan

penekanan ICT dalam sistem pendidikan di manapara guru melestarikan aspirasi negara yang

ingin mencungkil kreativiti dan keyakinan murid dalam membentuk diri mereka menjadi modal

insan yang mengamalkan sains dan teknologi. 

Kesimpulannya peranan pentadbir dan guru sekolah mampu merealisasikan matlamat

(KMP) dalam melahirkan modal insan yang berkuali sejajar dengan hasrat Malaysia

berdasarkan (FPK)sebagai pemandu arah mejadikan Malaysia sebuah negara maju.